Sabtu, 8 Mac 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 08 Mar 2014 03:13 PM PST

Ahli keluarga penumpang pesawat MAS yang hilang menanti dengan tangisan di Lapangan Terbang Beijing, China hari ini. – Gambar Reuters, 8 Mac, 2014.

Malaysia Airlines (MAS) mula menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.

"Hati dan doa kami bersama dengan penumpang, anak kapal dan ahli keluarga mereka," kata ketua pengurus eksekutif kumpulan MAS, Ahmad Jauhari, dalam satu kenyataan.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warganegara berbeza, kata MAS. Menurut agensi berita China, Xinhua, seramai 160 warga China menaiki pesawat tersebut.

Perhubungan radar dengan pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini terputus di udara yang dikawal Vietnam awal pagi ini, lapor Xinhua.

MAS dalam kenyataannya mengesahkan penumpang pesawat tersebut terdiri daripada warganegara China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, CKanada 2 orang, Russia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.

"Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.

Pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan menyelamat selepas pesawat yang menuju Beijing itu dilaporkan terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang pada 2.40 pagi tadi.

Pesawat B777-200 itu meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.31 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat," kata syarikat penerbangan itu.

MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.

Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.

Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut.

Beberapa nahas kapal terbang melibatkan MAS berlaku sebelum ini.

Pada 10 Oktober, 2013, dua orang terbunuh, termasuk pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96, selepas penerbangan MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas akibat terlepas landasan ketika mendarat.

Pada 15 September, 1995, 34 orang terbunuh dan 19 terselamat selepas pesawat MAS terhempas berhampiran Tawau. Kemalangan tersebut didapati berpunca daripada juruterbang yang tidak mematuhi prosedur piawaian operasi (SOP).

Kemalangan paling buruk dalam sejarah penerbangan Malaysia adalah di Tanjung Kupang pada 4 Disember, 1977, apabila 100 orang di dalam pesawat MAS terkorban selepas ia dirampas ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Subang.

Beberapa orang kenamaan, termasuk menteri pertanian Datuk Ali Ahmad, pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Mahfuz Khalid dan duta Cuba ke Jepun, Mario GarcĂ­a, juga berada di atas pesawat. – 8 Mac, 2014.

TMI

ALHUSSEYN

Posted: 08 Mar 2014 03:07 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:07 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Benarkah Nizar menghina dalam tweetnya?

Posted: 08 Mar 2014 08:32 AM PST

  Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 awal hari ini menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan sehingga menimbulkan spekulasi bencana seperti letupan atau kehilangan pintu fret yang menyebabkan kehilangan pesawat, lapor Sydney Morning Herald.Baca di sini  
  Oleh kerana pesawat tersebut dikatakan yang paling canggih peralatan yang ada padanya dan paling selamat di dunia, malapetaka serta-merta itu hanya boleh berlaku jika sesuatu yang luar biasa berlaku.

  Sehinggakan pakar mengandaikan berlaku 'letupan atau kehilangan pintu fret' , maka tidak hairanlah kalau yang 'bukan pakar' ada yang membuat pelbagai andaian.... 

  Tapi bukanlah andaian bodoh atau lucu sebagaimana yang ditohmahkan oleh kalangan tertentu terhadap tweet Nizar.Ingat, bahawa kecanggihan pesawat tersebut begitu mengujakan sekali hingga mereka menyakini sangat-sangat bahawa malapetaka secara mengejut hanya boleh berlaku jika sesuatu yang luar biasa berlaku.
  Nizar memberi responnya terhadap tweet Piers Morgan yang menyatakan, "Luarbiasa dalam dunia moden begini, sebuah pesawat besar berteknologi tinggi boleh hilang begitu sahaja.Doakan keajaiban kepada 239 penumpangnya."

  Apa peliknya bila Nizar dalam tweet balasnya menyatakan kemungkinan kehilangan pesawat canggih itu yang dianggap agak luarbiasa , dikaitkan dengan teori luar biasa Bermuda Triangle? Dimanakah lucu dan yang dikatakan memalukan seperti laporan disini?

  Aku tak tahu samada Nizar pernah baca buku diatas ini. Mungkinkah ? Aku cuma google dan dapat sedikit sinopsisnya berikut :

Klik di sini

  Perhatikan ayat yang bergaris itu dan cuba pula bandingkan dengan laporan mengenai penumpang pesawat yang hilang itu.Saya yakin pelukis-pelukis dan pelukis Khat terkenal dari China itu ada membawa bersama mereka masterpis masing-masing...kejadian aneh atau kebetulan?

  Walau apa pun semua kita yang waras pemikirannya percaya Tweet Nizar itu bukan bertujuan menghina sesiapa pun.Ini jelas boleh dilihat pada tweet beliau yang sebelumnya: 

Pesawat MAS KL-BEIJING Hilang

Posted: 07 Mar 2014 07:43 PM PST

Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara.

 Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. 

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi. 

 Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara. SUMBER

Tiada ulasan:

Pengikut