Subhanallah, terasa berbekas di hati apabila melihat kebesaran Allah SWT dalam video di bawah.
Tak pasti di masjid mana dan sewaktu azan untuk solat apa (kemungkinan besar di Masjid Nabawi, Madinah sewaktu maghrib) tapi di saat suara muazin berkumandang, kelihatan gumpalan awan di langit membentuk kalimah Allah dan Muhammad dengan jelas.
Memanglah ini bukan kes pertama gumpalan awan membentuk kalimah Allah disaksikan di langit tapi kali ini, ia membentuk sekali kalimah Muhammad dan kelihatan cuma bersebelahan.
Saksikan video di bawah.
Mudah-mudahan ia dapat menyentuh hati sesiapa sahaja yang menonton seterusnya menyedarkan kita tentang kekuasaan Yang Maha Esa. – REM RAMZI
VIDEO: Kalimah Allah, Muhammad Ketika Azanhttp://mynewshub.my/2013/11/22/video-kalimah-allah-muhammad-di-langit-ketika-azan/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11222013-54951-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11222013-54951-PM-150×150.jpg22 November 2013Author MNHmyVideokalimah AllahSubhanallah, terasa berbekas di hati apabila melihat kebesaran Allah SWT dalam video di bawah. Tak pasti di masjid mana dan sewaktu azan untuk solat apa (kemungkinan besar di Masjid Nabawi, Madinah sewaktu maghrib) tapi di saat suara muazin berkumandang, kelihatan gumpalan awan di langit membentuk kalimah Allah dan Muhammad dengan… Subhanallah, terasa berbekas di hati apabila melihat kebesaran Allah SWT dalam video di bawah. Tak pasti di masjid mana dan sewaktu azan untuk solat apa (kemungkinan besar di Masjid Nabawi, Madinah sewaktu maghrib) tapi di saat suara muazin berkumandang, kelihatan gumpalan awan di langit membentuk kalimah Allah dan Muhammad dengan jelas. Memanglah ini bukan kes pertama gumpalan awan membentuk kalimah Allah disaksikan di langit tapi kali ini, ia membentuk sekali kalimah Muhammad dan kelihatan cuma bersebelahan. Saksikan video di bawah. Mudah-mudahan ia dapat menyentuh hati sesiapa sahaja yang menonton seterusnya menyedarkan kita tentang kekuasaan Yang Maha Esa. – <strong>REM RAMZI</strong> AuthorMNHsocialmynewshubEditormyNewshub 8
Pas dalam amanat Hadi pernah mengutuk Umno kerana menggunakan undang-undang dan perlembagaan penjajah.
Kerajaan Bn tidak islamik kerana sistem pemilihan pemerintah tidak ikut cara Islam.
Nah! Sejak 1951 lagi pemilihan Pas guna sistem apa? Muktamar Pas yang lalu menyaksikan Mat Sabu berjaya menjadi orang nombor 2 terpenting dalam Pas.
Mat Sabu pro Syiah dan menjadi anak emas Dap Penang dikatakan telah menggunakan wang untuk membeli undi pada muktamar sebelum ini. Kini beliau menang lagi, tetapi belum ada rungutan akar umbi lagi, mungkin dalam seminggu dua nanti jika wujud lagi cerita politik wang ini.
Agaknya bilalah Pas nak buat pemilihan cara Islam?
Dalam membahaskan usul kelmarin seorang wakil dari Johor mahukan Pakatan Rakyat mempunyai seorang ketua yang boleh dilantik menjadi perdana menteri jika pakatan menang dalam PRU 14.
Jelaslah bahawa perwakilan Johor itu mahukan Pas menjadi pengerusi yang membolehkan Pas dilantik menjadi PM. Nampak jelas bahawa Pas tidak menyukai Anwar Ibrahim yang dilihat lebih dominan dan lebih menonjol untuk dijadikan sebagai PM. Pas juga sudah nampak bahawa gabungan mereka menguntungkan sekutu mereka terutama Dap.
Inilah nasib malang Pas yang perasan gagah dan ingin menguasai kerajaan pusat tetapi hakikatnya mereka adalah sebuah parti yang lemah.
Pas juga mungkin sedar bahawa mereka hanya minum air kencing Pkr dan Dap sahaja apabila Anwar membuat MOU untuk menyerahkan kuasa kepada Dap dan bukan kepada Pas.
Pas tak perlu resah dan gusar dengan siapa yang akan jadi PM kerana Pas tidak akan mendapat hak mereka selagi Anwar dan LGE masih bernyawa.
Sejak PRU 1991 Pas bersekutu dengan Dap dan S46 dengan harapan untuk mempergunakan Dap bagi menguasai politik tanah air dan harapan mereka ketika itu Dap mesti ikut arahan Pas. Ternyata ianya salah dan tidak tepat kerana apa yang berlaku ialah Pas yang tunduk kepada segala arahan Dap.
Oleh sebab itulah pakatan rakyat yang sebelum ini dikenali sebagai barisan alternatif gagal bersatu dibawah satu bendera seperti mana yang terdapat dalam BN.
Ia umpama tidur sekelambu tetapi mimpi lain-lain. Sampai bila pun mereka tidak akan mempercayai antara satu sama lain.
Mangkok hayun ini mungkin sudah habis duit untuk beli dadah atau beli beras, sehingga berani memotong dawai pagar di lapangan terbang Tekah kelmarin. Kejadian berlaku dalam jam 2.00 petang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kemunafikan PAS terserlah dalam muktamar parti tersebut.
Dalam bulan Ogos tahun ini, PAS bantah konsert Metallica. Alasan yang diberikan oleh PAS adalah konsert tersebut tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.
Habis tu, konsert kat muktamar PAS kali ni cerminkan budaya masyarakat Malaysia ke?
Munafik tahap ABDULLAH BIN UBAY dah ni! *Walharamu halalku.....slogan PAS dari dulu sampai sekarang. Metallica buat tak boleh, depa boleh plak?
Media perdana mahupun alternatif, banyak membangkitkan isu mengenai cukai taksiran yang dicadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kebanyakan komen dan maklum balas, melihat kenaikan ini sebagai sesuatu yang bakal membebankan pengguna dan pemilik aset di dalam kawasan Kuala Lumpur.
Penulis juga terbabit sama. Pemberitahuan tentang kenaikan diterima baru-baru ini sahaja. Memang benar, sebagai pemilik kita dibenarkan membuat bantahan kepada DBKL. Kita juga diminta menghubungi talian yang disediakan, sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kenaikan tersebut.
Sayangnya, panggilan penulis kepada talian yang dimaklumkan tidak pernah berjawab. Hampir separuh hari mencuba. Penulis membuat kesimpulan bahawa DBKL hanya bergurau dan tidak bersungguh-sungguh mendengar keluhan warga kota seperti penulis. Makna kata, pemberitahuan cukai taksiran DBKL sudah hampir pasti berlaku.
Kiriman khidmat pesanan ringkas penulis kepada seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional juga tidak dibalas. Mungkin nombor penulis tidak dimasukkan dalam daftar 'rakyat' yang layak dibantu dan diberikan perhatian, namun ia adalah satu hakikat yang mengecewakan.
Sebarang perubahan yang menambah beban pengguna, seharusnya diperkukuh dengan agenda komunikasi dan pemerolehan maklum balas yang jelas dan bersungguh. Bukan main hentam keromo. Bukannya sekadar membuat pengumuman dan menghantar makluman mengikut sedap dan jalur kuasa yang ada.
Apakah DBKL sudah berasa terlalu angkuh untuk mendengar rayuan dan harapan pemilik aset kalangan warga kota? Lebih malang lagi jika keangkuhan sama turut diangkat sebagai modal politik baru kepada jentera kerajaan.
Kenaikan yang dikenakan bukan sedikit. Jika merujuk kepada laporan sebuah akhbar, kadar tahunan sebelum kenaikan sekitar RM500. Jika cadangan kenaikan cukai taksiran ini diterima, pemilik aset sama perlu membayar hampir RM2,000!
Soalnya, rakyat perlu dimaklumkan tentang perencanaan komprehensif di sebalik kenaikan ini. Mesti ada komitmen khidmat yang jelas. Perlu ada kesungguhan dan iltizam kekuasaan untuk merubah tatakelola dan tadbir urus DBKL agar lebih telus dan responsif. Perlu ada penjelasan mengenai formula kenaikan yang dicadangkan.
Penulis cuba melihat ucapan belanjawan DBKL tahun lalu, yang mungkin ada menyelitkan frasa 'berkemungkinan menaikkan kadar cukai taksiran dalam masa yang terdekat ini'. Paling hampir pun, ucapan Datuk Bandar yang merintih kerana cukai taksiran tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1992.
Malah pada perenggan 10, ucapan belanjawan 2013, Datuk Bandar menegaskan bahawa walaupun tanpa kenaikan cukai taksiran, DBKL masih lagi mencatatkan peningkatan pendapatan kerana bertambahnya bilangan hartanah yang dikenakan cukai taksiran.
Dari sudut akauntabiliti, mungkin Datuk Bandar mempunyai kelebihan kerana tidak perlu mempertahan belanjawan secara bersungguh dalam sidang yang terbuka. Belanjawan lebih kepada formaliti tatakelola yang tidak memerlukan Datuk Bandar memberikan jawapan kepada rakyat.
Pernah penulis nyatakan di dalam akhbar sebelum ini, Datuk Bandar dan pimpinan DBKL mestilah menjiwai semangat transparensi dan reaksi spontan media baru. Hanya dengan mewujudkan platform yang sesuai, pimpinan DBKL dapat benar-benar merasai denyut nadi dan keluhan rakyat.
Kalaupun kenaikan ini dirasakan perlu, ia perlu didahului dengan agenda komunikasi yang strategik. Kalangan wakil rakyat, persatuan penduduk, pemimpin masyarakat mestilah dibawa dalam diskusi dan perbincangan. Maklum balas mesti tepat.
Ia mesti didahului dengan komitmen jelas DBKL untuk mengurus bajet dengan berkesan dan bertanggungjawab. Rakyat berhak terlebih dahulu dimaklumkan pencapaian belanjawan 2013. Masih adakah projek yang sakit? Masih wujudkah projek gajah putih?
Apakah peruntukan pembangunan lebih RM700 juta dalam belanjawan 2013 dibelanjakan dengan efisien dan berkesan? Hanya 60 peratus (%) peruntukan pembangunan dibiayai sendiri oleh DBKL; sementara baki dibantu oleh kerajaan pusat.
Datuk Bandar perlu faham bahawa tidak ditegur oleh Ketua Audit Negara itu memang satu pencapaian yang baik; namun kepuasan hati dan penerimaan baik rakyat dan warga kota secara umumnya, juga perlu diberikan perhatian.
Ada sepuluh aspek asas perkhidmatan yang dinyatakan dalam belanjawan DBKL tahun 2013, antaranya; kebersihan bandar, penyelenggaraan infrastruktur, kesihatan awam, pengindahan taman, perumahan awam dan perumahan rakyat, penjaja dan peniaga kecil.
Pernahkah DBKL membuat kajian mengenai indeks kepuasan hati warga kota dalam aspek-aspek yang dijadikan keutamaan ini? Apakah ia pernah dikongsi dengan masyarakat umum?
Polemik dan politik cukai taksiran ini boleh dikendalikan dengan lebih baik sekiranya pimpinan DBKL lebih rela untuk berkomunikasi dengan warga kota dengan lebih kerap dan tuntas. 'Komunikasi' ini tidak hanya merujuk kepada rancangan berkala yang dijayakan di dalam radio.
Komunikasi yang bersifat 'sudah terhantuk baru nak tengadah' memang menjemput lebih banyak masalah. Kalau facebook Datuk Bandar hanya sekadar mempunyai '776' pengikut, apa harapan jutaan warga kota dapat dihargai dan dilayani dengan efektif dan berkesan.
Kepada mereka yang menunggu sahaja ruang dan peluang untuk 'menjaringkan gol' pengaruh politik - cukai taksiran ini satu hadiah paling bermakna. Mereka kelihatan bersungguh memihak kepada rakyat; dan kita terus bersungguh mempertahan dasar dan keputusan yang diambil di atas kerusi empuk. -UMO
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan pelantikan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim, sah di sisi undang-undang.
Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian selepas menolak rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Sehubungan itu, rayuan pendakwa raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan didengar di Mahkamah Rayuan selama dua hari bermula pada 11 dan 12 Disember ini.
Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Mahkamah Rayuan pada 18 September lalu mengekalkan pelantikan Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut selepas menolak permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan peguam terkemuka itu.
Hakim Md. Raus dalam keputusannya menyatakan, Mahkamah Rayuan betul ketika memutuskan pelantikan Muhammad Shafee mengendalikan rayuan tersebut adalah sah di sisi undang-undang.
Pelantikan Muhammad Shafee selaku pendakwa raya dalam rayuan itu dibuat berdasarkan peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah (CPC) iaitu Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Kuorum itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 378 CPC yang menyatakan hanya pendakwa raya, timbalan pendakwa raya kanan atau timbalan pendakwa raya boleh bertindak dalam rayuan jenayah, tidak harus dipencilkan daripada Seksyen 376(3) dan Seksyen 379.
Seksyen-seksyen itu melengkapi antara satu sama lain kerana Seksyen 379 memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah.
Seksyen 376(3) menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya.
Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati bahawa persoalan pertama yang dibangkitkan oleh Anwar berhubung kesahihan pelantikan Muhammad Shafee berdasarkan peruntukan berkenaan, tiada merit.
Kuorum berkenaan turut mendengar penghujahan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar berhubung kedudukan Muhammad Shafee sebagai saksi yang berpotensi dalam kes itu kerana keterangannya pernah direkodkan oleh polis ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi.
Karpal dalam hujahnya menyatakan, Muhammad Shafee merupakan saksi material dalam kes liwat kerana beliau berada di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Mohd. Saiful Bukhari datang menemui Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri).
Walau bagaimanapun, panel tersebut tidak bersetuju dengan hujah peguam bela kerana Muhammad Shafee tidak pernah dipanggil sebagai saksi sehingga perbicaraan selesai walaupun beliau pernah ditawarkan sebagai saksi pembelaan.
Oleh yang demikian, mahkamah berpuas hati tiada bukti bagi menyokong hujah pembelaan bahawa pelantikannya sebagai pendakwa raya dalam rayuan itu akan mewujudkan konflik kepentingan.
Pada 9 Januari tahun lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM 22 Nov. – Meskipun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan masih tertangguh selama 23 tahun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap yakin undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan dengan sokongan semua pihak.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini memandangkan sudah ada puak-puak tertentu memberi sokongan terbuka walaupun sebelum ini hanya berdiam diri.
“Walaupun saya uzur, tetapi jiwa saya sedang mengecapi kebahagiaan hidup sekarang ini kerana masalah hudud telah disokong oleh orang-orang yang melawannya.
“Hudud dapat dilaksanakan dengan sokongan bersama. Sekarang ini timbul puak-puak tertentu yang memberi sokongan terbuka yang dulunya senyap,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan parti itu Kali Ke-59, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau sebelum itu menyerahkan momento dinar dan dirham untuk dibida bermula pada harga RM10,000 sempena muktamar itu dan nilai yang diperoleh akan disumbangkan kepada parti tersebut.
Baru-baru ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan enakmen itu yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakannya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberikan alasan bahawa persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.
Nampak gayanya Protes dari PAS Pulau Pinang tidak berakhir dengan kesudahan yg baik apatah lagi tidak memdapat perhatian lansung sekali pun atas dasar gabungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri Pulau Mu.ara sekali pun PAS berharap dengan membuat kenyataanakan keluar gabungan yg telah dibentuk dalam nama Pakatan Rakyat yg.nononnya perjuangan hak rakyat.
Sekalipun sudah ramai yg melihat senario ini dibeberapa kerajaan negeri terutama DAP cukup jelas tidak akan m. MPPPberi ruang terutamannya di Penang PAS tetap.n mereenafikan sebaliknya mengangkat kafirun setaraf ulama mau ustaz .nonnya seribu kali lebih baik dari UMNO. malah dewasaa . i kita cukup jelas melihat pas dah bukan lagi sebagai rakan parti sebaliknya sebagai lembu pencacai untuk Roket. Ikut seperti yg ditelunjuk jari roket tanpa sesekali tidak boleh pertikai apa yg dikerah. Kalau disuruh meroyan di atas jalan raya... buat jer jangan banyak bunyi. Malah setakat ini makin kuat BARUAan mereka kalau dikerah. Bukan susah sangat dengan hanya sehelai t shirt PAS dah boleh dihambakan untuk apa saja kerahan abang besar roket.
Dengan memberi amaran akan keluar dari pakatan jika DAP berdegil terus tidak melayan tuntutan mereka sudah tentu lah yakin dan menjangka DAP akan takut atau akan ambil tindakan drastik memenuhi permintaan mereka atas sebelum ini sebagai rakan dalam parti. Lagi pun PAS dah banyak memberi bukti betapa kesetiaan mereka dengan memperlihatkan bagaimana sanggup mencaci, maki hamun, fitnah malah mengafirkan sesama umat islam sendiri. Demi mengangkat roket dalam apa juga keadaan sekali pun terpaksa menghancurkan ukhuwah sesama bangsa dan agama... nyata tidak seperti yg dijangka akhirnya mereka lansung tak dilayan apatah lagi untuk berunding dan memberi ruang sebagai rakan...
Sebaliknya tanpa rasa sebagai rakan mereka terus menghina bangsa melayu bila MP Jelutung tanpa ambil kira perasaan orang melayu termasuk sebangsa dan seagama PAS Jeff Ooi yg Haram Jadah bangga dengan mengelarkan pejawat awam yg berbangsa melayu sebagai kucing kurap. Kes ini terjadi bila Haram jadah nie tidak mahu berurusan dengan pegawai yang sepatutnya menjadi tanggung jawab kerja dihina sebagai MELAYU kucing kurap di pejabat pentadbiran Majlis Pembandaran Pulau Pinang (MPPP) Malah tugas sepatutnya yg menjadi tugasan mereka dinafikan malah menghina mereka dengan tanpa segan silu ataupun Menjaga hati bangsa dan agama rakan mereka dengan mengatakan TIDAK MAHU BERCAKAP DENGAN MELAYU KUCING KURAP HANYA SEBAGAI PEGAWAI RENDAH... tidak layak bercakap dengan dia...Buang masa dia jer
Nampaknya kalau lah PAS dan Pi Kay Arr terutama yg berbangsa Melayu dah dapat gelaran baru mengantikan sebelum ini pangkat mereka sebagai Lembu Roket, Pencacai roket. Barua ataupun Hamba abdi kepada roket... tahniah la dapat pangkat baru MKK...MELAYU KUCING KURAP... Besor pingat tu yop...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua penyandang naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa diumumkan pemenang bagi jawatan nombor tiga parti Islam itu pada muktamar tahunan ke-59 hari ini.
Salahuddin mendapat undi paling banyak, 917 undi diikuti Tuan Ibrahim yang mendapat 849 undi, manakala Husam di tempat ketiga dengan 520 undi.
Dua lagi calon - ahli parlimen Pokok Sena yang juga penyandang Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Abu Bakar Chik tewas dalam pertandingan itu. Keputusan jawatan naib presiden, yang sepatutnya diumumkan semalam, ditangguhkan selepas persetujuan kelima-lima wakil calon untuk mengadakan pengiraan semula kerana masing-masing mendapat jumlah undi yang sangat jumlah undi yang "sangat rapat".
Keputusan berkenaan diumumkan oleh pengerusi pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi pada kira-kira jam 10.50 pagi ini.
Panglima : nampaknya undi Husam semakin menjunam turun. Beza 329 undi berbanding VP no 2. Ahli PAS semakin cerdik melihat siapa yang wajar diletakkan di hadapan dengan undian paling atas.
Ahli PAS mahu suara menegakkan islam diperkuatkan. Mereka sudah lemas ditelan lautan hujjah pro kerajaan disokong golongan atas pagar yang nampak kecelaruan kepimpinan PAS hari ini di bawah haji Hadi.
Husam dilihat pro Anwar dan Nik Aziz yang menjadi batu penghalang kerajaan perpaduan. Kerana itu Husam sudah dihukum dengan keputusan paling rendah antara tiga naib Presiden.
Mereka tidak mahu korupsi terus berleluasa dan 'al Juburi' disokong hingga menjejaskan nama baik PAS hingga dilihat begitu dayus dalam soal agama berkaitan Pakatan Rakyat.
Hizbullah di Lubnan adalah sebuah parti atau gerakan Syiah. Dipimpin oleh Hassan Nasrallah.
Dalam video di bawah Mat Sabu memuji dengan panjang lebar pemimpin Syiah yang turut dikagumi isteri beliau hingga mahu memeluknya.
Sekali tengok teringat dalam ajaran Syiah ada perkara yang diajar untuk memberikan isteri dinikmati (disetubuhi) oleh pemimpin mereka dengan diberitahu ia satu perbuatan yang besar pahala di sisi Allah.
Hingga ada memberitahu kes khalwat pemimpin PAS di Kelantan satu ketika dulu ada kaitan dengan ajaran ini di mana suaminya mengetahui dan membiarkan isteri bersama pemimpin tersebut!
Wallahu A'lam
Memuji pemimpin Syiah sudah tentu akan membawa kepada mengakui fahaman yang dianutinya. Atau secara simbolik mahu mengangkat martabatnya secara halus
Tulisan Ini sudah tentu akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mat Sabu namun ia adalah lanjutan kepada bukti demi bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman menyeleweng Syiah.
Gambar : Hassan Nasrallah pemimpin Syiah di Beirut, Lubnan.
Hebat kata Mat Sabu pemimpin ini hingga mahu dipeluk oleh isteri beliau jika ia dibenar oleh Islam.
Banyak pihak yang memberitahu mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah dan video ini salah satu bahan yang menguatkan dakwaan tersebut selain banyak tindakan beliau selama ini yang boleh dibaca kembali berkenaannya dengan melakukan sedikit carian di Google menerusi portal yang dipercayai.
Kita tidak mahu PAS menjadi parti Wahabi atau Syiah dan doa kita agar UMNO PAS kekal dalam pakaian Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
1. PAS sekarang amal mazhab nama Tahaluf Siyasi. Sepatutnya Islam makin beruntung selepas mazhab ini dipakai namun nampaknya bukan islam makin kenyang dan ketawa selepas ia diamalkan.
2. Selepas peluk DAP PKR, PAS kini makin liberal sehingga membenarkan konsert Heavy Metal (bukan mental) di muktamar mereka.
3. Transformasi ini sangat hebat namun bukti jelas bagaimana semakin jauh perjuangan PAS selepas satu persatu diamkan diri bila isu agama dihina dilakukan rakan sepakatan sendiri.
4. Sebelum kapal Pakatan tenggelam ayuh terjunlah menuju kapal lebih selamat dari ditelan ombak taufan yang bakal menenggelamkan semua yang degil mengikuti kebenaran !
Beliau menulis tajuk : wajib menangkan Mat Sabu! Yang mengandungi sindiran sinis kepada demokrasi di dalam PAS!
Sekaligus menjadikan penyokong PAS akan terbelit dengan pandangan sinis beliau yang mengetuk minda mereka yang tidak sedar bahawa ramai barisan calon yang bertanding pada pemilihan PAS kali ini datangnya dari kem Anwarinas yang menolak perpaduan Umno Pas.
Kemenangan Mat Sabu juga membuktikan bahawa perkataan Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS yang meminta golongan agama dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS juga gagal dipatuhi.
Benarlah orang berkata bahawa bila kita sudah tiada kuasa maka manusia tidak akan menghormati lagi apa jua kata kita bicara. Mereka akan mendengar tanpa sebarang kehendak di hati untuk melaksanakannya.
Pemilihan yang menyaksikan Mat Sabu kekal sebagai timbalan juga menjadikan kita melihat bagaimana kuatnya cengkaman DAP di dalam PAS apabila Mat Sabu yang dibiaya Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan gaji sangat lumayan menang dengan bergaya kali ini.
Maka apakah akan ada lagi harapan boleh disandarkan kepada PAS hari ini selepas sekian banyak pencabulan terhadap Islam didiamkan sahaja tanpa aksi kental para pemuda dan pemimpinnya?
Cukuplah dan mari pertahan dan pertingkatkan Umno yang sudah dan akan terus pertahan islam mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Inilah yang kami lakukan dan kepada Allah kita mohon perlindungan dan bantuan.
Aku rasa aku kena minta maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana selama ini aku duk balun dia siang dan malam kerana aku ingat dia memang Ketua Pemuda Umno Malaysia.Rupa rupanya tidak...
Rupa rupanya Khairy cuma PELAKONyang hanya melakonkan watak "Ketua Pemuda Umno" bukan real pun,sebab itulah Pemuda Umno dibawah "lakonan"Khairy terus lesu,kaku dan bisu tidak saperti yang diharapkan.Siyes aku cakap...aku betul betul terpedaya dengan "lakonan" Khairy yang begitu menjiwai watak "Ketua Pemuda" sehinggakan aku mati mati ingat diaKETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA..
Timbalan Ketua Dewan Ulama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berucap pada Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (Pas) ke- 59 di Wisma MBSA, Shah Alam semalam.
Dalam muktamar Pas pada tahun 2011, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengubah haluan perjuangan parti itu daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.
Alasan yang diberikan ialah Pas kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada dalam agenda negara kebajikan. Beliau berkata, Islam wujud dalam lingkungan dan merupakan sebahagian daripada kebajikan.
Tetapi hakikat sebenarnya, Pas terpaksa mengubah haluan perjuangan daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana mengikut kehendak sekutu parti itu, PKR dan DAP.
Tanpa menyedari bahawa jati diri parti itu semakin terhakis melalui tindakan tersebut, Pas tetap berbangga dan menaruh harapan agar 'perubahan' itu akan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi khususnya pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Pas berkeyakinan dalam soal itu apatah lagi pemilihan barisan kepimpinan parti tersebut pada tahun berkenaan turut menyaksikan golongan ulama yang dianggap tegas memperjuangkan penegakkan Negara Islam dan hukum hudud dilihat gagal menduduki posisi-posisi kanan dalam parti.
Bagaimanapun PRU-13 menyaksikan keputusan yang boleh dianggap mendukacitakan bagi Pas. Parti itu hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen sahaja berbanding 23 kerusi pada PRU-12 dan gagal mempertahankan Kedah.
Sudah pasti pihak yang mengaut keuntungan berikutan pengorbanan yang dilakukan oleh Pas ialah PKR dan DAP. PKR tidak rugi apa-apa kerana terus kekal dengan 31 kerusi manakala DAP muncul parti dominan dalam pakatan pembangkang apabila menguasai 38 kerusi.
Dalam kedudukan itu, ketika hendak menentukan ketua pembangkang di Dewan Rakyat, DAP dengan 'murah hati' mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pas hanya bersetuju sahaja.
Di Pulau Pinang pula, walaupun Pas dikatakan 'cukup berjasa' kepada pakatan pembangkang memandangkan berjaya meyakinkan penyokong-penyokongnya untuk mengundi calon-calon PKR dan DAP, tetapi mereka dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang' di negeri itu.
Paling menyedihkan di Selangor, walaupun mempunyai kelebihan kerusi berbanding PKR, tetapi Pas 'berkorban' lagi kononnya atas semangat setiakawan dan kerjasama apabila membenarkan PKR terus menjadi Menteri Besar.
Tetapi cuba kaji, apakah Pas mendapat layanan sewajarnya di Selangor. Adakah kerusi Exco Hal Ehwal Islam diberikan kepada parti itu? Adakah suara Pas benar-benar didengari dalam apa juga tindakan kerajaan negeri?
Malah sepanjang 2011 hingga hari ini, perjalanan politik pakatan pembangkang menyenaraikan pelbagai rentetan peristiwa yang menunjukkan Pas tidak menerima layanan sepatutnya sebagai parti yang mempunyai banyak jasa kepada pakatan itu.
Keterujaan untuk mengejar kuasa bersama PKR dan DAP dengan menawan Putrajaya telah menyebabkan Pas seolah-olah bersedia menghakiskan jati diri parti yang memperjuangkan Islam.
Kesudahannya, apa yang kita saksikan Pas lebih banyak menanggung kerugian berbanding mengaut keuntungan dalam kerjasama itu. Kehebatan Pas sebagai sebuah parti yang paling awal memerintah sesebuah negeri berbanding PKR dan DAP hilang entah ke mana, ketokohan ulama-ulama Pas ditenggelamkan dengan keterujaan pemimpin dan ahli parti itu mengutamakan pemimpin sekutu mereka dan suara Pas yang sering dilihat mampu menggerunkan lawannya bagaikan 'tidak laku' apabila dilontarkan dalam pakatan pembangkang.
Berikutan itu tanpa Pas sedari, sokongan orang Melayu kepada parti itu semakin merosot, tetapi Pas tidak mahu menerima hakikat ini, sebaliknya sehingga ke hari ini, mereka menyifatkan segala teguran yang dibuat adalah usaha untuk memecah belahkan kerjasama dengan pakatan pembangkang.
''Sebenarnya, kita tidak minta pun Pas keluar daripada pakatan itu, yang kita mahu ialah Pas menjadi parti bermaruah dan tidak mudah tunduk dengan kehendak PKR dan DAP.
''Kepimpinan atas boleh berkata dan berhujah apa sahaja tetapi di peringkat akar umbi, sudah ada perasaan tidak puas hati kerana Pas seolah-olah penumpang dalam pakatan pembangkang," kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika kami minum pagi di Shah Alam semalam.
Pemimpin itu bersama beberapa rakannya berada di Shah Alam kerana mahu memeriahkan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 yang akan berlangsung mulai hari ini.
Muktamar itu menurut pemimpin tersebut amat penting bagi mengembalikan semula jati diri Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan meletakkan kepimpinan ulama di tempat sepatutnya.
''Dulu kami selalu diperingatkan oleh kepimpinan Pas supaya jadilah ibarat ikan di dalam laut, biar pun hidup dalam air masin tetapi daging tidak masin, maksudnya kekalkan jati diri biar pun di mana dan dengan siapa pun kita kawan.
''Tetapi sekarang ini, kami lihat Pas sendiri seolah-olah tenggelam punca apabila berkawan dengan PKR dan DAP. Segala-galanya mahu dikorbankan dan terlalu tunduk dengan apa juga kehendak kedua-dua parti itu," kata pemimpin muda tersebut.
Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah sentimen ini akan dikongsi oleh perwakilan yang menghadiri muktamar kali ini. Tetapi mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Pas kembali kepada jati dirinya.
Tiada gunanya, mereka berdegar-degar berbahas dan berhujah di Stadium Malawati, Shah Alam sepanjang muktamar berlangsung tetapi apabila kembali ke kawasan masing-masing, tugas mereka tidak lebih daripada 'pak turut' sahaja.
Muktamar kali ini adalah medan penting kepada perwakilan untuk memberi isyarat dan tekanan kepada kepimpinan parti bahawa mereka tidak sanggup lagi tunduk dengan kerenah politik PKR dan DAP.
Dalam apa juga segi, Pas sebenarnya jauh lebih hebat daripada kedua-dua parti itu. Pemimpin dan ahli Pas jauh lebih setia, komited dan teguh dalam perjuangan, malah jentera pilihan raya Pas lebih tersusun dan mantap.
Tetapi apa yang kita saksikan, kelebihan ini bukannya mengukuhkan kedudukan Pas dalam pakatan, jauh sekali untuk menjadi dominan sebaliknya, Pas bagaikan 'pak turut' dan dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang' dalam kerjasama yang kononnya bertujuan menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, sama ada hasrat untuk melihat Pas dapat diperkasakan atau tidak dalam pakatan pembangkang hanya boleh direalisasikan berdasarkan kepada barisan kepimpinan yang akan dipilih kali ini.
''Kalau barisan kepimpinan sama sahaja seperti pemilihan lalu, Pas tidak akan ke mana-mana. Suara Pas akan terus tenggelam dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.
''Keadaan itu berlaku kerana sudah ramai dalam kalangan pemimpin Pas yang begitu menyanjungi kerjasama dengan kedua-dua parti itu sehingga jati diri Pas terhakis sedikit demi sedikit," kata seorang lagi pemimpin Pas proulama kepada penulis ketika dihubungi.
Apa pun segala-galanya terletak kepada ahli-ahli Pas khususnya mereka yang akan menjadi perwakilan dalam muktamar kali ini untuk melakukan desakan supaya jati diri Pas dapat dikembalikan.
Jangan biarkan perjuangan Islam sekadar laungan dan slogan semata-mata dalam parti itu kerana ia dikekalkan sudah pasti tidak mustahil Pas akan terus menjadi 'lebai malang, menang sorak kampung tergadai' sedangkan PKR dan DAP bersorak girang. -UM
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Akhirnya desas-desus perubahan semula selepas 20 tahun cuti mingguan negeri Johor telah menemui kata putusnya apabila Sultan Johor mengisytiharkan mengumumkan perubahan tersebut pada sambutan ulangtahun baginda ke 55 yang jatuh semalam.
Ini membenarkan ura-ura bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.
Sultan Johor isytihar cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar. Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet. Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu.
Cerita pergaduhan yang sama seperti yang berlaku ketika demontrasi duduk membantah PTPTN di Dataran Merdeka. Ada kumpulan yang tidak bersetuju kumpulan sosialis bersekedudukan dalam khemah dan isu agihan tabung wang kutipan untuk demonstrasi. Isu ini difahamkan berulang dalam pilhan raya kampus kali ini.
Seperti yang dijangka, Pro-M kini sedang berhadapan krisis dalaman yang serius yang dikesan berakar punca daripada masalah kepimpinannya di Universiti Malaya. Hal ini didedahkan sendiri oleh sumber yang dekat dengan bekas pimpinan utama Pro-M Nasional sidang lepas yang ternyata kecewa dengan gaya dan pendekatan kepimpinan sekarang.
Menurut bekas pemimpin Pro-M itu, kepimpinan sekarang dilihat gagal menampilkan kelainan serta tandus idea kreatif untuk menarik sokongan mahasiswa. Mereka lebih selesa mengulangi pendekatan kepimpinan lama berbekalkan sokongan aktivis sedia ada. Meskipun ada pertambahan sokongan daripada ahli baharu namun, jumlah yang berjaya dikumpul ternyata amat kecil. Hal ini secara tidak langsung meresahkan para penyumbang dana Pro-M yang ghairah mahukan Pro-M menawan kampus Universiti Malaya dalam PRK yang akan diadakan pada 28hb November ini.
Lebih menarik, Safwan Anang, salah seorang pemimpin utama Pro-M Nasional yang juga bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dilaporkan tertekan dengan beberapa keputusan yang diambilnya sebelum ini tetapi kini membawa masalah kepada kem mereka. Safwan Anang menjadi pemain utama yang menaikkan Bukhairy Suffian sebagai calon mewakili Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13 (GM13) menentang Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak di Parlimen Pekan sebelum mengarahkan beliau menarik diri bagi menghormati lawan Najib dari Pakatan Rakyat. (Baca lanjut)
Isu paling besar dalam muktamar kali ini adalah proses pemilihan dan pengiraaan undi. Sebagaimana yang ditulis oleh Zulhazmi di atas. Perwakilan PAS hanya sejumlah 1,129 orang sahaja berbanding demokrasi dalam UMNO sejumlah 150,000 ribu orang mengundi.
Akibat kegagalan sistem pemilihan ini, maka Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS iaitu Asmuni Awi mengambil langkah untuk meletak jawatan. Apakah benar benar ada masalah teknikal atau masalah itu sengaja dibuat buat untuk membolehkan calon tertentu menang?
PAS perlu lantik sahaja Ambiga untuk jadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilih. Sudah pasti semuanya bersih dan telus.
Jika wujud penipuan dalam pemilihan parti PAS maka senasiblah PAS dengan CEC DAP. Tidak ke mana demokrasi yang dicanangkan oleh kedua dua parti ini. Demokrasi apa kalau 1,159 orang pun gagal diurus sistem pemilihan yang baik.
Malah, chai chai calon calon tertentu juga secara terbuka diedarkan di kalangan perwakilan PAS. Apakah ini bermakna ada beberapa nama yang tidak terpilih dapat masuk semula dalam senarai setelah masalah teknikal berlaku?
Dua kapal yang jelas dalam PAS, satu kumpulan ulama dan satu lagi adalah kumpulan dinamik (profesional). Bila sudah ada dua pasukan yang jelas begini, sudah tentu ada propaganda yang tidak sepatutnya berlaku mencemari proses muktamar.
Contoh yang terjadi adalah kepada Zulhazmi yang bukan team Ulama dan team Erdogan. Menjadi mangsa bila muka disamakan dengan anjing. "Saya ni bukan siapa-siapa. Saya hanya ahli Pas yang mahu melihat Pas maju dengan memberikan idea-idea untuk lebih memberi nafas baru.
"Mungkin ada yang tidak boleh menerima kelantangan saya memperbetulkan parti, kerana itu saya menjadi sasarannya,"ini komen calon Ketua Pemuda PAS, Zulhazmi bila mukanya di samakan dengan anjing.
Zainulfaqar yang dikatakan blogger upahan dalam pemilihan muktamar kali ini.
Ada pihak pihak dalam PAS, menuduh pihak ketiga yang melakukan kerja kerja jahat untuk memburukkan Zulhazmi ini. Tetapi ada kalangan pemimpin PAS sendiri menuduh pihak PAS sendiri yang melakukan taktik jahat ini terhadap Zulhazmi (baca pendedahan ini).
Gambar anjing tersebut dimuat naik dalam Facebook'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'.Ada satu lagi pendedahan dibuat tentang pemilik akaun Facebook tersebut yang dipercayai memburukkan Zulhazmi. (baca pendedahan berikut).
Zainulfaqar ini ada sejarah tersendiri, pada 20 Januari 2006, Zainulfaqar Yaacob (pelajar Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) telah bertindak menumbuk Kalam Azad Abu Bakar (pegawai Hal Ehwal Pelajar UM) ketika demonstrasi di Bangunan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
Dia adalah anak buah kepada Ramadhan Fitri (salah seorang calon AJK Pemuda PAS dari kumpulan Erdogan). Persoalannya sekarang, apakah tindakan yang PAS mampu ambil untuk memastikan mereka yang sudah terpilih sekarang ini adalah benar benar dipilih oleh perwakilan secara telus dan adil?
Apakah pula tindakan yang PAS berani lakukan terhadap individu yang didapati melakukan kerja kerja yang tidak sepatutnya dalam parti tersebut? PAS dilihat tiada kekuatan untuk tanggani masalah ini secara komprehensif.
PAS akhirnya mengikut arus yang sudah dilakarkan oleh DAP dan PKR. Akan kekal parti PAS sebagai parti ketiga di belakang DAP dan PKR. Masih tidak nampak aura PAS seperti zaman arwah Ustaz Fadhil Noor dahulu. PAS masih lagi gagal tandingi parti UMNO dari segi amalan demokrasi dalam parti.
Pemilihan semula Mat Sabu memang sudah dijangka dari awal lagi. Ada tangan tangan luar yang mahu Mat Sabu menang?
Karpal Singh masih tidak terusik sikit pun oleh PAS
Muktamar PAS yang berlangsung pada 22-25 November 2013 di Shah Alam boleh disifatkan sebagai pemilihan muktamar yang penuh dengan propaganda dan helah politik.
Helah politik yang jelas ketara digunakan oleh PAS ketika menjelang muktamar adalah tentang dua perkara iaitu Karpal Singh dan isu hudud.
1) Drama pertikaian Karpal Singh untuk memansuhkan parti PAS dalam Pendaftar Pertubuhan.
Sudah terdapat bukti jelas penghinaan Karpal Singh tersebut (dengar audio ini). Pada 19 November 2013, Raja Iskandar, Naib Ketua Pemuda memberi Karpal tempoh lima hari untuk memohon maaf.
Namun hingga kini (23 Nov), selepas habis tempoh tersebut, gertakan tersebut hanyalah tinggal helah politik semata-mata. PAS tidak berani langsung untuk usik Karpal Singh. Malah Dewan Ulamak sudah memaafkan Karpal terlebih dahulu pada 21 November (belum cukup tempoh lima hari) dengan alasan Karpal tidak faham Islam (lihat video ini).
Bermakna, amaran Naib Ketua Pemuda PAS itu hanya sia sia sahaja. Hanya retorik politik untuk mendapatkan sokongan perwakilan ketika muktamar semata-mata. Paling memalukan dalam isu gertakan Karpal Singh ini adalah Mahfuz Omar.
Ini kenyataan Mahfuz Omar dalam Harakahdaily pada 11 November, Mahfuz siap berterima kasih lagi kepada Karpal dan menyatakan bahawa kenyataan Karpal itu adalah putar belit media.
Kita lihat siapa yang sebenarnya putar belit? Di bawah ini adalah kenyataan Mahfuz dalam Malaysiakini pada 18 November 2013 (baca sini). Siapa putar belit? Malaysiakini dan Harakahdaily putar belit kenyataan Mahfuz ? Atau Mahfuz yang cuba putar belit perwakilan PAS dan rakyat?
Akhirnya dalam isu Karpal ini, Karpal menyalahkan kepimpinan PAS sebagai tidak faham Bahasa Inggeris. Anda sudah tahu siapa yang Karpal maksudkan itu. Ramai ramai lebai lebai PAS, tidak ada seorang pun yang benar benar berani lawan Karpal Singh.
Bukan Karpal Singh yang mohon maaf, PAS pula yang tunduk memaafkan Karpal Singh. Jika begitu nampak sangat isu ini sengaja dicipta sebagai satu senjata propaganda untuk meneutralkan semula perwakilan perwakilan PAS yang mula goyang dengan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR.
Mengapa PAS tidak mengadu pada Ketua Pembangkang untuk kenakan tindakan disiplin pada Karpal? Dulu Hassan Ali pertikai kepimpinan PKR, dikenakan tindakan oleh Ketua Pembangkang terbabit, kenapa tidak pada Karpal?
BN sedia dengar, namun kenapa tiada desakan atau usul agar wakil PAS dipilih untuk membahaskan usul ini ke parlimen dalam muktamar PAS?
2) Polemik perlaksanaan hudud di Kelantan.
Isu hudud mula dibawa bila Brunei membuat pengumuman mahu melaksanakan hudud pada 22 Oktober 2013. Mulalah kedengaran kembali perkataan hudud ini di bibir pemimpin pemimpin PAS.
Isu ini menjadi semakin rancak pada 13 November bila Ketua Hakim Syarie Kelantan, menyatakan bahawa Kelantan sudah bersedia untuk laksanakan hudud. Kemudian pada 14 November, respon pertama yang dibuat oleh Nik Amar menyatakan Kelantan belum sedia laksanakan hudud.
Kemudian ada lagi kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa agar semua negeri pakatan laksanakan hudud pada 18 November 2013. Macam Mahfuz Omar juga, akhirnya Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan pula gesaan beliau itu pada 20 November 2013.
Siapa yang putar belit siapa ini? Kenapa Tuan Ibrahim tarik hand brake? Belum apa apa lagi sudah berundur dan nafi. Sewajarnya PAS bincang siapa yang bakal membawa usul hudud ini untuk dibahaskan di parlimen sebelum menuduh kerajaan pusat sebagai penghalang perlaksanaan hudud di Kelantan. Jangan salah orang lain, jika kenyataan sendiri pun ditarik balik.
Sebenarnya dalam isu hudud ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad sudah menyatakan pada 6 Oktober 2011 lagi bahawa :
"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.
"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula,"
Teguran Hakim Syarie ini ada kebenarannya. Daripada bercakap soal peruntukan RM1 juta untuk prasarana, lebih baik PAS membetulkan teguran Hakim Syarie itu dulu. Apa yang pasti politik hudud hanyalah berbunyi ketika muktamar sahaja. Selepas ini diamlah.
Kita lihat sejauh mana tindakan PAS tentang isu hudud ini. Jika PAS serius, sudah pasti dalam manifesto sudah ada perkara hudud ini. Mengapa tidak masuk dalam manifesto? Oh ya, mereka masih takut dengan orang yang bernama Karpal Singh.
* Akan bersambung analisis ini dalam bahagian kedua.
Agenda untuk mempertikai, menghapus dan menghina institusi raja di negara ini semakin menjadi jadi. Seorang demi seorang penghina tampil secara terbuka menghina khalifah Islam di laman sosial.
Rasanya, sudah sampai masanya untuk satu langkah yang lebih progresif diambil untuk tangani isu ini secara konsensus. Akta dan undang undang yang sedia perlu diperkemas. Cara penguatkuasaan dan penangkapan individu seperti ini perlu ditegaskan lagi.
Perbuatan biadap sebegini tidak boleh dianggap sebagai sebahagian proses meraikan demokrasi. Kebiadapan ini harus dijawap dengan tindakan undang undang. SKMM dan pihak polis perlu ambil tindakan segera ke atas individu di atas.
Berikut adalah situasi semasa keadaan pilihan raya kampus di UiTM Shah Alam. Khabarnya pihak Pro Mahasiswa pembangkang tidak berpuas hati dengan pilihan raya kampus dan bakal meniru sikap 'abang besar' mereka di luar kampus dengan mengadakan boikot dan bantahan.
Kempen "Black UiTM" ini sama modus operandinya dengan kempan "Blackout 505" yang dibuat oleh parti pembangkang dalam pilihan raya umum yang lepas.
Strategi yang sama macam "Blackout 505"
"Kempen berjalan lancar dan calon-calon juga bersemangat untuk bertanding. Kami di Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan pastikan tiada pihak luar terlibat dalam pilihan raya kampus kali ini,"Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dalam pilihan raya kampus pada tahun lepas.
Kalau dapat sokongan kuat di UiTM, mengapa tidak Pro Mahasiswa bertanding sama dalam pilihan raya kampus?
Hakikatnya, UiTM sejak bertahun tahun dahulu, sejak zaman selepas reformasi 1998, memang sudah dikuasai secara mutlak oleh kumpulan Pro Aspirasi universiti.
Ada calon calon yang cuba ditaja oleh Pro Mahasiswa untuk masuk buat kacau di UiTM, tetapi akhirnya ditolak oleh majoriti pelajar. Contoh paling jelas adalah seperti budak Khalid Ismath, yang akhirnya entah ke mana hilang arah tuju pelajarannya.
Jika hendak boikot pun pada 24 November 2013 (esok), puncanya hanya satu iaitu bertujuan untuk publisiti murahan media media pembangkang. Tidak ada niat lain, kerana perkara itu pernah dilakukan oleh mahasiswa pro pembangkang secara besar besaran pada tahun 2006, mereka boikot semua PRK di 18 IPT.
Atau mahasiswa pro pembangkang mahu menuduh ada pengundi Bangla dalam pilihan raya kampus di UiTM? Sebagaimana tuduhan "abang besar" mereka dalam video di bawah ini.
Khalid Ismath, aktivis sosialis yang juga pelajar UiTM Kampus Shah Alam dikesan semakin berani membawa masuk unsur-unsur sosialisme ke dalam kampus tersebut melalui penubuhan Kelab Sosialis UiTM.
Ketika ini kelab haram tersebut giat melancarkan kempen boikot pilihan raya kampus (PRK) UiTM yang dijangka akan diadakan pada 28hb November ini atas pelbagai alasan kabur dan penuh muslihat.
Khalid Ismath yang sedang menjalani tempoh penggantungan atas tiga kesalahan disiplin pernah mengumumkan penubuhan kelab tersebut melalui laman sosial twitter beliau baru-baru ini. Ia secara tidak langsung telah mendedahkan kesungguhan kumpulan sosialis untuk menawan kampus-kampus UiTM yang sememangnya dipenuhi mahasiswa Melayu beragama Islam (baca lanjut)
Jika ini dijadikan bukti dan sandaran, maka Pro Mahasiswa di UPSI boleh dikatakan bakal tumpas teruk di sana. Mereka sebenarnya sudah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.
Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh blog Harapan Esok tentang bagaiman Pro Mahasiswa boleh tumbang awal di UPSI :
"Gambar pelajar perempuan memegang sepanduk di atas merupakan satu daripada beberapa puluh gambar diperolehi daripada laman Facebook menyokong Mahasiswa Pendidik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menunjukkan pelajar-pelajar di sana telah memulakan kempen provokasi Pilihanraya Kampus di sini.
Secara jelas mereka telah memulakan kempen awal sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) iaitu pada 25 Nov sehingga 27 Nov 2013". Baca lanjut
Jika benar dakwaaan Ustaz Abu Bakar ini, maka satu laporan polis dibuat untuk menyiasat siapa dalang sebenar yang menyebarkan sms tersebut. Jika tidak, maka apakah ini satu lagi reverse psychology yang sengaja dibuat oleh pihak terbabit untuk mencari simpati dan publisiti.
Hanya 1,129 orang perwakilan yang memilih untuk mengundi kepimpinan PAS. Nampaknya demokrasi PAS lebih dalam kumpulan "syok syok sendiri" dan tidak holistik sebagaimana UMNO yang berani mengadakan pemilihan kepimpinan tertingginya di kalangan 150,000 orang ahli. Jauh beza demokrasi PAS dan UMNO.
Lebih memalukan, hanya 1,129 orang tetapi itu pun sistem pengundian terpaksa ditangguhkan kerana masalah berikut:
"(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita guna sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon,"
"Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati," Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi
Nampaknya sistem demokrasi ala PAS pun ada kesilapan dan kelemahan. Sedap sangat PAS mengata orang lain sebagai tidak telus, pengundi hantu, tidak cekap dan sebagainya. Bila kena pada pemilihan sendiri, 1,129 orang pun tidak boleh kendalikan dengan baik.
Pengundian muktamar PAS menyerlahkan praktikal demokrasi siapa yang lebih baik. Patut PAS lantik Ambiga utnuk jadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS. Boleh eksperimen, apakah demokrasi yang dikendalikan oleh Ambiga bersih sepenuhnya atau tidak.
Sebuah pohon tua berusia 150 tahun ini di Suriah selama ini di jadikan tuhan oleh penduduk sekitar Kota Atme, sebelah utara Suriah, dekat perbatasan Turki.
Selama bertahun tahun penduduk desa setempat menyembah dan minta sesuatu pada pohon tua ini. Tentunya apa yang dilakukan orang di daerah tersebut bertentangan dengan ajaran agama membuat sebuah kelompok Jihad marah dan memilih untuk menebang pohon tua tersebut.
"Pohon berusia lebih dari 150 tahun itu telah ditebang, setelah orang-orang menyembah pohon itu bukannya Tuhan," kata sumber itu, dua hari lalu, melalui akun Twitter miliknya bernama 'Panggilan kami adalah jihad kami', seperti dilansir stasiun televisi Al Arabiya, Sabtu (23/11).
Di akut Twitter kelompok jihad ini terlihat beberapa foto foto aksi penebangan pohon tuhan ini terlihat di foto jika ada orang yang menggunakan baju hitam dan topeng hitam sedang memegang gergaji mesin.
Sebuah bendera hitam bergaya Al-Qaidah yang melambangkan keimanan Islam telah ditanam di atas pohon itu, setelah pohon tersebut berhasil di tebang.
Bagi penggemar kuliner, kepala ikan mas atau kepala ikan kakap yang digulai nikmatnya tiada tara. Lain cerita untuk Anne-Catherine Becker Echivard, bagi seniman Perancis yang satu ini kepala ikan menghasilkan karya foto yang unik, tapi keren.
Anda bisa lihat sajian foto di bawah ini, semuanya menggunakan kepala ikan - yang sudah mati tentunya - lalu didandani dengan berbagai properti. Hasilnya penggambaran berbagai adegan aktifitas manusia seperti ruang operasi, pabrik, penjara, demonstrasi, dan banyak lagi. Karyanya diberi nama Les Temps Modernes, atau "Jaman Modern". Bila jeli, Anda bisa menangkap pesan kritik yang disampaikan Anne.
Di tangan Anne, kamera bukan sekadar alat pembeku momen tapi merupakan kanvas yang bisa menampung semua imajinasi liarnya. Terinspirasi oleh pengalaman masa kecil mendandani boneka dan kini idenya mengalir lebih gila. Anne menyiapkan segala hal begitu detail, termasuk berburu kepala ikan di pasar.
Anda bisa saja sepaham dengan keluarga dan teman-teman Anne, bahwa wanita ini tidak waras. Nyatanya tak ada yang terbuang bagi Anne, ia memakan habis semua kepala ikan setelah sesi pemotretan selesai. Atau karena tindakannya memakan sisa proyek foto yang membuatnya disebut tak waras?
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.
Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.
Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.
Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.
Keputusan itu menunjukkan bahawa Mohamad berjaya menangkis cabaran Naik Amar yang dilihat sebagai mewakili kumpulan ulama dalam parti tersebut.
Asmuni berkata, 1,086 pengundi daripada 1,129 perwakilan berdaftar, mengundi semalam. Daripada jumlah tersebut, lapan undi rosak dicatatkan.
Sementera, Asmuni mengumumkan keputusan pemilihan 18 ahli jawatankuasa pusat yang dipilih hari ini. Mereka ialah:
1) Idris Ahmad 927 2) Mazlan Aliman 840 3) Datuk Seri Nizar Jamuluddin 688 4) Datuk Amiruddin Hamzah 679 5) Dr Hatta Ramli 649 6) Nasruddin Hassan 645 7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz 627 8) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa 626 9) Dzulkefly Ahmad 610 10) Hanipa Maidin 604 11) Datuk Kamaruddin Jaafar 562 12) Khalid Samad 547 13) Datuk Nik Zawawi Salleh 518 14) Syed Azman Syed Ahmad 476 15) Riduan Mohd Noor 469 16) Datuk Dr Mahfodz Mohamad 455 17) Dr Siti Mariah Mahmud 437 18) Nuridah Salleh 424
Senarai ahli jawatankuasa di atas menunjukkan sebelas daripada 18 yang terpilih ada dari golongan profesional, manakala selebihnya adalah dari latar belakang agama.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dari golongan ulama mendapat undi tertinggi - 927 undi daripada 1,057 perwakilan.
Manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan bekas timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz - kedua-duanya juga dari kumpulan ulama - masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh.
Nasruddin memperolehi 645 undi, manakala Nik Abduh mendapat 627 undi.
KUALA LUMPUR: Penyandang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengekalkan jawatannya dengan majoriti tipis, menurut kiraan tidak rasmi.
Penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah mengekalkan kedudukan mereka manakala calon Ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menewaskan Datuk Husam Musa.
GEORGE TOWN: DAP merayu rakan sekutunya PAS agar tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
"Hudud mempunyai hukuman yang sangat serius. Hanya kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang sedemikian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka sempena Deepavali anjuran pusat khidmat masyarakat, DAP Datuk Keramat di Taman Jajar pada Sabtu.
"Objektif politik tertakluk kepada undang-undang. Penasihat undang-undang kerajaan negeri Kelantan harus menasihatkan PAS agar tidak meneruskan cadangan melaksanakan hukum hudud," katanya
Beliau berkata DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong tindakan kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
"Sudah pasti, kita akan menyokong Kelantan melaksanakan undang-undang berlandaskan syariat Islam walaupun kerajaan negeri berhadapan dengan cabaran dan campur tangan daripada kerajaan Persekutuan.
"Tindakan kerajaan Persekutuan menggangu Kelantan (berhubung cadangan pelaksanaan hudud) menunjukkan mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahu menguatkuasakannya.
SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS ke-59 dihangatkan dengan kemelut hubungan politik antara parti itu dengan sekutunya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.
Seolah-olah ketegangan antara dua sekutu itu sudah berada di kemuncaknya, perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Nor Haron dengan lantang mempersoalkan keikhlasan 'tahaluf siyasi' kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila mengamalkan sikap pilih kasih terhadap PAS.
"Bila dekat pilihan raya, panggil kita (PAS) untuk deraf manifesto, namun bila berhadapan dengan kemenangan PRU-13, PAS seolah-olah disingkirkan.
"Adakah PAS menjadi musuh dan pesaing bagi rakan dalam pakatan sendiri dan bukannya Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di Stadium Melawati di sini, Sabtu.
Tegas Mohd Nor, layanan buruk kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap PAS sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lagi mencerminkan sikap tidak ikhlas kerjasama politik yang dijalinkan.
"Walaupun menang satu kerusi di DUN Permatang Pasir, tapi jangan anggap kita tak diperlukan. Bila kita menang PRU-12 adakah patut jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya diberikan dua kerusi kepada PAS manakala empat jawatan diberi kepada NGO.
"Adakah ini untuk 'membatu nisankan' PAS? Menerusi portfolio tertentu dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga diberikan kuasa, namun berlaku campur tangan kuasa di situ," katanya.
Krisis hubungan politik di Pulau Pinang mula timbul apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof mengejutkan banyak pihak dalam pakatan apabila memberi kata dua untuk mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip dan maruah perjuangan.
Katanya, PAS mahu kerajaan negeri memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekarang, Datuk Mohd Salleh Man untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio atau Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah majlis itu.
Mengulas lanjut Mohd Nor berkata, slogan Cekap, Akauntabliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan kerajaan negeri Pulau Pinang itu gagal dipraktikkan dengan baik khususnya membabitkan hubungan politik dengan PAS.
"Adakah ini cara pentadbiran CAT. Kita harap CAT bukan kucing yang cakar mangsanya tapi jadilah kucing yang penyayang," katanya.
KUALA LUMPUR - Seorang guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013.
Soalan-soalan berkenaan didakwa 'dibocorkan' melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.
Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini.
Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.
Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.
"Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan," katanya.
Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Katanya, disebabkan maklumat soalan bocor itu diperolehi selepas kertas Matematik, dia diminta mendapatkan bukti kertas Matematik Tambahan sebelum peperiksaan kertas itu dijalankan bagi memastikan perkara itu benar-benar terjadi (kebocoran soalan).
"Pada 20 November, seminar sama diadakan iaitu sehari sebelum kertas Matematik Tambahan dijalankan, namun tiada tindakan diambil dan saya dimaklumkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak mempunyai kuasa dan hanya menunggu laporan seterusnya.
"Lima minit sebelum kertas dua Matematik Tambahan dijalankan, saya menerima tiga keping gambar dipercayai soalan dan jawapan untuk kertas dua subjek itu dihantar seorang pelajar melalui 'Whatsapp'.
"Saya terus ke Unit Keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan mencetak gambar itu sebagai bukti," katanya.
Tambahnya, setelah diteliti kembali soalan kertas dua Matematik Tambahan, dia mendapati soalan nombor dua bahagian A kertas tersebut adalah sama dengan maklumat bergambar yang diterima pada awalnya.
"Saya dipanggil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimaklumkan mereka akan menyiasat perkara itu dan saya akan dijadikan saksi," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.
Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencabar mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.
"Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu bersumpah laknat atas nama Allah.
"Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya.
"Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau," tulisnya dalam artikel "menjawab fitnah mufti Kedah" dalam blognya hari ini.
Sambil menegaskan tuduhan secara dusta sebagai dosa besar, Dr Asri berkata akan bertemu dengan mufti Kedah di mahkamah Masyar dan menegaskan Allah juga mampu bertindak di dunia ini.
"Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah," kata Dr Asri.
'Tuduhan samakan Allah dengan kera'
Katanya, daripada rakaman yang diperolehnya, Sheikh Muhamad Baderudin bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi, namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama Dr Asri.
Antara dibangkitkan dalam video itu, tambah Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera.
"Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar.
"Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber," jelas Dr Asri.
Beliau juga bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan-dakwaan yang dikemukakan Sheikh Muhamad Baderudin dan memohon ia dibuktikan.
"Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan wallahi, wabillah wa tallahi itu adalah fitnah beliau semata-mata," katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Jabatan Mufti Negeri Kedah melalui e-mel dan Facebook bagi mendapatnya ulasan berhubung perkara. Bagaimanapun jawapannya masih belum diperoleh setakat ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) berkata sesuatu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Sri Mohamed Khaled Nordin ketika menunggu ketibaan Sultan Ibrahim Iskandar sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor ke-55 di Muar, hari ini. - Foto Shahrul M Zain
MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almrhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.
"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja.
Spekulasi pertukaran hari cuti minggu di Johor timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.
Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.
Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.
Kuala Lumpur: Pelantikan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak sah. Ahli Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Ednan Othman, berkata pelantikan itu tidak sah kerana Annuar masih menjalani hukuman penggantungan selama dua tahun oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Annuar yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden FAM, digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sejak 4 April tahun lalu kerana didapati bersalah melanggar Artikel 88 dan hanya boleh kembali aktif pada September tahun depan.
"Mengikut peraturan apa saja aktiviti berkaitan bola sepak tidak dibenarkan selagi seseorang itu dalam tempoh penggantungan.
"Oleh itu pelantikan yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah tidak sah.
"Jika benar dia dilantik, FAM berhak untuk mengambil tindakan tetapi setakat ini kami belum menerima apa-apa laporan dari badan induk itu berhubung isu berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata beliau dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara berkuat kuasa Rabu lalu.
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kemelut dalaman antara parti itu dengan rakan sekutunya DAP akan diselesaikan secara dalaman tidak lama lagi.
"Kita akan selesaikannya secara dalaman dan bukan melalui media. Kita belum lagi menemui mereka (DAP) di sana (Pulau Pinang). InsyaAllah ia akan diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut hubungan kedua-dua parti itu selepas media melaporkan Pas umpama boneka oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sejak pilihan raya umum 2008.
Selasa lepas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof dilapor meminta kerajaan DAP berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam selain menuntut lantikan lebih ramai pemimpin Pas sebagai ahli majlis negeri.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata walaupun parti itu hanya memperoleh satu kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, namun kerajaan Pulau Pinang tetap memberikan wakil parti itu peranan yang besar.
"Saya sangat menghargai rakan-rakan Pulau Pinang kerana memberi tempat kepada Pas walaupun kita hanya menang satu kerusi sahaja. Peranan yang diberikan cukup besar, cuma terpulang untuk mengisi peranan itu. Sudah tentu ada masalah yang belum selesai," katanya.
Beliau berkata meskipun ada beberapa perkara yang tidak sempurna dalam konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik), tetapi ia memberi manfaat kepada parti itu.
Menjawab soalan tentang adanya ahli Pas yang tidak memahami konsep tahaaluf siyaasi, anggota Parlimen Marang itu berkata: "Sudah tentu ada perkara yang kita laksanakan tetapi tidak dijalankan sekali gus termasuk tahaaluf siyaasi".
"Kita cuma memerintah tiga negeri dan bukan satu negara. Terlalu banyak perkara dan agenda perlu dilaksanakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut bersetuju mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.
"Pas Pusat menyokong segala usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya walaupun mereka menghadapi masalah dan kekangan berbentuk campur tangan oleh kerajaan pusat," katanya.
Muktamar Pas ke-59 bertemakan 'Rahmat Untuk Semua' diadakan selama tiga hari bermula hari ini dan dihadiri kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara. - Bernama
DALAM satu perjumpaan dengan bloggers pelbagai kaum di Kuala Lumpur pada Januari 2011, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ditanya kenapa Pas seolah-olah tidak mahu melaksanakan hudud. Jawabnya: "Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran."
Beberapa bloggers yang hadir hairan kerana Nik Aziz mengaitkan pelaksanaan hudud dengan Mageran (Majlis Gerakan Negara). Mageran di Kelantan pada 1977-78 adalah untuk menyelamatkan negeri itu yang dilanda sengketa politik. Ia bertujuan mententeramkan keadaan dan memulihkan pentadbiran sivil. Selepas reda, kuasa diberi semula kepada kerajaan pilihan rakyat untuk berfungsi. Mageran tidak ada kena mengena dengan hudud.
Dalam kempen pilihan raya, pemimpin Pas sering beri alasan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menentang pelaksanaan hudud. Mereka ulang-ulang kenyataan Nik Aziz yang takut Mageran dikenakan di Kelantan jika hudud dilaksanakan. Padahal Tun Dr Mahathir hanya memberi ingatan secara umum agar pelaksanaan hudud tidak sebabkan kekecohan, tetapi pemimpin Pas telah memutar belit dan mengaitkan kegagalan dan ketidaksediaan kerajaan negeri dengan kenyataan bekas perdana menteri itu.
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.
Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.
Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.
"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya.
Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi 'WhatsApp'.
"Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut," katanya.
Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.
Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM.
"Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku," katanya. - Bernama
Kuala Lumpur: Belum pun selesai misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar bulan depan, sudah ada beberapa pasukan yang menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee.
Jika sebelum ini pengendali Harimau Muda itu dikaitkan dengan pasukan kebangsaan Singapura, kali ini Myanmar pula dilaporkan berhajat untuk mencuba nasib.
"Pihak Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) memang berminat dengan Kim Swee selepas beliau berjaya membawa Harimau Muda memenangi pingat emas di Sukan SEA Indonesia sebelum ini. Namun pihak MFF tahu Kim Swee masih mempunyai kontrak dengan FAM sehingga hujung tahun ini jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku," kata sumber rapat MFF.
Ketika ini Myanmar dibimbing jurulatih dari Korea Selatan Park Sung-Hwa dengan bayaran gaji bulanan sebanyak $AS70,000 (RM224,280) dan menurut sumber itu MFF bersedia memberi tawaran lebih baik untuk memikat Kim Swee.
"Hubungan pemain dengan jurulatih Park Sung-Hwa tidak begitu baik kerana mereka kurang selesa dengan beberapa pendekatan yang digunakan oleh jurulatih itu dan mungkin atas sebab itu MFF mahu mencari jurulatih lain," tambah sumber itu.
Jika Myanmar benar-benar serius, pasti ia memberi peluang terbaik untuk Kim Swee melebarkan sayapnya di luar negara namun bagi bola sepak negara, ia pasti sesuatu yang merugikan memandangkan sentuhan pengendali itu masih diperlukan di peringkat tempatan.
Ini kerana beliau dianggap antara jurulatih tempatan terbaik yang melahirkan ramai pemain muda berbakat serta turut menjadi antara calon pilihan bagi mengisi kekosongan ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal yang bakal tamat kontrak pada 31 Disember ini.
Selain menjadi perhatian beberapa negara di rantau ini, pengendali kelahiran Melaka itu juga dikatakan pernah menerima tawaran sebuah pasukan dari Pantai Timur bagi musim depan sebelum ini.
Sehingga kini FAM masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai kontrak baru Kim Swee dengan mengambil pendekatan menunggu keputusan aksi skuad B-23 di Sukan SEA Myanmar terlebih dulu.
BUTTERWORTH - Penafian Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man bahawa wujudnya campur tangan DAP dan PKR dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri itu, dianggap sebagai satu tamparan kepada anggota akar umbi.
Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata tindakan Pesuruhjaya Pas itu pelik dan menongkah arus serta boleh diibaratkan sebagai 'memukul' anggota Pas dari belakang yang sebelum ini menyuarakan pendirian mereka demi maruah dan masa depan parti itu.
"Apa sebenarnya niat Mohd Salleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah?
Perkara yang dibangkitkan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas, Muhammad Fauzi Yusoff merupakan suara ahli akar umbi Pas negeri dalam mesyuarat cawangan pada 14 November lalu.
"Mengapa beliau mempertahankan mereka (DAP dan PKR) dan adakah kerana mahu jadi ahli parti itu? Bagi saya penafian yang dibuat tidak bermaruah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohamed Hafiz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Salleh semalam yang menafikan wujudnya kemelut yang melanda Pas dengan pentadbiran kerajaan negeri, malah akan mengkaji secara teknikal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang melaporkan perkara berkenaan.
Mohamed Hafiz berkata penafian itu juga menunjukkan Mohd Salleh yang juga Adun Permatang Pasir, telah melanggar disiplin parti kerana telah membuat kenyataan mengelirukan.
"Selama ini beliau bercakap tentang disiplin, tetapi saya berasa pelik kenapa sanggup menafikan pendapat, suara akar umbi dan pendirian Pas negeri," katanya.
Sementara itu, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata parti itu tidak akan dipinggirkan jika mereka tidak bekerjasama dengan DAP dan PKR.
"Kerjasama sekarang ini telah merosakkan perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini. Yang lebih membimbingkan ialah kini Pas dirosakkan dari dalam.
"Kita lihat sekarang, hanya berapa orang sahaja ulama yang berada dalam kepimpinan Pas Pusat, sedangkan yang lain merupakan individu atau pemimpin yang telah diatur dan mahu meneruskan agenda pihak tertentu dari luar parti," tambahnya. - Bernama
Barisan finalis yang berjaya ke peringkat akhir AJL28 -foto Shahrul Fazry Ismail/THE STAR
SHAH ALAM: 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.
Lagu-lagu yang layak ke AJL28 yang akan diadakan pada 26 Januari hadapan terdiri daripada Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).
Separuh akhir Muzik Muzik 28 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Kembali (Akim & Stacy), Anugerah Hidup (Estranged), Dwihati (Yuna &Aizat Amdan), Rumah Kita (Hujan) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor).
Muzik Muzik 28 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee) dan Waris.
Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 8 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013.
Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SELEPAS penubuhan tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU-12, dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum; Parti Pas turut akur dengan perlantikan itu. Atas sebab itu, di Parlimen Anwar turut dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Kini, bukan lagi hanya cakap-cakap, bahawa Anwar sudah tidak disukai oleh akar umbi Pas, malah ianya merupakan tajuk perbahasan sempena muktamar Pas yang berakhir hari ini.
Perwakilan parti itu tidak segan silu lagi, membahas, sekiranya PR menang dalam PRU, siapa kah bakal Perdana Menteri? Dengan pertanyaan dan usul seperti itu, maka membawa ertinya, bahawa parti itu tiada keyakinan terhadap Anwar lagi sebagai Ketua PR.
Anwar, meskipun terpalit dengan berbagai skandal moral, namun tetap dilantik sebagai Ketua PR, memandangkan latar belakangnya sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Selepas Pas berpakat dengan DAP-PKR, maka secara automatik, para ahli dan penyokong parti itu terpaksa akur dan berketuakan individu yang terkait dengan masalah moral. Kini, Pas juga turut bertanggungjawab terhadap pembohongan Anwar berhubung dengan pengundi 40 ribu Bangla. Ahli Pas juga turut terpalit dengan pembohongan Anwar berhubung dengan blackout semasa pengiraan undi pada PRU-13 lalu, sedangkan semuanya itu tidak berlaku.
Politik bohong Anwar, kian hari kian terbongkar, atas sebab itu akar umbi pas telah mula tersedar dengan cara Anwar. Mereka tidak mahu menanggung dosa lagi, kerana turut bersubahat dengan pembohongan.
Politik bohong Anwar yang bermula sejak tahun 1998 dan menghangat pada tahun 2008, dan masih berbekas sehingga PRU-13 Mei lalu; sebenarnya menghampiri penamatnya. Politik bohong Anwar tidak akan mendapat sokongan lagi, mungkin itulah faktor mengapa suara akar umbi Pas mahu mengetahui siapa akan menggantikan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.
Politik bohong yang digunapakai Anwar untuk mendapatkan sokongan, sudah diramal tidak akan bertahan lama.
Mereka yang mula menyedari itu, antaranya adun PKR daripada Sabah dan para pemimpin PKR daripada negeri itu. Mereka tidak mahu lagi terlibat dengan politik bohong, kerana lambat laun akan memakan diri sendiri.
Pembohongan Anwar berhubung pengundi bangla, kini menjadi bualan rakyat yang terpengaruh dengan pembohongan itu, benarlah kata mereka, Anwar itu boleh berubah-ubah sesuai dengan situasi dan kondisi, seperti sesumpah.
PAS maju setapak lagi. Dengan kehadiran begitu ramai golongan 'Erdorgan' memenangi kerusi Jawatankuasa PAS Pusat, PAS menjadi semakin sesat. Konsert musik metal sesat menghiasi Karnival PAS For All di Stadium Melawati, Shah Alam. Kalau UMNO menganjurkan konsert tersebut di dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember ini, mampus 7 hari 7 malam, cybertroopers PAS akan mainkan isu ini. Tahniah PAS. PAS For All. Takebeer!!!!
Mah! Abang Mat menang sepenggal lagi. Bulu Mah lekat di kerongkong. Tahniah kepada Abang Mat Sabu yang diistiharkan menang jawatan Timbalan Presiden PAS. Maka seperti dijangka, bersorak gembira pemimpin-pemimpin DAP di atas kemenangan beliau. Ucapan tahniah ini pasti tidak akan kunjung tiba sekiranya Nik Mohd Amar menang jawatan berkenaan.
Tahniah juga buat 11 kumpulan 'Erdogan' di dalam Jawatankuasa PAS Pusat daripada 18 yang menang. Mereka terdiri daripada Mazlan Aliman, DS Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Syed Azman dan Dr Siti Mariah Mahmud.
DAP tersenyum lebar. Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim tersenyum puas.
Umum mengetahui pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang bercakap menggunakan kepala lutut dan tidak berfikir sebelum membuat kenyataan. Apabila tindakan menipu mereka ditelanjangkan di khayalak umum, penafian akan dilakukan dengan muka selamba dan bloggers dan cybertroopers UMNO menjadi tempat untuk meletakkan beban kebebalan mereka. Contoh paling mudah adalah penafian isu 40,000 Bangla yang didakwa Anwar Ibrahim telah menyebabkan kemenangan BN dalam PRU-13.
Seperti tuannya, Rafizi Ramli tidak terkecuali. Beberapa hari lepas, Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melindungi ahli politik yang rasuah. Rafizi Ramli mungkin bermulut lancang seperti Anwar Ibrahim atau beliau mungkin lupa dengan sejarah. Tidak mengapa. Mari kita ingatkan beliau kembali.
Antara ahli politik yang telah disiasat oleh SPRM dan dituduh di mahkamah adalah Dato' Mohamad Norza Zakaria (ahli UMNO dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan), Mohd Yahya Bin Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor) dan Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas ADUN) dan Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik, Menteri Kewangan)
Manakala ahli politik yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah pula adalah Dato' Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan), Abdul Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam), Mohd Khir Toyo (mantan Menteri Besar Selangor) dan Yap Soo Sun (ADUN Teratai). Statistik tahun-tahun sebelum ini juga membuktikan bahawa SPRM (dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah) sentiasa memandang serius dan menjalankan siasatan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Antara ahli politik yang pernah disabitkan bersalah di mahkamah atas pertuduhan rasuah, antaranya Mustafa Salim Bin Salim (ADUN Lenggeng), Datuk Azman Mahalan (EXCO Perak) dan Tan Sri Kasitah Gadam (Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Dato' Waad Bin Mansor (EXCO Negeri Sembilan). Sejarah juga membuktikan bahawa tiga Menteri Besar Selangor juga pernah disiasat dan didakwa oleh Suruhanjaya ini, bermula dengan Datuk Harun Hj Idris , Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dan Dr Mohd Khir Toyo.
Ahli Politik seperti Pakatan Pembangkang seharusnya tampil memberi maklumat kepada SPRM sekiranya memiliki maklumat rasuah beserta dokumen yang menyokong dakwaan tersebut. Mereka juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui wakil parti masing-masing yang dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR). Mungkin Rafizi Ramli terlupa bahawa Pada 28 Oktober lalu, 3 wakil parti pembangkang telah dilantik Yang di-Pertuan Agong menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM di Istana Negara. Mereka adalah:
1. Dr. Tan Seng Giaw (DAP) - Kepong
2. Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) - Indera Mahkota
3. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) - Kota Baru
Lihat apa kata Dr. Tan Seng Giaw dalam sidang media bersama SPRM di sini:
Mereka dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM bagi tempoh 25 Mei 2013 hingga 24 Mei 2016. Pelantikan selaras dengan peruntukan Seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Antara fungsi jawatankuasa itu ialah menasihati Perdana Menteri mengenai rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan SPRM serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. Apakah Rafizi Ramli turut mahu mengatakan ketiga-tiga mereka berkenaan turut melindungi ahli politik rasuah?
Masih ingatkah lagi dengan kemalangan ngeri yang meragut 37 nyawa pada 21 Ogos 2013? Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah bertindak untuk mengantung lesen pengendali bas berkenan iaitu Genting Highlands Transport Sdn Bhd setelah meneliti laporan audit yang dilakukan oleh pasukan SPAD.
Kita sebagai pengguna berdiri teguh di belakang suruhanjaya berkenaan yang tidak berkompromi dengan isu keselamatan penumpang-penumpang bas. Diharap pengantungan lesen ini menjadi ikhtibar kepada syarikat-syarikat pengangkutan bas lain agar memastikan aspek keselamatan kenderaan sentiasa berada di tahap terbaik. Di bawah adalah Kenyataan Akhbar dari pihak SPAD.
Bercakap menegenai perkara yang kita kurang pasti hanya akan mempamerkan kejahilan diri sendiri. Apatah lagi jika bercakap berdasarkan sumber pihak lain.
Apa kata kita hadir sendiri dan dengar penjelasan rasmi mengenainya esok. Selepas itu, boleh lah nak cakap apapun.
Kalaupun kita kurang faham penjelasan yang diberi nanti, itu bukan salah kita. Itu adalah kerana si penyampai gagal menyampaikan maklumat dengan berkesan.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ini nasib Muhamad bin Sabu akan ditentukan oleh 1,129 orang perwakilan PAS dari seluruh negara. Sama ada dia kekal sebagai Timbalan Presiden PAS, semuanya insyaAllah bakal terjawab selepas selesai proses pengundian jawatan nombor dua PAS tersebut. Mat Sabu dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Sebagaimana maklum, Mat Sabu sebenarnya tidaklah sekuat mana pengaruhnya. Meskipun bertanding di kubu kuat PAS di Parlimen Pendang yang menjadi pusat penyebaran fahaman Syi'ah di Kedah, dia tewas tertiarap dibenam penyokong sendiri. Khabarnya orang PAS di Pendang memang tak mahu "tokoh Syiah" bertapak di bumi mereka, siapa yang mereka maksudkan?
Dilaporkan bahawa perbahasan di sidang Dewan Ulama PAS yang berlangsung semalam memutuskan supaya jawatan Timbalan Presiden PAS diberikan kepada calon dari golongan ulama. Dengan keputusan sedemikian, dewan itu secara tidak langsung tolong berkempen bagi Nik Mohd Amar dan memberikan tamparan hebat buat Abang Mat…
Khabarnya, Dewan Ulama PAS mahu Timbalan Presiden PAS dipilih dari golongan ulama adalah bertujuan bagi merealisasikan tujuan, melaksanakan agenda dan mengembalikan landasan perjuangan parti itu pada asalnya.
Pada pandangan saya, jika benar golongan ulama PAS mahukan yang sedemikian, itu bukanlah bererti mereka menolak kepimpinan dari golongan profesional. Mungkin bagi Dewan Ulama, tugas golongan profesional cukuplah sekadar memberikan bantuan dari sudut teknikal dan biarlah golongan ulama yang mengemudi kembali parti itu.
Mungkin juga para golongan ulama PAS sedar dan sudah lama bersabar dengan keadaan parti mereka yang semakin caca merba, huru-hara dan serba tidak kena setelah menerima campur tangan yang keterlaluan khususnya dari golongan profesional yang cuba berlagak seperti alim ulama…
Mat Sabu bukanlah dari golongan ulama. Malah ada ketikanya, dia pernah dilabelkan sebagai golongan pelampau liberal yang diberi kesempatan di dalam PAS sebagai "meriam buluh" yang hanya kuat berbunyi tapi tidak memberikan sebarang kesan yang efektif.
Adakalanya pula, dia dilihat lebih cenderung pada golongan pro-Anwarinas meskipun dia adalah insan yang bertanggungjawab menggelar Anwar sebagai "Al-Juburi" suatu ketika dulu. Tapi sejak bersama PKR dan DAP, gelaran "Al-Juburi" yang disebut Mat Sabu itu tidak lagi kedengaran di dalam siri-siri ceramahnya seperti dulu…
Ketika heboh diperkatakan tentang isu fahaman Syi'ah yang digazetkan sebagai sesat, Mat Sabu adalah di antara tokoh pemimpin yang dikatakan berkait rapat dengan fahaman itu. Dengan kecetekan ilmu dan kedangkalan fahaman Islamnya, dia dilihat begitu mengagung-agungkan kepimpinan Syi'ah di Iran meskipun mereka-mereka itulah yang mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah.
Saya tidak menuduh Mat Sabu berfahaman dan mengamalkan ajaran Syi'ah. Namun berdasarkan temubual dengan salah seorang pengasas pondok terkenal di Kelantan, Tok Guru tersebut berani berqasam mengatakan Mat Sabu berfahaman Syi'ah. Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut, biarlah Mat Sabu, Tok Guru itu dan Allah saja yang tahu…
Berbanding dengan Nik Mohd Amar, beliau 100% dilabelkan sebagai golongan ulama. Dengan keterampilannya yang sederhana, perwatakan yang tidak melampau, tutur kata yang tidak menyakitkan hati, dia dilihat begitu disenangi oleh ramai pihak. Imejnya yang bersih mungkin dapat menarik undi para perwakilan PAS untuk mengundinya hari ini…
Sekiranya ditakdirkan Allah bahawa Nik Amar menang dan Mat Sabu kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS hari ini, agaknya apa yang akan berlaku? PAS akan kembali ke perjuangan asal? Hukum hudud akan dilaksanakan segera? PAS akan tukar kembali matlamatnya menubuhkan Negara Islam berbanding "Negara Kebajikan"?
Saya berpandangan agak mustahil semua itu akan terjadi. Agak mustahil PAS akan kembali ke perjuangan asalnya. Kenapa? Kerana Nik Aziz masih lagi berjawatan Mursyidul Am PAS…
Maksud saya, selama ini biarpun PAS punya Presiden dan Timbalan Presiden, kuasa veto yang ada pada Mursyidul Am PAS mampu menafikan segala pandangan, pendapat mahupun keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Misalnya, isu Kerajaan Perpaduan yang dimulakan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, yang kemudiaannya disambut positif oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang. Selamba saja Nik Aziz "cantas" isu tersebut. Malah berkali-kali Mursyidul Am itu "menyerang" dan "menghentam kedua pemimpin tersebut.
Paling teruk yang kena ialah Ustaz Nasharuddin lah! Teruk "dibelasah" dan dipinggirkan terus dari saf kepimpinan PAS sehingga kini, bukan?
Kalau begitulah kuasa yang ada pada Mursyidul Am PAS, maka tak payahlah ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Majlis Syura, Dewan Ulama dan sebagainya. Cukuplah sekadar ada jawatan Mursyidul Am PAS. Namun jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS perlu ada. Manalah tahu kalau terjadi apa-apa pada Mursyidul Am "seumur hidup", kan?
Berbalik pada perebutan di antara Mat Sabu dan Nik Mohd Amar, saya berpandangan bahawa sekiranya Mat Sabu tewas, dia tetap akan dilantik sebagai AJK PAS Pusat atas kuasa lantikan Presiden. Maklumlah, Abang Mat orang lama. Walaupun "berkudis" dan "berkurap", orang macam Mat Sabu memang perlu untuk memenuhkan korum kepimpinan PAS…
Apapun kita tunggu saja keputusan pengundian hari ini. Kalau Mat Sabu menang, maka itu bererti para perwakilan menolak keputusan sebulat suara golongan ulama. Tapi kalau Mat Sabu kalah, pada saya ia tidak akan membawa sebarang perubahan di dalam PAS. PAS tetap akan terus berada di bawah kaki PKR dan DAP…insyaAllah!
Sebagaimana siri-siri Muktamar PAS yang lepas-lepas, siri Muktamar parti itu kali ini juga tidak terlepas dari polemik berkenaan melaksanakan hukum hudud. Malah sebelum Muktamar PAS diadakan, isu hukum hudud ini sudah mula ditimbulkan apabila Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan menyatakan kesediaan melaksanakan hukum tersebut.
Pun begitu, saf kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kelantan memandang sepi kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah negeri itu dan dilihat cuba "melarikan diri" dari menyentuh soal yang pernah dijanjikan PAS sejak tahun 1990 lagi. Dan perkara itu terus meleret-leret…
Beberapa pemimpin DAP tampil marah-marah dan menggesa PAS supaya tidak melaksanakan hudud di Kelantan. Timbal balasnya, beberapa pemimpin PAS termasuk calon yang bertanding Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia cuba bergaduh dengan DAP mengenai soal perlaksanaan hudud itu.
Ditambah pula dengan kenyataan Karpal Singh yang mahu parti politik yang berasaskan agama diharam dan dibubarkan, makin menjadi-jadilah drama di antara PAS dan DAP. PAS suruh Karpal minta maaf. Tapi sampai sekarang Karpal buat "derkkkk" saja, langsung tiada rasa bersalah menempelak PAS secara sinis…
Terbaru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berjanji melaksanakan hudud ketika berkempen pilihanraya pada tahun 1990 bersuara mengenai hudud di Kelantan. Katanya, dia optimis hudud akan dilaksanakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Di dalam satu perjumpaan bersama Tok-Tok Guru Pondok dari Kelantan yang saya kira lebih tinggi ilmu dan kefahaman Islamnya berbanding Nik Aziz, masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya dengan keluhan mereka terhadap janji Mursyidul Am itu dan kepimpinan PAS berkenaan perlaksanaan hukum hudud.
Kata mereka, ketika berkempen, para pemimpin PAS inilah yang berjanji akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan sejurus selepas ayam jantan berkokok dikala subuh hari jika parti mereka berkuasa di negeri itu. Itu janji mereka (PAS) pada kempen pilihanraya di tahun 1990 dulu.
Bila sudah berkuasa, bukan saja ayam jantan sudah berjuta kali berkokok, malah ayam jantan itu pun sudah hilang nyawa, namun hudud masih belum dilaksanakan di Kelantan. Bila ditanya, "kita sedang usahakan", itulah jawapan mereka meskipun sudah lebih tiga tahun (1993).
Hatta selepas berkali-kali pilihanraya umum dilaksanakan, hukum hudud masih belum dilaksanakan PAS di Kelantan. Bila diungkit kembali, jawapan yang diberikan kepada Tok-Tok Guru Pondok itu ialah "PM (Tun Dr. Mahathir) tolak dan tak benarkan hudud dilaksanakan di Kelantan".
Kata Tok-Tok Guru itu, meskipun mereka hanyalah Tok-Tok Guru Pondok, mereka tidaklah bodoh dan jumud untuk ditipu Mursyidul Am PAS dan kepimpinan PAS Kelantan itu. Kata mereka, mereka sedar bahawa terdapat kepincangan dan pelbagai kelemahan di dalam draf hudud yang dipohon PAS untuk dilaksanakan di Kelantan.
Kata mereka, mereka juga tidak mahu hudud yang tidak adil dilaksanakan di negeri Serambi Mekah itu. Mereka malu jika hukum Allah yang dicipta dan didraf PAS Kelantan itu dikatakan tidak adil. Mereka tak mahu Islam dipersalahkan di atas kelemahan dan kekurangan ilmu syariah PAS tersebut.
Kata mereka, kalau ada kepincangan yang dilihat di dalam draf tersebut, mengapa PAS Kelantan tidak berusaha mengatasi segala kekhilafan itu? Mengapa PAS berputus asa hanya dengan tiga kali membuat draf hudud sahaja? Kenapa PAS tidak terus mengkaji dan terus berusaha untuk sempurnakan kekhilafan tersebut?
Ketika itu timbullah dakwaan dari Tok-Tok Guru Pondok itu menyatakan bahawa sebenarnya PAS sememangnya tidak mampu untuk menjayakan perlaksanaan hudud di Kelantan. Malah PAS dikatakan tidak mampu beristiqamah dalam perjuangan melaksanakan hudud. Paling teruk, PAS dikatakan hanya "menyanyikan lagu hudud" untuk memancing undi dan mengabui mata umat Islam supaya menyokong parti itu!
Itulah jadinya bila hukum Allah dijadikan "barang perniagaan" oleh PAS. Saya kira, Allah SWT tidak pernah redha jika agamaNya itu diperdagangkan sebegitu rupa. Kononnya untuk Islam, padahal nak siapkan draf pun tidak mampu, apatah lagi untuk melaksanakan hukum Allah tersebut?
Pada tahun 2011, kedengaran pula PAS nak usahakan kembali perlaksanaan hukum hudud. Kononnya sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk tujuan itu. Namun baru-baru ini pecah tembelang apabila PAS mengaku bahawa jawatankuasa itu tidak pernah bermesyuarat dan hanya mengadakan 4 kali pertemuan tidak rasmi sahaja. Habis? Macam mana nak laksanakan jika tiada usaha serius?
Sepatutnya PAS mengambil contoh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan yang sudah bersedia melaksanakan hudud sejak tahun 1993 lagi. Ketika PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 dulu, Jabatan berkenaan telah mula berusaha mempersiapkan diri untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Namun seperti Tok-Tok Guru Pondok di Kelantan, penantian Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan untuk melaksanakan hudud sehingga sekarang masih belum menjadi kenyataan. Hudud terus meniti di bibir para pemimpin PAS, tapi sampai sekarang "habuk pun tiada". Kalau menurut Rasulullah SAW, apakah hukum bila seorang muslim tidak menepati janji? Dari golongan apakah mereka yang mungkir janji?
Sebagai salah seorang umat Islam, saya sebenarnya menyokong penuh usaha mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hudud. Tak kira PAS atau UMNO, asalkan hudud itu hudud Allah, maka saya sokong sepenuhnya. Tapi kalau hanya pandai janji dan kemudian berlaku munafik, cuba beritahu macam mana saya nak sokong golongan munafik itu? Takkanlah kita umat Islam nak sokong golongan munafik pula, kan?
Agak kecoh semalam dibicarakan tentang insiden penangguhan sementara undian bagi memilih Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Khabarnya penangguhan itu disebabkan "ter"salah edar kertas undi pada para perwakilan dan mereka dikehendaki mengundi semula nanti.
Menurut laporan media, proses pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar seperti biasa. Dan penangguhan pengundian itu hanya melibatkan jawatan AJK PAS Pusat itu sahaja.
Baiklah. Sebagai manusia, saya faham bahawa seluruh jawatankuasa pemilihan PAS kali ini juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mungkin yang terjadi itu hanyalah kesilapan teknikal yang melibatkan "ter"salah edar kertas undi. Itu tidak menjadi masalah kerana saya yakin PAS mampu mengatasi masalah tersebut.
Biasalah. Manusia mana yang sempurna, bukan? Hanya Rasulullah SAW sahaja yang sempurna dan layak digelar maqsum di muka bumi Allah ini.
Pada pemilihan PAS kali ini, jawatankuasa yang dilantik PAS itu hanya perlu menjalankan proses pengundian untuk seramai 1,129 orang perwakilan sahaja. Maksudnya, hanya sejumlah itu saja yang akan mengundi pada Muktamar PAS kali ini bagi memilih AJK PAS Pusat yang baharu.
Berbanding dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang hanya memiliki kekuatan lebih kurang 700 orang tenaga tetap dan sementara, mereka terpaksa meneliti seramai 13,291,385 orang pengundi dari segenap ceruk rantau di negara ini. Saya ulang, SPR perlu berhadapan dengan lebih 13 juta orang pengundi pada PRU ke-13 yang lalu.
Selain itu, SPR juga perlu menapis sebarang kekhilafan di dalam data daftar pemilih di mana ada dikalangan para pengundi yang sudah meninggal dunia masih kekal nama mereka di dalam pengkalan data ekoran kematian mereka tidak dilaporkan kepada SPR (kebanyakkannya hanya dilaporkan di balai polis sahaja).
Begitu juga SPR perlu menambah senarai pengundi baru yang bilangannya beratus-ratus ribu bilangannya setiap kali mengundi. Sudah tentu segala proses memadam nama, menambah nama dan menyemak daftar pengundi itu terlalu rumit serta "menjulingkan mata" sesiapa saja, bukan?
Justeru itu, PAS perlulah bertimbang rasa, bertolak ansur dan faham tentang kepayahan SPR menguruskan daftar pengundi di seluruh negara, bukan?
Maksud saya, kalau PAS boleh tersilap menguruskan proses pengundian bagi 1,129 orang pengundi dan dimaafkan kekhilafan itu, takkanlah PAS tidak boleh maafkan SPR yang terpaksa "menjulingkan mata", "memerah otak" dan tenaga yang terhad untuk memproses lebih 13 juta pengundi di seluruh tanahair?
Apakah PAS begitu kejam dan zalim sehingga tidak mampu berfikir secara waras untuk bertolak ansur, bersifat memaafkan dan menerima sedikit kelemahan SPR? SPR juga manusia biasa seperti Jawatankuasa Pemilihan PAS yang tidak terlepas dari kesilapan juga, kan?
Usahlah PAS terpengaruh dan terikut-ikut dengan dakyah dan sikap busuk hati DAP dan PKR yang memburuk-burukkan pihak SPR. Pemilihan DAP sendiri kucar-kacir dan kecoh sana sini, pemilihan PKR juga menyaksikan kerusi, penumbuk, sepak dan terajang berterbangan sesama mereka, apakah PAS masih lagi mahu membiarkan diri dipengaruhi oleh golongan yang "kurang betul" itu?
Sesetengah rakan saya menyifatkan insiden penangguhan proses undi AJK PAS Pusat itu sebagai satu "tulah" atau "karma" bagi PAS yang sebelum ini turut memburuk-burukkan SPR pada PRU yang lalu. Kata mereka, "Allah bayar cash di dunia" bagi segala kutukan yang PAS lemparkan pada SPR.
Namun pada saya, "buang yang keruh, ambillah yang jernih". PAS perlu kembali ke jalan yang benar. Bukan kembali ke jalan asal PAS, tapi kembalilah ke jalan Allah yang hakiki, jalan lurus yang diredhai. Bukan jalan politik yang bersifat duniawi. Bukankah hidup di dunia ini hanyalah ujian sebelum ke akhirat?
Justeru itu, PAS harus bermuhasabah diri kembali. Kenali diri sendiri dan betulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memperbetulkan pihak lain. Kalau PAS sudah di landasan yang betul, perbetulkan pula PKR dan DAP yang kini menjadi sahabat-sahabat PAS. Seterusnya barulah PAS akan dihormati UMNO dan BN.
Yang peliknya, apa yang saya dan rakyat lihat selama PAS di dalam Pakatan Haram, PKR dan DAP pula yang sering menafikan perjuangan dan memalukan PAS dengan pelbagai polisi yang bertentangan dengan Islam! Siapa yang betulkan siapa? Harap PAS renung-renungkanlah kebenaran ini dan elakkanlah menuding jari pada pihak lain.
Bak kata ulama, "hasib nafsaka qabla an tuhasib" – perhitunglah diri kamu sebelum kamu diperhitungkan…Wallahu'alam.
Hari ini terpampang di dada akhbar tentang kritikan-kritikan dan gesaan terhadap Anwar Ibrahim. Ada yang mahu dia letak jawatan, ada yang mahu dia saman Keadilan Daily, ada yang menghentam dan mencabar kreadibiliti Ketua Pembangkang itu. Semuanya gara-gara dakwaan Anwar yang kononnya BN mengimport 40,000 pengundi Bangla pada PRU-13 yang lalu untuk mengundi BN…
Saya rasa segala kritikan dan gesaan itu tidak berbekas bagi Anwar. Bukan sekali dua dia didesak dan didedahkan segala kelicikan permainan dosanya, tapi dia tetap tidak berubah. Malah lebih menjadi-jadi pula dia. Peliknya, masih ada lagi rakyat di negara ini yang terpengaruh dengan pidato bohongnya itu. Mungkin memang itu kepakaran Anwar yang Allah berikan padanya…
Meskipun Anwar menafikan dirinya bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu, namun rasanya satu Malaysia tahu dan setuju bahawa bapa Nurul Izzah itu pernah melemparkan fitnah itu sebelum PRU ke-13 tempohari, bukan? Bukan apa, memang terbukti pun Anwar pernah mengeluarkan tuduhan begitu di Keadilan Daily. Bukti kenyataan pun ada, kan?
Dalam menafikan kezaliman fitnahnya terhadap BN itu, masih lagi dia cuba nak cetus kontroversi? Kononnya BN rancang untuk mendaftar seramai 500,000 pengundi dari Bangla dengan bantuan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)? Tak habis-habis lagi? Masih belum serik dengan dosa fitnah dan syubhah?
Saya tertanya-tanya, bila lagi Anwar nak berhenti dan bersara dari semua ini?
Sudah-sudahlah, Pak Syiekh. Kalau tak malu pada isteri, anak dan cucu sekali pun, malulah pada Allah SWT. Dia tahu segala pembohongan dan permainan fitnah dari Pak Syiekh itu. Tak takutkah nanti nak bertemu denganNya di akhirat kelak? Atau Anwar lebih redha untuk bersama iblis laknatullah ketika itu?
Berbalik pada dakwaan 40,000 Bangla yang kononnya dibawa masuk di Malaysia untuk mengundi BN tempohari, saya mengesyorkan pada Anwar supaya menjejak kembali mengenai idea tersebut. Dari manakah terbitnya idea fitnah itu? Dari dirinya atau dari syaitan? Atau dari rakan-rakan di sekelilingnya?
Sila tanya Sidiqin Omar, wartawan Keadilan Daily yang bertanggungjawab menulis laporan tersebut di lidah rasmi PKR itu pada 3 Mei 2013 lalu. Tanya editorial Keadilan Daily mengenai siaran laporan berkenaan. Bukan apa, ramai yang dapat "print screen" laporan itu dengan jelas. Semua faham kandungan laporan itu kecuali mereka yang tak faham Bahasa Melayu.
Bukan apa, idea itu memang dari awal tidak masuk dek akal dan sangat mudah dipatahkan. Sebulan lebih fitnah itu dijaja ke serata negara, tapi dapat dipatahkan dengan begitu mudah sehingga ramai yang jelak dan malas nak dengar dakwaan tersebut. Ramai yang tidak percaya dan geleng kepala. Ingat senang nak bawa 40,000 orang Bangla masuk Malaysia dan jadi pengundi? Mustahil..!
Beginilah. Kalau dah terbukti "kantoi", mengaku sajalah. Kemudian mohon maaf secara terbuka dan tak perlulah nak berdolak-dalik. Malulah pada Allah SWT. Bukankah malu itu sebahagian dari iman? Kalau Allah angkat dan buang rasa malu itu dari hambaNya, maka samalah hambaNya itu dengan haiwan yang tiada rasa malu..kan?
Pesan saya pada para penyokong Pak Syiekh, saya tidak meminta anda semua meninggalkan dia. Jauh sekali memutuskan silaturrahim dengannya. Cuma, selamatkanlah dia dari terus hanyut bertuhankan politik. Dan jika dia enggan dan berdegil, tolonglah jauhkan diri darinya dan mohonlah supaya dia diberi hidayah serta kembali ke jalan yang benar.
Persoalannya, beranikah Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi, Zuraida dan rakan-rakan Islam Anwar di dalam PKR memulakan gerakan menyelamatkan Anwar? Entahlah. Silap-silap, nak buka mulut pun tak berani, apatah lagi nak bersuara. Wallahu'alam…
- Penafian Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man berhubung wujud campur tangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini dianggap sebagai satu tamparan kepada ahli akar umbi Pas.
Sambil mempersoalkan tindakan Mohd. Salleh yang dianggap pelik dan menongkah arus, aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan itu boleh diibaratkan sebagai 'memukul' ahli-ahli Pas dari belakang yang sebelum ini telah menyuarakan pendirian mereka demi maruah dan masa depan parti.
"Apa sebenarnya niat Mohd. Salleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Perkara yang dibangkitkan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas, Muhammad Fauzi Yusoff merupakan suara ahli akar umbi Pas negeri dalam mesyuarat cawangan pada 14 November lalu.
"Mengapa beliau mempertahankan DAP dan adakah kerana mahu jadi ahli parti itu?
Bagi saya penafian yang dibuat tidak bermaruah," katanya di sini hari ini.
Mohamed Hafiz berkata demikian sebagai mengulas penafian Mohd. Salleh bahawa wujud kemelut yang melanda Pas dengan pentadbiran kerajaan negeri malah akan mengkaji secara teknikal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang melaporkan perkara berkenaan.
Selain meminta supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam, Pas negeri juga memohon supaya bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri selain mengancam akan menolak semua jawatan sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Mengulas lanjut Mohamed Hafiz berkata, penafian tersebut menunjukkan Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir telah melanggar disiplin parti kerana membuat kenyataan mengelirukan.
"Selama ini beliau bercakap tentang disiplin tetapi saya berasa pelik kenapa sanggup menafikan pendapat dan suara akar umbi dan pendirian Pas negeri? Saya harap beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Pas Pusat," katanya.
Mohamed Hafiz turut berkata, beliau menyokong pendirian Dewan Ulama Pas dalam muktamar Pas yang mahu menyemak semula konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP dan PKR dari semasa ke semasa.
"Mengambil kira perkembangan yang berlaku di negeri ini, keputusan untuk semak semula perlu. Ini kerana perjuangan Pas berasaskan Islam dan jika mereka terus bersekongkol dengan DAP dan PKR, agenda perjuangan Islam akan terbengkalai.
Sementara itu, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamed Nordin Mohd. Nor berkata, Pas tidak akan berasa dipinggirkan seperti sekarang jika mereka tidak memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR sebelum ini.
"Kerjasama itu telah merosakkan perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini. Yang lebih dibimbangkan ialah kini Pas dirosakkan dari dalam.
"Kita lihat sekarang hanya berapa orang ulama berada dalam kepimpinan Pas Pusat sedangkan yang lain merupakan individu atau pemimpin yang telah diatur dan mahu meneruskan agenda pihak tertentu dari luar parti," katanya.
PAS ASAL DARIPADA UMNO BILA 1951 DITUBUHKAN SETELAH SAYAP UGAMA UMNO KALAH KEPADA ALHARHUM TUNKU ABD RAHMAN MERAJUK MAKA DITUBUHNYA PAS.
KONSEP TAHLUS SIASI NI TELAH DILAKSANAKAN UMNO DALAM BN SEJAK 1957 BILA MALAYA MERDEKA.
BETUL LA TU SEBAB MCA DAN MIC DAN LAIN-LAIN PARTI KOMPONAN BN TAK PERNAH CAMPUR HAL ISLAM DAN MELAYU. MALAH SEJAK DULU LAGI "ALLAH" TIDAK HENDAK DIREBUT UNTUK DIGUNAKAN DALAM AGAMA LAIN PUN.
SEMUA PARTI KOMPONAN AKUR DAN TAK GANGGU HAL EHWAL MELAYU DAN AGAMA ISLAM. DI SEGI APA PUN ORANG ISLAM BEBAS LAKSANAKAN IBADAT DLL KERANA MCA DAN MIC SETUJU ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. MALAH 20 TAHUN DEB BERJALAN DAN TERBUKTI MCA, MIC , GERAKAN DLL TIDAK GANGGU GUGAT DAN GERAKAN YANG PERINTAH PULAU PINANG PUN TETAP LAKSANAKAN DEB.
APA HEBATNYA TAHLUS SIASI PAS TU...?????????
HEBATKAH PAS DI SELANGOR DAN PULAU PINANG ?????
PAS DI NEGERI TU PEGANG POLIO APA ?????? EXCO TANAH KE ???? EXCO JAGA DUIT ATAU JAGA INDUSTRI KE ????????? PAS DI NEGERI PKR DAN DAP HANYA MELUKUT DITEPI GANTANG. DATANG TAK DIJEMPUT DAN PERGI TAK DIRAI.......
PAS SAYA NAMPAK SOKONG KASI DAP DAN PKR MENANG DI KAWASAN MELAYU TIDAK MAJORITI BAIK DI DUN ATAU PARLIMEN.
APAKAH PAS BOLEH BERSUMPAH BAHAWA TAHLUS SIASI DENGAN DAP DAN PKR PERLEMBAGAAN MADINAH DRP PERJANJIAN HUDAIBIYAH ??????????
KALAU TIDAK MAKA PAS HANYA AKAN LEMAHKAN KUASA UNDI ATAU SUARA ORANG ISLAM MELAYU DALAM POLITIK MALAYSIA SAHAJA.
ADAKAH TAHLUS SIASI PAS NI MAMPU PERTAHANKAN MARUAH MELAYU ISLAM ??????? MAMPU PERTAHAN PERLEMBAGAAN KONTREK SOSIAL 1957 DAN RUKUN NEGARA ?????????????????????????
NAK PERINTAH MALAYSIA ?????????
APAKAH NASIB MELAYU ISLAM DENGAN MODEL BONEKA TAHLUS SIASI PAS DENGAN DAP INI ???????????????????????????
SILALAH BAHAS ATAU BERI PANDANGAN YANG BERANI. SILAKAN.......
Cik Ali Cik Limah Pakai Sedondong Pergi Meminang Anak Cik Rahim Siang Malam Kerjanya Berbohong Itulah dia Anwar Bin Ibrahim
Tahun 1997, Tun Dr Mahathir (1997-Datuk Seri) telah mengambil cuti selama dua bulan lebih dan beliau telah melantik timbalannya ketika itu , Anwar Ibrahim , sebagai pemangku PM.
Tarikh Anwar dilantik sebagai pemangku PM pada 19.Mei.1997 dan tamat pada 26.Julai.1997.
Apabila Tun Dr M melantik Anwar sebagai pemangku PM bermakna pada waktu itu Anwar mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang PM.
Tun bagi kuasanya sebagai PM kepada Anwar dan Tun serah kepadanya untuk buat apa-apa sahaja keputusan sepanjang beliau bercuti.
Keratan akhbar dibawah ini sebagai bukti bagaimana berkuasanya Anwar sebagai pemangku PM.
Utusan Malaysia 16.Mei.1997
Utusan Malaysia 23.Mei.1997 Itu baru satu contoh bagaimana berkuasanya Anwar sebagai seorang pemangku PM. Banyak lagi yang lain masih ada.
Anda mungkin tertanya-tanya, apa ke jadahnya si RBF ni menceritakan kuasa Anwar sebagai pemangku PM ?
Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda apa mesej yang saya nak sampaikan....
Hari ini Anwar dan pendekar-pendekar tiga sukunya bercakap pasal pemansuhan PTPTN.
PTPTN zalim....
PTPTN kejam....
PTPTN membebankan....
Dan Anwar berjanji akan mansuhkan PTPTN jika dia menjadi PM.
Kah....kah....kah....kah....kah....1 Tanah Melayu kena tipu dengan Anwar....
Kena tipu beb.......kena tipuuuuuuuuu.......
Kenapa saya kata kena tipu ?
Berikut adalah info berhubung penubuhan PTPTN yang dipetik dari portal rasmi PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Perhatikan tarikh yang saya hitamkan....
Siapa yang memiliki kuasa PM pada ketika itu ?
Siapa ?
Siapaaaa ?
Siapaaaaaaaa ?
Waktu itu dia ada kuasa PM , dia setuju dan dia benarkan PTPTN ditubuhkan. Hari ini dia kata jika dia menjadi PM dia akan hapuskan PTPTN. Khaikkkkkk ptuihhhhhhh......
Cuba anda semua fikirkan, pada masa itu dia mempunyai kuasa sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN untuk mengeluarkan pinjaman, kuasa sebagai seorang TPM dan yang paling penting kuasa PM pun ada di tangan dia pada ketika itu. Tun Dr M sendiri kata Anwar ada kuasa penuh apabila memangku jawatan PM
Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air . Sepatutnya kalau dia tidak bersetuju dengan PTPTN kerana zalim, kejam dan membebankan dia patut batalkan penubuhan PTPTN pada ketika itu kerana segala kuasa berada ditangannya.
Nak percaya Anwar lagi ?
SANDIWARA GLOBAL ANUAR DENGAN TEORI REFORMASINYA IAITU JUAL DAN GADAI HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BUMIPUTERA DALAM PERLEMBAGAAN DEMI UNTUK JADI PM....
DIA NAMPAKNYA AKAN GADAI DAN JUAL APA SAHAJA ASAL DAPAT JADI PM...
MAKA APA YAG DISEBUT OLEH KUA KIA SIOONG DARI SUARAM DALAM BUKUNYA "THE END OF BARISAN NASIONAL ?" SAMA LAH IAITU PERTIKAI DAN DERHAKA KEPADA PERLEMBAGAAN NEGARA KHASNYA MENGENAI ISU HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA... DAN TENTUNYA HINAKAN APA YANG DISEBUT "KETUANAN MELAYU" YANG HANYA SATU KONSEPTUAL POLITIK. SEBENARNYA SIAPA YANG KAYA DAN JADI TUAN ATAU TAWKWH DI MALAYSIA HARI INI ????? BUTA MATA DAN PERUT KE DIA NI..... ANUAR PUN TAK NAMPAK KE APA YANG BERLAKU HARI2 DI PULAU PINANG ??????????? ADAKAH MARUAH DAN SURVIVAL MELAYU DIBELA ATAU DIAMBIL KIRA BILA KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ MEMBUAT DASAR DAN MELAKSANAKAN POLISI PARTI SERTA KERAJAANNYA ?????
ISU PTPTN ???? SIAPA YANG LULUSKAN DAN BUAT POLISI INI. KALU RASA PTPTN NI ZALIM KEPADA PELAJAR... KENAPA ANUAR SEMASA JADI PEMAMNGKU PM TU TIDAK BATAL ATAU HALANG SEKERAS-KERASNYA UNTUK DILAKSANAKAN..... ANUAR KAN TEGAS DAN SENTIASA KATA BELIAU AKAN "LAWAN TETAP LAWAN" DAN DIA KATA DIA ADALAH FIGHTER... KENAPA TAK HAPIUSKAN PTPTN SEJAK AWAL????? KENAPA ANUAR ?????? WHY ??????????????????
IALAH KALYU DAH DASAR PUTARALAM MAKA SEMUA DIPUTAR DAN DIKITARNYA....DISPINNYA..... HABISLAH SEMUA AGAMA KEMANA, BANGSA KE MANA... HABISLAH SEMUANYA.....
AMAT BERUNTUNG PAS DAN DAP DAPAT KUDAKAN ANUAR INI. TAPI SIAPA YANG KUDAKAN SIAPA ???????
SIAPA KUDA KAYU DAN SIAPA KEKUDA......
SAYA FIKIR PAP SERONOK NI........ SEBAB MARI KITA TENGOK SIAPA YANG DAPAT NAMA DAN SIAPA YANG DAPAT UNTUNG ????????
MARI JUGA KITA TENGOK SIAPA YANG KENA TIPU DALAM PERMAINAN POLITIK ABU NAWAS ANUAR DAN NIK AZIZ NI......
HARAP SETELAH 22 TAHUN KITA KHAYAL DAN HANYUT DENGAN DOGENG@METOS NAK BUAT ISLAM MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, KEPIMPINAN ULAMAK MAKA MARI KITA FIKIR APA KATA PEJUANG ISLAM ULUNG DATUK DR HASAN ALI.
NAK BUAT ISLAM, NAK BANGUN BERSAMA ISLAM KEPIMPINAN ULAMAK... TAPI PECAT DR HASAN PEJUANG DAN PEMIDATO ISLAM YANG ULUNG DAN KATA, "HOK TU AMBO TAK CAMPUR SEBAB HAL SELANGOR...." HABIS YANG DOK CAMPUR HAL KERAJAAN PUSAT DI KL TU BUAT APA ??? KATA ADA LESEN SETAKAT KELANTAN SAHAJA TAK PAYAH LA DOK BANTAI 1MALAYSIA DAN KEPIMPINPINAN DS NAJIB....SEBAB TU HAL DI LUAR KELANTAN.... AIIYAAAA KALU BERBELIT TU MEMBELIT LAH KEJENYA.
NAMPAKNYA JOHAN PIDATO MASA NI ADALAH DR HASAN ALI SEKIRANYA PKR, PAS DAN DAP GAGAL BERHUJAH DENGAN BELIAU TENTANG AKIDAH DAN PERANAN PEMIMPIN POLITIK MELAYU ISLAM,
KITA PUN NAK LIHAT ADAKAH KERAJAAN PAS KELANTAN AKAN BERDEBAT DENGAN HASAN ALI. NAK TENGOK GUAN ENG, KARPAL SINGH, ANUAR IBRAHIM, MAT SABU, TOK GURU NIK AZIZ JEMPUT HASAN ALI KE NEGERI PERINTAHAN MEREKA UNTUK BERDEBAT PASAL AKIDAH INI.
NAMPAKNYA JOHAN PIDATO JAMAN DULU TAHUN 2008 - DS ANUAR DAN DS NIZAR BUKIT GANTANG BERANI KE LAWAN HASAN ALI ATAS TAJUK AKIDAH UMAT ISLAM...... ??????????
KALAU DEPA TAKUT KAT HASAN ALI DAN DOK FITNAH KATA UMNO BELI LAH BANTAI PERIBADI HASAN KATA GILA KUASA DLL, MAKA HASAN AKAN MUNCUL SEBAGAI JOHAN PEMIDATO AKIDAH MULAI SEKARANG DAN SELAMANYA.
You are subscribed to email updates from otai To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sah Johor Bercuti Mingguan Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014
Akhirnya desas-desus perubahan semula selepas 20 tahun cuti mingguan negeri Johor telah menemui kata putusnya apabila Sultan Johor mengisytiharkan mengumumkan perubahan tersebut pada sambutan ulangtahun baginda ke 55 yang jatuh semalam.
Ini membenarkan ura-ura bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.
Sultan Johor isytihar cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK NOVEMBER 23, 2013 LATEST UPDATE: NOVEMBER 23, 2013 12:55 PM
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.
Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu. - TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan