Isnin, 24 Februari 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 23 Feb 2014 11:12 PM PST

Suara Sri Andalas


Kemeriahan Malam Seni Irama Pakatan Rakyat di Kajang

Posted: 23 Feb 2014 10:09 PM PST

Pada 22 Februari 2014 yang lepas, Majlis Seni Irama Pakatan Rakyat telah diadakan di padang Sungai Jelok, Kajang. Berbagai-bagai persembahan telah diadakan untuk orang ramai dan dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.
















Pelancaran Bilik Gerakan Daerah Mengundi Taman Kajang Baru

Posted: 23 Feb 2014 06:30 AM PST

Pelancaran Bilik Gerakan Daerah Mengundi Taman Kajang Baru DUN N25 Kajang di Padang Francis Tmn Maju Satu, Tmn Kajang Baru, Sg Jelok, Kajang 23/2/2014 jam 10 malam oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.





Exco - Selangor Laksana Program Kesihatan Dari Rumah Ke Rumah

Posted: 23 Feb 2014 12:30 AM PST

PETALING JAYA 23 FEB : Kerajaan Negeri akan melaksanakan program kesihatan dari rumah ke rumah bagi mengetahui tahap kesihatan keluarga di negeri itu.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah memberi arahan untuk menghantar petugas sukarelawan bagi mengenal pasti tahap kesihatan seterusnya masalah yang dihadapi keluarga terbabit.
 
Katanya, pada peringkat permulaan itu, 10 kawasan mengikut daerah dikenal pasti untuk melaksanakan program itu.

Antaranya di kawasan Desa Mentari, Lembah Subang, Rimba Jaya, Projek Perumahan Rakyat Hicom, Seri Perantau dan Bandar Sultan Suleiman.

"Kita sudah lakukan persiapan awal, kita akan lihat nisbah seorang petugas dengan keluarga. Menteri Besar minta pastikan fokus kesihatan adalah yang terbaik.

"Contohnya, bagi yang mempunyai kewangan mungkin tiada masalah tetapi bagi golongan berpendapatan rendah akan mengenepikan masalah ini.

"Melalui program ini, Kerajaan Negeri akan cepat dapat maklumat mengenai permasalahan mereka dan kita akan cuba bantu," katanya selepas merasmikan Seminar Kesihatan Sempena Hari Kanser Sedunia 2014.

Beliau berkata selain kawasan perbandaran, program itu akan dijalankan di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Rodziah turut memaklumkan kesihatan rakyat di negeri ini termasuk wanita masih berada di tahap rendah.

"Contoh wanita, kesederan itu ada tetapi mungkin disebabkan faktor kewangan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengamalkan konsep 'kita bawa dan kita datang'.

Sementara itu, Rodziah berkata mengikut statistik dari 2013 hingga kini, seramai lebih 17,000 wanita mendapat pemeriksaan mammogram secara percuma.

"Setiap 100 orang, kita dapati ada satu atau dua orang yang dikenal pasti menghidap kanser, namun disebabkan masih ditahap rendah dan melakukan rawatan yang konsisten, mereka dapat dipulihkan," katanya.

Sumber: SelangoKu

Pelancaran & Pecah Tanah Rumah SelangorKu Taman Ukay Indah

Posted: 22 Feb 2014 02:30 AM PST

Hulu Kelang, 22 Februari 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menhghadiri majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Rumah SelangorKu Taman Ukay Indah di Sungai Sering, Hulu Kelang.

Majlis dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan projek Rumah Selangorku yang menjadi perintis ke arah perlaksanaan misi 'Satu Keluarga, Satu Kediaman' adalah bagi memenuhi impian golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.







MB - RM100 Juta Rizab Negeri Bina ‘Rumah Selangorku’, Pastikan Rakyat Mampu Miliki Rumah

Posted: 22 Feb 2014 12:30 AM PST

HULU KELANG, 22 FEB: Projek 'Rumah Selangorku' pertama yang akan dibina di Sungai Sering, Hulu Kelang akan menggunakan RM100 juta daripada rizab Kerajaan Negeri yang berjumlah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.
 
"Rumah kos rendah tidak akan diabaikan dengan pembinaannya diteruskan untuk menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah 'Rumah Selangorku' pertama di negeri itu di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, di sini.

Abdul Khalid berkata konsep 'Satu Keluarga, Satu Kediaman' adalah supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri memandangkan harga ditawarkan pasaran membebankan golongan kurang berkemampuan.

Rumah SelangorkuKatanya, Eco World Development Sdn Bhd dilantik selaku pemantau projek itu selain bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang akan memastikan keselamatan cerun di kawasan pembinaan.

Projek pembangunan Rumah Mampu Milik pertama ini akan dibangunkan di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) pada keluasan 55 ekar.

Kerja pembinaan dijangka akan bermula dalam tempoh enam bulan selepas mendapat kelulusan pembangunan serta pelantikan kontraktor selesai.

Hampir 2,400 unit rumah akan dibina melalui projek perintis ini dengan keluasan 900 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi dengan menggunakan konsep pembinaan secara pasang siap (IBS).

"Jika ini berjaya dilakukan, pembeli rumah akan tahu nilai dan harga rumah yang dibeli dan kerajaan akan menjual pada kos pembinaan, bukannya pada kadar mendapatkan keuntungan," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata keutamaan adalah kepada yang melum memiliki rumah, pasangan baru berkahwin, memiliki anak yang ramai dan pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM8,000.

Abdul Khalid sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman bersama CEO Eco World Development Sdn Bhd, Datuk Chang Khim Wah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norazaton Aini Mohd Kassim.

"Projek ini dengan konsep bukan sahaja Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah tetapi wang pusingan yang dijangkakan RM100 juta dan akan digunakan dalam proses pembinaan itu.

"Untuk menentukan perjalanan projek ini dilakukan, kita telah meminta Eco World bertindak selaku pemantau projek secara telus," kata Abdul Khalid.

MB SelangorSementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Eco World Development, Datuk Chang Khim Wah menjangkakan projek ini dapat diselesaikan dalam masa lima tahun melalui tiga fasa pembinaan.

"Kita jangkakan pembinaan fasa pertama berjumlah 1,000 unit siap dalam masa tiga tahun," katanya.

Sumber: SelangorKu

Tiada ulasan:

Pengikut