Pakatan Rakyat |
Posted: 10 Jan 2014 03:45 PM PST Oleh: AFEEQA AFEERA SHAH ALAM : Kerajaan Umno-BN digesa supaya tidak terus memangsakan rakyat dengan mengenakan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk mengurangkan hutang negara akibat perbelanjaan besar pentadbirannya. Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata tindakan kerajaan menarik pelbagai subsidi serta mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sangat 'regresif' disifatkan sebagai tidak adil terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Kesan daripada itu katanya, negara diramal mencatat inflasi ke paras 2.9 peratus untuk tahun 2014 dan terus melonjak ke paras setinggi 3.3 peratus pada tahun 2015. "Ramalan inflasi ke tahap Harga Pengguna (CPI) mencecah 3.3 ke 3.5 peratus adalah ganas dan sangat munasabah bahawa lebih ramai akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan kos dan gaya hidup yang sudah terbiasa terutama bagi mereka yang kurang disiplin menguruskan kewangan. "Saya tidak boleh bayangkan, di samping kenaikan harga barang dan servis yang menggila nanti ditambah dengan kenaikan kos pinjaman, maka rakyat seumpama sudah jatuh ditimpa tangga," katanya dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini. Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kajian Ketua Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng yang berpendapat lebih ramai rakyat Malaysia bakal muflis berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara. Akhbar Singapura, Straits Times pula melaporkan terdapat lebih 60 rakyat diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012. Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata kadar pinjaman semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka turut naik sekaligus meningkatkan ansuran bulanan kereta, rumah dan pinjaman peribadi. Katanya tindakan itu akan menyebabkan semua institusi perbankan negara turut menaikkan kadar pinjaman purata mereka dalam semua bentuk pinjaman dan ia dikhuatiri bakal 'melahirkan' lebih ramai rakyat muflis di negara ini. "Kenaikan perkara asas oleh BNM akan menyaksikan beban hutang dan bayaran ansuran bulanan meningkat apabila semua institusi perbankan menaikkan kadar pinjaman mereka. Berapa ramai lagi akan muflis? "Apakah kesan dan impak sosial apabila rakyat mengubah cara hidup mereka untuk memastikan cukup saraan bulanan mereka?" katanya lagi.EZY Oleh: NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM : Langkah Kerajaan BN memotong subsidi barangan keperluan utama merupakan faktor penyebab kenaikan berantai barangan pengguna yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Kerajaan sepatutnya memikirkan langkah lain yang mampu menjimatkan lebih banyak perbelanjaan kerajaan seperti mengkaji pemberian subsidi ke atas syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan mengawal pembaziran yang banyak berlaku dalam urus tadbir kerajaan. Pakar Ekonomi di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, berkata Kerajaan Pusat tidak patut menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca peningkatan hutang negara. "Ada orang yang pandai nak merealisasikan kos dan subsidi. Katanya tak payah subsidi tetapi saya nak tekankan di negara maju seperti Jerman juga mereka ada subsidi. "Syarikat besar ini dia meminta menambah pendapatan tatkala dia sedang dalam keuntungan, sepatutnya sama-samalah susah," kata Dr Amir Hussin. Dr Amir Hussin merupakan salah seorang panelis Wacana Sinar Harian siri ke 25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini. Sementara itu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam program sama berkata, tindakan Kerajaan Pusat mengambil setiap sen wang dari saku rakyat tidak menggambarkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan baik. "Kita tengok setiap tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pertumbuhan ekonomi yang baik lima peratus, empat peratus, kaya ini dan itu tetapi pada masa sama pertumbuhan ekonomi yang dicanangkan BN itu kesan tak sampai kepada rakyat. "Rakyat tanya sekarang ini kalau betul pertumbuhan ekonomi bagus, negara kaya macam ini kenapa kerajaan nak berkira walau harga 20 sen subsidi gula pun kerajaan mahu ambil dari rakyat," kata Rafizi lagi. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Kerajaan Pusat bertindak secara tidak telus dengan menaikan harga sesuatu barangan secara mengejut sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat. Wacana yang menarik minat kira-kira 200 hadirin yang memenuhi dewan itu dipengerusikan penganalisis politik dan juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik. Oleh : AFIX REDZUAN SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menyerahkan sumbangan bantuan kepada waris pelajar yang terpaksa membayar yuran persekolahan dengan menggunakan duit syiling sebanyak RM64.00 bertempat di Taman Dagang, Ampang. Iskandar melalui laman sosial Facebook memaklumkan, bantuan diserahkan kepada 'Pak Long' dan 'Mak Long' yang juga datuk dan nenek pelajar berkenaan. Katanya, sebelum ini pihak DUN pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan. "Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini," katanya menerusi laman Facebook miliknya. Selain itu, Iskandar turut memaklumkan perkara itu akan diketengahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk permohonan bantuan yang sesuai. Kisah menyayat hati pelajar Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang mendapat perhatian pengguna laman sosial Facebook sejak semalam. Menurut paparan di laman sosial, datuk pelajar berkenaan membawa punjut syiling yang bernilai RM64.00 untuk membayar yuran persekolahan. Namun, jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk membayar jumlah yuran berkenaan dan atas inisiatif guru, mereka menambah wang untuk melengkapkan jumlah yuran. Ibu pelajar berkenaan meninggal dunia sejak umurnya sebulan sementara bapa dipenjara kerana masalah dadah, manakala neneknya masih bekerja sebagai pembantu kebersihan dan akan tamat kontrak pada bulan Jun ini sementara datuknya sudah tidak berdaya hanya menerima bantuan PERKESO RM350.-NFN- KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyeru keharmonian tapi langsung tidak merujuk serbuan haram Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap Persatuan Alkitab Malaysia (BSM), baru-baru ini. Beliau berkata, berdasarkan apa yang diucapkan Najib itu, ia bukan saja mengecewakan semua rakyat Malaysia, malah menimbulkan persoalan mengenai tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara. "Najib sehingga kini masih enggan bersuara dan hanya mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada serbuan JAIS dengan menyatakan bahawa isu yang boleh memusnahkan keamanan dan keharmonian mesti ditangani melalui dialog serta kedaulatan undang-undang. "Tapi apakah beliau sedar fakta bahawa tindakan JAIS ke atas BSM itu merupakan pelanggaran terhadap Penyelesaian 10 Perkara yang diputuskan Kabinet? "Bagaimana Najib boleh memilih untuk mengelak dan berfikir ia mencukupi untuk membuat kenyataan demikian? Mengapa beliau tidak mengarahkan saja penjawat awam agar menghormati dan menerima Penyelesaian 10 Perkara?," katanya dalam kenyataan, semalam. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu turut menegaskan, serbuan terbabit juga memalukan dan menjejaskan nama negara di mata dunia. Tegasnya, jika Najib adalah seorang pemimpin yang benar-benar prihatin, beliau sepatutnya menunjukkan keberanian politik dan melakukan perkara sebetulnya demi kepentingan negara. "Beliau tidak sepatutnya memilih untuk hanya kekal popular tetapi harus sentiasa melindungi jaminan perlembagaan untuk kebebasan beragama. "Saya juga berharap beliau tidak melihat isu ini seperti apa yang dinyatakan Pengerusi Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN), Tan Sri Samsudin Osman iaitu 'seperti seorang bapa, MPPN tidak harus menyalahkan anak-anak tetapi boleh mengatakan ia adalah amat dikesali dan tidak berlaku lagi'. "Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan Samsudin kerana bapa yang bertanggungjawab dan baik mempunyai kewajipan memberitahu anaknya mengenai perkara betul dan salah serta membezakan benar atau salah," ujarnya. -Roketkini.com KUALA LUMPUR: Kerajaan secara senyap didapati mula mengarahkan semua sekolah meletakkan potret pemimpin negara dan negeri di dalam kelas kononnya untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan pelajar. Namun, arahan yang dikeluarkan hanya membabitkan negeri yang diperintah BN dan ia menimbulkan tanda tanya apakah agenda tersembunyi di sebaliknya apabila mereka mengenepi serta menolak potret pemimpin negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Dalam laporan portal The Malaysian Insider, difahamkan satu pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dihantar melalui sistem aplikasi WhatsApp atau menerusi lawatan pegawai pendidikan daerah yang menyatakan sekolah 'digalak' meletak gambar Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Ketua Menteri dan Menteri Besar. Arahan tidak rasmi itu mendapat tentangan orang ramai termasuk pentadbir sekolah dan ibu bapa yang menyifatkan ia sebagai satu lagi langkah pembaziran kerana KPM sepatutnya memberi tumpuan kepada latihan lebih baik untuk guru seperti dicadangkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Pimpinan DAP baru-baru ini turut mempersoal dan menuntut perjelasan pihak kementerian mengenai arahan tidak masuk akal yang diberikan itu. Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menegaskan arahan itu jelas tidak jauh bezanya dengan propaganda politik ala-Nazi. "Ini hanya memperlihatkan sikap kurang keyakinan diri atau narsis. Ia juga tidak lain adalah sebahagian agenda propaganda politik seperti yang diamalkan Mao Zedong sebagai sebahagian usaha indoktrinasinya. "Kementerian harus memberikan penjelasan segera," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP. Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok pula menyatakan, arahan kerajaan itu tidak mempunyai kewajarannya dan jelas hanya bermotifkan politik semata. "Kalau satu bingkai sahaja sudah menelan belanja berpuluh ringgit, berapa kos yang terpaksa ditanggung sekolah untuk membingkai potret ini bagi setiap bilik darjah? "Kenapa pula mesti dalam bilik darjah? Tidak cukupkah gantung potret di dewan sekolah, pejabat dan bilik guru?," soalnya. -Roketkini.com |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 10 Jan 2014 02:02 PM PST |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan