Ahad, 28 Julai 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Jul 2013 03:02 PM PDT

Anwar berang dengan kadar petisyen p'raya ditolak

Posted: 28 Jul 2013 02:05 AM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang dengan kadar mahkamah menolak kes petisyen pilihan raya umum ke-13 yang difailkan oleh calon-calon Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, peguam beliau akan membuat satu pendirian yang kuat esok mengenai perkembangan berkaitan dengan penolakan petisyen pilihan raya, di mana calon-calon juga diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka.

"Peguam kami akan membuat pengumuman mengenainya di KL, kami sedang berbincang tindakan kami selanjutnya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau menyifatkan sebagai tidak masuk akal dan tidak betul, cara hakim-hakim menolak kes-kes tersebut atas alasan teknikal tanpa membenarkan kes-kes itu dibicarakan.

Malah, kata Anwar, Pakatan juga tidak boleh menerimanya sekiranya perkara yang sama juga berlaku kepada petisyen yang difailkan oleh BN.

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Kedua-duanya yang kalah kepada calon BN dalam pilihan raya umum lalu, diperintah membayar kos - Abdul Halim RM10,000 dan Muhammad Baktiar RM30,000 - kepada lawan mereka, pegawai pengurus piihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (kanan) diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Manakala lawan calon PKR bagi Parlimen Batu, Tian Chua - calon dari BN Dr Dominic Lau - yang ditolak petisyennya, diperintahkan membayar RM50,000 kepada Tian, selepas peguam calon PKR bertegas mengenainya dalam prosiding mahkamah.

Erra gesa peserta ratu cantik akur larangan

Posted: 28 Jul 2013 02:03 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

PENYANYI Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik.

Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.

"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir kesannya jangka panjang.

"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketat lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri," katanya dipetik Mstar Online.

Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.

"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.

Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.

Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.

Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.

Automatik keluar Pas jika anut fahaman Syiah

Posted: 28 Jul 2013 01:59 AM PDT

Wartawan Sinar Harian


 

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.

"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.

"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," tambahnya lagi.

Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat.

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya.

Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu.

"... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi.

Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang cuba memanipulasi isu Syiah ini apatah lagi menjelang pemilihan parti itu November ini.

Siapa pengganas, Amerika atau Hizbullah?

Posted: 28 Jul 2013 01:58 AM PDT

Siapakah sebenarnya syaitan dan 'paksi kejahatan'?

 

Politik Antarabangsa

Kesatuan Eropah (EU) Isnin lalu menyenarai-hitamkan sayap ketenteraan Hisbullah yang berpangkalan di selatan Lubnan.

Hizbullah yang dipimpin oleh Setiausaha Agung Sheikh Hassan Nasrallah adalah sebuah parti politik yang sah dan mempunyai anggota-anggota parlimen dalam kerajaan Lubnan.  Hizbullah juga merupakan sebuah gerakan Islam yang digeruni oleh musuh-musuh Islam.

Keputusan untuk menambah sayap ketenteraan Hizbullah itu dalam senarai "organisasi-organisasi pengganas" dicapai dalam mesyuarat yang dianggotai seramai 28 menteri luar EU berikutan tekanan dari Washington dan Tel Aviv.

Beberapa buah negara di Eropah menuduh penglibatan Hizbullah dalam serangan bom tahun lalu di kawasan peranginan Burgas dekat Laut Hitam di Bulgaria, yang mengorbankan lima pelancong Israel dan seorang rakyat Bulgaria. Hizbullah menolak dakwaan itu.

Bagaimanapun menteri-menteri luar EU mengakui bahawa penglibatan Hizbullah dalam memerangi para pemberontak yang disokong oleh Amerika dan Israel di Syria sebagai sebab utama keputusan itu diambil.

Setesen televisyen Lubnan, al-Manar mengecam tindakan EU itu dengan berkata, EU tunduk kepada Israel dengan keputusan menyenarai-hitamkan Hizbullah.

Menteri Luar Republik Islam Iran Ali Akbar Salehi mengecam tindakan EU itu sambil berkata, melabel Hizbullah sebagai pertubuhan pengganas yang menentang pencerobohan dan keganasan daripada kuasa-kuasa luar tidak boleh diterima.

Amerika dan Israel mengalu-alukan keputusan EU itu apabila Setiausaha Negara Amerika John Kerry menggesa negara-negara lain untuk turut mengikut jejak langkah EU.

Sebenarnya Barat sudah lama berniat untuk melabel Hizbullah sebagai sebuah pertubuhan pengganas kerana kekuatan sayap tenteranya untuk menghadapi musuh-musuh Islam terutama kemampuan mereka mengalahkan Israel dalam peperangan tahun 2000 dan 2006.

Sebab lain EU mahu mengharamkan pertubuhan itu ialah kerana hubungan rapatnya dengan Iran. Sejak tentera Amerika diusir dari bumi Iran berikutan Revolusi Islam pada tahun 1979 yang dipimpin oleh Imam Khomenei, Iran dianggap sebagai musuh utama.

Tindak tanduk

Tindak tanduk Iran dan Hizbullah mempertahankan kerajaan Syria daripada jatuh kepada kuasa Barat sebenarnya bukanlah untuk mempertahankan presidennya, Bashar Al Assad tetapi mempertahankan Syria dari takluk oleh Amerika dan Israel.

Kejatuhan kerajaan Bashar akan memberi laluan kepada Amerika untuk bertapak di Syria dan sekali gus memberi ancaman secara langsung kepada Iran seperti mana kejatuhan kerajaan Iraq di bawah pemerintahan Presiden Saddam Hussein yang berpusat di Baghdad pada tahun 2003.

Dalam memahami politik Timur Tengah, kita jangan mudah percaya dan terpedaya dengan dakyah Amerika yang dicanang oleh media-media Barat bagi membentuk persepsi kita yang salah lagi mengelirukan dalam menilai pergolakan politik antarabangsa.

Seperti mana yang terjadi kepada Saddam yang dituduh menyimpan senjata pemusnah raksasa – weapons of mass destruction (WMD). Tetapi apabila Saddam berjaya dijatuhkan oleh Amerika, WMD tidak pula ditemui.

Sebelum tercetusnya Perang Teluk, Iraq pernah berperang dengan Iran (1980-1988) hingga menyebabkan kematian kira-kira sejuta orang dari kedua-dua belah pihak akibat diperdaya dan dihasut oleh Amerika tentang ancaman kebangkitan Islam di Iran.

Saddam berjaya diperbodoh dan ditakut-takutkan oleh Amerika bahawa kononnya Revolusi Islam Iran akan merebak ke Iraq dan akan mengancam kedudukannya sebagai pemimpin Arab dan menimbulkan kebimbangan bahawa kemungkinan Iraq dikuasai oleh Iran.

Tetapi apa yang terjadi kepada Saddam sendiri selepas itu. Oleh kerana enggan mengikut telunjuk Amerika maka Amerika mencipta pelbagai alasan untuk memerangi Iraq dan menjatuhkan kerajaannya.

Begitu juga dengan kedudukan Hizbullah dan Lubnan itu sendiri. Sekiranya Amerika berjaya di Syria, ia bukan sahaja dapat menjamin keselamatan Israel tetapi memberi ancaman kepada Hizbullah kerana cita-cita Amerika untuk meluaskan pengaruhnya sehingga meliputi Laut Meditteranean.

Amerika pernah melabel negara-negara Islam seperti Iran dan Iraq sebagai 'paksi kejahatan' dan kejatuhan Syria akan memberi laluan bebas kepada Amerika untuk bergerak dan memantau kawasan-kawasan disekitar – dari Laut Meditteranean hingga ke Lautan Hindi.

Paksi kejahatan

Tetapi siapakah sebenarnya pengganas? Siapakah sebenarnya syaitan dan 'paksi kejahatan'?. Dengan membantu, membiayai dan membekal para pemberontak dengan senjata dan logistik di Afghanistan, Iraq, Iran, Syria, Tunisia, Libya, Mesir dan banyak lagi negara, bukankah Amerika sebenarnya sebuah negara pengganas.

Bukankah Amerika yang menaja segala bentuk kejahatan dan keganasan di seantero dunia, khususnya di negara-negara Islam? Siapa pengganas, Amerika atau Hizbullah?

Tindakan EU ini sedikit pun tidak mengugat kedudukan politik dan ekonomi Lubnan atau lebih khusus Hizbullah. Seperti tindakan sekatan ekonomi Iran oleh Amerika dan sekutunya yang tidak memberi sebarang kesan, ekonomi Lubnan dan Hizbullah dipercayai tidak akan terjejas.

Ini kerana Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati dilaporkan berkata, Lubnan kesal dengan keputusan EU menyenarai-hitamkan Hizbullah tetapi berkata Beirut akan terus mengekalkan hubungannya dengan negara-negara anggota EU sambil mengharapkan supaya keputusan itu ditimbang semula.

Tindakan EU juga sudah tentu dialu-alukan oleh negara-negara sekutu Amerika di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Qatar, Emeriyah Arab Bersatu, Jordan dan Turki, yang turut menyokong para pemberontak Syria dengan membekalkan keperluan makanan dan senjata serta wang ringgit.

Akhirnya umat Islam, tanpa mengira etnik dan mazhab, berperang sesama sendiri. Inilah yang direncanakan oleh Amerika, umat Islam dan bangsa Arab bertelagah sesama sendiri seperti yang berlaku di Syria, Mesir, Yaman, Algeria, Tunisia, Libya dan lain-lain negara.

Tetapi mereka tidak sedar bahawa Amerika dan Israel memang tidak boleh dipercayai kalau kita melihat kepada apa yang berlaku kepada Saddam di Iraq. Saddam pada suatu masa dahulu menjadi sekutu kuat Amerika bertukar menjadi musuh dan akhirnya dimusnahkan oleh Amerika.

Apakah para pemimpin negara Arab lain akan menerima nasib yang sama seperti Saddam pada suatu hari nanti?

Penahanan rakan Pengerusi MyWatch tiada kaitan kes tembak - Bernama

Posted: 28 Jul 2013 01:56 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Penahanan rakan kepada R Sri Sanjeevan yang bersama-sama berada dalam kereta ketika Pengerusi MyWatch ditembak di Bahau, Negeri Sembilan semalam, tidak kaitan dengan kes itu.

Sebaliknya, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh, berkata rakan mangsa itu ditahan tengah malam tadi berhubung satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Beliau berkata, suspek dikehendaki sejak awal tahun ini dan polis bertindak memberkasnya di Balai Polis Bahau semasa dia datang membuat laporan berhubung kejadian tembakan itu.

 "Penahanan rakan R Sanjeevan tidak ada kena mengena dengan kes tembakan. Ia kes berasingan kerana dia memang dikehendaki sebelum ini.

"Jadi, jangan ada pihak cuba membuat spekulasi terhadap mana-mana kes sehingga mengganggu siasatan polis," katanya.

Mengenai kes Sanjevan, Osman berkata, polis tidak menolak kemungkinan insiden tembakan itu, bermotif dendam.

Sanjeevan, 29, parah di rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.

Osman berkata, satu pasukan khas ditubuh bagi melancarkan siasatan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan meminta pihak yang ada maklumat kejadian itu supaya menghubungi polis.

Katanya, mangsa stabil selepas dipindah ke Hospital Tuanku Ja'afar selepas dirawat di Hospital Jempol dan dijadual dibedah hari ini bagi mengeluarkan peluru.

Bagi menjaga keselamatan mangsa, polis menempatkan anggota menjaga mangsa di hospital," katanya.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang memandu ke Taman Cempaka untuk menjemput rakannya keluar minum di Pekan Bahau.

Semasa dalam perjalanan selepas menjemput rakannya, mangsa menurunkan cermin sisi keretanya jenis BMW untuk menghisap rokok dan memperlahan keretanya apabila tiba di satu simpang.

Dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha LC kemudian dikatakan menghampiri kereta mangsa lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa sebelum mengenai dan menembusi siku kanan dan terkena rusuknya.

Seorang lelaki itu cuba menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa terus memecut keretanya sejauh 300 meter sebelum meminta rakannya memandu dan membawanya ke hospital.

MyWatch yang dinaungi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.

Sanjeevan adalah pengerusi yang lantang menyuarakan dan membuat laporan polis berhubung aktiviti perjudian haram di negeri ini terutama di Jelebu dan Jempol dan pernah menerima ancaman. - Bernama

Filem 'komunis' bakal ditayang, Tanda Putera terus terperap

Posted: 28 Jul 2013 01:54 AM PDT

Pengamal rasis yang agresif akan mendapat lebih perhatian di Malaysia, tulis Awang Selamat, kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Beliau membuat keseimpulan itu ketika mengulas filem The New Village (TNV) yang bakal ditayang bermula 22 Ogos ini berbanding filem Tanda Putera yang tiga kali ditangguh tarikh tayangannya.

"Ketika Tanda Putera ditekan habis-habisan, dalam diam rupa-rupanya ada pihak menerbitkan filem The New Village dengan membawa perspektif serong.

 "Khabarnya, filem itu mengangkat Malayan People Anti Japanese Army(MPAJA) yang mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM)sebagai pejuang kemerdekaan," tulisnya, hari ini.

Awang turut menyelar sikap pihak tertentu kerana terlalu berhati-hati dan beralah dalam berkompromi terhadap isu yang cuba ditonjol dalam Tanda Putera.

Kolumnis itu turut menuduh penerbit filem TNV mahu menulis semula sejarah dengan mengangkat perjuangan komunis serta menggesa penerbitnya,tidak lupa daratan.

"Penerbitan filem berkenaan sebagai satu usaha mengiktiraf perjuangan komunis termasuk Chin Peng.
"Tidak masuk akal TNV mendapat kebenaran Finas untuk ditayang terlebih dahulu berbanding Tanda Putera yang telah lama terperap," katanya.

TNV diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw serta barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu mahupun India.

Filem itu berkisarkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan Parti Komunis Malaya(PKM) dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

TNV memaparkan tindakan British ke atas orang Cina pada zaman darurat serta watak utama dalam filem ialah anggota MPAJA yang ada pertalian darah dengan PKM, mengikut laporan Pancaindera, sisipan akhbar itu.

Penulis mempersoal sikap pilih kasih terhadap Tanda Putera sambil menyelar tiada pihak yang tampil membantah filem TNV.

Tanda Putera mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam tragedi 13 Mei 1969.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu dibantah oleh pembangkang kerana memberi gambaran salah mengenai tragedi hitam 13 Mei 1969.

"Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba dituduh rasis sedangkan hakikatnya ia memaparkan fakta sejarah rusuhan kaum 13 Mei.

"Pada Awang, filem itu wajar ditonton dalam kerangka memperkukuhkan patriotisme dan membuka mata semua pihak tentang perlunya menjaga keharmonian."

Keperluan beras masih tidak mencukupi

Posted: 28 Jul 2013 01:49 AM PDT

FREE MALAYIA TODAY

Selain Penampang, banyak daerah lain di Sabah yang secara tradisinya pengeluar beras bertukar kepada aktiviti lain. 

 

Oleh Percy Goliu 

PENAMPANG:  Sepuluh tahun yang lalu, apabila Jalan Pintas Penampang mula dibuka kepada orang ramai yang berulang-alik ke pusat bandaraya, pemandangan di kedua-dua belah jalan raya itu kelihatan segar dan indah dengan kehijauan sawah padinya.

Apabila tiada aktiviti menanam, sawah itu ditumbuhi dengan rumput-rumput pendek dan kadang kala ia dikunjungi puluhan bangau putih yang mencari makanan di sana.

Penduduk kampung yang tinggal di sepanjang jalan itu menggunakan musim tidak menanam padi dengan mencari ikan keli, 'hindung', 'kouk', 'badus' atau apa saja ikan kecil yang hidup dalam air sawah. Ia adalah makanan orang kampung yang berkhasiat dan enak dimakan bersama nasi.

Malangnya, kehijauan itu kini bertukar menjadi warna putih konkrit dengan banyak rumah besar dan kecil serta bangunan komersial menempatkan kedai-kedai, pejabat serta infrastuktur tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Malah, loji rawatan kumbahan juga dibina atas sawah yang ditimbun tanah dekat jalan raya seluas 8.9 hektar.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan kawasan penanaman padi di beberapa kampung, termasuk di sepanjang Jalan Pintas ini digazet supaya pembangunan tidak dibenarkan bagi menggalakkan kegiatan menanam padi. Namun, nampaknya, kawasan itu tidak lagi menjadi jelapang padi Penampang kerana pembangunan rancak berjalan di sana-sini. Banyak sawah terbiar berubah wajah.

Pusat Teknologi Komersial Antarabangsa Penampang (ITCC) yang sedang dalam pembinaan di Jalan Pintas ini juga sudah pasti mengubah wajah daerah yang majoriti penduduk adalah kaum Kadazan, apabila siap pada 2015.

Pusat teknologi yang mengambil kawasan seluas empat hektar dan bernilai RM300 juta itu dibina atas sawah padi yang dikatakan terbiar.

Ia bakal menjadikan bandar ini sebagai pusat sehenti perniagaan dan produk berkaitan elektrik serta inovasi. Hotel, kedai, pejabat serta bilik persidangan juga dibina di pusat ini.

Kawasan perumahan mewah di Jalan Pintas turut dibina atas tanah sawah yang ditimbun dan dinamakan Taman Padi bagi menunjukkan bahawa kawasan itu suatu ketika dulu giat dengan aktiviti penanaman.

Punca pendapatan lain

Penampang yang ada kira-kira 150,000 penduduk dan suatu ketika dahulu majoriti penduduknya menanam padi, kini beralih kepada punca pendapatan lain. Ramai meninggalkan kegiatan bertani yang diamalkan nenek moyang mereka dan keluar bekerja dengan kerajaan atau sektor swasta.

Ada yang menjual tanah sawah kepada syarikat perniagaan atau membina rumah sendiri atasnya atau membiarkan saja tanah itu tanpa diusahakan.  Fenomena ini sudah lama berlaku dan bukan saja melanda Penampang.

Banyak daerah lain di Sabah yang secara tradisinya pengeluar beras seperti Tuaran, Tamparuli, Papar dan Tambunan kini menukar aktiviti di mana kebanyakan generasi muda lebih suka keluar bekerja untuk mendapatkan wang untuk membeli beras di kedai.

Kalau dulu, mereka tidak perlu membeli beras di kedai, kini hampir semua penduduk daerah ini akan berkata: "Saya pergi menuai padi di kedai." Maknanya mereka membeli beras di kedai.

Membeli sehingga 20-40 kilogram padi setiap bulan dengan belanja di antara RM36 hingga RM80 dikira sebagai normal. Tidak perlu lagi bersusah payah bekerja keras dibawah terik matahari untuk mengusahakan seekar sawah yang boleh menghasilkan beras untuk kegunaan selama setahun.

Natijahnya, ramai membiarkan bendang tanpa diusahakan. Jika tidak ditumbuhi dengan bangunan, ia menjadi semak dan terbiar dan mungkin ada juga menjadi sarang ular tedung bertelur.

Ketika ramai berubah kegiatan daripada menanam padi kepada kegiatan lain hingga menyebabkan kira-kira 3,000 hektar sawah padi di seluruh Sabah terbiar, gambaran lebih luas ialah kita tidak cukup beras untuk menyara diri sendiri.

Pembangunan komersial 

Desakan penggunaan tanah-tanah sawah untuk tujuan pembangunan komersial dan infrastruktur asas di kawasan sub urban seperti Penampang, menggagalkan hasrat kerajaan untuk memperluaskan kawasan sawah di Sabah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin berkata, keadaan ini menyebabkan Sabah kekurangan beras keluaran sendiri dan terpaksa mengimport beras dari China, India, Vietnam dan Thailand.

Penggunaan beras dalam negeri juga meningkat kerana pertambahan penduduk di mana pada tahun 2000, sebanyak 290,792 metrik tan digunakan dan meningkat kepada 302,695 metrik tan pada masa sekarang.
Kementerian menetapkan dasar kecukupan 60 peratus bekalan beras dalam negeri daripada pengeluaran tempatan. Malangnya, ia tidak cukup kerana tahap kecukupan masih di bawah paras 30 peratus.

Pengeluaran ini disumbangkan oleh 35,600 hektar tanah sawah padi seluruh negeri di mana kira-kira 10,400 hektar adalah kawasan yang mempunyai sistem pengairan dan saliran yang baik manakala 11,898 hektar mempunyai sistem pengairan dan saliran yang kurang baik dan 13,303 hektar lagi tanah sawah yang bergantung pada tadahan hujan.

"Sesuatu mesti dilakukan bagi memastikan keselamatan makanan negeri supaya mencukupi. Kementerian saya sedar dengan hakikat ini di mana kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada negara pengeluar beras.

"Walaupun Thailand dan Vietnam menghasilkan banyak komoditi itu, namun jumlah yang didagangkan di pasaran dunia amat sedikit. Ini membimbangkan kerana jika negara pengeluar dilanda bencana alam seperti banjir dan peperangan, mereka pasti mengurangkan pengeluaran dan ini akan menyebabkan kekurangan beras di dunia dan Sabah juga akan terjejas," katanya.

Dunia menghasilkan 700 juta tan beras setiap tahun yang cukup untuk lebih tiga billion penduduk.

Masalah persaingan 

Buat masa ini, sukar mencapai kecukupan 60 peratus bekalan beras keluaran tempatan kerana kementerian berdepan dengan masalah persaingan permohonan menukar penggunaan tanah untuk tanaman industri seperti sawit dan lain-lain tanaman yang mengakibatkan keluasan fizikal sawah berkurangan.
Cabaran lain ialah perkhidmatan jentera yang belum mencukupi.

Antara tindakan kerajaan untuk mengatasi kekurangan ini ialah mencadangkan penanaman secara berfasa dan berjadual mengikut blok-blok yang dipersetujui serta melaksana langkah terbaik mengurangkan ancaman burung pipit yang menjejaskan hasil pengeluaran padi dengan meminta pesawah mematuhi jadual penanaman serentak.

Kementerian juga perlu menguatkuasakan pengekalan syarat gunatanah bagi tanaman makanan terutamanya padi. Padi bukit juga satu pilihan untuk menambahkan pengeluaran dan untuk menggalakkan penanamannya, subsidi pembelian input seperti baja harus diberi semula seperti yang pernah dilakukan ketika negara dilanda krisis ekonomi pada 2008.

Di masa depan, kerajaan bergantung kepada kejayaan pelaksanaan program tranformasi di mana menurut Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri, kementeriannya mengguna pakai konsep penyatuan dan menaiktaraf tanah untuk diusahakan secara produktif dan komersial.

Untuk ini, kerajaan negeri menaruh harapan kepada Kota Belud untuk mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus tahap kecukupan dalam masa tujuh tahun.

Kota Belud diumumkan sebagai satu lagi kawasan jelapang padi yang akan ditadbir Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).  Ia dimasukkan dalam projek EPP 11 (Entry Point Project) untuk padi komersial.

Pada masa ini, hasil daripada 12,200 hektar sawah padi di daerah ini ialah sebanyak 40,300 metrik tan padi atau 25,400 metrik tan beras.

"Menjelang 2020, seluas 5,000 hektar di daerah ini akan dapat ditanam dua kali setahun dengan jangkaan hasil meningkat dari lima tan sehektar kepada 8.5 tan sehektar. Angka ini mampu mengeluarkan sebanyak 91,600 metrik tan padi atau 57,000 metrik tan beras.

"Dengan pelaksanaan projek EPP 11 ini, pengeluaran beras di seluruh negeri dijangka turut bertambah daripada 85,000 metrik tan kini kepada 117,300 metrik tan pada 2020. Usaha ini diharap mampu menambah kecukupan pengeluaran beras sebanyak 40 peratus pada tahun itu," katanya.

Unjuran terbaru KDNK bantut pertumbuhan ekonomi

Posted: 28 Jul 2013 01:42 AM PDT

Mier membuat unjuran lebih rendah tentang pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun ini; dari 5.6% kepada 4.8%. 

Unjuran terbaru yang dibuat sebuah institusi penyelidikan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang di bawah 5% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini merubah persepsi kita sama ada Malaysia mampu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Untuk mencapai taraf negara maju atau negara berpendapatan tinggi, pakar ekonomi menyusurkan ekonomi Malaysia harus berkembang secara purata 6% setahun untuk tempoh 10 tahun berturut-turut.

Namun Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) kelmarin membuat unjuran lebih rendah tentang pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun ini; dari 5.6% kepada 4.8%. Kadar pertumbuhan KDNK yang lebih rendah bermakna perkembangan ekonomi akan sedikit terencat atau terbantut dan sasaran lebih lambat untuk dicapai.

Pengarah Eksekutif Dr Zakariah Abdul Rashid berkata jangkaan pertumbuhan KDNK adalah lebih rendah berbanding jangkaan awal. (KDNK atau GDP diukur dari jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara).

Beliau berkata, ini adalah disebabkan pemulihan ekonomi global yang lemah, pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan, kelembapan ekonomi negara-negara Asean, pasaran kewangan yang 'volatile' atau cepat berubah (naik-turun) dan sistem kewangan yang diperketatkan.

Melahirkan rasa prihatinnya terhadap pertumbuhan export yang perlahan, Zakariah berkata, pertumbuhan ekonomi dijangka rancak semula pada setengah tahun kedua tahun ini berdasarkan perbelanjaan dalam perniagaan yang semakin berkembang.

Beliau bagaimanapun, mengakui bahawa permintaan domestik (domestic demand) yang rancak memainkan peranan penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi seterusnya.

Mengenai pertumbuhan ekonomi untuk tahun depan, beliau menjangkakan pertumbuhan pada kadar di antara 5% hingga 5.5%. Jangkaan ini dibuat berdasarkan keadaan pertumbuhan ekonomi yang lemah, posisi kewangan dan fiskal yang ketat.

Sebagai sebuah negara yang bergantung kuat pertumbuhan ekonominya kepada perdagangan luar maka Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun tetap akan terkena tempias dari pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan perlahan.

Prestasi ekonomi China

Menurut Zakariah, prestasi ekonomi China turut mempengaruhi ekonomi kita memandangkan China kini muncul sebagai ekonomi terbesar selepas Amerika Syarikat setelah mengatasi kedudukan ekonomi Jepun.

Sejak lebih tiga abad lalu, KDNK China berkembang pada kadar purata 10% setahun.  China sendiri mengakui bahawa pertumbuhan pesat ini tidak dapat bertahan lama. Akibat perkembangan sektor hartanah yang pesat, China hari ini menghadapi masalah 'over-leveraging' iaitu keadaan peminjam banyak berhutang dengan bank.

Berlatarbelakangkan senario yang tidak menggembirakan ini maka ia memberi kesan kepada sasaran mencapai taraf negara maju seperti mana yang kita harap-harapkan selama ini.

Maka timbul persoalan, apakah jangkaan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa Malaysia boleh mencapai status negara maju lebih awal dari tahun 2020, atau lebih tepat sasarannya ialah pada tahun 2017, boleh dicapai?

Berdasarkan ujuran kadar pertumbuhan ekonomi yang semakin rendah yang dibuat Mier ini nampaknya agak sukar untuk mencapai status negara maju seperti mana yang disasarkan pada tahun 2020.

Faktor lain yang akan merencat atau membantut pertumbuhan ekonomi kita ialah keadaan defisit fiskal yang semakin luas dan membimbangkan. Ini dapat dilihat dari permohonan kerajaan untuk mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM12.2 bilion bagi menambah perbelanjaan.

Melihat kepada statistik terbaru dari Kementerian Kewangan maka keraguan timbul sama ada kerajaan dapat menunaikan janjinya untuk mengurangkan kadar defisit belanjawan kepada 4% dari KDNK pada tahun ini dari 4.5% tahun lalu.

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, kadar defisit fiskal negara sudah berada pada jumlah RM19 bilion atau 4.8% dari KDNK. Pada suku pertama tahun ini pula, defisit fiskal berada pada paras RM14.9 bilion atau 6.4% dari KDNK manakala hasil pula jatuh sebanyak 8.6% kepada RM43.8 bilion.

Lembaga Hasil mensasarkan kutipan cukai sebanyak RM130 bilion pada tahun ini tetapi untuk suku pertama tahun ini hanya RM27.4 bilion berjaya dikutip.

Cara lain untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ialah dengan meningkatkan permintaan domestik. Dengan bahasa mudah, rakyat perlu berbelanja lebih dalam negara.

Hutang isi rumah

Tetapi permintaan domestik juga berdepan dengan masalah memandangkan kedudukan hutang isi rumah semakin membimbangkan kerana peratusannya dari pendapatan semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Komponen hutang isi rumah terdiri daripada pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, barang-barang pengguna dan lain-lain.

Pada paras 83% dari KDNK pada tahun ini, situasi hutang isi rumah cukup membimbangkan kerana ia meningkat dari 80.5% tahun 2012 dan 70% pada 2009. Di Asia, selain dari Malaysia, China dan Korea Selatan mencatat kadar hutang isi rumah yang sangat tinggi.

Keadaan yang mencemaskan ini diakui oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ketika ditanya para pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim bersempena bulan Ramadan di Kuala Lumpur semalam.

Katanya, Malaysia antara negara yang berhadapan dengan masalah hutang isi rumah yang meningkat berikutan sikap berbelanja rakyat negara ini yang tidak terkawal.

"Hutang isi rumah negara kita adalah tinggi berbanding negara jiran yang berhampiran. Ini kerana ramai pengguna yang berhutang dengan membuat pelbagai pinjaman antaranya pinjaman kad kredit, hutang peribadi dan sebagainya.

"Sebagai contoh hutang peribadi yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang menjadi boros dalam berbelanja serta berbelanja melebihi batasan kemampuan pendapatan," kata Ahmad Maslan.

Kadar hutang isi rumah yang semakin tinggi ini juga bermakna seseorang pekerja membawa pulang pendapatan boleh belanja (disposable income) yang semakin kurang. Pendapatan boleh belanja yang semakin kurang ini membuat kuasa beli seseorang pekerja ini semakin lemah dan terhakis.

Kekurangan pendapatan boleh belanja ini mengakibatkan negara mengalami masalah untuk melonjak ekonomi kerana permintaan domestik yang lembab sedangkan negara bergantung kepada permintaan domestik untuk memacukan pertumbuhan ekonominya

Format baru pemilihan jadikan Umno lebih demokratik - Bernama

Posted: 28 Jul 2013 01:36 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Format baru pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memberi kuasa kepada 150,000 perwakilan memilih pemimpin mereka akan menjadikan parti itu lebih demokratik.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (gambar), berkata ia penanda aras baru untuk Umno dan sememangnya ditunggu-tunggu peringkat akar umbi untuk membolehkan mereka menentukan pemimpin.

 "Dahulu kita ada dengan kegiatan yang tidak sihat seperti politik wang, dan dengan adanya perlembagaan baru ini, kegiatan itu dapat direda atau ditiadakan kerana sebegitu ramai yang akan memilih.

"Selain itu, antara kesan utama ialah ia melahirkan pemimpin Umno yang rajin turun padang kerana jika tidak berbuat demikian, rakyat tidak kenal dan mereka tidak akan berjaya dalam jawatan yang ditandingi baik Exco Pemuda, Puteri, Wanita dan MT," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan ke-399 Bank Simpanan Nasional dan berbuka puasa di Benut, Pontian petang semalam.

Menurutnya, format pemilihan baru itu juga menjadikan muka baru yang ingin bertanding lebih kerap turun padang berjumpa rakyat untuk memperkenal diri mereka.

"Jika mereka banyak melakukan kerja-kerja NGO, melakukan kerja amal dan mempunyai jasa tertentu barulah dapat diterima ratusan ribu ahli Umno di peringkat bawahan.

"Ia tidak menyekat orang baru asalkan orang baru ada sedikit sebanyak jasa dan usaha kepada masyakarat. Ini akhirnya menjadikan Umno sebagai parti yang memiliki pemimpin aktif bertemu rakyat," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan 150,000 perwakilan supaya melakukan pilihan terbaik kerana ia bakal menentukan hala tuju parti pada masa akan datang. - Bernama

KPN ikrar siasat menyeluruh kes babitkan Pengerusi MyWatch

Posted: 28 Jul 2013 01:34 AM PDT


Ketua Polis Negara berikrar akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes tembakan membabitkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan di Bahau petang semalam.

Berharap mangsa segera sembuh, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Bukit Aman akan memantau siasatan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyelia kes itu.

"Bukit Aman akan memantau dengan teliti penyiasatan kes tembakan Sanjeevan di Bahau. Pengarah JSJ sendiri yang akan menyelia," kata Khalid dalam satu kiriman tuitnya hari ini.

 "Saya beri jaminan kepada keluarga dan orang ramai yang siasatan kami akan melihat segala aspek termasuk mereka yang pernah disebut oleh SS dahulu," katanya.

Sebelum Sanjeevan ditembak, beliau membuat aduan diancam berhubung pendedahannya terhadap salah laku polis.

Sanjeevan melalui satu kiriman tuit semalam menulis: "Seorang anggota mengarahkan sindiket untuk mengacukan tembakan rumahnya untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarga.

Mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang bersenjata menaiki motosikal di Bahau.

Antara penghinaan pemimpin BN tentang Islam

Posted: 28 Jul 2013 01:30 AM PDT


Kes penghinaan Islam di Internet oleh pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee sedang disiasat dan bakal berdepan hukuman.Penghinaan seumpama ini, bukannya pertama kali malah lebih mengecewakan ialah pemimpin Barisan Nasional yang mula mengorak langkah bernada celupar apabila membicarakan tentang agama Islam yang dikasihi umat

Bertitik-tolak dari situ, banyak pihak mula memberanikan diri mencela agama Muhammad sehingga kini sudah menjadi satu kebiasaan untuk memperleceh, mempergunakan dan mempersendakan agama.

Lebih mengecewakan, orang awam dikenakan tindakan keras sebaliknya melibatkan pemimpin BN, terlepas hukuman begitu sahaja.

Berikut antara petikan penghinaan pemimpin BN tentang Islam yang kita tercintai:

1."..apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia. Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...di padang pasir". - Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2.- "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad (3 Mac 1994, Nilam Puri, Kelantan)

3."Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
-Tun Dr. Mahathir Mohamad (14 Julai 1992)

4."Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - PM, Dato' Seri Najib Tun Razak (20 April 1983)

5."Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu. - Dato' Seri Najib Tun Razak, (20 April 1992)

6.Wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan - Dr Mashitah Ibrahim melalui kolumnya diakhbar 21 Jun 2005

8.Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan Onn mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.

- Chua Soi Lek- "Normala) memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS"
- Ng Yen Yen- "..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?"
- Chua Tee Yong (Twitter)"Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas alasan kesihatan dan kebersihan."
- Fong Chan Onn (Twitter)- "Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?"
- Tan Lian Hoe (tuduh Normala angkuh)- "Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarungtangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?"

9.Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang (Twitter) - "Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki 'jambu' di dalam PAS terangsang.Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang."
kata Norazizi.

10." pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam." - Presiden MCA Chua Soi Lek

11.Memo 9 Menteri BN kepada Perdana Menteri pada 2006 mempertikaikan kedudukan undang-undang Syariah.Minta semak semula peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tentang Mahkamah syariah -

-Dato' Seri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya),
-Dato' Seri Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan),
-Dato' Seri Lim Keng Yek (Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi),
-Dato' Seri Chan Kong Choy (Menteri Pengangkutan),
-Dato' Seri Dr Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia),
-Dato' Dr Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan),
-Dato' Dr Maximus Ongkili (Menteri Jabatan Perdana Menteri),
-Dato' Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan
-Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Jabatan Perdana Menteri).

12. Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah dengan Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa dalam satu ceramah di Sungai Siput, Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?".

13."..Agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu" - Dato' Zainuddin Maidin - Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001

14."Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan"- The Star, akhbar MCA

15."MCA sedia keluar BN jika Hudud dilaksanakan"- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011.

16."Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti" -PM, Dato' Seri Najib Tun Razak 24 September 2011

17.Memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang pekerja muslim dari bekerja di pusat hiburan yang terlibat dengan arak. - Naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, 16 Januari 1992

18.Mempertikai usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim. - Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew

BUBAR FAM SEGERA JIKA MAHU LIHAT SKUAD HARIMAU MALAYA DISEGANI DI RANTAU INI

Posted: 28 Jul 2013 01:16 AM PDT

TIADA jalan lain jika ingin melihat Skuad Harimau Malaya berada setaraf dengan kuasa bola sepak khususnya di Asia Tenggara ini kecuali Presiden dan pegawai-pegawai yang terlibat di dalam pengurusan FAM meletakkan jawatan.  Ternyata mereka gagal samasekali walaupun terlalu lama peluang telah diberikan kepada mereka.
Keegoaan FAM juga merupakan salah satu faktor terbesar yang memburukkan imej Bolasepak negara.  FAM juga tidak perlu ada Presiden FAM yang bertakhta sekarang kerana tidak nampak langsung apa kelebihan yang ada pada Presiden FAM selama menerajui FAM.  Apa yang kita nampak, prestasi bolasepak semakin merudum setaraf dengan Bangladesh dan Timor Leste malahan mungkin berada di bawah mereka, kecuali yang meningkat adalah harga tiket bola.
Kekalahan dengan Kelab Liga Perdana Thailand sudah cukup memalukan.  Sepatutnya bila sudah dimalukan oleh sebuah Kelab, Skuad Harimau Malaya patut malu untuk melamar Chelsea pula.  Tetapi soal malu bila kalah tiada pada FAM.  Apa yang ada pada otak masing-masing adalah 'fulus'.  Sebab itu, malam tadi bila bertemu Chelsea sanggup mereka tiadakan siaran LIVE di mana-mana stesyen TV kerana mereka fikir jika buat LIVE, orang ramai tidak akan datang ke stadium dan tiket tidak laku.
Malam tadi berapa puluh ribu yang hadir ke stadium lantaran tiada LIVE?  Berbaloi kah jualan tiket malam tadi dengan kos kehadiran Chelsea ke sini?  Apakah rugi jika Astro membayar siaran LIVE malam tadi?

Apakah FAM untung malam tadi?  Yang pasti, penonton tidak juga memenuhi stadium dan Skuad Harimau Malaya telah diratah hidup-hidup bila tewas 1-4.  Seperti biasa, Jurulatih Rajagopal tetap dengan komen biasanya, "berpuashati dan ini merupakan ujian".  Meloyakan!!

Jika mahu melihat Skuad Harimau Malaya kembali disegani, FAM patut bubar sekarang.  Pilih mereka yang benar-benar berminat dengan bola bukan berminat main kuda atau bermain golf.

Beratur ambil duit selepas mengundi, terhangat

Posted: 27 Jul 2013 08:35 PM PDT

Melayu jangan taruh harapan tinggi pada Umno

Posted: 27 Jul 2013 08:34 PM PDT

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz,
Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukannya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa Cina bercakap dan menjuarai Melayu, mengapa?

Kitalah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut 'kita' tidaklah bermakna, Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal-hal kepentingan bangsa Melayu.

Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bangsa Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunakan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima.

Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemahnya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu-dulu MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi timbalan menteri. Sudah parti tersebut minoriti, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam kabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara?

Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita dari Sarawak jadi menteri penuh yang tak tahu latar belakang di Semenanjung. Apa sudah jadi dengan Najib?

Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah di kalangan pimpinan UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan di kalangan orang Melayu? Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani, ketepi - saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa saya di mana orang UMNO bacul dan tak berani.

Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinannya mementingkan diri sendiri. Aset orang Melayu seperti tanah, harta benda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54 billion yang diperuntukkan di bawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengkayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus aset bagi pihak orang Melayu. Tanah rezab Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak diganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.

PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? Kalau berbilion ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividen bukankah itu lebih baik untuk orang Melayu?

Komitmen dan dedikasi pada perlaksanaan dasar-dasar yang menguatkan orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada pengucapan. Najib terutamanya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan ini, tapi laungan tersebut tidak berisi.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar?  Jawapan ringkasnya, ya dia akan dicabar. Pencabarnya ialah Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin dilaporkan sebagai berasa letih untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan dipinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga-tenaga untuk mengepung dan mengekang Muhyiddin. Jika Muhyiddin tidak berbuat sesuatu, masa depannya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang Melayu pun akan muram.

Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popularnya 51%, Muhyiddin mengepalai gerakan untuk mengusir Pak Lah. Akhirnya Pak Lah terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantunya tinggal dalam kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran negara.

Jika Muhyiddin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai tidak konsisten. Ternyata Najib gagal dalam banyak hal. Twitternya dan blognya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi.

Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak Lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan di bawah Pak lah di mana MCA menang 15 kerusi.

Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 Adun pembangkang dalam dewan undangan negeri.

ETP, GTPnya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang di bahagian lain. - http://sakmongkol.blogspot.com/

Umno sokong usaha banteras Syiah

Posted: 27 Jul 2013 08:30 PM PDT

Wartawan Sinar Harian


 

SHAH ALAM – Siapa sahaja yang terlibat dengan penyebaran fahaman Syiah, tidak kira daripada parti pemerintah atau pembangkang, perlu dihalang dan dikenakan tindakan, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

"Isu Syiah sangat serius kerana ia melibatkan soal pegangan dan akidah. Amalan Syiah  sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Apatah lagi (jika) ia melibatkan pemimpin yang berpengaruh. Ttindakan segera perlu diambil," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu, termasuk pemimpin politik dan pertubuhan, yang mengamalkan ajaran Syiah.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, isu penyebaran fahaman Syiah ini di luar ideologi politik dan memberi kesan mendalam terhadap keseimbangan umat Islam di negara ini.

"Mungkin ada pemimpin politik yang berselindung. Perkara itu (bahawa mereka terlibat) sukar dibuktikan.

"Mungkin kita boleh menuduh seseorang itu Syiah, tetapi mereka bijak menyembunyikannya tindak tanduk mereka," katanya.

Reezal melihat keperluan siasatan dan risikan dilakukan secara mendalam sebagai langkah mengatasi masalah ini di peringkat akar umbi.

Perlu tapis pelajar luar negara

Posted: 27 Jul 2013 08:29 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan mekanisme berkesan bagi menapis kemasukan pelajar luar terutama dari Timur Tengah ke negara ini.

Setiausaha Tugas-tugas Khas Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, ini penting bagi memastikan hanya mereka yang ingin belajar dibenarkan mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Menurutnya, pelajar-pelajar ini perlu jalani proses pemeriksaan keselamatan bagi meneliti latar belakang, termasuk rekod jenayah dan fahaman agama yang dibawa mereka.

"Jika kita tidak tapis, ada di antara pelajar luar negara ini menyebarkan fahaman mereka di negara ini seperti Syiah. Kebanyakan mereka sebarkan fahaman ini dalam kumpulan pelajar.

"Malah, ada juga yang datang ke Malaysia bukan untuk belajar, tetapi ingin berniaga dan membuka kedai," katanya, semalam.

Menurutnya, tapisan ini bukan hanya untuk kekang fahaman Syiah, sebaliknya bagi menghalang masalah-masalah lain.

Katanya, pihak berkuasa seperti  Kastam, Imigresen, Polis dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu berganding bahu untuk laksanakan proses tapisan ini.

"Anggota pihak berkuasa juga perlu diberi latihan dan pendidikan bagaimana memahami isu ini," katanya.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, isu Syiah di IPT telah bermula sejak Revolusi Iran 1979, namun tidak ketara kerana pelajar luar ketika itu tidak begitu ramai.

"Namun, setelah insiden serangan 11 September 2001 (ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat), Malaysia menerima kebanjiran pelajar dari tanah Arab kerana Amerika Syarikat dan Barat tidak menerima mereka," katanya.

Mansor berkata, negara dilihat sudah terlambat untuk kekang kemasukan pelajar luar yang membawa fahaman Syiah kerana mereka terlalu ramai.

"Itu sebab (pengikut) Syiah kini dilihat semakin aktif. Jika kita lihat dalam akhbar baru-baru ini, ada pengikut Syiah yang sudah berani beri komen jumlah ahli mereka. Jika dahulu tidak ada," katanya

Teliti bukti tersembunyi dalam pengikut Syiah

Posted: 27 Jul 2013 08:27 PM PDT

Wartawan Sinar Harian


 

ALOR SETAR - Mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, walaupun mereka menafikan menyokong gerakan Syiah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengesahkan pembabitan pemimpin itu dalam gerakan Syiah yang berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

"Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong  fahaman Syiah," katanya.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah kenal pasti pemimpin politik terlibat dan akan mengambil tindakan jika ada laporan daripada majlis agama Islam negeri.

Mengulas perkara itu, Mukhriz berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum menyediakan laporan berkaitan aktiviti Syiah di negeri ini, dan maklumat berkaitan sedang dikumpul untuk tindakan lanjut.

"Maklumat berkenaan akan dijadikan rujukan dan panduan untuk proses mewartakan fatwa itu, yang akan dibahas dalam sidang Dun 25 Ogos ini. Kita akan wartakan segera fatwa anti Syiah selepas mendapat persetujuan dewan," katanya.

Bagaimanapun, hanya selepas diwartakan katanya, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terbukti cuba menyebarkan fahaman Syiah.

Mukhriz berkata, fatwa itu tidak akan dikuatkuasakan secara drastik, sebaliknya  menggunakan pendekatan berhemah agar pengikutnya kembali ke pangkal jalan.

"Langkah awal ialah mulakan usaha memperbetulkan akidah golongan ini sebelum diambil tindakan perundangan. Ada pihak yang tidak sedar mereka terikut-ikut dengan fahaman  itu.

Jadi kita wajar sedarkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang benar," katanya.

Menurutnya, jika tidak berhasil dan gerakan itu tetap menular secara berleluasa di negeri ini, tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil.

Kenapa Azlan Man tidak dilantik Pengerusi Perhubungan?

Posted: 27 Jul 2013 04:29 PM PDT

Kenapa tidak ada keseragaman? Kalau semua Menteri Besar dilantik pengerusi perhubungan, maka Menteri Besar Perlis, Azlan Man patut dilantik juga. Soal dia orang baru tak timbul kerana Mukhriz pun orang baru.

PETALING JAYA: Bapa transformasi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semalam bahawa pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.

Katanya, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.

Beliau yang juga Presiden Umno turut mengumumkan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.

Mereka yang berminat bertanding jawatan MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di badan Perhubungan Umno Negeri pada 7 September ini.

Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pemimpinan parti tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baharu parti itu.

Najib berharap dengan pemilihan berdasarkan perlembagaan baru itu, ahli Umno akan memilih pemimpin yang boleh meletakkan parti itu pada asas yang lebih kukuh.

Inilah kali pertama 150,000 ahli Umno dari seluruh negara dapat memilih barisan pemimpin Umno bagi penggal 2013-2016 hasil dari transformasi yang dilakukan oleh Najib.

Yang kita persoal, cara mana perwakilan Bahagian nanti memilih barisan ahli majlis tertinggi? Adakah mengundi secara sulit atau mengundi secara angkat tangan? Kalau mengundi secara angkat tangan, nampaknya tak  guna ada transformasi kalau cara mengundi masih primitif.

Pada masa yang sama semalam Najib mengumumkan perlantikan mengumumkan pelantikan enam pengerusi Umno negeri yang baru yang telah diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu petang semalam.

Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (Kedah), Datuk Seri Noh Omar (Selangor), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Wilayah Persekutuan), Datuk Idris Haron (Melaka) dan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (Johor).

Pengerusi Umno negeri yang dikekalkan ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Kelantan), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Perak), Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Musa Aman (Sabah).

Najib yang bercakap kepada pemberita selepas itu juga mengumumkan nama timbalan pengerusi Umno seperti berikut:

  • Kedah – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
  • Kelantan – Datuk Awang Adek Hussin
  • Terengganu – Datuk Seri Idris Jusoh
  • Pulau Pinang – Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
  • Perak – Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
  • Pahang – Datuk Mohd Shamsudin shakar
  • Selangor – Abdul Shukor Idrus
  • Wilayah Persekutuan – Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
  • Negeri Sembilan – Datuk Shaziman Mansor
  • Melaka – Datuk Wira Ahmad Hamzah
  • Johor – Datuk Seri Dr Ahmad Latif
  • Sabah – Datuk Seri Salleh Said Keruak
Kenapa tidak ada keseragaman dalam perlantikan pengerusi badan perhubungan Umno? Kalau semua menteri besar dilantik, maka Menteri Besar Perlis, Azlan Man patut dilantik juga sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Perlis.

Kenapa Najib lantik Shahidan? Adakah kerana Azlan Man orang baru? Soal baru jadi menteri Besar tidak timbul, kerana Mukhriz pun baru jadi Menteri Besar Kedah. Oleh itu Najib wajar mengkaji semula kedudukan Azlan Man.

Biasanya perlantikan pengerusi badan perhubungan baru diumumkan selepas pemilihan parti, tetapi Najib mengumumkannya sebelum pemilihan parti 5 Oktober ini? Mungkin inilah satu lagi transformasi Najib.

Batal 22 Cawangan MCA Cheras Ikut Arahan ROS - Chua

Posted: 27 Jul 2013 04:19 PM PDT



MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata tindakan parti itu mengeluarkan notis pembatalan 22 cawangan MCA bahagian Cheras dibuat atas arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"Pemberhentian operasi cawangan-cawangan itu bukan kami yang membuat keputusan, kami hanya mengikut arahan ROS untuk memberitahu mereka sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.
Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana cawangan MCA yang tidak diiktiraf oleh ROS adalah tidak dibenarkan untuk mengadakan pemilihan serta mesyuarat agung tahunan.

Bagaimanapun Pengerusi MCA Bahagian Cheras Tan Sri Tee Hock Seng mempersoalkan kenapa MCA pusat hanya mengambil tindakan pada masa ini memandangkan dakwaan yang dibuat antara sebab utama 22 daripada 68 cawangannya tidak diiktiraf kerana tidak menghantar laporan tahunan mesyuarat cawangan ialah sejak tahun 2011.

Tee berkata pihaknya hanya mengetahui masalah itu pada 8 Julai 2013 menerusi notis daripada MCA pusat, dan beliau berkata: "kalau ya pun kami tidak mengikuti prosedur, mengapa baru sekarang perkara ini dibangkitkan sedangkan ia telah wujud sejak dua tahun lalu?".

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau turut mempersoalkan kesahihan pemilihan pemimpin parti yang dibuat oleh cawangan itu sebelum ini, dan mempersoalkan adakah pemilihan yang dibuat oleh 22 perwakilan bahagian Cheras juga tidak sah selama ini?.

Tee berharap MCA pusat, terutama Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Kong Cho Ha dan ROS dapat menyelesaikan masalah itu secepat mungkin bagi mengelakkan kira-kira 2,500 anggota daripada 22 cawangan itu tidak dapat membuat pilihan pemimpin mereka, baik di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

Pihaknya telah membuat aduan kepada MCA pusat selepas menerima notis itu, dan MCA pusat telah mengeluarkan surat bertarikh 18 Julai bahawa hanya satu cawangan iaitu Taman Cantek memenuhi keperluan Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966 dengan mengemukakan Penyata Tahunan yang dikehendaki dan dibenar beroperasi semula.

"Mengapa masih ada 21 cawangan lain yang masih tidak dipulihkan sedangkan mereka juga turut memenuhi syarat menghantar laporan tahunan pada setiap tahun?" katanya.

Sementara itu Kong dalam kenyataan akhbar semalam berkata masalah itu timbul disebabkan 22 cawangan itu tidak mengikut peraturan yang termaktub dalam Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 iaitu menghantar laporan tahunan tepat pada masanya pada setiap tahun.

Jawapan Kong disangkal oleh Tee yang mendakwa cawangan terlibat menghantar laporan tahunan mereka pada setiap tahun tepat pada masanya.

Tee mahu Kong turun padang dan memberi penjelasan mengenai perkara itu kepada ahli parti di 22 cawangan itu yang tidak puas hati dengan tindakan MCA pusat dalam menghalang mereka mengadakan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian.

MCA pusat dalam notis kepada 22 cawangan mendakwa 14 daripada mereka tidak mempunyai rekod penubuhan, tujuh daripadanya menerima surat perintah pembatalan dan satu cawangan iaitu Jalan Cheras 2 3/4 Miles atas alasan tidak pernah wujud menerima surat perintah pembubaran sementara.

"Tarikh akhir untuk proses rayuan keanggotaan parti sebelum pemilihan serta mesyuarat agung cawangan iaitu pada 2 Julai, sedangkan kami menerima notis itu enam hari kemudian dan menyebabkan pemilihan dan mesyuarat tidak dapat diadakan," ujar beliau.

Tee berkata 14 cawangan yang didakwa tidak mempunyai rekod penubuhan ialah Taman Cantek, Taman Bukit Ria, Taman Bobena, Jalan Yew, Taman Billion, Taman Tayton, Flat Taman Sri Bahtera, Flat Taman Desa Aman, Jalan Lanchang, Prisma Perdana, Taman Midah Selatan, Taman Midah Barat, Taman Miharja Phase II, dan Rumah Pangsa Taman Shamelin.

Sementara tujuh cawangan yang perlu dibatal penubuhannya ialah Kampung Satu, Taman Miharja, Miharja Jaya, Taman Pertama, Taman Midah Jaya, Taman Bukit Mewah serta Rumah Pangsa San Peng.
Tee tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba melakukan sabotaj terhadap mereka dengan menghalang mereka mengadakan pemilihan semula parti pada peringkat cawangan serta bahagian. BERNAMA

Pengerusi MyWatch ditembak, berada dalam keadaan kritikal

Posted: 27 Jul 2013 04:15 PM PDT


Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban Assisten Kominisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang tadi.

Dalam kenyataan itu mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.

Sebelum ini pada Januari lalu Sanjeevan  membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh oleh seorang lelaki Melayu.

Ugutan bunuh diterima Sanjeevan selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang.

MyWatch yang dinaungi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan sebuah badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.

LKS: 'Dr M cuba laga Melayu dengan Cina menjelang pemilihan Umno'

Posted: 27 Jul 2013 04:06 PM PDT

MALAYSIA KINI

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba melaga-lagakan antara orang Melayu dengan kaum Cina menjelang pemilihan Umno.

Beliau mendakwa Mahathir mereka-reka mitos yang merbahaya dan palsu mengenai 'dilema orang Cina'  mahu merebut kua sa politik orang Melayu di Malaysia dan cuba menonjol agenda untuk pemilihan Umno yang akan datang.

Mahathir, dalam satu kolumn di akhbar New Straits Times hari ini, berkata orang Cina rakyat Malaysia berada dalam dilema, iaitu sama ada mahu merebut kuasa politik atau berkongsi dengan orang Melayu di negara ini.

Dalam satu kenyataannya, Lim berkata, negarawan itu memang tahu tahu sangat bahawa realiti politik dan demografi di negara ini bermakna bahawa kuasa politik Melayu tidak akan berada dalam bahaya.

DAP tanya ROS: Tunjuk bukti ahli mahu parti baru

Posted: 27 Jul 2013 04:05 PM PDT

MALAYSIA KINI

DAP mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menunjukkan bukti bahawa ahli-ahlinya ada menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baru sepertimana beliau dilaporkan berkata demikian oleh akhbar harian milik MCA, The Star semalam.

dap special meeting 110313 lim guan engSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari
ini berkata parti itu telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji apa yang didakwanya "pembohongan terbaru" Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman.

Peguamnya  juga telah diarahkan untuk mengkaji kemungkinan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Rahman dan The Star  kerana didakwa berbohong yang DAP menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Lim menyifatkannya sebagai keterlaluan kerana pemimpin DAP tidak pernah menimbang atau membangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau di luar mesyuarat jawatankuasa kerja pusatnya (CEC).

Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas laporan The Star semalam yang memetik Abdul Rahman sebagai berkata ROS tidak mungkin akan melayan permintaan ahli-ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru.

ROS sedang menyiasat dakwaan penipuan sewaktu pemilihan CEC DAP yang mana DAP telah menjelaskannya sebagai satu masalah teknikal yang berlaku semasa pengiraan keputusan pada Disember tahun lepas.

DAP kemudian mengumumkan keputusan baru, yang menyaksikan setiausaha politik Lim dan yang kini MP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terpilih menganggotai CEC selepas gagal dalam keputusan awal.

Ini menyebabkan beberapa ahli yang tidak puas hati membuat laporan kepada ROS dan mendesak parti itu mendapatkan mandat baru.

JAWI nafi akan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula

Posted: 27 Jul 2013 04:04 PM PDT

MALAYSIA KINI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
  
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
  
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.
  
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
  
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa JAWI berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
  
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
  
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
  
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
    
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.- Bernama

Perlembagaan baru jadikan pemilihan Umno terbuka

Posted: 27 Jul 2013 03:55 PM PDT

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno akan menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif pada pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Oktober ini.
  
Najib yang juga Presiden Umno berkata ini kerana pemilihan itu akan dijalankan berdasarkan kepada perlembagaan parti yang baru.
  
"Pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno yang berdasarkan perlembagaan baru parti, insya-Allah, bakal menjadikan Umno lebih terbuka, demokratik dan inklusif," katanya di laman Facebooknya hari ini.
  
Pada mesyuarat MT semalam, Najib mengumumkan tarikh pemilihan jawatan MT Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Okt ini.
  
Pindaan perlembagaan Umno yang diluluskan pada 2009 antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.
  
Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini.
  
Sementara itu, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 Sept ini, dan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember ini. - Bernama

Tindakan calon BN pamer kertas undi dilapor kepada polis

Posted: 27 Jul 2013 03:51 PM PDT

BULETIN ONLINE

BESUT – Satu laporan polis dibuat di balai polis Kampung Raja berikutan tindakan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mempamerkan kertas undi yang telah dipangkah, ketika membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut pada 24 Julai lalu.

Yang DiPertua PAS (YDP) Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan satu siasatan dan tindakan dilakukan terhadap Tengku Zaihan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tengku Zaihan pamer kertas undi

"Pada 24/o7/13 bertempat di smk kuala besut,sekltar jam 0815 paglpada hari mengundi dalam Pilihanraya kecil N01 Kuala Besut, calon Barisan Nasional iaitu Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman telah mempamerkan kertas undinya, yang telah ditanda dengan tanda pangkah pada bahagian petak calon dan lambang Barisan Nasional kepada media, 'Polling Agent' parti, petugas SPR dan orang awam yang berada disekitar bilik pengundian sebelum beliau memasukkan ke dalam peti undi.

"Gambar foto itu kemudiannya tersebar pada hari yang sama lebih kurang jam 9.30 pagi melalui media internet dan kemudiannya disiarkan oleh beberapa media sehari selepas kejadian,"ujarnya menurut salinan laporan yang dihantar kepada pihak media hari ini 27 Julai.

Menurut Wan Azhar tindakan calon BN itu adalah melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5) Seksyen 5(2) dan (3) yang boleh diklasifikasikan sebagai tindakan untuk memperlekeh dan mempersendakan undang-undang.

Katanya, ia adalah kerana ia dilakukakan oleh Tengku Zaihan iaitu seorang yang berkemungkinan akan dipilih untuk mewakili rakyat sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Beliau yang juga wakil calon PAS dalam PRK Kuala Besut menegaskan, perbuatan tersebut adalah satu bentuk kempen terbuka didalam bilik pengundian yang bertujuan untuk meraih undi pada hari tersebut sedangkan tempoh berkempen yang ditetapkan telah pun tamat pada jam 12.00 tengah malam 23 Julai 2013.

Turut sama dalam membuat laporan tersebut adalah Timbalan YDP Shalahuddin Jaafar, Setiausaha PAS Kawasan Aminuddin Mohd Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Besut Zukri Jusoh yang juga seorang peguam serta para petugas PAS yang bertugas pada hari mengundi PRK Kuala Besut

Kerabu Bersuara ®

Posted: 28 Jul 2013 03:00 PM PDT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 62 adalah menjelaskan persoalan air mazi tidak batalkan puasa, perbezaan air wadi dan air mazi, jenis-jenis najis, anak derhaka, dam haji, bersetubuh dibulan Ramadan dan doa kepada suami.

596. Soalan : Saya seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani.Sekarang saya dapat bezakan di antara air mani dan Air Mazi.

Bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadan tempoh hari saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya menganggap cecair yang keluar ialah mani.

Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa. Setelah berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu. Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka.

Perkara ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan jumlah puasa yang perlu saya ganti / qada yang semakin meningkat hanya kerana perasaan ragu-ragu tersebut.?

Jawapan :

1) Puasa saudari adalah sah dan tidak perlu di qada ( ganti) kerana ia tidak batal hanya kerana keluar Air Mazi akibat terangsang.

2) Walaubagaimanapun, pahala puasa sudari sudah tentu tergugat dan berkurangan jika Air Mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini bermakna dia sedang melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana menurut kebiasaannya seseorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat...

Untuk makluman, Air Mazi adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan Air Mani pula cecair melekit dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

Air Mani adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan Air Mazi yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air Mazi adalah najis dan perlu dibasuh sedangkan air mani pula jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas ( MANDI WAJIB) untuk kembali menyucikan diri bagi melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan membaca al-Quran.

Kembali kepada kes yang bertanya, jika benar ia adalah Air Mazi yang keluar disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah kesannya amat besar. Allah SWT menyebut dalam hadis Qudsi :-

ÙŠَتْرُÙƒُ Ø·َعَامَÙ‡ُ ÙˆَØ´َرَابَÙ‡ُ ÙˆَØ´َÙ‡ْÙˆَتَÙ‡ُ من Ø£َجْÙ„ِÙŠ الصِّÙŠَامُ لي وأنا Ø£َجْزِÙŠ

Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

Amat jelas lagi terang Allah SWT inginkan dari puasa kita penahanan dari 3 aspek fizikal iaitu tahan makan minum dan keinginan syahwat iaitu seksual.

Jika benar, ia adalah Air Mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan saudari agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak bertaubat.

Semoga diampuni Allah SWT di bulan pengampunan ini.

Nota : Beza Air Mazi dengan keputihan.
Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat terangsang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau. Justeru, saudari perlu tentukan cecair apakah yang dimaksudkan.

597. Soalan : Ustaz adakah pendapat ulama yang menjelaskan Air Wadi dan Air Mazi itu suci? Mohon penerangannya.

Jawapan :

Ulama menjelaskan bahawa bahawa Air Wadi dan Air Mazi adalah najis.

1. Air Wadi :

Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing..

Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya Air Wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti Air Mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali jika ingin solat.

Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala Air Wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yg terik)

2. Air Mazi :

Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah sejenis najis .

Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.

Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan banyak lagi sebab kenapa Air Mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil.Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya Aair Mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar, ini juga adalah sejenis Air Mazi.

Pandangan Air Mazi menurut Mazhab - Semua ulama bersetuju yang Air Mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena Air Mazi tadi.Air Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam.
Di wajibkan untuk Mandi Wajib adalah semata-mata kerana keluar Air Mani saja, jika keluar Air Wadi dan Air Mazi tidak perlu Mandi Wajib hanya dibasuh tempat keluarnya Air Wadi dan Air Mazi. Air Mazi adalah air (cairan) yang keluar kerana rangsangan seksual. Sedangkan Air Wadi iaitu cairan yang keluar ketika kencing (buang air kecil). Ketetapan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhahu, bahawasanya ia berkata:

"Aku adalah seorang yang mudah keluar air mazi, sehingga di musim sejuk pun aku tetap mandi besar sampai punggungku sakit kerananya. Kemudian aku mengadukan hal itu kepada Nabi SAW. lalu baginda bersabda : "Jangan kau lakukan! Bilamana engkau mendapatkan Air Mazi, maka cucilah zakarmu dan berwuduklah untuk solat"

597. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan apakah jenis-jenis najis yang terdapat dalam hukum feqah dan cara-cara membasuhnya jika sekiranya baju atau seluar kita terkena najis tersebut.?

Jawapan :

Dalam hukum feqah terdapat 3 jenis najis iaitu :

1. Najis Mughallazah (berat) iatu najis anjing dan babi.

2. Najis Mutawassitah (pertengahan) iaitu najis selain najis anjing dan babi dan selain air kencing kanak-kanak lelaki berumur bawah 2 tahun yang tidak makan kecuali susu manusia.

3. Najis Mukhaffafah (ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun dan tidak makan kecuali susu (manusia) sahaja.

Cara-cara membasuh najis-najis tersebut :

1. Najis Mughallazah.(berat)

Tempat yang terkena najis tersebut hendaklah dibasuh dengan 7 kali air dan air basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah.

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Bila seekor anjing minum dari wadah milik kalian, maka cucilah 7 kali." (Hadis Riwayat Bukhari 172, Muslim 279, 90).

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Sucinya wadah kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Dan menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah." (HR Muslim 279, 91, Ahmad 2/427)

Maka seluruh ulama sepakat bahwa air liur anjing itu najis, bahkan levelnya najis yang berat (mughallazah). Sebab untuk mensucikannya harus dengan air tujuh kali dan salah satunya dengan menggunakan tanah.

Ulama telah mengqiyaskan babi dengan anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaan daripada anjing.

2. Najis Mutawassitah (pertengahan)

Contoh najis-najis mutawassitah adalah seperti air kencing dan tahi manusia, tahi haiwan dan darah manusia dan darah haiwan. Tidak wajib basuh berulang-ulang kali sekirannya najis tersebut boleh hilang hanya dengan sekali basuhan.

Cara menyucikan najis Mutawassitah adalah dengan alirkan air ke atasnya dan hilangkan kesan-kesannya sehingga hilan 'ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya seperti warna, rasa atau bau samaada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Tetapi tidak mengapa jika warna masih kekal disebabkan susah untuk hilangkan seperti darah.

Dari Anas bin Malik, katanya : "Apabila Nabi SAW keluar (ke kawasan lapang) untuk menunaikan hajatnya (buang air) , aku datangkan kepadanya air. Lalu baginda membasuh dengannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Najis Mukhaffafah (ringan).

Najis Mukhaffafah adalah najis yang ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun dan tidak makan kecuali susu manusia sahaja.

Daripada Ummu Qis binti Mihsan r.a : Beliau menemui Rasulullah SAW dengan membawa anak lelaki kecil yang tidak makan apa-apa makanan. Lalu anak tersebut kencing di atas baju baginda. Baginda menyuruh supaya di datangkan air lalu merenjis-renjiskan tanpa membasuhnay (mengalirkan airnya) (Hadis Riwayat Bukhari (2021) dan Muslim (287))

598. Soalan : Saya mempunyai dua persoalan yang ditanya oleh rakan saya, bolehkan ustaz tolong jelaskan persoalan tersebut :

Soalan (1): Seorang anak yang dikenalpasti sebagai anak durhaka (kerana telah memboikot ayah kandungnya sendiri serta memaki hamun dan mencaci ayahnya dengan perkataan2 yang keterlaluan), adakah anak tersebut masih dikategorikan sbg durhaka jika si ayah yg menerima cacian itu redha dengan perbuatan anaknya itu serta sentiasa mengampuni dosa-dosa anaknya lantaran terlalu kasihnya terhadap anaknya itu?

Soalan (2): Orang yang megerjakan haji tamathuk diwajibkan dam. Bagaimanakah keadaan orang tersebut jika dia tidak membayar dam samaada dalam bentuk penyembelihan binatang semasa di tanah suci ataupun berpuasa seperti yang dituntut? Perkara ini berlaku adalah disebabkan kejahilannya dalam bab hukum hakam haji.
Sekian, terima kasih.

Jawapan :

1. Anak tersebut tetap anak menjadi anak dehaka jika beliau tidak mohon ampun kepada ayahnya. Tak akan bau harum syurga. Jika hati ayahnya terdetik marah walaupun lidahnya kata dia maafkan. Jika nak bebas dari "pangkat anak dehaka" perlu minta maaf terus kepada ayahnya sebelum beliau meninggal dunia.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :" Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang" (Hadis riwayat Anas bin Malik)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah" (Hadis Riyawat Imam Bukhari )

2. Dam hanya dikenakan sekiranya anda meninggalkan sesuatu perkara yang wajib atau melanggar sesuatu larangan. Untuk menjelaskan lagi secara ringkas iaitu dam, dari sudut bahasa bererti darah. Dari sudut istilah pula ia bermaksud menyembelih binatang ternakan (seperti unta, lembu, kambing) sebagai denda kerana meninggalkan sesuatu yang wajib atau melanggar sesuatu yang dilarang dalam masa mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Ertinya, seseorang yang melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika dalam masa berihram diwajibkan dam. Seseorang yang meninggalkan wajib haji dan umrah diwajibkan dam. Seseorang yang luput wukuf di Arafah selepas berniat ihram wajib dikenakan dam. Seseorang meninggalkan tawaf wada' tanpa uzur syar'i wajib dikenakan dam. Seseorang yang melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji juga dikenakan dam. Seseorang yang terhalang dalam menyempurnakan baki rukun haji atau umrah kerana sebab-sebab tertentu (ihsar), dikenakan dam.

Dam juga dikenakan sebagai syarat wajib haji apabila seseorang melaksanakan haji tamatuk atau Qiran. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: "Dan sempurnakan ibadat Haji dan Umrah kerana Allah SWT. Maka sekiranya kamu dikepung (iaitu ihsar dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah di dapati. Dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya.

Dam tertib dan taqdir.

Maksud tertib iaitu melakukan satu dam yang ditetapkan jika tidak mampu, lakukan dam berikutnya yang ditetapkan. Manakala taqdir pula iaitu kadar dam yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya, seseorang yang mengerjakan haji Tamatttu' atau Qiran, hendaklah ia melaksanakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari (iaitu 3 hari di masa haji dan 7 hari apabila ia pulang ke tempatnya), sekiranya tidak mampu juga disebabkan tua, hendaklah dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (sebanyak 10 cupak).

Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau ada sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih dam.

Kemudian apabila kamu kembali aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih dam yang mudah didapati.

Kalau ia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan ibadat haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing) yang semuanya itu 10 hari yang sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidil Haram (Makkah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan siksa-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya)."

599. Soalan : Jika berlaku persetubuhan antara suami isteri pada siang hari pada bulan Ramadhan tanpa kerelaan isteri, adakah kafarah yang dikenakan itu hanya kepada suami atau kedua2nya sekali? Begitu juga dalam kes persetubuhan yang berlangsung semasa si isteri sedang haid. Bagaimanakah kafarahnya?

Jawapan :

Jika berlaku persetubuhan di antara suami isteri pada siang hari di bulan Ramadan maka diwajibkan Kaffarah Al-Uzma .

Kaffarah Al-Uzma iaitu :

1. Membebaskan hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati maka hendaklah

2. Berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau sekiranya tidak mampu hendaklah

3. Memberi makan kepada 60 orang yang miskin.

Sebagai hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari dibulan Ramadan dengan bersetubuh dengan sengaja.

Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW.

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW katanya: "Celaka aku, wahai Rasulullah."

Nabi SAW berkata: "Apakah yang mencelakakan engkau?"

Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan."

Rasulullah SAW berkata: "Sanggupkah engkau memerdekakan hamba?"

Jawab lelaki itu: "Tidak sanggup".

Rasulullah SAW berkata: "Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?"

Jawab lelaki itu: "Tidak mampu."

Kata Rasulullah SAW." Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?".

Jawab lelaki itu: "Tidak".

Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi SAW dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahkanlah kurma ini"

Kata lelaki itu: "Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah.

Nabi SAW tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan.

Jika beliau tidak mampu melaksanakan kaffarah pertama dan kedua maka wajib beliau tunaikan kaffarah ketiga iatu memberi makan 60 orang miskin.

600. Soalan : Saya hendak bertanya berdosakah seorang isteri apabila dia berdoa kepada Allah SWT supaya suaminya pergi dalam hidupnya setelah dia mandapati suaminya itu bukan seorang soleh yang boleh membimbing dia ke syurga?

Jawapan :

Seorang isteri tidak boleh berdoa supaya suaminya pergi dalam hidupnya kerana seorang isteri yang solehah sentiasa mendoakan agar Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada suaminya., Seorang isteri boleh berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hidayah kepada suami supaya dia jadi suami yg soleh dan dapat membimbing dirinya dan anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Perlu diingat bahawa Isteri tidak bertanggungjawab terhadap dosa suami tapi suami akan bertanggungjawab dosa isteri jika dia tidak ajar isteri jalan kebenaran. Sebagai isteri kita perlu saling nasihat menasihat dan tegur menegur supaya dia kembali kejalan yang benar.

Contoh isteri yang solehah dan sabar adalah Asiah isteri kepada Firaun yg kafir, zalim dan kejam. Isteri masih tetap boleh menjadi solehah dan akan memasuki syurga sekiranya dia solat, puasa, taat pada suami dan menjaga kehormatan.

http://abubasyer.blogspot.com/2013/07/soal-jawab-agama-siri-62-air-mazi-air.html

Tiada ulasan:

Pengikut