Pakatan Rakyat |
Posted: 18 Nov 2013 03:20 PM PST Isu Karpal: Ujian besar bagi Mat Sabu, Mohd Amar – Ismail Qawi Isu Karpal Singh bertindak biadap pada PAS atas cadangan membatalkan semua parti berasaskan agama kini menjadi ujian dan pemerhatian bagi perwakilan PAS untuk menentukan siapa timbalan presiden yang baru. Sebaliknya, jika PAS yang mencadangkan agar parti berbentuk sekular dimansuhkan, apakah reaksi DAP, dan siapakah yang bakal memohon maaf? Berbalik kepada kontroversi Karpal ini, perwakilan kini melihat dalam kontroversi yang melibatkan DAP-PAS, siapa yang lebih boleh diharapkan untuk berlawan dan bertegas dengan DAP untuk mempertahankan prinsip masing-masing? Apakah Mat Sabu ataupun Mohd Amar? Sekiranya keadaan ini berlaku lagi, perwakilan lebih yakin pada siapa untuk membela PAS, Mat Sabu ataupun Mohd Amar? Perwakilan PAS harus ingat PAS hanya tinggal Kelantan sekarang. PAS akan menggunakan Kelantan untuk melaksanakan model pemerintahan Islamnya untuk menjadi daya tarikan kepada pengundi Melayu yang lain untuk bersama PAS di dalam Pakatan Rakyat. Ada perkara yang PAS Kelantan ingin laksanakan seperti hudud, banteras judi sepenuhnya yang bakal mendapat bantahan DAP. Jika isu sekecil salon yang mengasingkan lelaki perempuan pun menjadi isu nasional bagi DAP dan MCA, model pemerintahan Islam di Kelantan mungkin susah dilaksanakan. Ada yang berhujah Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan perlu menjaga negeri dan tidak sesuai diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Mereka yang berhujah ini sudah tentu tidak akan mempertikaikan kemampunan Lim Guan Eng menjawat tiga jawatan penting – Setiausaha Agong DAP, Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam sudut berlawan dengan Umno, ada yang menuduh berkata golongan yang sekutu dengan Nik Amar tidak akan berlawan dengan Umno malah akan berkawan dengan mereka. Di dalam PAS, hanya Mat Sabu sahaja paling lantang memerangi Umno. Dalam PAS, yang memerangi Umno bukan Mat Sabu seorang. Ramai lagi. Husam, Mahfuz, Salahuddin, Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik, Khalid Samad, Dzulkefly, Hanipa, Nasrudin, Raja Kamarul dan ramai lagi yang mampu berlawan dengan Umno, malah dengan jawatan. Artikel ini bukan untuk menyeru perwakilan PAS tidak mengundi Mat Sabu. Artikel ini bertujuan untuk menyedarkan Mat Sabu bahawa PAS memerlukan seorang timbalan yang bukan sahaja dapat melawan Umno tapi juga rakan sekutunya bila perlu. Jika tidak, pilihlah Nik Amar yang belum diuji dan tidak dilihat bersedia, sekurang-kurangnya saya yakin pada beliau sebagai Timbalan Menteri Besar kepada satu-satu negeri yang dikuasai PAS akan mempertahankan apa yang dihasratkan PAS selama ini sehingga nafas terakhir. |
Posted: 18 Nov 2013 03:19 PM PST Sebelum ini motor cc rendah @ kapcai tak boleh guna laluan lebuh raya,,,..tak cukup motor, kereta pulak.. Kereta beli bayar ansur-ansur selama 9 tahun, selesai hutang.... selepas 3 tahun dah tak boleh guna lagi,,, apa ni... Dah turun ke harga kereta? .. tak juga,,, kemalangan diatas jalan raya, tak semestinya kereta berusia 12 tahun atau kereta lama,,, kereta baru pun belambak eksiden,, salah satu sebabnya hilang kawalan,,,kenapa,,, kereta baru,, tekan minyak makin laju makin syok,, akhirnya... kiut,,, Apa lagi yang ada pada rakyat marhaein,, kalau motor tak boleh guna,, kereta pula nak kereta baru.... jalan kaki ler... Sepatutnya, undang-undang kenderaan berusia hanya sesuai untuk pengangkutan awam seperti teksi dan bas,,, itu yang banyak meragut nyawa,,, Kereta persendirian, walaupun dah 30 tahun usinya,, namun kalau dijaga, jarang digunakan,,, prestasinya tetap boleh dipercayai.. Apakah negara kita Malaysia ini menuju ke arah muflis atau bankrupsi,,, sehingga rakyat ditekan sebegitu rupa untuk mendapatkan sumber kewangan akibat dari berbelanja borosnya Najib dan Rosmah... Sumber: |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan