Khamis, 12 Disember 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Lagi kes terpencil melibatkan anggota PDRM !

Posted: 11 Dec 2013 11:45 PM PST


Anggota Polis Didakwa Rogol Pekerja Indonesia Ditahan

12 Dis 2013 : Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan pada Rabu kerana didakwa terlibat merogol seorang pekerja warga Indonesia di sebuah hotel bajet di Kajang malam Selasa lalu.

Sumber memberitahu wanita yang telah berkahwin itu dan teman serumahnya ditahan di kediaman mereka di Bandar Baru Bangi pada malam serbuan dijalankan.

Suami mangsa juga dikatakan berada dalam rumah tersebut ketika dia ditahan.

Difahamkan mangsa di bawa ke balai polis daerah kerana dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Pegawai berkenaan kemudiannya didakwa membawa wanita tersebut ke sebuah hotel bajet dan menggesa khidmat seks daripada mangsa.

Difahamkan pekerja Indonesia itu pada mulannya enggan melayan permintaan pegawai polis tersebut.

Namun dia telah dipaksa supaya memberi khidmat seks kepadanya jika dia tidak mahu dihumban ke dalam lokap.

Mangsa kemudiannya membuat laporan terhadap anggota polis tersebut di balai polis berlainan daerah keesokan harinya.

"Kami telah menahan suspek dan dia kini disiasat di bawah Seksyen 376 atas kesalahan merogol," kata sumber polis pada Khamis.

Sumber itu memberitahu bahawa suspek yang berusia dalam pertengahan 20-an telah bekerja selama tujuh tahun serta berkahwin dan mempunyai dua orang anak.


Anggota polis didakwa melakukan peras ugut terhadap pelancong

Posted: 11 Dec 2013 08:12 PM PST




3 anggota polis didakwa melakukan peras ugut terhadap pelancong asing. Apa nak jadi? Kerana setitik nila biru , kes terpencil jadi haru biru umpama lumpur yang dibawa kerbau.

Anggota Polis Didakwa Melakukan Peras Ugut

KUALA LUMPUR 12 Dis 2013 : Three policemen were charged in the magistrate's court today with extorting RM67.53 from an Indonesian motorist at the Technology Park, Bukit Jalil, on Sunday.

Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan memeras ugut pelancong warga Indonesia, minggu lalu.

Koperal Kamaruddin Ab Rashid, 51, Lans Koperal Mohd Zain@Hasbullah Mamat, 35, dan Konstabel Mohammad Ridhwan Abd Malek, 25, dari Balai Polis Bukit Jalil, membuat pengakuan itu sebaik tuduhan dibacakan di depan Majistret Saifulakmal Said.
Mereka dituduh bersama-sama melakukan pemerasan dengan niat menakutkan Nuris Suhud Bohari Muslim, 29, berhampiran Stesen Petronas Technology Park Malaysia, di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur, pada jam 10 malam, 6 Disember lalu.

Indonesia buat bot terbang, Malaysia bila pula?

Posted: 11 Dec 2013 02:53 PM PST



Indonesia produksi perahu terbang pertama Rp1,5 M

Jakarta ( MilNas ) - Indonesia berhasil menciptakan perahu terbang pertama berkapasitas empat penumpang, bernama Flying Boat Gever-OS.

Perancang Flying Boat Gever-OS, Erid Rizki mengungkapkan, perahu tersebut dapat terbang hingga ketinggian 150 meter di atas permukaan laut. Kecepatan kendaraan ini cukup tinggi mencapai 400 km/jam.

Komponen perahu terbang produksi IMI ini 35 persen berasal dari dalam negeri, sisanya mesin dari luar negeri. Bobot penuh dengan penumpang maksimal 900 kilogram.

Tiada ulasan:

Pengikut