Ahad, 16 Jun 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 16 Jun 2013 03:10 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:10 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


HISHAMMUDDIN JANGAN TERUS MEMBISU

Posted: 16 Jun 2013 04:20 AM PDT

Hishammuddin usah terus 'bisu', rungkai segera skandal KLIA2 RM4b

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Menteri Pengangkutan baru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkuasa ke atas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), perlu segera masuk campur untuk merungkai skandal berlarutan dan bertanggungjawab terhadap pihak yang terbabit mengaibkan negara dan membazirkan dana awam.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Hishammuddin tidak seharusnya berdiam diri atau terus membisu mengenai skandal KLIA2 yang membabitkan RM4 bilion dan berkali-kali tertangguh tanpa tarikh siap yang mutlak.
Katanya, kontrak pembinaan lapangan terbang KLIA2 menyebut tarikh siap pada September 2011 tetapi ditangguhkan sekurang-kurangnya tujuh kali tanpa ada tarikh akhir yang mutlak.
"MAHB mendakwa penyiapan KLIA2 tertangguh kerana ada bahagian projek yang gagal disempurnakan kontraktor, mendorong MAHB mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan mengenakan ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) ke atas pihak berkenaan.
"Tidak mengejutkan, kontraktor utama projek ini menafikan mereka adalah punca kelambatan itu, sebaliknya menyalahkan sepenuhnya MAHB sebagai pemilik projek kerana membuat pesanan yang berlainan daripada yang disebutkan dalam kontrak asal.
"Kita tidak berpeluang menyemak perincian pertikaian sehingga tuding-menuding di antara pelbagai pihak, namun persoalan yang perlu dibangkitkan ialah mengapa setelah hampir dua tahun tertangguh, hanya baru-baru ini MAHB pertama kali menyalahkan kontraktor dan kalau benar kontraktor yang bersalah, mengapa mereka tidak dikenakan LAD sejak September 2011," katanya dalam kenyataan media, semalam.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, lebih menghairankan, Kementerian Pengangkutan selama ini tidak mengendalikan keadaan dengan baik sedangkan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Long See Wool, adalah Ahli Lembaga Pengarah MAHB yang menjadi Pengarah sejak 9 September 2008 dan menganggotai Jawatankuasa Pemerolehan Lembaga dan Jawatankuasa Pengurusan Lembaga dalam MAHB.
Menurutnya, Kementerian Pengangkutan tidak boleh menafikan pembabitannya dalam masalah itu, melainkan jika Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan sendiri mengatakan beliau tidak tahu-menahu sama sekali mengenai masalah KLIA2.
"Peningkatan kos secara drastik memaksa MAHB meningkatkan nilai bon kepada RM3.1 bilion setakat ini, manakala RM1 bilion lagi dijangka akan ditambah dalam masa terdekat, menyebabkan MAHB terpaksa menanggung hutang yang sepatutnya tidak perlu wujud.
"Bagaimanapun, pihak sebenar yang perlu menanggung kerugian adalah rakyat Malaysia yang menjadi pengguna lapangan terbang "kos rendah", kerana mereka terpaksa membayar cukai lapangan terbang yang lebih tinggi untuk membolehkan MAHB membayar hutangnya. Perkara ini akan turut memberi kesan terhadap daya saing Malaysia sebagai hub pengangkutan kos rendah di benua Asia.
"Hishammuddin perlu mendedahkan mengapa kontrak Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad yang menerajui syarikat itu sejak 9 tahun lalu disambung setahun lagi, mulai 6 Jun lalu, yang sepatutnya berakhir 7 Jun lalu kerana jelas Bashir gagal mengurus projek terbesar MAHB sepanjang memegang jawatan dan kontraknya tidak sepatutnya diperbaharui.
"Kegagalan dan skandal KLIA2 tidak boleh dimaafkan. Rakyat Malaysia sekali lagi menjadi mangsa ketidakupayaan Barisan Nasional (BN) apabila pihak yang mengecewakan rakyat terus diperbaharui kontraknya entah untuk berapa kali," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta Hishammuddin menyambut seruan CEO Air Asia, Aireen Omar supaya ditubuhkan badan bebas untuk menyiasat kelambatan menyiapkan KLIA2 sebagai lapangan terbang kos rendah baru, melainkan punca sebenar diketahui.- Roketkini.com

LAWAK AHAD: AWEK KO PE CITER?

Posted: 15 Jun 2013 03:46 PM PDT

Kerabu Bersuara ®

Posted: 16 Jun 2013 03:08 PM PDT

16 JUN — Satu fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara suara `lantang' yang berkumandang dari lubuk Pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang Pakatan Rakyat mahu agaknya? Pilihanraya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang.

Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan `kecoh' nya. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelusuk negara di bawah sepanduk `Black 505', menyuarakan ketidakpuasan hatinya atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Anwar menganggap kekalahan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional, walaupun Pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihanraya telah di `curi' oleh Barisan Nasional menerusi penipuan dan manipulasi.

Yang terbaru, desakan keras supaya anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, walaupun mereka memikul tugas besar untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihanraya yang berdasarkan jadual yang ditetapkan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah `smokescreen' Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalaha Pakatan Rakyat itu adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah. Anwar Ibrahim sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah, dan ini menyumbang kepada kegagalan Pakatan memenangi kerusikerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihanraya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.

Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu `menghadiahkan' kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung.

Kerana kegagalan percaturan itu, Pakatan kehilangan Sabah, dan sekaligus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Masanya sudah tiba bagi Pakatan Rakyat untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam, dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin Pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?

Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular Pakatan Rakyat adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000),Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majority itu datang dari kawasan DAP.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular, tetapi Barisan Nasional menerima sokongan `takdir' yang membantu gagasan itu memenangi PRU13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.

* Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Parlimen Kota Belud.

Tiada ulasan:

Pengikut