Sabtu, 7 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 07 Dec 2013 03:14 PM PST

Oleh : Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR  : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memberi sokongan penuh terhadap memorandum Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhubung bantahan kenaikan tarif bil stesen berbayar ASTRO yang didakwa sangat melampau.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata memorandum "Hentikan segera monopoli syarikat Astro" itu diserahkan SAMM untuk pertimbangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta seluruh Ahli Dewan Rakyat.

boikot-astroMemorandum itu dipetik sebagai berkata ASTRO tidak layak menaikkan bil sesuka hati atas pelbagai faktor, ditambah sikap kerajaan pusat yang didakwa tidak mempedulikan rintihan rakyat yang terpaksa mengharungi kerenah stesen berkenaan.

"Memo ini menegaskan bahawa ASTRO tidak layak menaikkan tarif kerana tayangan filem dan drama yang berulang-ulang setiap bulan hampir sepanjang tahun, kekerapan dan durasi iklan yang semakin tinggi serta siaran sering tergendala akibat hujan," katanya.

Memorandum itu turut disokong wakil rakyat lain antaranya Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

Kandungan memorandum itu antara lain menggesa kerajaan supaya membenarkan lebih daripada satu siaran berbayar beroperasi di negara ini untuk memberi pilihan kepada pelanggan, selain menjana persaingan sihat.

"Jika dibandingkan dengan negara lain, India mempunyai enam operator televisyen berbayar sama seperti di Indonesia, manakala Australia mempunyai tiga operator.

"Harganya juga jauh lebih rendah berbanding di Malaysia. Monopoli ASTRO ternyata hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat, apatah lagi perkhidmatannya sangat tidak memuaskan," katanya.-NFN-

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM  : Orang ramai yang berminat untuk membuat permohonan lesen premis penternakan perusahaan burung walit perlu mematuhi beberapa syarat antaranya tempoh matang menamatkan perusahaan itu di bangunan perniagaan selama tiga tahun dan tujuh tahun di kawasan sawah padi.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, berkata pengusaha burung walit yang berpindah ke tanah pertanian akan diberi insentif selama lima tahun dan dikecualikan daripada membayar lesen, cukai tanah dan cukai taksiran.

Norfiza-Mahfiz-(MPK)Katanya, tempoh yang diberikan kepada pengusaha burung walit untuk memohon lesen kepada majlis adalah sehingga 31 Dis ini dan pengusaha perlu memperbaharui lesen setiap tiga tahun bagi yang beroperasi di kawasan sawah.

"Permohonan burung walit adalah untuk pengusaha yang beroperasi sebelum 31 Julai lalu dan hanya permohonan yang sudah didaftarkan dengan majlis sebelum 31 Disember ini sahaja layak memohon.

"Selain daripada itu, antara lokasi yang dibenarkan adalah kawasan sawah padi dan komersial, manakala kawasan yang dilarang bagi operasi burung walit adalah kawasan perumahan,rumah kedai, premis yang pernah mendapat aduan dan lokasi yang termasuk di dalam zon 10 kilometer radius daripada landasan penerbangan," katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Norafiza berkata, tempoh pemberian lesen bagi kawasan komersial adalah tiga tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2016, manakala kawasan sawah padi pula selama tujuh tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2020.

Beliau berkata, pembaharuan lesen secara tahunan bagi kawasan sawah padi boleh dibuat setiap tiga tahun dan MPK menetapkan bayaran bagi keluasan tidak melebihi 130 meter persegi berjumlah RM720, manakala setiap tambahan 25 meter persegi atau sebahagiannya berjumlah RM100.

Bagi mereka yang berminat, borang permohonan burung walit boleh didapati di Tingkat 3, Jabatan Perlesenan dan Penjaja dengan bayaran RM 50 dan boleh menghubungi talian 03-3375 5555 sambungan 6308 untuk sebarang pertanyaan.-NFN-

Oleh : Norhayati Umor

GOMBAK  : Kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan lori daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk kerja penghantaran bahan keperluan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad berkata, setakat ini banyak sumbangan orang ramai dihantar ke balai raya, pejabat, surau dan masjid.

yb iskandar 3 edit
 
Katanya, sumbangan itu masih belum dapat dilaksanakan ekoran banyak kawasan sekitar negeri lumpuh ekoran banjir buruk yang melanda beberapa kawasan.

"Kita sedang berbincang dengan Menteri Besar untuk mendapatkan lori daripada pihak tertentu supaya bahan keperluan seperti makanan yang sudah terlalu banyak dapat segera dihantar dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya berterima kasih kepada rakyat Selangor yang prihatin dengan menghantar sumbangan ini," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Flag Off bantuan banjir, di sini, hari ini.

Dalam konvoi kumpulan pertama PAS Selangor itu, lebih 50 kereta dan empat lori mula bertolak ke negeri Pahang dan Terengganu dengan bahan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, konvoi itu turut disertai 100 kereta, 30 lori dan sebuah kontena yang sudah bergerak ke negeri terbabit, malam semalam.

"Kira-kira 200 petugas ditugaskan di Pahang dan Terengganu dan kita menjangkakan 80 hingga 100 tan bahan keperluan dapat dihantar ke sana, bahkan akan menambah keperluan jika masih belum mencukupi," katanya.-NFN-

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 07 Dec 2013 01:13 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:13 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


RAHMAT UNTUK SEMUA?

Posted: 06 Dec 2013 02:03 PM PST

Tema Muktamar Pas yang lalu:  Rahmat Untuk Semua.

Harapnya Pas di semua peringkat bekerja ke arah  membantu meringankan mangsa banjir di seluruh negara.

Cakap banyak tak guna, tak perlu layan kerenah Shahrizat, tumpu kepada mangsa banjir kini!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Pengikut