Jumaat, 28 Jun 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 28 Jun 2013 03:24 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:24 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Ada yang sakit hati tengok Anwar makan semeja dengan Najib

Posted: 27 Jun 2013 07:30 PM PDT

Ada orang yang cuba memperlekehkan gambar Anwar Ibrahim yang sedang duduk makan semeja dengan PM Najib sambil mempamerkan pula gambar anak-anak muda yang sedang berdemo baring di atas jalanraya di luar parlimen di ketika yang sama.

Perlu diketahui bahawa Protokol parlimen menghendaki Ketua Pembangkang makan semeja dengan Ketua Kerajaan.Kalau TGHA atau LKS yang jadi Ketua Pembangkang, mereka pun perlu berbuat demikian juga.

Apakah TGHA atau LKS perlu bercakaran dengan PM Najib macam kucing dan anjing ketika di meja makan itu? Hanya orang yang tidak cukup matang dan gila sahaja yang akan berbuat begitu.

Ketika Anwar Ibrahim berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, ada juga yang memfitnah kononnya beliau membuat pertemuan dengan Najib di sana....Kah! kah! kah! memang bengong betul. Terbukti itu pun hanya fitnah.Tak perlulah aku nak ulas perkara ini kerana sekarang semua orang tahu hal sebenarnya.

Seolah-olahnya, orang-orang UG yang memfitnah ini nak kata, bukan puak mereka sahaja yang gi berjumpa dengan PM(Umno), tetapi Anwar Ibrahim pun berbuat sama...Kah! kah! kah! Jangan sekali-kali mahu menyamakan pertemuan di meja makan macam itu yang terang-terangan, dengan 'pertemuan dalam gelap'.

Istilah 'pertemuan dalam gelap' itu adalah merujuk kepada pertemuan pemimpin PAS tertentu yang bertemu dengan Abdullah Badawi (ketika PM) secara rahsia.Pada mulanya pemimpin-pemimpin PAS terlibat cuba menafikan pertemuan tersebut, tetapi bila Abdullah Badawi membocorkannya, Mahfuz Omar sendiri terpaksa memohon maaf kerana sebelum itu cuba membela puak-puak tersebut!

Apakah bila kita lihat gambar Anwar nampak bergelak ketawa dan mesra dengan Najib sambil makan-makan, maka Anwar Ibrahim sudah mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat? Lihatlah bagaimana Anwar begitu gigih di parlimen mempertahankan PR di sini

Apakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga berkelakuan sama seperti Anwar ~ mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat juga bila gambar-gambar mereka tersiar sebagaimana berikut?

Tidak ubah macam pengantin baru - 
Zahid hamidi dan LKS
 
Zahid Hamidi sudah in love dengan Cina?
 
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Che'gu Bard menegaskan bahawa aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak SPR meletak jawatan.

Menurut Che'gu Bard, tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sila baca : kenyataan rasmi Che'gu Bard

DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Jun 2013 03:24 PM PDT

DAP saran Khalid Abu Bakar letak jawatan sebagai KPN

Posted: 28 Jun 2013 02:25 AM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPURN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan keyakinan awam bahawa beliau tidak bersubahat dalam kematian tahanan dengan berlaku jujur dan menyatakan perkara sebenar disebalik kematian A Kugan dan 230 orang lain antara tahun 2000 sehingga Mei 2013 atau secara terhormat meletakkan jawatannya.

Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng menyatakan demikian dalam kenyataan hari ini merujuk pada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membuat keputusan bahawa Khalid bertanggungjawab ke atas kematian Kugan yang diseksa secara fizikal sewaktu soal siasat oleh pihak polis, 4 tahun lalu.

"Mahkamah telah memutuskan dalam sebuah saman sivil bahawa Khalid bertanggungjawab. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham juga menyebut bahawa kecederaan yang dialami Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang anggota saja dan pegawai-pegawai senior juga tidak boleh mengatakan mereka tidak tahu menahu," katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengecam Khalid yang tidak profesional dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai KPN sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kecuaian dibawah penguatkuasaan beliau.

"Khalid juga ditegur kerana cuba menutup dan mendiamkan kebenaran dengan mengelak daripada bertanggungjawab ke atas kematian Kugan pada Januari 2009.

"Mampukah Malaysia mempunyai seorang KPN yang sepatutnya mendaulatkan undang-undang tetapi telah diputuskan mahkamah sebagai seorang yang menutup dan mendiamkan kebenaran, cuai dan bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan?," katanya.

Beliau turut menempelak Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi yang tidak membuat sebarang tindakan berhubung salah laku malah lebih menyedihkan mempertahankan keganasan polis.

"VT Singham memutuskan supaya ibu Kugan, N Indra menerima bayaran sebanyak RM851,700 sebagai ganti rugi kesalahan menyerang, memukul, penahanan yang salah serta penderitaan dan kesakitan yang ditanggung.

"Namun Zahid Hamidi ketika sidang Parlimen menafikan bahawa keganasan polis adalah punca kematian dalam tahanan. Zahid mengatakan bahawa 166 kematian adalah disebabkan penyakit seperti HIV, lelah, sakit jantung dan hanya 2 orang yang mati dalam tahanan. Dakwaan ini sangat mengarut," ujarnya.

Katanya lagi, Zahid seharus mengambil iktibar dari cadangan Mahkamah supaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.

"Badan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) milik BN ternyata tidak berkesan dalam menghalang salah guna kuasa dan kematian dalam tahanan.

"EAIC hanya sekadar boleh memberikan cadangan kepada badan disiplin sesebuah agensi penguatkuasaan setelah selesai siasatan, IPCMC sebaliknya pula boleh mendakwa dan menghukum anggota polis yang menyalahguna kuasa.

"Jika IPCMC tidak ditubuhkan segera, berapa ramai lagi yang mesti mati sebelum IPCMC diwujudkan?," tegasnya. -Roketkini.com

Ibu minta parlimen siasat kematian K Murugan

Posted: 28 Jun 2013 01:24 AM PDT

 

Ibu kepada K Murugan – pembantu calon parlimen Tapah PKR yang ditemui mati sewaktu kempen pilihan raya umum ke-13 – menggesa Parlimen membentuk satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kematian anaknya itu.

P Rajjamah, 62, dengan linangan air mata hari ini menyerahkan memorandum itu kepada MP Batu Gajah V Sivakumar di pintu masuk Parlimen hari ini.

NONE"Jawatankuasa khas parlimen perlu dibentuk bagi menyiasat pembunuhan ini bagi menentukan jika ia bermotifkan politik kerana ia melibatkan orang kenamaan," memorandum itu dipetik.

Calon PKR parlimen Tapah, K Vasantha Kumar yang hadir menemani Rajjamah menjelaskan mereka sebelum ini menghantar empat memorandum kepada ketua polis negara berhubung perkara itu namun tidak mendapat sebarang maklum balas memuaskan.

Menurutnya, sehingga hari ini 19 orang daripada PKR sudah dipanggil untuk soal siasat namun tiada seorang pun dari BN telah dipanggil bagi tujuan sama.

"Sehingga hari ini kita dah bagi empat memorandum kpd IGP, tetapi IGP tutup mulut," kata Vasantha yang menentang calon BN, Datuk M Saravanan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Murugan yang ditemui mati selepas tiga hari dilaporkan hilang bermula 1 Mei lalu adalah pembantu keselamatan kepada Vasantha.

Mayat Murugan ditemui terapung dalam kolam berhampiran Batu Gajah, Perak dengan wajahnya dilaporkan mengalami kecederaan teruk, badannya dikelar dan tangannya diikat dengan kawat berduri.

Lelaki minum arak di bulan Ramadan didenda RM1,500

Posted: 28 Jun 2013 01:19 AM PDT

Seorang lelaki yang meminum arak di bulan Ramadan tahun lepas, semalam didenda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Syarie Azzeman Omar menjatuhi hukuman itu ke atas Zaibidin Kamsani, 49, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

"Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah bercanggah dengan hukum syarak apatah lagi ia dilakukan di dalam bulan Ramadan. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga seluruh umat Islam," katanya.

Zaibidin yang bekerja sendiri didakwa meminum minuman yang memabukkan dan tidak menghormati bulan Ramadan di Medan Selera, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di ibu negara pada 12.30 tengah hari 8 Ogos 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 19(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati melakukan kesalahan itu semasa penguat kuasa agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan bulan Ramadan di kawasan itu.

Minuman berkenaan dibungkus dengan plastik dan ketika pemeriksaan, tertuduh juga sedang menghisap rokok.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Syarie Faiyzan Ahmad memohon hukuman sewajarnya dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh kerana meminum arak adalah perkara yang dilarang oleh Islam dan juga tidak menghormati bulan Ramadan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia telah insaf dan bertaubat untuk tidak mengulangi kesalahan itu.-Bernama

VT Singham bersara selepas 13 tahun berkhidmat

Posted: 28 Jun 2013 01:14 AM PDT

MALAYSIA KINI

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham yang menyampaikan penghakiman memihak kepada keluarga A Kugan dua hari lalu, bersara hari ini selepas berkhidmat selama 13 tahun.

Datuk Singham bersara pada usia 65 tahun hari ini. Pegawai dari jabatan komunikasi korporat dan perhubungan antarabangsa kehakiman menyatakan bahawa beliau memilih usia berkenaan untuk bersara.

Pada kebiasaannya, para hakim, termasuk dari Mahkamah Persekutuan, akan berkhidmat di sehingga usia bersara wajib 66 tahun.

Singham dilantik sebagai pegawai kehakiman Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 selepas berkhidmat sebagai peguam – dan kemudiannya disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2002.

Beliau merupakan hakim Mahkamah Tinggi paling kanan dan pernah berkhidmat di Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Difahamkan, Singham pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan pada awal kerjayanya.

Wartawan Utusan protes, dakwa dihalang masuk DUN

Posted: 28 Jun 2013 01:12 AM PDT

MALAYSIA KINI

Seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia mengadakan protes seorang diri selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.

Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: "Ketelusan telah mati di sini".

NONESementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia.

ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini.

"Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi," kata Law dalam satu sidang media.

DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011.

Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media.

Sultan boleh bubar DUN T'ganu, kata pakar perlembagaan

Posted: 28 Jun 2013 01:10 AM PDT

 

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

"Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.

Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.

Kerabat diraja, dua lagi dihukum penjara

Posted: 28 Jun 2013 01:08 AM PDT

MALAYSIA KINI

Mahkamah Sesyen di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada seorang anggota kerabat diraja kerana dituduh mencederakan peninju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohamad Arif Husin selepas mendapati ketiga-tiga individu tersebut bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada Farkhan.

Katiga-tiga individu tersebut diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini apabila hakim menolak permohonan mereka untuk menangguh pelaksanaan hukuman sebelum membuat rayuan.

Peguam Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati bagi peninju kebangsaan tersebut, yang pernah memenangi pingat emas dalam temasya Sukan SEA.

Pukul peninju kebangsaan: Kerabat diraja dipenjara 4 tahun

Posted: 28 Jun 2013 12:59 AM PDT

KL TODAY

Mahkamah Sesyen hari ini Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman empat tahun penjara terhadap seorang kerabat diraja dan dua rakannya kerana mencederakan peninju kebangsaan, Muhammad Farkhan Haron pada tahun lalu.Bagaimanapun, Hakim Zamri Bakar menolak rayuan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27; Alex Foo Hee Wee, 41, dan Mohd. Arif Husin, 35, dan mengekalkan hukuman tersebut.

Dalam insiden pada 6 Mei tahun lalu, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan menggunakan senjata tumpul di antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Akhirnya demokrasi dalam Umno mahu dibuka rantai di kakinya

Posted: 28 Jun 2013 12:56 AM PDT

Shahbudin Husin


Setelah riuh-rendah dengan kemunculan berbondong-bondong pengampu, pembodek dan tukang kipas yang mahu menyelamatkan karier politik Najib dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, malah dikekalkan secara percuma kepada penyandang sedia ada, tiba-tiba Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan kedua-dua jawatan itu boleh dipertandingkan.
Kata Ku Nan lagi, semua jawatan tertinggi parti terbuka untuk ditandingi dan sesiapa saja yang mahu bertanding, boleh mendaftarkan diri untuk berbuat demikian, sesuai dengan peraturan baru yang diperkenalkan oleh UMNO. Katanya lagi, semua jawatan dalam UMNO akan ada pertandingan kali ini.
Sebelum ini, sebaik keputusan terburuk yang dicapai oleh BN dalam pilihanraya lalu, ramai pemimpin UMNO tampil menyarankan agar kedua-dua jawatan tertinggi dalam UMNO itu tidak dipertandingkan atas alasan menjaga perpaduan, selain menganggap gandingan Najib dan Muhyiddin sudah merupakan gabungan yang terbaik untuk parti.
Selain UMNO Negeri Sembilan dan Sabah yang menjadikan tiadanya pertandingan itu sebagai resolusi, sebahagian besar pemimpin UMNO turut menyokong cadangan itu. Malah Ku Nan sendiri sebelum ini dilaporkan bersetuju tiadanya pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO atas alasan UMNO mengamalkan demokrasi terpimpin dan bukannya demokrasi sebenar.
Dua bekas Perdana Menteri, Mahathir dan Pak Lah juga dilaporkan bersetuju agar tiada pertandingan bagi kedua-dua jawatan tertinggi itu.
Walaupun demikian, di peringkat akar umbi rata-ratanya mahukan pertandingan diadakan kerana berasakan transformasi politik yang diperkenalkan Najib dengan meminda peraturan pertandingan haruslah dibuktikan bukan sekadar dengan kata-kata tetapi dengan keberanian melalui tindakan juga. Lagi pula 146,500 orang yang digegak-gempitakan sebagai perwakilan yang boleh memilih pucuk pimpinan UMNO kali ini berbanding hanya 2,500 sebelum ini, turut tidak sabar untuk memainkan peranan mereka.

Dalam pada itu, kalangan akar umbi juga berpandapat, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan pertandingan kali ini mendatangkan kesan kepada perpaduan kerana pilihanraya baru saja berakhir dan pilihanraya seterusnya hanya akan diadakan lima tahun lagi iaitu pada 2018. Dan jika pun mahu dielakkan pertandingan untuk menghadapi pilihanraya, ia sepatutnya pertandingan pada 2016 nanti.
Untuk pemilihan pucuk pimpinan kali ini, ramai yang berpendapat biarlah sesiapa saja mahu menawarkan diri untuk mencabar Najib, sama ada Muhyiddin atau Tengku Razaleigh. Biarlah demokrasi disuburkan kembali dan keputusan pilihanraya lalu diadili oleh UMNO pula sama ada mereka masih mahu mengekalkan Najib atau sebaliknya bagi menghadapi pilihanraya yang seterusnya nanti.
Kenyataan Ku Nan yang secara tiba-tiba memberi lampu hijau kepada pertandingan dalam UMNO, terutamanya dua jawatan tertingginya, ternyata disambut baik dan membuktikan kecenderungan untuk membuka semula ruang demokrasi dalam UMNO yang selama ini diikat dan dirantai kakinya.

UMNO kali terakhir menyaksikan pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO ialah pada 1987 bilamana Tengku Razaleigh mencabar Mahathir. Walaupun Mahathir menang dengan 43 undi tetapi demokrasi dalam UMNO selepas itu bagaikan diikat dan dipasung kakinya melalui pelbagai peraturan dan kekangan yang diperkenalkan oleh beliau terutamanya sistem kouta pencalonan.
Tetapi apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti dan negara, beliau telah membuang semua peraturan tidak demokratik itu kerana menyedari pelbagai peraturan dan kekangan itu telah menyebabkan orang-orang Melayu semakin menjauhi UMNO.

Bagaimanapun apabila PRU 13 menghasilkan keputusan terburuk dalam sejarah BN dengan hanya kemenangan 133 kerusi dan hilang undi popular, kebarangkalian kedudukan Najib dicabar juga tinggi kerana beliau dianggap pemimpin yang paling gagal sepanjang kewujudan UMNO. Lantas, untuk mempertahankan Najib, muncul kembali cadangan agar tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sedangkan transformasi politik UMNO telah diperkenalkan sebelum itu.
Lalu UMNO kembali menjadi bahan cecehan ramai dan transformasi Najib dianggap palsu. Transformasi yang bertujuan menjadikan parti lebih demokratik dan inklusif, rupa-rupanya lebih cenderung melahirkan pembodek, pengampu dan tukang kipas semata-mata.
Di sisi yang lain, keadaan ini menjadikan UMNO makin dijauhi terutamanya oleh generasi muda yang sarat dengan idealisme serta ghairah kepada persaingan. Mereka melihat UMNO bukan lagi wadah untuk perjuangan dan memupuk bakat kepimpinan, sebaliknya lebih merupakan parti untuk kelompok elit tertentu sahaja.
Setelah demokrasi dirantai kakinya selama 26 tahun ini dalam UMNO, ia akan terus memberi kesan kepada penerimaan orang-orang Melayu dan meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang. UMNO dengan demokrasi yang diikat kakinya hanya akan kekal menjadi parti kampungan dan menerima sokongan dari desa pedalaman saja tetapi akan terus disisih oleh generasi muda, Melayu bandar dan separa bandar.

Barangkali atas kesedaran ini dan harapan yang tinggi agar UMNO dan BN mendapat sokongan yang lebih baik dalam PRU 14 nanti, maka Ku Nan cuba membuka ikatan yang memasung kaki demokrasi dalam UMNO selama ini. Kini disedarinya jika demokrasi tidak dihidupkan kembali, kemungkinan UMNO akan mati kerana terus ditolak oleh orang-orang Melayu adalah lebih tinggi lagi.

Keputusan kes mahkamah KPN ganggu moral pasukan polis

Posted: 27 Jun 2013 09:56 PM PDT

Moral pasukan polis daripada peringkat bawahan hingga ke ibu pejabat di Bukit Aman terganggu ekoran berita muka hadapan sepanjang tempoh dua hari ini membabitkan Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri yang terlibat dalam melakukan kesalahan.

Segenap pangkat malahan pegawai kanan juga mahu mendengar daripada ketua mereka sendiri mempertahankan diri ke atas pertuduhan yang dihadapinya, terutamanya KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).

"Bukan mudah menjadi seorang anggota polis dan permintaan umum sentiasa tinggi. Tapi saya sangat tidak percaya selepas membaca penemuan dalam kes Kugan," kata seorang anggota Lans Koperal yang enggan namanya didedahkan, merujuk kepada penghakiman dua hari lalu apabila hakim mengatakan Khalid bertanggungjawab ke atas tahanan yang mati di dalam lokap.

Tahanan, A. Kugan telah ditahan di balai polis Taipan Subang dan kemudiaanya telah dibelasah oleh polis serta mengalami 45 kecederaan luaran dan di bahagian dalam badan. Mangsa mati selepas buah pinggangnya tidak berfungsi akibat pukulan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berhadapan tekanan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan beliau berhadapan kes untuk dibicarakan akibat tuduhan menyerang seorang lelaki yang cuba memikat anak perempuannya.

Berita sedemikan yang membabitkan peringkat tertinggi pasukan polis menggugat moral dan keyakinan, terutamanya terhadap KPN.

"Selepas saya baca dalam tempoh 24 jam, apa yang jelas ialah Khalid telah dituduh cuba menyembunyikan keadaan semasa kematian Kugan dan beliau wajar membuat penjelasan," kata Penolong Penguasa Polis kepada The Malaysian Insider semalam, juga dengan syarat namanya tidak didedahkan.

"Ia penting untuk KPN tampil dan menjelaskannya daripada berdiam diri terhadap isu sedemikan hingga menyebabkan orang awam lebih marah dan hilang keyakinan terhadap pasukan polis."

Tambahnya lagi, "Saya tidak tahu fakta sebenar atau apa yang sebenarnya terjadi dalam kes Kugan.
Mungkin Khalid sendiri menerima maklumat salah daripada orang bawahannya?"

Pandangan beliau turut diulangi oleh anggota Lans Koperal yang bekerja dibawah dengan berkata: "Sebagai anggota di lapangan, kami juga menanti untuk mendengar daripada pegawai atasan terhadap apa yang sebenarnya berlaku kerana kami membaca terlalu banyak laporan negatif."

"Kami juga mahu mendengar cerita daripada Tan Sri KPN dan mendengar penjelasannya. Semua maklum balas dan komen setakat ini kami dengar sangat mengganggu motivasi," kata anggota polis itu.

Bagaimanapun, Penolong Penguasa Kanan berkata lebih baik untuk melihatnya dengan secara lebih menyeluruh.

"Memang benar Khalid bertanggungjawab kerana ketika itu beliau adalah ketua polis Selangor dan perlu menjawab ke atas semua tindakan anak buahnya.

"Jika saya ketua polis negeri, saya juga akan berada dalam keadaan sama. Tapi kita juga perlu adil sama, tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tidak boleh dijadikan alasan untuk menukar Khalid.

"Adakah kita sentiasa memecat KPN jika anak buahnya berkelakuan tidak baik? Ia bermakna kerajaan tidak mungkin mempunyai masa lima tahun memerintah kerana perdana menteri dan menteri dalam negeri juga akan berhenti.

"Tanpa ragu-ragu Khalid wajar dipertanggunjawabkan ke atas kematian Kugan. Jika saya seorang orang awam, saya juga pasti akan marah, tapi kita mesti lihat daripada aspek keseluruhan."

Hakim kes Kugan bersara pagi ini

Posted: 27 Jun 2013 09:52 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham yang berumur 65 tahun hari ini bersara pagi ini.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Semua jawatan tertinggi Umno terbuka untuk ditandingi, kata Ku Nan

Posted: 27 Jun 2013 09:51 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini.

"Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Rakyat semalam.

Kenyataannya itu menyusuli gesaan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar. Berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota Umno dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.

Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.

"Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.

Katanya taklimat Umno mengenai format baharu itu akan diakhiri dengan Umno Sabah esok.

Ini merupakan kali pertama Umno menggunakan mekanisme baharu pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.

DAP gesa KPN letak jawatan untuk kembalikan keyakinan umum

Posted: 27 Jun 2013 09:45 PM PDT

Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan kepercayaan rakyat dengan meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara (KPN), atau menjalankan siasatan terhadap 230 kes kematian dalam tahanan termasuk kes A. Kugan, kata Lim Guan Eng(gambar).


Mahkamah sebelum ini memutuskan Khalid bertanggungjawab atas kematian Kugan yang didera secara fizikal ketika soal siasat oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) empat tahun lalu.

"Beliau hanya boleh mengembalikan keyakinan orang awam dengan mengatakan beliau tidak terlibat atau menjalankan siasatan terhadap kes kematian sejak 2000 hingga Mei 2013, ataupun meletak jawatan sebagai ketua polis," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan hari ini.

Lim turut menegaskan, berbanding Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang hanya boleh melakukan cadangan dan saranan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti disarankan mahkmah.

"IPCMC boleh menjatuhkan hukuman kepada anggota polis yang menyalahguna kuasa mereka ... Atau berapa ramai lagi yang perlu mati sebelum IPCMC ditubuhkan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

A. Kugan telah ditahan di balai polis Taipan, Subang dan kemudiaanya telah dipukul oleh polis serta mengalami 45 kecederaan luaran dan di bahagian dalam badan. Mangsa mati selepas buah pinggangnya tidak berfungsi akibat pukulan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berhadapan tekanan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan beliau berhadapan kes untuk dibicarakan akibat tuduhan menyerang seorang lelaki yang cuba memikat anak perempuannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham berkata, Khalid yang pada ketika itu merupakan Ketua Polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.

"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disembunyikan."

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan

Azalina akan cabar Shahrizat untuk Ketua Wanita Umno

Posted: 27 Jun 2013 09:43 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Pertembungan bagi jawatan Ketua Wanita Umno akan berlaku akhir tahun ini apabila bekas Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said menyatakan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini.

Shahrizat telah mengesahkan mahu terus mempertahankan jawatannya walaupun terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada tahun 2012 sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menterinya.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," kata Azalina yang merupakan ahli Parlimen Pengerang dipetik dari The Star Online.

Walau bagaimanapun, Shahrizat yakin akan terus kekal memimpin Wanita Umno berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap Umno itu.

"Mereka berada di sana untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah kawan-kawan saya dan rakan-rakan adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau dipetik dari The Star Online.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.

Kerajaan BN Terengganu Amalkan Semula Pinjaman 'Riba'?

Posted: 27 Jun 2013 09:39 PM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Satiful%20Angkat%20Sumpah.jpgKUALA TERENGGANU - PAS menuntut penjelasan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu, apakah benar caj 'perkhidmatan' sebanyak empat peratus dikenakan semula kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang membuat pinjaman kenderaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Ustaz Satiful Bahrin Mamat berkata ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, pinjaman berunsur riba dihapuskan kepada pegawai kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan PAS Terengganu pernah menghapuskan riba yang dikenakan melibatkan pinjaman kenderaan sebanyak empat peratus.

"Saya juga ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan. Seingat saya, semasa pemerintahan kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar waktu itu Adun Rhu Rendang (Dato' Seri Abdul Hadi Awang) yang memerintah.

"Kita (PAS) pernah menghapuskan riba yang dikenakan melibatkan pinjaman kenderaan sebanyak empat peratus. Tetapi, ingin mendapatkan penjelasan adakah ianya (riba) kembali dikenakan semula kepada kakitangan kerajaan negeri," soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 19 Jun lalu.

Ini kerana, katanya berdasarkan edaran pekeliling yang diterima oleh semua Adun dengan jelas menyatakan bayaran perkhidmatan empat peratus dikenakan kepada pemohon pinjaman kenderaan.

Menurutnya, tindakan dikenakan semula caj perkhidmatan empat peratus itu tidak wajar kerana pegawai tersebut berkhidmat kepada kerajaan negeri.

"Ini berdasarkan edaran (pekeliling) yang diberikan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri layak memohon pinjaman kereta sehingga maksima RM41,000 untuk sekali dalam tempoh empat tahun dengan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak empat peratus.

"Setahu saya, empat peratus ini telah dihapuskan semasa kerajaan PAS Terengganu tetapi adakah dikenakan semula caj tersebut. Jika dikenakan kembali, saya rasa ianya sangat malang walau pun perkara ini kecil tetapi Allah Ta'ala telah jelaskan dalam al-Quran iaitu "Allah Ta'ala halalkan jualbeli dan haramkan riba".

"Ini kerana, pegawai dan kakitangan kerajaan kita tidak ada sumber lain dan mereka berkhidmat dengan kerajaan negeri dan dikenakan caj atas nama 'perkhidmatan' yang sepatutnya tidak dikenakan dan dielakkan dari riba kerana itu perbuatan keji di sisi Allah SWT," tegasnya.

Beliau turut menyindir kerajaan negeri yang berpendapatan RM2 bilion setahun masih mengambil caj perkhidmatan tersebut.

Pelajar India Tidak Layak Belajar di Matrikulasi?

Posted: 27 Jun 2013 09:38 PM PDT

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/dewanrakyat450.jpgAhli Parlimen Batu gajah, V. Sivakumar menyelar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran kerana kenyataan yang didakwa menghina kaum India dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, ketika menjawab soalan tentang peluang kaumIndia belajar di Matrikulasi Muhyiddin telah berkata, kaum India hanya diberikan tempat pelajar yang tidak layak bagi memenuhi kuota 1800 orang pelajar Matrikulasi untuk kaum Inda pada tahun 2013.

Untuk menjawab soalan samada kerajaan benar- benar menawarkan 1500 tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India, beliau berkata kerajaan telah menepati janji dengan memberikan 1500 tempat itu pada tahun 2012. Beliau tambah dengan mengatakan bahawa 1800 tempat matrikulasi kepada pelajar-pelajar India pada tahun 2013.

"Dalam menjawab soalan itu, beliau juga telah menghina kaum India dengan mengatakan bahawa untuk memenuhi kuota yang dijanjikan terpaksa memberi tempat kepada pelajar-pelajar yang tidak layak.

"Beliau berkata piawaian yang ditetapkan terpaksa diturunkan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar India yang tidak layak semata-mata untuk menepati janji yang ditepati,"ujar Sivakumar dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Menteri Pelajaran itu dalam Sidang Parlimen yang bermula pada Isnin 24 Jun.

Beliau berkata, ucapan Timbalan Perdana Menteri itu memang satu penghinaan kepada kaum India dan mempersoalkan adakah benar bahawa pelajar-pelajar India yang kelayakannya lebih rendah daripada pelajar-pelajar lain diberi tempat matrikulasi pada tahun 2012 dan 2013?

Katanya, Muhyuddin telah mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat India dan beliau harus bertanggungjawab terhadap kenyataannya itu.

Bukan 'Mustahil PAS Menang PRK Kuala Besut

Posted: 27 Jun 2013 09:36 PM PDT

 Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Wahid%20PC%2027%20Jun.jpgKUALA TERENGGANU - Kemenangan bukan suatu perkara yang mustahil dalam satu pilihanraya kecil (PRK) kerana menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS ada pengalaman dan pernah menang pada PRK Kuala Terengganu.

Yang penting, kata beliau, apa juga strategi yang digunakan, matlamat PAS adalah untuk meningkat undi dan menjadikan undi PAS lebih banyak daripafa BN.

"kita nak tambah undi kita. Kita berusaha kearah menambahkan undi kita. Tambah undi, kena undi kita lebih banyak dari BN Kita akan sepakat seperti pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Cara-cara kempen itu, cara biasa dalam pilihanraya untuk mendapatkan undi rakyat,"jelas Haji Wahid yang juga adalah Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media tentang PRK Kuala Besut yang bakal diadakan beikutan kekosongan kerusi DUN terbabit, ekoran penyandanganya Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada Selasa 26 Jun.

Oleh itu beliau mahu supaya seluruh cawangan-cawangan, jentera dan ahli-ahli PAS, khususnya di Kawasan Besut dan di DUN Kuala besut mula membuat persiapanuntuk sekarang mula membuat persiapan awal.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/PC%2027%20Jun%2013.jpgBeliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata walaupun menurut rekod PAS hanya menang dua kali di Kuala Besut tidak mustahil PAS mencipta sejarah dan menang buat kali ketiga.

"bukan perkara yang mustahil untuk menang kali yang ketiga. Apa yang berlaku sekarang ini, bukan sahaja Kuala Besut, Dun-dun lain pun begitu.

"(sebekum ini) banyak BN yang menang, berbanding dengan PAS. Kita doakan kita menang untuk pilihanraya kecil kali ini,"ujarnya pada sidang media yanag diadakan di Markaz PAS Kuala Ibai, di sini semalam Khamis 27 Julai

Menyentuh tentang isu dakwat kekal, beliau berharap pihak SPR menggunakan dakwat kekL yang sebenar pada PRK Kuala Besut bukan seperti yang digunakan dalam

"(kita harap SPR) guna dakwat kekal betul-betul lah, jangan buat makan. Kita harap supaya ada penambahan baikan oleh pihak SPR, kalau (kerana ia) itu salah satu usaha bagi memastikan ketelusan dalam proses pilihanraya.

"dimana, (ia) mengurangkan pengundi mengundi lebih dari sekali. Kita sokong, kita tak mahu ada juga unsur-unsur penipuan, penyelewengan berlaku dalam mana-mana pilihanraya. Menang, kalah semua itu ketentuan Allah.tapi, berlaku dengan adil. Di harapkan berjalan dengan baik,"tegasnya

Blogger Milosuam Dikenakan Ikatjamin RM15,000

Posted: 27 Jun 2013 09:34 PM PDT

KELAB GREENBOC

 

Kota Kinabalu: Blogger yang berpangkalan di Melaka 'Milosuam' didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana menyiarkan kenyataan bertujuan menyebabkan ketakutan orang ramai ketika pencerobohan askar Sulu.

Yusuf Al Siddique Suratman, 29, mengaku tidak bersalah terhadap penyiaran blog di bawah tajuk (Maklumat Sulit: Pendatang Asing Bakal Cetus Huru-Hara di Sabah) yang mana dia turut mendakwa 1,500 warga asing akan menyebabkan huru-hara di Sabah dengan menyiarkan dokumen yang didakwa oleh pihak polis.

Yusuf, didakwa pada Selasa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan rasa takut dan menghadapi maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Edward Paul menetapkan tarikh perbicaraan pada 22-23 Julai dan membebaskan Yusuf dengan ikat jamin RM15,000 dan seorang penjamin tempatan.

Dia juga telah diarahkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah didakwa di Kota Kinabalu kerana blog itu telah dibaca secara meluas di Sabah.

Peguam Yusuf Erveana Ansari berkata mereka telah memohon kepada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, Jamil telah membantah ikat jamin untuk Yusof atas alasan Yusuf adalah dari Semenanjung Malaysia tetapi Erveana berhujah bahawa tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri dengan kesalahan kecil.

Beliau berkata bahawa Yusuf telah berkahwin pada 29 Jun dan sebagai bukan rakyat Sabah, dia perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk perjalanan di sini. -mstar

LAPORAN SEBELUM INI

Penahanan Milo Suam cubaan sekat blogger pro Pakatan – Sivarasa

PETALING JAYA 3 MEI: Penahanan blogger pro Pakatan Rakyat, Milo Suam adalah cubaan polis untuk menyekat beliau dari terus mendedahkan maklumat sehingga tamat pilihan raya, kata Ahli Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa.

Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al-Siddique ditahan pada 1 Mei lalu di bawah Akta Rahsia Rasmi (1972) kerana mendedahkan dokumen sulit milik polis berhubung maklumat wujud pencetus huru-hara pada 5 Mei nanti.

Melalui maklumat dalam dokumen tersebut, Milo Suam mendedahkan seramai 1,400 pendatang asing di Kota Kinabalu dan Tawau, Sabah akan membuat huru-hara pada hari mengundi.

"Kita mempersoal apa motif penahanan itu sedangkan Milo Suam ada menyebut bahawa dokumen dalam bentuk emel berantai itu belum disahihkan kebenarannya kerana ramai pihak turut menerimanya," kata Sivarasa pada sidang media hari ini.

"Beliau (Milo Suam) juga ada menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel itu supaya membuat pertimbangan wajar kerana ia belum disahkan benar, tetapi dengan penahanan ini, ia seolah-olah mengesahkan kebenaran maklumat dalam dokumen tersebut," katanya lagi.

Menurut Sivarasa, punca utama penahanan itu tidak kukuh untuk membolehkan Milo Suam ditahan, justeru beliau menyifatkan penahanan itu bermotif politik demi menyekat kebebasan blogger pro Pakatan.

"Kita amat terkejut macam mana tulisan itu dijadikan alasan kukuh untuk tahan seorang blogger. Umum tahu dia menyokong Pakatan dan berpengaruh di kalangan blogger, jadi kita sifatkan penahanan ini berniat jahat," tegasnya.

"Milo Suam sepatutnya direman sehingga hari ini, tetapi tadi kita dimaklumkan kononnya ada laporan lain terhadap beliau. Oleh itu beliau akan terus ditahan lagi, jelas sekali ada motif politik di situ," jelasnya.

Beliau turut membidas penahanan mangsa di bawah OSA sebagai ugutan kepada kebebasan media. -KD(3/5/2013)

[VIDEO] Selepas Jerebu, Singapura Dilanda Hujan Batu

Posted: 27 Jun 2013 09:30 PM PDT


KELAB GREENBOC

Penduduk di Jurong di sini hari ini mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini Selasa petang.

Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu.

"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia.

Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.

Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.

Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.

Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.

Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100. -Bernama


JAS: IPU pada 27 Jun

Posted: 27 Jun 2013 07:37 PM PDT

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 4 petang, 27 Jun 2013 (Khamis) mencatatkan maklumat-maklumat berikut:-

(i) 20 stesen berada pada tahap baik;

(ii) 28 stesen berada pada tahap sederhana; dan

(iii) 1 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu Nilai, Negeri Sembilan (IPU
125).

Secara keseluruhannya, status kualiti udara sehingga jam 4 petang ini terus bertambah baik di mana hanya 1 kawasan yang masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat (IPU antara 101 hingga 200) berbanding sebanyak 3 kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat pada jam 4 petang semalam, 26 Jun 2013.

Hujan yang turun di kebanyakan kawasan di Lembah Klang pada lewat petang dan malam sebelum ini telah sedikit sebanyak membantu mengurangkan partikel jerebu di ruang udara dan menyebabkan kualiti udara semakin bertambah baik.

Selain itu, peningkatan status kualiti udara juga dipengaruhi keadaan cuaca dalam negara apabila kekuatan angin barat daya yang bertiup dengan kelajuan lemah pada skala kurang daripada 10 km sejam dan angin dari pelbagai hala telah menyerakkan ketebalan asap jerebu sebelum ini ke kawasan yang lebih meluas meliputi keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia.

Keadaan cuaca dan pergerakan angin ini dijangka akan berterusan sehingga esok, Jumaat, 28 Jun 2013. Dalam tempoh tersebut iaitu sehingga 28 Jun 2013 ini, adalah dijangka kualiti udara akan bertambah baik berbanding sebelum ini dan stabil sekiranya punca kebakaran atau titik panas (hotspot) di Sumatera Tengah, Indonesia terus berkurangan.

KRONOLOGI TINDAKAN

Bermula pada 24 Jun 2013, bacaan IPU setiap jam untuk makluman orang awam telah boleh diakses melalui laman portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di alamat url www.nre.gov.my dan mulai pada 26 Jun 2013 di laman portal Jabatan Alam Sekitar di alamat url www.doe.gov.my. Langkah ini akan membolehkan orang awam mendapat maklumat yang terkini mengenai status kualiti udara dan keadaan jerebu.

Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 26 Jun 2013 menunjukkan lingkaran asap jerebu telah berkurangan dan menipis dan kini tertumpu di kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.

Pihak ASMC juga melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit NOAA 18 di Sumatera, Indonesia pada semalam, 26 Jun 2013 telah berkurangan iaitu sebanyak 59 titik panas berbanding 174 titik panas yang dikesan pada 25 Jun 2013.

Di Malaysia, bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit NOAA 18 pada semalam, 26 Jun 2013 adalah sebanyak 32 titik panas iaitu di Johor (7), Melaka (3), Negeri Sembilan (3), Pahang (8), Sarawak (9) dan Sabah (2) .

TINDAKAN DI PERINGKAT TEMPATAN

Berikutan kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami kemerosotan kualiti udara pada tempoh lebih seminggu lalu, Ketua Pengarah Alam Sekitar telah mengeluarkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 KECUALI bagi beberapa aktiviti iaitu pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut:-

i. Pada 25 Jun 2013 meliputi seluruh negeri Perak dan Pulau Pinang;

ii. Pada 24 Jun 2013 meliputi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu; dan

iii. Pada 19 Jun 2013 meliputi seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor.

Semua Perintah Larangan tersebut adalah masih berkuatkuasa sehingga masa kini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara dan telahpun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri.

Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.

PENGUATKUASAAN KE ATAS KESALAHAN PEMBAKARAN TERBUKA

Pada tahun ini sehingga kini, sebanyak 248 kes kesalahan melakukan pembakaran terbuka telah dikeluarkan kompaun, sebanyak 14 kes kesalahan akan dibawa ke mahkamah dan sebanyak 36 kes telah dikeluarkan Notis Arahan. Bilangan aduan pembakaran terbuka yang direkodkan sepanjang tempoh jerebu iaitu dari tempoh 14 Jun 2013 hingga 26 Jun 2013 adalah sebanyak 293 aduan.

TINDAKAN DI PERINGKAT DUA HALA (BILATERAL)

YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menemui rakan sejawatannya di Jakarta, Indonesia pada 27 Jun 2013 (Khamis) bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani masalah jerebu merentasi sempadan.

Malaysia juga akan terus menggesa Indonesia untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan yang telah diwujudkan semenjak tahun 2002 serta mempertingkatkan keberkesanan tindakan di peringkat tempatannya melalui Pelan Tindakan Indonesia Dalam Menangani Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan.

Mesyuarat Ke-15 Sub-Regional Ministerial Steering Committee On Transboundary Haze Pollution (MSC) akan diadakan pada 17 Julai 2013 di Kuala Lumpur bagi membincangkan penyelesaian segera terhadap masalah pencemaran jerebu merentasi sempadan.

NASIHAT / MAKLUMAN

Berikutan cuaca panas dan kering yang sedang dialami Negara, orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

SUMBER : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
NAMA  : Mohd Haizul bin Hod
TEL   : 03-8886 1585 (DL)
FAKS  : 03-8889 4763
E-MEL : haizul@nre.gov.my

 - Bernama

PRK Dun Kuala Besut platform SPR 'baiki' kesilapan

Posted: 27 Jun 2013 07:35 PM PDT

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI


SHAH ALAM - Penganalisis berpendapat, Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dun Kuala Besut merupakan platform terbaik untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membetulkan segala 'kesilapan' yang berlaku dalam PRU13 lalu.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, semua rungutan dan permasalahan yang timbul pada PRU13 lalu perlu diatasi SPR melalui penambahbaikkan  pada PRK kali ini.

"Inilah masa yang sesuai bagi SPR membuktikan ketelusan mereka.

"Aspek pertama yang harus diambil kira mestilah isu ketahanan dakwat kekal.

"Biarlah dakwat itu kekal seperti dakwaan sebelum ini, iaitu kekal selama lima sehingga tujuh hari," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online.

PRK bagi kawasan Dun kawasan Kuala Besut di Terengganu akan diadakan semula berikutan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru semalam.

Sehubungan itu, PRK pertama bagi kawasan tersebut bakal diadakan selepas PRU13 diadakan pada 5 Mei lepas.
 
Kawasan itu akan menjadi tumpuan sekiranya PRK diadakan memandangkan BN membentuk Kerajaan Negeri Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 kerusi berbanding 14 kerusi dimenangi Pas manakala satu lagi oleh PKR.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jangkaan parti mana yang mampu meraih kemenangan, Dr Fuad yakin BN masih boleh memenangi PRK kali ini.

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu hanya boleh diraih jika calon yang dipilih mempunyai kriteria 'winable candidate'.

"Faktor calon saya lihat merupakan faktor utama bagi BN untuk kekalkan kuasa pada PRK kali ini.

"Calon tersebut mestilah setanding dengan wakil rakyat sebelum ini dan mestilah seorang yang dikenali pada peringkat akar umbi serta mempunyai imej yang bersih," katanya.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  Profesor Madya Dr Samsu Adabi Mamat, kemenangan PRK kali ini sukar diramal kerana tabiat politik masyarakat di Terengganu berbeza dengan masyarakat Pantai Barat.

"Tabiat mereka sukar diramal, pola pengundian mereka boleh berubah bila-bila masa sahaja.

"Lihatlah keputusan PRU13, kebanyakan penganalisis politik menjangkakan Pas boleh memenangi pilihan raya   di Terengganu tetapi sebaliknya berlaku," katanya.

Beliau juga mengjangkakan persaingan sengit akan berlaku dalam PRK kali ini kerana ini merupakan 'ujian' pertama bagi BN dan PR melihat penerimaan mereka selepas PRU13 yang lalu.

"Saya jangkakan tokoh-tokoh besar politik tanah air akan turun berkempen.

"Sama ada daripada pihak BN dan PR, jadi PRK ini akan menjadi tumpuan masyarakat, dua-dua pihak inginkan kemenangan ini.

"Ianya menjadi satu pentas yang akan menentukan 'survival' BN dan  PR," katanya.

Manakala ketika ditanya mengenai parti mana yang akan memenangi PRK kali ini beliau menjawab kelebihan masih memihak kepada BN.

"Dengan majoriti melebihi 2,434 pada PRU13 yang lalu, saya fikir agak sukar untuk PR tingkatkan jumlah undi mereka.

"Kuala Besut pula kubu kuat Umno, jadi PR perlu berusaha lebih gigih jika mahu memenangi PRK ini," katanya.

Menurut Pensyarah Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Ahmad Attory Husain, adalah sukar untuk PR mengalahkan BN pada PRK ini.

"Bagi saya untuk PR menang agak tipis, kerana tiada isu yang boleh menambat hati pengundi di situ.

" Saya lihat segalanya sudah disediakan oleh BN Terengganu untuk penduduk Kuala Besut.

"Daripada kemudahan infrastrukturnya segalanya sudah mencukupi," katanya.

Bekas pegawai khas MB Selangor dipenjara

Posted: 27 Jun 2013 07:30 PM PDT

SINAR HARIAN

 

SHAH ALAM - Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.
  
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.
  
Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.
  
Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.  

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu.  

Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
  
Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat  memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.
  
Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
  
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.   

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - Bernama

Perlantikan Zulkifli Sebagai Censelor UPNM DiPersoal?

Posted: 27 Jun 2013 07:26 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar 

Dua minggu lepas ATM telah membuat rombakan kecil di dalam pasukan itu di mana Penglima Angkatan Tentera (PAT) Zulkifli Zainal Abidin telah ditukar dari kedudukan sekarang untuk dilantik menjadi Naib Censelor Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Rombakan kecil itu melibatkan Naib Censelor UPNM Alatif Mohd Nor dipindah ke Medan Merkas, manakala tempat Zulekifli diambil oleh Raja Mohamad Afandi Raja Mohd Nor. Majlis sErah tugas DAN surat kuasa di antara Zulkifli dan Raja Mohamad Afandi telah berlangsung minggu lalu.
 
Pertukaran jawatan atau rombakan kecil dalam ATM atau mana-mana jabatan kerajaan adalah perkara biasa. Ia bertujuan untuk kebaikan dan memantapkan lagi pasukan atau jabatan. Bagaimana apa yang berlaku rombakan kecil itu khabarnya tidak disenangi dan menjadi pertikaian di kalangan warga ATM. Perpindahan Zulkifli ke UPNM itu ditentang oleh pihak-pihak tertentu.

Sebelum ini Zulkifli pernah pun menjawat jawatan Naib Censelor UPNM sebelum ditukar memegang jawatan Penglima Tentera Darat (PAD). Persoalan timbul kini kenapa beliau dihantar balik untuk menjaga dan memimpin UPNM? Pertikaian ini timbul kerana beberapa perkara atau membabitkan kelemahan beliau yang memimpin UPNM sebelum ini. Beliau dikatakan gagal membawa UPNM muncul sebagai sebuah IPTA yang cemerlang jadi kenapa hendak dihantar sekali lagi ke situ.

Sehubungan itu sudah kedengaran protes secara senyap di kalangan ATM khasnya UPNM. Surat-surat layang yang mendedahkan kelemahan Zulkifli sudah beredar bukan saja dalam kampus tetapi ke pengetahuan orang ramai. Pertuturan di kalangan kaki tangan dan student juga berlaku. Antara perkara yang didedahkan mengenai kelayakan Zulkifli untuk memegang jawatan berkenaan.

Zulkifli dikatakan tidak mempunyai kelayakan akademik yang melayakkan dia memegang jawatan Cencelor itu. Beliau katanya hanya luluas MCE gred 3 saja sebagai asas untuk menyertai angkatan tentera.

Manakala sijil-sjil terkemudian yang beliau perolehi katanya boleh diragui mengenai kesahihannya. Adalah tidak munasabah kalau pihak pentadbiran ATM atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mengetahui hal ini.

Zulkefli sudah pun dilantik memegang jawatan berkenaan sebelum ini. Apakah tidak ada semakan terhadap kelulusan dan kelayakan beliau, atau pun ia dibuat semata-mata atas rekmen oleh pihak tertinggi ATM semata-mata? Semasa beliau dilanti menjadi Censelor, menteri pertahanan ketika itu ialah Ahmad Zahid Hamidi. Apakah Zahid pakai rembak begitu sahaja semata-mata kerana Zulkifli anak kelahiran negeri Perak sama dengan Zahid?

Sebenarnya sama ada beliau layak untuk menjadi naib Cencelor ia boleh dilihat kepada pencapaian dan prestasi UPNM semalam beliau mejabat jawatan itu. Perkara ini tidak boleh diselindungkan kerana setiap tahun UPNM akan mengeluarkan hasil produknya. Apakah produk UPNM setanding dengan produk universiti lain atau tidak. Pencapaian dan prestasi ini semuanya direkod.

Selain kelayakan soal inbtegriti Zulkifli sebagai pegawai tertinggi tentera juga dipertikaikan. Ia juga turut dibabit dengan pembelian RIV seperti mana yang pernah ditegur Sultan Johor mengatakan pembelian itu terlalu mahal. Semasa kasus itu Zulkifli adalah PTD.

Dalam perkembangan lain perkara ini, bantahan perlantikan Zulikfli yang dikenali sebagai "Jebon" di kalangan tentera sudah kepengetahuan Muhyuddin Yassin sebagai menteri. Katanya Muhyuddin masih menilai cadangan berkenaan. Mungkin isu perlantikan Zulkifli menjadi Censelor UNPNM akan diungkit di parlimen yang sedang bersidang waktu ini. Difahamkan sampai kini Muhyuddin masih belum menanda tangani perlantikan Zulkifli sebagai Censelor. http://msomelayu.blogspot.com

Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib?

Posted: 27 Jun 2013 07:24 PM PDT

Oleh Shabudin Husin

Dengan tidak semena-mena, malah dari celahan kabus jerebu, tiba-tiba Syed Hamid Albar bersuara mengenai tindakan bekas MB Johor, Ghani Othman yang bertanding dan kalah di Gelang Patah melawan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang yang disifatkannya telah memalukan UMNO Johor.

Menurut bekas menteri itu, sepatutnya biar orang lain saja yang bertanding di Gelang Patah itu kerana kekalahan Ghani itu telah menyebabkan UMNO Johor ditimpa malunya.

Tindakan Syed Hamid menyerang Ghani secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Kenapa setelah Ghani kalah baru beliau bersuara sedangkan sebelum pilihanraya dulu, suaranya hilang entah ke mana? Sebagai salah seorang pemimpin UMNO Johor, sepatutnya beliau bersuara mengenai perkara ini sebelum pemilihan calon dulu lagi dan bukannya sekarang?

Selain itu, sebagai seorang bekas menteri dan Ahli MT UMNO, Syed Hamid juga sepatutnya tahu bahawa pemilihan calon di peringkat Parlimen bukannya diputuskan oleh Ghani secara individu tetapi kata akhirnya ditangan Najib selaku Pengerusi BN.

Walaupun Syed Hamid adalah anak singa UMNO iaitu Syed Jaafar Albar yang terkenal kerana garang dan tegasnya sebagai pemimpin tetapi dalam UMNO sepanjang menjadi pemimpin dan menteri, Syed Hamid hampir tidak mewarisi semangat bapanya. Beliau, malah lebih dikenali sebagai singa jinak dalam UMNO kerana sifatnya yang mudah akur dan mengalah.

Tetapi bila tiba-tiba suaranya kedengaran nyaring setelah pencen ini, pelbagai persoalan dan tanda-tanya timbul.

Dalam soal Ghani bertanding di Gelang Patah, sebelum pilihanraya lagi sudah kedengaran suara-suara simpati terhadap bekas MB Johor itu berikutan pemilihannya oleh pucuk pimpinan sebagai calon BN untuk menentang Lim Kit Siang di Gelang Patah. Ini kerana walaupun kerusi itu dimenangi oleh calon BN dari MCA pada pilihanraya 2008 tetapi memandangkan arus penolakan pengundi Cina yang begitu kuat terhadap BN, ramai yang menjangkakan Ghani akan kecundang.

Namun dikhabarkan pucuk pimpinan berfikiran lain. Mereka merasakan dengan kedudukan Ghani sebagai MB Johor ketika itu, beliau dilihat mampu mengalahkan Lim Kit Siang dan seterusnya menjatuhkan moral politik DAP serta PR yang ketika itu begitu bersemangat mahu menawan Putrajaya.

Ghani pula, jika beliau boleh memilih, sudah tentu beliau mahu terus kekal bertanding di peringkat DUN dan kekal sebagai MB Johor. Atau kalau mahu dipindahkan juga bertanding di Parlimen, tentulah pilihannya adalah di Ledang di mana beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian di situ sejak dulu lagi. Lagi pula beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Ledang sebelum ini.

Mustahil sebenarnya Ghani secara sukarela menawarkan diri bertanding bukan di kawasan di mana politiknya bertapak kerana tindakan itu hanya umpama menempah maut saja, lebih-lebih lagi jika lawannya ialah tokoh seperti Lim Kit Siang.

Jika beliau bertanding di Ledang di mana beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian dan mengenali semua pengundinya, daripada pengemis sehinggalah kaki pukul, sudah tentu memperolehi kemenangan menjadi lebih mudah jadinya.

Dalam hal ini, tidak diragukan lagi sebenarnya tindakan Ghani bertanding di Gelang Patah adalah pengorbanannyan untuk memastikan kelestarian UMNO dan BN di Johor, selain memperlihatkan sifat akurnya terhadap kehendak pucuk pimpinan, terutamanya Najib.

Walaupun pengorbanan Ghani itu sudah dibalas dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Sime Darby, tetapi menyalahkan beliau seorang diri atas keputusan bertanding di Gelang Patah dan kemudiannya kalah, adalah suatu tindakan yang tidak masuk akal.

Kesalahan sepatutnya ditujukan kepada Najib selaku Pengerusi BN yang memutuskan Ghani sebagai calon di situ. Jika keputusan meletakkan Ghani di Gelang Patah itu sebagai suatu kesilapan yang akhirnya memalukan UMNO Johor, kesilapan itu seharusnya dipikul oleh Najib yang tidak bijaksana dalam menilai percaturan berdasarkan suasana politik semasa ketika itu.

Jadi, tembakan Syed Hamid terhadap orang yang memalukan UMNO Johor ini sebenarnya ditujukan kepapada siapa? Ghani Othman atau Najib Razak? Apakah tembakan itu ada kena-mengena dengan pemilihan UMNO hujung tahun ini?

Apa Lagi Alasan Pengerusi SPR Selepas Ini

Posted: 27 Jun 2013 07:18 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin

Jawapan Shahidan Kassim di Parlimen mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu.

Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka.

Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu.

SPR pula begitu pantas mempertahankan kekekalan dakwat itu setiap kali ia dibangkitkan. Kononnya ia sudah diuji dan ketidakkekalannya adalah kerana ia tidak digoncang sebelum diguna. Kononnya kalau digoncang betul-betul, ia akan tahan lama. Petugas yang mencalit dakwat diletakkan kesalahan kenapa dakwat itu mudah luntur.

Kemudian apabila ia terus dipertikaikan, SPR memberi jawapan lain pula. Kononnya bahan kimia yang digunakan iaitu nitrat perak dalam dakwat itu terpaksa dikurangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

 Seorang timbalan menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, turut bercakap dengan hujah yang sama.

Namun kemudian SPR dimalukan pula apabila Menteri Kesihatan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan laporan mengenai pengurangan nitrat perak dalam dakwat itu.

Apabila is terus dipertikaikan, SPR lalu menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat mengenai perkara itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Agak menghairankan, mereka yang menyediakan dakwat kekal itu, mereka juga yang mengujinya, mereka juga yang mempertahankannya tetapi akhirnya kerana tekanan rakyat, menubuhkan jawatankuasa pula.

Namun untuk mengaku kesilapan, jauh sekali. Rakyat pula terus keliru.

Sementara rakyat di bawah terus bercakap mengenai dakwat kekal yang tidak kekal ini dan mempertikaikan kewibawaan SPR, isu ini sering saja tenggelam timbul. Tetapi rakyat hairan dengan jawapan dolak-dalik dan tidak konsisten SPR mengenai isu ini. SPR seolah-olah memberi jawapan ikut sedap mulut saja dan bukan berdasarkan fakta sebenar.

Dalam ertikata lain, jawapan SPR seperti hujah politik seorang Ketua UMNO Cawangan saja layaknya.

Dengan jawapan Shahidan di Parlimen bahawa tiada bahan kimia digunakan dalam dalwat kekal itu, sebaliknya hanya pewarna makanan saja, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sepatutnya menghantukkan kepala masing-masing ke dinding jika mereka faham erti wibawa dan integeriti. Ini benar-benar memeranjatkan dan jelas bahawa pelbagai jawapan yang diberi selama ini bohong belaka.

Ahmad Maslan pun turut menjadi pemimpin yang berbohong kepada rakyat.

Sudahlah hanya pewarna makanan yang digunakan, kos pembelian dakwat kekal yang menececah RM7.1 juta turut menjadi isu. Kalau hanya dakwat yang menggunakan pewarna makanan, bagaimana boleh harganya mencecah semahal itu?

SPR kini tidak boleh berdolak-dalik lagi. Jawapan Shahidan di Parlimen lebih dipercayai berbanding pelbagai hujah SPR di sidang media. Kewibawaan SPR sebagai pengendali pilihanraya yang bebas dan adil sudah berakhir. Rakyat berhak mempertikaikan pelbagai isu mengenai pengendalian pilihanraya oleh SPR memandangkan untuk menguruskan hal yang begitu mudah seperti dakwat kekal pun, mereka tidak mampu melakukannya dengan baik.

Rakyat juga hairan kenapa dakwat kekal di negara kita menjadi begitu kalut sedangkan penggunaannya di India dan Bangladesh tidak pernah timbul masalah dan sudah digunakan sejak puluhan tahun lamanya. Jika susah sangat, import saja dakwat yang sama yang digunakan di kedua-dua negara itu!

Dalam hal ini, memang tiada alasan lagi untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mempertahankan diri mereka. Sudah sampai masanya mereka secara sukarela mengundurkan diri dan meletakkan jawatan. Tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengatakan perlantikan mereka atas perkenan Yang Dipertuan Agong dan memaksa berundur kononnya mempertikaikan peranan dan perlantikan baginda itu.

Terus mempertahankan benang basah hanya mengeruhkan lagi keadaan. Letak jawatan dan biar orang lain yang lebih berwibawa memimpin SPR. Memandanfkan pilihanraya kecil Kual Besut akan diadakan tidak lama lagi, sebaiknya mereka mengundurkan diri sebelum pilihanraya itu berlangsung.

Ternampak sekarang, dengan pelbagai kemelut ini, merekalah yang sebenarnya sedang mencemar nama baik Yang Dipertuan Agong, sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan di negara ini dengan jawapan dan hujah yang entah apa-apa dan ikut sedap mulut saja mengenai dakwat kekal yang dipertaikaikan oleh seluruh rakyat Malaysia. - shahbudindotcom.blogspot.com

Tiada ulasan:

Pengikut