Jalan kaki ke Pokok Sena Mahfuz Omar wakil rakyat Hati sedih badan merana Melihat kepimpinan gayat
Salad Maya Karin bercuka Masakan bonda enak belaka Bila rapuh tiang negara, Pada Wanita harapan bangsa
Beli beras di kedai Pak Awab Bawa pulang tangan yang angkat Untuk memikul tanggungjawab Kepimpinan wanita perlu kuat
Pergi ke Besut mencari rotan, Jual selonggok beli sebemban, Hal Wanita sibuk si jambu jantan, Si Arab, Pengkid, dan Tembam Wow! Pilihlah wanita yang sempurna sifat
Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk keganasan yang dilakukan pihak berkuasa Mesir terhadap penyokong bekas Presiden negara itu yang digulingkan, Mohammed Mursi.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO mengecam kegagalan pihak berkuasa sementara Mesir menangani masalah di negara itu hingga mengorbankan ramai nyawa sehingga hari ini.
"Ketika umat Islam di seluruh dunia bergembira menyambut Aidilfitri yang baru melepasi minggu pertama Syawal, saudara-saudara kami di Mesir berada dalam ketidaktentuan akibat perbalahan politik sesama sendiri.
"Terbaharu, pihak berkuasa Mesir menggempur penyokong bekas Mursi dan mengakibatkan banyak kematian dalam kalangan orang awam. Operasi ini merupakan satu kekejaman yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pihak berkuasa Mesir perlu sedar kekecohan di negara itu akibat rampasan kuasa yang dilakukan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah.
Jelas beliau, apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, ia secara jelas mengkhianati amanah rakyat.
Justeru Pemuda UMNO menggesa pihak berkuasa Mesir menghentikan serta-merta tindakan membunuh penunjuk perasaan dan berharap perisytiharan darurat ditarik balik selari dengan semangat dan kemuliaan bulan Syawal.
Dalam pada itu, katanya, Pemuda UMNO meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Liga Arab mengadakan mesyuarat segera dan menetapkan resolusi bagi membolehkan campur tangan kemanusiaan di Mesir.
"Pemuda UMNO juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir terutama pelajar supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa di laman-laman sosial dan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di sana bagi mengetahui kenyataan rasmi negara dan Kementerian Luar," katanya.
Hari ini SKMM dengan rasa keyakinan yang tinggi memaklumkan kepada semua penggemar,penggiat dan yang ektreme dengan media sosial agar memberi laporan kepada SKMM sekiranya terdapat penghinaan terhadap agama islam didalam media sosial.Timbul kemusykilan dalam hati dan fikiran penulis APAKAH PERANAN SKMM SEBENARNYA?ADAKAH KAKITANGAN SKMM DUDUK SAJA MAKAN GAJI BUTA BULAN-BULAN?ADAKAH TEKNOLOGI SKMM TIDAK CANGGIH?maknanya selama ini laporan yang dibuat terhadap SKMM berkaitan penghinaan agama islam dalam media sosial sia-sia sajalah sebab SKMM tidak boleh buat pemantauan kerana mengharapkan orang lain yang buat pemantauan.
Forklif terperosok di dalam longkang setelah laluan masjid berkenaan mendap.(sinar harian)
Jalan Macalister yang digemparkan dengan tragedi runtuhan rod penebat kilat dari Menara Umno, Jun lalu kembali menjadi tumpuan semalam.
Ia gara-gara jalan masuk ke Masjid Pakistan yang terletak di hadapan menara itu runtuh, menyebabkan sebuah forklif yang sedang melalui jalan berkenaan terperosok ke dalam longkang masjid berkenaan.
Forklif keluar ke jalan besar bagi mengangkut konkrit, namun jalan itu tiba-tiba mendap dan menyebabkan ia terperosok ke dalam longkang.
Membeli ubat-ubatan yang dari kaki lima, kedai ubat dan penjual jualan langsung boleh membahayakan kesihatan seseorang.
Ubat-ubatan haram mempunyai campuran racun berjadual kini bebas dijual kepada orang ramai. Ubat ini sama ada diimport secara haram atau diproses sendiri.
Bahan-Bahan Kritikal Dalam Ubat
Ada beribu-ribu jenis bahan aktif dan eksipien yang digunakan dalam penghasilan ubat. Oleh itu, beberapa bahan yang berkemungkin dihasilkan daripada sumber yang tidak halal kita kategorikan sebagai Bahan-Bahan Kritikal supaya kita dapat beri lebih perhatian antaranya ialah:
1. Albumin 2. Alkohol 3. Asid Amino 4. Arachidonic Acid 5. Kapsul 6. Cysteine 7. Collagen 8. Enzim 9. Gelatin 10. Lipids 11. Asid Laktik 12. Progesterone 13. Vitamin A 14. Vitamin B 15. Vitamin D 16. Vitamin E 17. Lechitin 18. Asid Stearik 19. Gliserin 20. Lanolin
Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call".
Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat.
Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut.
Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda.
Hukum memegang anjing sudah jelas iaitu perlu disamak.
Perbuatan memelihara anjing di sudut adat setempat tidak diterima majoriti penduduk Islam yang memegang pandangan mazhab Syafei.
Jika mahu membuat kebaikan rasanya lebih ramai orang yang bukan Islam sudah melakukannya.
Di sisi Islam anjing tidak dihina namun dikhuatiri kuman yang wujud di badannya sehingga perlu disamak.
Bahkan dalam Al Quran anjing disebut QItmir dimuliakan kerana mengikut Ashabul Kahfi (pemuda-pemuda beriman) yang melarikan diri dari kezaliman pemerintah yang zalim dan menentang agama Allah.
Berikut penjelasan isu memegang anjing yang disediakan oleh JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.
Antara alasan-alasan yang mereka beri:
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.
5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.
8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.
Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."
JAWAPAN
Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.
Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).
Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.
Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.
Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.
Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.
Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.
Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).
Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.
Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.
Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.
Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.
Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.
Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.
Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.
Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).
Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).
Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).
Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"
Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)
Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.
Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.
Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.
KOTA TINGGI 13 Ogos - Pemilik sebuah resort di Kampung Sedili Besar di sini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau miliknya dijadikan tempat ritual agama bukan Islam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Hairul Azhar Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
Jika sabit kesalahan, suspek yang berasal dari Singapura dan mempunyai status penduduk tetap (PR) di negara ini, boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Lelaki itu tiba di mahkamah tersebut pada pukul 9.30 pagi dan dilihat menundukkan muka sepanjang masa semasa dikawal sepasukan empat anggota polis ketika masuk dan keluar dari mahkamah.
Ketika pemilik resort berkenaan dibawa keluar dari bilik pendaftar, seorang penduduk tempatan yang kebetulan sedang berurusan di pekarangan mahkamah sempat menyatakan rasa tidak puas hati kepada lelaki itu sebelum ditegur pihak polis yang mengiringinya.
Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.
Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar.
TUMPAT 14 Ogos - Seorang anggota tentera direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes letupan yang menyebabkan seorang kerani sekolah maut di Taman Seri Periok di sini, Ahad lalu.
Majistret Makhamah Tumpat, Ahmad Adha Yasser Amri mengeluarkan perintah tersebut terhadap suspek berusia 29 tahun itu kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan di sini pukul 5 petang semalam.
bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu.
Mazlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.
Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan. - UTUSAN ONLINE
KUALA TERENGGANU 14 Ogos - Polis percaya pemilik restoran nasi kukus di Paka, Dungun yang ditemui mati di hadapan kedai makan miliknya semalam, ditembak dari jarak jauh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP, K. Manoharan berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga dan pekerja pemilik restoran itu.
"Daripada keterangan yang diambil, tidak ada seorang pun yang melihat atau mendengar tembakan dilepaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, mayat pemilik restoran nasi kukus di Kampung Cacar, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu, di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.
Mohamad Lutpi dikatakan keluar pada pukul 4.30 pagi untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di bank.
Manoharan berkata polis Terengganu juga menubuhkan unit khas yang diketuai beliau untuk menyiasat kes itu.
"Kami telah menemui beberapa petunjuk positif berhubung kejadian itu," katanya.
Beliau berkata polis juga percaya ada individu yang boleh memberikan maklumat kepada polis mengenai kejadian itu memandangkan ia berlaku berhampiran jalan utama.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Manoharan berkata dua butir peluru yang dikeluarkan daripada badan mangsa dalam proses bedah siasat semalam telah dihantar ke Unit Forensik Maktab Cheras untuk mengesahkan jenis senjata yang diguna. - BERNAMA
Ketua Utama Samy Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.
"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual.
"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain.
Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". - Bernama
Anwar Ibrahim terus memperlekehkan badan kehakiman dan menggesa hakim-hakim untuk "masuk kuliyah semula" kerana didakwa kurang arif dalam menolak petisyen Pilihan Raya Umum ke-13.
"Keputusan hakim sangat mengaibkan nama baik dan status badan kehakiman kita," kata Anwar pada sidang akhbar hari ini.
"Pertama menolak dengan asas paling tak bertanggungjawab. Bayangkan, mereka tolak semata-mata orang yang mengemukakan petisyen itu tak datang," kata beliau.
"Saya berpuluh-puluh kes tak pernah bawa sendiri, semua melalui peguam. Ini paling tak munasabah. Hakim patut masuk kuliyah semula," kata Anwar.
Kalau mahkamah & Hakim buat keputusan menyebelahi mereka, punya la dipuji Hakim telus dan keputusan tepat dan tidak dipengaruhi kerajaan .
Tetapi kalau menolak petisyen PRU13 seperti ini , bukan main lagi mereka menghina badan kehakiman . Petisyen BN pun ada ditolak seperti di Lembah Pantai tapi ada ke UMNO/BN menghina institusi kehakiman ini.
Inilah manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim..!!! Otak letak kat kepala lutut?
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
NGO kafir harbi lawyers for liberty mengatakan tindakan majlis agama Islam johor seperti taliban kerana merobohkan surau yang menjadi pot sembahyang penganut budha...
Pendapat aku, pergi lantak la apa orang nak cakap pun, taliban pun taliban lah janji surau yang sepatutnya di gunakan oleh umat Islam tidak di salah gunakan oleh agama lain...
Yang jadi masaalahnya ialah, kenapa tok sami tu pi guna surau untuk pi buat ritual agama budha apa hal??? takan lah seorang tok sami tak kenal itu surau atau pun dewan serbaguna, sepatutnya kejadian ini boleh di elak sekiranya tok sami itu peka akan keadaan bangunan itu, pasal pengusaha resort itu bagi kebenaran kita tak boleh salahkan 100 peratus, dia tu dikatakan warga singapura, orang melayu singapura nie bukan boleh kira sangat depa nie banyak yang liberal dan free thinker maklumlah dah lama sangat bertuankan cina jadi pemerintah, dah jadi bangang...
Apa pun untuk mengelakan kejadian yang sama berlaku lagi, maka tindakan jabatan agama Islam johor itu amatlah tepat...
Aku cukup setuju dengan tajuk akhbar kosmo semalam, inilah padahnya bila tidak ada garis panduan dalam penayangan filem atau drama di tv, atau mungkin garis panduan memang sudah ada tapi stesen tv dengan sengaja melanggar garis panduan itu...
Penerbit filem bikin cerita hantu bukan untuk bagi masej kepada rakyat dan penonton, tapi hanya untuk mengaut untung, sepatutnya kerajaan kalau boleh cuba hadkan pengeluaran filem berunsur hantu dan tahyul, dah berlambak sangat dah...
Bab cerita hantu nie, dari kita kecik sampai la dah tua bangka nie, tak habis-habis orang melayu di sogok dengan cerita hantu, sudah-sudah la, kerajaan perlu bertindak segera jangan biarkan sangat penerbit filem merendahkan tahap pemikiran orang melayu...
Lagi satu... kalau boleh cerita hindustan tu kalau nak tayang pun masa raya deepavali la, nie apa hal pulak time hari raya aidilfitri stesen tv pi tayang cerita hindustan...???
Idris jala kata MAS (malaysian airline system) tak ada untung dan kerajaan patut jual sahaja syarikat penerbangan nasional...
Idris jala suruh kerajaan jual mas, nak jual kat sape yeop...???
Nak jual kat tony pariah tu ke...???
Idris jala bandingkan zaman dia jadi ceo mas dulu dapat banyak untung, sekarang mas banyak rugi...
Apa yang mas untung masa deris jala jadi ceo dulu? setakat jual aset, jual bangunan kemudian kata untung, budak darjah tiga pun tau meniaga macam tu...
Itu pasal aku sedih kenapa la najib lantik si bangang macam deris jala nie jadi menteri, dalam kepala otak dia tak de pikir benda lain yang ada hanya ada jual..jual..dan jual...
Bila syarikat tak untung sikit-sikit nak jual, bukan nak fikir macam mana bila dah tak untung nak kasi untung, itu pasal la orang lantik kau jadi menteri, supaya kau boleh bagi idea macam mana nak untungkan mas...
Ingat... punca mas tak untung kerana syarikat air asia berjaya menipu rakyat malaysia dengan promosi-promosi keterlaluan mereka, walau pun promosi mereka itu terang-terang menipu, melampau, malah ada yang sampai menginaya orang, tapi kerajaan tetap bagi muka pada air asia...
Habis tu kenapa mas tak ikut buat promosi macam air asia...??? kita kena ingat mas bukan syarikat tambang murah atau syarikat yang di tubuhkan untuk seronok-seronok, mas adalah syarikat penerbangan negara, takanlah syarikat penerbangan negara nak buat promosi harga tiket 5 sen seperti yang pernah di buat oleh air asia...
Rakyat dan menteri di negara brunei dan nepal tahu syarikat penerbangan negara mereka tak ada untung banyak, tapi rakyat dan kerajaan mereka tetap berbangga kerana setiap kali kapal terbang itu terbang, dari jauh orang boleh lihat perkataan brunei dan nepal di body kapal terbang itu...
Jadi korang fikirlah bijak ke tidak idea idris jala menteri yang di lantik oleh najib tu...
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman berhubung keputusan petisyen pilihan raya sebagai berbahaya dan tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, Koo Ham tidak wajar memainkan sentimen negatif mengenai sistem kehakiman sehingga pada satu tahap seolah-olah cuba menghasut rakyat ke jalanan bagi membantah keputusan mahkamah menolak petisyen yang difailkan pakatan pembangkang.
Dalam hal itu, tegas beliau, pembangkang sepatutnya tidak bersikap hipokrit kerana petisyen yang dibuat Barisan Nasional (BN) juga ditolak oleh mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang pilihan raya.
"Mereka (pembangkang) pilih jalan itu (memfailkan petisyen) dan penghakiman juga sudah dibuat. Jangan fikir cara mereka sahaja kerana penghakiman turut menyaksikan petisyen yang difailkan BN juga ditolak.
"Ini kenyataan tidak bertnggungjawab dan boleh menggugat keamanan negeri dan negara. Ini kenyataan menghasut, sangat berbahaya dan mereka harus bertanggungjawab," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.
Zambry diminta mengulas kenyataan Koo Ham dalam laman sosial Twitter baru-baru ini yang menyatakan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah menolak petisyen pilihan raya pembangkang sehingga membolehkan BN mengekalkan kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Rungkup, Selama, Manjoi dan Lubuk Merbau.
Koo Ham dalam laman sosial itu juga dipetik sebagai berkata: Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets. (Mahkamah tempat untuk mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar mereka menghantar mesej kepada pihak terbabit untuk pergi ke jalanan).
BN Perak yang tewas pada Pilihan Raya Umum 2008 pernah memfailkan petisyen di beberapa kerusi termasuk di DUN Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang tetapi kesemuanya ditolak dengan kos oleh mahkamah.
Pada pilihan raya kali ini, BN mengemukakan 21 petisyen di seluruh negara yang setakat ini menyaksikan petisyen parti itu ditolak oleh mahkamah termasuk di DUN Penggaram, Johor yang dimenangi calon DAP.
Selain itu, petisyen yang difailkan oleh pengundi bagi mencabar kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Lembah Pantai juga ditolak dengan kos oleh mahkamah pada 1 Ogos lalu. Lihat kenyataan Anwar sebelum ini!
Anwar Ibrahim terus memperlekehkan badan kehakiman dan menggesa hakim-hakim untuk "masuk kuliyah semula" kerana didakwa kurang arif dalam menolak petisyen Pilihan Raya Umum ke-13.
"Keputusan hakim sangat mengaibkan nama baik dan status badan kehakiman kita," kata Anwar pada sidang akhbar hari ini.
"Pertama menolak dengan asas paling tak bertanggungjawab. Bayangkan, mereka tolak semata-mata orang yang mengemukakan petisyen itu tak datang," kata beliau.
"Saya berpuluh-puluh kes tak pernah bawa sendiri, semua melalui peguam. Ini paling tak munasabah. Hakim patut masuk kuliyah semula," kata Anwar.
Kalau mahkamah & hakim buat keputusan menyebelahi mereka, punya la dipuji hakim telus dan keputusan tepat dan tidak dipengaruhi kerajaan .
Tetapi kalau menolak petisyen PRU13 seperti ini , bukan main lagi mereka menghina badan kehakiman . Petisyen BN pun ada ditolak seperti di Lembah Pantai tapi ada ke UMNO/BN menghina institusi kehakiman ini.
Inilah manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim..!!! Meroyan tak tentu pasal! Otak letak kat kepala lutut?
Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekeliling menjadikan kita keliru. Sebelum ini, kita cukup berbangga sebagai masyarakat yang bersifat majmuk dan boleh hidup dengan aman serta semangat setia kawan. Namun, satu demi satu kejadian telah membunuh rasa damai dan masyarakat menjadi gusar disebabkan peristiwa-peristiwa berkenaan.
Masyarakat Islam yang ketika itu sedang melaksanakan ibadah puasa juga disinggung dengan provokasi-provokasi yang mencabar kesabaran. Sedangkan, puasa dalam bulan Ramadan merupakan sekolah tanpa binaan fizikal. Suatu persekolahan yang mendidik hati agar melindungi sifat-sifat mahmudah daripada sifat-sifat mazmumah. Tentulah sesuatu yang ironi apabila puasa tidak dapat menganjurkan rasa aman dan tenang. Ataupun, kesejahteraan hidup dicemarkan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah berpuasa.
Keamanan dan kesejahteraan terbina kerana adanya perpaduan. Tetapi sukar untuk membentuk perpaduan jika tidak ada patriotisme. Keamanan adalah asas kepada pembinaan pembangunan. Juga asas kepada kemajuan yang menjadi proses pewujudan tamadun bangsa. Setiap tindakan yang bercanggah dengan nilai-nilai perpaduan adalah tidak patriotik.
Begitu juga perbuatan yang menghalang kemajuan juga tidak mencerminkan kecintaan terhadap negara. Tindakan-tindakan yang berbentuk provokatif dan menyalahi undang-undang juga menggambarkan tiada patriotisme dalam jiwa. Maka, secara ringkasnya apa sahaja perkara yang tidak mesra perpaduan dan yang boleh meruntuhkan peradaban adalah tidak patriotik.
Kemerdekaan yang kita nikmati, meniti usia enam dekad. Pedih dan pahit perjuangan dahulu semakin tinggal kenangan tanpa rasa empati. Terutamanya dalam kalangan generasi muda. Generasi yang bersusah-payah berjuang dan mendokong perjuangan, sudah menjadi kalangan warga emas, semakin menyusut bilangan mereka dan tidak kurang yang pergi meninggalkan kita.
Walaupun sebahagian daripada kita membaca sejarah dan latar belakang pembinaan negara, tetapi tanpa faham dan rasa. Lantas, perjuangan dahulu hanya ibarat mitos yang tidak cukup menginsafkan. Sudah menjadi resam, keselesaan menjadikan manusia rasa sukar untuk menjiwai, mengapa patriotisme perlu ada dalam sanubari setiap diri seorang rakyat.
Titik mula patriotisme adalah dengan memahami sejarah. Walaupun barangkali sukar untuk membayangkan diri sendiri sebagai sebahagian watak dalam sejarah. Usah juga kita bertanya apa yang negara kita boleh berikan kepada kita, tetapi seharusnya kita yang bertanya pada diri sendiri, apa yang kita mampu berikan kepada negara. Sementelah kita dilahirkan, dididik dan mendewasakan diri di atas tanah kelahiran ini. Ibarat berbudi kepada tanah, akhirnya kita juga yang akan nikmati hasilnya.
Dari satu sudut lain, kita juga harus menginsafi bahawa perjuangan tidak akan pernah selesai kerana cabaran sentiasa berubah menurut perubahan realiti. Namun, jika jiwa memiliki jati diri yang tinggi ia mampu menempuhi apa-apa jua bentuk cabaran. Justeru, seorang rakyat seharusnya juga seorang patriot walaupun tidak ditugaskan di medan perang. Pada zaman tanpa sempadan ini hanya individu yang peka dapat memahami dan mengenal pasti kewujudan ancaman yang pelbagai bentuk. Menjadikan peperangan antara kalangan manusia dan negara, lebih bersifat abstrak dan subjektif.
Seorang warga yang sensitif dengan nilai-nilai budaya dalam masyarakatnya akan berfikir dengan teliti dan mendalam sebelum melakukan tindakan, termasuklah apa-apa yang didakwa sebagai penghasilan sebuah karya. Amat tidak adil, atas nama kebebasan bersuara atau kebebasan berkarya, sensitiviti masyarakat tidak dipedulikan. Setiap masyarakat mempunyai budaya hidup dan keunikan yang tersendiri.
Oleh demikian, tidak sewajarnya kita memandang remeh persepsi yang tersendiri orang Islam tempatan terhadap isu-isu tertentu hanya dengan dakwaan tidak bersikap terbuka. Mungkin bertujuan hendak mengubah pemikiran yang dianggap tertutup. Sekali pun benar, haruslah dilakukan dengan cara yang tidak menyinggung hati banyak orang.
Apabila pesan orang lama seperti, "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" tidak dipedulikan, maka sedikit sebanyak kesannya boleh menggugat kesejahteraan hidup bermasyarakat. Begitulah juga sebaliknya, apabila kita melawat di tempat orang lain. Sensitiviti masyarakat tempatan perlu diambil tahu, setakat mana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang berteraskan wahyu Ilahi. Agama Islam merupakan agama yang fleksibel, tetapi kebijaksanaan amat diperlukan bagi memperlihatkan Islam agama yang amat indah di mata semua orang.
Malangnya dalam kalangan masyarakat kita, ada segelintir yang cuba menegakkan benang yang basah hanya kerana ada kepentingan politik. Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai 'asabiyah, "Apakah yang dikatakan sebagai 'asabiyah?' Jawab Baginda, 'bahawa kamu menolong kaummu dalam kezaliman." (Dari Abu Dawud)
Jika kesejahteraan sentiasa diganggu-gugat, tentunya akan memberi kesan kepada kelangsungan peradaban bangsa. Tamadun bangsa yang telah dibina, perlu sentiasa diisi, dipelihara, dipertahankan malah diperkukuhkan. Tahap kredibiliti belia pada hari ini dapat memberi jangkaan yang hampir tepat tentang keadaan negara pada masa akan datang.
Selaras dengan kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi - "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah pada keadaan generasi mudanya pada ketika ini. Sekiranya mereka dalam kalangan yang berakhlak dan mempunyai budi pekerti yang tinggi maka, keadaan negara pada masa akan datang, tentunya aman dan makmur. Jika keadaan sebaliknya maka, bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang bakal berlaku."
Membina jati diri dan patriotisme perlu dilakukan seawal mungkin, ibarat melentur buluh. Sesetengah negara telah mendedahkan pendidikan patriotisme kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun. Dalam usia muda, mereka telah dikenalkan dengan simbol-simbol berkaitan negara mereka seperti pemimpin dan bendera negara. Dalam lingkungan 10 tahun pula, mereka telah terdedah dengan konsep-konsep yang lebih abstrak dan kompleks sifatnya seperti peranan warganegara dalam sistem politik.
Makanya, tahap patriotisme sesetengah warga Malaysia perlu dirawat dan menjalani pemulihan. Ibarat penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan, ia harus dibendung sejak awal lagi. Ajari anak-anak, jika kita senyum pada bunga, bunga akan senyum pada kita kembali dan dunia akan menjadi indah untuk didiami.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ratusan rakyat Mesir pro-Morsi/Ikhwanul Muslimin yang menjadi mangsa kekejaman tentera dan polis Mesir
Pasukan keselamatan Mesir yang sepatutnya menjaga rakyat negara tersebut kini menjadi penembak curi di atas bangunan-bangunan
Masjid-masjid dipenuhi jenazah untuk diuruskan
Pasukan keselamatan Mesir yang bergambar bangga kerana dapat menawan khemah para peserta demonstrasi
Bantahan diteruskan di seluruh negara sebagai tanda solidariti
Rakaman aksi pasukan keselamatan Mesir yang naik gila membunuh rakyat senegara
Mangsa penembak curi pasukan Keselamatan Mesir yang ditembak di kepala. Perhatikan sebahagian otak yang dipegang oleh pembonceng
Hospital dan masjid di bakar bagi mengelakkan peserta demonstrasi bersembunyi menyelamatkan diri
Pasukan Keselamatan Mesir yang melaksanakan tugas sebagai penembak curi untuk membunuh rakyat sendiri
Gas pemedih mata dilepaskan tanpa mengira anak-anak kecil dan orang tua.
Kanister gas pemedih mata yang dibekalkan oleh Israel
Kredit gambar kepada Laman FB Mesir Kini.
Apa yang berlaku di Mesir kini sangat menyedihkan. Dikhabarkan ribuan rakyat Mesir yang menyertai perhimpunan pro Morsi telah dibunuh dengan kejam oleh pasukan Keselamatan mereka sendiri. Sehingga hari ini, tiada tanda-tanda akan berlaku kebangkitan bersenjata di kalangan rakyat Mesir sendiri seperti di Syria dan Libya.
Ini adalah kerana, pertelagahan melibatkan dua kumpulan sunnah yang semazhab, walaupun pihak tentera jelas mendukung fahaman sekular. Bantuan daripada US untuk pendukung pro Ikhwanul Muslimin juga boleh dikatakan mustahil kerana jelas tindakan luar batas kemanusiaan oleh tentera Mesir bermula semalam adalah bagi memenuhi ultimatum US sendiri untuk menamatkan revolusi dan bantahan rakyat secepat mungkin bagi:
1) Mengekalkan kestabilan semenanjung Sinai (Israel) dan Suez
2) Dan untuk mengelakkan bantuan ketenteraan yang bernilai billion USD kepada tentera Mesir dihentikan.
Malah, Arab Saudi/Qatar/UAE juga tidak dapat berbuat apa-apa bagi mewujudkan keseimbangan kuasa kerana masalah fahaman/mazhab selain tekanan daripada sekutu US sendiri.
Hanya doa yang dapat kita panjatkan kepada rakyat Mesir agar Allah SWT memberikan penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kepada rakyat dan para pelajar Malaysia di sana, tolong jauhkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam perhimpunan anti Kerajaan ini. Keselamatan dan masa depan anda semua adalah lebih penting walau anda semua merasa sedih dan kecewa atas apa yang berlaku di sekeliling anda. Insya Allah, pihak Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa dan merancang langkah membawa pulang yang sebaiknya dalam tempoh terdekat.
Ingatlah, segala apa yang terjadi ini adalah petunjuk daripada Allah SWT dan ada pengajaran di sebaliknya. Hargailah nikmat keamanan yang kita kecapi selama ini.
"Kami dikejutkan dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan menyeru pihak berkuasa untuk membataskan tindakan.
Mana-mana korban awam adalah amat dikesali. Kami menggesa semua pihak untuk menghentikan permusuhan dengan serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman."
Inilah yang orang putih kata sebagai "Turning garbage into GOLD" atau "Exploiting MISFORTUNE to become your ADVANTAGE". Orang lain yang kena tembak MATI, orang lain pula yang dapat peruntukan berjuta-juta RM makan angin ke luar negara.
Tolong jangan hendak menghalalkan OVERSEA TRIP PEMANDU sebagai usaha untuk membanteras jenayah di negara ini. Apakah jenayah berat yang berleluasa ketika ini dilakukan oleh penjenayah atau kumpulan samseng yang sama dari negara luar? Kalau betul hendak belajar menangani jenayah berat di negara ini, jawapan yang perlu dicari nanti bukanlah di Switzerland, France, London atau Milan, tetapi formulanya boleh ditemukan di daerah terpencil Mexico, Selatan Thai atau pedalaman selatan Filipina. Lagi pun, kos ke sana lebih murah dan hotel penginapan pun tidak semahal mana.
Ada BERANI? Kalau tidak, duduk sahaja di Malaysia dan buat makmal macam biasa. Hasilkan formula dan nasihat atau arah sahaja Menteri SENIOR bertanggungjawab yang tidak dilibatkan dari mula. Tengok sama ada beliau hendak dengar atau tidak nanti.
Persoalannya, apakah kelayakan PEMANDU untuk mencari formula menangani jenayah berat yang berleluasa ketika ini? Adakah mereka yang sedang "berperang" 24-7 di luar sana dengan penjenayah bagi memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk? Dan adakah TRIP luar negara itu dapat menemukan punca permasalahan untuk menjadikan Malaysia lebih aman dan selamat?
Jangan sampai didedahkan nanti yang punca berleluasanya kes jenayah BERAT di seluruh negara ini pun datangnya dari kalangan PUNAHSIHAT PM sendiri. Silap-silap PEMANDU pun ada terlibat sekali. Yalah, siapa lagi yang paling kuat pendapatnya didengari oleh PM Najib selain daripada kelompok penasihat dan PEMANDU? Siapa yang MISGUIDE DS Najib untuk memansuhkan ISA dan EO dengan alasan ia dapat meningkatkan populariti beliau dan boleh menterjemahkan kepada kemenangan besar BN PRU-13 lalu? Semua orang tahu yang pemansuhan ISA dan EO bukan sahaja tidak memberikan keputusan PRU-13 yang diidamkan PM, bahkan memburukkan lagi situasi keselamatan negara.
Kini adakah PEMANDU yang akan bertanggungjawab apabila ketua-ketua kongsi gelap yang bebas kerana pemansuhan EO keluar membalas dendam musuh mereka dan pemberi maklumat?
Adakah PEMANDU juga sanggup berkongsi BONUS berbulan-bulan yang dinikmati setiap tahun dengan keluarga mangsa yang terlibat? Perlu diingat BONUS yang diberikan selama ini adalah kerana berjaya melaksanakan makmal dan pameran, bukannya memberikan impak kepada rakyat dan undi kepada BN. Itupun kertas kerja semuanya dibuat oleh agensi dan jabatan Kerajaan. Dapatlah RM 500 buat beraya tahun ini.
Jadi, sekarang apa yang PEMANDU mahu lagi? Berapa banyak undi kepada BN yang diterjemahkan oleh rakyat kerana hasil kerja PEMANDU ini? Cuba tanya orang kampung apa yang PEMANDU buat yang mereka dapat nikmati secara fizikal sebagai rakyat Malaysia? Perlu diingatkan sekali lagi, bukan setakat jutaan RM yang habis ke PEMANDU ini ya!
Untuk ini kami menyeru YAB PM Najib untuk menilai kembali peranan PEMANDU ini. Adalah lebih baik bilion RM yang dihabiskan untuk PEMANDU ini digunakan untuk perkara yang betul-betul dapat memberikan impak undi kepada beliau. PM perlu sedar siapa yang mengekalkan beliau sebagai PM sehingga ke hari ini kalau bukan orang Melayu. Kalau undi dan sokongan penjawat awam dan keluarga mereka yang 90% Melayu pun dinilaikan hanya RM 500 untuk berhari raya, maka PM WAJIB bermuhasabah.
Apalah sangat kalau dibuang PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT dan PEMANDU ini ke longkang. Kan sudah terbukti mereka telah KALAH dan membawa KEGAGALAN?!! Ramai lagi pejuang yang mati-mati mempertahankan BN sepanjang PRU-13 lepas yang diabaikan, malah hidup SUSAH lagi!
Tuduhan tidak berasas Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen DAP Kuching) ini adalah tidak berasas dan jelas sekali berniat jahat. Kenyataan penuhnya boleh dibaca di sini.
Kenyataan melulu yang dibuat oleh Chong Chieng Jen ini jelas sekali menunjukkan bahawa DAP tidak rasional dan tidak mahu bersama sama membasmi kegiatan jenayah yang berlaku di negara ini.
Laporan sudah dibuat oleh Pemuda UMNO, Chong Chieng Jen wajar ditahan dan disiasat. Menuduh dengan niat yang jahat.
GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.
"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.
Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.
"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama
Sudah 56 tahun negara berdaulat ini mendapat kemerdekaan. Usianya masih muda jika dibanding usia penjajahan selama 446 tahun. Usianya masih muda jika dibanding dengan kerajaan Melayu Melaka yang berusia hampir 110 tahun. Baru setengah daripada usia kerajaan Melayu Melaka.
Namun sudah 22 tahun, usia Wawasan 2020. Satu gagasan yang diasaskan pada 1991 untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju pada 2020. Hanya tinggal lagi 7 tahun untuk mencapai misi tersebut.
Dalam tempoh 29 tahun (1991-2020), Wawasan 2020 mesti dicapai untuk membawa Malaysia ke status yang lebih baik dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Gagasan murni ini dapat dicapai dengan kombinasi kesungguhan kerja pemimpin dan komitmen padu rakyat.
Pada tahun 2020 nanti, usia kemerdekaan negara sudah mencapai 63 tahun. Seusia dengan umur baginda Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW pada hari ini diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Baik dari segi akidah, ancaman keselamatan dan juga cabaran ekonomi.
Ada umat Islam yang saban hari mencari satu saat masa yang aman dan damai. Nikmat aman itu bernilai kerana mereka dalam keadaan peperangan dan huru hara. Kestabilan merupakan nikmat yang mereka pohon dan cari.
Ada umat Islam di negara lain sedang meraikan Aidilfitri dalam keadaan sederhana kerana kesempitan kewangan yang dialami mereka. Nikmat kegembiraan dan kebahagian disambut dalam keadaan bersederhana.
Berbeza dengan umat Islam di Malaysia. Ini kerana nikmat keamanan dan kebahagiaan itu dikongsi secara bersama oleh umat Islam negara ini.
Usah hancurkan segala-galanya. Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang terbaik di akhir zaman. Tegakkan syiar Islam di Malaysia dengan bersama menjaga tanah tumpahnya darah kita ini.
Kedaulatan negara ini adalah sesuatu yang amat bernilai. Berterima kasihlah kita pada yang memberi dan syukurlah kita pada Allah SWT.
13 Ogos 2013, dalam satu artikel di Malaysiakini, sebuah NGO pro pembangkang yang bertopengkan nama hak asasi manusia telah mengecam tindakan Majlis Agama Islam Johor merobohkan surau dan menyifatkan tindakan itu seperti Taliban.
Tulisan dalam Twitter Lawyers For Liberty (LFL) itu telah diberi nafas populariti dalam Malaysiakini. Bermaksud, Malaysiakini sengaja memberi highlight kepada tweet LFL untuk menambahkan lagi tuduhan Taliban LFL kepada Majlis Agama Islam. Tuduhannya LFL hanya mengguna logik akal dan intuisi hak asasi semata mata.
Siapa sebenarnya di belakang LFL ini? Beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, LFL dilihat banyak mempromosikan pakatan pembangkang dalam portal, facebook dan twitternya.
Yang tidak fahamnya, LFL tidak mahu menerima hakikat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor itu adalah dalam bidang kuasa tugas dan undang undang agama negeri Johor. Majoriti lawyer dalam LFL mungkin tidak faham undang undang agaknya.
Apa hak LFL untuk campur tangan? Mengapa mahu menjadikan isu di surau itu sebagai isu hak asasi sedangkan ianya jelas sekali adalah isu yang berkaitan dengan agama.
Di atas ini adalah tulisan N. Surendran (Naib Presiden PKR) untuk menyokong Anwar Ibrahim dalam portal LFL. Apakah N. Surendran, yang juga merupakan seorang lawyers adalah penggerak di belakang LFL?
Kalau di SUARAM, penggeraknya adalah Sivarasa Rasiah, juga pernah menjawat jawatan Naib Presiden. Apakah SUARAM dan LFL ini adalah bidang tugas Naib Presiden PKR?
Di atas ini pula adalah pengendali (admin) kepada Group LFL di Facebook. Ada enam pengendalinya, 5 orang wanita Islam dan seorang wanita bukan Islam bernama Michelle Yesudas.
Tinggal di Petaling Jaya jika dilihat dalam Facebooknya tetapi sedang belajar di University Warwick. Berkemungkinan Michelle Yesudas ini adalah fake profile. Apa pun lihat profilnya di sini.
Mengapa enam orang pengendali di Open Group Facebook ini didedahkan? Ini kerana berkemungkinan 6 orang ini adalah orang yang sama mengendalikan akaun twitter LFL yang mengecam Majlis Agama Islam Johor sebagai Taliban.
Kita sudah dapat meneka apa sebenarnya motif LFL mahu masuk campur urusan Majlis Agama Islam di Johor. Mahu mencampur adukkan sentimen hak asasi dalam urusan agama dan akhirnya mahu membawa kepada kepentingan politik PKR dan pembangkang.
Agaknya, sebab itulah LFL dijemput hadir untuk berucap dalam Kongres PKR pada 2011. LFL mungkin sudah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sayap parti PKR.
Pihak Majlis Agama Islam Johor perlu mengambil tindakan terhadap niat jahat LFL untuk melabelkan MAIJ sebagai Taliban. Jangan dibiar puak puak hak asasi ini menghancur dan memperlekehkan institusi agama Islam di negara ini?
Hairan ya, mengapa LFL tidak persoal kesalahan yang dibuat oleh penganut Buddha dalam surau tersebut?
PRU 13 telah membuktikan Pakatan Rakyat memang tiade kemampuan lagi untuk menawan Putera Jaya. Ketike tu PR yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah berkempen siang malam, pagi petang ber mati2an menentang kerajaan BN dan akhir nye PR kecundang juge.
PRU13 juge telah membuktikan bahawe rakyat Malaysia masih percayakan kepimpinan pari Barisan Nasional untuk menerajui pemerintahan negare. Rekod kepimpinan BN yang cemerlang dan gemilang selame lebih dari 60 tahun tidak boleh di tandingi oleh parti Pakatan Rakyat yang begitu rapuh dan longlai.
Sekarang Tok nak menyentuh sedikit tentang parti Keadilan Rakyat yang di terajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pade kiraan Tok yang kurang arif tentang berpolitik ni, harapan DSAI untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia memang nye sangat gelap. Tok kate demikian kerane memandangkan pemimpin2 parti PAS juge ade niat untuk jawatan tersebut.
Selain dari itu, bukan nye perkare mudah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Lima tahun lagi usie DSAI akan mencapai 71 tahun, ketike itu sudah pasti daye tenage nye akan semakin berkurangan. Hari ini rakyat tidak lagi mahu menerime 'janji2' lagi, ape yang mereke mahukan ialah kenyataan, sebagai contoh, pemberian BR1M. BR1M adelah 'kenyataan' dan bukan nye 'janji2', perkare yang begini lah yang menjadi kemahuan rakyat hari ini.
Persoalan nye, mampukah parti Pakatan Rakyat menghidangkan 'BR1M' ketike menghadai PRU14 nanti? Kalau tidak, lebih baik lupekan saje cite2 untuk ke Putera Jaya.
Cadangan Tok adelah lebih baik DSAI bubarkan PKR dan kembali kepade UMNO.
You are subscribed to email updates from tok gajah46 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.
"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.
Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.
"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan.-Bernama
Penanag Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Awakening, The Abdullah Ahmad Badawi Years in Malaysia".
Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.
Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.
Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.
Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.
Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.
Komen Kepal Nasi; 1. Wawancara ibi dikatakan dibuat pada 2011. Kenapa sekarang baru diterbitkan.
2. Khairy Jamaludin kata buku tersebut sepatutnya diterbitkan sebeluj PRU13, tapi memandangkan faktor PRU, maka ia telah ditangguhkan hingga selepas PRU.
3. Tak semena-mena budak Lokman Nor Adam tu pun tampil mempertahankan Pak Lah dengan mendahului Pak Lah membuat kenyataan. Kenyataan yang dibuat pun sama seperti kenyataan Pak Lah.
4. Prinsip keterbukaan yang dipegang oleh Pak Lah inilah yang telah menyebabkan kerajaan BN mula terlondeh sejak zaman pentadbirannya. Kain dan seluar BN yang terlondeh ini bukan saja gagal ditutup oleh penggantinya DS Najib, malah ditutup bawah atas terlondeh, dijahit tepi ditengah pula koyak-rabak hingga kain BN hampir reput pada PRU13 yang lalu.
5. Demi mengamalkan perdebatan yang seimbang inilah yang telah menyebabkan pentadbiran Pak Lah yang tak tahu berdebat bagaimana untuk mempertahankan segala prinsip dan dasar serta idealisma UMNO telah menjadikan kedudukan persepsi umum menjadi begitu menjurang, di mana tindakan ini secara umumnya telah memberi persepsi yang baik kepada pembangkang dan mengundang persepsi yang cukup buruk terhadap pentadbiran BN dan UMNO.
Tak tahu boxing tapi membuka gelanggang boxing dan mencabar pula orang berboxing. Akhirnya BN hampir kalah boxing pada PRU12 hingga perlawanan terpaksa dihentikan dan Pak Lah diusung keluar gelanggang. Muncul pula DS Najib untuk menyahut cabaran keterbukaan yang kononnya seimbang. Akhirnya DS Najib pun hampir terpelanting keluar gelanggang "dijab dan ditumbuk ceduk" oleh pakar boxing secara terbuka.
6. Pak Lah kata dia tidak menaja atau meminta buku tersebut supaya diterbitkan. "Saya tidak menulis buku tersebut. Saya hanya diwawancara. Saya bukan penerbit mahupun pengarang. Jika mereka melancarkan buku tersebut, itu adalah keputusan penerbit."
Keterbukaan Pak Lah mungkin mengatasi keterbukaan yang diamalkan oleh para pengasas demokrasi itu sendiri, hingga membiarkan diri dan kerajaan BN semasa di bawah pentadbirannya diratah, dimamah, difitnah, diperlekehkan dan hampir ditumpaskan hanya kerana mahu berpegang kepada demokrasi dan prinsip keterbukaan yang menjadi anutan dan kepercayaannya. Beliau lupa dia adalah Perdana Menteri Malaysia, Presiden parti nasionalis UMNO dan memimpin sebuah negara yang unik dan kompleks dengan pelbagai etnik, kepercayaan dan budaya.
Akhirnya, UMNO dan BN sakit tenat dan begitu sukar untuk dipulihkan.
Ditambah pula dengan pengganti yang 2x5 lembik dan 2x5 terbuka serta 2x5 ellegance silent dalam banyak "hal-hal penting dan terasas", maka hari ini, inilah hasilnya apa yang sedang dihadapi oleh negara.
Mungkin para pemimpin utama negara selepas Dr Mahathir ini hanya mengharapkan untuk "mati dalam iman" sambil "memegang bendela Maliysia".
GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.
"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.
Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.
"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama
Secara rasmi, Proton Suprima S adalah nama rasmi untuk Proton Preve Hatchback yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Nampaknya satu pemilihan nama baru secara sepenuhnya digunakan.
Personally, kami sangat berbangga dengan pencapaian Proton setakat ini.
Keep it up dan bersainglah dengan jenama import lain seperti anak jantan dengan menurunkan kadar cukai untuk kereta import yang sangat tinggi.
Kalau kereta kita dah sebaik ini, nak takut apa lagi? Rakyat mesti pilih! Bila lagi kan?
IPOH - Bapa kepada tiga orang kanak-kanak yang dilaporkan hilang, Rizauddin Md. Zain memberitahu, ketiga-tiga anaknya telah dijumpai di Kuala Lumpur.
Katanya, beliau baru dimaklumkan oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bahawa anak-anaknya, Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiyah, 6, ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
"Saya bersyukur mereka selamat meskipun saya tidak tahu bagaimana mereka boleh sampai ke sana," katanya kepada KOSMO!
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Status penduduk tetap (PR) pemilik sebuah resort di Sedili, Johor yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau dalam kawasan premis itu menjadi tempat ritual keagamaan bukan Islam boleh ditarik balik.
Perkara itu ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi maklum balas kepada Utusan Online berhubung tindakan pemilik resort berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
"PR akan ditarik balik setelah siasatan selesai," katanya ringkas.
Pemilik resort berusia 45 tahun yang berasal dari Singapura dan mempunyai status PR negara ini boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, Kota Tinggi gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain. - UTUSAN ONLINE
KABUL - AFGANISTAN. Ahli Parlimen wanita pertama Afganistan, Noor Zia Atmar berjaya menuntut cerai dari suaminya selepas menderita menjadi mangsa dera.
Atmar sebelum ini merupakan salah seorang wanita yang telah menjadi contoh dengan menunjukkan bagaimana hak-hak wanita dipulihkan selepas kejatuhan Taliban pada 2001.
Sebelum ini Atmar, 40 tahun, menetap di rumah kebajikan selepas melarikan diri daripada suami yang kejam termasuk keluarga sendiri yang menderanya.
Atmar memberitahu pemberita: "Kaum wanita kini berada dalam keadaan yang lebih buruk.
"Setiap hari mereka dibunuh, telinga, hidung mereka dipotong, ia bukan sahaja wanita di kampung tetapi juga perempuan seperti saya,"katanya.
Di Afganistan, meskipun pada mulanya isu memperkasa wanita sering dilakukan sebagai salah satu kejayaan besar buat pakatan Nato, namun dengan penarikan semula Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa yang menjulang pada tahun 2014, menyebabkan hak-hak wanita telah dikebelakangkan.
Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia turut mengatakan bahawa undang-undang baru yang diluluskan oleh Afghanistan itu akan terus membuatkan kaum wanita didera memandangkan pusat perlindungan wanita akan ditutup.
Atmar kembali bersama keluarganya ke Afghanistan dari Pakistan pada tahun 2001, setelah pencerobohan pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang membuang Taliban.
Beliau berkhidmat di Parlimen yang pertama setelah pilihan raya pertama negara ini pada 2005 dan telah memainkan peranan penting terutama mendapatkan undang-undang bagi mengharamkan lebih 20 perbuatan ganas terhadap wanita.
Bagaimanapun keadaan itu berubah setelah beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.
Ini kerana, setelah Atmar kalah dalam pilihan raya, suaminya yang diharap memberi kata-kata semangat dan sokongan nyata tidak berbuat demikian sebaliknya melakukan penyeksaan ke atas dirinya.
Memberitahu kepada sebuah akhbar, Atmar berkata: "Apabila suami saya mabuk, dia akan mendera saya, ia satu penyeksaan.
"Dia juga melarang saya menggunakan telefon.
"Bila saya meminta perceraian, keluarganya tidak membenarkan. Mereka mengatakan ini sebuah masyarakat tradisional dan dengan tindakan saya ini akan membuat malu keluarga," jelas Atmar.
Seorang wanita tiba-tiba menjadi popular di Korea kerana obses peliknya terhadap bikini.
Menurut laporan AsiaOne, model dari Korea Selatan ini hanya memakai bikini di rumah dan turut menjadikan rumahnya itu sebagai laluan untuk peragaan fesyen.
Ketika keluar untuk membeli bikini, beliau akan berada di lorong jualan pakaian itu dan membuat pilihan dengan teliti dari atas hinggalah ke bawah hingga mengundang perhatian lelaki-lelaki yang lalu lalang di situ.
Di rumahnya sahaja, beliau sudah memiliki tujuh almari yang dipenuhi dengan bikini.
Model muda, Yeonyun ini memiliki tubuh 34-24-35 hingga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan keluarganya.
Ibunya pernah meluahkan rasa malunya untuk pergi berenang di kolam mandi awam setelah melihat 'perarakan' bikini oleh anaknya itu.
Adik beradiknya juga berasa bosan dengan sikap pelik Yeonyun.
SHAH ALAM: Selain badan bukan kerajaan (NGO), bekas Senator DAP turut menempelak DAP yang mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan siasatan awam.
Tunku Aziz menyifatkan tindakan Penasihat DAP Lim Kit siang itu sebagai usaha untuk memanjangkan isu ini dan cubaan untuk melanggar undang-undang yang tertakluk di bawah ROS.
"Kenapa perlu ada siasatan awam? Mereka (DAP) seharusnya mematuhi apa yang terjadi, mereka sebenarnya cuba memanjangkan isu ini apabila sepatutnya bertanggungjawab apabila mengeluarkan pelbagai alasan kepada yang lain pula.
"Ini adalah desakkan mereka dalam mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh ROS sendiri," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Malah beliau berkata siasatan awam itu tiada keperluan untuk diadakan ekoran parti itu sendiri yang mencari masalah apabila membuat semula pembetulan keputusan CEC pada Januari lalu.
"Mereka dilihat agak gembira untuk melanggar undang-undang tambah lagi mereka adalah satu parti yang mempunyai kuasa di Pulau Pinang, bahkan mereka adalah ahli parlimen sepatutnya patuh pada undang-undang tetapi dalam kes ini mereka dilihat gembira untuk tidak akur pada arahan yang dikeluarkan oleh ROS.
"Siasatan awam ini sebenarnya tidak diperlukan langsung memandangkan ROS sudah melakukan siasatan terhadap dakwaan yang dibangkitkan oleh ahli DAP sendiri, jadi kenapa perlu membazirkan wang rakyat dengan mengadakan siasatan awam yang dikira tidak diperlukan itu," katanya.
Pada Julai lalu ROS mengeluarkan arahan rasmi kepada DAP untuk mengadakan pemilihan baru CEC DAP berikutan aduan oleh ahli-ahli parti yang pilihan raya Disember lalu telah dicemari oleh penyelewengan.
DAP bagaimanapun enggan menurut perintah dan seterusnya menuntut sebab untuk mengadakan pemilihan baru parti diadakan.
DAP selain itu juga mendakwa bahawa ROS tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah yang sedemikian.
Tidak berpuas hati dengan arahan ROS, Kit Siang sebaliknya mendesak ROS mengadakan siasatan awam yang sekaligus didakwanya boleh mendedahkan sebarang penyelewengan dan penipuan dalam pilihan raya dan juga membuktikan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuat pembohongan dan tuduhan palsu terhadap DAP.
Kit Siang selain itu mendakwa bahawa DAP telah sepenuhnya bekerjasama dengan ROS dalam menjelaskan masalah teknikal yang dialami semasa pilihan raya apabila dakwaan yang pertama timbul.
"ROS menerima penjelasan yang memuaskan seperti mereka (DAP) tidak menerima apa-apa permintaan untuk penjelasan lanjut," katanya.
Sementara itu Antarapos berusaha untuk menghubungi Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman bagi mendapatkan ulasannya bersabit desakan mengadakan siasatan awam oleh DAP, tetapi beliau gagal dihubungi.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semakin ghairah menyerang institusi-institusi kerajaan dan sasaran terbaru beliau adalah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
ROS diibaratkan oleh beliau sebagai berniat jahat, keputusannya didalangi oleh pemimpin Umno dan bersifat kuku besi.
"Ledakan" Guan Eng itu berpunca daripada arahan ROS bahawa DAP harus mengadakan semula pemilihan parti selepas tindakan parti itu sendiri meminda keputusan rasmi pada kongres DAP Disember lalu.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memperlekehkan badan kehakiman apabila berkata hakim-hakim patut masuk kelas semula kerana menolak petisyen-petisyen mempertikaikan keputusan pilihan raya 2013.
Rumusannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semakin hebat mempersenda, meremeh dan membidas institusi-institusi negara dengan sewenang-wenangnya.
Malah Anwar sendiri mempersoalkan kewibawaan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Beliau mengganggap Seri Paduka Baginda sebagai hanya membaca ucapan yang disediakan oleh Barisan Nasional apabila baginda meminta semua pihak menerima keputusan PRU 13 dan bekerjasama untuk kemakmuran negara.
Tindakan menyerang institusi-institusi negara secara berterusan lambat-laun boleh memberi kesan kepada keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.
Ia juga dikhuatiri akan mempengaruhi persepsi rakyat sendiri terhadap institusi-institusi ini, khususnya badan kehakiman.
Dalam kes Anwar, beliau jelas tidak dapat menerima keputusan PRU 13 yang didakwanya sarat dengan penipuan.
Sudah tentu, mahkamah adalah saluran terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap tuduhan-tuduhan itu.
Namun apabila satu demi satu petisyen pilihan raya ditolak atas sebab-sebab teknikal, yang dituduh dangkal oleh Anwar adalah hakim dan bukan peguam yang menfailkan petisyen itu.
Apabila hakim mengenakan kos dan ganti rugi kepada calon-calon di sebalik petisyen itu, sekali lagi hakim dituduh berat sebelah walhal yang menjadi "mangsa" adalah calon daripada kedua-dua pihak – BN dan Pakatan.
Kritikan melulu Anwar ini hanya membuah apabila keputusan tidak menyebelahi beliau atau Pakatan Rakyat. Beliau memuji badan kehakiman apabila terlepas daripada tuduhan liwat dan juga setelah memenangi kes saman terhadap Utusan Malaysia. Agaknya ketika itu tidak ada keperluan untuk hakim masuk kuliyah semula.
Sikap emosi Anwar diikuti oleh Guan Eng dan bapanya Kit Siang apabila ahli-ahli DAP membuat laporan kepada ROS mengenai keputusan pemilihan parti yang dipinda semula.
ROS, menurut Guan Eng, tidak ada kuasa untuk mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan. Malah beliau engkar dengan arahan itu dan menuntut penjelasan daripada badan itu.
Tidak ada peruntukan undang-undang untuk ROS memberi penjelasan terhadap keputusannya. Yang perlu untuk ROS ialah memastikan siasatan terperinci dijalankan dan proses ini memang berlaku.
Guan Eng dan bapanya enggan menerima undang-undang ROS yang diluluskan oleh Parlimen apabila keputusan tidak berpihak kepada mereka dan saban kali membuat tuduhan melulu.
Bagaimanapun pasangan anak-bapa itu senyap terhadap tuduhan-tuduhan terhadap kepimpinan mereka oleh akar umbi yang membantah cara mereka dilayan dan dipecat oleh parti.
Suara-suara lantang seperti bekas ADUN Teratai Jenice Lee dan bekas naib Pengerusi Tunku Aziz diketepikan begitu sahaja, hanya kerana tuduhan mereka mengaibkan Guan Eng dan bapanya.
Desakan Pengerusi parti Karpal Singh bahawa semua pemimpin Pakatan mengisytiharkan harta mereka, juga disambut bisu oleh Guan Eng dan Kit Siang.
Itulah politik pembangkang – serangan dan terjahan terhadap institusi-institusi negara diperhebat semata-mata untuk mencari keuntungan politik.
Dengan berbuat demikian, Anwar, Guan Eng dan Kit Siang berharap untuk menutup bau busuk politik yang datang daripada halaman rumah mereka sendiri.
Ulasan @ Antarapos
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pemilihan Agong UMNO hujung tahun ini sudah menjadi bualan.
Di kalangan orang-orang UMNO yang merasakan diri mereka bagus tanpa segan silu sudah pukul canang suruh perwakilan calonkan mereka dan beri mereka undi. Hahaha...lawak apa yang orang UMNO sedang buat?
Konon-kononnya mereka inilah yang akan memperbetulkan semula UMNO setelah tercalit noda dalam PRU ke 13 yang lalu walhal merekalah sebahagian daripada jentera UMNO yang lesu dalam PRU itu.Belum setahun berlalu, mereka sudah mendabik dada mendakwa bahawa merekalah jeneral perang yang semestinya diberikan jawatan tertinggi dalam parti untuk merubah nasib dan halatuju UMNO. Perghh..berapi-api semangat...Pigi jalan dahhh!!!
Orang-orang UMNO kena ingat. Apalah gunanya UMNO kuat di mata orang-orang UMNO sahaja tetapi penuh rasa kebencian di hati rakyat. Rakyat yang berkuasa di dalam menentukan halatuju politik negara. Orang UMNO kena sentiasa ingat fakta tu!!
Ada di kalangan pemimpin UMNO sudah dilihat oleh rakyat sebagai liabiliti kepada negara. Pun begitu mereka masih tanpa segan silu mahu rakyat menobatkan mereka sebagai pemimpin. Mereka terlalu alpa bahawa mereka telah teruji dan sesungguhnya mereka gagal di dalam ujian itu. Apa lagi yang mahu mereka tonjolkan sehingga sentiasa mahu terus diangkat sebagai pemimpin?
Orang-orang UMNO kena ingat bahawa bukan segak bersampin,berbaju kurung putih dah bertudung merah, berbaju kurung putih dan bertudung pink yang rakyat nilai dan dambakan tetapi jauh daripada itu, rakyat mahukan pembelaan yang maksimum daripada UMNO selaku parti pemerintah.
Apalah gunanya diangkat pemimpin yang dilihat emas oleh orang-orang UMNO tetapi kaca di mata rakyat!!!!
Kepada orang-orang UMNO yang tahu bahawa diri mereka sebenarnya kaca di mata rakyat, eloklah berundur sebelum kaca-kaca itu akan merosakkan kaki orang-orang UMNO yang lain sekaligus merobohkan institusi yang sudah semakin tergoncang ini.!!!
Cuba-cubalah belajar erti malu bahawa sesungguhnya bukan semua manusia yang dilahirkan di mukabumi ditakdirkan untuk menjadi pemimpin!!!
p/s: Jebat cadangkan diletakkan cermin besar di PWTC..mudah untuk orang-orang UMNO mencermin diri sama ada layak atau tidak untuk menjadi pemimpin!!
Bagaimana cara untuk membuat untung kepada syarikat?
Cara mudah dan tidak berotak ialah dengan MENJUAL SYARIKAT?
Dulu nak untungkan TNB naikkan tariff elektrik. Cukup mudah. Canang satu Malaysia akulah boss terhebat dengan memberikan keuntungan kepada negara.Entah sifir mana yang digunakan. Naikkan untung dengan bebankan rakyat. Yang buruk? TNB atau kerajaan?
Kali ini pemimpin negara kita kian hebat. Jual Malaysia Airlines (MAS).Ini idea gila.
Sama ada Jebat yang tidak faham ekonomi atau tuan pencadang Idris Jala yang tersalah cakap?
Lagi hairan kalau PM kita setuju dengan cadangan Idris Jala. Tapi Tok Jib sekarang ni pun susah nak jangka. Dulu dengan istilah winnable candidate sudahnya candidate tangkap muat sahaja.
Cinabeng injak-injak kepala Melayu, Tok Jib tetap beri muka pada cinabeng. 1 Malaysia kot!!!
Jangan sampai ke kemuncak hingga JUAL MALAYSIA!!!
Blogger JUST READ ada menulis tentang kegilaan ini. Haishhhhh!!!!!
Agak lama berdiam diri dari bercakap-cakap dan selain dari bercakap kerana khuatir ianya mungkin mengurangkan pahala puasa Pakteh. Permulaan syawal, ayat teraawal Pakteh pasti ingin memohon keampunan dari semua pihak yang merasakan pakteh berbuat silap kepada mereka. Maaf Zahir dan Batin. Awal penulisan ni Pakteh merasakan adalah sebaiknya memperbetulkan diri sendiri@parti sendiri dari menegur parti lawan. Jika parti kita dah terbaik, pihak lawan takkan mampu untuk menang. Entah dimana silapnya, UMNO kelihatan lesu selepas memenangi banyak kerusi dalam PRU13 yang lalu. Bukan semua sebegitu tetapi banyak isu yang berlaku kini membuatkan rakyat sesak nafas. Contohnya di awal ramadhan, umat Islam amat tersinggung dengan pelakon porno Alvin dan vivian. Setakat hari ini, tindakan terakhir yang diketahui ialah reman 4 hari dan dibebaskan dgn jaminan. Apakah ini yang mahu dipertontonkan kepada rakyat? Ya benar negara perlu mengikut undang-undang....jadi laksanakan undang-undang dengan segera. Rakyat juga terkedu dengan Jamuan Aidilfitri kepala Babi, juga oleh seorang berbangsa china. Rakyat , masih menanti tindakan sewajarnya. Rakyat makin berang apabila surau resort dijadikan tokong....juga oleh bangsa China. Pakteh belum lagi sabitkan isu rakyat ditembak hampir saban hari. Inilah Malaysia baru...ya..Malaysia Koboi. Bagi Pakteh, tindakan untuk setiap isu mungkin hanya akan dibuat sebaik selesai Pemilihan UMNO. Buat masa ini, segenap keringat dan usaha ditumpukan kepada pemilihan UMNO dimana setiap jawatan mungkin boleh terlepas. Inilah wajah pemimpin pejuang rakyat. masih ingat slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". 100 hari selepas pru13, Rakyat mana diutamakan dan apa yang dicapai?. Bukan ingin menuduh tetapi hakikat sebenar bahawa DS Najib dihimpit dari segenap penjuru perlu diakui. DS Anwar mengambil kesempatan ini untuk memanipulasi setiap isu. Apa yang lebih merisaukan ialah, wujudnya kader-kader Anwar dalam UMNO yang gagal dikesan secara lahiriah. Ahli2 akar umbi UMNO masih mempertikaikan mengapa KJ yang perlu menyerahkan passport Anwar?. Ahli2 akar umbi UMNO masih teringat saat Zahid Hamidi membaiah Anwar sehingga ditahan barulah U Turn semula. Ahli2 akar umbi UMNO masih berfikir benarkan Ezam betul-betul berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar ahli2 akar umbi UMNO masih tidak percaya Lokman Nor Adam betul-betul ingin berjuang dalam UMNO ahli2 akar umbi UMNO masih tertanya2 mengapa hero-hero haprak tingkat 4 tidak dilupuskan khidmatnya oleh Najib. Percayalah....ramai yang yakin KJ adalah Anwar II yang lahir dalam UMNO. Kehadiran KJ juga awalnya ditatang dengan jawatan Naib Ketua Pemuda. Kemudiannya menang Ketua Pemuda dengan cara paling memalukan. 2008 - 2013 adalah zaman KJ dilihat insaf dan baik. Tindakannya dilihat mencerminkan kebijakannya setaraf berstatus Oxford. sayang seribu kali sayang, sebaik diangkat sebagai Menteri kabinet Najib, wajah sebenarnya muncul kembali dan percayalah, Pemilihan kali ini disusun sebaik mungkin agar hanya pilihan beliau akan menduduki setiap carta dalam Pemuda. Sebab itulah apabila LOkman Nor Adam tanpa malu mewar-warkan ingin merebut jawatan Naib Ketua Pemuda, Pakteh terkesan akan kerosakan besar bakal berlaku dalam UMNO. KJ yang mendambakan PM sebelum umur 40 perlu berbuat apa sahaja untuk menggapai impiannya dan parasit seperti Lokman Nor Adam adalah kader terlatih yang diutuskan khas oleh Anwar untuk melaksanakan setiap tugasan. Apa kaitan Kj dan Anwar?.....entahlah...Nak dikatakan KJ ni memenuhi selera Anwar....jauh sekali tetapi mungkin kerana nilai kerakusan kepada darjat itu sama, mereka boleh bekerjasama. Tidak terlalu sukar untuk menilai tahap kerakusan mereka tetapi timbul persoalan disini.....SIAPA yang sanggup tampil menghentikan calon-calon perosak ini?....SIAPA?. Tidak adakah seorang pemuda ahli UMNO yang merasakan mereka lebih layak dari KJ?. Jika tidak ada, Pakteh perlu akui bahawa saat kehancuran UMNO seperti yang diimpikan oleh Pakatan Haram Pembangkang akan tercapai dalam sedikit waktu lagi. Mungkin PRU14 UMNO masih wujud namun untuk mengimpikan dalam PRU15 UMNO seperti sekarang....maaf, kita membuat pilihan yang silap pada ketika ini. Jangan menyesal pada masa depan. Berbalik kepada DS Najib, apa beliau ada?. Menteri kabinet yang dilantik hari ini terkena sindrom senyap dan sunyi. Segala isu ditanggani secara takut kerana bimbang pemilihan UMNO. Mengharapkan ahli parlimen biasa mempertahankan UMNO seperti dilakukan Pakatan Haram Pembangkang, jauh panggang dari api. Kasihan dengan DS Najib. bai'ah anda penentu kepada jatuh bangun UMNO dimasa hadapan. p/s: Pakteh tegur ni apa yang terasa dihati. Atas kapasiti PM, pakteh amat menghormati PM. Atas kapasiti Menteri KBS, Pakteh amat hormati jawatan itu. Teguran ini setakat parti UMNO. Dah habis..??...Belum....Ini mukaddimah awal.Masih banyak nama belum disentuh. Paklah tak sebut pun...tengah glamer skang ni....sabar, masanya akan tiba.
SETAKAT ini, Datuk Musa Aman mendapat sokongan 20 Bahagian Umno Sabah untuk beliau bertanding Jawatan Naib Presiden parti.
Sabah mempunyai 25 Bahagian Umno daripada 191 Bahagian daripada seluruh negara. Selain itu, Sabah mempunyai perwakilan yang teramai dan diperkirakan 60,000 perwakilan parti itu akan mengunakan hak mereka memilih pada Mesyuarat Pemilihan Parti 19 Oktober ini.
Jika Musa masuk bertanding jawatan Naib Presiden, maka beliau akan bersama-sama Datuk Safie Apdal daripada Sabah bertanding pada jawatan itu.
Safie adalah pemimpin Sabah pertama yang menang jawatan Naib Presiden parti melalui pemilihan parti pada tahun 2008.
Pada pemilihan kali ini, ramai pemimpin Umno dan akar umbi mahukan Musa bertanding jawatan Naib Presiden berasaskan rekod beliau sejak menerajui Umno Sabah pada tahun 2003.
Rata-rata pemimpin Sabah mengatakan bahawa Musa mempunyai rekod yang baik dalam parti dan kerajaan, merupakan pilihan yang sesuai dari Sabah untuk salah satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno.
Permintaan terhadap Musa, yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah secara jelasnya bersaing untuk bertanding jawatan itu yang dilihat untuk mengetepikan Shafie walaupun pihak dalaman Umno Sabah merasakan "ia hanya membuatkan Shafie bekerja keras untuk undinya."
Musa, bagaimanapun, tidak memberikan petunjuk mengenai apakah jawatan yang akan ditandingi beliau, dengan para penyokong kuatnya mengatakan bahawa "beliau boleh bertanding bagi jawatan naib presiden tetapi mungkin fokus untuk berada pada peringkat majlis tertinggi."
Paling terbaru yang menyuarakan sokongan untuk Musa adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin yang berkata, beliau telah mencadangkan supaya Musa bertanding pada pemilihan parti yang lepas tetapi beliau hanya pergi untuk jawatan majlis tertinggi.
"Tetapi kali ini, jika beliau memutuskan untuk bertanding jawatan itu (naib presiden), saya akan memberi sokongan penuh," kata Ketua Umno bahagian Putatan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak turut menyatakan bahawa Ketua Menteri adalah pilihan terbaik untuk jawatan naib presiden kerana beliau menerajui Sabah dengan memperoleh kemenangan untuk negeri itu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beberapa Umno bahagian pada bulan lepas mencadangkan Salleh, yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding dalam jawatan naib presiden.
Saleh, bagaimanapun, mempertahankan bahawa Ketua Menteri merupakan calon bagi naib presiden yang lebih baik, dan sejak itu Musa menerima sokongan daripada beberapa pemimpin negeri, termasuk bahagian Umno dari Sipitang, Tawau, Beluran, Kota Kinbalau, Sepanggar dan Papar.
Turut menyifatkan Musa sebagai pemimpin yang berkaliber, karisma, berkeupayaan serta akan memberi sokongan kepada Musa sekiranya bertanding bagi jawatan naib presiden adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.
Ini adalah website rasmi Kementerian Perlancungan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini. Jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas. Apa rasionalnya anak sendiri dilantik sebagai Pegawai Khas kementerian. Bukankah anaknya sudah kaya raya dengan harta kekayaan dan perniagaan keluarga? Apakah rasionalnya anaknya itu menghabiskan masa dengan jawatan yang rendah dengan gaji yang tidak seberapa?
Bagaimana penyokong-penyokong Kerajaan hendak mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka sekiranya golongan ini mementingkan nepotisme dan kronisme? Tidak perlu kita berkokok mengatakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz dan sebagainya menaikkan anak-anak mereka sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sendiri melakukan sedemikan. Tambahan pula si anak Menteri ini memang umum sudah mengetahui berperangai "playboy" dan gambar-gambar sensasinya bertebaran di internet, lihat di sini.
Apakah tidak akan berlaku penyelewengan kuasa apabila bapa dan anak menerajui sebuah kementerian yang banyak menerima peruntukan perbelanjaan negara. Apakah lawatan Menteri ke mana-mana negara akan disusuli dengan Pegawai Khasnya serta artis yang tengah digila-gilakan oleh anak Menteri berkenaan iaitu Nora Danish? Apakah anak Menteri berkenaan berkuasa penuh di dalam kementerian seperti mana menantu seorang Mantan Perdana Menteri yang berkuasa penuh di Tingkat 4 suatu masa dulu?
Your Email Address was randomly selected along with nine others from a database of over 1,000,000 numbers drawn from the WORLD-WIDE-EMAIL ADDRESS PROVIDER. and you have been award the sum of $1.5million Us Dollars with 3Pieces of Samsung Galaxy Note 11 jackport online
You are to fill the form below.
1. FULL NAME: 2. SEX: 3. AGE: 4. COUNTRY: 5. RESIDENTIAL ADDRESS: 6. CITY: 7. STATE: 8. ZIP CODE: 9. OCCUPATION / POSITION HELD: 10.PHONE NUMBER: 11.ID PROOF(SOFT COPY):
Yours Sincerely, MRS Margret ovan DIRECTOR OF PROMOTIONS, MR Stanley Wilsmith Samsung Galaxy Jackport Online
Your Email Address was randomly selected along with nine others from a database of over 1,000,000 numbers drawn from the WORLD-WIDE-EMAIL ADDRESS PROVIDER. and you have been award the sum of $1.5million Us Dollars with 3Pieces of Samsung Galaxy Note 11 jackport online
You are to fill the form below.
1. FULL NAME: 2. SEX: 3. AGE: 4. COUNTRY: 5. RESIDENTIAL ADDRESS: 6. CITY: 7. STATE: 8. ZIP CODE: 9. OCCUPATION / POSITION HELD: 10.PHONE NUMBER: 11.ID PROOF(SOFT COPY):
Yours Sincerely, MRS Margret ovan DIRECTOR OF PROMOTIONS, MR Stanley Wilsmith Samsung Galaxy Jackport Online
You are subscribed to email updates from otai To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan tuduhan serta kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di mukasurat depan Borneo Post hari ini 14hb Ogos, 2013.
Beliau menuduh bahawa insiden kes tembak-menembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.
Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius, keterlaluan dan bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.
Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini.
Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang.
Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah kami buat laporan di Balai Polis Indera Mahkota, Pahang (NO Report : Kuantan/02689/13)ke atas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya.
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ada pemimpin UMNO pernah berkata kalau Guan Eng jatuh longkang pun akan disalahkan UMNO , ternyata ia terus terjadi dan akan jadi lagi ..
Isu kereta CM yang meletakkan di zon larangan parking disebarkan di facebook menjadi bahan ketawa dan kecaman terhadap tokong DAP . Bagi pencacai tegar DAP terutama RBA , modus operandi menyalahkan UMNO tetap digunakan walaupun kesalahan itu dilakukan tokong DAP sendiri .
Begitu bodoh dan bangang sekali kalau yang terpengaruh dengan menuduh UMNO sebagai dalam hingga menyebebkan kereta Guan Eng parking di zon larangan .
** UMNO bagi jammed jalan ke hingga terpaksa parking di kawasan larangan ?
Nampaknya pengaruh Syiah Rafidhah semakin menular. Keterbukaan dan toleransi yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia telah dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Golongan yang amat membenci Sahabat r.a dan Ummul Mukminin r.a itu, sekarang ini sedang berleluasa di Malaysia.
Tahniah kepada Khalid Ismath, pelajar yang telah digantung selama tiga semester di UiTM tetapi sekarang ini telah diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia.
Universiti Sains Malaysia atau nama asalnya, Universiti Pulau Pinang merupakan satu-satunya universiti bertaraf APEX (Accelerated Programme for Excellence) dan salah satu daripada lima universiti penyelidikan (RU) yang bertaraf autonomi mengenai pengurusan kemasukan pelajar ke IPTA tersebut.
Biarpun Malaysia dikatakan sebagai zalim, tidak jujur dan khianat kepada rakyatnya yang berbeza ideologi politik, senario yang dapat dilihat amat berbeza daripada yang dikatakan. Buktinya, anak-anak DAP, PAS dan PKR, bahkan orang PKR, PAS dan DAP sekalipun boleh melanjutkan pelajaran di mana-mana sahaja tanpa sebarang kekangan.
Anehnya, 'keistimewaan' tersebut tidak dihargai. Khalid Ismath merupakan antara contoh terbaik bagaimana dia menggunakan status Bumiputera dan Islam (walaupun hakikatnya Rafidhah) untuk memasuki UiTM. Apabila sudah berjaya melangkah masuk, lain pula onar yang dilakukannya sehingga dia digantung pengajian. Bahkan pointer yang diperolehinya juga amat rendah. Yang dia sibukkan adalah perkara-perkara yang tidak berkaitan langsung dengan dunia pembelajarannya. Yang dia sibukkan ialah mengembangkan pengaruh buruk, mengajak dan mengajar pelajar-pelajar lain agar jadi sepertinya.
Justeru apabila Khalid Ismath menyanggah bantahan dan kekeliruan berhubung kemasukannya ke USM dengan berbangga-bangga kononnya dia masuk berdasarkan MERIT dan POINTER yang tinggi, ia amat menghairankan. Kalau di UiTM dia boleh terkandas, bagaimana pula dia boleh lepas masuk ke USM?
Apakah USM nilainya jauh lebih rendah berbanding UiTM? Apakah kerana USM mempunyai autonomi dalam pengurusan kemasukan pelajar-pelajar baru, maka Khalid Ismath boleh diterima kerana dia orang PAS, kerana dia anak orang PAS, kerana mukanya mudah dikenal, atau kerana USM mahu dikenali menerusi populariti yang ada pada Khalid Ismath?
Ada lebih ramai calon yang mempunyai pointer jauh lebih baik berbanding Khalid Ismath tetapi digagalkan daripada memasuki IPTA itu oleh pengurusan USM. Apakah pointer baik yang dimaksudkan oleh Khalid Ismath itu lebih dari 3.8 atau yang dia maksudkan hanyalah 3.2 ke bawah?
Tidak hairanlah mengapa universiti-universiti di Malaysia semakin merosot mutu dan ranking dunianya. Kalau dah manusia otak bebal seperti Khalid Ismath pun boleh diterima masuk untuk belajar, apa sangatlah yang boleh diharap pada masa hadapan.
Atau sebenarnya USM memang bercita-cita untuk jadi pangkalan Syiah Rafidhah yang baru menggantikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah terlalu sendat dengan otak picisan atau Universiti Malaya yang gah sahaja pada nama tetapi hakikatnya, dipenuhi dengan pelbagai isme yang tidak membantu mewujudkan sebuah barisan cendekiawan mantap? sumber : the Flying Kick
*** GPB yakin mesti ada tangan-tangan ghaib dalam USM yang pro pembangkang telah rekomen budak macai Syiah ini masuk ke universiti ini . Kalau universiti lain yang mana pengambilan melalui UPU , confirm dah kena reject dah disebabkan rekod buruk dan pernah terlibat dalam pelbagai demontrasi yang menyalahi undang-undang .
Ternyata satu tempat pelajar untuk anak Melayu di univerisiti ini telah digadai kepada budak bermasalah pro pembangkang ... USM bukan lagi universiti APEX tapi tempat longgok pelajar buangan bermasalah !!
NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.
LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau.NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu. "Taliban dah bertapak di Malysia - syabas BN,"."MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman."Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan.
LFL mengulas laporan media berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.
Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan media.
Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Hasrin Kamal Hashim dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah meluluskan pelan bangunan berkenaan.
Dalam laporan sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noorazam Osman pula berkata surau terbabit dibina atas tanah persendirian dan tidak dimiliki atau diwakaf kepada JAIJ.
Surau yang terletak dalam kawasan sebuah Surau di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.
Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman untuk menuntut dua penjelasan mengapa parti itu perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan sebulat suara mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP semalam, sebagai usaha terakhir bagi menuntut penjelasan itu.
"Tanpa dua penjelasan itu, pimpinan DAP tidak akan mampu menjelaskan kepada perwakilan DAP di kongres parti kenapa pemimpin parti mengalah dan menyerah begitu mudah," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Lim dalam pada itu turut mengulangi pendirian bahawa pemilihan CEC parti itu pada Disember tahun lepas, dijalankan secara teratur dan bersih, namun parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula, jika ROS memberi penjelasan secara munasabah dan menepati undang-undang.
Beliau berkata sehingga kini, pihak ROS belum menjawab permintaan DAP untuk dua penjelasan itu, mahupun permintaannya untuk bertemu dan berbincang.
Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi melibatkan 547 perwakilan. - BERNAMA
- Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng didakwa bersikap besar kepala kerana menganggap DAP kebal undang-undang apabila sengaja ingkar dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula parti itu.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, kedua anak-beranak itu seolah-olah mencabar kewibawaan ROS dengan cubaan melanggar undang-undang yang tertakluk di bawah pertubuhan tersebut.
Katanya, mereka berdua bersikap biadab dan langsung tidak menghormati undang-undang kerana ROS merupakan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab mengendali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik.
Menurutnya, mereka sengaja mahu memanjangkan isu ini dan berasa diri seperti 'tokong' apabila dengan sewenang-wenangnya boleh mencabar pihak berkuasa.
"Kit Siang sengaja memanjangkan isu ini dengan mencadangkan siasatan awam manakala Guan Eng memberikan dua syarat kepada ROS. Mereka ingat mereka siapa?
"Mereka berdua pernah membuat drama tangisan untuk menarik undi simpati daripada umum. Apabila ada pihak mendedahkan isi kandungan ROS, terus mendiamkan diri, bahkan semasa bertemu dengan pendaftar, tidak pula cuba menyelesaikan isu tersebut, justeru tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka berdua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jelas Tunku Aziz, siasatan awam itu tidak perlu diadakan berikutan pengakuan oleh DAP sendiri bahawa terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi mereka pada Januari lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan