Sabtu, 12 Oktober 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 12 Oct 2013 03:34 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:34 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


SURENDRAN SAHUT PELAWAAN KETUA POLIS NEGARA

Posted: 11 Oct 2013 06:32 PM PDT

IGP pelawa Surendran ikut ops berdepan penjenayah
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.
Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.
Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.
Ketika dihubungi,  Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.
Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawan tersebut.
"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.
"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.
Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu Malaysiakini: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu."
Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat.
Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Malaysiakini

DIALOG RAKYAT

Posted: 12 Oct 2013 03:18 PM PDT

PEMBOHONGAN dan logik merepek disuap kepada pembaca Utusan Malaysia dan penonton TV3 demi menghalang orang Melayu daripada memahami DAP. Di sini saya senaraikan beberapa hal yang UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 patut tahu mengenai DAP.

Pertama sekali, adakah sistem pemilihan UMNO itu lebih cemerlang berbanding DAP?

najib

Sangat kelakar melihat hamburan cercaan yang dilempar Utusan Malaysia dan TV3 baru-baru ini terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak mendapat bilangan undi paling banyak pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan kenapa saya, calon yang menerima undi paling banyak, sepatutnya diberikan jawatan Setiausaha Agung serta merta.

Asas kepada sangkaan ini pastilah bahawa sistem pemilihan parti DAP itu cacat dan tidak demokratik. Namun sistem yang tidak sama dengan UMNO tidak semestinya rosak. Setiap jenis sistem pemilihan hadir dengan sebab tersendiri yang memerlukan analisis mendalam.

UMNO mempunyai sistem yang pura-pura membenarkan pemilihan jawatan penting. Di atas kertas memang ia kelihatan demokratik. Tetapi sejarah menunjukkan bahawa hanya dua kali Presiden UMNO harus berdepan pencabar; pada 1978 Tun Hussein Onn dicabar Sulaiman Palestine manakala pada 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bertahan dengan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dengan kelebihan hanya 43 undi.

Sejarah Malaysia pastinya akan jauh berbeza sekiranya Tengku Razaleigh memenangi pemilihan UMNO. Atau sekiranya UMNO menyediakan jalan yang lebih mudah untuk mencabar presiden, beberapa pemimpin terbaik UMNO mungkin akan dapat bergilir memberi khidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri yang tidak kita dapatkan, antara lain kerana sistem pemilihan UMNO adalah sangat bias kepada penyandang jawatan Presiden.

Akhirnya Presiden UMNO hanya boleh digantikan melalui rampasan kuasa parti. Ternyata, Dr Mahathir ada peranan dalam mencurangi perkhidmatan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi. Tun Razak meninggal dunia terlalu awal sewaktu menjawat jawatan berkenaan. Kini kita menanti untuk melihat serangan Mahathir beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, terutamnya kalau Datuk Mukhriz Mahathir gagal memenangi jawatan Naib Presiden.

kongres

Sejak pembentukan DAP pada 1966, semua pemimpin tertinggi harus melalui pemilihan sekali setiap tiga tahun. Perwakilan memilih 20 ahli untuk membentuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat, yang kemudiannya memilih antara mereka siapa yang memegang jawatan tertentu. 20 ahli yang dilantik ini kemudian akan melantik 10 lagi ahli untuk turut serta dalam CEC.

Sepanjang tempoh Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agung, beliau tidak pernah mendapat bilangan undi tertinggi. Hanya pada 2008 dan 2012, apabila beliau sudah tidak lagi menjadi Setiausaha Agung, beliau menerima undi paling banyak.

Setiausaha Agung harus menguruskan parti dan membuat keputusan. Bukan semua keputusan boleh menyenangkan hati setiap ahli. Kerana itu ada disebut di kalangan pemimpin DAP bahawa sesiapa yang dilantik untuk mempengerusikan jawantakuasa disiplin – unit yang bertindak menjaga keteraturan termasuk mencadangkan pemecatan ahli – akan boleh mengagak undinya akan berkurang.

Parti DAP disusun dalam kerangka idea kepimpinan kolektif. Setiausaha Agung tidak mendapat aura Presiden, tetapi hanya seseorang yang lebih terkedapan di kalangan ramai dalam barisan kepimpinan yang dilantik pada satu pemilihan. Pengerusi tugasnya mempengerusikan mesyuarat dan memantau Setiausaha Agung dan pemegang jawatan lain yang melaksanakan keputusan CEC. Pengerusi juga bukanlah Presiden.
Kedua, pernah tidak UMNO melantik seorang bukan Melayu ke Majlis Tertingginya?

Ini pastilah hanya satu soalan retorik, satu peringatan bahawa orang bukan Melayu tidak boleh menyertai UMNO.

UMNO dan pencacainya menuduh DAP tidak melantik ahli Melayu ke dalam CEC, kecuali Zairil Khir Johari. Apa yang penting di dalam kepala mereka hanya warna kulit semata-mata.

Tidak ada parti politik boleh beroperasi daripada kekosongan vakum. DAP terpaksa bergelut dengan masalah penampilannya di kalangan orang Melayu, antara lain disebabkan usaha meracuni pemikiran mereka oleh UMNO dan Utusan Malaysia, yang menjadikan penyertaan beramai-ramai orang Melayu ke dalam DAP begitu sukar sekali. Bagaimanapun, ahli DAP masih boleh berbangga dengan sebuah parti yang berusaha untuk menjadi parti paling 'Malaysian' daripada segi kepimpinan dan calon.

kongres dap

Hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP boleh mengaku mempunyai semua etnik dan kumpulan daripada kawasan utama diwakili di dalam struktur parti dan juga di kalangan wakil rakyat di peringkat nasional.

Kepelbagaian ialah kekuatan DAP. DAP mempunyai lebih ramai wakil rakyat India berbanding parti India sendiri, MIC. Dalam pilihan raya kali ini, DAP menang di beberapa kerusi yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu di samping melihat tiga wakil rakyat Melayu dilantik, iaitu Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Zairil Khir Johari.

Secara geografi, DAP adalah parti pertama yang mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia. Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu turut menyaksikan seorang Kadazan, Dr Edwin Bosi, dilantil menjadi ADUN di Sabah.

Namun pastinya menjadi kepelbagaian sebagai suatu kepercayaan dan mengamalkannya bukan sesuatu yang mudah, terutamanya apabila pihak seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus menyemarakkan sentimen perkauman dan kegelisahan. Namun kepelbagaian itu tetap berada dalam 'rukun iman' parti.

Ketiga, adakah UMNO menyediakan peluang yang mencukupi untuk orang muda menyertai kepimpinan parti?

Saya syak ada sesuatu yang ahli UMNO sendiri kagum dalam diam mengenai DAP dan kecewa dengan parti dan pemimpin mereka sendiri: bahawa DAP ada kuasa anak muda.

40% daripada 20 anggota CEC DAP lahir selepas 1970. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching), Nga Kor Ming (Taiping), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Gobind Singh (Puchong), Loke Siew Fook (Seremban) dan saya sendiri lahir selepas 1970 manakala Teo Nie Ching (Kulai) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) lahir selepas 1980.

DAP mempunyai kelompok generasi pengasas yang menjadi tiang seri moral parti, sebagai contoh Karpal Singh dan Lim Kit Siang mampu membangkitkan emosi yang sangat dalam. Pemimpin generasi pertengahan usia sekurang-kurangnya mempunyai 20 tahun pengalaman politik pilihanraya.

leaders kongres

Lim Guan Eng, Chow Kon Yeow, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Chong Eng dan Ngeh Koo Ham termasuk Dr Boo Cheng Hau mempunyai pengalaman luas sebagai pembangkang dan kerajaan negeri manakala Tan Kok Wai, M. Kulasegaran dan Fong Kui Lun adalah pemimpin veteran yang berdaya tahan tinggi.

Pada masa yang sama, mereka yang sebaya saya di dalam UMNO masih lagi bertanding di peringkat pemuda (pemimpinnya Khairy Jamaluddin hanya setahun tua daripada saya) dan beberapa orang teman dalam kempimpinan Pemuda MCA malah punya anak yang sudah hampir usia mengundi!

Sebaliknya, orang muda dalam DAP mendapat peluang untuk belajar sambil bekerja di dalam posisi CEC, seperti Setiuasaha Organisasi, Setiausaha Publisiti, Pengarah Pendidikan Politik, Pengerusi Biro Undang-undang dan Setiausaha Antarabangsa.

Menjelang pilihan raya umum yang seterusnya, akan lahir generasi ketiga yang lahir selepas 1970 yang berpengalaman dan kuat, ramai antaranya yang sudah dua penggal sekurang-kurangnya berada di Parlimen.
Orang muda boleh meningkat dalam struktur parti dan membentuk kelompok yang hebat kerana sistem pemilihan adalah secara relatifnya berbentuk 'collegial'.

Inilah antara perkara mengenai DAP yang UMNO dan para pemukanya gagal faham dan mengerti.

SHAH ALAM: Komitmen ketua jabatan dan agensi penguatkuasaan perlu bagi menjamin tidak berlaku ketirisan, pemborosan dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam walaupun dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kim Swee, berkata yang penting pemantauan dilakukan setelah sesuatu pekerjaan itu selelsai dijalankan mengikut prosedur.

"Saya berpendapat, banyak prosedur boleh diikuti satu persatu tetapi perlu ingat bahawa masih banyak ruang yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran, pemborosan dan penyelewengan.

"Contohnya, bila pembelian pukal dilakukan, memang semua nampak okay tapi sebenarnya ada satu item misalnya berharga 20 kali ganda.

Bila berlaku seperti itu, kita boleh kata macam mana pun ada dalam peruntukan, tidak lari bajet tetapi wujud elemen penyelewengan," kata beliau dalam Wacana anjuran Sinar Harian bertajuk, "Laporan Audit: Tiris atau terlepas pandang", di Shah Alam, semalam.

Tony Pua yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara berkata, segala urusan atau transaksi pembelian kerajaan haruslah dipantau ketua jawatan atau agensi penguatkuasaan.

"Kerajaan kena pantau adakah berlaku kemasukan wang (yang diragui) dalam akaun pegawai berkenaan, mereka juga boleh dipantau daripada cara hidup. (Tidak salah bermewah) tetapi bermewah yang melampaui pendapatan adalah tidak sepatutnya," ujar Pua.

Sehubungan itu, Tony Pua turut menegur Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) yang dianggap hanya 'kuat mengaum tetapi tidak bertaring'.

Bagaimanapun, beliau memberi reaksi positif kepada PAC apabila bertindak terhadap laporan rasuah membabitkan 'jerung besar'.

"Setahun dua ini ada jerung yang dibawa ke mahkamah, PAC telah buat laporan antara satu daripada laporan mengenai isu PKFZ. Dalam laporan itu kita kata bekas menteri pecah amanah, tapi bila menteri dituduh tipu Perdana Menteri, ia seperti sudah bukan isu pecah amanah.

"PAC hanya boleh buat bising tapi tidak ada kuasa. Dalam tahun lalu, PAC mungkin mesyuarat tujuh atau lapan kali tapi sering tidak dapat menyelesaikan masalah yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Lepas siasat, that's it, itu sahaja," katanya.

Perkara ini menyebabkan berlakunya lambakan aduan kes rasuah dan penyelewengan yang gagal berjaya diadili di mahkamah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan hilang.

"Tan Sri (Ketua Pesuruhjaya SPRM) sendiri pernah membangkitkan banyak kes (penyelewengan dan rasuah) dan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara (AG) tetapi mereka tidak ambil tindakan kes yang telah dinasihatkan SPRM. Sebab itu banyak kes rasuah tidak dapat dibawa ke mahkamah," jelasnya.

Wacana itu dimoderatorkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, manakala ahli panel terdiri daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Tony Pua dan Pengerusi PAC negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Pengikut