Jumaat, 22 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 22 Nov 2013 03:10 PM PST

Oleh : Lau Weng San

Hujah Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Mohamad Shamsudian Lias pada 20 November 2013 bahawa Belanjawan Selangor tahun 2014 ialah Belanjawan yang tidak berimbang ialah tuduhan liar.

Perkara ini telah diulangi oleh Ketua Pembangkang di dalam satu sidang media sesudah beliau menyampaikan ucapan perbahasan beliau semasa membahas Belanjawan 2014 di peringkat dasar bacaan kedua.

Ini berlaku walaupun beberapa Ahli Dewan Negeri Selangor telah bangun mencelah dan memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada beliau apabila beliau membahas Belanjawan 2014 ini.

Tuduhan ini ialah tuduhan liar kerana beliau menganggap Belanjawan 2014 berjumlah RM1.85 bilion ialah belanjawan tidak berimbang kerana kerajaan menggunakan rizab kerajaan sebanyak RM430 juta ringgit untuk beberapa inisiatif pembangunan.

Ini menunjukkan Ketua Pembangkang tidak memahami maksud Belanjawan berimbang. Belanjawan berimbang bermakna kerajaan akan membelanjakan wang yang berada di Kumpulan Wang Yang Disatukan (Consolidated Funds) mengikut pendapatan yang dijangka dapat dikutip oleh kerajaan pada sesuatu tahun.

Dalam konteks Selangor, kerajaan menerima pakai konsep rolling budget, iaitu kerajaan hanya akan membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan sekiranya terdapat penambahan pendapatan di dalamnya. Ini ialah sebab mengapa kerajaan membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan setiap kali Dewan bersidang.

Perkara ini boleh berlaku kerana kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah memperkenalkan amalan menyemak belanjawan negeri setiap enam bulan. Konsep semakan berkala ini bermula apabila Perbendaharaan Negeri digesa membuat imbangan pada penyata kewangan pada setiap hujung bulan.

Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau keseimbangan di antara perbelanjaan dan pendapatan agar kerajaan tidak berbelanja di luar kemampuan sehingga mengakibatkan defisit.

Harus diingat bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri tidak dibenarkan mendapat pinjaman dari luar kecuali mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Selangor hanya boleh bergantung kepada kekuatan kewangan sendiri dan berbelanja di dalam kemampuannya.

Ketua Pembangkang juga menyentuh tentang peruntukan tambahan sebanyak RM430 juta daripada rizab kerajaan untuk beberapa inisiatif pembangunan di mana beliau menuduh bahawa ini ialah kompromi pihak Eksekutif akibat desakan memorandum daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BackBenchers Club – BBC). Amaun berjumlah RM430 juta ini juga digunakan oleh Ketua Pembangkang bahawa Belanjawan 2014 tidak berimbang.

Memang benar BBC pernah menghantar satu memorandum kepada pihak Eksekutif tetapi ini merupakan perkara biasa di mana ini memang merupakan budaya BBC untuk memberi input kami kepada pihak Eksekutif dari semasa ke semasa.

Selain itu, penggunaan wang rizab untuk tujuan pembangunan tidak sepatutnya menjadi isu kerana memang Menteri Besar Selangor pernah mengumumkan sebelum ini bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah wang daripada rizab Kerajaan Selangor untuk membina Jambatan Klang ketiga.

Perkara ini pun disebut semula dalam pembentangan Belanjawan 2014. Yang berbeza ialah inisiatif-inisiatif pembangunan lain yang melibatkan rizab kerajaan turut disebut bersama dalam Belanjawan 2014 ini. Lagipun, Belanjawan 2014 masih berimbang kerana RM430 juta ini adalah diambil daripada rizab, bukan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Jadi menjadi persoalan saya ialah adakah Ketua Pembangkang sudah ketandusan isu sehingga mereka terpaksa mengempar-gempurkan isu yang remeh-temeh seperti ini?

* Lau Weng San adalah ADUN Kampung Tunku

Oleh Fariz Musa

Penjelasan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan jet peribadi bagi menghadiri ke Persidangan Wanita di Qatar bukan di atas kapasiti mewakili kerajaan tetapi merupakan jemputan peribadi.

Namun timbul rasa kurang senang rakyat apabila Datin Seri Rosmah telah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan tersebut yang ternyata adalah bersifat peribadi.

Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 kerana telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dijemput menghadiri persidangan tersebut di atas kapisiti peribadi.

Rosmah-Private-Jet-300x202

Dan bukannya di atas jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia dan sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi.

Jingga13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salah laku guna kuasa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut dan bertindak secara profesional dan adil.

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya diambil satu tindakan yang tegas kerana beliau adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan ianya boleh menjadi satu contoh yang tidak baik kepada kakitangan kerajaan.

Muafakat*Prihatin*Berani

* Fariz Musa ialah Ketua Koordinator JINGGA 13 Malaysia


Kerajaan Negeri Selangor, melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengeluarkan tawaran akhir berjumlah RM9.65 billion untuk membeli empat syarikat konsesi air.

Surat-surat tawaran telah dihantar semalam kepada empat syarikat air; Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd.

Tawaran itu hasil susulan beberapa siri perbincangan antara pegawai-pegawai daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) pada 18 Oktober 2013 dan 13 November 2013 di mana kedua-dua pihak telah bersetuju pada dasarnya mengenai keperluan untuk menubuhkan industri air secara holistik di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata tawaran itu adalah tepat pada masanya kerana Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah menyatakan sokongan untuk menyatukan industri air dalam surat bertarikh 19 Jun 2013 dan 9 September 2013.

"Ini juga sejajar tarikh akhir iaitu Disember 2013 untuk menyelesaikan rundingan yang ditetapkan oleh Menteri KeTTHA. Kami berharap para pemegang saham syarikat-syarikat ini akan menerima tawaran yang akan memberi pulangan menguntungkan .

"Jika pemegang saham merasakan bahawa mereka berhak mendapat jumlah yang lebih, mereka boleh meminta untuk dibawa ke timbang tara antarabangsa. Kami berharap boleh memecahkan kebuntuan rundingan kerana Kerajaan Negeri sudah bersedia dengan rancangan pengambilalihan ini," kata Menteri Besar .

Empat syarikat itu mempunyai 14 hari untuk menerima tawaran KDEB yang bermaksud mereka mesti memberi jawapan selewat-lewatnya jam 5 petang pada 4 Disember 2013.

Surat tawaran itu antara lain menetapkan bahawa tawaran KDEB untuk membeli ekuiti semua empat syarikat yang memberi pulangan sebanyak 12% setahun dikira sehingga 31 Disember 2012; tidak dikompaun dan dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen yang terdahulu.

Tawaran itu juga menyatakan bahawa KDEB akan menyelesaikan semua hutang berkaitan air tertunggak oleh empat syarikat termasuk bon dan pinjaman komersial serta pinjaman kerajaan yang berkaitan.

Satu siasatan menyeluruh dan terperinci akan dijalankan ke atas syarikat konsesi tujuh hari dari tarikh penerimaan tawaran itu.

Kerajaan Negeri Selangor komited untuk menubuhkan industri air secara holistik bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap pada tarif yang berpatutan kepada lebih 5 juta pengguna air di Selangor , Putrajaya dan Kuala Lumpur.

DIKELUARKAN OLEH
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO MENTERI BESAR SELANGOR


SHAH ALAM : Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Bagaimanapun, pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.

logo59

Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.

Memetik Harakah Daily, pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.

Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.

Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.

Menurut Asmuni, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang esok.

Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.

Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.- FZL

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM  : Kegagalan Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mematuhi arahan sewaktu perbahasan berlangsung di Dewan Negeri Selangor (DNS) mencemari budaya perbahasan yang sihat dan adil.

nik nazmi

Timbalan Speaker DNS, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata beliau sentiasa  memberikan ruang secukupnya kepada setiap Adun, sama ada daripada parti pemerintah (PR) mahupun parti pembangkang (BN) untuk berbahas.

Ujarnya, tindakan Shamsudin itu juga bertentangan dengan kata- katanya sendiri pada awal persidangan dewan yang berterima kasih kepada Speaker DNS atas peluang perbahasan yang adil.

"Selaku Timbalan Speaker, saya kesal perkara seperti ini boleh berlaku tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain lagi.

"Menjadi hasrat kami (Speaker dan Timbalan Speaker) untuk mempromosikan budaya perbahasan yang berkualiti secara adil kepada adun-adun namun tindakan Sungai Burong mendesak saya
mengarahkan dia keluar dewan," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di DNS bagi mengulas tindakannya mengarahkan Shamsudin keluar dewan ketika perbahasan Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan (BN)
sedang berlangsung.

Speaker DNS, Hannah Yeoh yang turut hadir dalam sidang media sama menyatakan sokongan ke atas tindakan tegas Nik Nazmi itu.

"Setakat ini, 12 orang Adun PR sudah menamatkan sesi perbahasan sementara BN pula seramai tujuh orang, bukankah ini sesuatu yang bagus.

"Jadi, saya ingin juga menasihati setiap Adun untuk menggunakan ruang dengan sebaik-baiknya dengan membawa isu-isu baru, tanpa perlu mengulangi isu lama atau yang sudah dijawab sebelum ini," kata Hannah (DAP-Subang Jaya).

Nik Nazmi memutuskan mengarahkan Shamsudin keluar dewan selaras dengan Peraturan Tetap 44 (2) berikutan tindakan Adun Sungai Burong itu yang tidak menghormati kuasa speaker dan enggan duduk meskipun diarah berulang kali.

Insiden bermula apabila Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) mahu membangkitkan isu kenaikan sewa flat projek perumahan rakyat (PPR) oleh kerajaan negeri yang bermula 'seawal
Jun 2013′.

Pihak Kerajaan kemudiannya membangkitkan Peraturan Tetap 36(6) bahawa kenyataan itu adalah sangkaan jahat dan meminta ia ditarik balik.

Apabila kenyataan itu enggan ditarik balik, Shamsudin kemudian cuba bangun untuk mempertahankan tindakan Kota Damansara tanpa merujuk mana-mana peraturan tetap.-EZY

DUNIACACAMARBA

Posted: 22 Nov 2013 03:04 PM PST

Wanita Tutup Mulut Hubungan Terlarang Suami Dengan Anak Perempuannya

[Mstar] PETALING JAYA: "Minta maaf banyak-banyak. Apa juga yang anda tanya. Saya tidak akan jawab."

Itulah yang diperkatakan oleh isteri lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya berusia 21 tahun kepada pemberita yang cuba menemubual dia di hadapan rumahnya di Kajang.

Bagaimanapun, sebelum wanita berusia 46 tahun itu masuk ke dalam rumahnya, dia berkata: "Ini kerana hati saya sakit....," menyatakan rasa kecewanya berhubung dakwaan hubungan sumbang mahram tersebut.

Pada Khamis, wanita tetap membuka gerai nasi campurnya seperti biasa, menurut China Press.

Menurut pengusaha gerai yang lain, wanita berkenaan berniaga seperti biasa sejak beberapa hari yang lalu namun suspek tidak dilihat berada di situ.

China Press turut melaporkan bahawa pelanggan gerai wanita berkenaan menyifatkan ibu mangsa sebagai seorang 'yang sangat ceria dan gembira'.

Akhbar berkenaan turut melaporkan jirannya juga tidak percaya bahawa suspek mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu.

Seorang jirannya berkata suspek dan isterinya merupakan pasangan yang bahagia dan sering dilihat berada bersama-sama.

"Kami tidak pernah dengar mereka bertengkar dan memarahi anak-anak mereka," kata jirannya itu.

Seorang lagi jiran turut tidak percaya jirannya itu melakukan perkara terkutuk itu dengan anak perempuannya.

Pada Khamis, The Star melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun telah melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.

Hubungan terlarang itu mungkin berlarutan tanpa tindakan seorang pakcik menghubungi pihak polis selepas mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Pakcik berkenaan meruapakan pengusaha kedai gunting rambut di mana tempat remaja berkenaan bekerja sejak dia tamat pengajian SPM.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbit remaja berkenaan pada 9 November lalu untuk membuat panggilan telefon.

Namun alangkah terkejutnya dia apabila terbaca khidmat pesanan ringkas, lucah daripada ayah mangsa kepada remaja berkenaan. - 22/11/13

Berita Awal

Ayah 'Bercinta', Lakukan Seks Dengan Anak

[Mstar] PETALING JAYA: Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.

Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) 'lucah' daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.

"Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.

"Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.

"Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya," kata sumber berkenaan.

Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya di hadapan ibu mereka.

Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.

"Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.

"Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin," menurut sumber polis tersebut.

Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kajang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.

Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.

"Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan.

"Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama," kata sumber berkenaan.

Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat. -21/11/13

Tiada ulasan:

Pengikut