Pakatan Rakyat |
Posted: 06 Oct 2013 03:11 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:11 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||||
Posted: 06 Oct 2013 03:05 PM PDT | SPRM buka 15 kertas siasatan hasil pendedahan Ketua Audit Negara, kata Pengarah Siasatan Posted: 06 Oct 2013 04:02 AM PDT OLEH MOHD FARHAN DARWIS Sejumlah 15 kertas siasatan telah pun dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran pendedahan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan di Parlimen minggu lalu, kata Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali. Mustafar dalam kenyataannya berkata siasatan telah pun dijalankan di bawah Akta SPRM 2009, dan pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan maklumat yang boleh membantu penyiasatan dan lain-lain tindakan sewajarnya. "SPRM juga telah menubuhkan Pasukan Khas bersama dengan Jabatan Audit Negara bagi mengambil tindakan susulan. "SPRM yang menerajui Pasukan Khas ini akan membentangkan hasil penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang didapati melakukan salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan," katanya dalam kenyataan yang diedar kepada media hari ini. Selain memandang serius pendedahan laporan audit berkenaan, SPRM jelas Mustafar akan mengambil tindakan tegas sewajarnya termasuk mengesyorkan tindakan disiplin kepada agensi-agensi berkaitan. "Justeru, sekiranya ada-ada unsur rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Arahan Perbendaharaan, SPRM akan mengambil tindakan," katanya. "Bagi Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah manakala lima orang pegawai kerajaan telah dikenakan tindakan tatatertib," katanya. Pada masa yang sama, hasil tindakan bersama SPRM dengan lain-lain agensi kerajaan, Mustafar berkata, tindakan penambahbaikan sistem dan prosedur serta tatatcara kerja bagi mengurangkan risiko, ruang dan peluang gejala rasuah juga telah diambil. Pihaknya turut memuji langkah proaktif Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti perkara itu bagi mengelakkan kes sama berulang dalam laporan audit akan datang. "Pada masa sama, tindakan paling tegas perlu diambil terhadap mereka yang cuai dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang, dan lebih-lebih lagi terhadap mereka yang terlibat dalam gejala rasuah," katanya. Pembangkang telah membangkitkan beberapa kes ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara, antaranya adalah kehilangan aset polis bernilai RM1.33 juta, kos membawa penyanyi K-Pop semasa Sambutan Hari Belia Kebangsaan, dan juga penggunaan tanpa had 106 kad kredit American Express untuk kegunaan Pengarah dan Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional Berhad (Khazanah). | Mesyuarat Khas Kumpulan Penentang LDP Tidak Sah - VK Liew Posted: 06 Oct 2013 03:54 AM PDT MSTAR ONLINE KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew yang kini dilanda masalah, menegaskan Mesyuarat Khas diadakan oleh kumpulan penentang dalam parti itu hari ini adalah tidak sah. Menegaskan ia tidak diiktiraf oleh Majlis Tertinggi dan ibu pejabat parti, beliau berkata dengan itu semua resolusi diluluskan (dalam Mesyuarat Khas) itu adalah tidak sah. "Saya dimaklumkan oleh ibu pejabat Barisan Nasional (BN) bahawa ia tidak mengiktirafnya (mesyuarat). Berbuat demikian (mengiktirafnya) akan memberikan contoh tidak baik. Ia gagal mematuhi perlembagaan parti," katanya kepada Bernama di sini, Ahad. Liew, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, berkata demikian ketika diminta mengulas resolusi diluluskan kumpulan penentang yang mengadakan Mesyuarat Khas itu di Dewan Serbaguna Kian Kok Middle School, dekat sini. Selain meluluskan undi tidak percaya, perwakilan dalam Mesyuarat Khas itu, juga sebulat suara menyokong resolusi diluluskan Majlis Tertinggi pada 10 Sept lepas, untuk menyingkirkan Liew sebagai presiden parti. Semasa mengumumkan keputusan itu, Pengerusi Mesyuarat Khas LDP Frank Leong berkata perwakilan turut menyokong Senator Datuk Chin Su Phin sebagai pemangku presiden berkuat kuasa serta merta mengikut Perkara 12 (c) perlembagaan parti. Selain resolusi itu, perwakilan turut meluluskan resolusi lain, termasuk mengesahkan resolusi yang diluluskan Majlis Tertinggi pada 10 September untuk menggantung keanggotaan Liew dan setiausaha agungnya yang baharu dilantik Loretto S. Padua, sementara menunggu tindakan oleh jawatankuasa disiplin. Sementara itu, Liew menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mahu masalah dalaman parti itu diselesaikan secepat mungkin demi kepentingan memelihara keharmonian dalam gabungan BN. Melahirkan kebimbangannya terhadap krisis kepimpinan dalam parti itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, dipetik sebagai berkata di sini minggu lepas, bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya berbincang dengan pihak-pihak berkenaan sama ada wujud kemungkinan untuk berdamai atau menyelesaikan masalah dan mencapai persefahaman untuk mengatasinya. Kumpulan Liew merancang mengadakan mesyuarat agung tahunan parti pada 19 Oktober di dewan serbaguna Yu Yuan di Sandakan. -BERNAMA | P. Pinang Meterai Perjanjian Asas Pembinaan Terowong Dasar Laut Posted: 06 Oct 2013 03:52 AM PDT MSTAR ONLINE GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memeterai perjanjian asas dengan Consortium Zenith BUGC Sdn Bhd untuk pembinaan akses ketiga yang menghubungkan Pulau Pinang dan tanah besar yang bernilai RM6.3 bilion. Lim berkata projek terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam serta tiga jalan pintas yang menghalakan lalu lintas ke terowong ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri ini. "Ia bukan sahaja akan menjana ekonomi di Pulau Pinang tetapi turut mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan serta limpahan pembangunan di bahagian Seberang Perai Utara (SPU)," katanya pada satu sidang media selepas majlis pemeteraian itu. Turut diadakan pada majlis yang sama adalah pemeteraian perjanjian kejuruteraan, pembelian dan pembinaan (EPC) di antara Consortium Zenith BUGC Sdn Bhd dengan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC). Projek ini dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dan terdiri daripada jalan pintas sepanjang 4.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 kilometer di antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan dan Bandar Baru Air Itam, jalan raya sepanjang 12 kilometer dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang-Butterworth sepanjang 6.5 kilometer. -BERNAMA | Makanan rumah punca sakit jantung Posted: 06 Oct 2013 03:47 AM PDT KL TODAY KANGAR – Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung. Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini. Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat. Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya | Majlis Syura pastikan PAS tidak tergelincir Posted: 06 Oct 2013 03:45 AM PDT Ustaz Sallehen menyampaikan cenderahati kepada bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Ampang, Hasnah Abd Ghani. AMPANG: Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, PAS sudah cukup menjadi parti yang kuat apabila ada Majlis Syura Ulamak. Justeru kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, sesiapa sahaja yang menjadi pimpinan dalam PAS akan tertakluk di bawah keputusan Majlis Syura yang melihat jalan yang betul bagi memastikan PAS tidak tergelincir daripada asas perjuangan Islam. Katanya, jika tergelincir maka ada Majlis Syura Ulamak yang akan memperbetulkan sebab itu apabila ada suara-suara yang mengatakan PAS tergelincir sebenarnya individu atau golongan tersebut. "Di sinilah yang kita hendak memaknakan dengan kepimpinan ulama, cukup syarat ada sokongan boleh jadi pimpinan sama ada Presiden, Timbalan Presiden. Tidak timbul soal perpecahan sama ada ulama atau profesional," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ampang, pagi tadi. Menurut beliau, semua profesional yang ada dalam PAS tidak boleh sombong dengan ilmu yang ada begitu juga ulama kerana gabungan dua golongan itu menjadi kekuatan dalam PAS. "Biar siapa pun yang kita hendak pilih asas kita menilai terhadap kepada keperluan dan suasana semasa serta ilmu dan kefahaman asas perjuangan itu. Saya fikir tidak menjadi perkara besar soal profesional atau ulama sehingga menjadi keuntungan kepada musuh politik," tegasnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor. Beliau berharap setiap ahli perlu kembali menghayati kekuatan PAS kerana cabaran dalam suasana semakin hampir dengan kemenangan adakalanya hilang sedikit atau melupakan asas besar yang menjadi kekuatan parti. "Hampir dengan kemenangan kita lupa dengan usrah, tamrin, adab dan akhlak dalam jemaah. Apa yang berlaku dalam PAS sebenarnya berlaku dalam lingkungan antara sahabat dengan sahabat," tegasnya. Menyentuh pandangan berbeza katanya, jangan sampai mengurus pandangan berbeza dengan cara yang tidak berakhlak dengan membuat kenyataan di media yang menjadi musuh parti sedangkan PAS mempunyai medan yang baik untuk membincangkan masalah tersebut. Beliau berkata, PAS perlu menampilkan satu bentuk jemaah yang utuh yang dilihat bila bercakap soal ukuhwah memang ia benar wujud dalam PAS begitu juga dalam soal akhlak dalam jemaah. Selain itu katanya PAS juga perlu menyahut cabaran untuk menjadikan parti sebagai parti tempat bernaung orang Melayu dan orang bukan Islam bahkan orang bukan Islam melihat PAS sebagai parti yang tempat bernaung dan mencari politik yang bersih dan selamat. "Ini cabaran besar kepada kita, keupayaan kita dalam mengurus masalahan dalaman. Saya fikir ini keupayaan kita untuk mencari jawapan bagi menggantikan Umno BN," tegasnya. | Syed Rosli: Kegagalan Khairy punca lahirnya kumpulan pendesak Melayu Posted: 06 Oct 2013 03:42 AM PDT MALAYSIA KINI Pencabar Khairy Jamaluddin untuk jawatan ketua pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail berpendapat menteri belia dan sukan itu telah gagal dalam memimpin sayap itu selama ini sehingga melahirkan kumpulan-kumpulan pendesak Melayu. Menurutnya, kumpulan-kumpulan itu berperanan menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya dipikul oleh Pemuda Umno dalam menjaga hak-hak orang Melayu. "Apabila kamu (Khairy) masuk (ke dalam Pemuda) kamu mempunyai fahaman seakan-akan liberal. "Kamu gagal memimpin dan gagal mempertahankan hak-hak orang Melayu, Raja dan Islam. "Jadi tumbuhlah NGO yang dipelopori bangsa Melayu malah ada di antara mereka kelihatannya lebih popular daripada Umno," kata syed Rosli (kiri) pada satu sidang media tengah hari tadi. Menurut Syed Rosli, Pemuda Umno memerlukan pemimpin yang berani untuk kembali kepada asas perjuangan pergerakan itu dan perkara tersebut mendorongnya menawarkan diri bertanding. "Jadi sekarang ini pemuda Umno memerlukan revolusi. Hendak gerakkan revolusi kini kena ada seorang yang berani. "Saya boleh anggap diri saya berani sebab saya seorang ahli biasa tetapi saya cabar menteri kabinet kerana saya ada kemahuan dan keihlasan untuk buat Pemuda kelihatan lebih relevan dan dihormati," katanya. Syed Rosli mencuri perhatian media dan orang ramai apabila bersumpah untuk tidak akan terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa sekiranya terpilih sebagai ketua pemuda Umno. Selain beliau turut mencabar Khairy untuk jawatan itu adalah Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Abd Karim Ali serta Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar. Mengulas mengenai calon-calon lain, Syed Rosli (kiri) berpandangan Akhramsyah dan Irwan Ambak tidak akan mampu memahami jerih dan susah payah rakyat kebanyakan kerana mereka datang daripada keluarga yang berada. "Akhramsyah dia bukan orang susah. "Irwan Ambak pula adalah anak saudara Pak Lah (bekas perdana menteri kelima). "Jadi bagaimana mereka hendak perjuangkan nasib orang bawahan jika mereka tidak memahami kesusahan itu," katanya. Seorang lagi calon, Karim Ali pula katanya sehingga kini masih belum mengumumkan visi atau misi beliau baik kepada perwakilan atau media selepas pencalonannya. | Kenapa Zahid Hamidi terlalu emosional? Posted: 06 Oct 2013 03:35 AM PDT Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai diri dan kementeriannya. Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin. Dalam video itu terlihat bagaimana Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berulangkali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap portal berita berkenaan, bahkan mempertikaikan bagaimana wartawan berkenaan boleh dijemput dan hadir di majlis yang diadakannya. Lebih dari itu, Zahid juga tidak membenarkan wartawan berkenaan bertanya soalan kepadanya dan di akhir majlis pula beliau sekali lagi memberi amaran dan tidak mahu bersalam dengan wartawan berkenaan. Sebagai pemimpin yang sepatutnya tahu peranan media menyebarkan maklumat kepada orangramai, tindakan Zahid dilihat agak keterlaluan dan tidak matang. Kalau pun beliau ingin menunjukkan ketegasan dan keberanian serta tidak mahu dibayangi Menteri Dalam Negeri terdahulu yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tentulah bukan begitu caranya. Media mempunyai peranannya yang tersendiri kepada masyarakat dan mereka seharusnya dilayan dengan baik dan sopan. Anggap saja kehadiran mereka sebagai tetamu. Jika tidak, maklumkan daripada awal bahawa sidang akhbarnya itu hanya untuk media tertentu saja dan selainnya diminta meninggalkan majlis dengan baik. Jika laporan portal berita berkenaan didakwa sering memutar-belit kenyataan dan memberi laporan tidak tepat, Zahid bukan saja boleh membetulkannya, bahkan boleh saja mengambil tindakan mahkamah dan menuntut gantirugi sebagaimana sebuah akhbar arus perdana yang sering disaman dan terpaksa membayar banyak gantirugi kerana laporannya yang salah dan tidak tepat. Namun, portal berita yang didakwa Zahid sering memutar-belit kenyataan itu, tidak pula kedengaran pernah disaman oleh mana-mana pihak sebelum ini. Dalam majlis lain di Melaka hari ini pula, kerana menyedari ucapannya di majlis tertutup turut dihadiri wartawan, beliau turut melontarkan amaran agar tidak menyiarkan ucapannya berhubung isu keselamatan atau berhadapan dengan kemungkinan syarikat akhbar yang berbuat demikian ditutup. Ramai juga pemimpin lain yang mengadakab majlis tertutup, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan tidak mahu maklumat dalam majlis itu disiarkan tetapi tidak pernah pula ada yang sampai memberi amaran mahu menutup akhbar yang menyiarkannya. Biasanya permintaan dibuat dengan baik supaya akhbar tidak menyiarkannya dan memaklumkan ianya adalah perjumpaan tertutup. Dan media tiada masalah untuk mematuhinya. Apa perlunya sampai mahu menunjuk-nunjuk kuasa menutup syarikat akhbar? Zahid adalah antara pemimpin yang dirasakan mempunyai masa depan yang cerah. Dalam pemilihan 19 Oktober ini, beliau dijangka tiada masalah mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya. Sesetengah penyokong meramalkan beliau bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ada juga yang meramalkan bakal Perdana Menteri suatu hari nanti. Tidak ada salahnya bagi penyokongnya meramalkan demikian, bahkan tidak ada salahnya juga jika Zahid turut menyimpan cita-cita sedemikian. Tetapi untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi, Zahid juga perlulah menunjukkan wataknya yang sesuai. Lihat sahaja Najib, Muhyiddin atau Mahathir misalnya, walaupun mereka juga dikririk teruk oleh media namun tidak pernah sesekali mereka menunjukkan sikap emosional yang berlebih-lebihan. Semua pemimpin berkenaan menghadapi media, sama ada yang menyokong atau yang kerap mengkritik, dengan cara yang matang, berhemah dan penuh budi bahasa. Kalaulah mahu dibandingkan dengan Menteri-Menteri Dalam Negeri terdahulu yang sering dianggap mempunyai wibawa dan ketegasan tersendiri seperti Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie atau Musa Hitam, mereka juga tidak pernah sama sekali menunjukkan sikap yang keterlaluan dalam menangani karenah media. Sebagai pemimpin, seseorang itu perlulah menunjukkan sikap yang berbeza dengan orang kebanyakan yang mudah emosional, marah atau menunjuk-nunjuk, sebaliknya kematangan dan kedewasaan dalam menangani situasi sukar itulah yang membezakan seseorang pemimpin itu itu dengan rakyat yang dipimpinnya. Banyak lagi luahan sikap yang tidak sewajarnya dipamerkan Zahid sejak menjadi Menteri Dalam Negeri ini. Jika dulu rakyat resah dengan menterinya yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tetapi sekarang ini rakyat turut resah kerana Zahid seolah-olah menteri yang terlebih amaran dan tidak sabar-sabar mahu menggunakan kuasa yang ada padanya. Meskipun ramai yang memahami perlakuan Zahid ini lebih untuk memancing perhatian perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti 19 Oktober ini, namun berpada-padalah. Tindakan yang berlebih-lebihan atau "over do" boleh juga memakan dirinya sendiri. Terutama ketika berhadapan dengan media dan jika ingin terus menyimpan cita-cita sebagai penimpin masa depan, sikap emosional itu hendaklah ditangani dengan baik. Jika tidak, cita-cita itu hanya tinggal angan-angan saja. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | Saya teringat pula perbidalan lama 'macam jakun dapek bogheh' Posted: 06 Oct 2013 03:31 AM PDT
Rakyat tahu yang kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang berbelanja secara membazir dan budaya ini sudah terbentuk hampir tiga dekad dahulu. Dari waktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri belanja untuk menyelenggarakan perbelanjaan seorang Perdana Menteri sangat besar dan semuanya itu dibayar dari wang rakyat. Oleh kerana mereka tidak merasakan bagaimana susahnya rakyat berkerja dan membayar cukai maka mereka hanya membelanjakan wang rakyat itu mengikut hawa nafsu mereka masing-masing. Tidak ada perasaan bersalah dan tidak peduli dengan apa yang rakyat kata. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri mereka. Baru-baru ini Dewan Rakyat di beritahu bahawa dalam tempoh tiga tahun sahaja belanja untuk perjalanan Perdana Menteri Najib dengan Jet Eksekutifnya memakan perbelanjaan sebanyak hampir RM100 juta. Hampir RM 30 juta setahun di bazirkan dengan membayar bill jet peribadi Perdana Menteri dan ini merupakan satu budaya yang sangat gila dan tidak masuk akal. Kita tidak faham kenapa Perdana Menteri kita mesti menggunakan jet peribadi untuk terbang ke merata dunia. Kenapa tidak menggunakan penerbangan komersial MAS misalnya seperti lazim digunakan oleh banyak pemimpin negara lain. Perdana Menteri Singapura hanya menggunakan penerbangan SIA sahaja dan beliau boleh juga sampai kemana-mana dalam dunia ini. Sejak Dr Mahathir sehinggalah Najib budaya Perdana Menteri terbang keseluruh dunia dengan kerapnya ini terbentuk dengan jelas, seolah-olah seorang Perdana Menteri itu mesti keluar negara setiap bulan. Ini masalah biasa bagi pemimpin yang baru dan datang dari negara yang baru menjumpai kehidupan. Ada seorang pemimpin kita yang berkata, membawa keluar seseorang dari kampung itu senang, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari orang itu sangatlah susah. Ada juga perbidalan yang agak kasar bunyinya yang pernah saya dengar semasa saya kecil-kecil di kampung dahulu, dan sekarang tidak kedengaran lagi. Perbidalan itu ialah 'macam jakun dapek bogheh' (macam jakun dapat beras). Belum pun sampai ke kerak dah bertanak lagi, sehingga beras habis dan tiada yang tinggal. Itulah umpamanya mereka yang menjadi pemimpin hari ini terutamanya Perdana Menteri. Baginya menjadi Perdana Menteri itu merupakan 'privilege' untuk berbelanja sesuka hati mereka tanpa bertanggung jawab seolah-olah wang itu adalah wang datuk nenek mereka. Malahan apabila sudah berhenti menjadi Perdana Menteri pun mesti juga naik jet kemana-mana seolah-olah dari kecil sampai ke tua mereka ini sememangnya naik jet ke mana-mana. Mereka sudah tidak boleh lagi terbang dengan penerbangan komersial dan cara perjalanan yang lain. Mentaliti kekampungan inilah yang menjadikan kepimpinan itu tidak dihormati lagi dan akhirnya mereka ini menyalahkan rakyat kerana tidak menyokong mereka. Itu sebab diawal artikel ini saya mengingati seorang pemimpin yang berkata yang membawa keluar seseorang dari kampung itu senang dan mudah dilakukan, tetapi untuk mengeluarkan kampung dari diri mereka sangat susah. Itulah keadaan kita yang sedang dipimpin dengan pemimpin seperti ini. Malunya kurang, adabnya tiada dan adatnya entah kemana. Tidak ada langsung usaha untuk meninggalkan nama yang baik apabila sudah tiada nanti. Setidak-tidaknya harimau pun mati ditinggalkannya belang. | Audit: Najib perlu bentang kertas putih di parlimen Posted: 06 Oct 2013 03:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak perlu membentangkan Kertas Putih kepada Dewan Rakyat dalam sesi yang akan bermula pada 21 Oktober nanti berkenaan tindakan dan keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Khas yang dibentuk untuk meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2012. Pembentukan Jawatankuasa Khas itu telah diumumkan kelmarin oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang akan mempengerusikan jawatankuasa khas berkenaan yang akan turut dianggotai oleh ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, dan juga wakil-wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia. "Keraguan timbul sama ada Jawatankuasa Khas berkenaan akan membawa sebarang perubahan bagi menamatkan korupsi, pembaziran wang rakyat dan penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam seperti yang boleh dilihat menerusi Laporan-laporan Ketua Audit Negara," kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan. Katanya, jika kerajaan benar-benar hendak membasmi korupsi, pembaziran, pemborosan, dan penyalahgunaan kuasa yang telah menelan berbilion-bilion ringgit wang rakyat saban tahun, jawatankuasa peringkat tinggi sedemikian sepatutnya telah ditubuhkan sejurus selepas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengemukakan Laporan Audit 2012 kepada kerajaan pada bulan Julai lalu dan bukan hanya sekarang, iaitu hanya setelah pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen pada 1 Oktober lalu mula diperkatakan sejak minggu lalu. Justeru, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara merasa rakyat Malaysia akan percaya bahawa kedua-dua mereka tidak membaca atau mengetahui isi Laporan Ketua Audit Negara 2012 ketika ia pertama kali dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Julai lalu. "Apakah kedua-dua mereka tidak menyedari ketika itu seteruk mana korupsi, pembaziran wang rakyat, dan penyalahgunaan kuasa yang telah berlaku seperti mana yang dapat dilihat dalam laporan tersebut sehinggalah ia dibentangkan di Parlimen pada hari Selasa lalu dan dilaporkan secara meluas dalam media?" soal beliau lagi. Katanya, kerajaan mempunyai masa selama lebih dua bulan untuk memberi respons terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Justeru itu, ujar beliau rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan memberikan respons yang lebih baik memandangkan ia selama ini berbangga dengan Program Transformasi Kerajaan dan tidak menunggu sehingga pekung semakin berbau. Kata Lim lagi, dalam Kertas Putih berkenaan Perdana Menteri bukan saja perlu memperincikan langkah-langkah yang akan mengakhiri "kisah ngeri tahunan" dalam Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga menjelaskan tindakan disiplin yang telah diambil oleh semua kementerian terhadap kakitangan mereka yang terlibat dalam salah laku dan melanggar tatacara umum kerajaan sehingga menyebabkan banyak wang rakyat lesap. | Pencabar dakwa Khairy kempen guna jentera k'jaan Posted: 06 Oct 2013 03:28 AM PDT Pencabar Khairy Jamaluddin untuk jawatan ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail mendakwa menteri belia dan sukan itu menyalahgunakan jentera kementeriannya untuk berkempen bagi pemilihan Umno. Syed Rosli (kiri) berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Lembaga Disiplin Umno dan juga tidak akan teragak-agak untuk memajukannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau mendakwa bahawa Khairy mengadakan satu majlis ramah mesra beliau bersama menteri di Kompleks Sukan Kampung Pandan pada 2 Oktober lepas pada kira-kira jam 8.30 malam. Bagaimanapun, Syed Rosli mendakwa bahawa majlis itu sebenarnya digunakan untuk bertemu dan berkempen dengan beberapa pemimpin bahagian, seterusnya memperkenalkan beberapa calon yang bertanding jawatan exco Pemuda Umno Malaysia. Menurutnya, tindakan itu melanggar perlembagaan Umno yang melibatkan Tataetika Ahli dan termaktub di bawah Fasal 5.5.1 bagi pertandingan peringkat Majlis Tertinggi. "Calon dilarang berkempen tanpa kebenaran ibupejabat Umno dan pejabat perhubungan Umno negeri. "Saya akan serahkan semua bukti ini kepada Lembaga Disiplin Umno dan saya harap lembaga berkenaan dapat mempertimbang bantahan saya," katanya dalam satu sidang media di Amping tengahari tadi. Katanya, beliau juga mempertimbangkan untuk membawa perkara itu kepada SPRM jika Umno tidak bertindak terhadap perkara itu yang didakwanya boleh membatalkan kelayakan Khairy untuk bertanding. Bercakap lanjut, Syed Rosli turut mengulangi cabarannya kepada Khairy agar melaksanakan sumpah laknat tidak akan mengambil rasuah sepertimana yang beliau (Syed Rosli) sewaktu penamaan calon dahulu. Menurutnya, jika Khairy menyahut cabaran itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk terus menyokong Khairy jika kekal menjadi ketua Pemuda. Selain Khairy yang mempertahankan jawatannya, tiga lagi, selain Rosli, yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda ialah Ketua Pemuda cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; bekas ketua Pemuda Umno bahagian Merbok Abd Karim ALi serta ketua Pemuda Umno cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar. Malaysiakini sudah menghubungi Khairy untuk maklum balas dan masih menunggu komen beliau terhadap dakwaan tersebut. Sementara itu, Bernama melaporkan Khairy menyangkal tuduhan pencabarnya Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang mendakwa beliau menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan Umno. Bernama juga melaporkan Irwan Ambak sebagai berkata, jika perwakilan ingin mendapat maklumat mengenai calon bertanding, mereka boleh menggunakan carian sosial media sebagai ruang terbuka dan mana-mana calon pun boleh mendapat peluang tersebut. Abd Karim pula berkata di dalam sesuatu pertandingan adalah tidak adil jika seseorang calon itu menggunakan platform kementerian dan berkempen ke mana-mana kawasan sedangkan calon lain tidak mendapat kelebihan sebegitu. | Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini Posted: 06 Oct 2013 03:26 AM PDT MALAYSIA KINI Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini. Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri". Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video] "Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan. "Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau." Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa. Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya. Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini "memutarbelit" berita. Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau "setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini" semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas. Sementara itu, ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong (kiri dalam gambar) kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu. Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa. Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis. Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama. "Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi," tambahnya. | Ali Rustam kecewa pengundi Cina tak kenang jasa Posted: 06 Oct 2013 03:22 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau bertanding jawatan naib presiden Umno kali ini antara lainnya kerana kecewa apabila jasanya tidak dihargai oleh kumpulan pengundi Cina semasa pilihan raya umum 5 Mei.Mohd Ali yang menimbulkan soal 'tsunami Cina" dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia itu berkata, beliau memilih untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana tidak mahu membiarkan desakan DAP. Dalam wawancara itu, Mohd Ali pada awalnya ditanya sekiranya beliau telah mendapatkan pendangan dari golongan Cina berhubung keputusannya untuk bertanding bagi merebut jawatan naib presiden Umno kali ini. Katanya, golongan MCA memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyatakan kehendak mereka kerana "DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina" untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan dan negeri. "Jadi jasa saya langsung mereka tidak kisah sehingga banyak orang MCA dan Gerakan pun terpengaruh", katanya yang menambah, satu semangat baru diperlukan untuk mengelakkan orang Melayu terus berpecah "DAP sedang mendesak dan kita mesti menghadapinya. Saya kalau hendak berhenti (dari politik) memang boleh tetapi takkan saya hendan biar berlaku depan mata sedangkan kita telah alami tsunami Cina bagaimana mereka tidak menghargai jasa kita," katanya. Oleh itu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama dalam Umno itu memandangkan parti tersebut adalah wadah terbaik untuk memelihara hak orang Melayu dan Islam, katanya lagi. | Lagi amaran Zahid pada wartawan Posted: 06 Oct 2013 03:13 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghalang sekumpulan wartawan dari melaporkan kenyataannya berhubung perbincangan dalam satu forum tertutup mengenai isu keselamatan.Laporan Oriental Daily menyebut, Ahmad Zahid membuat satu kenyataan "sensitif" dalam forum berkenaan dan memberi amaran kepada petugaas media terbabit untuk tidak membuat laporan. Beliau didakwa memberi amaran bahawa syarikat akhbar terbabit boleh ditutup sekiranya melaporkan perkara itu, lapor akhbar berbahasa Cina tersebut. Laporan itu menyebut, menteri berkenaan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran beberapa orang wartawan di kalangan hadirin. Ahmad Zahid seterusnya dilaporkan "menjemput" para wartawan tersebut untuk meninggalkan acara tersebut. Menurut laporan itu lagi, Ahmad Zahid pada awalnya memperkenalkan beberapa orang calon yang akan bertanding dalam pemilihan Umno, dan didakwa menyebut kenyataan "sensitif" tersebut. Oriental Daily bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas perkara yang disifatkan "sensitif" itu, dan tidak menamakan organisasi yang diwakili wartawan tersebut. Ketika Ahmad Zahid berucap, seorang pemimpin Umno Melaka dilaporkan menyedari kehadiran wartawan tersebut, yang kemudiannya mengarahkan beberapa orang individu untuk meminta petugas media tersebut beredar. Dilaporkan, Ahmad Zahid menyedari perkara itu apabila seorang setiausahanya yang berada di satu meja bersama petugas media tersebut sedang membantu para wartawan terbabit. Menteri tersebut kemudiannya memberi amaran bahawa ia merupakan acara tertutup dan melarang kesemua media dalam apa jua bahasa daripada menerbitkan kandungan forum tersebut. Beliau juga dilaporkan memberi amaran bahawa akhbar terbabit boleh ditutup jika tidak mengikut larangan tersebut. Para hadirin tersebut seterusnya dilaporkan melaungkan ejekan selepas Ahmad Zahid memberi amaran tersebut, yang memaksa para wartawan tersebut keluar, lapor Oriental Daily lagi. Para penganjur tersebut kemudiannya dilaporkan cuba menjelaskan kepada wartawan tersebut bahawa ia hanyalah satu "salah faham". Menteri dalam negeri pada hari Jumaat lalu membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video] |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan