Seorang wartawan ke majlis sambutan hari raya dan melihat Pak Lah memanggil Tun Jeanne dengan gelaran darling.
Lalu dia bertanya pada Pak Lah ketika berjabat tangan, "Bagi seorang yang sudah menjangkau umur 74 tahun, sungguh penyayang Pak Lah hingga masih lagi berdarling-darling."
Pak Lah jawab, "Sebenarnya saya terlupa nama dia tapi takut nak tanya namanya."
Wartawan itu terpegun tertanya-tanya dalam hati, "Nama isteri lupa, macam mana boleh ingat macam-macam ketika ditemuramah buku?"
KUALA LUMPUR, 10 Ogos -- Perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol, Barcelona FC akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Pengarah Urusan BSC Soccer Malaysia, Effendi Jagan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pemindahan venue itu bagi perlawanan pada pukul 8.45 malam ini.
Menurut akaun twitter kelab itu, @barcastuff perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam kerana keadaan padang yang tidak mengizinkan di Stadium Bukit Jalil.
Barcelona FC, terkenal dengan panggilan 'Los Blaugrana' memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lepas.
Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum
pulang bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos.
Apa cerita dengan FITNAH 40 RIBU yang ANWAR IBRAHIM dakwa UMNO BN import untuk dijadikan pengundi hantu dalam PRU 13? Diam jer cerita tu... Kenapa? Dah banyak buat fitnah ker?
Mari kita baca kenyataan FITNAH Anwar Ibrahim pada 2 Mei 2013 <iframe width="540" height="304" src="//www.youtube-nocookie.com/embed/jLfXRFSHDvE?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe> Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
Fakta (SEBUT : FITNAH) Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim :
1) 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.
2) Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT.
3) Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.
4) Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak). Kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
5) Terdapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.
6) Menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.
7) Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?
8) Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA. Ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab.Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan." Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi," kata Anwar Ibrahim
-- Pena Minang Return
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MALAYSIA INSIGHT: Sinking deeper and deeper By S JAYASANKARAN, Singapore Business Times
MALAYSIA should take heed of the problems - the public anger, the social unrest - posed by the solutions offered to tackle rising sovereign debt in Europe. God forbid that we head that way!
The Auditor-General's recent report pointed out that Malaysia's national debt rose 12.3 per cent to over RM407 billion (S$165 billion) in 2010. The amount is equivalent to 53.1 per cent of gross domestic product. It's the second straight year that the national debt has exceeded 50 per cent.
The figure is a reflection of the spending spree the country went on to mitigate the effects of the 2009 global financial crisis. At its peak that year, the budget deficit rose to 7.6 per cent of GDP, the highest in two decades.
It has since come down to 5.4 per cent of GDP and the government projects that it will decline further to 4.7 per cent of GDP next year. But that may be overly optimistic.
Everyone knows why the debt has piled up: persistently high budget deficits over 14 years. But it is the pace of the rise that's alarming. Standout statistic: in the space of six years, total federal government debt has actually doubled from 2004. That way lies folly.
Malaysia's debt position is close to breaching legislative levels set a long time ago by Parliament. According to the Auditor-General's report, public debt from domestic sources rose RM41.76 billion to RM390.36 billion last year, while loans from foreign sources rose to RM16.75 billion, or up RM2.96 billion.
But the Loan (Local) and Government Investment Act caps the domestic debt ceiling at 55 per cent (of GDP) for the government, while the External Loans Act 1963 limits foreign loan exposure to RM35 billion. According to the report, the domestic debt level at end-2010 stood at 51 per cent of GDP.
The great irony of the situation is that it need not have come to that. The Auditor-General's report revealed a litany of financial abuse in several government agencies. Leakages and wastage of appalling proportions were laid bare.
Marine binoculars being purchased at 25 times cost? Over RM5 million to buy horses? If all the wastage was cut and proper procedures observed all the way down, one suspects that Malaysia would be a budget-surplus country.
Nor is national debt going to fall any time soon. Next year, it's estimated that the debt will breach RM455 billion - almost 54 per cent of GDP.
The danger for Kuala Lumpur is another recession stemming from the West's economic woes. This time it cannot afford to spend its way out of it, like it did in 2009. On top of that, subsidies on fuel and other essentials like cooking oil, milk, rice and sugar remain intractably high at RM32 billion this year.
And the hits just keep on coming. According to the country's central bank, the national debt as at June 30, 2011 has risen to RM437 billion, with domestic debt amounting to RM421 billion and foreign debt at RM16 billion.
Kami ingin berkongsi artikel menarik ini untuk melihat sudut berbeza mengenai isu terbaharu Lee Kuan Yew yang tak habis-habis melepaskan geram dan cemburunya kepada negara kita Malaysia. Teruskan bacaan anda...
Sebagai penulis yang kerap menulis tentang topik Singapura dan Lee Kuan Yew, saya terganggu dengan komentar terkini Lee Kuan Yew terhadap Malaysia dalam buku terbaharunya "One Man's View Of The World". Lee Kuan Yew dilapor berkata, "Dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan dan ia secara sukarela mengecutkan golongan berbakat." Surat-surat penderitaan penduduk Melayu dari Singapura ini saya perolehi pada tahun 2009 dan saya kongsikan kepada pembaca untuk menjadi pengadil kepada dasar-dasar Kerajaan Singapura di bawah Lee Kuan Yew. Baca semula ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/09/surat-dari-singapura-siri-1.html dan ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/01/surat-dari-singapura.html Melalui luahan hati rakyat Singapura itu, anda layak menjadi pengadil kepada Lee Kuan Yew akan apa yang ditulisnya mengenai negara Malaysia di atas. Bak kata pepatah Melayu, "Lee Kuan Yew cakap depan lain cakap belakang lain", "cakap Lee Kuan Yew indah khabar dari rupa", atau dalam bahasa sangat kasar ialah "Lee Kuan Yew tidak bercakap benar". TIPU HELAH SINGAPURA MERDEKA Jika kita membaca buku sejarah negara Singapura, anda boleh ketawa terbahak-bahak dan menjual buku itu kepada penjual surat khabar lama! Sebabnya amat mudah, kononnya Singapura bermula dengan kewujudan beberapa orang Cina dan orang lain membuka petempatan Singapura itu. Mereka putar sejarah Singapura 720 darjah dengan menghilangkan Kekuasaan Raja-Raja Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Johor ke atas pulau Temasek, tetapi malang kepada mereka kerana ibu pelaburan negara Singapura masih menggunakan nama Temasek Holdings. Jelas, Sejarah tidak boleh diputar begitu sahaja, jika dilakukan juga tempatnya layak dibakulsampah. Pada tahun 1956, rombongan Ketua Menteri Singapura Lim Yiew Hock terbang beberapa kali ke London untuk mendapatkan Kemerdekaan daripada Kerajaan Ratu. Ketika itu, Lee Kuan Yew turut menyibukkan diri mewakili parti PAP. Hasilnya, Kerajaan Ratu di London tidak ingin memberi kemerdekaan kepada Singapura kerana Kerajaan Ratu tidak mahu Singapura jatuh kepada pemerintahaan Komunis. Pada masa itu, Kesatuan-Kesatuan Sekerja, Sekolah-sekolah dan NGO di Singapura yang Pro-Komunis sangat kuat berbanding PAP. Dipendekkan cerita, Kerajaan Ratu akhirnya hanya bersetuju memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui kejayaan Tunku Abd. Rahman dan Tun Abdul Razak serta wakil-wakil MCA dan MIC. LEE KUAN YEW TIPU Lee Kuan Yew menyedari akan kondisi Singapura yang tidak akan merdeka melalui usaha mereka di atas walaupun selepas lebih 10 kali berterbangan ke London. Apabila Ketua Menteri Singapura mencadangkan supaya diadakan Pilihanraya pada Ogos, 1957 Lee Kuan Yew menentang kerana beliau tahu beliau tidak akan menang untuk berdepan dengan Lim Yiew Hock yang dibantu oleh Kerajaan Ratu. Peluang untuk Singapura merdeka adalah melalui Usaha Tunku Abd. Rahman yang mencadangkan kewujudan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Lee Kuan Yew melihat inilah satu-satunya peluang untuk Singapura merdeka daripada penjajahan British, iaitu Merdeka Melalui Malaysia. Dan ternyata Lee Kuan Yew berjaya apabila menyembunyikan niat sebenarnya dengan berkempen menyokong Singapura menyertai Malaysia malah Lee Kuan Yew berkempen habis-habisan ketika Referendum. Selepas Singapura berjaya memisahkan dirinya dari penjajahan Kerajaan Ratu dengan kemerdekaan melalui Malaysia, ternyata Lee Kuan Yew hanya mengambil masa 2 tahun untuk memisahkan dirinya dari Malaysia. HARI INI Selepas kejayaan DAP mempertahankan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk penggal kedua, berjaya juga menambah besar bilangan anggota Parlimen DAP kepada 38, khususnya kejayaan di Johor, Lee Kuan Yew semakin bertambah yakin untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kata-kata "Dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan dan ia secara sukarela mengecutkan golongan berbakat." Saya telah membaca beberapa buku mengenai Lee Kuan Yew, khususnya buku yang beliau sendiri tulis, saya berpendapat rakyat Malaysia tidak perlu mempercayai kata-kata Lee Kuan Yew. Saya mendapati Lee Kuan Yew tidak berlaku jujur ketika menulis tentang negara kita Malaysia? Anda boleh 'search' dalam blog ini dengan menaip nama Lee Kuan Yew dalam ruangan 'search' untuk melihat pandangan-pandangan saya mengenai Lee Kuan Yew dan Singapura. Rujuk contoh di bawah,
Bersambung akan datang isu "Lee Kuan Yew menuduh ahli-ahli Komunis ramai di dalam MCA dan menyokong MCA". Ketika Tunku Abd. Rahman hampir-hampir mencadangkan Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan, Lee Kuan Yew datang menemui Tunku Abd. Rahman dan memburuk-burukkan MCA kononnya PAP lebih baik berbanding MCA, dan kononnya ramai anggota Komunis dalam MCA.
Mentol Tertua Di Dunia Masih Menyala-Mentol tertua di dunia telah menyala hingga 110 tahun. Tidak hairan muncul fans club yang dianggotai beribu-ribu orang dan bahkan mentol tersebut mempunyai websitenya sendiri.
Seperti dipetik dari Time.com, mentol yang tergantung di area balai pemadam kebakaran di Livermore, California ini, meraih rekod Guiness World Record. Walaupun tidak diketahui dengan jelas bagaimana mentol itu mampu bernyala sejak dipasang pada 1901.
"Ini adalah lampu mentol 60 watt dan hanya dinyalakan dengan daya sekitar 4 watt. Tetapi, tidak seorangpun tahu mengapa lampu tersebut dapat terus menyala, "kata Lynn Owens, salah seorang yang terlibat dalam penganjur perayaan nyalaan mentol ke-110 tahun.
Rekod menyala lampu mentol ini sebenarnya tidak sempurna. Itu kerana mentol pernah mengalami beberapa gangguan awal pada tahun 1901, lalu gangguan selama seminggu penuh pada 1937 dan gangguan bekalan tenaga secara rawak hingga tahun 1970an.
Mentol ini ternyata dicipta Adolphe Chailet. Ia pernah bersaing dengan Thomas Edison untuk mencipta mentol terbaik.
China - Zhang Ruifang, nenek berusia 101 tahun asal Desa Linlou, Provinsi Henan, China jadi perhatian ramai gara-gara tanduk yang tumbuh di dahi kirinya.
Tanduk hitam sepanjang 2.4 inchi atau 6 sentimeter tumbuh hanya dalam masa setahun di dahi kiri Zhang Ruifang. Sementara, di dahi kanan ada tanda-tanda akan tumbuh tanduk sama.
Tidak hanya terkejut, keluarga nenek ini juga bimbang. anak bongsunya, Zhang Guozheng (60), mengaku memperhatikan kulit kasar yang tumbuh di dahi ibunya setahun lalu.
"Namun lama-lama makin aneh, tiba-tiba ada tanduk di dahi ibu saya, sampai berukuran 6 sentimeter," kata dia.
"Sekarang bahkan ada yang tumbuh di dahi sebelah kanannya. Kami bimbang akan tumbuh lagi tanduk yang sama, "kata Zhang.
Belum jelas penyebab tanduk di dahi Zhang Ruifang. Namun diduga itu kerana penebalan kulit.
Sel yang membentuk tanduk itu diduga adalah keratin - sel yang sama yang membentuk rambut dan kuku manusia. Sementara pada haiwan, keratin membentuk bahagian kulit dan tanduk.
Meski pun uzur, Zhang Ruifang masih aktif. Dia mampu berjalan meski dibantu tongkat. Dia juga masih boleh menikmati makanan kegemarannya dengan enak, misalnya paha ayam goreng.
Zhang Ruifang mempunyai tujuh anak, enam laki-laki seorang perempuan. Anak tertuanya berusia 82 tahun. Keluarga Zhang Ruifang tinggal di luar bandar dan tidak punya wang untuk membawanya ke rumah sakit. Namun, kata mereka, tanduk Zhang Rufang tidak membuatnya sakit - nenek itu masih boleh menikmati masa tuanya dengan damai.
Adakah anda semua pernah membaca mengenai atau melihat Sun Cruise Hotel di Gangneung, Korea Selatan?Hotel berbentuk kapal di Korea Selatan kelihatan seperti kapal pelayaran Royal Caribbean . Benar, konsep mereka bentuk dan membina kapal pelayaran daratan untuk sebuah hotel seolah-olah sedikit ganjil. Tetapi semuanya terdiri daripada bilik (dengan lantai yang dipanaskan) - penuh dengan taman-taman , ukiran dan lain-lain - pemandangan laut yang menakjubkan.
Sun Cruise Resort Hotel telah direka dan dibina di limbungan untuk mencontohi pengalaman pelayaran di atas kapal pelayaran. Satu penginapan di hotel ini seperti melakukan pelayaran, lengkap dengan kesan bunyi, tanpa mabuk laut. Kerana kapal itu dibina tinggi di pinggir gunung berjalan-jalan di dek matahari membolehkan seseorang untuk merasa mereka di laut.
Kebiasaannya Gua yang kita ketahui berada di celah-celah hutan tebal dan tak kurang juga telah dibersih dan dipelhara dengan baik, kali ini agak pelik bila ada gua didasar laut, bukan setakat didasar laut malah bentuk Gua tersebut seperti tengkorak kepala manusia. Apa tah lagi bila penduduk tempatan menggelarkannya sebagai gua IBLIS
Ketika sedang menyelam di kawasan terpencil, seorang penyelam mennemui gua dengan pintu gua menyerupai tengkorak. Lebih seram lagi, di tempat ini sering berlaku kematian. Gua yang dianggap markas iblis ini terletak di Hodge Close Quarry di UK.
Kawasan tempat selaman ini boleh diakses melalui terowong sepanjang 25 meter. Tempat yang sudah terkenal di kalangan penyelam ini telah menelan banyak korban.
"Gambar ini diambil di Hodge Close berhampiran Coniston di Lake District. Penyelam tewas di terowong bawah lautnya dan para pendaki pun bernasib sama. Dengan memutarnya 90 darjah, gua ini akan kelihatan seperti tengkorak. Menyeramkan," kata jurugambar Peter Bardsley.
Saya menyedari bentuk tengkorak ini setelah sampai di rumah, lanjutnya seperti dipetik Daily Mail.
"Para pengunjung sebaiknya mempertimbangkan tahap latihan sebelum masuk ke tempat ini. Sebanyak tiga penyelam tak berpengalaman tewas disini '. tertulis di papan peringatan laman lokasi gua tengkorak ini.
Walaupun penampilannya aneh, Yoda adalah kucing normal yang penuh kasih sayang kucing dan menyenangkan. Telinga ekstranya dianggap sebagai hasil dari mutasi genetik. Dan selama 2 tahun kucing ini telah menjadi selebriti media antarabangsa.
Kucing ini pernah menerima panggilan untuk tampil di Good Morning America, Fox News dan The Tyra Banks Show. The Moggy s Mugshot telah menghiasi halaman London Guardian dan tabloid British selepas pemiliknya mempostingkan foto kucing ini diinternet.
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang hanya membuat laporan polis dan tidak mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal dilihat sebagai siaran ulangan sandiwara politik.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, semasa isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu, beliau juga enggan membawa ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan video itu ke mahkamah tetapi sebaliknya hanya membuat laporan polis.
Jelasnya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan perkara itu adalah satu konspirasi dan memperlekeh kredibiliti polis.
"Laporan polis Anwar kali ini juga jelas merupakan sandiwara politik yang menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang untuk memperlekehkan apa jua hasil siasatan pihak polis jika tidak memihak kepada beliau nanti.
"Dengan ini saya cabar Anwar supaya mengambil tindakan mahkamah dalam isu surat misteri itu terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu tanpa berlengah lagi jika benar beliau tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Mazlan mendedahkan beliau telah menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus-niaga' antara Anwar dan Karpal.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim juga menegaskan, tindakan Anwar itu juga adalah strategi biasa bagi menyelamatkannya daripada kecelakaan ciptaannya sendiri.
Katanya, sekarang Anwar juga dilihat takut membawa Mazlan ke mahkamah untuk membersihkan diri daripada tuduhan berat tersebut.
"Janganlah jadi seperti kucing kurap lagi kerana rakyat melihat perlakuan Anwar yang tidak konsisten ini dengan senyuman sinis," ujarnya.
Malah beliau juga menggesa Anwar memberi kelulusan bertulis kepada Bank Negara untuk memberi maklumat kepada pihak media tentang kesahihan akaun-akaun bank yang tertulis dalam surat misteri itu.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini yang berlaku pada hari raya pertama. Sedang kita semua sibuk menyambut hari raya, lain pula ceritanya dua beradik yang sedang asyik melayari internet disebuah cybercafe di sekitar Kuala Lumpur. Berpakaian lengkap baju melayu dan sampin, tanpa segan silu dua beradik ini melayari laman sesawang lucah untuk melepaskan nafsu tanpa menyedari aksi mereka sedang dirakamkan oleh CCTV di cybercafe tersebut.
Namun niat untuk melepaskan nafsu seksnya itu terhalang apabila pekerja cybercafe tersebut menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mendapati kanak-kanak tersebut sedang asyik melayari laman lucah dan bertindak memarahi kanak-kanak tersebut.
Kelakuan adik ini benar-benar mengejutkan kami, bayangkan pada usia seawal 10 tahun kanak-kanak ini sudah mahir melayari laman sesawang lucah dan melakukan onani di khalayak ramai tanpa sebarang perasaan malu.
Nak salahkan siapa bila perkara seperti ini berlaku? adakah salah ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka? atau kebebasan mengunakan internet di Malaysia yang menyebabkan perkara seperti ini terjadi? Apapun kami harap pihak yang bertanggungjawap dapat memantau perkara seperti ini demi memastikan generasi muda sekarang tidak tercemar dengan perkara yang negatif.
PUTRAJAYA 9 Ogos - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bersedia dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti berhubung jawatan Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang yang masih dipegangnya.
Walau bagaimanapun, kata beliau, ahli MCA lain yang turut memegang jawatan kerajaan juga harus dikenakan tindakan serupa.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk dirujuk ke jawatankuasa disiplin tetapi pemimpin lain seperti Tan Sri Ong Ka Ting (Duta Khas ke China), Datuk Teh Kim Poo (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang), Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen (Pengerusi Tourism Malaysia), Datuk Wong Nai Chee (Setiausaha Politik Perdana Menteri), pegawai penerangan serta pegawai peringkat kampung daripada MCA juga harus dipanggil.
"Disebabkan konflik dalaman parti, terdapat pihak yang bising mengenai isu ini walaupun sebenarnya telah diputuskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana, di sini semalam.
Beliau mengulas desakan beberapa MCA bahagian khususnya Wangsa Maju yang mahu tindakan diambil ke atas Soi Lek kerana belum melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
MCA sebelum ini meluluskan resolusi untuk tidak menjawat sebarang jawatan kerajaan sekiranya parti itu gagal memperoleh keputusan yang baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN ONLINE
DUNGUN 9 Ogos - Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza, semalam.
Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian.
Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, berkata, bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang semalam selepas keadaannya makin tenat.
"Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.
Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini.
Beberapa penduduk kampung yang ditemui menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi.
Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata, dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit.
Katanya, mereka itu terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang.
"...mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama," katanya.
Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Panchor Jerangau di sini malam semalam. - BERNAMA
Shanghai: Tiga hakim akan dipecat oleh Parti Komunis China manakala seorang lagi diletakkan dalam tempoh perhatian, beberapa hari selepas laporan online menuduh mereka melanggan pelacur.
Satu siasatan dilakukan selepas seorang penulis blog yang diberi nama Ni oleh media tempatan, menyiarkan rakaman di internet minggu lalu menuduh lima pegawai berkenaan melanggan pelacur di sebuah kawasan peranginan tempatan.
Ia adalah skandal terbaru menyusuli kes rasuah dan pelanggaran disiplin termasuk kesalahan seksual oleh pegawai China yang didedahkan di internet.
Langgan pelacur
Anggota Suruhanjaya Disiplin Shanghai berkata, empat hakim dan seorang eksekutif syarikat kerajaan melawat pusat peranginan terbabit bulan lalu dengan empat daripada mereka melanggan pelacur.
Berikutan itu, ketua dan timbalan ketua hakim Tribunal Sivil Mahkamah Tinggi Nombor 1, Chen Xueming dan Zhao Minghua dari Mahkamah Tinggi Rakyat Shanghai akan dipecat dari Parti Komunis, kata suruhanjaya terbabit dalam Weibo.
Timbalan ketua pemeriksaan disiplin suruhanjaya itu, Ni Zhengwen juga akan dipecat manakala timbalan ketua tribunal mahkamah nombor 5, Wang Guojun tidak mendapatkan khidmat pelacur dan akan diletakkan dalam perhatian parti selama dua tahun.
Suruhanjaya terbabit akan meminta parti untuk memecat semua empat hakim terbabit.
Dipecat dari parti
Seorang eksekutif Shanghai Construction Group, Guo Xinghua dipecat firma terbabit dan akan dipecat dari parti.
Video dikirimkan Ni menunjukkan lima pegawai termasuk Chen dan Zhao memasuki bilik mewah selepas makan diikuti beberapa wanita. Keterangan video menunjukkan Chen menyediakan pelacur itu.
Ni yang memberi maklumat menuduh Zhao campur tangan dalam satu kes sivil pada 2009 yang menyebabkannya kerugian besar, lapor akhbar Global Times, Isnin lalu.
Rakyat China menggunakan media sosial untuk mendedahkan salah laku pegawai meskipun usaha mereka kadang kala dilihat menggugat kestabilan sosial dan disekat pihak berkuasa. - AFP
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Orang buat majlis berbuka puasa, DAP juga buat majlis berbuka puasa. Umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, Wakil Rakyat DAP juga berpuasa. Macam mana puasa tak tahulah. Baru dua hari Syawal menjelang, DAP sudah kelam kabut buat Rumah Terbuka. Mengalahkan orang-orang Islam. Tak mengapalah kalau hendak meraikan umat-umat Islam.
Pendapat CTS, agak-agaklah kalau hendak mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri, takkanlah sehingga dibuat di tempat di mana banner minuman keras digantung secara terbuka dan besar pulak tu. Carlsberg sponsor ka? Gambar di atas diambil bersebelahan Disco Voxx, Jalan Putra, Alor Setar. Kenapakah Rumah Terbuka Aidil Fitri diadakan di sebelah disco. Sudah habiskah dewan serbaguna atau hotel di bandar Alor Setar untuk diadakan majlis berkenaan.
Alang-alang rumah terbuka berlatarbelakangkan iklan Carlsberg, eloklah dihidangkan sekali minuman berkenaan kepada tetamu yang datang. Alang-alang jamuan Rumah Terbuka Aidil Fitri diadakan di sebelah disco, alangkah elok diadakan di dalam disco. Jangan risau, juak-juak PAS akan mengeluarkan puluhan fatwa-fatwa untuk mengharuskan majlis berkenaan. Bolehlah nanti Pak-Pak Lebai PAS menjerit meraikannya, Takebeer!!!
Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.
Buku itu, bukan tulisan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bekas perdana menteri, atas sebab itu beliau tidak mempunyai kawalan mengenai kandungan mahupun pelancaran buku itu. Sumber, Isi dan tulisan dalam buku itu hanya merupakan hasil daripada perbualan Abdullah dengan dua editor buku berkenaan, kandungan buku itu ditulis oleh tidak kurang 30 penulis yang berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.
Artikel turut disumbangkan oleh pemimpin Umno tidak lagi mempunyai tempat di parti itu seperti Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas bendahari Umno Datuk Azim Zabidi, sementara Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.
Pemimpin pembangkang yang menyumbang pula terdiri daripada Nik Nazmi Nik Ahmad, Liew Chin Tong dan Farish Noor.
Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.
Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.
Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Setakat ini, PERKASA dan Samy Vellu ternyata berang dengan laporan itu dan telah membidas Abdullah. Hanya Dr Mahtahir yang tidak mahu mengulas kerana katanya, beliau belum membaca buku itu lagi.
Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan dakwaan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya.
Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin - dua pensyarah yang sering menulis di portal mesra pembangkang Malaysiakini.
Buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.
Maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan beberapa hari lalu, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.
Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Terbitnya buku ini selepas berakhirnya pilihanraya umum yang paling sengit dalam sejarah dan menjelang pemilihan UMNO yang akan berlangsung kira-kira dua bulan lagi tentunya boleh mengundang tafsiran yang berbagai-bagai. Masa terbitnya buku ini tentunya bukan suatu kebetulan tetapi barangkali setelah ditapis dan dianalisa kesan buruk dan baik dalam pelbagai segi.
Apatah lagi sekarang ini anak Mahathir iaitu Mukhriz dan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, masing-masing telah mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Belia dan Sukan dan dijangka akan bertanding jawatan kanan dalam pemilihan kali ini manakala Mahathir pula seakan mahu menunjukkan pengaruhnya yang berterusan dalam UMNO dengan keaktifannya bersuara dan menghadiri pelbagai perjumpaan di sana-sini.
KJ dijangka akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya manakala Mukhriz yang kalah ditangan KJ dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda empat tahun lalu pula sedang diasak untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO setelah faktor Mahathir dikatakan menjadi kunci kemenangan BN menawan semula Kedah daripada tangan Pas.
Ini menjadikan sementara bapa dan bapa mertua kedua-dua pemimpin itu terus berbalah, anak dan menantu mereka pula sedang meneruskan pendakian dalam hireaki UMNO.
Terbitnya buku Pak Lah ini menjelang sambutan 1 Syawal turut mengundang rasa teruja banyak pihak kerana selepas ini tentunya akan menerima reaksi balas daripada Mahathir pula. Mengenali watak Mahathir yang tidak pernah mengalah dengan sesiapa yang cuba mencari pasal dengannya, adalah dijangkakan reaksi Mahathir mengenai buku ini dan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya sebagaimana yang tertulis dalam buku itu pastinya lebih pedas dan panas lagi.
Sementara umat Islam lain sedang rancak untuk bermaaf-maafan dan melupakan persengketaan lama, episod pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah ini nampaknya baru hendak meletus kembali setelah agak lama ianya menyepi dan harapan untuk melihat kedua-dua negarawan ini berbaik-baik kembali turut menjadi semakin tipis.
Pendirian Tun Dr Mahathir untuk tidak memberi ulasan berkaitan buku Pak Lah itu, apabila diajukan kepada beliau, mencerminkan, bahawa mantan Perdana Menteri itu, tidak mahu memperhangat suasana lebaran yang sedang disambut oleh umat islam negara ini.
Bagi mereka yang mahu kehangatan balas membalas antara dua mantan Perdana Menteri itu, rupanya belum menjadi kenyataan, setidak-tidak dalam masa sekarang; dan atas sebab itu juga para tukang sampuk atau nasi tambah belum dapat mengambil kesempatan, atas "pertelingkahan" kedua-dua mantan Perdana Menteri.
Mukhriz dan KJ pula mungkin menjadi anak dan menantu yang paling tidak gembira kerana terpaksa menyaksikan pelbagai pendedahan dan londeh-melondeh daripada bapa dan bapa mertua masing-masing serta dalam masa yang sama mengundang pula reaksi daripada pihak-pihak yang mungkin lebih tidak menyenangkan mereka. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka kerana memilih menjadi pemimpin dan dalam masa yang sama menjadi anak kepada Mahathir dan menantu kepada Pak Lah.
Sebelum ini Mahathir bukan saja kerap mengkritik Pak Lah, baik dalam majlis terbuka atau perjumpaan tertutup, bahkan dalam buku memoir "A Doctor In The House" yang ditulisnya, Mahathir juga banyak mengkritik kepimpinan Pak Lah yang disifatkannya lemah dan mengundang banyak masalah kepada parti dan negara.
Namun Pak Lah, sejak berundur daripada jawatan Perdan Menteri tidak pernah menjawab walau sepatah perkataan pun terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya manakala Mahathir pula seakan-akan tidak pernah puas melakukan serangan dengan sering mengaitkan apa saja masalah dalam UMNO dan negara sebagai berpunca daripada era kepimpinan Pak Lah.
Rupa-rupanya Pak Lah berdiam diri selama ini kerana beliau sedang mengumpulkan fakta untuk menjawab dan menyerang kembali semula kritikan terhadapnya dan beliau memilih untuk menjawabnya melalui penerbitan sebuah buku.
Dengan terbitnya buku ini dan pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah kembali menjadi panas, sebenarnya menarik juga untuk melihat apakah pendirian dan sikap Najib mengenainya. Walaupun pengaruh Pak Lah tidak sekuat Mahathir di dalam UMNO tetapi Najib memang diketahui amat gembira dengan sikap dan pendirian Pak Lah yang sentiasa menyokongnya sedangkan Mahathir agak flip-flop terhadapnya, kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang mengkririk.
Malah selepas berakhirnya pilihanraya umum lalu, walaupun menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi tetapi Mahathir diketahui mulai bersikap membelasah Najib terutama dalam perjumpaan tertutup dengan mereka yang bertemu dengannya.
Mungkinkah Najib sebenarnya gembira dan sedang tersenyum dengan terbitnya buku ini kerana sekurang-kurangnya ada orang lain sekarang ini sedang mengkritik Mahathir yang secara belakang-belakang turut mengkritiknya juga. Dengan kemungkinan berlakunya berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah selepas ini, secara langsung Najib tidak lagi menjadi tumpuan serangan oleh Mahathir dan beliau juga sudah boleh melupakan belasahan Mahathir terhadapnya sebelum ini.
"Dia seorang lelaki berusia 90 tahun. Kita (perlu) memberi elaun kepadanya, (hanya) seperti orang-orang yang memberi elaun kepada saya," katanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai negarawan Singapura Lee Kuan Yew.
Bekas Perdana Menteri berusia 88 tahun itu berkata demikian ketika mengulas buku terbaru Lee bertajuk 'One Man's View of the World' yang dilancarkan di republik itu, Selasa lepas.
Antara lain, buku itu memetik bekas Perdana Menteri Singapura itu sebagai berkata: "Dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan dan ia secara sukarela mengecutkan golongan berbakat.
"Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata: "Dia berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara terutamanya di Singapura.
"Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.Dalam buku setebal 400 halaman itu, Lee berkongsi pandangan beliau antara lain mengenai politik antarabangsam ekonomi global dan perubahan iklim.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada penghijrahan bakat intelektual seperti mencari pendapatan yang lebih baik, persekitaran kerja, infrakstruktur dan jaminan yang lebih baik.
Timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia tidah mahu mana-mana satu bangsa lebih domain daripada yang lain bagi memelihara keharmonian.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan Lee bahawa ia adalah mustahil bagi Najib memenangi semula hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan undi dari orang Melayu.
"Saya mempertikaikan hipotesis beliau. Jika Najib dapat menyelesaikan masalah penduduk luar bandar seperti pekerja estet, saya yakin beliau akan mendapat sokongan kaum Cina, India dan Melayu," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam, dekat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan