Selasa, 19 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 19 Nov 2013 03:24 PM PST

NASIB malang bertimpa-timpa. Itulah yang bakal ditanggung penghuni kota raya Kuala Lumpur bila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai taksiran hartanah melampau-lampau hingga lebih 100 peratus mulai 1 Januari tahun depan.

Maknanya, semua pemilik rumah dan premis di KL terpaksa membayar cukai taksiran yang jauh lebih tinggi daripada biasa. Sudahlah harga petrol diesel naik, gula pun naik, GST nak masuk, sampai cukai taksiran pun nak mengikut jejak yang sama.

Dengan pelbagai macam kenaikan itu, sudah tentu pemberian BR1M dan yang semacam itu tidak berbaloi. Bak kata orang, dah bagi ambil balik; buruk siku namanya.

Lalu berkatalah Tengku Adnan menarik simpati, mempertahankan cadangan kenaikan itu dengan menyatakan cukai taksiran tidak pernah naik sejak 21 tahun lalu.

Dia juga berkata, harga hartanah pun dah naik dan merupakan kriteria yang boleh ditimbangkan untuk kenaikan cukai taksiran ini.

Tetapi, Tengku Adnan mungkin terlepas pandang. Isunya bukan sudah lama tak naik cukai atau harga hartanah dah naik tetapi adakah kenaikan itu masuk akal dan wajar di saat kita diarah berjimat ikat perut kurangkan gula dan segala macam lagi?

Macamlah dia tak tahu, dengan pertambahan memberangsangkan pembangunan perumahan dan sebagainya, sudah tentulah ia menambah pendapatan DBKL. Dia tak akan rugi pun.

Bukannya apa, kalau pemilik rumah teres masa ini dikenakan cukai taksiran RM5,400, kenaikan cukai baru itu akan menyebabkan pemilik kena bayar RM13,800 dengan kenaikan 155 peratus!

Kalau anda duduk di flat kena cukai RM2,280, lepas kenaikan, anda terpaksa keluarkan duit sebanyak RM4,800! Bukannya sikit…

Maka benarlah yang dikata Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, kalau cadangan ini dibuat, kemungkinan besar akan wujud tindak balas rantaian.

"Pemilik akan menaikkan kadar sewa dengan lebih tinggi. Kehidupan pasti akan lebih membebankan. Bukan penyewa rumah sahaja tetapi peniaga yang menyewa. Kalau sewa kedai naik, bagaimana pula dengan harga barangan?"

Cabai Burung tengok, makin melampau-lampau BN belasah kita. Yang lagi teruk kena belasah lepas ni sudah semestilah orang KL, mungkin sebab dengki BN meluap-luap sebab tak pernah menang di sini.-Roketkini.com

KUALA LUMPUR: DAP menggesa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan segera sama ada pembinaan insinerator di Taman Beringin, Kepong adalah jalan penyelesaian atau hanya satu daripada banyak pilihan tempat pelupusan sisa pepejal.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, penjelasan wajar dilakukan berikutan pembinaan insinerator itu mewujudkan kesangsian dan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk.

"Jika Abdul Rahman cenderung untuk memulihkan semula keyakinan penduduk yang sudah hilang, beliau perlu menjelaskan apa yang didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Nadzri Yahaya di Pusat Komuniti Jinjang Utara, semalam.

"Dr Nadzri semalam menyatakan bahawa beliau 'dikelirukan' Abdul Rahman dengan memberi gambaran bahawa insinerator adalah satu-satunya pilihan di stesen pemindahan Taman Beringin.

"Beliau turut menegaskan bahawa itulah puncanya mengapa Abdul Rahman mendakwa tender terbuka telah dilakukan pada September lalu bagi pembinaan insinerator," katanya dalam kenyataan.

Menurut Kian Ming, Dr Nadzri juga menyebut tender terbuka pada September tahun lalu adalah untuk 'sisa buangan kepada tenaga', kemudahan yang termasuk terma loji rawatan dalam bentuk loji insinerator, logi pengegasan atau loji pirolisis.

Selain tiga loji berbeza, pilihan lain termasuk pencerna anaerobik sisa organik, bahan bakar terbitan atau Kemudahan Perolehan Semula Sumber.

Dr Nadzri turut memberi jaminan semua tawaran untuk pilihan yang berbeza firma tempatan atau antarabangsa akan diumumkan kepada orang ramai supaya mereka boleh menilai sama ada pilihan terbaik telah dilakukan.

Tawaran juga akan dinilai berdasarkan teknik terbaik tanpa sebarang kos berlebihan, efektif dan terbukti mesra alam sekitar.

"Memandangkan pendedahan Dr Nadzri, Abdul Rahman harus memberi penjelasan serta merta bahawa beliau sememangnya tidak pasti loji insinerator akan dibina di Taman Beringin dan ia semata-mata adalah salah satu daripada beberapa pilihan yang ada.

"Beliau juga perlu mengesahkan tender terbuka untuk projek ini kepada semua pilihan yang disebut Dr Nadzri, di mana loji insinerator hanya satu pilihan dan memberi jaminan semua tender akan disediakan kepada orang ramai," ujarnya. -Roketkini.com

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Stulang, Chen Kah Eng menggesa kerajaan negeri Johor mendedahkan jumlah gaji setiap ahli lembaga pengarah Perbadanan Johor dan semua anak syarikatnya memandangkan prestasi buruk dalam pengurusan mereka.

Gesaan ini dibuat rentetan soalan berkenaan hal itu membabitkan Damansara Asset Sdn Bhd (DASB) dan Syarikat Air Johor Holding (SAJ) ditolak di Dewan Undangan Negeri Johor atas alasan 'rahsia'.

"Gaji kita sebagai ADUN, barisan Exco, Menteri Besar, Speaker dan sebagainya boleh diumumkan. Mengapa jumlah gaji syarikat yang diterima Lembaga Pengarah dan Pengurus Kanan diklasifikasikan sebagai rahsia lebih-lebih lagi syarikat itu di bawah seliaan kerajaan negeri.

"Apakah masalahnya sehingga maklumat itu tidak boleh diketahui umum? Adakah kerajaan negeri mempunyai maklumat yang cuba disembunyikan?," soal Kah Eng.

Menurutnya, gesaan pendedahan itu dibuat berdasarkan prestasi buruk dan teguran Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Semakan audit mendapati DASB iaitu anak syarikat Perbadanan Johor berbelanja lebih dalam projek ubahsuai Plaza Kotaraya Johor Bahru daripada kos anggaran awal sebanyak RM19 juta melonjak kepada RM41.27 juta.

"Syarikat itu juga lewat dalam projek ubahsuai Komtar Johor Bahru iaitu 24.12 peratus sehingga September 2013. DASB juga gagal membuat bayaran dividen kepada Perbadanan Johor pada 2009 hingga 2011 atas saham biasa," dedah beliau.

Selain itu, antara masalah lain yang dihadapi ialah kegagalan DASB mengutip tunggakan sewa yang tidak aktif bagi bangunan milikan syarikat lain yang diuruskan DASB. Dalam masa sama, DASB gagal memperbaharui perjanjian dengan syarikat perkhidmatan yang sudah tamat tempoh.

"Sebab itu kita hairan, adakah gaji mereka terlalu tinggi sehingga Kerajaan Johor rasa tertekan untuk mengumumkan kepada orang awam?," soalnya.

"Perbadanan Johor dan semua anak syarikat di bawahnya perlu mengumumkan gaji mereka kepada orang awam supaya prestasi mereka boleh dipantau rakyat Johor. Lebih-lebih lagi urusan syarikat itu berkait rapat dengan pembangunan negeri," kata beliau.

Kah Eng menambah, mereka yang memegang jawatan tinggi juga akan lebih berhati-hati dalam segala urusan dan keputusan yang mereka buat, kerana mereka sentiasa dipantau dan mesti bertanggungjawab terhadap kesilapan, ketidak-cekapan, kecuaian, pembaziran, kelewatan, penyelewengan dan pelbagai kelemahan.

"Kumpulan Perbadanan Johor mencatatkan perolehan tahunan 2012 yang menjangkau RM5.64 billion dengan liabiliti setinggi RM8.437 billion.

"Jumlah ekuiti yang dipegang sudah mencecah RM5.802 billion. Jadi, rakyat berhak mengetahui gaji mereka yang mengurus syarikat itu kerana ia melibatkan angka yang tinggi. Kita tidak mahu kesilapan demi kesilapan terus dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya lagi.-Roketkini.com

DUNIACACAMARBA

Posted: 19 Nov 2013 03:14 PM PST

[mSTAR] JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini.

Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa.

"Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.

Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.

"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu.

Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.

Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.

Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.

Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor. - 19/11/13

Berkaitan:

Villa Nabila: Hanya Seorang Gagal Pulang

Seorang anggota polis memasang pita bagi menghalang orang ramai dari memasuki kawasan villa di Jalan Skudai, semalam . Gambar kecil, remaja hilang seperti disiarkan dalam Facebook Polis Johor.

[SH] JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, dikerumuni orang ramai setelah tersebar berita yang mendakwa sekumpulan 30 remaja dilaporkan hilang selepas memasuki rumah agam itu, awal pagi kelmarin.

Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang.

Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya.

"Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila," katanya.

Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu.

Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu.

"Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai," katanya.

Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Pelbagai versi kehilangan

Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu.

Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak.

Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian.

"Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai," katanya.

Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang.

Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut.

Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk.

"Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk.

"Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa)," katanya.

Villa Nabila lokasi misteri

Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun.

Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu.

Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk.

Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau.

Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal.

"Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik.

"Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur.

Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu," katanya.

Orang ramai teruja tinjau lokasi

Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar.

Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan.

Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu.

Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan.

Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk. - 19/11/13

Tiada ulasan:

Pengikut