Pakatan Rakyat |
Posted: 31 Oct 2013 01:31 PM PDT ini dia seekor mahluk dari kerajaan BN berjiwa haramjadah...!!! Cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) agar pembinaan rumah kos rendah diambil alih oleh agensi kerajaan dan pemaju hartanah negeri masih belum sedia diteliti kerajaan. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, kerajaan sememangnya mengambil tanggungjawab untuk membina lebih banyak rumah kos rendah akan tetapi berdepan dengan masalah kapasiti yang terhad. "Kami mengambil tanggungjawab tersebut namun dalam industri ini, kerajaan mempunyai kapasiti terhad. Saya faham dari mana datangnya cadangan itu. Namun seperti yang saya katakana, kita mencari formula terbaik dan dinamik. "Apabila rumah kos rendah tidak lagi menjadi keperluan maka kita akan memudahkan beberapa syarat. Rehda dan kerajaan mempunyai hubungan yang baik. Kami ada halatuju yang sama bagi memastikan industri perumahan berkembang dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. "Pihak kerajaan menghargai apa yang telah dilakukan oleh Rehda dengan membina banyak rumah kos rendah. Ia idea yang baik dan akan diteliti kemudian," katanya selepas menghadiri Jamuan Makan Malam Rehda 2013 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam tadi. Timbalan Presiden Rehda Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor semasa berucap di majlis tersebut mencadangkan agar pembinaan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah dibangunkan oleh agensi di bawah kerajaan persekutuan serta pemaju hartanah negeri. Katanya, pandangan ini harus diteliti kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat memiliki rumah idaman mereka. "Salah satu cadangan yang telah dikemukakan Rehda kepada pihak kerajaan adalah menukar kuota rumah kos rendah pemaju hartanah swasta kepada rumah mampu milik. Namun ini tidak bermakna kepentingan rumah kos rendah diabaikan. "Bagi menambah faedah kepada rakyat, kami mencadangkan pembinaan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah dijalankan oleh agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), pemaju hartanah negeri serta Jabatan Perumahan Negara. "Rehda menyokong usaha kerajaan bagi membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi peningkatan populasi yang semakin meningkat. Rehda turut memainkan peranan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima pakai oleh semua pihak yang berkepentingan," katanya. Semasa berucap di majlis itu, Abdul Rahman turut menyatakan penghargaan kepada pemaju rumah swasta yang menjadi tulang belakang kepada industri perumahan negara. Katanya, kerjasama yang baik dengan pihak kerajaan dapat merealisasikan aspirasi rakyat untuk memiliki rumah sendiri selain jaminan polisi perumahan kerajaan tidak akan membebankan pemaju perumahan swasta di negara ini. "Saya sedar pihak pemaju berdepan dengan kenaikan harga barang pembinaan maka dengan skim pembinaan rumah mampu milik atau MyHome yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2014, beberapa insentif menarik kepada pemaju hartanah dalam membina rumah mampu milik telah diumumkan. "Di bawah skim itu, harga rumah yang berharga di antara RM45,000 hingga RM170,000 seunit, subsidi RM30,000 akan diberi kepada pemaju rumah mampu milik bergantung kepada kriteria yang dinyatakan dalam skim tersebut. "Diharapkan insentif tersebut dapat membantu masalah kewangan yang dihadapi pemaju dalam membina rumah mampu milik dan kerajaan berharap banyak pemaju yang akan menyahut seruan kerajaan ini," katanya penyapu sial Mereka hanya berminat untuk mendirikan rumah mewah kerana mendapat keuntunan yang besar....kerajaan dan pemaju perumahan 2 x 5 ajer...satu geng untuk melanunkan rakyat...kalau tak masakan harga rumah kerajaan haramjadah ini tak mampu mengawalnya sedang kuasa mutlak dah ada padanya. |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 31 Oct 2013 01:11 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan