Jumaat, 27 September 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 26 Sep 2013 11:06 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Pelan Pendidikan: RM20j pada McKinsey, BN ketepi anak tempatan

Posted: 26 Sep 2013 01:08 AM PDT

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah "berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar" menjadi bukti ulung kegagalan Umno-BN membangunkan kemahiran dan keupayaan anak watan.
Malah tindakan Muhyiddin meneruskan budaya Umno-BN mendapatkan nasihat strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada masa depan negara.

Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan Umno-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya.
Hubungan intim pembuat dasar dan firma rundingan terutamanya firma asing seperti yang dipraktikkan Umno-BN sejak era Dr Mahathir perlu disemak semula.
Bukan sahaja rasa tidak puas hati di kalangan pegawai kerajaan terhadap "pakar-pakar dari luar" perlu diambil kira, malah proses soft colonization akibat kebergantungan tidak sihat kepada nasihat luaran perlu dihentikan.
Kerajaan Pusat perlu membina keupayaan dalaman khusus dikalangan pegawai kerajaan sedia ada, dan tidak sentiasa mengutamakan "nasihat luar" seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Fahmi









Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55802

Bekas MB Kedah Azizan Razak meninggal dunia

Posted: 26 Sep 2013 12:45 AM PDT

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bernama melaporkan Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSB Dr Norzaini Morad berkata Azizan disahkan meninggal dunia pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Katanya keadaan Azizan yang dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke HSB bulan lepas mula kritikal sejak pagi semalam selepas mengalami serangan jantung.

azlan"Rawatan agresif telah diberikan dan antibiotik terbaik juga diberikan. Jangkitan kuman mungkin berpunca daripada keadaan pesakit yang lemah. Diabetis juga memudahkan pesakit dijangkiti (kuman), selain komplikasi buah pinggang dan 'end-stage' di peringkat rawatan dialisis," katanya pada sidang media di HSB hari ini.

Pada 6 Mei lepas, Azizan yang menghadapi masalah bengkak kaki dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP keesokan harinya.

Di HPP, Azizan yang merupakan ADUN Sungai Limau terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis, bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.

Setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP, pada 14 Ogos lalu beliau dipindahkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.

Sejak pukul 3 pagi semalam, keadaan kesihatan Azizan dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Jerai Muzaini Azizan berkata, jenazah Azizan akan disembahyangkan di Markaz PAS Pokok Sena sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.00 petang ini.

"Jenazah kini dalam perjalanan ke Markaz PAS Pokok Sena. Semua urusan mandi dan mengkafan jenazah beliau dilakukan di hospital.

"Rakyat boleh mengunjungi jenazahnya di markaz tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 1.30 petang ini.

Muzaini berkata jenazah bekas pesuruhjaya PAS itu akan dikebumikan bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor di muassasah tersebut.
Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Kedah meninggalkan dua orang isteri dan 14 orang anak.

Susulan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas di DUN Kuala Besut. 

Pada pilihan raya umum lalu, Azizan berdepan dengan cabaran empat penjuru termasuk sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN. Azizan mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,774 undi.

Amaran persempadanan semula Anwar dari New York

Posted: 26 Sep 2013 12:43 AM PDT

NONE
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dibahaskan di Parlimen jika ia tidak dilakukan dengan telus dan adil.

"Saya beri amaran kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan tidak akan membenarkan amalan korup, penipuan SPR ini dibentangkan dan perbahasan berhubung persempadanan semula.

Katanya, keputusan itu disimpulkannya setelah berbincang dengan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

NONE     Anwar memberikan amaran itu di New York pada Ahad ketika menjawab soalan semasa sesi soal jawab bersama kira-kira 100 peserta, kebanyakannya rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat.

"Jika mereka teruskan (dengan persempadanan semula), akan ada masalah. Saya boleh janjikan pada anda, di dalam dan di luar Parlimen, kita akan jadikannya isu besar, kita tidak akan mengalah," tegasnya.

Proses persempadanan semula dijangka bermula pada penghujung tahun ini. Ia dilihat bakal memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan:

Pengikut