Pakatan Rakyat |
Posted: 21 Sep 2013 03:22 PM PDT | Maznah buat kejutan cabar Shahrizat Posted: 21 Sep 2013 06:17 AM PDT SINAR HARIAN Maznah Mazlan KUALA LUMPUR - Exco Wanita Umno, Senator Datuk Maznah Mazlan hari ini membuat kejutan apabila menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Wanita kira-kira setengah jam sebelum proses penyerahan borang ditutup 5 petang. Borang pencalonannya diserahkan wakilnya Mohamad Baba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang bakal bertanding jawatan utama pergerakan itu ialah tiga orang termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mempertahankannya dan anggota seumur hidup Umno, Raihan Sulaiman Palestin. Maznah yang juga Adun Muadzam Shah merupakan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia. Jawatan naib ketua pula menjadi pertaruhan antara Exco Wanita yang juga Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun. Jawatan itu kosong apabila penyandangnya, Datuk Kamilia Ibrahim bertindak keluar parti dan melepaskan semua jawatannya di dalam parti setelah bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 Mei lepas. Bagi jawatan Exco Pergerakan Wanita yang hanya menempatkan 20 jawatan, sebanyak 44 anggota menyerahkan borang pencalonan yang kebanyakannya muka baru. Sementara itu, Tan Sri Napsiah Omar mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi Tetap Wanita apabila menang tanpa bertanding manakala timbalannya, Datuk Saripah Aminah Syed Mohd dicabar oleh Datuk Mastika Junaidah Husin. Terdahulu, Shahrizat yang tiba pada jam 8.15 pagi menjadi bakal calon pertama menyerahkan borang pencalonan di Bilik Kuala Lumpur, Aras 5 PWTC diiringi Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar. Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya, Shahrizat berkata, jika diberi kepercayaan untuk terus menerajui pergerakan itu, beliau akan berjuang berhabis-habisan untuk mengarusperdanakan isu wanita, keluarga dan masyarakat di persada yang lebih tinggi. "Kalau saya diberi kepercayaan oleh Wanita Umno, saya akan berjuang untuk wanita Malaysia berbilang-bilang kaum supaya akan ada kesaksamaan gender di negara ini terutamanya dalam bidang politik," katanya. Shahrizat juga berharap anggota-anggota perwakilan memberi kepercayaan dengan tidak mengetepikan calon-calon Wanita kerana jika suara wanita ketinggalan, sesuatu keputusan yang dibuat pasti tidak sempurna. Suraya pula berkata, beliau ingin mendekati golongan wanita bekerjaya, usahawan dan yang tinggal di bandar dan tidak hanya menumpukan kepada program kebajikan semata-mata. "Ruangnya begitu luas untuk proses engagement ini, saya juga berharap agar perwakilan membuat keputusan yang bijak dalam memilih pemimpin khususnya dalam menghadapi PRU14," katanya. Hamidah yang membuat keputusan di saat akhir untuk bertanding jawatan Naib Ketua berkata, beliau terpanggil menawarkan diri bertanding kerana ingin menjulang perjuangan parti ke tahap lebih tinggi. Sementara itu, bagi muka-muka baharu yang menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Exco Wanita Pusat buat pertama kalinya mengakui gementar tetapi dalam masa yang sama teruja untuk bertanding menerusi kaedah pemilihan baru yang lebih terbuka. Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof, 43, berkata, beliau memberanikan diri bertanding kerana memikirkan perlunya gandingan di antara orang lama berpengalaman dan orang baru bagi memastikan pergerakan itu semakin mantap. Ketua Wanita Umno Bahagian Batu, Norashekin Yusof, 45, berkata, proses pemilihan baharu ini membuktikan bahawa Umno tidak pernah menyekat hasrat orang muda tetapi memberi peluang seluas-luasnya untuk sama-sama berkhidmat dan menawarkan diri bertanding. Ketua Wanita Umno Cawangan Jalan Sulaiman, Bukit Bintang, Zaini Zainudin, 47, yang juga seorang saintis alam sekitar berkata, beliau ingin membawa suara anggota akar umbi ke peringkat tertinggi parti agar diberi perhatian khusus. - Bernama | Syed Rosli ibaratkan kepimpinan Pemuda Umno seperti 'warga Bangla' Posted: 21 Sep 2013 06:06 AM PDT Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia". Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi. Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa. "Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri. "Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara? "Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya. "Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? "Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita. Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya. "Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya kepada pemberita. Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli. Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya. | Negara rugi RM120 juta setahun Posted: 21 Sep 2013 06:00 AM PDT Ismail Sabri (dua, kiri) melawat gerai jualan di Lembaga Pertubuhan Peladang Panji, semalam. KOTA BHARU - Negara mengalami kerugian kira-kira RM120 juta setahun, akibat aktiviti mengorek pasir dan pembalakan sejak 2008 menyebabkan penanaman padi di Kelantan, terjejas. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerugian merangkumi RM60 juta bagi semusim penanaman padi dalam setahun iaitu dua musim melibatkan 6,000 petani di negeri ini. "Kesan aktiviti mengorek pasir dan pembalakan ini menyebabkan gangguan terhadap amalan pengairan kepada 6,000 petani di kawasan Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh. "Aktiviti tersebut paling teruk berlaku pada 2008 dan sehingga kini masih berlaku menyebabkan kerajaan membina empangan rendah bagi meningkatkan paras air sungai," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Lembaga Pertubuhan Peladang di Panji, semalam. Kata beliau, bagi menyelesaikan masalah itu, inisiatif membina empangan rendah akan dijalankan di hadapan rumah pam bagi menaikkan paras air berkenaan. "Sebanyak RM39 juta kos tambahan diperuntukkan membina empangan rendah bagi menaikkan paras air dan membolehkan pam disedut dan disalurkan ke sawah padi. "Empangan ini merentasi Sungai Kelantan dan bakal dibina di Kampung Kubang Pak Amin, Kasa, Pasir Mas pada masa terdekat dan satu lagi cadangan empangan di Kemubu pada tahun hadapan," katanya. Selain itu, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai penggunaan tanah bagi pembinaan empangan dan percaya kerajaan Kelantan akan membenarkannya bagi kemudahan petani di negeri ini. Tambah beliau, kerajaan pusat turut memperuntukkan RM5 juta bagi mengatasi masalah lumpur sungai di kawasan pam dan mengelak lumpur menjejaskan sawah. | Ali Rustam sah bertanding, VP saksi perebutan 6 penjuru Posted: 21 Sep 2013 05:16 AM PDT Bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding naib presiden Umno, sekaligus mematikan spekulasi yang mengatakan beliau mungkin menarik diri. Beliau mengumumkan perkara itu pada jam 4 petang tadi selepas menyerahkan borang pencalonannya di ibupejabat Umno di PWTC. Sebelum itu timbul spekulasi yang beliau akan dilantik sebagai seorang senator sebagai usaha memujuknya supaya tidak meneruskan hasratnya bertanding. Bagaimanapun, mereka yang rapat dengannya berkata, pelantikan tersebut tiada kaitan dengan pertandingan naib presiden. Sebaliknya, kata mereka, pelantikan itu adalah sebagai menghargai jasanya selama mentadbir negeri Melaka. Ali Rustam ketika ditanya mengenai spekulasi tersebut berkata, semua calon ada 72 jam untuk memikir pencalonan mereka. "Apa-apa pun boleh berlaku dalam masa 72 jam itu," katanya. Ini bermakna perebutan jawatan tersebut bakal menyaksikan perebutan enam penjuru antara tiga penyandangnya - Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan tiga lagi calon. Dua orang lagi yang mengemukakan borang pencalonan untuk jawatan tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. Mukhriz menyerahkan borang pencalonannya petang ini manakala Isa berbuat demikian pagi tadi. | 261 borang pencalonan pemilihan Umno dterima Posted: 21 Sep 2013 05:14 AM PDT MALAYSIA KINI Sebanyak 261 borang pencalonan yang dihantar untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi Umno dan tiga sayap parti itu. Majlis Tertinggi: Presiden - 1 Naib presiden - 6 kerusi Majlis tertinggi - 64 Pencalonan Wanita Umno: Ketua wanita - 3 (Datuk Seri Shahrizat Jalil, Raihan Sulaiman, Datuk Maznah Mazlan) Pencalonan Pemuda Umno: Ketua pemuda - 5 (KJ, Akramshah Sanusi, Irwan Ambak, Abdul Karim Ali, Syed Rosli Syed Harman) Pencalonan Puteri: Ketua - 2 | Tribunal diberitahu, SPR asingkan suami isteri Posted: 21 Sep 2013 05:13 AM PDT Sebuah kampung di Segamat, Johor telah dibahagikan sehinggakan suami isteri yang mendaftar di alamat yang sama, akan mengundi di kawasan yang berlainan, demikian Tribunal Rakyat BERSIH diberitahu hari ini. Saintis politik, Wong Chin Huat (kiri), ketika menunjukkan slaid kepada panel tersebut mengenai persempadanan kawasan pilihan raya di Malaysia, bertajuk "Satu katil, dua kawasan?" berkata beliau tidak dapat mencari istilah akademik yang sesuai untuk menggambarkan fenomena tersebut. Menurutnya, jika kita hendak mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) telah melakukan tugas yang hebat, maka kita mesti membuat kesimpulan bahawa sempadan itu bukan sahaja merentasi rumah, malah ia turut merentasi bilik dan katil. "Mereka semestinya mempunyai maklumat bahawa Encik Ong tidur di sebelah Segamat, manakala isterinya tidur di sebelah Sekinjang . "Anda akan berdepan dengan banyak cerita seperti ini, tetapi ini adalah yang paling menarik," katanya. Turut memberi keterangan hari ini ialah Ong Guan Sin, penghuni rumah rumah tersebut dan ketua kumpulan ejen mengundi dan ejen mengira undi yang berpusat di Segamat. Beliau juga menunjukkan peta Kampung Abdullah yang menunjukkan lebih 3,000 titik merah dan biru yang mendedahkan banyak contoh pengundi yang berkongsi alamat yang sama tetapi mengundi di kawasan yang berlainan. | Azalina tarik diri sebab cintakan parti Posted: 21 Sep 2013 05:11 AM PDT AZALINA KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusannya menarik diri daripada merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno dibuat atas dasar sayang dan cinta kepada parti. Beliau berkata ia dibuat selepas mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak dan yakin keputusan itu diterima baik semua pihak demi perpaduan dan keutuhan Umno. "Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan Umno, apa yang penting bagi saya ialah untuk melihat Umno terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya dalam kenyataan hari ini. Azalina turut memaklumkan beliau akan menawar diri untuk bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua Umno Bahagian Pengerang. Beliau yakin mampu mencurahkan bakti dan khidmat kepada parti, bangsa, negara dan agama berdasarkan pengalaman dan kebolehannya sebagai anggota Parlimen selama tiga penggal dan pernah menjadi menteri kabinet serta menerajui Puteri Umno sebelum ini. Azalina sebelum ini mengumumkan mahu bertanding jawatan Ketua Wanita yang disandang bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, namun mengubah fikiran atas alasan mahu mengelak perpecahan dalam parti. Dalam kenyataan sama, Azalina mengucapkan terima kasih kepada Shahrizat dan Pergerakan Wanita yang telah berikrar memberi sokongan penuh kepada beliau dalam merebut jawatan MT pada pemilihan Umno bulan depan. - Bernama | Pendapatan Negara Malaysia Naik 2013 (RM209 Bilion) VS Kerajaan Belanja (RM250 Bilion)!! Natijahnya? Posted: 21 Sep 2013 05:00 AM PDT
Ramai orang pasti tahu dan sedar kenaikan harga minyak memberikan kesan rantaian yang cukup besar sehingga menjerut rakyat seperti anda semua dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup setiap hari. Tetapi persoalannya sekarang ini, adakah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen adalah wajar jika dibandingkan dengan kemampuan kewangan kerajaan Malaysia pada ketika ini? Mampu atau tidak? Nah…mari Berita Semasa dan anda di sini kupas satu persatu… Pendapatan Negara Malaysia 2009-2013 (RM Bilion)
Kesemua pendapatan negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun terakhir ini banyaknya datang daripada pendapatan minyak (cukai petroleum, cukai syarikat minyak, cukai yang dibayar oleh pekerja syarikat-syarikat minyak, duti eksport minyak, dividen yang dibayar Petronas kepada kerajaan) (SUMBERNYA DI SINI) : Pendapatan Negara Malaysia VS Pendapatan Petroleum (RM Bilion)
Sumber : Perbendaharaan Negara Jikalau diperhatikan dan dimomokkan untuk rakyat Malaysia setiap hari melalui salauran media arus perdana, kewangan negara cukup sesak bagi menghalalkan kenaikan harga minyak atas nama pengurangan subsidi. Pendapatan Negara VS Perbelanjaan Mengurus VS Perbelanjaan Pembangunan (RM Bilion)Malangnya, dalam pada pendapatan negara terus meningkat tetapi perbelanjaan mengurus negara turut meningkat dengan mendadak : Bertambah teruk lagi, perbelanjaan untuk tujuan pembangunan negara Malaysia terus menurun :
Kerajaan Malaysia dilihat tidak menggunakan kesempatan yang ada disebalik peningkatan pendapatan negara atas nama kenaikan pendapatan Petronas untuk digunakan tujuan :
Nah…ini realiti yang berlaku sekarang ini. Persoalan apa sekarang ini? Adakah Malaysia mempunyai cukup wang untuk mentadbir negara ini baik selain menambahbaik kehidupaan rakyat Malaysia? Sebenarnya lebih sekadar cukup. Tetapi, negara tidak akan cukup wang selagi yang diberikan amanah untuk menguruskan kewangan negara tiada disiplin untuk mengawal nafsu pemimpin yang terus-menerus boros ketika membelanjakan kewangan negara dan duit rakyat, korupsi, penyelewengan, salah guna kuasa berleuasa di Malaysia. Seperti yang Berita Semasa tekankan sebentar tadi, walaupun pendapatan negara terus meningkat malangnya ekonomi dan hutang tidak diruskan dengan baik. Natijahnya kepada negara, buat pertama kali dalam sejarah ekonomi negara agensi penarafan kredit antarabangsa Fitch Rating telah menuruntarafkan prospek ekonomi negara menjadi negatif dek kerana kadar hutang kerajaan Malaysia yang terus melambung tinggi.
Akhirnya, jalan penyelesaian yang mudah diambil kerajaan sekarang adalah dengan cara mengurangkan subsidi bahan api petrol dan diesel sebanyak RM3.3 bilion setahun di mana kesannya dinikmati oleh anda, anda semua daripada kalangan 28 juta rakyat Malaysia. Apa komen dan pendapat anda pula? | Najib, Muhyiddin/ menang tanpa bertanding Posted: 21 Sep 2013 04:56 AM PDT dikemaskini Presiden Umno Datuk seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding untuk kedua-dua jawatan tersebut. Ia berikutan tiada borang pencalonan lain diterima apabila proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini. Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof mengumumkan perkara itu dalam sidang media sebentar tadi selepas penamaan calon untuk pemilihan Umno ditutup petang tadi. Dalam sidang media tersebut, Rauf mengumumkan sebanyak 261 borang pencalonan telah diterima untuk pemilihan kali ini meliputi kerusi majlis tertinggi, serta tiga sayap terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Puteri. Menurutnya, enam calon menawarkan diri untuk merebut tiga kerusi naib presiden, lima calon bertanding jawatan ketua Pemuda, tiga calon merebut jawatan ketua Wanita dan dua calon merebut kerusi ketua Puteri. Baki pencalonan pula adalah pencalonan untuk jawatan pengerusi tetap dan timbalan serta exco semua sayap berkenaan. Semua calon-calon yang telah menawarkan diri kini mempunyai tempoh bertenang selama 72 jam jika mereka menukar fikiran untuk menarik diri daripada bertanding. Senarai akhir calon-calon akan diumumkan pada hari Selasa depan, kata Rauf. Sementara itu, Bernama melaporkan, borang pencalonan Najib diserahkan Setiausaha Politik beliau Datuk Khairun Aseh (kiri) yang hadir mewakili Najib di Bilik Labuan, tingkat 5, PWTC semasa proses penamaan. Selain mempertahan jawatan Najib juga akan mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan. Najib ialah pencadang kepada pencalonan Muhyiddin manakala penyokong ialah Tengku Adnan. Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang pertama serah borang pencalonan sebagai anggota Majlis Tertinggi di PWTC pagi ini. Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 dibuka di seluruh negara 8 pagi ini. Bagi pertandingan di peringkat bahagian, mereka hanya perlu menjadi ahli Umno sekurang-kurangnya tiga tahun. | Mukhriz optimis peluang menang, bukan proksi Mahathir Posted: 21 Sep 2013 04:54 AM PDT Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir merasakannya beliau mempunyai peluang untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno yang ditandinginya. Berdasarkan perkiraannya, beliau mempunyai peluang 50-50 untuk menang. "Secara teknikalnya ia 50-50 kerana ada enam calon. "Saya rasa saya optimis dengan berhati-hati, tapi kena juga berkempen dan kena kenal seramai mungkin perwakilan dan terangkan kepada mereka kenapa saya buat ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya petang tadi. Menjawab soalan wartawan, walaupun tiga penyandang sekarang dilihat seperti satu pasukan apabila hadir bersama menyerahkan borang mereka, Mukhriz tetap optimis dengan peluangnya. Menurutnya, beliau sebenanrnya hanya perlu merebut satu daripada tiga kerusi naib presiden dan bukannya menewaskan ketiga-tiga mereka. "Bukan niat saya untuk kalahkan semua orang. Hasrat saya cuma untuk menjadi salah seorang daripada tiga (naib presiden), dengan gandingan untuk membantu presiden dan timbalan presiden," katanya. Beliau turut menjelaskan yang laluannya dalam politik dilakar beliau sendiri dan bukan bergantung kepada ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad. "Karier politik saya ada naik turun. Kalau orang kata saya proksi beliau, sudah tentu laluan politik saya mudah. "Pertama kali saya tawar diri jadi ketua pemuda Umno Kubang Pasu yang beliau sendiri adalah ketua bahagian selama 35 tahun, saya kalah," katanya. | 'Najib silap, Chin Peng pernah memohon untuk pulang' Posted: 21 Sep 2013 04:53 AM PDT Bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas rakan Chin Peng dan ahli keluarganya menegaskan bahawa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah memohon untuk pulang selepas Perjanjian Damai Hatyai pada 1989. "Peguam memohon tiga dokumen daripada Kementerian Dalam Negeri apabila Chin Peng pertamakali memfailkan kes (untuk pulang) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. "Yang pertama ialah senarai yang disediakan oleh PKM mengenai Anak saudara Chin Peng , Lee Chung, berkata sebuah berita pada tahun 1991 juga memetik ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Haniff Omar sebagai berkata bahawa bapa saudaranya itu telah memohon pada akhir tempoh satu tahun yang ditetapkan untuk berbuat demikian. "Jadi apa yang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kata, adalah tidak benar kerana secara logiknya, kenyataan-kenyataan pada 1991 itu menunjukkan permohonan telah dibuat," katanya. Najib berkata abu Chin Peng - atau nama sebenarnya Ong Boon Hua - tidak akan dibenarkan dibawa balik ke Malaysia kerana dia tidak memohon dalam tempoh satu tahun selepas Perjanjian Damai itu dan keluarganya boleh menyaman kerajaan jika tidak bersetuju. Chin Peng kalah kesnya pada tahun 2008 apabila tidak dapat Sementara itu, Lee Suvit - saudara lelaki Lee Chung - berkata keluarganya akan "melakukan yang terbaik " untuk memenuhi hasrat Chin Peng supaya abunya dibawa pulang ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak. "Kami akan cuba untuk membawanya pulang dengan bermaruah," kata Suvit, yang kakaknya telah menjaga Chin Peng sehingga dia meninggal dunia akibat kanser pada 16 September lalu. |
Posted: 21 Sep 2013 03:05 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:05 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan