Isnin, 31 Mac 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 31 Mar 2014 03:42 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:42 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


SUAMI KANTOI DENGAN WANITA LAIN DI ATAS BAS

Posted: 31 Mar 2014 09:15 AM PDT


Seorang suami berhadapan dengan situasi yang amat memalukan apabila beliau dicekup oleh isterinya sendiri ketika menaiki bas bersama kekasih gelapnya. Video yang dirakam oleh salah seorang penumpang dalam bas tersebut menyaksikan adegan perang mulut antara wanita berkenaan yang memarahi suaminya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih gelap lelaki berkenaan.
Si suami hanya mendiamkan diri dan sekali sekala bersuara meminta isterinya supaya bertenang. Rakaman tamat setelah bas berhenti dan pasangan tersebut dan isterinya turun. Kejadian dipercayai berlaku di Singapura

Saksikan video di bawah:


MH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA DIBAWA KE LOKASI RAHSIA

Posted: 30 Mar 2014 11:22 PM PDT

SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

SH

DIALOG RAKYAT

Posted: 31 Mar 2014 03:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: DAP menyelar dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia setaraf United Kingdom.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana walaupun sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam belanjawan tahunan namun prestasinya jauh lebih teruk berbanding Thailand dan Vietnam.

"DAP bersetuju dengan pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Frederico Gil Sander bahawa rakyat Malaysia sepatutnya terkejut kerana anak-anak mereka menunjukkan prestasi lebih teruk berbanding murid di Thailand dan Vietnam yang lebih miskin.

"Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) pada 2012 meletakkan tahap murid kita pada kedudukan 52 daripada 65, berbanding Vietnam yang menduduki tangga ke-17 daripada 65," katanya ketika berucap pada perbahasan Bajet Tambahan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik laporan The Edge, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, punca kepada masalah itu adalah kualiti pengajaran.

Katanya, DAP juga amat bersetuju dengan penyelesaian desentralisasi Dr Sander bagi mengagihkan lebih kuasa kepada sekolah untuk membuat keputusannya sendiri berdasarkan keadaan setempat.

Jelasnya lagi, melalui langkah itu, sekolah akan menjadi lebih efisyen dengan memberikan gred berdasarkan prestasi dan merit, yang tentunya memaksa mereka untuk mendapatkan guru lebih terlatih.

"Akhirnya, guru sekolahlah yang menjadi faktor perubahan dan memberi inspirasi kepada murid untuk berjaya.

"Soalannya, apakah BN berani untuk melaksanakan perubahan yang dicadangkan Bank Dunia.

"Atau adakah ego dan kebanggaan palsu mereka yang berkuasa dalam sistem pendidikan kita akan terus mengongkong Malaysia di tahap suku terendah di dunia daripada segi kualiti sistem pendidikan dan akhirnya kalah bukan sahaja kepada Thailand dan Vietnam, malah Indonesia," ujarnya. – Roketkini.com

KUALA LUMPUR: DAP mendesak untuk merujuk Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan mengelirukan berhubung kehilangan pesawat MH370 minggu lalu.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, berkata Abdul Rahim, Rabu lalu menyatakan bahawa tentera tidak bertindak apabila melihat penerbangan tidak dikenali pada radar kerana percaya pihak kawalan trafik udara di Subang mengarahkannya untuk berpatah balik.

"Kenyataan beliau adalah paling bercanggah dengan yang dibuat kerajaan mengenai kehilangan MH370.

"Versi manakah sebenarnya yang betul? Kita tidak mahu seorang Timbalan Menteri yang bercakap lain di dalam dan lain di luar.

"Beliau harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya tidak berlaku lagi pada masa depan sebarang kenyataan mengelirukan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Lip Eng menegaskan, walaupun Abdul Rahim mengakui bahawa kenyataannya itu adalah tidak benar dalam satu kenyataan bertulis Parlimen, namun beliau tidak secara rasmi meminda rekod Parlimen seperti dikehendaki mengikut Perintah Tetap Aturan 36 (12).

"Peraturan 36(12) memperuntukkan mana-mana anggota yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan disifatkan sebagai menghina Dewan dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

"Lagi pun, apa yang diperkatakan beliau minggu lalu masih direkod dalam Hansard Parlimen," tegasnya. – Roketkini,com

KUALA LUMPUR: Berbanding menyokong sistem demokratik 'satu orang satu undi', Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan sistem 'satu kaum, satu wakil'.

Beliau ketika berucap di Parlimen hari ini berkata, sistem satu orang satu undi itu boleh dipakai seandainya setiap pengundi hanya dibenarkan mengundi mengikut kaum masing-masing.

Apabila dicelah Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke yang mengatakan Shahidan tidak faham konsep satu orang satu undi, beliau langsung membantah.

"Anda perlukan dua lagi ijazah untuk bersaing dengan saya. Saya ada PhD. Saya faham konsep 'satu orang satu undi' tetapi ia mesti berasaskan kaum," katanya dilaporkan Free Malaysia Today.

Ahli Parlimen Arau itu malah mencadangkan pada sidang media kemudiannya bahawa parti politik berbilang kaum wajar dihapuskan dan diganti dengan tiga parti sahaja: Satu untuk Bumiputera, satu untuk orang Cina dan satu untuk orang India.

Mengulas kenyataan Shahidan itu, Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming mengecam keras cadangan itu.

"Shahidan mencadangkan satu sistem di mana orang Melayu mengundi wakil Melayu, orang Cina mengundi wakil Cina. Ini pilihan raya apartheid. [Saya] kecam sekeras-kerasnya," tulis beliau melalui akaun media sosial Twitternya.

"Sekiranya PM Najib Razak tidak memberi amaran terbuka terhadap cadangan pengundian berasaskan kaum yang dicadangkan Shahidan, bukankah itu bermakna beliau menyokong apartheid?" tambahnya lagi.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Pengikut