Ahad, 29 Disember 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 28 Dec 2013 11:25 AM PST

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! LAST WARNING POLIS UNTUK 4 GENG MACAI NAK TURUN 31 DISEMBER !!

Posted: 28 Dec 2013 02:06 AM PST




Polis memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka di sini Selasa ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

Beliau berkata hasil risikan mendapati beberapa kumpulan dan badan bukan kerajaan akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan.






"Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia dipercayai akan terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan. - BERNAMA

600 MURID PERMATANG PAUH TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN UMNO BAHAGIAN @NajibRazak @dzainalabidin

Posted: 27 Dec 2013 11:35 PM PST


Dalam kesibukan isu kos sara hidup meningkat  disebabkan harga barang naik , UMNO yang sering dipersalahkan oleh pelbagai pihak termasuk ISMA   terus membantu rakyat .

Menjelang musim persekolahan baru bermula , UMNO Permatang Pauh telah menyampaikan bantuan persekolahan iaitu beg & alat tulis  kepada 600 murid di Parlimen ini hari ini . Ia bagi meringankan beban waris yang sekarang ini sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka. 

Nak harapkan parti  pembangkang dan ahli Parlimen ini membantu rakyatnya  dari segi bantuan persekolahan  ?? Mereka lebih sibuk menyalak menuding jadi kepada kerajaan mengenai harga barang naik daripada membantu sendiri rakyatnya .



PERMATANG PAUH  - Seramai 600  murid dari Parlimen  ini menerima sumbangan beg & alat tulis sekolah daripada  UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan kerjasama TEKUN   bagi meringankan beban keluarga mereka.Sumbangan tersebut  diadakan di SMK Prmtg Pasir  hari ini.

Ketua  UMNO Bahagian itu, Mohd Zaidi Mohd Said  berkata soal pendidikan merupakan perkara paling penting dalam kehidupan  dan  kerajaan  telah membelanjakan cukup banyak untuk memperbaiki sistem pendidikan kita . 

Ia juga menjadi perjuangan utama kepimpinan baru UMNO Bahagian bagi memastikan tiada  lagi anak-anak pelajar di Permatang Pauh yang  tercicir dalam pendidikan akibat daripada faktor kemiskinan keluarga. 

Beliau juga  berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh waris murid berkenaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak- anak mereka," katanya. 

Turut hadir ialah wakil Pejabat Pendidikan P.Pinang Cikgu Mohd Hassan , Pengerusi MIC Prmtg Pauh , Sdr Suresh ,   Ketua Pemuda Bahagian ,  Abu Bakar Sidek Zainul Abidin , Ketua Wanita Bahagian Pn Rosni Salleh & Ketua Puteri Bahagian Cik Nursyazana Bt Soberi . - MY PENANG ONLINE -


Ketua Bahagian Mohd Zaidi Hj Mohd Said turut memberi sumbangan
wang tunai kepada 3 orang adik beradik yang baru menjadi 
anak yatim bagi membeli baju dan kelengkapan sekolah .







Tiada ulasan:

Pengikut