Khamis, 3 Oktober 2013

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Majlis Serahan Tugas Komander AMAL Indera Mahkota

Posted: 02 Oct 2013 04:59 PM PDT


Pada 02 Oktober 2013 bertempat di Dewan PUTRA, Balok telah diadakan Majlis Serahan Tugas Komander Amal Indera Mahkota.

Majlis ini diadakan bagi meraikan al-Fadhil Saudara Sh Azlan bin Sh Abd Aziz yang telah menamatkan tugas beliau berkuatkuasa pada pada tarikh tersebut. Ini berikutan beliau telah diamanahkan untuk menjawat jawatan diperingkat negeri iaitu sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Negeri Pahang.

Sepanjang beliau bertugas sebagai Komander Amal Indera Mahkota banyak program dan aktiviti yang telah diadakan bagi memperkenalkan dan menaikkan nama Jabatan Amal di tengah masyarakat. 

Antara ucapan terakhir, beliau mengingatkan semua warga Amal IM agar sentiasa berkerja dengan lebih gigih dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah SWT untuk kepentingan organisasi dan PAS khususnya. Ini selaras dengan motto Jabatan Amal itu sendiri iaitu "BERAMAL KERANA ALLAH".

Disamping itu juga, majlis ini turut mengalu-alukan kedatangan pengganti beliau iaitu al-Fadhil Saudara Mohd Hassan bin Syamsuddin dalam simbolik acara penyerahan fail tugas kepada pengantinya itu.

Saudara Mohd Hassan Syamsudin dalam ucapannya menyeru kepada semua anggota Amal IM agar sentiasa membantu beliau dalam menjalankan tugasnya.

Terdahulu majlis ini turut mendapat suntikan motivasi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda DPPIM, al-Fadhil Ustaz Zainal Abidin Mohammad.  

Tiada ulasan:

Pengikut