Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Kos meningkat: Anak muda jadi pendesak kerajaan Posted: 02 Jan 2014 07:48 PM PST KUALA LUMPUR: Kehadiran ribuan anak muda ke himpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu membuktikan golongan ini mampu menjadi golongan pendesak yang kuat kepada kerajaan. Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, isyarat yang ditunjukkan golongan muda pada malam tersebut jelas iaitu mereka berasa terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup. "Isyarat yang mereka tunjukkan dengan memakai baju hitam sebagai satu gambaran setiakawan yang saya rasa kalau kita hidupkan lagi akan menjadi kuasa pendesak yang kuat. "Saya anggap himpunan tersebut sangat berjaya dan saya yakin isyarat sudah sampai ke Putrajaya bahawa rakyat menentang kenaikan kos sara hidup," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Harakahdaily. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat berkata, tidak mustahil anak muda bersama parti politik dan NGO akan mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak bertindak secara serius bagi menurunkan kenaikan kos sara hidup. "Kerajaan BN tak faham suara rakyat selain himpunan. "Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya. Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar juga menyatakan kesediaan yang sama. Beliau berkata, himpunan pada 31 Disember itu hanya permulaan kepada perjuangan mereka mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi menurunkan kos sara hidup. "Perhimpunan malam tadi hanya permulaan kepada perjuangan kita. "Lepas ini kita akan gerakakn siri wacana dan akan pergi ke kampung-kampung bagi memberikan penerangan kepada rakyat," katanya. Beliau juga berkata, Turun akan bersama parti politik dan NGO yang akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei depan. "Ya, sudah tentu kita akan bersama-sama mereka untuk perhimpunan 1 Mei kerana GST merupakan isu rakyat dan pelu diperjuangkan," katanya. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan