Sabtu, 15 Mac 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 15 Mar 2014 03:11 PM PDT

Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu laporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar pada tengahari.

LAPORAN LANGSUNG

1.55pm: Seorang pegawai Jabatan Penerangan Jagjit Singh mengumumkan PM hanya akan membuat satu kenyataan berhubung perkembangan terbaru.

"Namun beliau tidak akan menjawab apa-apa soalan," katanya.

Beliau meminta para wartawan mengemukakan soalan kepada pusat media.

Soalan berkenaan akan dijawab dalam sidang media harian jam 5.30pm, katanya yang tidak memberikan sebarang alasan.

Ini adalah kali kedua Najib muncul dalam sidang media khas berhubung isu pesawat MH370, yang hilang sejak Sabtu lalu.

1.41pm: Wartawan semakin gelisah menunggu PM memulakan sidang media dan mengisi masa dengan berbual-bual dan bertukar maklumat sesama sendiri.

Suasana dalam dewan tersebut kembali senyap beberapa kali apabila pintu utama auditorium dibuka. Namun masih belum ada kelibat Najib.

1.30pm: Duta China ke Malaysia Huang Hui Kang turut hadir dalam sidang media hari ini. Turut kelihatan wakil kedutaan Rusia.

1.10pm: Wartawan memasuki dewan sidang media dan membuat persedian untuk persidangan.

Kira-kira 200 orang para petugas berkenaan memenuhi hampir setiap inci ruang lantai auditorium Sama-Sama Hotel.

12.33pm: PM Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media pada jam 1.30pm di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Pasukan keselamatan membuat pemeriksaaan ketat di bilik sidang media dan para petugas media diminta beredar sehingga operasi tersebut selesai.

Malaysiakini

ALHUSSEYN

Posted: 15 Mar 2014 03:02 PM PDT

Selain menarik minat Raja Bomoh, kini ahli Psikik terkenal Uri Geller juga telah turut membuat ramalan melalui telekan jauhnya.

 " Sama ada Juruterbang itu berada dalam situasi dipaksa untuk mengalihkan pesawat oleh suatu kuasa lain atau dia melakukannya dgn kehendaknya sendiri."

 "Ia adalah pendapat saya bahawa sesuatu telah berlaku kepada juruterbang," kata Encik Geller, ahli Psikik yang mendedahkan bahawa beliau telah diminta untuk membantu mencari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang."

 Hampir seminggu selepas penerbangan MH370 hilang dengan 239 orang di atas kapal , psikik terkenal itu telah diminta untuk menggunakan kuasanya oleh "seorang pembesar" di Malaysia.

 Encik Geller, telah menggunakan "telekan jauh" dalam usaha untuk menelek nasib pesawat itu dan diharapkan menamatkan penderitaan bagi keluarga yang hilang. 

 "Menelek jauh telah digunakan oleh CIA selama beberapa dekad," kata Encik Geller di rumahnya di Sonning, Berkshire, hari ini.

 "Ia berfungsi dengan menghantar fikiran melalui ruang dan masa. Saya telah diminta oleh seorang tokoh besar di Malaysia apa perasaan saya tentang situasi ini." 

 Encik Geller juga merayu kepada pengikutnya di Twitter dan Facebook, supaya membantu beliau.

Tweet terakhir beliau kelmarin.Hari ini tweetnya tidak dapat diakses

 Tiga hari lepas beliau telah menulis: "Saya telah diminta untuk membantu untuk menelek jauh. Bolehkah anda membantu saya. Bolehkah anda cuba untuk 'melihat'  di mana pesawat itu anda percaya turun. Bagaimana dan mengapa, apakah perasaan anda sendiri, apa yang tidak? anda rasa intuitif memberitahu anda.Terima kasih." 

 Beliau menjelaskan bagaimana komen-komen pengikutnya membantu beliau untuk sampai ke teori sendiri bahawa sesuatu yang berlaku di dalam kokpit pesawat.

 "Ia adalah pendapat saya bahawa sesuatu telah berlaku kepada juruterbang," kata Encik Geller. " Sama ada Juruterbang itu berada dalam situasi dipaksa untuk mengalihkan pesawat oleh suatu kuasa lain atau dia melakukannya dengan kehendaknya sendiri.

 "Itu adalah pendapat saya dan ia hanya pendapat saya. Ia adalah apa yang saya telah diperolehi dari perasaan intuitif peribadi saya sendiri." 

 Encik Geller berkata beliau telah diserang oleh beberapa orang di media sosial selepas meminta pengikutnya mengenai perasaan intuitif mereka .

 Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dia tidak mencari publisiti dan soalan yang dia timbulkan itu adalah untuk membantu beliau membentuk kesimpulan sendiri. 

 Beliau berkata komen orang ramai adalah "menarik," dan ada diantaranya yang aneh dan pelik juga ada yang lebih logik. 

 Satu pengikut menulis: "Saya mempunyai keyakinan keatas kamu dan kebolehan istimewa anda. Jika anda dapat mencari minyak dan berlian, kapal terbang harus mudah Saya mengharapkan keputusan anda. Ayuh, keluarga-keluarga ini memerlukan kebolehan anda...." 

 Lain-lain memberikan pandangan mereka, termasuk yang pesawat telah diculik oleh makhluk asing, membuat pendaratan kecemasan di dalam hutan, atau ia mungkin telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu sesat.  SUMBER

Tiada ulasan:

Pengikut