Jumaat, 21 Mac 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 21 Mar 2014 03:24 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:24 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


KEPUTUSAN LIGA PERDANA 21/3/14

Posted: 21 Mar 2014 08:17 AM PDT

PERBUALAN MENYAYAT HATI JURURAWAT DAN PESAKIT

Posted: 20 Mar 2014 08:54 PM PDT

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"      

  

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  

       

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"       

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"  
 
Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.               → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.
 
          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.  
          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."     
    
Pesakit: "Hm. Apa dia?"      
Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.  
          →Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti... 
          →dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...  
         →Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."       
  
Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "    
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.     
✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?          
◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. 

ALHUSSEYN

Posted: 21 Mar 2014 03:20 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:20 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Terbongkar - Rahsia kenapa Najib tidak mahu jawab soalan dari wartawan

Posted: 21 Mar 2014 01:03 PM PDT

 Sebaik sahaja selesai membacakan kenyataan bertulis sewaktu sidang akhbar MH370 tempohari itu, PM Najib yang enggan menjawab sebarang soalan dari wartawan telah bergegas mahu keluar dari bilik tersebut.

 Namun ada seorang wartawan luar,  Bob Woodraff dari ABC News telah menerjahnya kerana mahukan pengesahan PM Najib samada mereka (Polis) sedang membuat pemeriksaan rumah dua juruterbang pesawat yang hilang itu .Tetapi PM Najib buat dek sahaja.


 Saya telah bertanya samada mereka sedang memeriksa rumah 2 juruterbang tersebut.Dia tidak memberikan respon.

Tahu apasal? Rahsianya adalah mudah….. PM Najib memang tak tahu benda apa pun. Nak jawab soalan wartawan dari luar? Pengalaman lalu telah membuktikan kepada kita, PM Najib tak mampu nak jawap soalan semudah ini

Mat Sabu Dan Mustafa Ali kena saman RM200k

Posted: 20 Mar 2014 08:32 PM PDT

20 March 2014: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang kelmarin memerintahkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berhubung isu 'Projek IC' di Sabah.

 Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad. 

 Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda kerana mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan Angkatan Edaran Enterprise adalah pencetak akhbar Harakah, Ahmad Lutfi sebagai ketua pengarang dan Aziz sebagai penulis artikel berkenaan.

"Dakwaan dalam akhbar Harakah itu tidak benar ... laporan Harakah menyebut saya pernah bertugas sebagai Pengerusi SPR Sabah pada 1994, sedangkan saya hanya menyertai SPR pada Disember 1998 sebagai setiausaha SPR."Sebelum itu, saya berada di luar negara, di Amerika Syarikat dan berkhidmat sebagai menteri penasihat kedutaan Malaysia daripada tahun 1989 hingga 1994," katanya.Laporan Harakah di muka surat N30 mendesak Wan Ahmad meletak jawatan bagi memulihkan imej dan kredibiliti SPR kerana mendakwa beliau terlibat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam "Projek IC" di Sabah pada 2004.Akhbar PAS itu memetik kenyataan Mohamad itu mengatakan penglibatan Wan Ahmad dan Dr Mahathir adalah semata-mata untuk memenangkan BN di Sabah dalam pilihan raya.Jelas Wan Ahmad, Harakah telah tersilap orang dalam laporan mereka, kerana Wan Ahmad yang dimaksudkan dalam laporan akhbar edisi 1 hingga 3 Febuari itu sebenarnya merujuk kepada Allahyarham Datuk Wan Ahmad Wan Yusof, dan bukan dirinya."Kenyataan itu juga merujuk kepada saya dengan nama penuh ... sedangkan personaliti yang dikatakan Harakah sebenarnya Wan Ahmad Wan Yusof yang telah pun meninggal dunia."Beliau telah meninggal dunia, dan pernah berkhidmat di Sabah," katanya, dan menambah laporan Harakah itu berupa tuduhan yang memberi tafsiran dirinya menjadi dalang sebagai konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ketika itu.

 Mahkamah turut memerintahkan Wan Ahmad membayar kos berjumlah RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan itu.

 Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013.

Tiada ulasan:

Pengikut