Rabu, 30 April 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 30 Apr 2014 03:14 AM PDT

bumiyang


Apa Pasal Kerajaan Benarkan Obama Masuk Masjid Negara???

Posted: 29 Apr 2014 05:30 PM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 30 Apr 2014 03:07 AM PDT

Ohpolitik!™


KECOH #PEMILIHANPKR Sabak Bernam dan Kemaman #BLACKOUT #BERSIH #Bangla

Posted: 29 Apr 2014 08:45 PM PDT

Baru buat pemilihan Parti, Pelbagai kekecohan berlaku. Nah! Adakah ini tanda-tanda parti Anwar Ibrahim bakal berkubur?

Kemaman :
Pemilihan PKR terpaksa dihentikan selama lebih 2 jam akibat kekecohan yang berlaku.


Sabak Bernam 
Dilaporkan seorang mangsa diserang, hingga emosinya terganggu!

Butirannya dengan anda menyaksikan video dibawah ini :



Daripada itu dikatakan beberapa individu berbaju kuning (BERSIH) memulakan serangan di bilik pengiraan undi semalam. Seorang makcik menjadi saksi kerakusan dan amukan versi BERSIH+HINDRAF yang bakal dipaktikan semasa himpunan GST pada 01 Mei 2014 di Zoo Negara esok! SUMBER

Inilah PKR.. dalam pemilihan pun kacau bilau, macam mana nak memerintah negara? 



JELAJAH MEMBERUKKAN HIMPUNAN BANTAH GST GAGAL MENDAPAT PERHATIAN?? #BantahGST #TolakGST

Posted: 29 Apr 2014 08:35 PM PDT



Umum dapat merasai, deria rakyat dah mula sedar, betullah kata orang, dalam erti kebenaran, ia akan hadir sedikit demi sedikit, itu janji Allah.

Kita kena faham, apa itu hakikinya kebenaran, biarkan lombong kejahatan itu pudar dengan sendirinya, biarkan ia jahanam dengan cara yang mereka ciptakan.

Apakah ini masanya, kejatuhan itu akan hampir untuk isi perut pkr dan sekutunya? sama-samalah kita nantikan, nak menginsafkan manusia tentang kebenaran bukanlah kerja mudah.. ia perlu kesabaran...

AKU PERCAYA, AKU YAKIN, RAKYAT DAH MENOLAK MEREKA...

Perhimpunan tumbang kerajaan di padang MPAJ, Pandan Indah, Ampang, Selangor hanya mampu mengamit 500-700 orang manusia tegar sahaja? walau anuar ibrahim hadir? diambang gerakan perhimpunan 1 Mei ini untuk menumbangkan kerajaan, mereka sebenarnya kalut, kalut kerana makin ramai meninggalkan perjuangan bodoh mereka!!

AYUH RAKYAT!! MEREKA MAMPU MEROSAKKAN, BUKAN MEMBAHAGIAKAN, TINGGALKAN MEREKA, KERANA MEREKALAH NERAKA DUNIA!!



sumber - unspinner

Aspirasi Bangsa

Posted: 30 Apr 2014 01:51 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Pandai juga Obama hormati masjid.. DAP??

Posted: 29 Apr 2014 07:01 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 30 Apr 2014 01:38 AM PDT

Taipingmali (tm)


BERIKUT ADALAH PAGE2 YANG MEMPROMOSIKAN BANTAH GST / HIMPUNAN 1 MAY

Posted: 30 Apr 2014 01:33 AM PDT





https://www.facebook.com/boikotutusan?fref=ts

https://wcww.facebook.com/ambang13anakMudaBangkit?fref=ts

https://www.facebook.com/KORUPBN?fref=ts

https://www.facebook.com/pages/Anak-Muda-Benci-Umno/342273655077?fref=ts

https://www.facebook.com/groups/245552758909770/?fref=ts

https://www.facebook.com/SAMMKebangsaan?fref=ts

https://www.facebook.com/RevolusiAnakMudaMalaysia?fref=ts

TOLONG buat report!

Pemilihan PKR 2014 dan luahan hati Chegu Bard

Posted: 29 Apr 2014 05:26 PM PDT


Tuesday, April 29, 2014

Siapa punca kekecohan pemilihan ?
1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

Antaranya yang setakat ini berjaya dirakam ialah
Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak Sibu 58,Konawit 54, Santubong 23, H.Rejang 42, Mukah 10, K.Samarahan 29, Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195 dan Saratok 516 Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak ... Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi

Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin.

Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Sdr. Lau tanpa segan silu menfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali. Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali. Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.

Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petrajaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)

Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan. Perbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba - tiba beberap hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita. (berlaku di banyak tempat lain)
Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak dipeduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di Klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)
Ada pengawas yang tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP
Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabudan Ahad lepas tetapi secara tiba - tiba saatakhir JPP kononya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya ?
selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.

3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Sekian

che'GuBard
Anggota Biasa PKR

Sahabat-Gunung

Posted: 30 Apr 2014 01:28 AM PDT

Sahabat-Gunung


Pemilihan PKR: “Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”

Posted: 30 Apr 2014 12:28 AM PDT


Bekas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan, Lokman Noor Adam menyifatkan apa yang berlaku dalam pemilihan pimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang sebagai "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".

Jika selama ini mereka (Pakatan Pembangkang) mengatakan pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) tidak telus, SPR menipu dan membantu BN menang Pilihan Raya Umum, tetapi hari ini jelas membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan itu sebenarnya berlaku dalam diri mereka sendiri.

"Semasa PRU13, mereka telah menuduh bahawa BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh berjumlah lebih 40,000 orang, dan mereka juga menuduh seolah-olah berlaku apa yang dinamakan 'blackout' ketika proses pengiraan undi yang menyebabkan banyak tong-tong undi kononnya telah ditukar.

Kalau kita lihat dari segi tuduhan ini, hari ini telah terbongkar cerita bagaimana kertas-kertas undi palsu telah pun tersedia oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan insiden serbuan ke atas sebuah hotel dan terjumpanya kertas-kertas undi tersebut bukan didedahkan oleh UMNO tetapi didedahkan oleh ahli PKR itu sendiri," ujarnya yang juga Bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, begitu juga dengan pemilihan CEC DAP, kalau dilihat pada pemilihan DAP peringkat awal, Zairil  telah diistiharkan kalah tetapi akhirnya demi nak menunjukkan bahawa DAP tidak anti Melayu, dan DAP sebuah parti yang tidak mengamalkan cauvinis, maka keputusan itu boleh berubah

"Malah dalam pemilihan UMNO dulu, mereka mengatakan bahawa UMNO mengamalkan politik wang, tetapi hari ini kita lihat bahawa amalan politik wang itu bermaharajalela dalam PKR khususnya selepas mereka memenangi kerajaan negeri Selangor di mana mereka mempunyai sumber kewangan dari sumber-sumber yang haram, contohnya di Bahagian Subang, sahabat-sahabat lama saya di Subang mengatakan bahawa pimpinan PKR Subang mendapat dana daripada rumah-rumah urut dan juga kedai-kedai kuda haram yang tumbuh `bak cendawan tumbuh selepas hujan' di sana
Dengan sumber kewangan yang datang dari pelbagai sumber, PKR hari ini antara parti politik dikalangan pakatan pembangkang yang cukup hebat menggunakan politik wang dalam partinya.

Selepas PRU yang lalu, pakatan pembangkang menuntut supaya Pengerusi SPR meletakkan jawatan hanya bersandarkan tuduhan-tuduhan palsu yang dilemparkan kepada SPR, maka saya juga mencabar pimpinan-pimpinan PKR menuntut supaya pimpinan PKR yang terlibat ini meletakkan jawatan mereka," tambahnya lagi.

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan.  Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti PKR?  Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat?  Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu?

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti PKR, mahupun pakatan pembangkang untuk mempersoal integriti sesiapa terutama SPR? 

"Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR? 


Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi pakatan pembangkang sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali," ujarnya lagi.   

Teknologi Terkini Kurangkan Masalah Air Di Selangor & KL

Posted: 29 Apr 2014 05:26 PM PDT



Kalau Petang Nanti Kerajaan Selangor Tak Umum Henti Catu Air,Saya Mohon Teknologi Tadah Air Ini Di Komersil Kan..

Kepada Rakyat Diluar Sana,Jangan Terkejut Gambar Ini Kejadian Benar-Benar Berlaku di Negeri Selangor Bukan Di Zambia,Zimbabwe,Togo atau Trinidad N Tobago..

Kalau Tak Suka Duduk Selangor Boleh Keluar


Sumber: Anti Semua Salah UMNO & Zaffarollah

Apa Perancangan Kerajaan Negeri Untuk Tangani Krisis Air Selangor – Pemuda

Posted: 29 Apr 2014 04:45 AM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mempersoalkan rancangan sebenar kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air di kawasan negeri Selangor sendiri selain Wilayah Persekutuan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, apakah rancangan mereka, adakah mereka mempunyai pelan menangani krisis ini atau sebaliknya.

"Kita difahamkan sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang medianya mengenai isu ini hari ini tetapi telah dibatalkan selain akan mengadakan mesyuarat esok bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri atau Jawatankuasa mereka.

Kalau ada pelan rancangan, tolong maklumkan atau kongsikan kerana masalah krisis air ini bukan isu politik, ia dah jadi isu kemanusiaan. Air ini merupakan keperluan asas kehidupan rakyat, tidak kiralah rakyat itu sokong Barisan Nasional ataupun sokong pihak Pakatan.

Yang penting kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada rakyat untuk menangani masalah rakyat khsusnya dalam isu krisis air ini, jangan berdolak dalik," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN.

Dalam masa yang sama ujarnya, Kerajaan Pusat sudah menawarkan berbagai-bagai bantuan, termasuk menawarkan projek Langat 2 dalam menangani isu ini, tetapi bagaimana pula pelan kerajaan Selangor untuk sama-sama menyelesaikan masalah keperluan asas rakyat yang sudah berlarutan selama dua bulan ini.

"Kita dah dengar bermacam-macam seperti projek projek Hybrid off River Augmentation System (Horas), gabungan konsep Off River Storage (ORS) dan Horizontal Collector Well yang melibatkan sistem penakungan stormwater dari Sungai Selangor (lebihan air daripada penggunaan loji sedia ada dan air hujan)  dan penakungan air bawah tanah. Jangan cakap sekadar nak `melepaskan batuk di tangga' tetapi rakyat yang akhirnya terpaksa menanggung beban.

Saya berharap kerajaan negeri harus bertanggungjawab sepenuhnya isu air ini, sebagai contoh bagaimana Datuk Seri Hishammuddin Hussein menguruskan krisis MH370, beliau sendiri dengan begitu berdisiplin, komitmen, berhadapan sendiri dengan pelbagai persoalan, pertanyaan, tohmahan untuk sama-sama mencari jalan terutamanya dalam merungkai misteri MH370.

Tetapi dalam isu krisis air ini, saya tidak nampak bagaimana Tan Sri Khalid mengambil tanggungjawab sepenuhnya, bahkan bila kali terakhir beliau bercakap pasal program penyelesaian. Pencatuan air ini pun tak tahu bila nak selesai," ujarnya lagi kepada media sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mengajak rakyat Selangor, pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan menggerakkan satu referendum terhadap kepimpinan kerajaan Selangor, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, mendesak mereka menyelesaikan masalah air ini.


"Apa gunanya beri air percuma, sedangkan tidak ada ada air. Janji macam-macam pada manifesto pilihanraya, tetapi jika tiada air, apa maknanya," tambahnya lagi. 

Krisis Air Selangor: Mana Hilangnya Slogan Pembelaan Untuk Rakyat?

Posted: 29 Apr 2014 03:10 AM PDT


Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin pelik dengan sikap penyokong-penyokong pakatan pembangkang di Selangor yang nampaknya mendiamkan diri dalam soal krisis aia dan catuan yang telah berlangsung selama dua bulan ini termasuk tidak membuat demostrasi yang biasa mereka buat jika ada sesuatu isu yang timbul khususnya yang melibatkan kerajaan BN.

Ujarnya, air ini hak rakyat, tetapi sejak Februari lalu, akibat keegoan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenepikan pandangan golongan berkenaan menyebabkan rakyat terpaksa menerima kesannya sejak dua bulan lepas.

"Saya lihat, dalam soal krisis dan catuan air ini, penyokong-penyokong pakatan ini hanya mementingkan soal perut dan poket mereka sendiri sahaja, mungkin kerana selama ini, jika ada mana-mana demostrasi mereka akan dibayar untuk menyertai demo tersebut, bukannya kerana perjuangan demi kepentingan rakyat sekalipun.

Atau mungkin juga mereka telah diarahkan untuk menutup mulut oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kerana krisis catuan air di negeri Selangor ini kerana kesalahan Khalid Ibrahim sendiri yang tidak mengendahkan pandangan pakar air yang menjangkakan krisis air akan berlaku di Selangor pada tahun 2014 (tahun ini)," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Tambahnya, sebelum ini, golongan profesional berkaitan industri air telah menjangkakan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan hadapi krisis air tahun ini tetapi diketepikan kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan krisis ini hanya akan berlaku pada 2019.

"Krisis ini jelas mencabar kreabiliti Khalid Ibrahim, jadi tindakan menutup mulut penyokong pakatan di Selangor adalah lebih baik. Saya tak pasti berapa banyak duit yang `ditaburkan' untuk menutup mulut penyokong pakatan di Selangor dari membuat apa-apa tindakan yang akan memburukkan lagi suasana politik di Selangor, khususnya menjelang pemilihan parti PKR yang sedang berlangsung sekarang.


Kembalikan hak air rakyat Selangor, kerajaan negeri khususnya Khalid Ibrahim perlu membawa rakyat Selangor keluar dari malapetaka lantaran keegoan dan kesombongan MB sediiri. Jangan tindas rakyat demi kepentingan politik peribadi dan buat pejuang-pejuang pakatan yang selama ini dengan slogan perjuangan rakyat, isu air ini juga merupakan hak rakyat, jadi jangan double standard dalam perjuangan mereka," tambahnya lagi. 

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 29 Apr 2014 11:44 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


REFORMASI...REFORMASI...REFORMASI...

Posted: 29 Apr 2014 07:00 PM PDT


16 tahun ayat REFORMASI di jaja...

Dari perlis samapailah ke sarawak, REFORMASI di laungkan...

Akhirnya rakyat terpengaruh...

Rakyat selangor pun terpeganruh...

Inilah hasil 16 tahun menjaja ayat REFORMASI...

Masih nak ber REFORMASI lagi...???

Sampai Bergini Pakatan Buat Rakyat Selangor...

Posted: 29 Apr 2014 06:00 AM PDT

Inilah nasib rakyat di negeri termaju di malaysia bernama selangor...

Mereka cukup bersyukur bila hujan lebat turun, mereka menadah botol untuk mengumpul air hujan untuk kegunaan harian...

Ada khalid ibrahim dan seluruh exco kerajaan negeri fikir kesusahan rakyat...?



oyabun

Posted: 29 Apr 2014 11:44 PM PDT

oyabun


MH370: Apa Kah Dakwaan Makcik Dalelah Akan Terbukti Benar?

Posted: 29 Apr 2014 05:44 AM PDT


Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 29 Apr 2014 11:35 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUARA NIK AZIZ: ENJOY JALAN-JALAN NIKMATI KEINDAHAN KL, JANGAN JADI ORANG GILA DI JALANAN

Posted: 29 Apr 2014 08:57 PM PDT

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.

Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara.

Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.

"Bagaimanapun sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Pada masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru hara,"ujarnya.

Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain. - HARAKAHDAILY 

KHAIRY PUJI OBAMA DAN NAJIB

Posted: 29 Apr 2014 08:17 PM PDT

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau melihat adanya keserasian antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang lawatan rasmi tiga hari Obama ke negara ini minggu lepas.

Khairy yang merupakan Menteri Pengiring kepada Obama dalam lawatan itu berkata kedua-dua pemimpin itu juga dilihat begitu selesa dalam perbincangan dua hala mereka.

"Saya, sebagai Menteri Pengiring kepada Presiden AS, hadir dalam mesyuarat dua hala. Mereka juga ada perbincangan empat mata di mana selepas perbincangan itu, saya melihat keserasian di antara kedua-dua pemimpin itu cukup tinggi," katanya ketika ditanya pengalamannya itu di sini, hari ini.

Khairy berkata beliau juga sempat menyampaikan pendapatnya mengenai belia dan Islam sebelum Obama berlepas ke Filipina dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, semalam.

"Antara perkara yang saya bangkitkan ialah supaya inisiatif belia berterusan. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana banyak meluangkan masa dengan orang muda di sini termasuk di Universiti Malaya," katanya.

Ahad lepas, Obama mengadakan sesi perjumpaan terbuka dengan kira- kira 400 pemimpin muda Asia Tenggara di Universiti Malaya, Kuala Lumpur di mana beliau antara lain menekankan pentingnya mendengar suara golongan muda selain menggalakkan jalinan kerjasama antara pemimpin muda Asia Tenggara dengan golongan muda AS.

Khairy berkata beliau turut memberitahu Obama bahawa dunia Islam harus mengubah persepsi masyarakat Barat daripada hanya isu keselamatan kepada isu berkenaan dengan pendidikan, ekonomi dan pembangunan.

"Saya memberitahu beliau bahawa ucapannya di UM yang menyentuh soal perubahan persepsi Barat kepada dunia Islam daripada hanya isu keselamatan kepada isu pembangunan, ekonomi dan pendidikan adalah tepat sekali dan berharap beliau akan terus membawa mesej itu.

"Dan beliau berkata akan membawa (mesej ini) kerana melihat pentingnya untuk kita bangunkan generasi muda terutama di dunia Islam dari sudut pembangunan, pendidikan dan juga modal insan. Jadi, saya melihat pendekatan beliau adalah tepat dari sudut belia," katanya.

Menurutnya Obama yang dibesarkan di Indonesia turut memahami cabaran yang dihadapi negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Khairy berkongsi senario menarik apabila Obama menyuruh pegawai-pegawainya mencuba durian.

"Semasa di Seri Perdana, Perdana Menteri hidangkan durian kepada Presiden Obama. Beliau kata pernah makan durian sewaktu muda di Indonesia dan beliau 'tidak mahu lagi' (memakannya) lalu beliau memaksa semua pegawainya makan durian," katanya.

Pada majlis jamuan itu, katanya Obama turut memilih hidangan nasi goreng dengan ikan patin dan ayam kampung berbanding stik.

DIAM-DIAM PAS SUDAH KEMPEN SELURUH NEGARA LAKSANA HUDUD TANPA DAP

Posted: 29 Apr 2014 08:17 AM PDT

Sessi Brain Stroming Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat

Dr Hatta Ramli Bentang Isu Hudud : Tidak Mengharapkan Kaum Cina Lagi

Banyak Bajet ?


MACAI KEPANASAN BILA OBAMA MASUK MASJID!

Posted: 29 Apr 2014 06:00 AM PDT


Kekadang memang susah nak faham peel macai-macai pakatan ni. Kekadang nak tergelak pun ada. Pada mereka segala yang baik adalah milik mereka yang abadi. Manakala segala kejahatan dan keburukan adalah milik kerajaan, BN dan UMNO.

Apa jua akan dilakukan mencari dan mencaci kerajaan hatta isu Obama masuk masjid pun dijadikan bahan dan modal untuk berdemonstrasi.


Salahkan Obama melawat dan menikmati keindahan Masjid Negara? Dia masih berpakaian sopan dan tahu adab-adab ketika melawat masjid. Kedatangannya dipimpin oleh Imam Masjid Negara dan para pengiring.

Berbanding dengan tindakan beberapa pemimpin dan pengikut pakatan kafir harbi, chauvinist dan musyrik yang terang-terangan mencemarkan kesucian masjid dan surau. Dahlah tak ikut adab, duduk lepak-lepak sambil dedah aurat dan beri tazkirah memfitnah memburukkan pemimpin Islam yang lain. Kemudian mereka diberi laungan takbir...ada ka patut?







Double standard sungguh...

PEMIMPIN PR DIPAKSA KUNCI MULUT PASAL HUDUD

Posted: 29 Apr 2014 03:00 AM PDT



Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa agar semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengunci mulut berbicara tentang hukum hudud kerana ia tidak menguntungkan pakatan pembangkang.

Sebaliknya, Ketua Parlimen DAP itu menyarankan agar perbincangan itu perlu diadakan dalam mensyuarat Majlis Pimpinan PR.

"Secara tiba-tiba, Pakatan dilihat berdepan dengan krisis terburuk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum ke-12 – sesuatu yang tak pernah dicapai oleh pakar strategi UMNO walau pun mereka telah menimbulkan pelbagai provokasi sebelum ini.

"Pemimpin dan parti komponen Pakatan perlu sentiasa sedar perancangan UMNO untuk mencetuskan pergeseran dalam Pakatan Rakyat dengan memperbesar-besarkan perbezaan – yang kita telah 'setuju untuk tidak bersetuju' dan berpegang teguh dengan rangka dasar bersama Pakatan sebagai agenda bersama.

"Maka, saya menyeru moratorium (penghentian sementara) serta-merta berhubung kenyataan tentang isu ini oleh pimpinan Pakatan dan merujuknya kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan," katanya, dilaporkan roketkini.

Isu hudud kembali diperkatakan selepas kerajaan PAS Kelantan merancang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai pelaksanaannya di negeri itu di Parlimen Jun ini.

Pada 24 April lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan DAP dan PKR tidak berhak menghalang PAS melaksanakan hudud di negeri itu.

Keesokannya, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan balas berkata, PAS boleh keluar daripada Pakatan jika berterusan ingin mengabaikan konsensus Pakatan yang telah dicapai.

Mengulas perkara itu, Kit Siang menegur Mohd Amar dan Anthony Loke dengan berkata, kedua-dua mereka tidak patut mengeluarkan kenyataan yang hanya mengeruhkan keadaan dan menguntungkan UMNO BN.

"Nik Amar dan Anthony perlu lebih menahan diri di ruang awam dan tidak menimbulkan situasi yang membolehkan UMNO BN menangguk di air keruh, menimbulkan suatu keadaan yang disebut pepatah Cina sebagai menyebabkan 'rakan-rakan berduka dan musuh bersorak'.

"Semoga semua pimpinan Pakatan, daripada DAP, PAS, dan PKR terus berpegang pada dasar bersama Pakatan bagi memikul harapan rakyat ke arah perubahan landskap politik yang amat diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, demokratik, berdaya saing dan makmur," katanya lagi.

MALAYSIA BELUM SESUAI LAKSANA HUDUD , KATA ANWAR

Posted: 29 Apr 2014 12:18 AM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan The Malaysian Insider berkata hudud masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum tersebut.

Justeru itu, kata Anwar, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

"Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

"Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.

‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

"Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Mynewshub berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan malam tadi sebulat suara menolak rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menurut Guan Eng, DAP kekal dengan pendirian bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan semangat kemerdekaan negara.

"Resolusi itu turut menegaskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud PAS bukan polisi pakatan kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang itu selama ini.

"Resolusi juga mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah apabila menyatakan pakatan dan DAP telah bersetuju melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan atau Terengganu pada tahun 2011," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut memaklumkan, pimpinan DAP akan bertemu dengan pemimpin PAS berhubung perkara itu, namun menegaskan mereka sama sekali tidak akan berbincang tentang kewajaran melaksanakan undang-undang itu.

Menurutnya, DAP akan turut memaklumkan PAS tentang risiko-risiko yang akan dihadapi parti itu sekiranya meneruskan rancangan untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Risiko itu adalah risiko kehilangan sokongan kehilangan sokongan bukan Islam, risiko perpecahan pakatan pembangkang, risiko kehilangan kehilangan kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Islam.

The Unspinners

Posted: 29 Apr 2014 11:35 PM PDT

The Unspinners


Nik Nazmi dah besar kepala, Gani Ampat Tahil jangan tak rayu pula!

Posted: 29 Apr 2014 11:30 PM PDT


Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap YB Nik Nazmi - Timbalan Speaker DUN Selangor yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberikan notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.





Akibat dari keputusan itu, hancur sistem kehakiman malaysia. Apa akan jadi pada negara jika hakim boleh ketepikan undang-undang yang dikanunkan oleh parlimen selaku badan penggubal undang-undang dan kuasa tertinggi negara ini?

Bukankah pelik ada undang-undang dan peraturan tapi polis tak boleh menguatkuasakan?

Apa erti adakan undang-undang jika ianya tak dipedulikan dan tak dipatuhi? Maka pihak penguatkuasa susah nak jalankan kerja. Tiada erti jika polis tangkap, dah mesti lepaskan dalam 24 jam.

Dahlah penyiasatan untuk sebarang kes menjadi susah kerana peguam perlu ada bersama ketika temuramah soal siasat dilakukan. BIla tolak masa siasatan hanya waktu pejabat, sekarang ni siasatan pun tak boleh dijalankan.

Tambah dengan perkembangan terbaru ini, lahi menyusahkan "law and order" untuk dijalankan di negara iini.


Di mana sikap tanggingjawab sistem kehakiman kepada keamanan dan kepentingan rakyat terbanyak? Maksud sistem kehakinan bukan saja, hakim tapi juga peguam negar ayang menggubal SOSMA yang tak lengkap.


Ada perlu usaha Ibrahim Ali disokong. 

Dari Putrajaya ke Dataran Merdeka, kini pindah ke Jalan Raja

Posted: 29 Apr 2014 07:21 PM PDT


KUALA LUMPUR: Perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dilabelkan sebagai haram oleh pihak polis, akan diadakan di Jalan Raja dan bukannya di padang Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Jurucakap jawatankuasa perhimpunan itu, S. Arutchelvan berkata ini adalah kerana padang itu ditutup untuk proses menaik taraf padang, seperti yang diberitahu oleh pihak polis sebelum ini.

"Kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis pagi ini dan memberitahu mereka bahawa kami akan berkumpul di Jalan Raja kerana kita mahu berbuat demikian di sekitar Dataran Merdeka.

"Pihak polis telah bersetuju dengan langkah ini dan mereka berkata asalkan perhimpunan itu tidak dilakukan di padang Dataran Merdeka, tiada masalah," katanya kepada Astro AWANI.

Arutchelvan berkata pihak penganjur perhimpunan itu telah menolak tawaran Stadium Merdeka dan Padang Merbok oleh polis sebagai lokasi alternatif kerana Dataran Merdeka dan lokasi disekitarnya mempunyai kepentingan sejarah.

Sebelum ini,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad telah berkata perhimpunan itu haram kerana  penganjur perhimpunan itu telah mengemukakan notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan tersebut, tetapi gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Perhimpunan yang dirancang pada 1 Mei itu, bertujuan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pihak penganjur bercadang untuk berkumpul di KLCC kira-kira pada pukul 2 petang, sebelum menamatkan perhimpunan itu di Jalan Raja. - Astro Awani

Ada Anwar pun, perhimpunan pre-tumbang kerajaan di Pandan Indah hambar

Posted: 29 Apr 2014 05:34 PM PDT

Sebagai persediaan untuk Perhimpunan Haram Mei 1hb untuk jatuhkan kerajaan, satu perhimpunan kecil di adakan di padang MPAJ di Pandan Indah, Ampang Selangor

Namun begitu perhimpunan agak hambar ...






... 500 atau kalau nak spin lebih pun kasi canlah 700.

Khabarnya setiap kali di pekik reformasi, sambbutan dari orang ramai acuh tak acuh.

Ucapan-ucapan banyak isu recycle yang banyak termasuk isu-isu spin dan palsu.

Ramai ke Khamis ni nak tumbangkan kerajaan?

Pendedahan Chegu Bard menyebabkan Azmin terkantoi guna trick lama

Posted: 29 Apr 2014 07:41 AM PDT


Chegu Bard menghantar satu SMS yang kini tersebar mempersoalkan Jawatankuasa Pemilehan PKR (JPP) dalam melakukan

Siapa punca kekecohan pemilihan?

1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Sekian

Che'Gu Bard
Anggota Biasa PKR

--------------------------

Sedit sebanyak momentum Azmin bakal terjejas dengan pendedahan Chegu Bard. JIka dulu ada yang tukang tutup salahlakunya, adakah lagi mereka yang sedia lakukan untuk Azmin?

Memetik Gelagat Anwar SINI:

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Mohamed Azmin Ali dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che Gu Bard menegaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin berikutan dakwaan yang mengatakan timbalan presiden itu bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di
beberapa cabang di Sarawak.

Katanya, berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

"Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

"Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan JPP perlu mengambil tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin," katanya kepada Astro AWANI.

————————————————————–

JPP sanggup ambil tindakan kepada Azmin? Kalau Azmin buka buku hutang-hutang Jo Abdul kepada dia secara peribadi macamana???

Calun Ketua Cabang PKR Batu Pahat ahli UMNO dan PAS?

Posted: 29 Apr 2014 04:39 AM PDT


Semangat calun Ketua Cabang Batu Pahat


Anak bekas ADUN UMNO Rengit dah cerita nak ambilalih DUN Rengit. Tapi untuk parti mana satu?



Dia pun masih ahli UMNO dan PAS


Rafizi garang di Keningau, Main kotor bila nak kalah di Kemaman

Posted: 28 Apr 2014 11:58 PM PDT


Majlis Temu Mesra Kempen Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Restoran Roof Top Garden, Hotel Sento Keningau telah diadakan semalam.

Namun sambutan tidak berapa menggalakan dengan hanya 85 orang ahli2 PKR Keningau dan Pensiangan yang hadhir. Ini hanya menggambarkan PKR di Sabah serupa menunggu ajal.

Majlis hanya di panaskan oleh kata-kata pembantu Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli.

Dalam pemilihan ini, Rafizi memberi sokongan penuh kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden. Kononnya beliau berpengalaman luas dan sanggup berjuang di dalam parti dalam apa jua suasana.

Dalam majlis di Keningau, Rafizi secara terbuka menembak YAB Menteri Besr Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Azmin Ali kerana mereka tidak bersehaluan. Dia menyalahkan Khalid dengan krisis seperti isu air dan isu bible. Azmin dikatakan mempunyai masalah tertentu.


Itu di Sabah tapi lain pula keberanian Rafizi di kemaman di mana Rafizi dikatakan akan kalah untuk jawatan Ketua Cabang Kemaman. 

Memandangkan prospek dia gelap, kem Rafizi di Kemaman telah melakukan provokasi untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Menghidu kekalahan ketika proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, mereka membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

"Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

"Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang."

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

"Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

Belantan

Posted: 29 Apr 2014 11:15 PM PDT

Belantan


MH370 Hari ke-53: Rakaman audio pesawat dimainkan kepada keluarga China?

Posted: 29 Apr 2014 05:38 AM PDT


Pegawai Malaysia telah memainkan rakaman audio terakhir pesawat MH370 dengan menara kawalan udara kepada keluarga penumpang di China.

Ia berbunyi seperti perbualan radio biasa dengan nombor penerbangan diulang berkali-kali.

Mengikut laporan CNN, sesi pertama mendedahkan kronologi perhubungan terakhir pesawat berkenaan dengan stesen radar dan juga satelit yang berlegar di atas Lautan Hindi.

Pada 2.03 pagi 8 Mac, pusat operasi Malaysian Airlines menghantar pesanan kepada kokpit mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara Vietnam tetapi MH370 tidak menjawab.

Tiada komunikasi antara Malaysian Airlines dan MH370 selama lima jam sehingga syarikat penerbangan itu cuba menghubungi kokpit semula.

Keluarga China berkenaan diberitahu bahawa pesawat MH370 akan kehabisan bahan api setelah tujuh jam dan 31 minit dalam penerbangan.

Berdasarkan pengiraan bahan api, pesawat berkenaan akan kehabisan bahan api pada jam 8.12 pagi.

Delegasi Malaysia juga menunjukkan data satelit antara pesawat dan Inmarsat di Lautan Hindi.

Hubungan keenam dan juga terakhir dengan satelit berlaku pada jam 8.11 pagi.

Suara Politik
Belantan

MH370 Hari Ke-53: Syarikat Australia dakwa kemungkinan jumpa pesawat?

Posted: 29 Apr 2014 01:19 AM PDT


Sebuah syarikat penerokaan Australia dakwa telah temui bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan, Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7News Australia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 29 Apr 2014 11:05 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Billy Info: Fakta Tentang Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg ( Tolong Sebarkan )

Posted: 29 Apr 2014 10:58 PM PDT

Baru-baru ni kecoh di ruangan Facebook tentang penjualan air tin Jolly Shandy yang mungkin boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia. 

Sekarang ini ianya dijual dalam bentuk hampir sama dengan tin minuman biasa seperti F&N, Coca Cola dan lain-lain. Di 7E pun dah ada dijual sekarang. Ianya arak, bukan minuman biasa.



Fakta ringkas tentang Jolly Shandy:
  • Jolly Shandy ialah air minuman tin beralkohol rendah (arak) yang dikeluarkan oleh Syarikat Carlsberg sejak tahun 2007 lagi.
  • Menariknya, walaupun syarikat ini berpangkalan di Eropah, minuman Jolly Shandy ini dicipta khas dan dikeluarkan dikilangnya yang terletak di Shah Alam, Malaysia. 
  • Minuman ini turut di eksport ke negara-negara Asia yang lain.
  • Kandungan alkohol dalam Jolly Shandy adalah pada kadar 1% dan mempunyai beberapa perisa antaranya Lemon, Orange, Lychee, Apple dan Pineapple.
  • Ingredients: Water, sugar, beer, citric acid, flavouring, colour, carbon dioxide, ascorbic acid, vitamin C and stabilizer.
  • Minuman ini baru-baru ini dilancarkan semula dengan rasa yang dipertingkat dan dalam packaging yang baru bersaiz air tin biasa 320 ml. 







    Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

    Mungkin pada kadar 1% alkohol, ia tidak akan memabukkan. Namun bagi kita umat Islam, adalah haram hukumnya meminum arak walaupun hanya setitik sahaja tetaplah haram. 



    http://billyinfo.blogspot.com/2013/11/fakta-tentang-minuman-tin-jolly-shandy.html?m=1


    Sent from my iPhone

    SMS Panassss @Chegubard hentam @AzminAli Krisis Pemilihan PKR - Ugut Demonstrasi Petang Ini

    Posted: 29 Apr 2014 06:40 PM PDT

    . Sms dari Chegu Bard..utk direnungi..
    Tuesday, April 29, 2014

    Siapa punca kekecohan pemilihan ?
    1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

    2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

    antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah
    Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak Sibu 58,Konawit 54, Santubong 23, H.Rejang 42, Mukah 10, K.Samarahan 29, Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195 dan Saratok 516 Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak ... Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi
    Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin. Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Sdr. Lau tanpa segan silu menfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali. Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali. Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.
    Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petrajaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)
    Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan. Perbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba - tiba beberap hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita. (berlaku di banyak tempat lain)
    Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak dipeduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di Klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)
    Ada pengawas yang tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP
    Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabudan Ahad lepas tetapi secara tiba - tiba saatakhir JPP kononya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya ?
    selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.
    3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

    4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

    5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

    6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

    7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

    8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

    Sekian

    che'GuBard
    Anggota Biasa PKR


    Sumber dari rakan whatsapp


    Gambar yang tersebar berkaitan sms di atas :

    Hudud semakin hampir jadi kenyataan - mantan MB Nik Aziz Nik Mat @UMonline

    Posted: 29 Apr 2014 06:18 PM PDT


    NIK Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

    KOTA BHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini semakin hampir menjadi kenyataan.

    Tanpa berselindung, beliau menaruh keyakinan tinggi hudud bakal dilaksanakan ekoran menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak mengenai undang-undang Islam itu sejak akhir-akhir ini.

    "Dalam sehari dua ini, berita-berita baik sedang dirasai oleh jiwa saya.

    "Masyarakat, insya-Allah akan terima (hudud) dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

    Pertemuan selama sejam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan Asyraf Wajdi untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim, termasuk Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama.

    Kelmarin, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Pulau Melaka, di sini.

    Mengulas mengenai cadangan Muhyiddin supaya sebuah jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan diwujudkan bagi membincangkan hudud dengan terperinci, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau menyambut baik saranan itu.

    Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak mahu terlibat dengan jawatankuasa tersebut dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada kepimpinan negeri yang baharu.

    "Saya pandang baik (cadangan), saya berasa gembira sehari dua ini memandangkan hudud sebelum ini ditentang," katanya.


    http://m.utusan.com.my/Politik/20140430/po_01/Hudud-semakin-hampir-jadi-kenyataan

    Sent from my iPhone

    Seorang wanita ditahan, menjadikan 10 anggota militan ditangkap - @Zahid_Hamidi

    Posted: 29 Apr 2014 05:56 PM PDT

    Post Pic

    KAJANG: Seorang lagi individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan di Kuala Lumpur pagi Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 10 orang.
     
    Semalam, sembilan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Mereka berumur antara 25 hingga 26 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor.
     
    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wanita yang ditahan hari ini merupakan seorang balu namun enggan mendedahkan secara terperinci lokasi serta waktu dia ditahan.
     
    "Setakat pagi tadi, kami sudah menahan 10 orang yang dipercayai ada hubung kait dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta menerima latihan ala ketenteraan," katanya.
     
    Beliau memberitahu sidang media selepas majlis 'Pemakaian Pangkat Time Based berasaskan kecemerlangan koperal dan sarjan penjara', pelancaran unit pengiringan bermotosikal dan jersi pasukan bola sepak Penjara FC.
     
    Ahmad Zahid berkata pihaknya juga telah merampas pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa daripada 10 individu berkenaan.
     
    Tambahnya, maklumat risikan juga mendapati mereka mempunyai rangkaian di luar dan dalam negara, dan telah menyertai beberapa misi jihad di negara yang sedang bergolak.
     
    "Mereka menyamai apa yang dilakukan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah berselindung atas nama misi kemanusiaan," katanya.
     
    Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan misi mengesan saki baki kumpulan itu yang dipercayai lebih daripada 10 orang.
     
    Ketika ditanya mengenai cara anggota kumpulan itu direkrut, beliau berkata PDRM menyelidiki semua punca pengambilan yang dilakukan daripada individu, kumpulan atau laman sosial seperti Facebook dan tidak akan ada unsur kompromi kepada sesiapa sahaja yang terlibat.
     
    Ahmad Zahid berkata setelah siasatan selesai, beliau akan meminta Bukit Aman mendedahkan mengenai kumpulan itu, yang terdiri dari pelbagai latar belakang individu.
     
    Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
     
    "Saya yakin di bawah Sosma kita akan dapat membendung gejala keganasan di negara ini yang mengamalkan kesederhanaan dalam Islam," katanya.


    http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbJpfZg==


    Sent from my iPhone

    Video @Youtube : Cina Mengamuk Polis @PDRMsia Tolak Duit Rasuah !!!

    Posted: 29 Apr 2014 03:21 AM PDT




    Syabas kepada anggota polis yang teguh dengan prinsip menolak rasuah ! Tidak kira Melayu Cina India yang tawar rasuah, jangan terima kerana ia tidak berbaloi dengan kesan selepasnya.

    Inilah yang ditakuti oleh rakyat yang tidak menjunjung keluhuran perlembagaan  yang mahu anggota penjawat awam menerima rasuah untuk menghalalkan urusan haram dan perbuatan mereka yang melanggar undang-undang. 


    Tahniah sekali lagi kepada polis trafik. Keteguhan integriti anda membanggakan kami sebagai rakyat Malaysia...

    @Zahid_Hamidi Bidas Pakatan Hipokrit Tolak Warta Lokasi Perhimpunan Mengikut AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

    Posted: 29 Apr 2014 03:05 AM PDT




    Pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya sering memperjuangkan demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebenarnya boleh dikatakan hipokrit dan mengamalkan 'double standard', kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Zahid pada Isnin mendedahkan, kerajaan negeri yang dikuasai PR menolak pelawaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewartakan lokasi perhimpunan di negeri masing-masing seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

    "Melalui Akta Perhimpunan Aman (PAA) ini mengizinkan beberapa kawasan yang digazetkan untuk dijadikan tempat perhimpuna," jelas Zahid.

    Sehubungan itu beliau menyelar kerajaan negeri di bawah PR kerana sering mahu mengadakan perhimpunan, tetapi enggan mewartakan lokasi kawasan berhimpun di negeri sendiri.

    "Yang menghairankan negeri yang diperintah mereka (PR), apabila KDN meminta kawasan tertentu untuk digazetkan mereka sendiri menolak kawasan itu untuk digazetkan.

    "Ertinya mereka pilih kasih dalam perkara ini," katanya pada sidang media Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia Asean kali ke-4 di Kuala Lumpur hari ini.

    Zahid berkata, contoh terdekat bagi menggambarkan keangkuhan dan sikap hipokrit kerajaan negeri PR adalah Selangor yang enggan mewartakan Stadium Shah Alam sebagai lokasi perhimpunan dalam APA 2012.

    Kata Zahid, ahli Parlimen PR sering kali dilihat gah berucap di Dewan Rakyat mengenai kebebasan bersuara serta hak berhimpun, namun apa yang dikatakan itu bercanggah dengan tindakan mmereka apabila berada di luar Parlimen.

    "Saya ambil contoh Stadium Shah Alam sepatutnya digazetkan sebagai tempat untuk berhimpun tetapi tidak dipersetujui kerajaan PR negeri Selangor.

    "Sedangkan kerajaan negeri itu yang dikuasai pembangkang beria-ia mendesak perhimpunan ini diizinkan, tetapi apabila kita meletakkan salah satu premis mereka sebagai premis perhimpunan, mereka tidak izinkan," kata Zahid.

    Terbaru, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin PR berkeras mahu mengadakan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini di Dataran Merdeka walau ia mendapat bantahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana lokasi yang dipilih itu sedang menjalani kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf.

    Ia mendorong pihak polis, yang sudah berikrar tidak akan menghalang perhimpunan berkenaan selagi ia berlangsung secara aman mencadangkan lokasi lain, antaranya Stadium Merdeka, kepada pihak penganjur, namun ditolak mentah-mentah.

    Jurucakap jawatankuasa protes GST 1 Mei, S Arutchelvan berkata, perhimpunan itu tetap akan diadakan di Dataran Merdeka meskipun ia ditutup untuk tujuan naik taraf.

    Katanya, biarpun wujud kebimbangan pihak tertentu mengenai pembinaan yang sedang berjalan, namun perhimpunan itu akan diadakan di jalan bersebelahan padang.

    "Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat," kata Arutchelvan.

    Selain itu penganjur juga dilihat 'liat' untuk mematuhi Seksyen 9(1) APA 2012 yang mensyaratkan mereka perlu memaklumkan pihak polis secara rasmi mengenai perhimpunan yang hendak diadakan 10 hari sebelum ia berlangsung walaupun mahkamah memutuskan seksyen berkenaan tidak menyalahi Perlembagaan.

    Demonstrasi GST 1 Mei 2014 : Tanggung risiko jika tidak patuh Akta Perhimpunan Aman - @Zahid_Hamidi

    Posted: 29 Apr 2014 02:26 AM PDT




    Patuhi Akta Perhimpunan Aman Atau Berdepan Tindakan Tegas - Ahmad Zahid

    ALOR GAJAH, 26 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan mereka yang terlibat dalam perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

    Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjur dan mereka yang terlibat perlu memastikan perhimpunan tidak mengganggu ketenteraman rakyat.

    "Namun jika ada di kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat yang dikenakan di dalam Akta Perhimpunan Aman cara saya tidak akan pernah memberi amaran.

    "Kita beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukan di luar daripada syarat yang diberikan maka mereka harus menanggung risiko," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu, beliau menghadiri perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

    Ahmad Zahid mengulas rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan bagi membantah pelaksanaan GST.

    Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pihak penganjur supaya menukar lokasi perhimpunan itu dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka kerana dataran tersebut kini sedang dalam proses renovasi.

    "Jangan jadikan Akta Perhimpunan Aman untuk (membolehkan) mereka berhimpun di Dataran Merdeka, mereka boleh menggunakan Stadium Merdeka setelah mendapat kebenaran.

    "Kalau mereka tidak puas hati tentang apa-apa isu termasuk GST mereka boleh nyatakan alasan dalam perhimpunan di stadium itu secara aman," katanya.

    Mengulas mengenai kegiatan penculikan di Sabah, Ahmad Zahid berkata pasukan keselamatan negara sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap sedia kerana percaya kumpulan tersebut bukan sekadar merancang penculikan malah turut merancang untuk melakukan pencerobohan ke negara ini.

    "Ada terdapat maklumat kita terima ada kumpulan sasarkan pesta tertentu di Sabah untuk ganggu serta lakukan penculikan.

    "Tetapi kita tahu itu bukan sasaran mereka sebaliknya (mereka) menumpukan kawasan yang tidak diawasi pihak berkuasa," katanya.

    -- BERNAMA

    ANGIN PERUBAHAN

    Posted: 29 Apr 2014 09:27 PM PDT

    ANGIN PERUBAHAN


    Anwar Sokong Pencalonan Azmin Ali Ditangguh

    Posted: 28 Apr 2014 10:43 PM PDT



    PenangWasabi

    Posted: 29 Apr 2014 09:19 PM PDT

    PenangWasabi


    GE bekal enjin pesawat AirAsia RM4.8b?

    Posted: 29 Apr 2014 01:29 AM PDT

    Najib Tun Razak bersama Barack Obama menyaksikan majlis menandatangani perjanjian perdagangan antara AirAsia X yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Tony Fernandez (duduk, kiri) dengan GE yang diwakili oleh John G Rice (duduk, kanan) di Kuala Lumpur, semalam.

    Syarikat gergasi Amerika Syarikat, General Electric Co. akan membekalkan enjin untuk 25 pesawat Airbus 330-300 yang baharu dibeli AirAsia X Berhad, dalam urus niaga bernilai lebih AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion).

    Urus niaga ini adalah yang terbesar daripada tiga perjanjian komersial disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada hari terakhir lawatan rasminya ke negara ini, di sini hari ini.

    Dua lagi adalah pembelian 30 peratus ekuiti oleh Kumpulan Sime Darby dalam syarikat bioteknologi, Verdezyne yang berpejabat di San Diego, sebanyak AS$30 juta (RM96 juta), dan pembelian 51 peratus ekuiti oleh MetLife ke dalam AmLife iaitu sayap insurans Kumpuan AmBank, bernilai AS$250 juta (RM800 juta).

    Pada majlis itu, GE diwakili Naib Pengerusi dan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pertumbuhan dan Operasi Globalnya, John G. Rice dan AirAsia oleh CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

    Menerusi urus niaga tersebut, GE akan membekalkan enjin-enjin pesawat dan menyediakan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) untuk 25 pesawat A330 milik AirAsia X, dengan opsyen untuk meliputi tambahan tiga lagi pesawat. Enjin tersebut akan diliputi dalam rumusan perjanjian servis pelbagai tahun OnPoint.

    Rumusan OpPoint adalah perjanjian servis yang disusun mengikut kehendak pelanggan berdasarkan keperluan operasi dan kewangan mereka, yang berperanan membantu mengurangkan kos pemilikan aset dan memaksimumkannya.

    Menurut Fernandes, GE dipilih berdasarkan kepakaran teknikal dan prestasi kecekapan bahan api serta kos berdaya saing yang akan memastikan AirAsia X mengekalkan kelebihan daya saing sebagai pengendali penerbangan tambang paling murah di dunia.

    "Dengan tempahan ini, GE menjadi pembekal enjin utama kedua kepada AirAsia X. Saiz kami sudah mencapai skala memadai untuk menyokong dua jenis enjin, dengan enjin gantian yang mencukupi, jurutera dan juruteknik khusus dan komitmen teguh servis daripada kedua-dua pembekal.

    "Rekod dan hubungan panjang GE dengan AirAsia memberikan kami keyakinan untuk memilih mereka,'' katanya.

    Naib Presiden dan Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Global bagi GE Aviation, Kevin McAllister berkata, pihaknya berbangga dipilih AirAsia untuk memasang enjin pesawat A330 AirAsia yang dianggap sebagai tempahan besar dan penting kepada GE.

    Menurut kenyataan Jabatan Perdagangan AS, urus niaga itu membantu menyokong 25,000 pekerjaan berkaitan enjin GE di Cincinnati, Ohio; Durham, North Carolina; Rutland, Vermont; dan kota-kota lain di negara itu selain 150 pembekal di 34 negeri di AS.

    Menggunakan metodologi Jabatan Perdagangan AS, GE menganggarkan sebanyak 3,695 pekerjaan dapat disokong menerusi urus niaga dengan AirAsia tersebut.

    Penang Wasabi..

    GERAKAN ANTI PKR

    Posted: 29 Apr 2014 09:05 PM PDT

    GERAKAN ANTI PKR


    NIKMAT CATUAN AIR : SALAH SAPA.. TANYA PENGUNDI LAH !

    Posted: 29 Apr 2014 03:49 AM PDT

    JURI RAKYAT

    Posted: 29 Apr 2014 07:56 PM PDT

    JURI RAKYAT


    Terungkap, Misteri Teknologi India Kuno yang Maha Dahsyat

    Posted: 29 Apr 2014 09:28 AM PDT

    Banyak para penyelidik UFO ingin mengetahui suatu fakta penting. Ketika UFO disebut sebagai kendaraan milik makhluk asing, atau mungkin asalnya dari tentera kerajaan, muncul satu lagi kemungkinan yang mungkin tentang UFO yaitu benda itu berasal dari India dan Atlantis Kuno.


    Apa yang kita ketahui tentang pesawat terbang orang India kuno datangnya dari sumber-sumber India kuno yang mencakup penulisan teks turun-temurun.

    Tanpa banyak prasangka bisa kita katakan bahwa kebanyakan teks ini adalah sah dan asli melihat sebagian besar belum lagi diterjemahkan dari bahasa Sanskrit lama.

    Maharaja India Ashoka telah mendirikan sebuah organisasi "The Nine Unknown" yang merupakan para ilmuwan terkenal India yang dikatakan mengkatalogkan berbagai jenis sumber-sumber sains.

    Ashoka telah merahasiakan kerja-kerja mereka semua karena beliau merasa bahwa penemuan ilmiah yang terbaru itu akan terpasung dari sumber India kuno itu sendiri dan justru yang akan disalahgunakan bagi tujuan peperangan yang kejam yang mana tidak diinginkan oleh Ashoka sendiri.

    "The Nine Unknown" telah menulis sembilan buah buku yang saling berkaitan antara satu sama lain.

    Buku bertajuk "Rahasia-Rahasia Gravitasi" amat dikenal di kalangan sejarawan tetapi tidak dianggap oleh mereka sebagai sesuatu yang berkaitan dengan gravitasi bumi.

    Ia dianggap masih ada, tersimpan di dalam sebuah perpustakaan rahasia di India, Tibet, atau dimana-mana (mungkin juga berada di sekitar Amerika Utara).

    Hanya beberapa tahun silam, rakyat China telah menemui beberapa buah dokumen sanskrit di Lhasa, Tibet serta telah membawanya ke Universitas Chandrigargh untuk diterjemahkan.

    Dr. Ruth Reyna dari Universitas itu menjelaskan bahwa dukumen itu mengandung petunjuk untuk membuat pesawat luar angkasa!

    Cara-cara pembuatan mereka, katanya, adalah anti-gravitasi dan berasaskan kepada satu sistem analog yaitu "laghima", satu sumber tenaga yang tidak diketahui oleh manusia modern. Menurut ahli Yoga Hindu, "laghima" ini menjadikan seseorang itu mempunyai kemampuan untuk terbang.

    Dr.Reyna menjelaskan bahwa pada papan mesin ini yang dikenali sebagai "Astras", dikatakan telah digunakan oleh masyarakat India kuno untuk membawa satu rombongan manusia ke planet lain, sesuai yang tertera pada dokumen tersebut, yang mana dikatakan telah berusia beribu-ribu tahun.

    Manuskrip itu juga dikatakan telah memaparkan rahasia "antima" (cara-cara untuk menjadi menghilang) dan "gerima" (bagaimana untuk menjadi seberat gunung).

    Pada mulanya para ilmuwan India tidak begitu serius dengan kandungan manuskrip tersebut tetapi kemudian mereka menyadari akan hakikat bernilainya manuskrip tersebut apabila negara China mengumumkan bahwa mereka akan memasukkan bagian tertentu dari data manuskrip tersebut ke dalam program kajian angkasa mereka.

    Ini adalah salah satu contoh pertama kerajaan untuk mengaku membuat kajian tentang anti-gravitasi.


    Walaupun manuskrip tersebut memaparkan secara jelas tentang rancangan penjelajahan antar planet dan penjelajahan ke bulan tapi tidak dijelaskan apakah semua perjalananan angkasa itu benar-benar dilakukan.

    Walau bagaimanapun satu dari epik terkenal India yaitu Ramayana, mempunyai satu cerita terperinci tentang satu penjelajahan ke bulan dengan menggunakan Vimana (Astra).

    Malah epik Ramayana menceritakan dengan terperinci maklumat satu pertempuran di atas bulan dengan sebuah pesawat "Asvin" (Atlantean).

    Ini adalah suatu bukti mengenai anti-gravitasi dan teknologi kapal angkasa telah digunakan oleh masyarakat kuno India.

    Untuk benar-benar memahami teknologi tersebut, kita harus meninjau kembali ke masa lampau, ke Kerajaan Rama di India Utara dan Pakistan yang terbentuk pada masa sekitar 15.000 tahun silam.

    Pada masa itu disebutkan bahwa telah muncul kota-kota canggih yang segala sesuatunya teratur secara sistematis mulai dari penataan landscape sampai saluran air.

    Ingat bagaimana kisah Nabi Sulaiman yang menawan Ratu Balqis? Bagaimana bentuk istananya, sehingga digambarkan apabila kita berjalan di atas lantai istana itu, seolah-olah kita berjalan di atas permukaan air.

    Mungkin ini ada kaitannya. Sedangkan di dalam Al-Quran ada disebutkan tentang mukjizat Nabi Sulaiman yang bisa mengendarai angin. Ini mungkin berkaitan erat dengan teknologi yang berkembang pada jaman itu.

    Bukti keberadaan Rama masih dapat ditemukan di padang pasir Pakistan utara dan India barat. Rama diperkirakan hidup sejaman dengan bangsa di Benua Atlantis.

    Tujuh buah kota besar yang teragung dalam Kerajaan Rama yang terkenal dengan nama "Tujuh Kota-Kota Rishi" dalam teks klasik Hindu.

    Menurut penjelasan teks India kuno, masyarakat ketika itu mempunyai mesin terbang yang dipanggil sebagai "Vimanas".

    Epik India kuno telah menjelaskan sebuah Vimana sebagai satu pesawat yang mempunyai dua dek dan berbentuk bulatan dengan terdapatnya lubang pada bagian bawah pesawat dan menara pada bagian atasnya.

    Berdasarkan kepada keterangan tersebut kita mungkin akan mengaitkannya dengan piring terbang alias UFO.

    Vimana dikatakan mempunyai kemampuan untuk terbang dengan kecepatan angin dan mengeluarkan bunyi bermelodi.

    Terdapat sekurang-kurangnya 4 jenis pesawat Vimana; sebagian berbentuk piring dan yang lain berbentuk silinder panjang (kapal angkasa berbentuk kerucut).

    Masyarakat India kuno yang menghasilkan kapal sendiri, telah menulis tentang manual penerbangan berbagai jenis Vimanas, yang sebagian besar manuskripnya masih dicari-cari para ilmuwan.


    Sedangkan bgaian manuskrip yang ditemukan malah telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris. Samara Sutradara adalah satu karya sastra ilmiah yang berkaitan dengan keberhasilan perjalanan angkasa dengan menggunakan sebuah Vimana.

    Terdapat 230 puisi berkaitan dengan cara membuat, perjalanan sejauh seribu batu, pendaratan secara normal, kecemasan, dan kisah penerbangan di antara burung-burung!

    Pada tahun 1875, sebuah kitab berjudul Vaimanika Sastra ditulis oleh ilmuwan bernama Bhara Dewaji yang menggunakan kitab-kitab yang lebih lama sebagai sumbernya.

    Kitab itu ditemui di dalam sebuah kuil di India dan di dalamnya tercantum keterangan-keterangan yang berkaitan dengan cara mengemudikan Vimana, langkah-langkah penyelamatan, penerbangan jauh, dan perlindungan terhadap pesawat dari ancaman badai, kilat, dan petir.

    Kitab itu menjelaskan bagaimana cara menyerap energi matahari. Vaimanika Sastra (Vymaanika-Shaastra) mempunyai delapan peringkat dengan gambar sketsa yang menjelaskan tentang tiga jenis kapal udara, termasuk jenis-jenis yang bisa mudah terbakar atau hancur.

    Ia juga menerangkan tentang 31 jenis bagian tertentu bagi kendaraan ini dan 16 bahan mentah sebagai sumber energinya yang mana bisa juga menyerap cahaya dan tenaga panas yang sesuai untuk menggerakkan Vimana.

    Dokumen ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dan bisa didapat dengan mengirim surat kepada penerbit Vymaani Dashaastra Aeronotics untuk Maharishi Bharadwaaja.

    Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dan disunting, dicetak dan dikeluarkan oleh En. G.R. Josyer, Mysore, India, 1979. En. Josyer adalah seorang pengarah bagi akademi Tehnik Sanskrit Antar Bangsa, terletak di Mysore.

    Memang tiada keraguan bahwa Vimana telah digerakkan oleh sumber energi "anti-gravitasi". Vimana lepas landas secara melintang, dan dikatakan mampu untuk beterbangan di langit seperti sebuah helikopter moden.

    Bharadvajy merujuk bahwa tidak kurang daripada 70 orang pihak pemerintah dan 10 orang pakar penerbangan udara yang terlibat.

    Sumber energi ini sekarang telah hilang. Vimana telah disimpan di sebuah Vimana griha, dan dikatakan kadangkala dicat dengan sejenis cat putih kekuningan dan kadangkala dengan sejenis bahan merkuri.

    Cat putih kekuningan kelihatan mencurigakan seperti gaselin dan mungkin Vimana mempunyai hitungan sumber energi yang berlainan termasuk mesin penggerak dan malah mesin jet saraf.

    Adalah menarik untuk diketahui bahwa pihak Nazi juga telah membuat mesin jet saraf praktikal pertama bagi roket V.8 mereka.

    Kaki tangan Hitler dan Nazi juga dikatakan berminat dengan India kuno dan Tibet sehingga pada awal tahun 30- an telah membawa satu tim ekspedisi ke dua tempat tersebut setiap tahun, sebagai usaha untuk mendapatkan bukti kuat dan tidak mustahil jika dikatakan pihak Nazi mungkin memperoleh panduan ilmiah mereka dari dua sumber kuno ini.

    Merujuk pada Dranaparva yang merupakan sebagian dari epiks Mahabarata dan Ramayana, Vimana digambarkan berbentuk seperti sebuah bentuk bujur dan mempunyai kecepatan yang hebat seperti angin kuat, yang dihasilkan oleh bahan merkuri.

    Ia bergerak seperti sebuah UFO, ke atas dan ke bawah, ke belakang dan ke depan seperti yang diinginkan pilot. Di dalam satu lagi sumber India lain yaitu Samaranganasutradhara telah menjelaskan bagaimana kenderaan ini dibentuk.


    Pada jaman tersebut telah dikenal pemakaian bahan merkuri sebagai bahan bakar Vimana, melihat gambaran yang dijelaskan oleh buku itu.

    Banyak ilmuwan Rusia terheran-heran saat menemukan catatan berupa panduan mengemudikan kendaraan yang tertera di bebeperapa dinding gua di turki dan Gurun Gobi.

    Dari ukiran dan relief yang terdapat pada potongan tanah liat dan kaca digambarkan bagaimana sebuah kendaraan kosmik melaju.

    Pesawat terbang antar planet itu dilambangkan dengan segitiga yang di dalamnya terdapat simbol merkuri. Ini jelas menunjukkan bahwa orang-orang India purba telah mampu mengirim utusan dengan kendaraaan ini dan menjelajahi wilayah Asia, Atlantis, sampai ke Amerika Selatan.

    Di Mohenjodaro (Pakistan) terdapat manuskrip yang menjelaskan tentang peperangan Ramayana yang menggunakan segala bentuk persenjataan dan kendaraan terbang semacam itu.

    Bayangkan betapa teknologi laser, jet, dan roket telah ada di kerajaan Ramayana sejak jaman dulu dan menghancurleburkan peradaban pada jaman itu.

    Mari kita simak bait-bait yang tertulis dalam kitab Mahawira dan Bhawabhuti yang berasal dari abad ke-8:

    "Sebuah kendaraan udara, Pushpaka membawa banyak orang ke ibukota ayodhya. Langit dipenuhi berbagai kendaraan terbang. Gelap bagaikan malam, namun terlihat dari cahaya mereka yang kekuningan."


    Malangnya Vimana, seperti kebanyakan ciptaan ilmiah yang lain, telah digunakan untuk tujuan peperangan.

    Orang-orang Atlantis menggunakan kenderaan terbang mereka, "Vailixi" untuk menyerang negeri-negeri lain dan menguasai dunia.

    Dalam teks kuno India mereka dikenal dengan bangsa Aswins. Meskipun tak ada catatan tentang pesawat Vailixi dari bangsa atlantis sendiri tapi kedatangan mereka ke India melalui udara banyak sekali diceritakan.

    Deskripsi Vailixi berbentuk silinder panjang dan selain dapat terbang juga mampu bergerak di bawah air seperti kapal selam modern.

    Kendaraan-kendaraan lain, seperti Vimana berbentuk seperti piring dan mungkin juga bisa bergerak di bawah air.

    Menurut Eklal Kuehshana, penulis "The Ultimate Frontier", dalam satu artikel yang ditulisnya pada 1966, menyatakan bahwa, "Vailixi yang paling awal dibuat di Atlantis yaitu kira-kira 20.000 tahun lampau dan bentuk yang paling biasa ialah bentuk piring dengan tiga ruang mesin dibawahnya."

    "Mereka menggunakan satu peralatan mekanikal yang anti-gravitasi dengan menggunakan tenaga mesin sebesar 80.000 tenaga kuda."

    Dalam teks Mahabarata, salah satu sumber yang menerangkan Vimana, ada yang menjelaskan tentang kemusnahan yang hebat yang menunjukkan kesan dari peperangan tersebut:

    "(Senjata itu merupakan) satu alat yang mengandung semua energi yang ada di dunia ini. Satu kepulan asap yang besar dan cahaya yang terang benderang bagaikan sinaran dari beribu-ribu matahari telah dihasilkannya…"
    "Satu pancaran kilat, satu pembawa pesan maut yang dahsyat, yang menyebabkan kemusnahan seluruh keturunan Vrishni dan Andhaka "

    "Mayat-mayat mereka terbakar hangus sehingga tidak dapat dikenal pasti."

    "Rambut dan kuku mereka terlepas; pecah tanpa sebab, dan burung-burung bertukar menjadi putih"

    "Selepas beberapa jam semua bahan makan turut tercemar"

    "Untuk mengelakkan diri daripada api itu, para laskar terjun ke dalam sungai untuk membersihkan diri mereka dan peralatan mereka"

    Dari penjelasan ini, seolah-olah Mahabrata sedang menggambarkan satu keadaan peperangan menggunakan bom atom!

    Kini pihak Barat telah mampu mengungkap sebagian dari rahasia gravitasi. Mereka telah mampu mencipta mesin anti-gravitasi dari penghasil tenaga medan elektromagnetasi yang mereka namakan sebagai levitasi, namun masih belum lagi dipraktikkan.

    Rujukan seperti ini bukan hanya satu; peperangan senjata yang menakjubkan dan kendaraan terbang merupakan gambaran biasa dalam buku-buku epik India.

    Terdapat sebuah epik yang menggambarkan peperangan Vimana-Vailixi di bulan! Peperangan yang digambarkan dalam aksi di atas menggambarkan dengan tepat tentang satu kesan letupan atomik dan kesan radioaktif.

    Ketika kota besar Rishi di Mohenjodaro (Pakistan) ditemukan oleh para arkeologi pada akhir abad yang lalu, mereka melihat kerangka-kerangka yang bergelimpangan di jalan-jalan, ada yang berpegangan tangan, seolah-olah mereka telah dilanda satu malapetaka yang amat dasyhat secara tiba-tiba.

    Pada kerangka-kerangka tersebut terdapat sisa radioaktif yang tinggi, sama dengan yang dijumpai di Hiroshima dan Nagasaki.

    Dari kota-kota kuno yang dibuat dari batu-bata dan batuan yang telah berubah bentuk, yaitu di India, Irlandia, Scotlandia, Perancis, Turki dan beberapa tempat lain, tiada penjelasan yang logik mengenai perubahan itu melainkan akibat ledakan atomik.

    Selain itu, di Mohenjo-Daro, sebuah kota besar yang terancang di dalam bentuk grid, dengan sistem saluran yang lebih baik daripada yang terdapat di Pakistan dan India, jalan-jalannya dipenuhi dengan serpihan "kaca-kaca hitam".

    Serpihan tersebut kemudian dikenal pasti sebagai tanah-tanah liat yang telah cair akibat terpapar panas yang melampaui batas.

    Pasca tenggelamnya Atlantis dan kemusnahan Rama akibat senjata atomik, dunia untuk sesaat kembali ke zaman batu seperti beberapa ribu tahun sebelumnya.

    Namun begitu, nampaknya bukan semua Vimana dan Vailixi milik Rama dan Atlantis yang hilang. Karena diciptakan untuk berfungsi selama beribu-ribu tahun, kebanyakan masih bisa digunakan, seperti yang terdapat dalam karyatulis "The Nine Unknown Men", Ashoka, dan manuskrip Lhasa.

    Yang menarik adalah terdapat satu petikan sejarah yang menyatakan bahwa semasa Iskandar Agung menyerang India lebih daripada dua ribu tahun lalu, pasukannya telah diserang dengan "perisai yang berterbangan dan bercahaya" yang menakutkan pasukan tentara dan pasukan berkudanya.

    Walau bagaimanapun "piring-piring terbang" itu tidak menggunakan sembarang bom atom atau senjata lain pada laskar Iskandar.

    Di masa itu juga Iskandar menawan India Ramai. penulis yang menyatakan bahwa kebanyakan masyarakat rahasia telah menyimpan sebagian Vimana dan Vailixi mereka di dalam gua-gua rahasia di Tibet atau tempat-tempat lain di Asia Tengah dan Gurun Lop Nor di barat China yang sampai sekarang dikenal sebagai pusat suatu misteri UFO yang besar.

    Mungkin di situlah kebanyakan kapal angkasa disimpan, di pangkalan bawah tanah yang dibangun oleh pihak Amerika, Inggris, dan Rusia beberapa dekade yang lalu.

    Namun kemunculan UFO di masa sekarang yang begitu sering tetap saja menyisakan banyak pertanyaan tentang aktivitas mereka.


    Ditemukan Lokasi UFO India Kuno?

    Apa yang menyebabkan Dunia Barat mendadak menyerbu Afghanistan, peristiwa 11 september? memburu Osama?, memberantas teroris? ya !! tapi itu adalah versi pemerintah amerika yang di tayangkan di media masa.

    Selain yang tersebut di atas ternyata ada maksud lain yang membuat kita terkejut antara percaya dan tidak bahwa mereka berburu sebuah pesawat dari jaman india kuno, yang ditemukan oleh ilmuwan Militer AS yang dikenal dengan nama Vimana.



    Sebuah mesin terabang (Vimana) yang tersembunyi di gua di Afghanistan sejak 5000 tahun yang lalu telah menyebabkan "hilangnya" setidaknya 8 tentara Amerika karena berusaha untuk memindahkan nya dari gua tersebut.

    Penting untuk dicatat bahwa teknologi "Vimana" adalah sebuah pesawat misterius dari mitologis kuno dalam epos mahabharata dan konon memiliki senjata menakutkan mirip dengan bom atom saat ini.

    Roopkund, Misteri Danau Tengkorak di Himalaya

    Posted: 29 Apr 2014 09:19 AM PDT

    Terselip di sudut terpencil di Himalaya pada ketinggian 5.029 meter (16.500 kaki) di negara India Uttarakhand, Roopkund memegang misteri yang sangat menarik.
    Lebih dikenal sebagai 'Danau Tengkorak' sejak penjaga taman nasional datang ke tempat ini dan menemukan sebuah kuburan massal berisi sekitar 300-600 kerangka.


    Setelah penemuan mengagumkan tahun 1942 ini , danau tengkorak Roopkund telah menghasilkan sensasi fenomenal. Sebuah danau beku yang jauh dan tak dihuni, yang membutuhkan empat hari perjalanan untuk mencapainya dari lokasi desa yang terdekat, telah menjadi hotspot untuk studi dan spekulasi baru.

    Proses penanggalan karbon dilakukan pada kerangka-kerangka ini mengungkapkan bahwa kerangka-kerangka manusia ini mati sekitar abad ke-12 sampai 15.

    Pada dasarnya, diasumsikan bahwa kematian tersebut disebabkan oleh beberapa bentuk bencana alam seperti longsor, badai salju atau epidemi. Namun, kontroversi, masih berkembang hingga saat ini dikalangan penduduk lokal, antropolog dan sosiolog.


    Sebagian orang menghubungkannya dengan cerita rakyat lokal. Yang Lain memperkirakan bahwa kerangka-kerangka tersebut berasal dari berbagai sebab seperti orang-orang dari Tibet yang mengembara atau pedagang yang telah tersesat, dan orang yang melakukan ritual bunuh diri, serta tentara yang kalah, dll.


    Pada tahun 2004, sebuah tim ilmuwan Eropa dan India dikirim oleh National Geographic Channel mengunjungi Roopkund untuk melanjutkan penelitian. Penelitian mereka telah menggali petunjuk menarik dan informasi. Bagian dari temuan mereka termasuk harta antropologis seperti mayat yang terawat baik, perhiasan, tulang dan tengkorak.



    Dengan melakukan tes DNA pada kerangka-kerangka ini para ahli telah menemukan bahwa kerangka-kerangka ini milik dua kelompok yang berbeda. Satu kelompok ditandai dengan perawakannya lebih pendek dilihat dari kerangkanya sementara yang lain secara signifikan lebih tinggi.

    Kelompok pertama kemungkinan adalah pengrajin lokal atau porter, sementara yang termasuk kelompok kedua kemungkinan anggota dari klan yang sama dengan kelompok pertama.


    Penanggalan radiokarbon yang lebih baru yang dilakukan tim NGC, mengungkapkan bahwa telah ada kesalahan data kronologis pada penanggalan yang dilakukan sebelumnya. Kerangk- kerangka ini dianggap berasal dari abad ke-9.

    Para ilmuwan dari London dan Hyderabad memeriksa tengkorak untuk mengetahui apakah kerangka-kerangka tersebut mengalami patah tulang, yang mereka anggap sebagai hasil dari hujan badai yang disertai bola bola es (hailstorm) secara tiba-tiba. Bola es yang terjadi disini volumenya luar biasa besar - rata-rata seukuran bola tenis.



    Tidak heran bahwa siapa pun yang terkena Hailstorm di Garhwal Himalaya tanpa ampun akan binasa. Udara beku dan hantaman bola-bola es besar memberikan kontribusi terhadap holocaust mereka.

    Dan diperkirakan bahwa lebih dari sekali, longsor telah melanda Roopkund sejak kematian orang orang itu. Longsor inilah yang mengubur beberapa mayat ke dasar danau, dimana mayat-mayat tersebut masih ditemukan utuh, terawetkan di bawah es.


    Jika pun teori penyebab kematian tragis ini benar, ada satu pertanyaan lagi yang menyusul dan membingungkan. Yaitu tentang kemana orang-orang ini pergi. Roopkund bukanlahh sebuah daerah historis signifikan dan tidak ada jejak dari setiap rute perdagangan ke Tibet telah ditemukan disini. Roopkund juga bukan situs untuk ziarah yang menarik sekelompok besar orang.


    Namun, film dokumenter 'Danau Tengkorak' yang dibuat oleh National Geographic Channel (NGC) telah mementahkan asumsi ini. Di Film ini NGC mengklaim bahwa Roopkund adalah tempat untuk festival agama Garhwali yang disebut 'Nanda jaat yatra' yang diadakan di setiap 12 tahun.

    Sebuah prosesi yang terdiri dari seekor domba jantan bertanduk empat yang baru lahir dianggap sebagai titisan seorang Dewi diarak dari desa terdekat dan dibawa menuju Roopkund.


    Kemungkin kerangk- kerangka di danau ini adalah mereka para pemuja yang berpartisipasi dalam prosesi massal beberapa abad yang lalu. Dari cerita rakyat, mengatakan bahwa seorang raja tertentu telah berpartisipasi dalam ritual 'yatra' dengan membawa para penari perempuan. Namun hal ini telah menyinggung Nanda Sang Dewi, sehingga menimpakan hailstorm kepada mereka.


    Cerita rakyat tersebut mungkin hanyalah dongeng belaka, tetapi sangat mungkin bahwa setidaknya tubuh yang lebih tinggi adalah tubuh para anggota kerajaan dan tubuh yang lebih pendek, yang terserak di seluruh danau adalah porter lokal yang kemungkinan semuanya tewas terkena hailstorm.

    Apapun penyebab kematian mereka, tidak ada yang benar-benar tahu apa yang menyebabkan begitu banyak orang melakukan sebuah perjalanan yang jauh dan melelahkan berabad-abad lalu.

    bERANIKAN hATI

    Posted: 29 Apr 2014 03:37 PM PDT

    bERANIKAN hATI


    MB PAHANG WAJAR KEKAL HINGGA PRU

    Posted: 28 Apr 2014 05:00 PM PDT

    MB Pahang di Sidang Dewan yang akan berakhir hari ini


    Sejak kebelakangan ini ada pihak yang memainkan isu konon 2 Menteri Besar akan ditamatkan khidmatnya atau digantikan. Tidak susah untuk meneka siapakah menteri besar berkenaan kerana sudah semestinya bukan negeri Selangor dan Kelantan yang bukannya milik kerajaan BN. Tidak juga Pulau Pinang dan Melaka kerana mereka tidak punyai Menteri Besar sebaliknya pemimpin tertinggi negeri diketuai oleh Ketua Menteri. (Sabah dan Sarawak memang dikecualikan dari perbincangan ini). 

    Tidak mungkin Kedah dan Johor kerana Menteri Besar mereka masih sangat baru memimpin negeri. Justeru, secara tepatnya kesimpulan bolehlah dibuat bahawa sasarannya adalah ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan Terengganu.

    Soalnya adakah Perdana Menteri yang sememangnya berhasrat melakukan perubahan sedemikian atas nama transformasi? Atau ada 'tangan lain' yang sengaja mengambil kesempatan untuk kepentingan politik peribadinya sendiri dan sama ada dengan mendapat 'wahyu' dari Perdana Menteri atau hanya menyebarkan khabar dengan membawa 'firman' kononnya dari Perdana Menteri.

    Walau apa pun dan siapa pun, ianya pastilah seseorang yang rapat atau masih merasakan ianya akrab dengan Perdana Menteri, yang masih ingin mencaturkan politik negara biarpun menyedari dirinya sudah semakin terpinggir dari arus politik semasa.

    Benar, DSD Adnan Yaakob sudah lama dikerusi Menteri Besar Pahang namun untuk mencampuri urusan politik negeri adalah sesuatu yang tidak wajar bagi Perdana Menteri terutamanya ketika beliau masih berdapan dengan begitu banyak masalah di kerajaan pusat sendiri. Dalam kata lain, tidak perlu politik negeri dan kedudukan Menteri Besar diganggu selagi mereka tidak mendatangkan masalah besar kepada kerajaan pusat.

    Jika pencapaian Menteri-Menteri Besar berkenaan dijadikan alasan untuk menukar mereka, maka Perdana Menteri harus juga melihat pencapaiannya sendiri dalam PRU13 lalu beranding pencapaian PRU sebelumnya. Kerana itu jugalah saya secara peribadi yakin bahawa khabar yang dibawa ini bukanlah datang dari Perdana Menteri sendiri, melainkan ianya datang dari pihak yang ingin mencari kesempatan.

    Beberapa nama disebut-sebut sebagai diantara dalang yang memainkan isu berkenaan termasuk tokoh politik veteran dari Pahang sendiri yang diketahui ada hubungan akrab dengan Perdana Menteri. Dialah yang kononnya mencaturkan siapakah yang akan diangkat kelak untuk jadi Menteri Besar Pahang. Harapan dan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar sudah jelas tidak akan kesampaian, justeru itu beliau harap agar proksinya akan diangkat agar beliau akan terus dapat menghidupkan karier politiknya.

    Saya bukanlah orang yang 'mentaksubi' DSD Adnan Yaakob dan beliau juga bukanlah memandang dan menyedari akan kehadiran saya, namun atas nama kebenaran saya tetap menyokong sebarang usaha untuk terus mempertahankan beliau supaya terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang bagi terus melaksanakan agendanya membangunkan rakyat negeri Pahang. 

    Kita tidak memiliki ramai pemimpin yang tegas dan berani sebagaimana beliau dalam berhadapan dengan pembangkang. Beliau pernah dilebelkan sebagai samseng oleh pembangkang atas keberanian dan ketegasan beliau ketika kebanyakan menteri dan pemimpin lain hanya membisu seribu bahasa akibat takut diserang pihak pembangkang.

    Ketika orang lain dari luar negeri Pahang melihat Menteri Besar kita sebagai seorang wira, apakah anak Pahang sendiri masih takut-takut untuk berdiri dibelakangnya? Jika saya berani menyatakan sokongan dan berdiri dibelakang DS Hishamuddin, kenapa pula saya tidak berani berdiri dibelakang pemimpin negeri saya sendiri?

    Saya menoleh kebelakang apabila terasa punggung saya ditepuk... oppss!


    BERANI MEMBUAT PILIHAN...

    Posted: 29 Apr 2014 03:31 PM PDT

    BERANI MEMBUAT PILIHAN...


    Foto Diana Danielle dan Farid tak berbaju cetus kontroversi

    Posted: 29 Apr 2014 04:01 PM PDT

    Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil telah menjadi bahan perbualan hangat dalam kalangan para peminat sekaligus menimbulkan kontroversi.

    Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagram milik Diana Danielle yang memaparkan kemesraan antara dirinya dan suaminya iaitu Farid Kamil menyebabkan banyak pihak rasa kurang senang.

    Pelbagai komen daripada pengikut Instagram Diana Danielle yang rata-rata tidak menyukai gambar mesra mereka dipaparkan buat tontonan umum.

    Namun begitu, Diana Danielle telah tampil memberi penjelasan dengan menjawab salah satu komen daripada seorang pengikutnya yang bernama Liza.

    "Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture.

    Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them," dipetik dari komen Diana Danielle melalui Instagram.

    (Video) Aksi lucah Bangla dan wanita Filipina dikecam

    Posted: 29 Apr 2014 07:01 AM PDT

    MENERUSI video yang dikongsikan di Facebook The Real Singapore, satu aktiviti tidak senonoh telah dirakamkan di sebuah taman di Singapura.

    Ia dipercayai dilakukan oleh pendatang asing warga Filipina dan Bangladesh dengan tujuan untuk berhibur.

    Namun, ternyata aktiviti 'memakan pisang' ini sangat tidak manis dan kurang sopan untuk ditayangkan di tempat awam.

    Rasanya, anda sendiri boleh memahami apa yang kami maksudkan kerana ia seolah-olah menggambarkan perbuatan seksual.

    Hai, inilah akibatnya kalau tidak tahu menghormati budaya di tempat orang…

    Penipuan undi: Anwar jamin Azmin tak akan terlepas hukuman

    Posted: 29 Apr 2014 06:01 AM PDT

    PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan memberi layanan istimewa terhadap mana-mana pemimpin yang melakukan penipuan pada pemilihan parti kali ini termasuk calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

    Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong sepenuhnya tindakan JPP untuk melakukan siasatan terhadap insiden pemilihan peringkat Cabang di Batang Sadong kerana PKR menentang sebarang elemen kecuaian dan penipuan.

    "Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada JPP. Kita tak akan bertolak ansur dengan mana-mana penipuan.

    "Kita bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melindungi penipuan. JPP tidak terikat dengan pimpinan parti. Ia badan bebas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

    Anwar berkata, sebaik saja hasil siasatan mendapati wujudnya kecurangan, kecuaian dan penipuan, tindakan disiplin akan diambil tanpa mengira siapa calon yang menang.

    "Sebaik saja kita dapati ada unsur penipuan, arahan untuk siasatan dilakukan, batal atau tangguh pemilihan akan dikeluarkan. Ini pendirian kita tak kira siapa calon yang bertanding," katanya.

    Jelas Anwar, JPP yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Johari Abdul dan jawatankuasa aduan, Abdul Malek Hussain telah turun ke kawasan terbabit (Batang Sadong) untuk mendapatkan keterangan mengenai insiden tersebut.

    "Mereka telah pergi ke Batang Sadong untuk mendapatkan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

    Pada Ahad, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi undi di cabang tersebut.

    Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

    JPP pada Isnin menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

    Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa sama berlaku 'blackout'.

    #MH370: Dakwaan wanita pulang dari umrah kini jadi perhatian

    Posted: 29 Apr 2014 05:01 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

    Dalam laporan pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

    Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

    Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

    Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

    "Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

    Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

    Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

    Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.


    Penjaga gol berzina dengan guru wanita mati dirodok perut

    Posted: 29 Apr 2014 04:24 AM PDT

    Gambar hiasan
    Tuban: Di padang aksinya mungkin lincah mengawal gawang, namun dalam kehidupan peribadi, Supriyanto akhirnya 'tewas' ditusuk senjata oleh suami kekasihnya semalam.

    Dalam kejadian di Kampung Sugihwaras di daerah Jenu, Supriyanto dilaporkan didatangi seorang lelaki yang ingin mengetahui kebenaran hubungan sulit mereka.

    Media semalam melaporkan, suspek tiba di rumah penjaga gol pasukan bola sepak tempatan itu motosikal.

    Kata saksi, Endang Setyorini, 43, mereka dilihat berbincang seketika di depan rumah sewa Supriyanto sebelum suspek menikam mangsa di perut.

    "Tikaman itu menyebabkan isi perut Supriyanto terburai," katanya. Kata Endang, Supriyanto cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan raya sambil menjerit meminta tolong.

    Bagaimanapun, kata Endang, penyerang terbabit terus mengejar mangsa.

    Orang ramai kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

    Menurut saksi, Supriyanto sempat diselamatkan manakala penyerangnya melarikan diri.

    "Mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Tuban," katanya semalam.

    Kes berkenaan masih berada dalam siasatan polis.

    Sumber berkata, kejadian berpunca daripada hubungan sulit yang dijalinkan Supriyanto dengan seorang guru wanita yang sudah berkahwin.

    Perkara berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan suami wanita terbabit. - Agensi

    Pengasuh simpan foto bogel

    Posted: 28 Apr 2014 11:01 PM PDT

    Yuji Motte, 26
    Yokohama: Polis mengenakan dakwaan tambahan terhadap seorang pengasuh yang sebelum ini dikaitkan dengan kematian kanak-kanak jagaannya.

    Yuji Motte, 26, ditahan pada 18 Mac lalu kerana disyaki menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun di apartmennya di Fujimi di wilayah Saitama.

    Ekoran siasatan kes itu polis menemui beberapa gambar bogel kanak-kanak dengan sebahagian daripadanya berada di bawah jagaan Motte.

    Sumber polis berkata, gambar berkenaan disimpan dalam peranti yang dirampas di apartmennya.

    Premis itu, kata sumber polis, turut dijadikan pusat asuhan kanak-kanak di bawah seliaan Motte.

    "Punca kematian kanak-kanak terbabit masih disiasat tetapi pemeriksaan menunjukkan ada kesan lebam di bahagian mulut dipercayai akibat dicekik," katanya.

    Pendakwa juga mengambil kira pertuduhan jenayah ke atas Motte kerana kesalahan dilakukan terhadap adik mangsa yang baru berusia sembilan bulan.

    Bayi itu ditemui masih hidup dalam apartmen berkenaan namun memerlukan rawatan bagi hipertermia (suhu badan panas melampau).

    Polis berkata, Motte tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dengan alasan dia tertidur selama 12 jam ketika kejadian akibat mengambil ubat. - Agensi

    Pontianak Sungai Ular gemparkan pengguna jalan

    Posted: 28 Apr 2014 09:50 PM PDT

    SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

    Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

    Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

    Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

    Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

    Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

    Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

    Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

    "Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut," katanya.

    Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.
    Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

    Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam 12.30 pagi.

    Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

    Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

    "Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

    "Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya," katanya.

    Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

    Aziz berkata, Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

    Bonceng perempuan waktu malam

    Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

    Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

    "Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

    "Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

    "Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan," katanya.

    Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

    Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

    Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

    Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

    Lima pelajar IPTA jadi mangsa lelaki gila seks

    Posted: 28 Apr 2014 08:01 PM PDT

    DUA pelajar yang menyewa rumah berkenaan menunjukkan kertas amaran yang ditampal di luar tingkap.
    Segamat: Lima pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tinggal menyewa di sebuah rumah di Jalan Segamat-Muar di sini, kini bukan sahaja hidup dalam kebingungan dan ketakutan, malah tidak lena tidur malam kerana terpaksa berdepan dengan gangguan misteri sejak awal tahun ini.

    Penuntut IPTA terbabit mendakwa gangguan mereka hadapi itu disyaki dilakukan seorang lelaki yang dipercayai tinggal di kawasan berdekatan rumah sewa mereka.

    Antara kejadian yang menimbulkan kebimbangan penghuni ialah apabila sering berlaku kecurian pakaian dalam yang dijemur di ampaian dan tidak kurang juga bunyi seseorang mengetuk tingkap bilik tidur pada tengah malam ketika mereka baru melelapkan mata.

    Seorang penghuni rumah sewa berkenaan yang dikenali sebagai Nur, 21, berkata, dia dan empat rakan menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu kerana kedudukannya di tepi jalan dan memudahkan mereka ke kampus dengan menaiki bas yang disediakan pihak pengurusan universiti.

    Bagaimanapun, dia mendakwa berlaku pelbagai kejadian pelik sejak awal tahun ini yang membuatkan mereka keliru sama ada perkara itu mempunyai kaitan dengan unsur mistik atau dilakukan oleh lelaki gila seks.

    "Bermula dengan kehilangan pakaian dalam dari ampaian, kehidupan kami di rumah ini tidak tenteram, malah ada sahaja gangguan yang membuatkan kami semua ketakutan.

    "Pernah sekali rakan serumah ternampak kelibat lelaki sedang mengibas seluar dalam di belakang bilik tidur kami pada tengah malam. Saya tidak tahu sama ada perbuatan lelaki tidak dikenali itu bertujuan mempraktikkan ilmu songsang atau sebaliknya, tetapi insiden itu cukup untuk membuatkan kami tidak lena tidur malam," katanya ketika ditemui semalam.

    Hmetro

    Pakar motivasi 'A' perdaya, perkosa surirumah

    Posted: 28 Apr 2014 07:01 PM PDT

    Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar motivasi dikenali sebagai 'Mr A' menjadi buruan polis selepas memperdaya dan memperkosa seorang suri rumah yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.

    Sumber polis berkata, mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sosial, awal bulan ini.

    Pada awal perkenalan itu, menurutnya, mangsa dikatakan tidak menceritakan masalah peribadi, namun lelaki itu sering menceritakan kepakaran menyelesaikan masalah dihadapi wanita.

    "Taktik itu membuatkan mangsa terpaut pada kebolehan dan kepetahan suspek berbicara, termasuk meyakinkannya dengan pelbagai nasihat.

    "Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dengan alasan kononnya bersedia membantu dan mendengar luahan masalah rumah tangga wanita itu," katanya.

    Mangsa kemudian bertemu suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pahang di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu.

    "Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa mencari lokasi lain untuk menyambung perbincangan sebelum berjaya memujuk mangsa mengikut ke bilik hotel di tingkat 17 hotel berkenaan.

    "Sebaik masuk ke dalam bilik hotel, wanita itu diberi makan sebiji gula-gula sebelum mencium wajah wanita itu.

    "Mangsa cuba untuk menepis tetapi seperti terpukau dan hanya membiarkan suspek merogolnya," katanya.

    Difahamkan, suspek sempat mengambil gambar bogel mangsa sebelum mengugut mahu menyebarkannya jika mangsa enggan meneruskan hubungan dengannya.

    "Mangsa yang risau gambarnya akan disebarkan oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini," katanya.

    Susulan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek berusia 40-an yang dipercayai menyamar sebagai pakar motivasi untuk memperdaya mangsa.

    Isu cerai: Fiza salahkan instagram, peminat

    Posted: 28 Apr 2014 06:01 PM PDT

    Bunyinya memang kecil, namun itulah hakikatnya jika sudah tiada jodoh. Hanya kerana Instagram, sebuah keluarga yang dibina berlandaskan 'cinta' akhirnya musnah di tengah jalan.

    Itulah hakikat sebenar penceraian antara Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, dengan Adam AF2.

    Semuanya bermula apabila pengikut Instagram miliknya mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosialnya dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian

    "Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

    "Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

    Instagram Adam yang didakwa tanpa gambar Fiza
    Instagram Fiza yang didakwa tanpa gambar Adam
    "Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," Kata Fiza yang menganggap keputusan bercerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan Adam.

    Tambah Fiza, hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

    Dia juga menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.

    "Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).

    "Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," ujarnya dipetik sebagai berkata.

    "Keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan saya tidak menolak sekiranya kami disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh," katanya dengan nada sedih.

    Fiza berkata demikian ketika ditemui media selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor, semalam.

    Dalam kes permohonan cerai tersebut, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi. Lafaz itu dibuat kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Cucu Tok Selampit

    Posted: 29 Apr 2014 02:02 PM PDT

    Cucu Tok Selampit


    MACAI PR Berdemo @BarackObama Masuk Masjid Negara, Mereka Diam Bila Amoi Nampak Peha Masuk Masjid?

    Posted: 28 Apr 2014 11:23 PM PDT



    Kekadang CTS memang tidak boleh hadam logik yang digunakan oleh macai dan pecacai PR memprotes sesuatu isu. Sewaktu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama datang ke Malaysia, salah satu agenda beliau adalah melawat Masjid Negara. Sewaktu itulah, macai dan pencacai PR mengadakan demonstrasi dan protes mempertikaikan Obama masuk ke dalam Masjid. Salahkah Obama melawat Masjid Negara? Salahkah orang bukan Islam ingin melihat keindahan senibina Islam?

    Obama bukanlah menghina Masjid sepertimana YB-YB PR yang bukan Islam yang sering menggunakan ruang sembahyang umat Islam untuk berceramah politik! Lihat sahaja gambar di bawah. Kenapakah juak-juak PR membenarkan seorang amoi yang terdedah paha gebunya untuk duduk di dalam ruangan solat sebuah Rumah Allah? Apakah perbuatan amoi berkenaan lebih mulia dari lawatan Obama ke Masjid Negara. Ini adalah logik Macai yang tak akan dapat CTS faham.


    THE FLYING KICK

    Posted: 29 Apr 2014 01:59 PM PDT

    tun faisal dot com

    Posted: 29 Apr 2014 01:25 PM PDT

    tun faisal dot com


    #PemilihanPKR: @AzminAli mendahului. @Khalid_Ibrahim & @SaifNasution sudah kena game #PengundiBangla ?

    Posted: 28 Apr 2014 08:30 PM PDT



    Ini kerja Team Azmin atau Team Khalid?



    Azmin dikatakan memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%. Saifudin nampak macam badut je dalam pemilihan kali ni... apa sudah jadi? Blogger-blogger yang sokong Saifudin, Nurul, Rafizi ni tak buat kerja ke?


    Azmin Ali dahului perebutan timbalan presiden PKR

    APRIL 27, 2014


    Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.

    Sumber memberitahu penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendahului dua pencabar terdekatnya dengan memperolehi undi popular dalam perebutan jawatan itu dalam pemilihan PKR 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.

    Mohamed Azmin Ali semakin hampir mempertahankan jawatannya selepas keputusan tidak rasmi awal menunjukkan sokongan memihak kepada penyandang timbalan presiden PKR itu.

    Sumber mendedahkan ahli Parlimen Gombak itu mendahului undi popular, jauh meninggalkan lawannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

    Setakat pengundian zon pertama hari ini, sumber memberitahu The Malaysian Insider, Azmin memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%.

    Keputusan tersebut diperoleh daripada Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

    Bagaimanapun, kiraan undi masih lagi belum selesai di Kelantan dan sedang berjalan.

    Menurut sumber, kebanyakan sokongan yang diperolehi Azmin juga datang daripada cabang yang majoritinya bukan Melayu seperti Stampin, Lubok Antu, Lawas di Sarawak dan beberapa kawasan cabang lain.

    "Ini menunjukkan mesej yang senada dengan tema kempen Keadilan Raya yang menitikberatkan idea keterangkuman dan toleransi.

    "Majoriti ahli menyokong tema Keadilan Raya yang dibawa Azmin," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

    Berdasarkan keputusan awal itu, sumber berkata, majoriti ahli parti tidak mengganggap PKR sebagai sebuah parti politik berteraskan kaum Melayu, tetapi adalah untuk semua rakyat Malaysia.

    "Mengejutkan Saifuddin jauh ketinggalan walaupun mendapat sokongan daripada ketua umum PKR," kata sumber merujuk kepada sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR itu.

    Saifuddin sebelum ini berkata PKR merupakan sebuah parti politik berteraskan Melayu, namun ia disangkal Azmin yang tidak bersetuju dengan label itu.

    Proses pemilihan PKR diadakan mengikut zon, bagi minggu pertama, akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

    Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

    Bagi minggu terakhir ia melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

    Barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan.

    Penganalisis sebelum ini juga meramalkan Azmin akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Khalid dan Saifuddin kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

    Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik.

    Berbeza dengan lawannya, Azmin mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

    Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.

    Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.

    Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini. – 27 April, 2014.


    #PemilihanPKR Cabang Kemaman kecoh, Rafizi buat kecoh sebab kena game dengan #TeamAzmin?

    Posted: 28 Apr 2014 06:00 PM PDT

     

    Alamak... apa sudah jadi dengan #TeamSaifudin ni? Sudah kena main dengan #TeamAzmin ka? Apa kata ahli akar umbi PKR tentang Rafizi?
    "Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat."


    Rafizi buat kecoh bila tahu akan kalah Ketua Cabang Kemaman Pemilihan ditunda !!!

    Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang. 

    Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

    Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

    Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

    "Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

    "Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang."

    Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

    "Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

    "Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

    Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

    #KrisisAirSelangor: MP DAP dan Exco Negeri sahkan Menteri Besar Lombong @Khalid_Ibrahim menipu? #OpsBaldi

    Posted: 28 Apr 2014 03:46 PM PDT


    Kepimpinan Khalid disanggah lagi. Mula-mula oleh Charles Santiago DAP. Sekarang oleh Dr Ahmad Yunus Hairi, PAS. Menteri Besar Lombong nampaknya makin panas. Isu air dalam negeri Selangor belum selesai. Pemilihan PKR pun masih ketinggalan di belakang Azmin Ali. Inilah akibat keangkuhan dan kedegilan Khalid dan Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu mendengar nasihat pakar empat tahun lalu bahawa Selangor akan dilanda krisis air pada tahun 2014. 





    Apa you cerita Khalid? Pam pun belum sampai lagi, baru beli diesel saja la... lawak-lawak kerajaan PR ni. Macam ni nak memerintah negara?


    Pam Air Lombong Elak Selangor Terus Catu Air 

    Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu bahawa catuan air akan ditamatkkan sama ada pada Selasa (esok) atau Rabu nampaknya kemungkinan besar tidak akan akan menjadi kenyataan.

    Ini kerana, selepas seminggu air dari takungan kolam serta bekas lombong dipam, paras air di empangan-empangan Selangor hanya meningkat sebanyak 1.18 peratus sahaja kepada tahap 40.08 peratus, sedangkan paras selamat ditetapkan pada tahap 50 peratus.

    Demikian dinyatakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi pada Isnin, ketika mengumumkan peningkatan jumlah kapasiti enam daripada tujuh empangan di negeri itu dalam tempoh seminggu sejak 22 April lalu hingga hari ini.

    Dengan itu, katanya, catuan air mungkin tetap akan diteruskan walaupun sebelum ini dikatakan akan tamat pada 30 April.

    Kerajaan PR negeri Selangor setakat ini belum mencapai keputusan sama ada akan menamatkan catuan air kerana perlu meneliti beberapa faktor.

    Beliau juga memaklumkan, kerajaan PR Selangor akan menambah sepuluh unit lagi pam air berkuasa diesel yang diimport dari China bagi menambah kapasiti takungan air di empangan negeri itu pada kadar yang lebih cepat, terutamanya bagi Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu.

    "Menteri Besar dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang untuk pertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

    Ini susulan penggunaan pam yang sudah dibeli sejak seminggu lalu hanya meningkatkan paras air empangan tidak sampai 2 peratus.

    "Sepuluh pam itu akan sampai bulan hadapan," kata Dr Ahmad Yunus.


    Khalid dalam satu sidang media di Kangar, Perlis, 26 April lalu berkata, ctuan air di Selangor dijangka akan ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini kerana pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.

    "Jadi, jika takungan air terus meningkat, kita akan umumkan penamatan catuan pada Selasa atau Rabu nanti," katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli PKR negeri Perlis di Kangar, Sabtu.

    Tiga hari sebelum itu Khalid mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan mengepam air dari bekas lombong, kolam dan bawah tanah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor.

    Menjawab soalan mengenai peruntukan yang diumumkan Khalid, Dr Ahmad Yunus berkata, setakat ini belum sampai RM1 juta daripada peruntukan itu yang telah digunakan untuk memberi diesel bagi pam-pam yang sedia ada.

    "Peruntukan yang kita dah gunakan tak sampai sejuta lagi. Hanya beli untuk diesel kepada pam tersebut. Kita belum guna peruntukan untuk beli pam baru," kata beliau.

    Sebelum ini terdapat sembilan pam digunakan bagi mengepam air lombong ke empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air di negeri berkenaan.-bnbbc.my


    Apa Yang Tersirat

    Posted: 29 Apr 2014 01:02 PM PDT

    Apa Yang Tersirat


    MH370: Apa Kah Dakwaan Makcik Dalelah Akan Terbukti Benar

    Posted: 29 Apr 2014 02:59 AM PDT

    Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

    Pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

    Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

    Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

    Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

    "Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

    Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

    Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

    Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.

    MH370: Sepintas Lalu Yang Berlaku Sebelum Hilang Misteri

    Posted: 29 Apr 2014 12:42 AM PDT


    Pesawat semasa berada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut di timur Kota Bharu Kelantan, pesawat mengalami kebakaran, sehingga asap memasuki ruang kabin dan kemudian kokpit. Kebakaran memusnahkan panel komunikasi, atas sebab itu transponder pesawat terputus tanpa disadari juruterbang. 

    Dalam keadaan demikian, naluri seorang juruterbang adalah menerbangkan pesawat itu ke arah lapangan terbang terdekat yang dia tahu boleh menampung pendaratan pesawat yang dipandunya. Dalam isu MH370, lapangan terbang terdekat adalah LTA Pulau Pinang dan Langkawi. Bukti, bahwa juruterbang mengarah ke dua LTA itu, apabila radar tentera mengesannya pada 2.40 pagi.

    Atas sebab semua alat komunikasi terputus, maka mengambil keputusan mendarat, boleh mengundang bahaya besar, bukan sahaja kepada pesawat malah di lapangan terbang itu sendiri. Apabila gagal berkomunikasi dengan sebarang menara, maka juruterbang memutuskan untuk mendaratkan pesawat di laut Andaman, Selat Melaka tidak dipilih atas sebab kesibukan laluan itu.

    Pesawat terpaksa berlegar-legar untuk menghabiskan minyak sebelum melakukan pendaratan atas air, atas sebab mendarat dengan minyak yang banyak boleh menyebabkan pesawat meletup. Apabila minyak habis, barulah pesawat mendarat, sekitar pukul 8 pagi hari nahas itu. Kali terakhir blips/pings pesawat diterima satellite adalah pukul 8.11 pagi, adalah mendokong teori bahawa pesawat mendarat dengan tangki kosong.

    Sekiranya kesaksian seorang wanita yang baru pulang menjalankan umrah diambil kira, mungkin menemui pesawat akan lebih cepat.

    Ikuti cerita Makcik itu:

    Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

    Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

    Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

    "Saya nampak macam kapalterbang. Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

    Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

    "Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

    Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar. "Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

    Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

    Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

    Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

    "Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia)," kata beliau.

    Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

    "Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah

    "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

    Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

    Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

    "Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan ~ mStar 

    Tak tahulah bagaimana Makcik tu boleh nampak.. mungkin beliau dikurniakan Allah kebolehan yang kita semua tidak ada atau memang Allah SWT hendak tunjukkan kepada dia sahaja..

    Sebabnya sebagaimana yang dinyatakan oleh juruterbang yang enggan namanya disiarkan itu.. apa yang kita akan nampak dari ketinggian 35,000 kaki itu?

    Obama temporarily barred from Air Force One due to durian-breath

    Posted: 28 Apr 2014 11:05 PM PDT

    KUALA LUMPUR — US President Barack Obama, on-route to the Philippines after completing a 3-day visit to Malaysia, was denied entry into the presidential plane Air Force One by the Secret Service after his durian-tainted breath triggered the aircraft's hazardous gas sensors.
    Mr Obama, who had just enjoyed a large serving of the thorny fruit known for its pungent, strong smell yet delicious taste, was stopped by his own security personnel at the aircraft door and asked to return to his armoured limousine and taken to a nearby airport VIP lounge where he could 'decontaminate' his mouth.
    A Secret Service spokeswoman said that this drastic measure was unusual, but needed to be taken for the safety of the entire plane, as the Asian fruit's overwhelming smell, quoted by some as 'reeking of garbage stink', could overcome the other personnel and endanger the flight.
    STRONG STOMACH: Obama being escorted away from Air Force One
    STRONG STOMACH: Obama being escorted away from Air Force One
    "We are truly sorry to do this to the Commander-in-Chief, but we have strict rules about toxic smells on our flights," said the spokesperson who declined to be named. "Our job is to ensure the security of the president, but if he poses a danger to himself by consuming such thing, we have to make a stand.
    "We can't have our pilots or other staff suffocating just because Mr Obama says 'Hi' to them, unleashing the smell of hell unto them. Heck, I don't think even our delicate electronic instruments could withstand such a rancid scent. A couple of his security details had to be taken to the emergency room just now when he flashed his grin at the crowd before we left the hotel," she said.
    "So, unless POTUS is willing to spend the entire flight to Manila wearing a biohazard suit, we simply cannot allow him on the plane. No way."
    NOT FOR EVERYONE: The 'musang king' durian
    NOT FOR EVERYONE: The 'musang king' durian
    Met at the lounge, Mr Obama said that he could not resist having a go at the durians he saw by the side of the road as his entourage drove by, as 'it brought back happy memories of his growing up years in Indonesia'.
    "I was just enjoying the ride, Skyping to Michelle and the kids when I saw it — a huge, beautiful pile of Musang King durian being sold by an old Chinese fellow," said Obama, in between chewing spearmint gum and gargling Listerine vigorously. "Suddenly my head was filled with all those sweet times I spent with my buddies in my mom's village just outside Jakarta in 1967. Jumping into rivers buck naked and picking fresh mangoes and rambutans at Farmer Wak Djomo's orchard. His durians were just divine. Golly, I LOVE Malaysia!
    "I'm sorry if I caused a few hours of delay, but look, I'm the Chief. I just had to get me some."
    The entourage made the impromptu pit stop where the president spent about half an hour eating 3 durians before continuing on his journey. The flight to Manila is expected to resume in six hours, after getting clearance from Hazmat personnel.
    The durian seller, Mr Denny Lim, 67, said that while he was initially surprised by the VIP visit to his fruit stall, he felt honoured and glad to see a durian lover rediscovering his roots.
    "At first I thought I was in trouble with polis one," said Mr Lim. "The big black cars passed by with polis bike and all, then they all stopped and reversed. These big, big white men came and surrounded me, and then this black man came, bought 2 durians, squatted beside me and started opening them. He looked like he hadn't had durians for years, so I kesian and gave him one free. I think okaylor, we must treat tourist very nice-nice one. Visit Malaysia Year what.
    "But he paid with US dollars, I said I got no change in US dollar, so he told me to keep the 100 dollars," said Mr Lim smiling.
    While Mr Lim is happy with the president's durian indulgence, it is said that some others may not be as pleased. According to some other unverified sources, the order to quarantine the president came all the way from Washington DC — the First Lady herself.
    "She was on video chat with him when he made the decision to make the durian pit stop," said the source. "He didn't tell her why he had to drop her call all of a sudden, but she saw his face, and she knew. She had seen it before when the First Couple visited an Asian store in Texas last year and chanced upon a pack of frozen durians.
    "She made the call to the Secret Service with specific instructions to 'not let POTUS in the plane until he gets rid of that wretched breath', and between offending the president or pissing off his wife, we knew the better option." sumber

    Kalau PRU-14 Diadakan Sekarang-Masih Kah Undi Popular 52 Peratus? Bagi Pakatan Rakyat

    Posted: 28 Apr 2014 10:33 PM PDT

    Penyokong Pakatan Rakyat sungguh kecewa, apabila Pemimpin idola mereka Dato Seri Anwar Ibrahim gagal berjumpa Presiden Amerika Barack Hussien Obama. Obama berada di negara ini sejak 26 April dan berakhir pada Isnin.

    Pelobi Anwar, gagal memujuk Obama untuk berjumpa Ketua Pembangkang itu; namun demi kelihatan bahawa Amerika mengamalkan pendekatan adil, maka diutuskan Susan Rice untuk bertemu Anwar.

    Dalam pertemuan itu, biasalah Anwar bersemangat memberitahu utusan Obama itu berbagai keburukan negara menurut kacamatanya, bahawa tiada lagi yang betul dalam negara ini, kecuali kalau dia menjadi Perdana Menteri.

    Anwar juga lupa, sistem yang ada dalam negara telah memberi peluang kepada beliau menjadi Menteri, menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan memberi peluang kepadanya menjadi wakil rakyat, walaupun sebagai mantan banduan.

    Juga Anwar tidak mengakui, bahawa sistem dalam negara memberi peluang kepada Pembangkang memerintah beberapa negeri, dan Anwar lupa, bahawa amalan demokrasi dalam negara ini menggunakan pakai sistem kerusi, seperti mana di amalkan oleh negara-negara komonwel, seperti UK, Australia, Kanada dan sebagainya.

    Anwar semasa pertemuan itu mengungkit bahawa  "Pakatan Rakyat is the rightful government to this country" kerana mendapat 52% dari undi rakyat negara ini dalam pilihan raya yang lalu.

    Malangnya, Anwar lupa, bahawa jika PRU-14 diadakan sekarang, undi popular sebanyak 52% itu mungkin tidak lagi menjadi kenyataan jika pilihan raya diadakan, kerana tentunya sebilangan besar daripada penyokong PAS tidak lagi akan menyokong Pakatan apabila isu hukum hudud timbul.

    DAP menentang keras hukum hudud itu, walaupun satu ketika dahulu, pimpinan utamanya berjanji untuk menghormati perjuangan bangsa dan agama lain di negara ini.

    Apapun, DAP ada hak untuk tidak bersetuju kerana Islam itu bukan agamanya kepada kebanyakan pemimpin dan ahli parti itu.

    Malahan, parti itu meminta PAS agar keluar daripada Pakatan dan sekaligus daripada segi moralnya Pakatan hanya mempunyai dua parti sahaja dalam pakatan pembangkang itu.

    Justeru peratusan sokongan yang memihak kepada pembangkang sudah pastinya berkurangan dari 52% yang digembar-gemburkan itu.

    Jadi pengakuan Anwar yang Pakatan itu merupakan pihak yang secara politik dan moralnya adalah parti yang sepatutnya menjadi kerajaan itu sudah tidak relevan lagi.

    DAP dengan jelasnya meminta PAS keluar daripada Pakatan, dan parti itu berkata yang dalam politik tidak ada persahabatan dan permusuhan yang berkekalan, maka DAP merasakan ini adalah masanya untuk mengambil tindakan berpisah dengan PAS, kerana perbezaan yang sangat jelas dalam banyak hal perjuangan dan matlamat parti masing-masing.

    Seandainya PAS benar-benar tidak lagi bersama dalam Pakatan, parti itu tidak akan menghadapi masalah moral kerana sememangnya daripada awal penubuhannya, perjuangannya adalah untuk meningkatkan Islam yang hendak diaddinkan dalam pentadbiran kerajaan negara ini.

    Malah, jika PAS benar-benar parti yang mempunyai moral dan maruah yang tinggi, parti itu sepatutnya menyahut cabaran DAP itu kerana ini merupakan keputusan yang menjadi penentu kepada masa depan parti itu sama ada ia parti yang boleh diyakini dan tidak berbohong di pandangan mata rakyat.

    PAS boleh memberikan penjelasan yang baik dalam isu hudud ini jika parti itu benar-benar mahu melaksanakan hudud di negeri Kelantan.

    Kelantan adalah salah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan ini dan Kelantan sama seperti negeri lain yang memberikan sumbangan kepada kedaulatan negara.

    Kedaulatan negara datangnya daripada penyertaan negeri yang berdaulat dalam Persekutuan ini, kerana negeri itu juga mempunyai legislatifnya sendiri.

    Tiada salahnya jika negeri itu mempunyai undang-undangnya sendiri yang berlainan daripada undang-undang di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang lain.

    Amerika Syarikat juga adalah sebuah negara Persekutuan yang dianggotai oleh 52 negeri di dalamnya dan ada negeri dalam Amerika Syarikat yang mana sebahagian daripada undang-undangnya berbeza dengan undang-undang di negeri-negeri lain AS itu.

    Maka tidak ada kesalahannya jika di Malaysia, Kelantan dibenarkan melaksanakan hukum hudud itu memandangkan negeri itu mempunyai 97% rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

    Hanya yang perlu menjadi fokusnya sekarang ini, tentukan undang-undang hudud itu adalah hudud yang sebenarnya, dan ini belum ternyata lagi berjaya atau gagalnya pelaksanaannya di Kelantan.

    Sebagai seorang Islam, saya ingin melihat undang-undang hudud ini terlaksana di Kelantan yang akhirnya nanti dapat membezakan undang-undang mana yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini.

    Alasan hudud ini menyalahi Perlembagaan negara adalah alasan yang lemah.

    Negeri-negeri berdaulat itu ada undang-undang tubuh dan enakmen syariahnya sendiri yang boleh dipinda untuk kehendak rakyat negeri itu.

    Yang penting, kerajaan Persekutuan memberikan sokongan yang secukupnya bagi negeri ini untuk melaksanakan undang-undang itu.

    Kita bersetuju yang undang-undang hudud ini wajar dilaksanakan dengan berhati-hati agar ia tidak menjejaskan negara, tetapi ia tidak semestinya menjadi alasan kenapa hudud itu tidak perlu dilaksanakan di Kelantan.

    Mungkin ia memerlukan penglibatan ramai sadaqiah Islam peringkat antarabangsa yang berwibawa untuk membantu bagi pelaksanaan cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum itu di negeri Kelantan yang 97% daripada rakyatnya beragama Islam itu.

    Mungkin bukan mudah untuk memulakan pelaksanaannya, tetapi tidak salah untuk diusahakan dan memulakan pelaksanaannya dalam keadaan berhati-hati dan cermat.

    Yang pentingnya, dalam tidak berapa lama selepas pelaksanaannya, kita dapat membuktikan hukum dan undang-undang Islam itu mampu untuk menunjukkan kewibawaannya daripada hukum-hukum sivil yang ada hari ini.

    Jika ia gagal menunjukkan bukti itu, maka yang gagal nanti ialah PAS, bukannya hukum Allah itu.

    Kegagalan adalah sifat mustahil bagi Allah. Tiada apa yang gagal bagi Allah kerana nyawa dan nafas kita sendiri adalah daripada Allah dan terbentangnya dunia dan alam ini adalah kenyataan kehebatan yang mustahil boleh dibandingkan dengan sesuatu.

    Masakan hukum dan undang-undang agama yang diturunkannya itu adalah undang-undang yang gagal memberikan keadilan kepada umat sejagat.

    Berbalik kepada isu sokongan 52% kepada Pakatan yang disebut oleh Anwar itu, hakikat sebenarnya sekarang ini keadaan 52% yang memihak kepada Pakatan itu bukan lagi satu kenyataan, dan ia menjadi sejarah, bukan kerana sesiapa, tetapi kerana Pakatan itu sendiri.

    MH370: Temuan Baru Di Teluk Bangla- Ada Hubungan Apa Yang Dilihat Makcik Dalelah

    Posted: 28 Apr 2014 09:31 PM PDT

    Ikuti Cerita Makcik Dalelah:

    Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, beliau memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi tidak diendahkan.

    Raja Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

    "Saya nampak macam kapal terbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak itu dipetik daripada portal Mstar Online.

    Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin televisyen di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

    "Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," katanya.

    Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.

    "Buat apa saya hendak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya.

    Hanya pada 14 Mac lalu dia membuat laporan polis akan apa yang didakwa disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

    Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

    Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

    "Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia)," kata beliau.

    Raja Dalelah berkata, apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

    "Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.

    "Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

    Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

    Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

    "Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan, seperti dilaporkan Mstar.

    Pesawat Boeing 777-200 ER ketika hilang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China.

    MH370: Lokasi Sebenar Dijumpai?

    Posted: 28 Apr 2014 04:13 PM PDT

    Imej menyerupi sebuah pesawat yang dipercayai seperti MH370. Sebuah syarikat pencarian yang berpengalan di Adeliade Australia percaya mereka menemukan lokasi sebenar di mana pesawat malang itu ber akhir. Laporan sepenuhnya di SINI

    PEJUANG BANGSA

    Posted: 29 Apr 2014 11:33 AM PDT

    PEJUANG BANGSA


    TAHNIAH @PDRMsia & RISIKAN BERJAYA BERKAS 9 SUSPEK MILITAN DI MALAYSIA

    Posted: 29 Apr 2014 12:35 AM PDT

    Foto
    KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.
    Foto
    KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.
    Foto
    KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.

    Kuala Lumpur: Polis menahan sembilan individu termasuk seorang janda dalam serbuan berasingan di Kedah dan Selangor semalam selepas semua suspek disyaki terbabit kegiatan militan di negara ini.

    Menurut sumber, segelintir suspek ditahan di rumah masing-masing dengan sebahagiannya adalah pelajar madrasah, penjual burger serta pembantu restoran.

    Serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas (operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari semalam selepas pihak polis mendapat maklumat suspek sudah menjalani latihan ala ketenteraan untuk melakukan keganasan.

    "Dianggarkan 30 individu menganggotai kumpulan militan itu yang dipercayai bergiat aktif sejak tahun lalu.

    "Buat masa ini nama kumpulan berkenaan tidak boleh didedahkan supaya tidak mengganggu siasatan polis," katanya. (myMetro)



    GUAN ENG DIDESAK LETAK JAWATAN SEBAB SKANDAL PROJEK SISTEM PARKING & PENCEROHAN BUKIT RELAU !!

    Posted: 29 Apr 2014 12:12 AM PDT

    Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng diminta meletak jawatan sehingga siasatan SPRM terhadap tuduhan salah guna kuasa dalam projek sistem parking selesai. 

    Menurut Ramesh Rao, pada 25 April yang lalu aduan difailkan kepada SPRM membabitkan dua tuduhan iaitu menyalah guna kuasa selaku Ketua Menteri dalam projek sistem parking serta pencerobohan secara haram Bukit Relau.



    Dimaklumkan esok satu desakan besar-besaran agar Guan Eng meletakkan jawatan akan dilakukan oleh Pertubuhan Minda Sosial & Prihatin serta Kongres Melayu Pulau Pinang. 

    Nampaknya kini, Guan Eng tidak lagi mengamalkan konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) sebagaimana dihebohkan DAP ketika dulu. 

    Ia terbukti melalui isu pembelian mercedes selain kegagalan Guan Eng menjelaskan mengenai wang kutipan 20 sen hasil 'jualan' beg plastik pada hari isnin iaitu Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP) yang diperkenalkan DAP sejak 2010.

    Kepada masyarakat Penang, esok baik hangpa pakat ramai-ramai kasi ajaq Guan Eng :



    RAKYAT P.PINANG BERANG DAP JADIKAN BUKIT GELUGOR KERUSI DINASTI KELUARGA KARPAL !! @dzainalabidin @drnovandri

    Posted: 28 Apr 2014 07:05 PM PDT


    Bongkak & angkuh sekali DAP yang dilihat mahu terus kekalkan legasi Dinasti Karpal di Parlimen Bukit Gelugor .

    Merujuk kepada artikel di Malaysiakini ini , terdapat usaha mahu kerabat dinasti Karpal terus berkuasa di Parlimen itu agar diletakkan anak mendiang iaitu Ramkarpal Singh sebagai calon DAP . 




    Apakah tiada lagi calon DAP  yang layak bertanding di Bukit Gelugor berbanding kerabat Dinasti Karpal ?

    Kalau beginilah stail politik kronisme DAP , letak lah sesiapa pun anak Karpal waima cucunya pun sudah tentu akan menang  !!

    Sebabnya CINA-CINA Penang terutama pengundi di  Bukit Gelugor seramai 80 ribu   akan tetap menyokong DAP walaupun sesiapapun diletakkan sebagai calon .

     Ini kerana tahap kebencian kepada kerajaan BN yang menerajui kerajaan Persekutuan telah  ditanam kerajaan DAP P.Pinang  kepada Cina sudah sebati  dalam diri mereka . 

    Slogan  UBAH semasa PRU13 akan tetap utuh & tidak goyang kepada pengundi Cina dan di PRK Bukit Gelugor mereka akan pastikan BN akan terus  tumbang  di kubu kuat mereka iaitu P.Pinang .

    Kesimpulannya , ramai pengundi tak keluar mengundi pun DAP tetap akan menang di Bukit Gelugor !!





    Suara akar umbi  tak mahu DAP terus perbodohkan rakyat negeri ini dengan menjadikan 
    kerusi Parlimen hak keluarga pemimpin mereka 


    IPOHMALAY

    Posted: 29 Apr 2014 09:55 AM PDT

    IPOHMALAY


    Nilaikan tahap sakit jiwa macai PR

    Posted: 29 Apr 2014 12:45 AM PDT









    Penang Front Party, parti pro-BN , musuh baru DAP di Pulau Pinang

    Posted: 28 Apr 2014 11:08 PM PDT



    PULAU PINANG 28 April - Sebanyak 44 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina di negeri ini hari ini merancang membentuk sebuah parti politik baharu dikenali sebagai Penang Front Party (PFP) bagi menentang DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

    Pengerusi Penaja parti itu, Datuk Go Chui Tiong berkata, gabungan NGO daripada pelbagai latar belakang termasuk pendidikan, perniagaan dan kebajikan tersebut ketika ini mempunyai lebih 4,000 ahli.

    Tambah beliau, pihaknya akan menyerahkan dokumen pendaftaran parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dan akan bertanding atas tiket Bebas sekiranya tidak sempat diluluskan ROS menjelang PRK Bukit Gelugor.

    Menurutnya, keputusan membentuk PFP sebagai alternatif kepada masyarakat Cina di negeri itu dibuat selepas DAP berdepan pelbagai isu yang gagal ditangani menyentuh mengenai kepentingan serta kebajikan rakyat.

    Antaranya, tambah Chui Tiong, isu pembinaan projek-projek mewah yang hanya disasarkan kepada golongan kaya, kenaikan tarif air dan pelbagai bayaran cukai tidak munasabah yang membebankan rakyat.

    Kerajaan DAP Pulau Pinang juga, kata beliau, tidak memainkan peranan dalam menyediakan peluang pekerjaan baharu sehingga menyaksikan kadar pengangguran di negeri ini semakin meningkat.

    "Lebih daripada itu, penubuhan PFP juga bermatlamat menyelamatkan Pulau Pinang daripada terus menjadi alat politik kepada pemimpin DAP dalam mencapai kepentingan peribadi mereka.

    "Kita juga akan memastikan negeri ini suatu hari nanti dipimpin oleh anak jati Pulau Pinang sendiri yang lebih prihatin serta sedar dengan tanggungjawab memajukan rakyat serta negeri ini, bukannya ditadbir oleh orang luar," katanya dalam sidang akhbar di sini.

    Menurut Chui Tiong, parti itu yang memilih menjadi pro-Barisan Nasional (BN) akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

    Katanya, tiga nama setakat ini sudah disenarai pendek dan sekiranya diterima masyarakat Cina di negeri ini, parti tersebut akan meletakkan calon di kesemua kerusi yang dimenangi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

    Ditanya mengapa baru sekarang memilih untuk menubuhkan parti baharu, Chui Tiong berkata, kesemua NGO itu menunggu masa sesuai dan PRK Parlimen Bukit Gelugor dilihat medan terbaik dalam membuka mata Kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa banyak pihak tidak sealiran dengan corak pentadbiran mereka.

    Berhubung keyakinan dalam mendapatkan sokongan masyarakat Cina terutama di kubu kuat DAP di Bukit Gelugor, beliau menambah, mereka mempunyai keyakinan tinggi diterima pengundi memandangkan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini lemah.

    "Apa yang dibuat Kerajaan DAP Pulau Pinang hanyalah menjual tanah negeri ini untuk membina rumah-rumah mewah kepada golongan kaya dan pembeli luar negara sedangkan ramai penduduk asal masih tidak mempunyai kediaman sendiri," katanya.



    Artikel Penuh: UTUSAN 
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Dd i n b u n g a

    Posted: 29 Apr 2014 07:40 AM PDT

    Dd i n b u n g a


    MAYDAY - KEPARAT KORANG SENGSARA RAKYAT TAK ADA AIR KORANG BUAT TAK NAMPAK, GST YANG CUKAI TURUN KORANG NAK MELONCAT MACAM BERUK

    Posted: 28 Apr 2014 11:52 PM PDT


    ELOK LE PERJUANGKAN MASALAH BESAR RAKYAT SELANGOR YANG DUK BERGELUMANG DENGAN PELUH DAN BALDI MENAGIH AIR DARIPADA SIA - SIA MENENTANG GST YANG DIRI SENDIRI PUN TAK TAHU BIJI BUAH APA ITU GST, ADA AKAI KER NAK TENTANG GST CUKAI 6% DITUKAR KEPADA SST CUKAI DUA KALI 15%, TAK BELAJAR ILMU HISAB KE KAT SEKOLAH MANA SATU JUMLAH YANG RENDAH. 

    BETUL KATA YB DS AHMAD HUSNI, MENTERI KEWANGAN KEDUA APABILA MENGULAS KESILAPAN DAN KELEMAHAN BAJET PEMBANGKANG TAHUN LALU BAHAWA PEMIMPIN PEMBANGKANG TAK TAHU MATHEMATIK DALAM MENYEDIAKAN BAJET, JADI TAK HERAN KALAU BANYAK BERUK BERUK PEMBANGKANG MELONCAT LONCAT PADA 1 MEI NANTI MENENTANG GST.


    JELAS DALAM KEPALA OTAK RAKYAT YANG KORANG NI DOUBLE STANDARD, KIRA NAK HENTAM KERAJAAN BN SAJA, NAK KONDEM APA SAJA YANG KERAJAAN BN BUAT TANPA MEMPEDULIKAN BETUL ATAU BAIK NYA APA YANG KERAJAAN BN BUAT.

    SEDANGKAN RAKYAT DI SELANGOR DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN PR MENDERITA, PAPA KEDANA , NAK PUTUS NYAWA AIR TAK ADA, KILANG - KILANG BAKAL BOLEH TUTUP YANG BOLEH AKIBATKAN RAMAI RAKYAT AKAN HILANG PEKERJAAN.

    WUJUD AKTA KEBEBASAN BERHIMPUN BUKANNYA UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA ATAU BUAT KERJA RETORIK POLITIK SEMATA - MATA NAK MEMENUHI NAFSU SERAKAH WALAUPUN KERAJAAN BN BUAT PERKARA YANG BAIK UNTUK RAKYAT.

    KORANG KENA TAHU SEJAK 40 TAHUN LALU DEMOSTRASI NI MEMANG JADI BAHAN MAKAN BAGI ANU WAR DAN HISHAMUDDIN RAIS, MEREKA KALAU JADI APA-APA BOLEH LARI DUDUK KAT LUAR NEGARA, ITU LAH YANG HISHAMUDIN RAIS AMAL SELAMA INI BILA ADA MASALAH DIA CABUT KELUAR NEGARA.

    MANA SUARA DAN KEPETAHAN ANU WAR DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB MALANG RAKYAT MENGENAI  ISU AIR DI SELANGOR, SEDANGKAN DIA PEASIHAT EKONOMI KERAJAAN SELANGOR, SEDANGKAN PARTI DIA YANG MEMERINTAH SELANGOR, YANG KITA DENGAR DIA NAK JADI PM.

    P/S NASIB KORANG LER LABU.

    Tiada ulasan:

    Pengikut