Jumaat, 26 Julai 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Addin

Posted: 26 Jul 2013 11:27 AM PDT

Penolakan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di luar bandar adalah kerana sering diuar-uarkan apabila gabungan pembangkang itu memerintah maka Lim Kit Siang akan dilantik menjadi Perdana Menteri (PM), kata Tony Pua (gambar).

Mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, beliau berkata, penduduk luar bandar mengetahui kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah, terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan mengutamakan kepentingan krooni, tetapi masih memilih mereka kerana sentimen Lim bakal menjadi PM sering dimainkan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu menjelaskan sentimen atau ketakutan orang Melayu akan kehilangan kuasa harus diperbetulkan dan perlu dijadikan agenda utama sekiranya PR ingin menakluk Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

"Dapat kita lihat transformasi yang dilakukan oleh orang Cina dengan menolak BN pada PRU13 lalu dan ketakutan mereka terhadap sentimen perkauman yang pernah dimainkan suatu masa dahulu hilang.

"Jika suatu masa dahulu penduduk Cina di Johor sering dimomokkan jika pembangkang menang, orang Melayu akan keluar dengan parang bunuh orang Cina. Namun selepas PRU13 terbukti ketakutan itu tidak lagi menjadi isu," jelas Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu ucapan di majlis berbuka puasa yang diadakan di Ibu Pejabat DAP semalam.

Beliau berkata, BN konsisten menyerang DAP dalam PR tanpa mengambil kira parti lain yang turut bergabung dalam PR seperti PAS dan PKR bagi memastikan kelangsungan pemerintahan.

Pua memberi contoh dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini meskipun majoriti pengundi di sana adalah orang Melayu, namun isu yang ditimbulkan ialah DAP mahu mewujudkan sebuah negara residen dan melantik Kit Siang sebagai PM.

"Isu pokok sebenarnya adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui secara terbuka beliau mengamalkan kronisme daripada segi projek kerajaan negeri.

"Begitu juga dengan pengagihan tanah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di Terengganu dengan mendapat lokasi tanah yang baik di tepi pantai secara percuma kononnya atas sumbangan Adun BN. Orang lain tiada sumbangan ke?"katanya yang mempertikaikan pengamalan kronisme oleh kerajaan negeri Terengganu.

Isu pemilikan tanah adalah bahan yang sering diketengahkan oleh PAS semasa kempen PRK Kuala Besut tempoh hari.

PAS sebelum ini membangkitkan isu tanah di Kuala Besut antaranya termasuk unit pengsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh yang mereka dakwa dirampas oleh BN daripada penduduk.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan pemimpin BN, malah menganggap PAS sudah kehabisan idea, apabila terpaksa mengitar semula idea lama bagi menarik pengundi di Kuala Besut.

Selain itu, PAS turut mempersoalkan pemberian tanah kepada empat Adun Terengganu malah turut mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut BN menarik balik tanah berkenaan.

Ahmad Said bagaimanapun menegaskan tidak akan menarik balik tanah itu kerana ia bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat. Beliau berkata, wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain.

Sejak mengambil alih jawatan sebagai menteri besar pada 2008, Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian di negeri berkenaan.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan calon BN Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi selepas Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

BN berjaya menang dalam PRK pertama selepas pilihan raya umum 5 Mei sekaligus memunahkan harapan PAS yang mahukan DUN Terengganu tergantung dengan 16:16. ~the malaysian insider

Iklan C (ii)

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 26 Jul 2013 09:34 AM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 9:34 PG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


GAMBAR TERKINI DARI SPESIS

Posted: 26 Jul 2013 08:30 AM PDT

ZULIFLI NORDIN TUNJUK HERO INI BARU BETUL

Posted: 26 Jul 2013 07:09 AM PDT

Selepas kira-kira 10 minit sidang media dan sesi menandatangani piagam Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC), berlaku sedikit "salah faham" antara Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) bersama NGO kaum India gabungan tersebut, Persatuan Amal dan Kebajikan India Baru (Perinbam).

"Salah faham" itu terjadi berikutan rasa tidak puas hati ahli Perinbam berhubung kenyataan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin dalam sidang media sebelum itu yang menyatakan sokongan untuk membela dan mempertahankan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor.

Beberapa orang ahli Perinbam kelihatan tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli dan meminta beliau menjelaskan apa yang dikatakannya dalam sidang media yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Zulkifli bagaimanapun dilihat mempertahankan pendiriannya itu dan terus meninggalkan majlis berbuka puasa anjuran PERKASA yang diadakan selepas sidang media.

Ahli Perinbam yang tidak berpuas hati juga turut meninggalkan majlis itu selepas itu.

Kemudian, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula memujuk Presiden Perinbam U Thamotharan untuk terus berada di majlis tersebut.

Selepas dipujuk, ahli Perinbam kemudiannya memasuki semula ke dalam Kelab Sultan Sulaiman.

Tiada ulasan:

Pengikut