Jumaat, 7 Jun 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 07 Jun 2013 01:29 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:29 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

PENYAPU SIAL

Posted: 07 Jun 2013 01:15 PM PDT

Kementerian Kerja Raya tubuh pasukan pakar siasat runtuhan jambatan kedua P.Pinang

awas pakar ini tak makan rasuah( PR)...kementerian kerja raya ada berani ka ambil pakar ni...

mahluk angkasa ini ( spesis UMNO-BN ) suspek utama  penyebab jambatan runtuh di pulau pinang

Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini mengumumkan satu pasukan pakar ditubuhkan untuk menyiasat runtuhan tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berlaku semalam.

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh semalam adalah Susur Batu Maung yang merupakan bahagian yang terpisah daripada struktur jambatan utama diberikan kepada kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.

"Kementerian Kerja Raya akan menubuhkan satu pasukan pakar untuk menyiasat punca insiden ini dan mengenalpasti factor runtuhan, kompetensi pekerja dan pengendalian kontraktor di tapak sama ada mematuhi tatatcara kerja.

"Kementerian juga akan mengesyorkan langkah-langkah untuk mengelakkan insiden seperti ini daripada berulang di projek-projek pembinaan kerajaan dan Swasta," kata Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, KKR juga berkata Arahan Berhenti Kerja (Stop Work Order) telah dikeluarkan kepada Cergas Murni Sdn Bhd manakala arahan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (Department of Occupational Safety and Health : DOSH) akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Syarikat Cergas Murni berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor Kelas G7 dianugerahkan projek tersebut pada 2010 dan tapak berkenaan diambil pada 19 Mei 2010.

Susur Batu Maung itu adalah Pakej 3A daripada projek Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Projek RM152 juta diarahkan membina empat susur daripada Batu Maung untuk disambungkan ke Lebuhraya Bayan Lepas ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan jambatan marin utama.

Ia adalah salah satu bahagian daripada susur dua yang runtuh semalam dan mengakibatkan empat kematian termasuk tiga kecederaan.

Berdasarkan jadual, ia seharusnya siap pada Disember tahun lalu namun tertangguh dan tarikh terakhir siap ditetapkan bulan hadapan.

Cergas Murni, yang memulakan operasi sebagai kontraktor berdaftar Kelas B pada 1991 dan sekarang kontraktor Kelas A, mempunyai beberapa projek mega di bawahnya — Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua Pakej 9A (RM202 juta), Pakej 9B (RM86 juta), Pakej Tiga (RM224 juta) dan Jambatan Bukit Kuang di bawah projek Wilayah Ekonomi Timur (RM190 juta).

Syarikat berkenaan turut menerima pengiktirafan ISO 9001:2000, ISO 14001:2004 dan OSHAS 18001:2007 sejak 2005.

Semalam, dua pekerja pembinaan warga asing dan penunggang motosikal wanita cedera selepas bahagian susur berkenaan runtuh sekitar jam 7.00 malam.

Pada tengah malamnya, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar menafikan laporan awal empat kematian dalam insiden berkenaan.

Beliau bagaimanapun hanya mengesahkan tiga yang cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang dan berkata polis masih berusaha mengesahkan berlakunya sebagarang kematian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat masih lagi berusaha mencari kereta yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan menggunakan kren sekitar jam 2 pagi.

Ketika melawat kawasan berkenaan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa audit keselamatan dijalankan bukan sahaja terhadap pakej tetapi kepada keseluruhan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Mereka perlu menjalankan semakan keselamatan keseluruhannya, bukan sahaja bahagian ini tetapi keseluruhan projek dan saya harap kementerian akan turut melantik badan bebas untuk menjalankan audit keselamatan terhadap projek ini kerana keselamatan awam amat penting," katanya.

penyapu sial

negara kita dah jadi negara darul runtuh...bukan nak mengaku kesilapan tetapi mereka yang bertanggung jawab cuba mencari alasan untuk cuci tangan dengan pura pura menyiasat penyebabnya,sedang umum mengetahui bahawa setiap pembinaan yang dilakukan di negara ini tidak bebas sepenuhnya dari unsur rasuah dan penyelewengan .

mereka cuba nak mencari idea bagaimana nak menipu rakyat bila terkantoi nanti...

kita tak terperanjat jika drama penyiasatan nanti mendedahkan si pelaku penyebab runtuhan...namun seperti biasa di LEMBU SHAHRIZAT KAN...no action talk only....!!!...kroni di utamakan...!!!!

Tiada ulasan:

Pengikut