Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata pemeriksaan harga barangan keperluan pengguna di 9,500 premis perniagaan di seluruh negara pada Januari hingga Mac tahun ini mendapati tidak berlaku kenaikan harga yang tinggi malah terdapat juga penurunan.
Timbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menjalankan kutipan harga seperti barangan basah, barang runcit/ kering, barang berbungkus/tin/pek, makanan bayi, rempah ratus dan siap masak bagi memastikan kedudukan sebenar harga barangan itu.
Kenyataan akhbar berhubung hasil analisis perbandingan harga itu dikeluarkan selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat selama dua jam di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Beliau memberikan contoh tinjauan harga itu seperti telur ayam gred B (10 biji) yang kekal pada harga RM3.70 di Semenanjung, Sabah (RM3.90) dan Labuan (RM4.30) dalam tempoh Jan-Mac manakala harga di Sarawak turun dari RM3.60 (Jan) kepada RM3.30 (Mac).
Harga ayam bersih standard di Semenanjung naik 10 sen daripada RM7.60 bagi sekilogram (Jan) kepada RM7.70 (Mac) manakala harga yang mengalami penurunan ialah di Sarawak dari RM9.10 (Jan) kepada RM8.70 (Mac), Sabah dari RM10.70 (Jan) kepada RM9.80 (Mac) dan Labuan dari RM10.60 (Jan) kepada RM10.52 (Mac), katanya.
Harga ikan kembung hitam turun di Semenanjung, Sarawak dan Labuan manakala berlaku kenaikan kecil. Di Semenanjung harga ikan itu turun kepada RM8.60 sekilogram (Jan) kepada RM8.10 (Mac), Sarawak turun daripada RM8.00 (Jan) kepada RM7.50 (Mac), Labuan RM12.00 (Jan) kepada RM10.00 (Mac) manakala di Sabah dari RM6.70 (Jan) kepada RM7.40 (Mac).
Muhyiddin berkata kerajaan melalui KPDNKK menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan dalam Ops Harga 2014 bagi menangani pihak-pihak yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah.
"Sehingga 20 April tahun ini, sebanyak 437,992 pemeriksaan premis telah dilakukan dan 2,925 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga dan melibatkan rampasan bernilai RM521,453.87 dan kompaun sebanyak RM147,550," katanya.
Bagi mengatasi isu ketidakstabilan harga yang berpunca daripada factor pengeluaran dan bekalan, Muhyiddin berkata peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan diperkasa dalam meningkatkan bekalan dan mengukuhkan ekonomi.
Muhyiddin berkata kerajaan melalui FAMA dan NEKMAT telah membelanjakan RM14.2 juta untuk menyediakan stok simpanan barangan komoditi bagi memastikan bekalan produk agromakanan berterusan.
Sehingga 15 April, FAMA dan NEKMAT telah menyediakan stok simpanan bagi komoditi tomato, kubis bulat, kelapa, kentang, bawang besar, bawang merah, bawang merah kecil, lobak merah, ikan dan ayam bagi memastikan produk agromakanan segar, berkualiti dan cukup.
Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta untuk FAMA dan NEKMAT melaksanakan stok penimbal bagi mengatasi masalah kekurangan barang. Muhyiddin berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) melalui FAMA sedang menambah bilangan pasar tani borong dan pasar tani kekal di seluruh negara sebagai ruang pasaran tambahan bagi produk agromakanan pada harga yang lebih rendah.
Beliau juga berkata Program Jimat Belanja Dapur di pasar tani turut menyediakan dan menawarkan 32 jenis komoditi barangan terpilih pada "MoA sedang menambah beberapa Pusat Pengumpulan Peladang bagi memastikan hasil-hasil pertanian dari ladang terus dibawa ke pusat pengumpulan dengan perkhidmatan pengangkutan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan.
Ini dapat mengurangkan penglibatan orang tengah," katanya. Muhyiddin berkata kerajaan juga memberi fokus kepada pemerkasaan kepenggunaan ke arah mengubah gaya hidup pengguna kepada amalan berbelanja secara bijak Dalam hal ini, beliau berkata kempen melibatkan 20 badan bukan kerajaan (NGO) pengguna yang terdiri daripada badan bebas dan berkecuali akan menjalankan program di peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.
"Penyaluran maklumat telah dilaksanakan melalui program ceramah, street team, media cetak mahupun media elektronik yang mensasarkan kumpulan wanita, belia dan pelajar sekolah," katanya.
Turut hadir dalam mesyuarat itu termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beberapa menteri kabinet seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ipoh: "Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.
Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.
Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.
Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.
"Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah," katanya. ketika dihubungi Harian Metro.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Kelebihan zikir memang banyak... Antaranya membersihkan hati menyihatkan badan menghindar syaitan.
Berikut kisah arwah yang meninggal dalam keadaan basah lidah dengan Zikirullah.
Semoga kita mengambil iktibar.
Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.
Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.)
Info diterima dari orang kampung arwah.
Semoga kita mati dengan حسن الخاتمة
Zikir perlu dipelajari dengan ulama bukan sekadar membaca buku sahaja elak dari gila isim.
I just read this very good article supported by evidence that show Dr Zakir Naik not a true Islamic Scholar but just another wahabi salafi like Rasul Dahri and Asri Zainal Abidin. I got this portal from someone x PKR and has a big title share it in our Telegrams Group.
I do believe many of us didn't know Dr Zakir Naik very well eventhough he always appear in TV Al Hijrah and just come to Malaysia last year. Before about a few month ago I told by my friend that Dr Zakir Naik not sunni but I didn't believe until I read this article this morning.
Praise to Allah that make me found the truth in this great day as called Sayyidul Ayyam سيد لأيام and now my duty is to spread this information to all my readers.
Sorry for my broken English but I believe u can understand what I want to say even sure u all just laughing to my poor English but hopefully this is a good try to me to be able writing in English in future. - cyberwar lord
(f) Shaikh Ahmad Deedat (رحمة لله علىـہ) was a Sunni Scholar is also proved from the fact that Salafi Scholars declared him Mushrik and Bidati for his clear cut Ahle Sunnah beliefs. Watch this important Video.
Dr. Zakir Naik claims he was influenced by Shaikh Deedat(رحمة لله علىـہ) but we fail to understand how come he turned into a hard core Salafi because Shaikh Deedat (رحمة لله علىـہ)was a humble Sufi at heart. May be Saudi Arabian shining Petro-Dollars played a big role in his conversion into Salafism.Read more about Saudi support to Dr. Naik.
Dr. Naik calls his own teachers Kafirs - Watch this video in which he literally calls Shaikh Deedat and Dr. Israr Ahmad (his teachers) as Kafirs. Watch this Video Clip.
(3) DR. ZAKIR NAIK'S DECEPTION
Wikipedia, one of the most visited encyclopedic website shows Dr. Naik to be Salafi (not Sunni). See rounded information in this Screen Shot. However, currently on Dr. Naik's Wikipedia page they have removed 'Salafi Islam' and now it shows 'Sunni Islam'. This is hypocrisy. When you profess Salafism, say it openly. Why hide the truth.
To enlarge the above Screen Shot, (a) keep the mouse on the image, (b) right click and go to 'save as', (c) give a file name and save image to your computer. You can then see the enlarged image in your browser by double clicking the saved image file.
Dr. Naik propagates theories of Salafism in the name of Islam. The interpretations of Quran, Ahadith presented by him are as per Wahhabi / Salafi beliefs. Watch the following video clip.
Dr. Naik says his Sky Idol God has two hands, two eyes, face, legs, shins and has large body and sits above the skies on a big chair facing towards Arsh. Someone asked Dr. Naik, how are God's hands and body; he said, 'we do not know, it is known to God only'.
The description of Salafi Sky God is similar in nature with Hindu God Vishnu. The only difference between Hindu God Vishnu and Salafi Sky Idol God is, Vishnu is married, while Salafi Sky God is single. Also Hindus draw and make models of their God Vishnu, while Salafis don't, but their faith in a huge human like Idol as their God is same, identical.
In view of their misunderstanding about Allah (سبحانہ و تعا لی)Salafis prostrate to their Sky Idol God 5 times a day during Salah. They claim this huge Sky Idol has created this Universe. Read more...
Perkembangan terminal KLIA2 menunjukkan MAHB telah mengendalikan latihan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), yang merupakan percubaan untuk merangsang aspek kefungsian dan operasi sejak awal Februari. ORAT akan dilaksanakan lagi pada 30 April.
Semalam pula ICAO telah memberikan keputusan bahawa KLIA2 selamat digunakan. Operasi penerbangan di KLIA2 akan bermula pada 2 Mei. Beberapa syarikat penerbangan murah antarabangsa seperti Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air dan Mandala Airlines Indonesia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat itu akan memulakan operasi di klia2 menjelang 9 Mei.
Lain pula dengan cerita AirAsia. AirAsia sebagai sebuah penerbangan tambang murah perlu belajar berterimakasih dan menghormati, malahan perlu mengenang semula masa mereka mula-mula merangkak memohon lesen penerbangan, meminjam kapal terbang MAS dan diberi ehsan kemudahan oleh MAHB supaya mereka boleh untung. Hutang kepda MAHB berjuta-juta ringgit pun tidak dipungut!
Kini, selepas mendapat untung yang banyak AIRASIA sering menunjukkan ego dan keras kepalanya. Terkini tidak mahu berpindah ke KLIA2 dengan memberi beberapa alasan yang "penting diri sendiri". AIRASIA janganlah mengugut kerajaan atau MAHB untuk meminta pengecualian itulah, pengecualian inilah, tak payahlah AIRASIA pura-pura mengemis meminta pengurangan cukai itulah, meminta penghapusan cukai inilah. Jadilah syarikat yang tahu mengenang budi, bilamana diarah berpindah janganlah mengugut dan keras kepala.
Kita tahulah AIRASIA menanggung banyak kerugian yang tidak diumumkan kerana kerugian laluan antarabangsanya di beberapa negara, kita tahulah hutang AIRASIA semakin meningkat kepada MAHB, kita fahamlah AIRSIA berhutang banyak dengan bank untuk membeli pesawat baharu, bukan kita hendak membunuh AIRASIA, kita hanya minta AIRSIA janganlah bersikap degil dan tidak mahu keluar wang satu sen pun untuk pindah ke KLIA2.
Tak kanlah barang-barang logistik AIRSIA di LCCT pun nak suruh kerajaan yang bayar, tak kanlah nak free saja.
AIRASIA telah diberi peluang dibantu oleh kerajaan tetapi apabila AIRSIA tidak menepati janji untuk mengambilalih dan menguruskan MASWing untuk memberi perkhidmatan luar bandar kepada penduduk Sabah Sarawak. Apabila AIRSIA melihat tidak ada keuntungan dan kapalterbang tidak diselenggara dengan baik, AIRSIA tanpa malu mengembalikannya semula kepada kerajaan.
Perkara kedua, Walaupun perjanjian penyatuan MAS-AIRASIA tidak dilaksanakan tetapi Tony Fernandes sudah untung besar kerana MAS terpaksa sponsor Queen Park Rangers (QPR). Tuan-Tuanlah tahulah siapa dia pemilik QPR, untung lagi dia.
Kini, apabila Perdana Menteri campurtangan, baharulah AIRASIA terketar-ketar nak pindah ke KLIA2.
Soalan terakhir, orang-orang penting AIRASIA seperti Tony Fernandes, Kamarudin Meranun dan lain-lainnya, ada kemahiran kah dalam bidang keselamatan bangunan, keselamatan landasan, keselamatan penumpang pandai-pandai nak komen KLIA2? Mereka ada sijil kursuskah?
RUMUSANNYA, Kita mestilah bersifat Nasionalis lah Patriotik lah, ada masa kita melihat diri kita atau bisnes kita, tetapi ada masa juga kita mesti lihat Negara kita Malaysia. Kalau kerajaan tidak bekerjasama, sudah tentu AIRSIA rugi besar macam urusan niaganya di Indonesia? Dumm.
Semalam kami telah memaparkan usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah membantu memartabatkan institusi sekolah pondok dengan memberi pelbagai bantuan kepada sekolah, guru dan muridnya.
Usaha ini merupakan antara jihad dan transformasi yang dilakukan oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab membangun dan memperkasakan syiar Islam.
Semalam, PM Najib ke Kedah dan disambut oleh MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Luar Bandar, Shafei Apdal. Turut sama Ahli Parlimen BN dan Adun-adun serta AJK Pemuda BN Negeri Kedah.
Kemudian PM ke Wisma Darulaman untuk mesyuarat bersama wakil-wakil kerajaan negeri.
Selesai di Wisma Darulaman, beliau ke Seri Mentaloon dimana sedang berlangsungnya Ijtimak (Himpunan) Pondok Malaysia 2014.
Selesai beliau membuat majlis penutup untuk Ijtimak Pondok Malaysia yang berlangsung dua hari di Seri Mentaloon. Beliau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Changloon.
Di sana beliau ke Napoh untuk merasmikan RTC Napoh yang baru di buka.
RTC Napoh merupakan RTC pertama di Kedah. RTC selalunya dibuat dikawasan luar bandar untuk kemudahan penduduk disana. Ia juga merupakan sumber penjana ekonomi untuk kawasan luar bandar, kerana RTC selalunya menjadi tempat tumpuan penduduk kerana segala keperluan untuk agensi atau jabatan kerajaan ada disana.
Selepas merasmikan RTC Napoh, PM kembali ke TH Hotel untuk membuat sidang media, lalu berangkat pulang ke Putrajaya.
Hampir setiap bulan pasti PM akan turun di Kedah untuk melancarkan projek atau program yang membantu rakyat Kedah. Dalam 3 bulan ni saja, kerajaan negeri Kedah sudah melancarkan 3 projek perumahan rakyat.
1- Projek perumahan PR1MA di Sidam Kiri, Sungai Petani.
2- Projek perumahan kos rendah di Kampung Naga, Kubang Pasu
3- Projek perumahan kos rendah Intan Shafinaz di Jitra. (projek lama Pas dulu 3 kali pecah tanah, tiang pun tak naik)
4- Projek perumahan generasi kedua felda, bertempat di Changloon.
Kalau ada orang tanya, apa projek kerajaan negeri untuk bantu rakyat. Pembaca boleh beri pada maklumat ini pada si tukang soal tu.
Belum lagi, dengan pelancaran Kit Kelahiran yang diberi percuma kepada setiap bayi yang lahir di Kedah. Malah sekarang ni, kerajaan negeri Kedah sedang menjalankan kursus kahwin percuma di setiap daerah secara berperingkat. Pada yang nak kahwin tu, tunggu kursus kahwin percuma di tempat anda nanti.
Belum lagi dicampur dengan kursus kerjaya pada anak muda yang menganggur. Siapa yang mendaftar, walaupun tidak mempunyai kemahiran. Akan di beri kursus khas untuk kerja terbabit, malah diberi sijil dan kerja tetap. Paling menarik ianya percuma! Apakah ini bukan program untuk bantu anak muda?
Walaupun kerajaan negeri Kedah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh (Pas Kedah punya kerja). Namun demi untuk membela rakyat, kerajaan negeri tetap cuba melaksanakan program atau projek yang membantu rakyat Kedah.
Selepas ini banyak lagi program dan projek untuk rakyat!
Memang hebat pembangunan Islam di negeri Kedah sekarang ni di bawah Mukhriz Mahathir jika nak dibandingkan dengan pemerintahan 5 tahun caca marba PAS sebelumnya.
Walaupun ada kekurangan sana sini , namun semuanya mampu diselesaikan apabila ada perpaduan dan kekuatan dikalangan para pemimpin parti dan akar umbi.
Isu Universiti Islam Antarabangsa Al Bukhary (UIAA) pun dapat diselesaikan dengan baik.
Namun, disebalik kejayaan dan kebaikan, pasti akan ada puak-puak pengkufur nikmat yang dengki dok hasut rakyat demo sana sini kononnya pasal harga getah la, pasal padi tak menjadila...semuanya salah kerajaan. Tapi apa yang depa buat membantu rakyat? Walhal Kerajaan Persekutuan dan Negeri banyak membantu. Bahkan mereka yang tegar berdemo sana sini tanpa malu dan segan pun dok pulun sakan dan kedarah setiap bantuan yang disalurkan Kerajaan.
Hakikatnya, Islam tidak mampu membangun hanya dengan slogan-slogan retorik, ceramah-ceramah menghasut atau siri-siri demonstrasi 'bughah' tanpa sebarang tindakan. Islam hanya dapat ditegak dan didaulatkan jika sesebuah pemerintah melaksanakan pelbagai program dakwah membangunkan ekonomi dan siasah ummah secara berterusan dan sering menilai impak positif ke atasnya bagi mengetahui keberkesanannya.
Syukur negara kita aman damai dan mempunyai barisan kepimpinan yang mendahului rakyatnya. Pelbagai program kebajikan dilakukan dan kita yang menerimanya wajib bersyukur pada nikmat tersebut.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan media hari ini berkata Pakatan Rakyat akan kalah dengan lebih lebih besar, jika PAS berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri Kelantan.
Menurutnya, selepas kerajaan PAS Terengganu memperkenalkan enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) pada tahun 2001, parti itu mengalami kekalahan teruk pada kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum 2004.
"Selepas enakmen diluluskan pada tahun 2001, PAS dan PKR hanya mendapat satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN pada tahun 2004.
"Pada tahun 2008, manifesto PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud, namun ia tidak menambahkan undi kepada PAS dan PKR.
"Bukankah ia tanda pengundi di Terengganu lebih mementingkan isu lain berbanding perlaksanaan undang-undang itu?"soal Kit Siang, dilaporkan Roketkini, hari ini.
Kit Siang berkata jika hudud dilaksanakan, ia tidak mampu menarik lebih ramai pengundi Melayu menyokong PR, sebaliknya dalam masa sama kehilangan lebih besar pengundi bukan Melayu.
"Kalau pun kita menjangka sokongan Melayu kepada Pakatan akan meningkat satu peratus, kesan hilangnya sokongan orang bukan-Melayu jauh lebih besar."
Buktinya, apabila kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan hudud pada tahun 1996, pengundi bukan Melayu menolak DAP yang bergabung dengan PAS membentuk Barisan Alternatif pada Pilihanraya Umum 1999.
Hal itu dapat dilihat dalam PRU pada tahun 1999, apabila BN dalam kempennya menggunakan strategi "undi Barisan Alternatif (BA) bermakna setuju dengan pelaksanaan negara Islam," menyebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu-menolak BA, terutama DAP
"Hal itu dapat dilihat dalam PRU pada tahun 1999, apabila BN dalam kempennya menggunakan strategi "undi Barisan Alternatif (BA) bermakna setuju dengan pelaksanaan negara Islam," menyebabkan majoriti masyarakat bukan Melayu-menolak BA, terutama DAP."
Justeru itu, Kit Siang berkata jika isu itu dibangkitkan pada PRU 13, bukan sahaja BN akan kembali memperoleh majoriti dua per tiga, malah berkemungkinan mentadbir semula Selangor dan kembali menjadikan Johor sebagai 'deposit tetap' mereka.
"Malah pada PRU lalu, PAS dan PKR mendapat empat daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu tanpa kempen hudud. Tiadanya hudud dalam manifesto di negeri itu tidak menyebabkan PAS hilang apa-apa sokongan di sana," katanya lagi.
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang pernah mengundurkan diri sebagai Ketua Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II pada 2009, kini dilantik kembali mengetuai pasukan pembelaan untuk rayuan kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.
"Peguam utama (kami) ialah Sulaiman Abdullah," kata Zaleha al-Hayat, salah seorang peguam yang mewakili Anwar, lapor Mstar.
Pada 15 Julai 2009, semasa kes itu didengar di Mahkamah Tinggi, Sulaiman menarik diri daripada mewakili Anwar atas alasan masalah kesihatan.
Semasa Sulaiman mengetuai kes pembelaan Anwar, lapan peguam lain turut bersamanya, iaitu R.Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Namun, selepas Karpal Singh mengambil alih sebagai ketua pembelaan, majoriti barisan peguam Sulaiman disingkirkan dan diganti dengan barisan peguam baru.
Zaleha yang turut dilaporkan Bernama, memberitahu pihak pembelaan akan memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat yang dihadapi Anwar berikutan tarikh akhir untuk merayu akan tamat esok.
Menurutnya, firma guaman Karpal & Co semalam telah menghantar surat kepada pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, meminta tempoh dilanjutkan dua minggu untuk memfailkan petisyen itu berikutan kematian peguam utama, mendiang Karpal Singh, Khamis lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk memfailkan notis usul bagi pelanjutan masa, dan bukannya menghantar surat kepada mahkamah.
"Adalah berisiko untuk memfailkan usul kerana wujud selang masa, jadi kami akan memfailkan petisyen sebelum tarikh tamat," katanya.
Zaleha berkata pihak pembelaan mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan selepas firma itu menerima alasan penghakiman bertulis daripada mahkamah pada 14 April yang lalu.
Menurutnya, peguam Ramkarpal Singh sedang menyiapkan petisyen rayuan dan akan difailkan esok (Khamis)
Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mohd. Aizuddin Zolkeply dalam kenyataan dilaporkan Utusan Malaysia berkata, permohonan pelanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuan hendaklah dibuat melalui notis usul kepada mahkamah dan bukannya melalui surat.
Jelas beliau, setelah notis usul difailkan, permohonan tersebut akan didengar di hadapan hakim-hakim yang kemudian akan membuat keputusan sama ada dibenarkan atau sebaliknya.
""Semua prosedur ini jelas dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995," menurut beliau lagi.
Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan , sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan membenarkan Anwar diikat jamin RM10,000.
Institusi Pengajian Pondok terus diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan Barisan Nasional. Malah lebih 56 tahun institusi tersebut tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan.
Buktinya Kedah kini dibawah pentadbiran BN telah menjadi negeri pertama yang menaikkan taraf dan martabat institusi pengajian pondok. Langkah terbaru kerajaan Kedah memberikan elaun guru sebanyak RM2,000 sebulan kepada 11 sekolah pondok terpilih bermula Januari lalu selain wakaf kitab tahunan berjumlah RM30,000.
Institusi sekolah pondok mempunyai guru-gurunya yang mengajar sekadar fisabilillah tanpa sebarang gaji tetap. Dengan adanya ihsan kerajaan negeri Kedah maka ia adalah satu penghormatan kepada alim ulama dan asatizah serta menjamin kelangsungan institusi pondok.
"Langkah terpuji ini wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain yang mempunyai sekolah pondok seperti Kelantan dan Terengganu," jelas Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Ijtimak Pondok Malaysia 2014 selama dua hari bermula hari ini di Dewan Seri Mentaloon.
Lawatan MB Mukhriz ke institusi pondok sedikit masa dulu membuka era baru pendidikan pondok di Kedah.
Mashitah turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah yang menjadi tuan rumah ijtmak dua tahun sekali ini yang bertemakan, "Institusi Pondok Di Alaf Baru: Cabaran Dan Hala Tuju".
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan perasmiannya pula menyarankan institusi pendidikan tertua negara itu untuk membuka pintu kepada agensi dan institusi latihan untuk merekayasa dan menambah nilai modul pendidikannya selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa.
"Ilmu agama adalah menjadi tumpuan, namun ilmu-ilmu bersifat keduniaan juga wajar dipentingkan. Gabungan ilmu sememangnya pun dituntut oleh agama,"
"Bukannya bertujuan untuk merendahkan pendidikan Islam itu tetapi untuk menyahut seruan agama sendiri agar ummah diperkaya dengan pelbagai disiplin ilmu dan bersifat multi disiplin,"
Ijtimak dua hari tersebut dihadiri kira-kira 1,300 guru dan murid sekolah pondok seluruh negara turut melibatkan enam sesi pembentangan kertas kerja dan turut disertai oleh panelis antarabangsa iaitu bekas Setiausaha Agung ASEAN dan Menteri Luar Thailand Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan yang berketurunan ulama pondok Thailand, Rektor Darussalam Universiti Gontor Indonesia, Dr Amal Fathullah Zarkasyi dan Dato' Dr Muhammad Afifi Al-Akiti yang menjadi rakyat Malaysia pertama mengajar di Universiti Oxford.
Gandingan ulama dan umara di Kedah membantu perkembangan syiar Islam di Kedah. Ini yang rakyat mahukan, bukan slogan semata-mata.
Komen kami
Sebenarnya banyak yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu institusi sekolah pondok di Malaysia. Dalam Bajet 2014, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta setahun kepada institusi pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi melahirkan para tahfiz dan golongan ilmuan Islam bagi mendokong dasar pengukuhan syiar Islam di negara ini. Ini membuktikan Islam dibangunkan dengan usaha dan praktikal berterusan bukan dengan slogan atau hamburan fitnah dan tohmah semata-mata. Bahkan Kerajaan BN terus membantu umat Islam segenap segi terutamanya dalam bidang ilmu agar mereka dapat menjawat pelbagai jawatan dalam pelbagai sektor demi memartabatkan ekonomi mereka di masa depan. Bukankah ini juga salah satu satu jihad yang mulia? Bersyukurlah kerana keamanan dan kemakmuran, kerajaan kita masih mampu membantu pendidikan umat Islam.
Anwar Ibrahm sekali lagi gelabah ketika lawatan Presiden Amerika OBama semakin dekat. Tuduhan terkini Anwar kononnya Najib menekan Obama supaya tidak bertemu dengannya. Wah begitu berkuasa Najib boleh menekan kuasa besar. Anwar sebenarnya bermimpi, lawatan Obama adalah lawatan negara, bukan lawatan untuk menyokong Anwar supaya tidak dipenjarakan. Anwar ingat Obama sama seperti Al-Gore yang boleh diremote control. Anwar seringkali terbang ke Washington atau ke pejabatnya di Illinois, Anwar Ibrahim Consultant. Tidak pernahkan melobi untuk bertemu Obama di sana? Atau Obama tidak hingin bertemu dengannya? Anwar menuduh Najib sudah bersetuju untuk menandatangi TPPA, sedangkan di dalam aturcara rasmi tidak ada satu pun acara menandatangani TPPA. Dalam perbincangan mereka, sudah tentulah ada perbincangan berkisar isu ekonomi, politik dan keselamatan serantau. Anwar sudah lama tiada dalam kerajaan, sungguh ketinggalan zaman view Anwar. Kasihan Anwar dia sering fikir dia tahu semua, wal hal dia sedang bermain dengan igauan silam sebagai TPM. Kepada Anwar, kamu duduk diamlah di Istana Segambut kamu itu. Belajar ada malu. Kenapa nak terhegeh-hegeh sangat kalau orang tak mahu jumpa. Sedarlah diri, kamu bukan Perdana Menteri pun, elok kamu selesaikan isu Hudud dalam PR sebelum meletup.
Obama bukan AlGore. Obama mempunyai isteri manakala AlGore mempunyai ramai kekasih gelap. Obama bukan kaki gay, tetapi AlGore ahli kumpulan dan pengasas NGO Gay Amerika, Obama tidak ada skandal, AlGore mempunyai banyak skandal sehingga isterinya pun tercerai. Jadi, Anwar faham-fahamlah citarasa Obama tidak kepada kamu Anwar, sebaliknya AlGore memang citarasa kamu.
Kerajaan Selangor akan meneruskan catuan air berikutan paras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap kritikal dan bekalan air yang ada hanya mampu bertahan 29 hari lagi, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata sehingga 20 April, empangan itu mencatat paras air 89.29 juta meter padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 juta meter padu jika ia penuh.
"Berikutan itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) pada masa ini sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutama di kawasan lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.
"Dengan cara ini, pelepasan air dari empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Baca Selama 10 minit di Perpustakaan Tun Uda di sini Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengenal pasti untuk membeli pam berbanding menyewa alat itu daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan.
Abdul Khalid berkata, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada masa ini turut menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Empangan Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.
Selain itu, kaedah pembenihan awan dikenali sebagai 'royal rain making technology' juga akan digunakan untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di negeri ini.
"Kita jangka usaha-usaha itu akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH (juta liter sehari) air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan positif dalam tempoh seminggu, kerajaan negeri bersedia mengkaji semula keputusan catuan air ini," tambahnya – BERNAMA
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Kebenaran adalah racun!"- slogan dalam kalangan saintis yang terlibat dengan projek rahsia berprofile tinggi milik kerajaan AS - kata-kata yang sering mereka gunakan bagi menggambarkan eksprestasi perasaan saat berjaya menghasilkan projek yang diklasifikasikan sebagai rahsia besar. Mereka bukan sahaja dibayar dengan harga yang sangat tinggi - tetapi pada masa yang - mereka juga tahu "hasil" kajian itu akan digunakan untuk tujuan yang salah oleh pihak pemerintah - maka "kebenaran ilmu" yang dimiliki mereka, akhirnya dijadikan racun untuk membunuh orang lain. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui, hampir semua projek rahsia milik angkatan tentera AS sebenarnya telah dibiayai oleh individu yang tidak dikenali. Pada tahun 1983, Senator terkenal Arizona, Barry Goldwater Moris yang menjaga hal ehwal dasar pertahanan AS di Senat, cuba membongkar misteri "Projek Rainbow" yang sangat terkenal dengan panggilan "Philadelphia Experiment" - satu projek percubaan Tentera Laut AS untuk menghilangkan kapal-kapal perang daripada penglihatan mata kasar. Goldwater melakukan penyiasatan dan audit kewangan, malangnya beliau tidak menemui apa-apa bukti bahawa kerajaan AS menggunakan dana awam bagi membiayai projek-projek rahsia mereka.
Goldwater adalah senator yang sangat mempercayai kisah UFO dan percaya bahawa kerajaan AS telah menyembunyikan sesuatu tentangnya. Pada satu ketika, beliau pernah cuba untuk menyiasat dakwaan yang menyatakan, pihak tentera udara AS terlibat dalam menyembunyikan bukti kewujudan UFO di dalam sebuah bilik rahsia dipanggil "Blue Room" di pangkalan tentera udara AS di Wright-Patterson Air Force Base, Ohio. Goldwater berulangkali memohon kebenaran untuk menyiasat hal tersebut daripada Jeneral Angkatan Tentera Udara AS, Curtis LeMay, individu yang bertanggungjawab melaksanakan misi pengeboman besar-besaran ke atas bandar-bandar besar di Jepun, sewaktu Perang Dunia ke-2 - namun, usaha beliau ditolak mentah-mentah oleh Curtis LeMay dengan mendakwa hal itu telah diklasifikasikan sebagai "rahsia besar" sambil menyatakan dengan nada marah kepada Goldwater, "Bukan sahaja anda tidak dibenarkan masuk, tetapi anda juga tidak dibenarkan bertanya lagi soal itu kepada saya!"
Pada musim gugur 1943 - tanpa pengetahuan banyak pihak, percubaan untuk menghilangkan kapal perang USS Eldridge Destroyer Escort 173 milik AS yang yang sedang berlabuh di Philadelphia telah dilakukan. Eksperimen ini tidak lain adalah bertujuan menciptakan sebuah medan tenaga yang dapat membuat kapal tersebut hilang atau "diselimuti" daripada "pandangan manusia" khusus bagi menghadapi Perang Dunia yang semakin meruncing. Ia hampir berjaya menghilangkan kapal tersebut - namun demikian, kesan ganjil telah dirasai oleh anak-anak kapal yang tidak mengetahui apakah yang sebenarnya sedang berlaku. Terdapat dalam kalangan mereka yang muntah, yang berubah posisinya secara ajaib, ada juga yang tubuh badannya bersatu dengan dinding kapal, dan ada juga yang mengalami sindrom pening yang menyakitkan. Pada tanggal 28 Oktober 1943, eksperimen lanjutan dilakukan kembali ke atas USS Eldridge. Dan percubaan kali kedua ini membuahkan hasil. Kapal itu dikatakan lenyap selama 4 jam sebelum akhirnya muncul kembali di tempat asalnya. Beberapa saksi dikatakan telah melihat kapal tersebut berada di pelabuhan Norfolk, Virginia yang jaraknya lebih daripada 320km dari Philadelphia pada hari yang sama.
Morris K.Jessup
Cerita aneh ini - digambarkan oleh para "penyokong cerita imaginasi" dan "tukang kempen menutup kebenaran" sebagai cerita novel sains fiksyen yang tidak masuk akal dan sengaja direka-reka oleh pelapor asalnya, Carl Meredith Allen seorang bekas kakitangan pasukan marin AS yang juga peminat teori-teori elektrik dan magnetism. Beliau tinggal di New Kensington, Pennsylvania, dan dikatakan mempunyai sejarah penyakit psikiatri, serta mungkin telah memalsukan sejarah utama eksperimen tersebut dengan menggunakan nama samaran "Carlos Miguel Allende", malah dia telah menjadikan penulis terkenal kisah UFO, Morris K.Jessup yang juga merupakan seorang profesor astronomi dan matematik di Universiti Michigan sebagai mangsa "secara tidak langsung" kepada kisah misteri eksperimen ini.
Dalam isu UFO, Jessup berpendapat, kemunculan dan kehilangan UFO dengan sepantas kilat adalah disebabkan kepandaian mereka menggunakan tenaga magnetik. Jessup turut mengkaji "Teori Gabungan Medan", (Unified Field Theory) yang dicetus oleh Albert Einstein, saintis yang terkenal dengan teori relativiti. Menurut Jessup, teori tersebut boleh membantu menerangkan secara saintitik bagaimana sesebuah UFO boleh muncul dan ghaib dalam sekelip mata.
Allen pernah berutus surat kepada Jessup bagi menceritakan pengalaman peribadinya berkenaan eksperimen Philadelphia, dan dia mengaku menyaksikan sendiri bagaimana tentera laut AS menghilang dan memunculkan semula kapal USS Eldridge sewaktu dia sedang berkhidmat di atas kapal SS Andrew Furuseth yang secara kebetulan sedang berlabuh berhampiran USS Eldridge. Allen dapat melihat dengan jelas segala kejadian yang sedang berlaku, termasuk perkara-perkara aneh yang terjadi ke atas anak-anak kapal Eldridge. Jessup menyakini bahawa kisah ini adalah satu pembohongan apabila beliau meminta agar Allen mengemukakan bukti kesaksiannya-namun gagal dipenuhi Allen.
Akhirnya, Jessup membuat keputusan untuk memutuskan terus hubungannya dengan Allen. Walaupun tidak dipercaya oleh Jessup, Allen tetap meneruskan niatnya untuk menyebarkan kisah itu. Lantas, dia menggunakan buku terkenal Jessup berjudul "The Case for the UFO" sebagai medium untuk menyebarkan kisah eksperimen tersebut. Allen membuat catatan-catatan kaki kisah tersebut pada beberapa helaian di dalam buku Jessup dan mengkaitkannya dengan eksperimen angkatan laut yang kononnya dilakukan di Philadelphia. Ia mencetak buku yang telah diberi catatan kakinya itu sebanyak 100 naskah dan buku inilah yang salah satunya telah jatuh ke tangan angkatan laut AS. Maka daripada situlah plot misteri "Philadelphia Experiment" mula berkembang.
Pada tahun 1957 - Jessup secara peribadi telah diundang untuk bertemu dengan seorang pegawai kanan di US Navy's Office of Naval Research (ONR - Jabatan Penyelidikan Sains dan Teknologi Tentera Laut AS), Washington DC, dalam pertemuan tersebut, pegawai itu meminta penjelasan daripada Jessup berhubung catatan-catatan kaki yang menjurus kepada Eksperimen Philadelphia yang tertera di dalam buku beliau itu - apakah beliau mempunyai idea siapakah yang telah menulis dan mengeposkannya ke pejabat ONR? Menurut Jessup tiada individu lain yang disyaki selain daripada Allen yang pernah berutus surat dengannya dua tahun yang lepas. Persamaan bentuk tulisan tangan yang terkandung di dalam surat-surat yang dikirimkan Allen kepada Jessup, dengan tulisan catatan-catatan kaki yang tertera di dalam buku The Case for the UFO, mengukuhkan lagi hujah bahawa Allen merupakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan kisah misteri yang menyelubungi Eksperimen Philadelphia.
Beberapa tahun selepas peristiwa tersebut - Jessup menghadapai pelbagai masalah termasuk beberapa syarikat penerbit tidak mahu lagi menerbitkan buku-buku tulisannya, malah beliau juga menghadapi krisis rumah tangga sehingga berlaku perceraian. Jessup berkelana ke New York mencari ketenangan dan kemudian pulang semula ke Florida. Tidak beberapa lama selepas kepulangan itu, Jessup terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau mengalami kecerderaan yang serius. Pada 19 April, 1959, Jessup dihubungi Dr Manson Valentine, seorang pegawai kurator di Muzium Sains Miami yang sangat berminat mengkaji hal-ehwal dunia misteri. Beliau telah mengatur perjumpaannya dengan Jessup pada hari berikutnya, dan mendakwa beliau telah membuat satu penemuan mengenai mengenai Eksperimen Philadelphia. Walau bagaimanapun, keesokan harinya - 20 April, 1959, Jessup ditemui mati di Dade County, Florida. Beliau dilaporkan membunuh diri dengan cara menguncikan diri di dalam kereta dan kemudian mengalirkan karbon monoksida yang banyak ke dalamnya. Kematian Jessup masih misteri, kerana sehingga kini mayatnya tidak pernah dilakukan otopsi bagi mencari punca kematiannya.
Bagi mereka yang percaya - MH370 adalah "misteri" yang tidak terungkai - kisah Eksperimen Philadelphia merupakan hujah asas kepada plot yang menyebabkan kehilangan pesawat tersebut. Keshahihan kisah eksperimen ini bukanlah pokok perdebatan, sebaliknya ia adalah bukti paling nyata bahawa sejak tahun 1930-an, AS sangat memberi perhatian yang besar kepada teknologi halimunan - dalam erti yang sebenar halimunan bukanlah bererti "tidak kelihatan secara fizikal" sebaliknya ia lebih kepada teknologi kalis rada yang mana menyebabkan kapal dan pesawat AS tidak dapat "dilihat" di skrin rada. Hal ini merupakan satu "rantaian" eksperimen bagi membuktikan kebenaran beberapa teori fizik misteri yang dikatakan masih tidak terjawab secara tuntas. Khususnya berkenaan teori "Unified Field Theory" (UFT -Teori Medan Bersepadu/Teori Gabungan Medan) yang dikaji secara mendalam oleh Albert Einstein.
UFT atau nama lainnya dipanggil sebagai - "Teori untuk Segala-galanya", adalah cubaan mengikat bersama-sama semua fenomena yang dikenali untuk menjelaskan sifat dan tingkah laku semua perkara dan kuasa yang wujud. Dalam fizik, "bidang/medan" merujuk kepada kawasan di bawah pengaruh beberapa kuasa, seperti graviti atau elektrik.Teori Medan Bersepadu "mendamaikan" aspek yang seolah-olah tidak serasi dalam pelbagai teori bidang untuk mewujudkan satu set "tunggal" yang menyeluruh. Seperti teori yang berpotensi membuka semua rahsia alam dan membuat pelbagai keajaiban mungkin berlaku, termasuk faedah seperti perjalanan masa, hilang daripada pandangan mata kasar dan bekalan sumber tenaga yag tidak habis-habis. Menurut Michio Katu, seorang ahli teori fizik di City College, City University of New York, mereka sebenarnya cuba untuk mencapai teori medan bersepadu yang membolehkan kita seolah-olah membaca fikiran Tuhan. UFT cuba menyatukan dua bidang iaitu teori umum relativiti (graviti) dengan elektromagnetisme. Namun demikian, sehingga kini, graviti masih gagal menempatkan dirinya dalam kesimpulan akhir "Teori untuk Segala-galanya".
Dalam Eksperimen Philadelphia - fakta yang sahih adalah ia merupakan projek yang tersasar daripada matlamat asalnya. Mereka mahu kapal tidak dapat dikesan oleh rada musuh, bagi mencapai hasrat ini, mereka mengambil risiko dengan menyakini bahawa Teori Medan Bersepadu boleh dibuktikan melalui eksperimen. Lantas, mereka membungkus satu "botol besar" elektromagnet di sekitar kapal Eldrige untuk menyerap atau memesongkan gelombang radar. Botol tersebut telah dicipta oleh dua atau empat orang. Tesla gegelung besar (unit SI ketumpatan fluks magnet, iaitu satu weber fluks magnet permeter persegi, satu tesla bersamaan dengan 104 gauss atau 104 gammes) yang bertindak sebagai penjana elektromagnet telah dipasang di hadapan dan di belakang kapal. Beberapa siri penjana magnet, yang dipanggil degausserstelah digunakan. Apabila diaktif, medan elektromagnet akan memanjang keluar dari kapal dan mengalihkan gelombang radar di sekitar kapal, menjadikan Eldridge tidak kelihatan kepada penerima radar.
Apabila ujian sebenar telah dimasukkan ke dalam gerakan, beberapa kesan sampingan yang tidak dijangka dan pelik telah berlaku. Apabila kekuatan medan elektromagnet meningkat, ia mula berkembang sejauh 100 kilometer dari kapal dalam semua arah dan membentuk sfera besar. Dalam saat ini, kapal tersebut menjadi kabur dan kurang jelas, manakala jerebu kehijauan terbentuk di sekitar kapal, sekali gus menutupi ia daripada pandangan. Akhirnya, yang dapat dilihat hanyalah garis besar badan kapal Eldridge yang meninggalkan kesan di atas permukaan air. Dan seluruh tubuh badan kapal lenyap daripada pandangan. Pada ketika itu, kuasa medan elektromagnet yang telah wujud telah diturunkan. Dan saksi-saksi dapat melihat, bukan Eldridge sahaja hilang dari pandangan mata di Philadelphia, bahkan ia telah hilang dari Philadelphia bersama-sama dengan anak kapalnya sekali, ia bergerak dari Philadelphia ke Norfolk, Virginia dengan kepantasan yang menakjubkan. Selepas beberapa minit, kapal itu sekali lagi hilang, muncul kembali di Philadelphia. Namun demikian, kesan yang berlaku ke atas semua anak kapal Eldrige sangat menggerunkan, ada dalam kalangan mereka yang ghaib tanpa dapat di kesan, ada pula yang menjadi gila, ada juga yang tubuhnya melekat pada dinding kapal dan ada juga yang menjadi halimunan selepas pulang ke rumah masing-masing. Akhir, Projek Rainbow tersebut dihentikan, semua anak kapal yang masih hidup ditempatkan di rumah sakit jiwa dan eksperimen ini ditutup serta merta. Namun demikian, sains tidak pernah berhenti di situ. Akan muncul saintis yang sanggup mencari "kebenaran baharu" dengan bayaran yang tinggi dan akan muncul juga "pembiaya baharu" bagi menjadikan ia "racun" kepada manusia. Projek Rainbow mungkin sahaja telah dibubarkan, tetapi, Projek Phoenix baru sahaja bermula.
MH370 tidak hilang dengan sengaja - ia membawa mesej misteri bahawa sesuatu teknologi baharu mungkin telah wujud, "mereka" telah merahsiakannya, untuk tujuan eksperimen atau, mungkin juga sedang bergembira dengan penemuan baharu.
Ikuti sambungan kisah ini dalam episod ke-11 berjudul, Misteri MH370: Bunga-Bunga Larangan
Pada hari Selasa 22/4 ahli keluarga dan rakan mangsa kemalangan dengan kerjasama Pertubuhan bernama HAREM telah menganjurkan satu demonstrasi yang dihadiri lebih kurang 100 orang kaum cina.
Mereka tak puas hati dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah melambat siapkan projek jalanraya negeri hingga berlaku kejadian kemalangan yang telah meragut nyawa beberapa hari lepas.
Mereak sudah lama tidak puas hati serta bimbang akan keselamatan pengguna jalanraya di sepanjang Jalan Soong Bang Kheng.
Projek pelebaran jalan yang dijalankan dari sebelum PRU ke 13 lagi masih tidak siap-siap. Padahal ia hanya melibatkan jalan sepanjang hanya 2 kilimetre saja.
Kemalngan sering berlaku dan kali ini ianya meibatkan nyawa.
Kerajaan DAP Pulau Pinang dan penyokong korporat mereka cakap besar mengatakan Pulau Pinang tahu apa yang perlu dibuat dan pembangunan hartanah meletup-letup.
Tapi jalanraya sepanjang 2 KM pun tak boleh siap-siap.
Cerr korang baca betul-betul Tun M perli sape dalam artikel terbaru dia...
MEREKA YANG BERKUASA
1. Di mana Negara pun akan ada orang yang berkuasa. Mereka berada di berbagai peringkat. Di Negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur. Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar. Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan. Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa.
2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa. Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan. Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka. Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius.
3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa. Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk. Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa. Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka.
4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu. Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka. Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa. Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima. Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar, begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.
5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima. Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri.
6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, Ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku.
7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa, takut dimarahi atau dipandang serong.
8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka, maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian.
9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka. Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah.
10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas. Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan.
11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut.
12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku. Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja.
13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa.
14. Pembodek diantara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir.
15. Kuasa membawa kepada korapsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korapsi yang tidak terhad.
16. Bahasa Mat Salleh berbunyi "Power corrupts and absolute power corrupts absolutely".
17. Mereka yang pegang kepada perpatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa. Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh.
Pade pandangan Tok, PAS ni memang nye biyul....... apekan tidak, dah ber kali2 si kafir DAP tu menolak hudud yang selame ni menjadi teras perjuangan PAS. Tok pun pelek juge mengape PAS ni tak mau faham2 bahawe kafir DAP tu menolak hudud. Dulu2 si Karpal tu yang bersuare lantang menentang hukum hudud yang di perjuangkan oleh PAS.
Kini penentangan tentang hudud tu di suarekan pule oleh Lim Kit Siang. Cara penyampaian yang di buat oleh LKS ni nampak nye lebih bersopan tapi maksud nye same aje - iaitu DAP tidak setuju dengan hudud yang di perjuangkan oleh PAS selame ni.
Kalu nak kate PAS ni muke tembuk pun boleh juge, mereke tu tak tau malu langsung, bak pepatah melayu - "Hidung tak mancung pipi ter sorong2".
Agak nye bile le PAS ni akan sedo diri, hidup menumpang dalam Pakatan Rakyat ibarat 'lemukut ditepi gantang' aje. Lehat aje di Selangor, PAS memang nampak langsung tidak punye ape2 suare atau kuase. Paling malang apebile LKS kate Pakatan Rakyat Selangor akan tumbang dan PAS akan hilang banyak kerusi jike PAS berdegil dengan hudud nye.
Akhir kate Tok nasihatkan kaum melayu/Islam yang masih sayangkan agama, bangse dan negare supaye menolak PAS, PKR dan DAP. Kerane mereke ini lah yang akan menjahanamkan agama Islam, bangse Melayu dan negara Malaysia.
KOTA BHARU 22 April - Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu (DPPKKB) menyelar tindakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kelantan, Hu Pang Chaw yang menentang secara terbuka cadangan pelaksanaan hudud di negeri ini.
Ketua DPPKKB, Dr. Rosli Alani Abdul Kadir berkata, status DHPP sebagai sebuah dewan yang sah di dalam parti menjadikan ahli-ahlinya terikat dengan Perlembagaan Pas.
Oleh sebab itu kata beliau, DHPP sepatutnya perlu berfungsi mengikut tujuan asal penubuhan iaitu sebagai sebuah badan yang akan menyokong segala dasar yang ditetapkan Pas.
"DPPKKB mendesak Pas Pusat supaya mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap Pang Chaw, termasuk melucutkan beliau dari jawatan Pengerusi DHPP.
Tok rase memang nye tersangat patut kalu ade yang kate pemimpin2 PAS ni bengong di tahap melampau. Tok sendiri pun kate pemimpin2 PAS ni sememang nye tersangat bengong, malahan segale ahli2 dan penyokong2 nye pun juge sedang berade di dalam kumpulan orang2 yang maha bengong.
Sebeno nye manusie yang terencat akal pun boleh faham tentang tanggapan orang kafir terhadap Islam. Si Pang Chaw tu kan ke kafir, mane ade kafir dalam donia ni yang suke dan sokong Islam.
Tok kate pemimpas PAS lebih bertambah bengong dan dungu pule apebile mereke bercadang nak ambil tindakan terhadap Pang Chaw. Memang nye lawak bebetoi. Tindakan ape le agak nye pemimpin2 PAS bengong ni nak ambil terhadap si Pang Chaw tu?
Susulan tulisan blog ini semalam mengenai pembohongan Rafizi berhubung geran Mosti…
Dalam tulisan semalam saya telah memetik apa yang didakwa Rafizi dan turut disiarkan di blognya sendiri.
Apa yang Rafizi kata ?
3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources
Seorang pembaca blog ini yang saya rasa penjilat tegar Yb Pondan tersebut….opsss maaf…typing error…Yb Pandan telah menghantar komen seperti berikut.
Anonymous said...
blogger macai umno/bn/najib/rosmah sudah kepanasan.jgn main2 sama rafizi.rafizi kalau buat pendedahan mesti ada bukti&asas.semua surat dia keluarkan sbg bukti.bukan sprti blogger macai penjilat rosmah ni.cakap kerajaan ada saham tapi satu bukti pun tak tunjuk.kesian kau blogger macai.jilat najib kuat2 lagi.kau tak sedar ke najib bapa rasuah negara?
April 24, 2014 at 6:11 PM
Seperti yang saya katakan semalam, apa yang didakwa Rafizi adalah satu pembohongan. Dia kata kerajaan tiada apa-apa pegangan pun dalam Nse Resources. Dan penjilat tegar dia pun percaya satu peratus dan tanya mana bukti.
Kau nak bukti sangat ya ?
Nah ambil !
Klik pada imej untuk melihat dengan jelas
Maklumat perniagaan NSE Resources
Jumlah saham yang dibenarkan dan jumlah saham yang telah diterbitkan
Pemegang saham : Perhatikan yang nombor 3. Tertera di situ nama MALAYSIA VENTURE CAPITAL MANAGEMENT BERHAD dengan nombor pendaftarannya 545446-U yang memegang 1,050,00 saham dalam NSE Resources.
Seterusnya jom kita lihat pula siapa yang dibelakang MALAYSIA VENTURE CAPITAL MANAGEMENT BERHAD ?
Maklumat perniagaan Malaysia Venture Capital Management Berhad dengan nombor pendaftaran 545446-U
Jumlah saham yang dibenarkan dan jumlah saham yang telah diterbitkan
Nah ambil kau ! Lihat sendiri siapa di sebalik Malaysia Venture Capital Management Berhad ? Kalau tak pandai bahasa inggeris aku boleh tolong terjemahkan. The Minister Of Finance (Incorporated) = Menteri Kewangan (Diperbadankan). Siapa lagi Menteri Kewangan Diperbadankan kalau bukan milik kerajaan ? Samalah seperti di Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI).
Sebenarnya isu ini masih panjang lagi. Sebab itu seperti yang saya kata semalam Rafizi sedang korek lubang kubur sendiri. Jangan ingat syarikat yang dituduh itu berdiam diri. Mereka sedang buat kerja mereka. Mereka tunggu Rafizi tamatkan dulu pembohongannya. Kemudian baru mereka akan masuk. Sekarang setiap sidang media Rafizi mereka pasang orang untuk merakam. Kemudian rakaman penuh akan sampai ke tangan mereka. Setiap media yang menyiarkan berita ini pun mereka pantau. Malaysiakini sudah beberapa kali hubungi mereka untuk mendapatkan ulasan. Mereka tetap tidak akan bagi apa-apa ulasan buat masa ini. Blog, twitter, dan facebook Rafizi juga mereka pantau setiap masa. Senang cerita mereka sedang kumpul segala bukti. Mereka biarkan Rafizi menari dulu.Kemudian mereka akan masuk bersilat. Kita sama-sama tunggu babak seterusnya.
Musim pemilihan PKR digunakan betul-betul oleh Rafizi untuk menonjolkan dirinya dengan harapan dia boleh memenangi jawatan naib presiden yang ditandinginya. Orang-orang PKR memang suka orang yang suka berbohong, pandai memfitnah dan pandai berlakon. Opsss terlupa satu lagi, orang yang pandai meliwat. Siapa yang ada keempat-empat elemen ini akan dianggap sebagai hero dan layak menjadi pemimpin PKR.
Dua tiga hari lepas Rafizi kecoh berhubung beliau tidak dibenarkan masuk ke Sarawak. Isu masuk ke Sarawak bukan benda baru. Sebelum ini dia telah pun dihalang masuk ke Sarawak. Seorang yang cerdik dia akan melakukan semakan terlebih dahulu sebelum pergi samada halangan untuknya masih berkuatkuasa atau telah ditamatkan. Tetapi dalam kes Rafizi, dia pergi ke Sarawak dulu kemudian apabila dia ditahan, maka dia pun buat kecoh. Lalu dia pun akan dilihat sebagai hero oleh penyokong-penyokong PKR. Apabila jadi hero maka senang-senanglah untuk dia mendapat undi daripada ahli-ahli PKR di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sanggup perhabis wang dan masa untuk menjayakan satu lakonan demi untuk mendapatkan undi ahli parti sendiri.
Itu cerita bab lakonan…sekarang cerita bab pembohongan yang direka cipta menjelang pemilihan PKR untuk menonjolkan dirinya sebagai hero. Rafizi ingat apabila dia berjaya menggegarkan Shahrizat dan suaminya dalam isu NFC, maka dia mahu naik ke tahap yang lebih tinggi lagi. Iaitu menggegarkan Perdana Menteri. Silap…dia silap besar. Kali ini kita tunggu dan lihat samada dia atau Papa Gomo yang tidak dapat tidur malam ?
Rafizi kononnya mendedahkan bahawa hasil campur tangan PM sebuah syarikat yang bernama NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd telah diberikan geran penyelidikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ( MOSTI) sebanyak RM 100 juta untuk projek komersial. Baca di sini
Cara Rafizi putar ianya cuba menggambarkan bahawa PM telah 'mengarahkan' pemberian wang itu kepada syarikat berkenaan.
Sekarang mari kita patahkan satu persatu kenyataan si bangang tersebut…
Yang pertama sekali pembohongannya yang besar adalah tentang syarikat berkenaan. Rafizi mendakwa syarikat NSE Resources adalah sebuah syarikat swasta tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan.
Berikut saya petik dari blog dia…
3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang laintanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources.
Inilah pembohongan paling besar yang pertama yang dilakukan Rafizi. Untuk pengetahuan anda semua, syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat usahasama dimana 25 % sahamnya dimiliki oleh kerajaan melalui Malaysia Venture Capital (Mavcap). Mavcap dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan diperbadankan ( MOF Incorporated) . Lihat di sini
Kita sama-sama pantau samada Rafizi akan padam atau ubah perkara ini dalam blog dia.
Rafizi berkata syarikat berkenaan diberi geran penyelidikan…
Dalam urusan surat menyurat samada melibatkan syarikat itu, PM, dan Menteri Sains, tidak ada satu patah perkataan pun yang digunakan mengatakan geran itu adalah geran penyelidikan. Saya akan tunjuk surat berkenaan di bawah.
Datuk Najib adalah seorang PM yang mengetuai sebuah negara. Beliau juga orang yang lama dalam kerajaan. Beliau telah hafal dan fasih prosedur atau peraturan yang ditetapkan kerajaan. Apa yang salah, apa yang betul, mana yang boleh, mana yang tak boleh. Bukan seperti Rafizi yang mengaku dirinya seorang akauntan berdaftar, tetapi undang-undang BAFIA pun tak tahu. Cuba beritahu saya orang mana dalam dunia ini jika mereka melakukan penyelewengan atau salah guna kuasa mereka berani buat secara rasmi ?
Dalam kes yang dibangkitkan Rafizi ini dia menunjukkan semua surat menyurat rasmi antara syarikat berkenaan kepada PM dan surat daripada pejabat PM kepada Mosti. Dan juga surat Menteri Sains kepada syarikat berkenaan. Semuanya dilakukan secara rasmi dan menggunakan kepala surat rasmi. Malah minit yang dicatatkan Datuk Najib juga turut disertakan dengan cop PM. Ini sudah cukup untuk menunjukkan perkara tersebut tidak menyalahi peraturan. Jika ini satu penyelewengan, salah guna kuasa atau salah disisi undang-undang, apa ke bodohnya semua dilakukan secara rasmi ?
Ini adalah surat permohonan daripada syarikat berkenaan kepada PM. Setelah menyemak semua perkataan dalam surat berkenaan saya dapati tidak ada sepatah perkataan pun yang digunakan oleh syarikat berkenaan yang mereka memohon geran penyelidikan.
Berhubung catatan minit oleh PM yang Rafizi kata ianya salah sehingga dia hendak buat laporan kepada SPRM. Apabila dia nak buat laporan kepada SPRM bermakna sudah berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan.
Saya sekolah tidaklah tinggi sangat. Saya bukan seorang akauntan berdaftar. Saya bukan pelajar terbaik seperti Rafizi. Tetapi Alhamdulillah Allah masih memberikan saya akal fikiran yang masih boleh berfikir dan boleh faham sesuatu.
PM telah menulis seperti berikut, YB DATUK D EWON EBIN, UNTUK PERTIMBANGAN SAYA TIADA HALANGAN JIKA PROJEK INI SESUAI. Kemudian disusuli dengan tandatangan dan cop Perdana Malaysia.
Jika perkara ini menjadi kesalahan, beranikah PM nak tulis dengan tulisan tangan beliau sendiri, pakai pen, tandatangan beliau, tulis tarikh dan cop PM ?
Orang yang melakukan kesalahan mereka akan tulis guna pensil supaya boleh dipadam atau tulis diatas kertas kecil lain dan lekatkan sedikit diatas kertas berkenaan dan dia tidak akan gunakan cop beliau. Itu antara contoh orang yang buat kerja salah.
Jika PM mencatatkan YB MENTERI, SILA LULUSKAN PERKARA INI DENGAN SEGERA. Itu sudah menjadi kesalahan.
Dalam catatan itu PM terang-terang menyerahkan keputusan berkenaan kepada Menteri Sains selaku menteri yang bertanggungjawab dan PM menggunakan perkataan PERTIMBANGAN dan JIKA.
Kisah surat sokongan ini adalah benda yang telah menjadi lumrah dalam negara kita. Jangan kata PM, wakil rakyat biasa tak kira daripada parti mana sekali pun mesti akan keluarkan surat sokongan tidak kira untuk apa-apa urusan.
Kisah surat sokongan ini pernah menjadi isu besar di Selangor apabila setiausaha politik MB Selangor pernah mengeluarkan surat sokongan kepada sebuah agensi kerajaan negeri yang melibatkan firma guaman anak saudaranya. Itu terang-terang salah sebab dia keluarkan surat sokongan kepada syarikat yang ahli keluarganya mempunyai kepentingan.
Namun begitu apabila kena kepada mereka dan benda yang terang-terang salah, maka mereka kata tak salah. Apabila kena kepada BN maka gegak gempitalah alam ini.
Surat daripada anak saudara setiausaha politik MB Selangor kepada ibu saudaranya. Memohon dilantik sebagai panel peguam GLC Selangor pada tahun 2011.
Surat daripada setiausaha politik MB Selangor (ibu saudara pemohon) kepada sebuah GLC Selangor
Tatkala itu apa kata pemimpin PKR ?
Jom kita lihat…
Tidak cukup dengan itu…nah ! ambil satu lagi…
Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menafikan laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi surat tunjuk sebab oleh pihak parti itu.
Faekah sebelum ini mengaku mengeluarkan surat kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) milik kerajaan negeri agar sebuah firma guaman 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di PNSB.
Beliau bagaimanapun menafikan ia surat sokongan. Khalid juga mempertahankan pegawai kanannya itu dengan berkata ia amalan biasa dan tidak melanggar etika.
Tian Chua ketika dihubungi hari ini mengesahkan Khalid telah menghadiri mesyuarat biro politik malam tadi yang dipengerusikan oleh presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tetapi agenda utamanya bukan mengenai Faekah.
"Kami telah mengeluarkan amaran yang sangat serius kepada ahli parti supaya berhenti mempersoalkan Faekah mengenai isu itu," katanya.
Bila kena atas batang hidung mereka siap keluarkan amaran serius supaya berhenti mempersoalkan.
Mana Rafizi ketika itu, kenapa tidak jadi hero kepada isu ini ?
Sambung balik kisah geran Mosti..
Setelah PM mencatatkan minit, permohonan syarikat NSE Resources dipanjangkan pula kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekali lagi ianya dilakukan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Sulit PM dan menggunakan kepala surat rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
Tidak ada apa-apa unsur paksaan, arahan atau salah guna kuasa dalam surat ini. Juga tidak langsung dicatatkan permohonan geran penyelidikan Mosti. Terang-terang ditulis dikemukakan untuk perhatian pihak YB. Semua keputusan diserahkan kepada menteri berkenaan.
Setelah dua bulan Menteri berkenaan menghantar surat rasmi kepada syarikat berkenaan. Mungkin masa yang lama diambil adalah untuk pihak kementerian menyiasat atau melakukan penyelidikan terhadap syarikat berkenaan, kesahihan projek dan sebagainya.
Sekali lagi dalam surat ini tidak ada sebarang perkataan digunakan yang menyatakan bahawa geran yang diberi adalah geran penyelidikan. Dan surat ini adalah surat rasmi dan menggunakan kepala surat kementerian. Dalam surat ini menteri secara terang-terang menyatakan bersetuju untuk memberi kelulusan permohonan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Saya mendapat maklumat mengatakan sehingga kini syarikat berkenaan belum lagi menerima apa-apa geran atau sesen wang daripada kerajaan walaupun tiga bulan telah berlalu.
Jika ini salah guna kuasa daripada PM atau arahan PM agar syarikat berkenaan diberikan geran, kenapa lagi perlu menteri berkenaan menulis begitu ? Lainlah jika beliau tulis, Kementerian ini bersetuju memberi kelulusan kepada permohonan tanpa apa-apa syarat kerana ianya arahan PM.
Saya tidak berhajat menulis lebih panjang lagi kerana rakan saya telah menjelaskan panjang lebar mengenai perkara ini. Sila baca di sini.
Cuma apa yang ingin diberitahu supaya kita jangan keliru dengan permainan Rafizi. Dia tidak mendedahkan semua perkara ini. Dia hanya dedah bahagian-bahagian yang boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kerajaan. Sekarang setiap hari dia cabar PM jawab perkara ini. Dan saya berharap PM tidak akan jawab perkara ini. Untuk apa PM nak beri populariti percuma kepada dia. Dia memang nak tumpang populariti PM supaya dilihat sebagai hero dan menang dengan mudah dalam pemilihan PKR.
Setelah berdepan kes BAFIA kerana cuba hendak menjadi jaguh, sekarang dia sedang menggali kuburnya sendiri dalam kes ini. Mengikut maklumat yang saya dapat mengatakan syarikat NSE Resources akan menyaman Rafizi RM 200 juta. Sebenarnya kes ini panjang lagi. Pihak NSE Resources akan muncul dan akan menjawab semua ini dan mereka akan mendedahkan segala dokumen yang benar. Tunggu Rafizi…seperti yang aku kata…aku lihat siapa yang tidak akan tidur malam…samada kau atau Papa Gomo ?
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Asal usul Mengapa Jepara jadi Kota Ukir Menurut LegendaDikisahkan seorang ahli seni pahat dan lukis bernama Prabangkara yang hidup pada masa Prabu Brawijaya dari Kerajaan Majapahit, pada suatu ketika sang raja menyuruh Prabangkara untuk membuat lukisan permaisuri raja sebagai ungkapan rasa cinta beliau pada permaisurinya yang sangat cantik dan mempesona.
Lukisan permaisuri yang tanpa busana itu dapat diselesaikan oleh Prabangkara dengan sempurna dan tentu saja hal ini membuat Raja Brawijaya menjadi curiga karena pada bagian tubuh tertentu dan rahasia terdapat tanda alami/khusus yang terdapat pula pada lukisan serta tempatnya/posisi dan bentuknya persis. Dengan suatu tipu muslihat, Prabangkara dengan segala peralatannya dibuang dengan cara diikat pada sebuah laying-layang yang setelah sampai di angkasa diputus talinya.
Dalam keadaan melayang-layang inilah pahat Prabangkara jatuh di suatu desa yang dikenal dengan nama Belakang Gunung di dekat kota Jepara.Di desa kecil sebelah utara kota Jepara tersebut sampai sekarang memang banyak terdapat pengrajin ukir yang berkualitas tinggi.
Namun asal mula adanya ukiran disini apakah memang betul disebabkan karena jatuhnya pahat Prabangkara, belum ada data sejarah yang mendukungnya. Menurut SejarahPada masa pemerintahan Ratu Kalinyamat, terdapat seorang patih bernama Sungging Badarduwung yang berasal dari Campa (Kamboja) ternyata seorang ahli memahat pula.
Sampai kini hasil karya Patih tersebut masih bisa dilihat di komplek Masjid Kuno dan Makam Ratu Kalinyamat yang dibangun pada abad XVI.Keruntuhan Kerajaan Majapahit telah menyebabkan tersebarnya para ahli dan seniman hindu ke berbagai wilayah paruh pertama abad XVI. Di dalam pengembangannya, seniman-seniman tersebut tetap mengembangkan keahliannya dengan menyesuaikan identitas di daerah baru tersebut sehingga timbulah macam-macam motif kedaerahan seperti : Motif Majapahit, Bali, Mataram, Pajajaran, dan Jepara yang berkembang di Jepara hingga kini.
Asal usul nama Jepara berasal dari perkataan Ujung Para, Ujung Mara dan Jumpara yang kemudian menjadi Jepara, yang berarti sebuah tempat pemukiman para pedagang yang berniaga ke berbagai daerah. Menurut buku "Sejarah Baru Dinasti Tang (618-906 M) mencatat bahwa pada tahun 674 M seorang musafir Tionghoa bernama I-Tsing pernah mengunjungi negeri Holing atau Kaling atau Kalingga yang juga disebut Jawa atau Japa dan diyakini berlokasi di Keling, kawasan timur Jepara sekarang ini, serta dipimpin oleh seorang raja wanita bernama Ratu Shima yang dikenal sangat tegas. Jepara baru dikenal pada
abad ke-XV (1470 M) sebagai bandar perdagangan yang kecil yang baru dihuni oleh 90-100 orang dan dipimpin oleh Aryo Timur dan berada dibawah pemerintahan Demak. Kemudian Aryo Timur digantikan oleh putranya yang bernama Pati Unus (1507-1521).
Pati Unus mencoba untuk membangun Jepara menjadi kota niaga. Pati Unus dikenal sangat gigih melawan penjajahan Portugis di Malaka yang menjadi mata rantai perdagangan nusantara. Setelah Pati Unus wafat digantikan oleh ipar Faletehan / Fatahillah yang berkuasa (1521-1536). Kemudian pada tahun 1536 oleh penguasa Demak yaitu Sultan Trenggono, Jepara diserahkan kepada anak dan menantunya yaitu Ratu Retno Kencono dan Pangeran Hadirin (suami). Namun setelah tewasnya Sultan Trenggono dalam Ekspedisi Militer di Panarukan Jawa Timur pada tahun 1546, timbulnya geger perebutan tahta kerajaan Demak yang berakhir dengan tewasnya Pangeran Hadiri oleh Aryo Penangsang pada tahun 1549.Kematian orang-orang yang dikasihi membuat Ratu Retno Kencono sangat berduka dan meninggalkan kehidupan istana untuk bertapa di bukit Danaraja. Setelah terbunuhnya Aryo Penangsang oleh Sutowijoyo, Ratu Retno Kencono bersedia turun dari pertapaan dan dilantik menjadi penguasa Jepara dengan gelar NIMAS RATU KALINYAMAT.
Pada masa pemerintahan Ratu Kalinyamat (1549-1579),Jepara berkembang pesat menjadi Bandar Niaga utama di Pulau Jawa, yang melayani eksport import. Disamping itu juga menjadi Pangkalan Angkatan Laut yang telah dirintis sejak masa Kerajaan Demak. Sebagai seorang penguasa Jepara, yang gemah ripah loh jinawi karena keberadaan Jepara kala itu sebagai Bandar Niaga yang ramai, Ratu Kalinyamat dikenal mempunyai jiwa patriotisme anti penjajahan. Hal ini dibuktikan dengan pengiriman armada perangnya ke Malaka guna menggempur Portugis pada tahun 1551 dan tahun 1574. Adalah tidak berlebihan jika orang Portugis saat itu menyebut sang Ratu sebagai "RAINHA DE JEPARA' SENORA DE RICA", yang artinya Raja Jepara seorang wanita yang sangat berkuasa dan kaya raya.
Serangan sang Ratu yang gagah berani ini melibatkan hamper 40 buah kapal yang berisikan lebih kurang 5.000 orang prajurit. Namun serangan ini gagal, ketika prajurit Kalinyamat ini melakukan serangan darat dalam upaya mengepung benteng pertahanan Portugis di Malaka, tentara Portugis dengan persenjataan lengkap berhasil mematahkan kepungan tentara Kalinyamat.Namun semangat Patriotisme sang Ratu tidak pernah luntur dan gentar menghadapi penjajah bangsa Portugis, yang di abad 16 itu sedang dalam puncak kejayaan dan diakui sebagai bangsa pemberani di Dunia.
Dua puluh empat tahun kemudian atau tepatnya Oktober 1574, sang Ratu Kalinyamat mengirimkan armada militernya yang lebih besar di Malaka. Ekspedisi militer kedua ini melibatkan 300 buah kapal diantaranya 80 buah kapal jung besar berawak 15.000 orang prajurit pilihan. Pengiriman armada militer kedua ini di pimpin oleh panglima terpenting dalam kerajaan yang disebut orang Portugis sebagai ""QUILIMO".Walaupun akhirnya perang kedua ini yang berlangsung berbulan-bulan tentara Kalinyamat juga tidak berhasil mengusir Portugis dari Malaka, namun telah membuat Portugis takut dan jera berhadapan dengan Raja Jepara ini, terbukti dengan bebasnya Pulau Jawa dari Penjajahan Portugis di abad 16 itu.
Sebagai peninggalan sejarah dari perang besar antara Jepara dan Portugis, sampai sekarang masih terdapat di Malaka komplek kuburan yang di sebut sebagai Makam Tentara Jawa. Selain itu tokoh Ratu Kalinyamat ini juga sangat berjasa dalam membudayakan SENI UKIR yang sekarang ini jadi andalan utama ekonomi Jepara yaitu perpaduan seni ukir Majapahit dengan seni ukir Patih Badarduwung yang berasal dari Negeri Cina.
Menurut catatan sejarah Ratu Kalinyamat wafat pada tahun 1579 dan dimakamkan di desa Mantingan Jepara, di sebelah makam suaminya Pangeran Hadirin. Mengacu pada semua aspek positif yang telah dibuktikan oleh Ratu Kalinyamat sehingga Jepara menjadi negeri yang makmur, kuat dan mashur maka penetapan Hari Jadi Jepara yang mengambil waktu beliau dinobatkan sebagai penguasa Jepara atau yang bertepatan dengan tanggal 10 April 1549 ini telah ditandai dengan Candra Sengkala TRUS KARYA TATANING BUMI yang arti nya terus bekerja keras membangun daerah
Dahulu, di lautan luas sering terjadi perkalihan antara ikan hiu Sura dengan Buaya. Mereka berkelahi hanya karena berebut mangsa. Keduanya sama-sama kuat, sama –sama tangkas, sama-sama cerdik, sama-sama ganas, dan sama-sama rakus. Sudah berkai-kali mereka berkelahi belum pernah ada yang menang atau pun yang kalah. Akhirnya mereka mengadakan kesepakatan. "Aku bosan terus-menerus berkelahi, Buaya." kata ikan Sura. "Aku juga, Sura. Apa yang harus kita lakukan agar kita tidak lagi berkelahi ?" Tanya Buaya. Ikan Hiu Sura yang sudah memiliki rencana untuk menghentikan perkelahiannya dengan Buaya segera menerangkan. "Untuk mencegah perkelahian di antara kita, sebaiknya kita membagi daerah kekuasaan menjadi dua. Aku berkuasa sepenuhnya di dalam air dan harus mencari mangsa di dalam air, sedangkan kamu berkuasa di daratan dan mangsamu harus yang berada di daratan. Sebagai batas antara daratan dan air, kita tentukan batas nya, yaitu tempat yang dicapai oleh air laut pada waktu pasang surut ! ". "Baik aku setujui gagasanmu itu !" kata Buaya. Dengan adanya pembagian wilayah kekuasaan, maka tidak ada perkelahian lagi antara Sura dan Buaya. Keduanya telah sepakat untuk menghormati wilayah masing-masing. Tetapi pada suatu hari, ikan Hiu Sura mencari mangsa di sungai. Hal ini dilakukan dengan sembunyi-sembunyi agar Buaya tidak mengetahui. Mula-mula hal ini memang tidak ketahuan. Tetapi pada suatu hari Buaya memergoki perbuatan Ikan Hiu Sura ini. Tentu saja Buaya sangat marah melihat Ikan Hiu Sura melanggar janjinya. " Hai Sura, mengapa kamu melanggar peraturan yang telah kita sepakati berdua ? mengapa kamu berani memasuki sungai yang merupakan wilayah kekuasaanku ?" Tanya Buaya. Ikan Hiu Sura yang tak merasa bersalah tenang-tenang saja. " Aku melanggar kesepakatan ? Bukankah sungai ini berair. Bukankah aku sudah bilang bahwa aku adalah penguasa di air ? Nah sungai ini kan ada air nya, jadi juga termasuk daerah kekuasaanku !" Buaya ngotot. " Tidak bisa, Aku kan tidak pernah bilang kalau di air hanya air laut, tetapi juga air sungai," jawab Ikan Hiu Sura. " Kau sengaja mencari gara-gara, Sura ?" "Tidak! Kukira alasanku cukup kuat dan aku memang di pihak yang benar!" kata Sura. "Kau sengaja mengakaliku. Aku tidak sebodoh yang kau kira!" kata Buaya mulai marah. " Aku tak peduli kau bodoh atau pintar, yang penting air sungai dan air laut adalah kekuasaanku!" Sura tetap tak mau kalah. "Kalau begitu kamu memang bermaksud membohongiku ? Dengan demikian perjanjian kita batal ! Siapa yang memiliki kekuatan yang paling hebat, dialah yang akan menjadi penguasa tunggal !" kata Buaya. "Berkelahi lagi, siapa takuuut!" tantang Sura dengan pongahnya. Pertarungan sengit antara Ikan Hiu Sura dan Buaya terjadi lagi. Pertarungan kali ini semakin seru dan dahsyat. Saling menerjang dan menerkam, saling menggigit dan memukul. Dalam waktu sekejap, air di sekitarnya menjadi merah oleh darah yang keluar dari luka-luka kedua binatang itu. Mereka terus bertarung mati-matian tanpa istirahat sama sekali. Dalam pertarungan dahsyat ini, Buaya mendapat gigitan Ikan Hiu Sura di pangkal ekornya sebelah kanan. Selanjutnya, ekornya itu terpaksa selalu membelok ke kiri. Sementara Ikan Sura juga tergigit ekornya hingga hampir putus lalu ikan Sura kembali ke lautan. Buaya puas telah dapat mempertahankan daerahnya. Pertarungan antara Ikan Hiu yang bernama Sura dengan Buaya ini sangat berkesan di hati masyarakat Surabaya. Oleh karena itu, nama Surabaya selalu di kait-kaitkan dengan peristiwa ini. Dari peristiwa inilah kemudian dibuat lambang kota Madya Surabaya yaitu gambar Ikan Sura dan Buaya. Namun ada juga yang berpendapat Surabaya berasal dari kata Sura dan Baya. Sura berarti Jaya atau selamat Baya berarti bahaya, jadi Surabaya berarti selamat menghadapi bahaya. Bahaya yang dimaksud adalah serangan tentara Tar-Tar yang hendak menghukum Raja Jawa. Seharusnya yang di hukum adalah Kartanegara, karena Kartanegara sudah tewas terbunuh, maka Jayakatwang yang di serbu oleh tentara Tar-Tar merampas harta benda dan puluhan gadis-gadis cantik untuk dibawa ke Tiongkok. Raden Wijaya tidak terima diperlakukan seperti ini. Dengan siasat yang jitu, Raden Wijaya menyerang tentara Tar-Tar di pelabuhan Ujung Galuh hingga mereka menyingkir kembali ke Tiongkok. Surabaya sepertinya sudah ditakdirkan untuk terus bergolak. Tanggal 10 Nopember 1945 adalah bukti jati diri warga Surabaya yaitu berani menghadapi bahaya serangan Inggris dan Belanda. Di jaman sekarang, pertarungan memperebutkan wilayah air dan darat terus berlanjut. Di kala musim penghujan tiba kadangkala banjir menguasai kota Surabaya. Di musim kemarau kadang kala tempat-tempat genangan air menjadi daratan kering. Itulah Surabaya.
Masjid Menara Kudus(disebut juga dengan Masjid Al Aqsa dan Masjid Al Manar) adalah sebuah mesjid yang dibangun oleh Sunan Kudus pada tahun 1549 Masehi atau tahun 956 Hijriah dengan menggunakan batu Baitul Maqdis dari Palestina sebagai batu pertama. Masjid ini terletak di desa Kauman, kecamatan Kota, kabupateen Kudus, Jawa Tengah. Mesjid ini berbentuk unik, karena memiliki menara yang serupa bangunan candi. Masjid ini adalah perpaduan antara budaya Islam dengan budaya Hindu.
Berdirinya Masjid Menara Kudus tidak lepas dari peran Sunan Kudus sebagai pendiri dan pemrakarsa. Sebagaimana para walisongo yang lainnya, Sunan Kudusmemiliki cara yang amat bijaksana dalam dakwahnya. Di antaranya, beliau mampu melakukan adaptasi dan pribumisasi ajaran Islam di tengah masyarakat yang telah memiliki budaya mapan dengan mayoritas beragama Hindu dan Budha. Pencampuran budaya Hindu dan Budha dalam dakwah yang dilakukan Sunan Kudus, salah satunya dapat kita lihat pada masjid Menara Kudus ini.
Masjid ini didirikan pada tahun 956 H atau 1549 M. Hal ini dapat diketahui dari inskripsi (prasasti) pada batu yang lebarnya 30 cm dan panjang 46 cm yang terletak pada mihrab masjid yang ditulis dalam bahasa Arab.Menara Kudusmemiliki ketinggian sekitar 18 meter dengan bagian dasar berukuran 10 x 10 m. Di sekeliling bangunan dihias dengan piring-piring bergambar yang kesemuanya berjumlah 32 buah. Dua puluh buah di antaranya berwarna biru serta berlukiskan masjid manusia dengan unta dan pohon kurma. Sementara itu, 12 buah lainnya berwarna merah putih berlukiskan kembang. Di dalam menara terdapat tangga yang terbuat dari kayu jata yang mungkin dibuat pada tahun 1895 M. Bangunan dan hiasannya jelas menunjukkan adanya hubungan dengan kesenian Hindu Jawa karena bangunanmenara Kudus itu terdiri dari 3 bagian: (1) kaki, (2) badan, dan (3) puncak bangunan. Menara ini dihiasi pula antefiks(hiasan yang menyerupai bukit kecil).
Kaki dan badan menara dibangun dan diukir dengan tradisi Jawa-Hindu, termasuk motifnya. Ciri lainnya bisa dilihat pada penggunaan material batu bata yang dipasang tanpa perekat semen. Teknik konstruksi tradisional Jawa juga dapat dilihat pada bagian kepala menara yang berbentuk suatu bangunan berkonstruksi kayu jati dengan empat batang sakaguru yang menopang dua tumpuk atap tajug.
Pada bagian puncak atap tajug terdapat semacammustaka (kepala) seperti pada puncak atap tumpang bangunan utama masjid-masjid tradisional di Jawa yang jelas merujuk pada unsur arsitektur Jawa-Hindu
Maha Sarakham (Thailand): Seorang lelaki berusia 71 tahun yang mendakwa diugut remaja perempuan, ditahan atas tuduhan membunuh, Sabtu lalu.
Daeng Kothana dari daerah Chaing Yuen didakwa membunuh remaja terbabit kerana berselisih pendapat.
Mayat remaja berusia 17 tahun itu ditemui dalam keadaan hanya berbaju dan dengan dua kesan luka di leher serta belakang kepala, dipercayai akibat dihentak dengan objek tumpul.
Polis berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan hutan berhampiran pagar Universiti Maha Sarakham pada tengahari Ahad lalu.
Sebuah motosikal juga ditemui di tempat kejadian.
Ketua polis Maha Sarakham, Mejar Jeneral Chitcharoon Srivanitch berkata, anggotanya mengesahkan suspek berada di tempat kejadian berdasarkan siasatan terhadap isyarat satu daripada dua telefon bimbit lelaki warga emas itu.
Siasatan awal menunjukkan mangsa keluar dengan seorang teman lelaki menaiki motosikal dan berhenti di universiti itu kerana kononnya mahu mengambil duit daripada bapanya.
Chitcharoon berkata, mangsa meminta rakannya menunggu di pintu universiti berkenaan sementara dia menggunakan motosikal itu, namun kerana terlalu lama menunggu rakannya memutuskan untuk pulang ke rumah.
Daeng mengaku membunuh remaja itu kerana marah dengan ugutannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada polis.
Menurut Chitcharoon, Daeng bimbang dikenakan tindakan kerana mengadakan seks dengan remaja bawah umur adalah kesalahan besar di Thailand.
"Mangsa meminta wang sebanyak 5,000 baht (RM500) daripada Daeng dan dia bersetuju memberikannya dengan syarat mereka mengadakan hubungan seks terlebih dulu.
"Daeng mengaku memukul kepala remaja itu dengan kayu sehingga mati dan kemudiannya melarikan diri," katanya.
SEREMBAN: Seorang wanita maut selepas dilaporkan terjun dari tingkat 6 bangunan Terminal Bas Seremban petang tadi.
Mangsa dalam lingkuan umur 30-an yang sedang mengandung mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Menurut saksi kejadian, Mohd Sofian Roslan, 22, beliau ternampak mangsa yang memanjat tiang penghadang di tingkat 6 parkir terminal berkenaan.
Sofian yang cuba menenangkan mangsa daripada terjun sambil cuba menelefon polis, gagal membuat demikian setelah mangsa terus terjun dari lokasi dia dilihat.
Tambah Sofian, mangsa sempat senyum kepadanya sebelum terjun.
Kejadian yang berlaku pada jam 4 petang itu masih disiasat pihak polis yang tiba beberapa minit kemudian.
Nganjuk: Dia sudah bersuami dan mempunyai empat anak tetapi mengaku masih bujang.
Akibatnya Mei Marlina - wanita dari Ngawi di Jawa Timur itu - terperangkap dalam masalah berpanjangan,
Mei 35, kini didakwa mempunyai dua suami serentak, selain menjalin hubungan dengan lelaki ketiga sebagai kekasih.
Kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh seorang penduduk Warujayeng, Bagus Putro Prabowo, 29, yang juga suami kedua Mei.
Mei dikatakan berkahwin dengan suami pertamanya, Deny Wijaya yang berasal dari daerah yang sama di sebuah gereja.
Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai empat anak.
Namun, Mei berkenalan pula dengan Bagus dan merahsiakan statusnya sebagai isteri dan ibu.
Bagus dan Mei berkahwin secara rahsia sebelum mendaftarkannya di pejabat agama Nganjuk.
Hasil daripada perkahwinan keduanya, Mei melahirkan dua orang anak yang kini berusia tiga dan lima tahun.
Penipuan Mei terbongkar apabila keluarga Bagus mengunjungi mereka di Ngawi.
Seorang ahli keluarga Bagus yang menjadi saksi dalam perbicaraan semalam, Haryanto mendakwa dia melihat surat pernikahan Mei dan Deny selain bertemu dengan anak mereka.
Sebaik mengetahui perkara itu, Haryanto memberitahu Bagus dan bapanya, Gianto yang jelas terkejut dengan status Mei yang masih belum sah bercerai dengan suami pertama.
Selepas kejadian itu, rumah tangga Bagus dan Mei mula bergolak sehingga menyebabkan mereka berpisah.
Walaupun perceraian Bagus dan Mei masih belum disahkan, wanita itu dikatakan sudah menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Bojonegoro yang dikenali dengan panggilan STK.
Mereka didakwa berkenalan di sebuah kelab malam di Kediri dan apabila perkara itu terbongkar, Mei mengaku yang dia sudah mengadakan seks dengan STK.- Agensi
Nampaknya makin sukarlah Khalid Ibrahim untuk menjadi Timbalan Presiden PKR apabila dia diserang dari segenap penjuru oleh Pakatan Rakyat.
Dia tidak sahaja ditekan kerana kedekut dan suka menjual aset negeri untuk ditukarkan dengan tunai bagi tujuan membangga-banggakan diri kononnya pentadbirannya lebih pandai cari duit berbanding pentadbiran Barisan Nasional dahulu, malah sekarang ini isu air pula menjadi senjata utama puak-puak Pakatan Rakyat menghentam Khalid Ibrahim.
Di sebalik tekanan kepada Khalid Ibrahim, seorang lagi calon Timbalan Presiden atau lebih tepat lagi mempertahankan jawatan yang disandangnya selepas merampasnya daripada Syed Hussin tidak lama dahulu, Azmin Ali juga berada dalam tekanan apabila perkembangan pemilihan sekarang ini tidak berpihak kepadanya.
Adiknya yang juga merupakan penyokong kuatnya, Azwan Ali kelihatan sudah berputus asa untuk melihat abangnya menjadi Menteri Besar sekalipun pada tahun 2010 dahulu, dia dengan bangganya mengumumkan abangnya akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim dalam usaha yang tidak kesampaian.
Masalah bekalan air di Selangor nampaknya semakin mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk, bahkan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Walaupun Khalid Ibrahim mengumumkan catuan air mungkin akan berakhir dalam tempoh terdekat, namun nampaknya kemarahan para pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong mereka yang tidak mampu menutup perasaan malu kerana Pakatan Rakyat sekadar bercakap besar tetapi tidak pandai mentadbir dan menguruskan negeri, semakin ketara.
Kerana itulah, Azwan Ali 'meludah' Khalid Ibrahim. Kerana itulah juga Jeff Ooi mendesak agar Khalid Ibrahim meletak jawatan kerana tidak sanggup lagi 'mandi kerbau'.
Minggu lalu, penerbit dan pengarah terkenal Hans Isaac memberitahu media yang dia punya berita gembira mahu dikongsikan pada peminat menjelang Disember depan. Selepas puas dipujuk media agar jejaka tampan itu bercerita lanjut atau paling tidak memberi sikit gambaran tentang berita tersebut, akhirnya Hans membuat kenyataan seperti mahu menamatkan zaman bujangnya.
Dan umum tahu selama ini, Hans digosipkan bercinta dengan pelakon jelita Neelofa (Lofa). Maka dengan 'hint' yang diberikan oleh Hans itu, ramai membuat spekulasi yang dia akhirnya akan mengahwini Lofa. Namun satu lagi cerita lain yang timbul, pilihan Hans bukanlah Lofa sebaliknya wanita tersebut didakwa bekas kekasihnya iaitu Elaine Daly.
Ini kerana baru-baru ini Hans ada memuat naik di laman Instagram miliknya, gambar dia sedang menikmati makan malam bersama keluarga. Lebih mencuri tumpuan, Elaine juga ada di dalam gambar itu.
"Tidaklah...(gelak). Saya dengan Hans sudah berpisah sejak 12 tahun dulu. Tapi sehingga kini kami masih sebagai kawan rapat. Kalau dilihat dalam gambar itu, saya duduk di sebelah teman lelaki saya dan berdepan dengan Hans", kata bekas ratu cantik juga pelakon ini ketika diminta mengulas mengenai gosip kononnya dia sudah kembali bercinta semula dengan Hans.
Elaine Daly, 37, ditemui pada majlis koleksi terbaru jenama Fesyen Dressing Paula sempena Musim Bungan & Panas 2014, bertempat di Bridge Bar, G Tower, petang semalam.
Begitupun, saat dikhabarkan Hans mahu berkahwin hujung tahun ini, Elaine nyata terkejut dan gembira.
"Oh, iye ker? Okay..., saya akan hubungi dia selepas ini", responnya dengan nada gembira.
Tinggalkan cerita Hans, Elaine diajak berbual mengenai hubungan cintanya pula. Ternyata hati wanita ini sekarang sedang berbunga-bunga dan bahagia apabila dia terbuka berkongsi serba sedikit mengenai jejaka yang telah berjaya menambat hatinya.
"Selepas dua tahun solo akhirnya saya bertemu dengan seseorang. Kami kini sedang mengenali hati budi masing-masing. Sejak mula saya jumpa dia, hati saya terus terdetik mengatakan dialah orangnya yang selama ini saya cari. Saya sangat gembira dan bahagia sekarang", tuturnya sambil tersenyum.
Jelasnya lagi, sifat penyayang dan pandai menghormati orang tua membuatkan Elaine jatuh hati dengan kekasihnya yang merupakan warganegara Afrika Selatan itu.
"Dia sangat penyayang dan paling penting dia tahu menghormati ibu bapa saya. Dia seorang doktor. Baru-baru ni saya sakit dan dialah yang menjaga saya", katanya.
Tentang perancangan masa depan pula, Elaine berkata dia sangat mengharapkan hubungan mereka berpanjangan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.
"Saya pun dah berusia. Kami sebaya cuma dia tua bulan. Memang saya dan dia ada berfikir tentang masa depan kami. Kalau ikutkan saya memang mahu segera berkahwin. Lagipun dia sudah 10 tahun menetap di sini dan bila-bila masa sahaja dia boleh mohon sebagai penduduk tetap. Dia pun boleh bertutur dalam bahasa Melayu", ujarnya penuh teruja mengenai kekasihnya itu.
Dalam perkembangan lain, Elaine yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Pertubuhan Ratu Cantik Kebangsaan ini bakal sibuk dengan ujibakat pencarian ratu cantik (Miss Universe) 2014 mulai Mei depan. Selain itu dia juga menunggu filem terbaru, 'Permata Hati', yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.
"Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.
"Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek," katanya ketika dihubungi semalam.
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.
Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.
"Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis," katanya.
Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.
"Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan.
"Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. – Sinar Harian Online
Harare: Seorang lelaki memohon mahkamah membenarkan isterinya dihalau dari rumah kelamin mereka selepas didakwa gagal membenarkannya mengadakan hubungan seks sejak lebih 10 tahun lalu.
Godfrey Ruwande mendakwa isterinya Abigail Chingwa mula enggan melayan kemahuan batinnya sejak 2003.
Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Ruwande berkata, kali terakhir mereka mengadakan hubungan asmara adalah lebih 10 tahun silam.
Memberi keterangan di depan majistret Gamuchirai Siwardi, Ruwande berkata, Abigail menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dan mula hilang nafsu untuk bersama di ranjang.
"Jika saya bertanya mengenai hubungan mereka, Abigail akan bertindak ganas dan memukul saya," katanya.
Ruwande berkata, pada satu ketika - disebabkan terlampau tidak tahan - dia cuba memujuk Abigail dengan membelai tangannya.
"Dia bukan saja menolak, malah memukul dan menghalau saya keluar dari bilik tidur kami," katanya.
Tidak cukup dengan itu, Abigail didakwa mengugut untuk membunuh Ruwande.
Sejak ditimpa nasib malang itu, Ruwande berkata, sofa menjadi tempat tidur hariannya.
Sesekali kata Ruwande, dia melihat Abigail saling berbalas mesej cinta dan romantik dengan lelaki terbabit.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Abigail sekeras-kerasnya.
"Saya tidak pernah memukul Ruwande dan mesej yang didakwa itu sebenarnya salah faham.
"Telefon saya dipinjam kakak dan dia menghubungi suaminya melalui mesej," katanya.
Sementara itu, Gamuchirai menolak permohonan Ruwande itu.
"Jika benar kamu dipukul, kejadian hanya berlaku sekali dan sepatutnya kamu membuat laporan polis.
"Isteri kamu tidak boleh dihalau dari rumah itu kerana ia rumah kelamin," katanya.- Agensi
Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei hari penamaan calon dan 25 Mei pengundian untuk kerusi P51 Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
Pengundian awal pula ditetapkan pada 21 Mei ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media sebentar tadi berkata, pemilihan 25 Mei berikutan mulai April ini hingga akhir Mei ada beberapa peristiwa penting.
Katanya, peristiwa itu adalah Persidangan PKR pada 25 April hingga 11 Mei; 1 dan 13 Mei cuti Hari Pekerja dan Wesak; 19 hingga 23 Mei Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Menurutnya, kos perbelanjaan untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor ialah RM1.9 juta membabitkan 82,431 pemilih.
Abdul Aziz berkata, 21 pusat mengundi akan dibuka membabitkan 17 pusat mengundi biasa dan empat pusat pengundian awal.
"SPR melantik 1,095 petugas pilihan raya dengan seorang pegawai pengurus pilihan raya iaitu Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Kapten (B) Ir Anuar Yahya," katanya.
PRK berkenaan diadakan selepas penyandangnya Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara kira-kira 1 pagi 17 April lalu.
Pembantu peribadi Karpal, C Michael, 39, turut maut dalam kejadian berkenaan.
Seorang Setiausaha pejabat akhirnya dibuang kerja oleh majikannya gara-gara "kantoi" menyediakan kopi menggunakan susu "semulajadi". Perbuatan setiausaha ini berjaya dirakam melalui CCTV yang diletakkan di penjuru ruang pantry pejabat tersebut.
Kuala Lumpur: "Mungkin mereka yang tentukan dosa saya!" kata pelakon Yana Samsudin dalam nada kesal dengan perbalahan segelintir pengikut di akaun Instagram miliknya berikutan sekeping gambar menunjukkan dirinya didukung seorang lelaki, semalam.
Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, dikecam teruk peminat mengenai soal dosa dan pahala kerana membenarkan lelaki bukan muhrim mendukungnya.
Walhal, Yana berkata, peminat tidak tahu keadaan kakinya terseliuh ketika penggambaran sehingga tidak boleh berjalan.
"Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh berjalan langsung.
"Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya. Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran di sini," katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp dari Sarajevo, Bosnia, semalam.
RATUSAN pelbagai spesies ikan laut dan air tawar ditemui mati di muara Sungai Melaka berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Melaka, hari ini. - Foto Nor Shafinaz Sari
MELAKA: Ratusan pelbagai spesies ikan laut dan air tawar ditemui mati di muara Sungai Melaka berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini.
Insiden itu dilaporkan berlaku sejak semalam melibatkan antaranya spesies ikan bawal, kitang, belanak dan keli.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka Abd Hapiz A Samad berkata pemeriksaan mendapati kejadian itu bukan disebabkan pencemaran air khususnya dari kawasan perindustrian berhampiran.
"Ia disebabkan kandungan oksigen yang terlarut dalam air dilapor berkurangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata ia juga mungkin ekoran hujan lebat pada Isnin lepas menyebabkan air dari hulu Sungai Melaka melalui kawasan bandar dan membawa bahan organik iaitu pelepasan dari sisa dapur rumah dan restoran.
Abd Hapiz berkata apabila empangan muara sungai ditutup bahan organik terbabit tidak dapat mengalir ke laut menyebabkan ia mereput serta mengeluarkan kandungan karbon dioksida yang tinggi.
Katanya kadar kemasinan air di kawasan itu juga rendah iaitu pada bacaan tujuh menyebabkan ikan laut berkenaan mati.
"Mungkin ikan laut masuk ke muara sungai tersebut pada waktu air pasang dan terperangkap selepas empangan di muara berkenaan ditutup dan berlakunya perubahan habitat yang menyebabkan ikan itu tidak dapat hidup lama," katanya.
Sementara itu, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata pihak berkuasa diminta memantau kejadian itu dan mengambil langkah segera mengatasinya supaya tidak menjejaskan hidupan laut serta menyebabkan kehilangan sumber pendapatan nelayan. - BERNAMA
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apa Anwar kata? Terus je kata Jalan Persekutuan ha ha ha. Ini bukan sekadar kes jarang turun kawasan, tapi ini kes BUKA MULUT JE MENIPU... Lim Guan Eng tak nak kata ini jalan persekutuan juga ke? Atau Guan Eng nak mengaku yang dia tak buat kerja dan PR gagal urus tadbir Pulau Pinang dengan baik? Kalau dah jenis dan keturunan penipu, memang penipu juga lah. Kantoi BIG TIME! Inikah jenis pemimpin PKR dan PR? Sampai bila macai nak sedar... ha ha ha..
Dipetik dari blog Cucu Tok Selampit @anwaribrahim Berbohong Lagi Berkenaan Jalan Permatang Pauh, @PetraJayaMP Membogelkan Pembohongan Beliau
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kantoi berbohong sekali lagi. Ye lah kalau tidak berbohong bukan Anwar Ibrahim namanya. Berdasarkan soalan yang ditanya oleh pemegang akaun laman sosial Twitter @Gguzmen, beliau meminta penjelasan daripada Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kenapakah jalan di kawasan berkenaan amat teruk terutama dari simpang lebuhraya Kulim sehinggalah sampai ke Bukit Mertajam. CTS yang kebetulan membuat audit di sini mengakui kebenaran fakta berkenaan.
Anwar Ibrahim tanpa malu dan segan telah menjawab kononnya jalan berkenaan adalah jalan persekutuan. Lebih meyakinkan beliau menyatakan bahawa beliau telah merujuk kepada Kementerian yang berkenaan. Tidak berpuas hati, pemilik akaun @Gguzman telah mendapatkan jawapan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. Datuk Fadilah menjawab bahawa jalan berkenaan adalah jalan P7, iaitu jalan di bawah seliaan Kerajaan DAPPulau Pinang.
Catu air sudah jadi bahan untuk jatuhkan Khalid Ibrahim dalam Pemilihan PKR? Adakah ini tekanan supaya Khalid jangan bertanding dalam Pemilihan PKR? Ramai yang anggap Khalid degil sebab masih mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Adakah ini strategi agar Saifudin Nasution dibantu untuk kalahkan musuh bersama Khalid, iaitu Azmin Ali. Apa pun Khalid, jangan peduli ini semua, Lawan tetap Lawan! ...
Lain kali jangan degil. Bila pakar-pakar suruh SEGERA buat Langat 2 dan bagi AMARAN Selangor akan alami krisis air menjelang 2014, dengarlah amaran dan nasihat orang. Bila berdegil, inilah akibatnya - sekarang Rakyat Susah, Negeri Ditimpa Bala, Jawatan MB pun dalam Bahaya...
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan segera dengan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Desakan tersebut dibuat ekoran kekecewaan wakil rakyat DAP itu atas kegagalan Abdul Khalid dalam menangani masalah air di Selangor.
Dalam tulisan di laman Facebooknya, ahli parlimen ini berkata, ketika Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), masalah catuan air tidak berlaku seteruk ketika di bawah Pakatan Rakyat.
"Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.
"Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.
"Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang tidak guna ini," katanya. Beliau juga meminta wakil rakyat di Selangor membayangkan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri itu sejak bermula masalah catuan air ini.
Bekalan air di Selangor mula dicatu sejak Mac lalu akibat empangan dikatakan mula kering kerana masalah kemarau.
Sebelum ini Abdul Khalid pernah membuat kenyataan Selangor tidak menghadapi masalah bekalan air mentah, sebaliknya berdepan masalah air yang dirawat.
Namun, apa yang berlaku kini, Selangor kini bukan hanya berdepan masalah air yang dirawat tetapi turut kekurangan bekalan air mentah.
Menjelang pemilihan PKR yang akan datang, Rafizi Ramli yang mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden parti berkenaan kelihatan terdesak berkempen untuk memancing undi perwakilan dan menaikkan imejnya yang sering kali gagal di dalam usaha untuk memburukkan pemimpin dan parti UMNO/Barisan Nasional.
Cara mudah untuk menjadi popular di dalam kempen pemilihan parti PKR adalah mengaitkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak di dalam isu yang cuba diketengahkannya. Bermula 15 April 2014, melalui 4 artikel di blog beliau di sini, di sini, di sini dan di sini, Rafizi Ramli cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri di dalam campur tangan di dalam urusan pemberian geran MOSTI berjumlah RM100 juta kepada sebuah syarikat Bumiputera yang mana 25% pegangan saham syarikat berkenaan oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP).
Pendedahan Rafizi Ramli tidak langsung mendatangkan bukti untuk menunjukkan Perdana Menteri 'mengarah' ataupun 'campur tangan' di dalam proses kelulusan geran ini. Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan 'Standard Operating Procedures (SOP)' Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.
Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi Ramli seperti di atas, tidak ada langsung ayat yang berbaur 'arahan' yang dicatatkan. Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri di atas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:
"Y.B. Dato' Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek ini sesuai."
Jelasnya, Perdana Menteri tidak 'campurtangan' atau 'memberi arahan' untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung berdasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk menjayakan 'Bioeconomy Transformation Programme (BTP)' dan mengupayakan syarikat-syarikat yang layak berkaitan teknologi hijau.
Geran 'Research & Development (R&D)' yang diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, dan bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta. Geran yang dipertimbangkan oleh Kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd juga bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Rafizi Ramli di dalam blog beliau.
NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi Ramli ekoran pembohongan dan manipulasi fakta, yang bertujuan mencemarkan imej syarikat berkenaan dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.
Penerangan lanjut berserta fakta dan ulasan terperinci mengenai kes ini boleh dibaca melalui blog sahabat CTS, blogger Sanggah Tok Janggut, di sini.
Setiap kali Anwar memantau PKR daripada penjara, kemampuan parti itu menang kerusi pada PRU sangat terhad, malah satu ketika hanya kerusi Parlimen Permatang Pauh mampu dimenangi.
Hanya tahun 2008 dan 2013, kerusi PKR bertambah, atas sebab Anwar sudah bebas.
Jawatan Presiden PKR tetap pada Wan Azizah isterinya, atas sebab, tidak orang yang berpeluang bertanding jawatan itu; walaupun Anwar sebagai suaminya mengumumkan bertanding, kemudian mengundur diri sepertimana diramalkan.
TIDAK diketahui butiran yang terkandung dalam 35 asas perundangan yang difailkan peguam Anwar bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan, untuk mengenepikan sabitan 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, atas sebab meliwat.
Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya peribadinya Mohd Saiful Bukahri Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah Kondominum, di Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.
Sebelum dihukum penjara, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar secara teknikal pada 9 Januari 2012; namun keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan, atas sebab Hakim yang membuat keputusan itu melakukan kesilapan fatal, menginterpersi fakta kes.
Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu, perlu dikemukakan hari ini seebelum jam 6 petang, jika tidak Anwar akan masuk penjara.
Apakah produk dan servis yang kita nikmati yang kita bayar dengan rela serta teruja?
Sudah tentu bukan yuran pengajian sebab jika demikian takkanlah ramai pelajar IPT beriya-iya menghamburkan perasaan hingga ke jalanraya.
Bahkan jika anak-anak manusia lahir tanpa ibubapa sudah tentulah ramai guru yang ada sekarang terpaksa bekerja di kilang-kilang walaupun yuran sekolah tak sampai 5 sen sehari!
Maksud Demang, pendidikan untuk diri sendiri bukanlah sesuatu yang disukai manusia dan tidak ramai yang bersedia untuk membayar kosnya.
Bagaimana dengan makanan? Sanggupkan kita menikmati sepinggan nasi putih, sepiring air garam, dan daun-daun sebagai ulaman bagi hidangan tengahari; dan menu yang sama juga kita hadap pada waktu malam?
Demang percaya jika itulah budget yang kita sediakan selama tiga hari berturut-turut maka pada hari ke-4, si suami akan kembali membujang.
Begitu juga soal pakaian dan tempat tinggal. Manusia tidak akan sanggup berlapang dada memiliki seadanya sebaliknya akan berusaha mendapatkan aksesori tambahan.
Manusia sanggup berbelanja apa sahaja asalkan bukan untuk keperluan asas. Ia termasuklah kecantikan dan penampilan diri, kelengkapan rumah, aksesori kenderaan, hobi, dan pengisian emosi.
Nampaknya secara tidak sengaja Demang telah menjawab persoalan yang Demang kemukakan di awal tadi.
Demang kuat berpendapat, manusia bukan bekerja untuk mendapatkan keperluan asas sebaliknya majoriti manusia sentiasa berusaha memenuhi keinginan (baca: nafsu).
Jangan meluat pada Demang sebab Demang juga sama seperti manusia lain kalaupun tidak seperti anda
Kita sedia membayar RM5 untuk secawan tea di kopitiam namun akan merungut panjang jika kerajaan menarik semula subsidi 20-30 sen bagi setiap kilogram gula.
Sekali lagi jangan pandang sinis pada Demang jika anda penyokong tegar pembangkang. Sebaiknya kita bersetuju pada kenyataan yang benar sebagaimana Demang menerima cadangan pelaksanaan hudud walaupun dicetuskan pihak bertentangan.
Demang menulis atas prinsip sesuatu yang sepatutnya dilakukan, bukan sesuatu yang sanggup diamalkan. Demang sedar di situ terdapat ironi yang ketara, bahkan Demang terpaksa memadam beberapa perenggan sebelum artikal ini disiarkan.
Mahu tidak mahu kita terpaksa akui bahawa sentiasa ada peperangan dalam diri manusia. Di satu pihak kita tahu apakah yang wajar kita terima dan di satu pihak lagi sentiasa meruntun kita untuk merasai nikmat tambahan. Sayangnya kedua-dua sudut yang bertelagah itu berada dalam diri kita dan kita tak selalu mampu mengenepikannya.
Sebab itu Islam mengesyorkan kesederhanaan.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tudia ...jadi Ahli Parlimen sejak 1982 .. jalan di Permatang Pauh pun tak tau sama ia jalan persekutuan atau negeri .
Mungkin sibuk sangat di Istana Segambut , Mahkamah , pi luar negara ..maklum la pemimpin hebat dunia , jalan ini buat apa nak peduli .
Kalau jawapannya suruh rujuk JKR pun ok tapi ini tidak terus menipu bahawa ia jalan persekutuan yang diselenggara kerajaan Pusat . Walhal ia jalan negeri yang diselenggara JKR di bawah pentadbiran kerajaan DAP .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan