Isnin, 8 Julai 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Agensi kerajaan, bank ‘bunuh’ peniaga dan rakyat

Posted: 08 Jul 2013 01:38 AM PDT



FMT 7 Julai 2013 - Birokrasi agensi kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan serta bank-bank menyebabkan usahawan tempatan jatuh bangkrap, dakwa sebuah persatuan penguna.

Manakala pengusaha pusat latihan pendidikan terpaksa berdepan dengan karenah pegawai kementerian bagi mendapatkan lesen operasi.

"Bayangkan untuk mendapatkan pinjaman mikro pun susah…kena bayar tiga bulan dulu, kos peguam, kos perkhidmatam, birokrasi ini menyusahkan peniaga Melayu.

Beliau juga mendapat aduan dari pengusaha kolej mengenai kesukaran mendapatkan lesen dari Kementerian Pelajaran.

Katanya, sewa bangunan sudah bayar selama dua tahun lesen tetapi masih tidak dapat lesen dari kementerian tersebut kerana pegawai kementerian mahu melihat rekod aliran tunai.

Masalah lesen perniagaan juga dihadapi oleh golongan pesara tentera yang mahu memulakan perniagaan hingga menyebabkan mereka berniaga tanpa lesen.

Beliau turut mendedahkan mengenai pembeli rumah yang menjadi mangsa penipuan membabitkan pihak bank dan syarikat pemaju perumahan.

"Ia berlaku di mana-mana, di seluruh negara. Saya ambil contoh di Kelang. Rumah tidak siap, bank bayar harga tanah kepada pemaju, pembeli terpaksa bayar setiap bulan walaupun rumah tidak tidak siap.


Pasar pun tak selamat sekarang ini, jenayah di mana-mana

Posted: 07 Jul 2013 06:19 PM PDT




8 Julai 2013 - Seremban: Seorang pembantu gerai ayam ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di Pasar Besar Seremban, di sini, semalam, dipercayai dipukul individu tidak dikenali sebelum ditinggalkan di situ.

Menurutnya, dua minggu lalu kejadian sama berlaku yang menyebabkan seorang lelaki cedera selepas disamun di tandas awam di pasar berkenaan.

*****************
Duduk depan rumah pun bahaya sekarang, ramainya penjenayah kejam di Malaysia ketika ini.

Lelaki hampir putus telinga dilibas parang
8 Julai 2013

Seorang penyelia kilang hampir putus telinga kirinya hingga terpaksa menerima 14 jahitan selepas dilibas dengan parang oleh dua penyamun bermotosikal di hadapan pagar sebuah rumah di Taman Sri Intan di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam ketika Choo Kong Wui, 44, sedang berbual dengan ibu mertua rakannya yang berusia 70-an di hadapan rumah warga emas itu.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Kong Wui berkata, dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 tiba-tiba berhenti dan pemboncengnya mengeluarkan sebilah parang sambil meminta wang daripadanya.

Dia yang akur dengan kehendak suspek menyerahkan dompet miliknya namun tanpa disangka-sangka suspek bertindak melibasnya dengan parang.

Cukup ke petugas nak pantau Restoran 24 jam bulan puasa?

Posted: 07 Jul 2013 06:18 PM PDT




Cukupkah kakitangan, kenderaan, elaun penguatkuasa Jabatan Agama di seluruh Malaysia untuk memantau begitu terlalu banyak Restoran 24 jam yang beroperasi pada siang hari di bulan Ramadan?

Jabatan Agama Islam Perlu Pantau Restoran 24 Jam Sepanjang Ramadan
8 Julai 2013

Jabatan Agama Islam di setiap negeri diminta melakukan pemantauan di semua restoran yang beroperasi 24 jam bagi memastikan orang Islam yang tidak berpuasa tidak sewenangnya membeli makanan secara terbuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemantauan itu perlu dilakukan bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap orang Islam yang sengaja tidak berpuasa.

Beliau berkata, pengusaha restoran makanan 24 jam tidak dipaksa menutup operasi mereka bagi membolehkan orang bukan Islam mendapatkan makanan sepanjang Ramadan.


Tiada ulasan:

Pengikut