Khamis, 7 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 07 Nov 2013 03:27 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:27 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


7 Tahun Jadi Hamba Seks Abang Ipar

Posted: 06 Nov 2013 10:05 PM PST

[HM] Sungai Buloh: Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.

Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu.

Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan," katanya.

Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan.

"Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.

"Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul," katanya.

Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.

"Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan. - 7/11/13

Biaqpila

Posted: 07 Nov 2013 03:14 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau sedih apabila wujudnya pengundi yang tidak dapat dikesan dalam pilihan raya kecil Sungai Limau pada Isnin lalu.

Shahidan yang mengetuai jentera pilihan raya BN Perlis berkata, beliau antara mengesan perkara itu di daerah mengundi Bukit Besar tetapi tiada apa dapat dilakukan kerana ia tidak dibantah semasa daftar pemilih dipamerkan.

"Dulu pembangkang sebut pengundi hantu. Kami tak tahu apa dia sebut pengundi hantu. Rupanya perangai orang nak buat jahat ini, (dia) pergi menyamun, (kemudian) kata: 'Hah, kau menyamun!'

"Macam cerita P Ramlee, dia menyamun, lepas itu dia kejar penyamun sekali," kata Shahidan yang menjaga empat daerah mengundi dalam pilihan raya yang menyaksikan BN tewas itu.

Sementara itu, bekas menteri besar Perlis itu juga menegur langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya meletakkan pondok pembangkang terlalu hampir dengan BN sehingga berlakunya insiden keganasan.

"Beberapa kali berlaku bertumbuk sebab kes ni. Bila berlaku percakapan, kepanasan, dia nak bertumbuklah," katanya.

Shahidan berkata, alasan musim pilihan raya juga tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan perkara itu.

"Tak boleh kata, ini pilihan raya, polis tak boleh kawal, SPR tak boleh kawal. Kena kawal supaya tak bergaduh," katanya.

Beliau juga mengkritik sikap penyokong pembangkang yang didakwanya mengambil pendekatan maki hamun dan carut marut kepada musuh politik mereka, termasuk dirinya sendiri.

"Ada makcik tua-tua macam mak saya, nak cabar saya. Saya tanya, awat makcik, nak cabar saya Saya ini kuat, jejaka idaman Malaya. Jangan cari pasal dengan saya.

"Tetapi dia dilatih macam itu, membenci," keluh Shahidan lagi.

mk

Tiada ulasan:

Pengikut