Pakatan Rakyat |
Posted: 31 May 2013 03:07 PM PDT | Media baru gugat negara atau gugat BN? Posted: 31 May 2013 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mahu mengkaji undang-undang terhadap 'penyalahgunaan' media sosial yang boleh menggugat keharmonian negara menimbulkan persoalan. Ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berpendapat, kerajaan sememangnya boleh sahaja bertindak menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti beberapa pendakwaan yang telah dibuat terhadap beberapa individu sebelum ini. "Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat. "Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan," soal Idris. Menurutnya, laporan kajian oleh beberapa pihak mendapati bahawa BN tewas dalam kempennya di media sosial dan internet biarpun menguasai media arus perdana secara total. Faktor ini juga telah menyebabkan berlaku perubahan politik yang sangat ketara di bandar dan pinggir bandar khususnya melibatkan pengundi muda. Ianya turut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibu negara. "BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G inilah yang paling ditakuti oleh BN. "Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi," soal Idris lagi. Katanya, janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat. Hakikat yang berlaku ujarnya, undang-undang ini jika digubal hanya dikuat-kuasa kepada pembangkang. "Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan. "Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat," katanya. | Bekas Pengerusi Gerak Mohon Maaf Kepada MB Selangor Posted: 31 May 2013 04:48 AM PDT SHAH ALAM: Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunus hari ini membuat permohonan maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dua tuduhan beliau terhadap Menteri Besar Selangor itu pada 2009. Permohonan maaf pertama merujuk kepada kenyataan Mohd Nazree sebelum ini yang mendakwa Abdul Khalid menyalahguna kuasa dan menggunakan wang awam untuk membiayai penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadi beliau. Manakala permohonan maaf kedua adalah merujuk kepada dakwaan Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang Kerajaan Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM 110,400 bagi majlis Hari Raya Aidiladha di kawasan Bandar Tun Razak. "Sesungguhnya dengan suci hati dan tulus ikhlas, saya memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dua kenyataan yang saya keluarkan selaku Pengerusi Gerak bertajuk "Kenyataan Media Gerak Malaysia : Tentang Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor" bertarikh 21 Januari 2009 dan "Kenyataan Media Gerak Malaysia : Laporan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor" pada 3 Februari 2009. "Saya mengaku bahawa kedua-dua kenyataan media ini telah mencemarkan, menjejaskan serta menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan intergriti beliau sebagai Menteri Besar Selangor. "Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap beliau. Saya berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah di masa akan datang," katanya. Mohd Nazree membaca permohonan maaf itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Dr Badariah Sahamid. Beliau yang merupakan defendan dalam kes tersebut turut bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu di muka hadapan akhbar Sinar Harian dalam tempoh 14 hari. Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditemui berkata, beliau menerima permohonan maaf Mohd Nazree secara terbuka dan tidak akan menuntut sebarang ganti rugi. "Saya menerima permohonan maaf beliau dan berharap beliau dapat meneruskan usaha sebagai seorang yang minat dalam bidang politik. "Dengan cara itu, kita telah menunjukkan bahawa keadilan itu adalah satu usaha berterusan dan saya anggap pengajaran ini akan menguatkan lagi kualiti hidup beliau sebagai seorang yang percaya pada keupayaan diri sendiri," katanya ketika ditemui di luar bilik mahkamah. Pada 24 Mac lalu, Abdul Khalid memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Mohd Nazree melalui peguam beliau, Sankara Nair. Tindakan itu berikutan keengganan Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu. | Nurul Izzah Akan Saman Kerajaan Sabah, Ketua Menteri Posted: 31 May 2013 04:44 AM PDT SHAH ALAM : MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan mengheret Kerajaan Sabah ke mahkamah bagi mencabar tindakannya yang menghalang beliau daripada memasuki negeri bawah bayu itu semalam. MP Penampang, Darrell Leiking, akan mengetuai sebuah jawatankuasa guaman di Sabah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak. PKR juga akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai tindakan itu. Parti itu juga akan meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang, kata Nurul Izzah di sebuah sidang media di sini. "Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan. "Tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan. "Termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. "Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, Nurul Izzah ditahan di pintu masuk imegresen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu semalam apabila beliau tiba di Sabah. Kad pengenalannya dirampas dan beliau diarah pulang. Nurul Izzah mendakwa tindakan tersebut adalah arahan daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beliau pergi ke Sabah bagi meraikan pesta menuai Kaamatan bersama warga tempatan yang akan berlangsung Sabtu ini. Nurul Izzah berkata Kerajaan Sabah telah melanggar undang-undang negara kerana menghalang seorang warganegara memasuki negeri mengikut Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/1963. | Zulkifli Nordin digesa jangan campur urusan Pas Posted: 31 May 2013 04:22 AM PDT KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa 'Pas diperbodoh Anwar' bersifat peribadi dan tidak relevan. Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, Zulkifli tidak sepatutnya mencampuri urusan Pas kerana dia bukan ahli parti itu atau Pakatan Rakyat (PR). "Siapa Zulkifli Nordin? Beliau bukan ahli Pas atau PR, jadi itu bukan urusan beliau, malah sekiranya berlaku perkara itu tidak ada kaitan dengannya, ia urusan parti, dan pandangan dilontarkan tidak relevan. "Biarkan ahli parti menentukan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Pang Chaw berkata, beliau berpendapat isu berkenaan hanyalah rekaan dan sengaja dibangkitkan pemimpin itu. Sambil menasihatkan Zulkifli agar menggunakan masa yang ada untuk melakukan kebajikan kepada rakyat Malaysia, Pang Chaw berkata, tindakan mencampuri urusan Pas dan PR akan menampakkan kejahilan calon Barisan Nasional Parlimen Shah Alam itu. "Hentikan semua ini, usahakan agar beliau dapat berada dalam barisan kepimpinan Umno seterusnya dapat melontarkan pandangan untuk perjalanan parti itu," katanya. Sementara itu, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan sejak pilihan raya umum lalu bermotif peribadi. Menurutnya, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri menjadi alat tunggangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring. | CCTV: DAP buat laporan polis terhadap Musa, Zahid Posted: 31 May 2013 04:16 AM PDT Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa membuat kenyataan bercanggah mengenai kamera TV litar tertutup (CCTV) di lokap polis. Pada 28 Mei, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kementeriannya mencadangkan kamera dipasang di lokap polis supaya rakamannya boleh dijadikan bukti jika berlaku sesuatu. Bagaimanapun, semalam akhbar The Sun melaporkan Musa sebagai berkata kamera telah dipasang di kebanyakan lokap polis tetapi kekurangan bajet penyelenggaraan menyebabkan banyak yang rosak. Oleh itu, Lim (kiri) membuat laporan polis di balai polis Utara Jinjiang Dalam laporannya, Lim meminta pihak polis menyiasat siapa yang sengaja berbohong untuk mengelirukan orang awam dan membahayakan keselamatan tahanan dalam lokap polis. Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Lim menunjukkan jawapan bertulis di Parlimen yang disediakan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada bekas MP PKR Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh, bertarikh 22 Mac 2011. Dalam jawapan itu, Hishammuddin berkata, kerajaan sedang dalam proses memasang kamera CCTV di lokap polis dan bilik soal siasat. Terdapat 827 balai polis di seluruh negara, dengan kamera CCTV dipasang di 227 lokap dan 36 bilik soal siasat, kata Hishammuddin. Dalam lain perkataan, tegas Lim, terdapat tiga jawapan yang berbeza yang disediakan oleh kerajaan dan pihak polis mengenai isu tersebut. Bagaimanapun, Lim tidak menyerahkan salinan jawapan bertulis parlimen itu kepada pihak polis. Lim berkata, beliau sengaja tidak menyerahkan jawapan bertulis Parlimen itu "kerana saya mahu polis melakukan tugas mereka, untuk menyiasat... Saya mendapatnya dari carian Google". Katanya, Parlimen akan kembali bersidang pada akhir bulan Jun dan oleh itu, pihak polis mempunyai masa hampir satu bulan untuk menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan itu kepadanya. Sekiranya pihak polis gagal memberi sebarang maklum balas kepadanya sebelum sidang Parlimen, Lim berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di sana. Sementara itu, dalam laporannya, Lim juga meminta pihak polis Beliau berkata pihak berkuasa perlu berterus-terang dengan keluarga si mati jika mereka tidak mempunyai rakaman tersebut. | Khir Toyo dakwa dirinya 'dikambinghitam' Posted: 31 May 2013 04:14 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Mohd Toyo mendakwa beliau dijadikan contoh untuk menunjukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telus dan mahu membanteras rasuah.Dalam tulisan di blognya hari ini, Khir - yang dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam - berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan. "Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya," tulis Khir dalam blognya. Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah terhadap Dr Mohd Khir bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam. "Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, 'Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi.' "Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik," katanya. | MP Umno: PRU13 dedah 'kelemahan ketara' BN Posted: 31 May 2013 04:12 AM PDT Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah mendedahkan "kelemahan ketara" dalam jentera BN, kata Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Bercakap dalam satu forum pasca-PRU di Kuala Lumpur semalam, Nur Jazlan (kiri) mengakui bahawa Pakatan Rakyat menggunakan media sosial lebih baik daripada BN untuk menyampaikan mesej kempen mereka. Pakatan menyampaikan mesej mereka lebih baik kerana adanya Internet, kata Nur Jazlan dalam forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara. Katanya, pada masa lalu, BN kalah di kawasan bandar sahaja tetapi sekarang ia juga kalah di kawasan pinggir bandar. Oleh itu, katanya, amat perlu bagi BN untuk mengkaji semula strategi pilihan rayanya. Beliau mengingatkan jika BN gagal untuk menukar strategi untuk menangani kelemahan tersebut, Malaysia akan terus menjadi negara berjurang. Katanya, jurang bandar dan luar bandar akan terus membesar dan BN perlu merapatkan jurang tersebut. | Mahasiswa desak Zahid letak jawatan Posted: 31 May 2013 04:10 AM PDT Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik. Berkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 30 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu. Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah. Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas. Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis. "Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu. | DAP: RoS perlu hati-hati keluarkan kenyataan Posted: 31 May 2013 04:00 AM PDT SHAH ALAM - Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, demikian menurut Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok. Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang berkata ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti pada 15 Dis lalu. Menurut Teresa, perkara ini timbul disebabkan beberapa masalah termasuk surat yang dihantar tidak sampai ke rumah anggota DAP kerana pertukaran alamat. Selain itu katanya, terdapat juga usaha daripada beberapa anggota DAP yang mempunyai masalah disiplin mengadu perkara ini kepada RoS bagi menjejaskan imej parti. " Semua orang tahu, konvesyen DAP telah dihebohkan sebelum tarikhnya lagi, bukannya ahli perwakilan tidak tahu, sepatutnya ahli perwakilan ini merujuk kepada ibu pejabat DAP, bukannya mengadu kepada pihak luar. " Jadi perkara ini sepatutnya tidak dipolitikkan, jangan membuat tuduhan yang tidak baik ke atas parti DAP," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, Abdul Rahman berkata, keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut. "Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Mengulas perkara sama, Teresa turut mengharapkan supaya RoS lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan parti itu. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa RoS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966. Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut. | Pasukan keselamatan sentiasa pantau kawasan terlibat pencerobohan Posted: 31 May 2013 03:56 AM PDT SINAR HARIAN PORT DICKSON - Pasukan keselamatan sentiasa memantau kawasan persisir pantai timur Sabah yang terlibat dalam kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina Febuari lepas bagi memastikan ia bebas daripada sebarang ancaman. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan itu. "Pihak perisikan kita sentiasa memantau keseluruhan kawasan berkenaan dan pasukan keselamatan akan memaklumkan kepada penduduk setempat jika berlaku sebarang ancaman," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa terdapat kumpulan pengganas Kiram akan memasuki Sabah melalui Sandakan dan beberapa kawasan lain bulan depan. Zulkifeli ditemui pada majlis penutup 'Summer Camp 2 - Program Remaja Berwawasan Peringkat Nasional' di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Sehubungan itu, Zulkifeli meminta penduduk di kawasan berkenaan supaya tidak mendengar khabar angin itu dan sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat daripada pihak berkuasa. | Kumpulan mahasiswa serah memorandum kepada KDN Posted: 31 May 2013 03:55 AM PDT PUTRAJAYA - Sekumpulan mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendesak agar menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana mendakwa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politiknya. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa, Ahmad Zahid lebih mengutamakan tangkapan terhadap pemimpin pembangkang berbanding menyelesaikan kes jenayah bersenjata yang berleluasa sejak akhir-akhir ini. Dakwanya, Ahmad Zahid mengarahkan supaya polis membuat tangkapan dan buat pertuduhan terpilih. "Beliau menyalahgunakan kuasa yang bermotif politik dan mengetepikan isu jenayah," dakwanya selepas menyerahkan memorandum, di sini, hari ini. Safwan yang sebelum ini ditahan atas tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan bersama Tian Chua, Tamrin dan Haris pada 29 Mei lalu. Kesemuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadap mereka dan mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Bagaimanapun Safwan enggan diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh. Safwan telah dibebaskan pagi tadi. Sebelum itu, Safwan menyerahkan memorandum kepada wakil KDN, Penolong Setiausaha Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz sebagai bantahan terhadap penangkapan beberapa pemimpin politik pembangkang seperti Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Abdul Ghafar dan Presiden Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim serta aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim di bawah Akta Hasutan 1948. Kumpulan itu turut menuntut supaya KDN memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tercalar. | SPR buat keputusan berat sebelah semasa persempadanan 2003, kata DAP Posted: 30 May 2013 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR — Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) antara salah seorang yang bertanggungjawab semasa membuat persempadanan berat sebelah kepada Barisan Nasional (BN) pada 2003, kata pemimpin DAP Ong Kian Ming. Pengarah strategi DAP itu mendakwa Wan Ahmad tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara adil semasa persempadanan semula pada 2003, serta tidak mempercayai dengan janji beliau akan bertindak dengan "penuh ketelusan" untuk melaksanakan persempadanan yang dijadualkan hujung tahun ini. "Wan Ahmad salah seorang daripada sebahagian daripada SPR ketika itu yang membuat persempadanan berat sebelah pada 2003. "Oleh sedemikian, beliau adalah orang akhir yang tidak layak mempertahankan rekod SPR dalam memastikan persempadanan semula yang adil dijangka bermula pada hujung tahun ini," kata Ong dalam satu kenyataan media hari ini. Ong kemudiaan menjelaskan salah situasi langkah berat sebelah yang dilakukan semasa persempadanan 2003 dimana SPR tidak mematuhi prinsip pemberat kawasan luar bandar, khususnya di negeri Kedah dimana kawasan luar bandar memiliki jumlah pengundi lebih kecil berbanding kawasan luar bandar yang jumlahnya sangat besar. "Sebagai contoh, Parlimen Alor Setar walaupun adalah sebuah kerusi paling maju dengan kawasan lebih kecil dalam semua kerusi parlimen dalam Kedah mempunyai pengundi lebih kecil (56,007) berbanding kerusi Parlimen Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942) yang merupakan kawasan luar bandar dan lebih besar komposisinya. "Perbezaan ini masih boleh dilihat dalam pilihan raya umum ke-13, dimana Alor Setar kini mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 bagi Pokok Sena dan 95,534 bagi Kuala Kedah. Disamping itu, Ong menegaskan sikap tergesa-gesa SPR untuk menjalankan persempadanan semula adalah kerana tekanan daripada BN memandangkan formula pada tahun 2003 untuk memenangi kerajaan pemerintah dengan majoriti besar tersebut sudah tidak boleh digunapakai lagi. "Dalam tindak balas yang tidak bernasib baik, tindakan berat sebelah BN tersebut berakhir pada tahun 2008 kerana pengundi bukan Melayu yang dikatakan penyokong tegas BN, yang tidak mungkin mengundi PAS, berpindah kembali mengundi pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu," ujar Ong. Ong juga menegaskan selagi Wan Ahmad berada dalam SPR, beliau tidak yakin satu proses yang adil dan telus akan dijalankan dalam proses persempadanan semula kali ini Dalam satu forum minggu lalu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian "first past the post" terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan. Walau bagaimanapun, Wan Ahmad menolak pandangan tersebut sebaliknya memberi alasan bahawa sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan demokrasi. "First past the post ni, bukan sampai bila-bila BN menang. First past the post ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak merebut kerusi dalam satu kawasan," kata Wan Ahmad dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider."Kerana first past the post ini, BN tak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU13 (pilihan raya umum ke 13). Kerana first past the post ini, kerajaan Pakatan Rakyat Amer turut menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013. Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan jumlah besar yang ditandingi mereka. Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh. "Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya. BN mempertahankan kuasa sebagai kerajaan pusat dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah. Walau bagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957 dan parti pemerintah juga hilang undi undi popular apabila memperoleh 48 peratus berbanding pembangkang Pakatan Rakyat (PR) 51 peratus | Posted: 30 May 2013 08:56 PM PDT Dua MP Sabah Kecam Tindakan Halang Nurul Masuk SabahBung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Darell Leiking, Ahli Parlimen Penampang Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka. Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah. Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan. Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut. Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat sabah menyambut Pesta Keamatan. -astrowani
| Safwan Anang Dibebaskan Jam 10.20 Pagi Tadi Posted: 30 May 2013 08:53 PM PDT
Aktivis pelajar yang enggan diikta jamin, Safwan Anang telah dibebaskan tepat jam 10.20 pagi tadi. Beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin. "Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh," kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan, lapor Keadilandaily. Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik. Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu. Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli. Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes. Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam 2.30 petang ini. "Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau," katanya. | Pemuda Pas: Bersedia dengan tangkapan lebih ramai Posted: 30 May 2013 08:48 PM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal di atas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan dan mendakwa empat tahanan pemimpin politik dan NGO semalam. Mereka adalah YB Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar dan Safwan Anang. Bagi DPPM, tindakan PDRM menahan mereka adalah suatu dendam politik Menteri Dalam Negeri terhadap kejayaan siri perhimpunan aman "Block 505" yang diadakan di beberapa buah negeri termasuk kemuncak di padang Amcorp Mall, Kelana Jaya beberapa hari lepas sehingga mengundang ratusan ribu rakyat untuk hadir. Meskipun tiada alasan untuk kerajaan menangkap mereka kerana himpunan telah diadakan secara aman, namun pemimpin ini tetap ditangkap dan didakwa walau dengan apa cara sekalipun. Penahanan mereka adalah suatu mesej dan gambaran jelas bahawa kerajaan sedang menggelabah dalam menghadapi kebangkitan rakyat yang sedar bahawa mereka telah ditipu dalam PRU ke 13. Oleh kerana terlalu bimbang rakyat bangkit menuntut hak mereka, kerajaan menahan beberapa pemimpin supaya ianya dapat mendiamkan serta menakut-nakutkan rakyat. DPPM merasa bimbang sekiranya akan ada lagi tangkapan dan dakwaan terhadap mana-mana individu yang menganjurkan perhimpunan aman. Mungkinkah keganasan politik di era pasca PRU 13 sudah bermula dengan siri tangkapan terhadap beberapa figur penting politik negara dan akan disusuli ramai lagi pemimpin turut akan diheret sama. Namun begitu, DPPM mengucapkan tahniah kepada Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) di atas tindakan pantas JUHAM yang membantu membela tahanan sehingga mereka dibebaskan pada jam 11.00 malam semalam dan didakwa hari ini. DPPM menganggap tindakan pantas JUHAM memaksa pihak polis membebaskan tahanan ini lebih awal tanpa di reman lanjut bagi membolehkan mereka di dakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan. DPPM mengharapkan JUHAM agar bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang buruk kerana belum ada tanda politik negara reda daripada sebarang penangkapan dan dakwaan. Datuk Seri Dr Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri mungkin akan berpuas hati apabila ramai pemimpin terutama penganjur perhimpunan aman 'Black 505' berbondong-bondong dihumban ke dalam penjara. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL | Nurul Izzah dihalang ke Sabah tanda demokrasi BN tenat Posted: 30 May 2013 08:46 PM PDT YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN, hari ini telah dihalang masuk ke negeri Sabah. Beliau yang hadir untuk menyambut pesta Kaamatan bersama rakyat Penampang telah ditahan pihak imigresen Sabah jam 7 malam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan terus dihantar pulang tanpa dimaklumkan mengapa beliau dihalang dari masuk. KEADILAN mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah. Tindakan autokratik dan tidak demokratik sebegini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah, yang jelas takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama, dan kemungkinan bukan yang terakhir. Oleh itu, KEADILAN menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memberi penjelasan sepenuhnya mengapa YB Nurul Izzah dihalang masuk, serta menarik balik serta-merta halangan tersebut. KEADILAN turut menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengumumkan sepenuhnya senarai "persona non grata" negeri Sabah, dan sebab nama-nama ini dimasukkan ke dalam senarai tersebut. YB Nik Nazmi Nik Ahmad | Mesyuarat pertama Exco Selangor bermula petang ini Posted: 30 May 2013 08:43 PM PDT Oleh: Aisha Geofrey SHAH ALAM: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) memulakan tugas rasmi sejurus selepas istiadat mengangkat sumpah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "Kita juga akan memulakan mesyuarat pertama pada petang ini kerana kita tak mahu bazirkan masa sehingga satu minggu tanpa ada mesyuarat dan perbincangan bersama," kata Khalid ketika sidang media di Istana Alam Shah, hari ini. Beliau berkata keutamaan tugas barisan Exco kali ini adalah meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Selangor serta kemudahahan awam terutamanya menaik taraf jalan raya. "Selain menangani isu air dan jalan raya, kerajaan Selangor juga komited untuk meneruskan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat di samping melipat gandakan pembangunan ekonomi," jelasnya. Barisan Exco kali ini terdiri daripada gabungan ahli baru dan lama, yang turut menyaksikan pertambahan wanita lebih ramai dalam pentadbiran negeri. Antara ahli Exco yang baru termasuk Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi yang memegang portfolio Kesihatan, Pembangunan Usahawan serta Sains, Tekonologi dan Inovasi. Speaker pada 2008, Datuk Teng Chang Kim juga membarisi barisan Exco kali ini dengan memegang portfolio Kerajaan Tempatan serta Kajian dan Penyelidikan. Selain itu, Ean Yong Hian Wah (Adun Sri Kembangan) dan V. Ganapathi Rao (Adun Kota Alam Shah) juga merupakan antara muka baru yang ditampilkan bagi penggal ini. "Saya yakin barisan Exco mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap bidang tugas yang telah diamanahkan demi meneruskan kecemerlangan kerajaan Selangor," kata Khalid mengulas perlantikan tersebut. | Ribuan laporan polis penyelewengan PRU-13 di seluruh negara Posted: 30 May 2013 08:36 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, ribuan laporan polis berhubung penyelewengan pilihan raya umum ke-13 telah dibuat di seluruh negara sebagai persediaan untuk memfailkan petisyen di mahkamah. "Saya difahamkan laporan polis berkenaan penyelewengan pilihan raya di seluruh negara telah mencecah beberapa ribu," katanya kepada Keadilandaily. Beliau berkata, KEADILAN turut dibantu puluhan sukarelawan yang terdiri daripada profesional antaranya peguam, auditor dan akauntan. "Kita masih dalam proses mengumpul bahan bukti oleh saudara Wong Chen (ahli parlimen Kelana Jaya). KEADILAN juga sedang mendapatkan nasihat undang-undang," tambahnya yang juga Naib Presiden KEADILAN. Sivarasa memaklumkan, beliau sendiri akan mengetuai laporan polis oleh anggota KEADILAN Cabang Subang melibatkan kawasannya di IPD Subang Jaya esok. Terdahulu, pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengetuai pasukan 'Siasat PRU 13′ mendedahkan pelbagai penyelewengan pilihan raya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Antara penyelewengan yang berlaku ialah dakwat yang tidak kekal, kejadian lampu padam di Pusat Pengiraan Undi, kertas undi didalam peti melebihi undi yang dikeluarkan, pengundian berulang dan warga asing yang dibenarkan mengundi pada pilihan raya umum yang lalu. Terbaru, Rafizi mendedahkan kewujudan pengundi hantu apabila borang 10A dikeluarkan pegawai SPR, mengesahkan pengundi dinafikan hak kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.Dalam pada itu Sivarasa berkata, KEADILAN akan turut memfokuskkan kepada isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangkakan dibuat sebelum akhir tahun ini. Perkara ini pernah dibangkitkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam ucapannya di program 'Suara Rakyat 505′ bahawa persempadanan semula melalui penggabungan atau pemisahan kawasan parlimen akan memberi kelebihan kepada Umno-BN. | UMNO-BN, kami sambut kedatangan anda ke alam politik adil pelbagai kaum Posted: 30 May 2013 08:33 PM PDT Oleh Mahdzir Ibrahim SURAT TERBUKA KEPADA PEMIMPIN UMNO/BN UMNO-BN, kami sambut kedatangan anda ke alam politik adil pelbagai kaum Semenjak "kekalahan" BN pada PRU-13 lalu (kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan 51 peratus pengundi), semakin hari semakin ramai pemimpin BN memberikan hujah rasional yang selama ini jarang kedengaran. Saya difahamkan dua hujah utama, iaitu cadangan agar parti-parti politik dalam BN membuka keahlian kepada pelbagai kaum dan cadangan supaya BN itu sendiri menjadi satu parti pelbagai kaum. Sebelum ini, pemimpin MCA ada menyuarakan cadangan tersebut, kemudian diikuti pemimpin Gerakan dan terbaru cadangan yang datang daripada pemimpin nombor dua UMNO iaitu Muhyiddin Yassin. Umumnya, kita ucapkan tahniah di atas niat dan kesedaran beliau. Namun, sebelum apa-apa, adalah wajar untuk para elitis UMNO-BN merenung kembali apa yang berlaku selama lebih 50 tahun mereka memerintah. Apa pun yang ditanam di bibir, hanya Allah SWT mengetahui isi hati mereka. Pada PRU-13 baru-baru ini, Pakatan Rakyat khususnya DAP benar-benar diasak dengan permainan politik perkauman yang mana ini menjadi budaya yang disemai segelintir elit politik UMNO-BN. Persepsi buruk yang diolah dengan cara yang sangat dahsyat. Initipati kepada pembinaan persepsi buruk dengan cara menabur fitnah ini hanya untuk satu tujuan, iaitu menggagalkan perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat. Pada masa sama untuk meneruskan hegemoni kuasa politik UMNO agar mereka kekal di tampok kuasa zaman berzaman. Inilah agenda politik UMNO-BN selama ini. Segala dasarnya, baik dalam aspek ekonomi, sosial dan pendidikan juga dimanipulasi menjadi amalan perkauman dalam kempennya. Agenda hodoh ini wajar didedahkan kepada rakyat secara berterusan dan besar-besaran. Dalam aspek ekonomi misalnya, persepsi buruk dibina tentang DAP seolah-olah DAP menentang dasar yang membabitkan kepentingan kaum Melayu khususnya dalam isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), malah dituduh mahu menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Umum tahu pada dasarnya DAP tidak pernah menentang dasar itu, tidak pernah ada satu fakta yang dikeluarkan DAP berhubung dengan isu itu. Yang ada hanya tohmahan yang sudah dibuktikan di mahkamah bahawa ianya dakwaan palsu. DAP bersama-sama Pakatan Rakyat, malah bekas pemimpin UMNO sebelum ini hanya mempertikaikan cara pelaksanaannya yang berat sebelah di mana hanya kroni yang untung sedangkan jutaan orang Melayu masih menderita kerana saham tertentu dibolot pihak tertentu. Masalah rasuah, dapat dilihat bagaimana dana peruntukan untuk golongan Melayu miskin hilang entah ke mana. Masalah ketelusan, kita persoalkan peluang perniagaan yang dimonopoli oleh kelompok tertentu walaupun kelompok elit itu daripada kaum Melayu sendiri. Semua penentangan DAP ini membabitkan soal prinsip dan integriti. DAP tidak mahu orang Melayu menjadi mangsa kerakusan kuasa elit UMNO-BN. DAP menuntut UMNO-BN menjelaskan ke mana hilangnya saham Bumiputera bernilai RM52 bilion; DAP menuntut UMNO-BN bertindak tegas terhadap pemimpin BN daripada MCA, MIC, UMNO dan sebagainya yang terbabit dalam pelbagai skandal termasuk PKFZ dan NFC yang mencabul amanah wang rakyat. Kita tidak perlu merasa pelik mengapa dasar integrasi kaum juga masih menjurang hingga ada kumpulan yang tidak tahu menghormati agama dan adat resam sesuatu kaum lain. Malah ada segelintir pemimpin yang secara terang-terangan bukan saja menafikan hak sesuatu kaum, malah menghinanya. Contoh seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali, kumpulan pendesak Perkasa yang secara terang-terangan menghina kaum India dan Cina. Malah ada di kalangan profesional Melayu yang mengatakan bahawa kaum India dan Cina ini sebagai kaum pendatang. Semua gaya politik ini membiak daripada amalan politik perkauman elit pemimpin UMNO. Inilah latar politik Malaysia yang dibentuk oleh perangai elit pemimpin UMNO yang dibiarkan pemimpin BN, malah disokong pula sejak zaman berzaman. Sebelum berubah mahu menjadi parti pelbagai kaum, adakah pemimpin UMNO-BN sedar akan semua ini? Namun demikian, yang jelas hari ini politik perkauman nampaknya sudah tidak lagi popular di kalangan rakyat Malaysia. Buktinya dapat dilihat apabla dengan segala tipu helah, segala tohmahan dan segala manipulasi media massa dalam kempen UMNO-BN, ia gagal menipu semua rakyat. DAP bersama PKR dan PAS terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, undi popular dimenangi PR. Yang menyokong dan mengundi adalah rakyat Malaysia, sudah tentu termasuk juga sokongan daripada kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu. Sokongan ini tidak datang daripada pekerja undangan dari Bangladesh, Filipina atau Indonesia. Hakikat yang perlu diketahui adalah, kaum Melayu merupakan kaum yang terbukti daripada segi sejarah boleh menjadi bangsa yang maju setaraf dengan bangsa lain didunia. Tamadun Johor Lama, Pembukaan kota Singapura dan Empayar Melaka membuktikan kaum Melayu bijak, boleh berdikari dan bersaing bebas dengan kaum daripada empayar besar lain. Jadi mengapa politik hari ini, seolah-oleh mahu menjadikan Melayu sebagai satu bangsa yang berjiwa kecil, takut pada bayang-bayang sendiri dan bergantung kepada ehsan kerajaan? Atas semua senario ini, UMNO-BN sudah tidak punya banyak pilihan kecuali kembali kepada prinsip asas demokrasi iaitu 'dari rakyat, oleh rakyat dan kepada rakyat'. Jika benar UMNO-BN mahu berubah: * Ia mesti membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada semua parti politik yang difitnah selama ini, mintalah maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas amalan politik perkauman anda. * Ia mesti bebaskan semua dakwaan hasutan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis rakyat. * Ia mesti mengambil tindakan mahkamah terhadap semua yang terlibat dalam politik perkauman termasuk Utusan Malaysia dan sesiapa sahaja yang menyebarkan hasutan untuk membenci kaum lain. Jika tidak, niat murni UMNO-BN untuk menjadi parti pelbagai kaum hanya akan menjadi lawak gelap demokrasi Malaysia. Rasa insaf perlu menjadi pra-syarat untuk membasmi perkauman. Politik perkauman yang berdasarkan warna kulit dan sebagainya, hanya akan merosakan masa depan anak-anak kita. Jangan kita lupa, sungguhpun tune nada pada piano itu terletak pada mata hitam dan putihnya sahaja, bunyi dan iramanya yang tergabung memberikan seribu satu warna yang lain. Itulah lambang kepelbagaian kita, rakyat bangsa Malaysia. Buat elitis UMNO-BN, kita ucapkan selamat tinggal kepada politik perkauman mereka. – Roketkini.com * Mahdzir Ibrahim ialah Setiausaha Politik kepada Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong. | DAP sangkal dakwaan KPN bahawa polis adil, tidak berat sebelah Posted: 30 May 2013 08:29 PM PDT Roketkini.com GELANG PATAH, 30 MEI: DAP tidak boleh terima dakwaan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis adil dan tidak berat sebelah ketika menjalankan tugas dan mereka yang melanggar undang-undang harus berdepan dengan tindakan. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sebagai permulaan, KPN perlu jelaskan mengapa polis tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad kerana kenyataan terbuka yang paling rasis dan menghasut supaya sekolah rendah kebangsaan Cina dan Tamil ditutup. Katanya, jika negara mempunyai pasukan polis yang "adil dan tidak berat sebelah" dan menguatkuasakan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak, Mohd Noor dan Abdul Rahman sudah tentu disoalsiasat, ditahan dan didakwa di mahkamah mengikut Akta Hasutan. "Khalid perlu menjawab pertanyaan mengenai layanan istimewa yang diberi kepimpinan polis kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan itu sebelum mengulangi kenyataan yang tidak bermakna seperti dakwaan polis "adil dan tidak berat sebelah" dalam menguatkuasakan undang-undang. "Atau adakah pihak polis diarah secara langsung atau tidak langsung oleh kepimpinan tertinggi kerajaan dan politik supaya tidak "menyentuh" bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan walaupun jelas melakukan kesalahan hasutan," katanya dalam kenyataan semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, rakyat Malaysia mahu pasukan polis yang cekap, profesional, tidak memihak, tidak korup dan bertaraf dunia yang mana tugas utamanya mengurangkan kejadian jenayah dan memastikan rakyat, pelancong dan pelabur selamat dan tidak bimbang terhadap jenayah, bukannya memastikan kedudukan pemimpin politik UMNO/BN dalam kerajaan selamat daripada cabaran sivik dan demokratik. Menurutnya, di Malaysia hari ini, rakyat biasa, tidak kira kaum, agama atau kawasan, sangat khuatir dengan kejadian jenayah yang semakin berleluasa dan ketakutan mereka terhadap jenayah, sedangkan Khalid hanya memikirkan bagaimana mahu mempertahankan Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO/BN daripada cabaran sivik dan demokratik rakyat. "Setiap hari, ada saja kisah tragis bagaimana rakyat Malaysia menjadi mangsa jenayah – dalam akhbar hari ini misalnya, ada laporan yang menyayat hati berkenaan seorang wanita berusia 40-an, Tar Bee Lin, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Aminah Hospital (SAH) di Johor Bahru pada Ahad lalu dipercayai menjadi mangsa peragut selepas empat hari bertarung nyawa. "Tar, seorang kerani yang berasal dari Paloh, Kluang, dipercayai diserang ketika berseorangan menunggu bas dekat rumahnya di Taman Century untuk ke tempat kerja dalam insiden kira-kira jam 8 pagi, 23 Mei lalu. "Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan dengan beg tangannya yang mengandungi buku nota dan beberapa helai pakaian hilang. Tar, menaiki bas untuk ke pejabatnya di Taman Molek sejak 20 tahun lalu," katanya. Menurut Kit Siang, ini menunjukkan Khalid tidak begitu mengambil berat atau tersentuh dengan kejadian jenayah yang membabitkan nyawa rakyat biasa setiap hari, apabila polis tidak berjaya membasmi julukan Johor Bahru sebagai "ibu kota jenayah di Malaysia", berbanding melindungi pemimpin politik dan rejim UMNO/BN daripada cabaran sivik dan demokratik daripada rakyat. "Penahanan semula Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua, Ketua Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim serta aktivis PAS, Tamrin Ghafar, bersama-sama aktivis veteran Hishamuddin Rais dan aktivis pelajar Safwan Anang dan mendakwa mereka mengikut Akta Hasutan menunjukkan berat sebelahnya keutamaan pemimpin tertinggi polis di dalam negara. "Kini jelas permohonan pihak polis Jumaat lalu untuk mereman Tian Chua, Haris dan Tamrin untuk tujuh hari lagi bagi siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 adalah penyalahgunaan kuasa dan proses perundangan yang teruk, memandangkan tidak ada keperluan untuk polis menaha ketiga-tiga mereka walaupun untuk beberapa minit tambahan – seperti mana yang ditunjukkan hari ini dengan memilih untuk terus mendakwa ketiga-tiga mereka tanpa reman atau siasatan," tambahnya. Kit Siang berkata, tahanan reman tujuh hari berkemungkinan untuk memuaskan dendam dan kesumat "Menteri Dalam Negeri" yang paling kuat berpolitik dalam sejarah negara, bagaimana Khalid boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa dia akan menjadi benteng daripada sebarang penyalahgunaan kuasa polis apabila dia tidak melakukan apa-apa untuk menentukan penyalahgunaan kuasa polis dalam menahan tiga tahanan itu. Katanya, Khalid juga perlu jelaskan dakwaannya bahawa polis "adil dan tidak berat sebelah" dalam menjalankan tugas dengan permohonan yang tidak wajar untuk reman tujuh hari ke atas Tian Chua, Haris dan Tamrin, Jumaat lalu.-Roketkini.com | Bukti 50 tahun BN gagal sediakan akses jalan raya di Sarawak Posted: 30 May 2013 08:27 PM PDT Roketkini.com KUCHING: DAP terkejut dan kesal dengan tragedi bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga, pagi semalam mengakibatkan 23 penumpang masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan kerana waktu malam. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata setakat ini, 181 penumpang berjaya berenang ke tempat selamat selepas bot ekspress yang karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira empat jam perjalanan dari Sibu. Menurutnya, siasatan awal mendapati bot ekspres itu dipercayai membawa 200 penumpang yang melebihi kapasiti 67 tempat duduk ketika pulang daripada pesta Gawai Dayak, kemudian menghadapi masalah enjin yang gagal berfungsi sebelum merempuh batu dan karam. Katanya, Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak (SRB), Datuk Roland Sagah mengumumkan satu siasatan penuh akan diadakan terhadap insiden tragis itu dan memberi amaran tindakan akan diambil terhadap operator bot kerana gagal mengikut peraturan tidak membawa lebih muatan atau membenarkan penumpang memanjat bumbung apabila kapal terlalu penuh ketika menyelusuri di sungai. Bagaimanapun, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ge;lang Patah, malangnya, siasatan sedemikian tidak akan mengembalikan nyawa mereka yang telah terkorban dalam insiden kemalangan bot di Sarawak itu. Dua tahun lalu, 13 penumpang terkorban dalam tragedi bot yang serupa di kawasan Tatau berhampiran pekan Bintulu. Kemalangan bot itu sepatutnya dianggap sebagai bencana negara kerana itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalan raya ke kawasan pedalaman. "Kemalangan bot itu sepatutnya dianggap sebagai bencana negara kerana itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalan raya untuk ke kawasan pedalaman. "Kekecewaan rakyat Sarawak, terutamanya Dayak, disebut dengan jelas di dalam surat kepada sebuah portal berita daripada seorang "jurutera instrumen" Shell Malaysia yang menyatakan: "Bilangan penumpang yang menaiki bot ekspress dari Sibu ke Song, Kapit dan Belaga meningkat setiap tahun. Dan ia bukanlah perjalanan yang singkat dan selamat. "Perjalanan memakan masa berjam-jam lamanya. Sungai Rajang penuh dengan serpihan daripada aktiviti pembalakan di hulu sungai. Di beberapa bahagian terdapat jeram. "Ini bukan tragedi sungai pertama. Terdapat banyak kematian yang tidak masuk akal sebelum ini. "Jarak dari Kanowit ke Kapit lebih kurang 100km. Namun, mengejutkan apabila memikirkan pembinaan itu tidak langsung dijadualkan akan siap dalam tempoh lima tahun lagi. "Sebaliknya, laluan dua hala dari Cameron Highland ke Bentong, disiapkan dalam tempoh 3 tahun. Jarak dan bentuk muka bumi yang sama. "Sistem BN tidak mampu memberikan keadilan sosio-ekonomi, kerana kek ekonomi dibahagikan dari atas ke bawah mengikut kaum dan hirarki dalam parti. "Ini, malangnya, merupakan sistem yang penduduk pedalaman pilih dalam pilihan raya. "YB akan memberikan keranda berharga RM300 untuk si mati, dan kaum keluarga akan selamanya bersyukur. "Itulah komedi tragis yang menimpa saudara kita dan manusia yang tidak berdaya, di dalam genggaman BN." Kit Siang berkata, ini merupakan dakwaan yang kuat bukan saja terhadap kegagalan pembangunan saksama di Sarawak selepas 50 tahun tetapi juga seluruh sistem politik pentadbiran yang membusuk di peringkat negeri dan nasional. Katanya, tragedi bot karam sepatutnya menjadi agenda utama dua mesyuarat hari ini – pertama, hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sarawak dan kedua, mesyuarat kedua Kabinet pasca-PRU13 Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi ini. "Kedua-dua Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Kabinet Persekutuan sepatutnya mengeluarkan respon segera untuk pelan yang mendesak bagi memberi keutamaan tertinggi akses jalan raya pertama, di Bakun-Balaga-Bintulu dan kedua, Kanowit-Song-Kapit. "Jika tidak, kemalangan bot dan kegagalan pembangunan saksama di Sarawak sejak 50 tahun lalu dengan tiadanya akses jalan raya ke kawasan pedalaman di negeri itu mestilah menjadi topik utama Ahli Parlimen Sarawak, Sabah atau Semenanjung Malaysia pada sidang pertama Parlimen ke-13 selama 16 hari mulai 24 Jun ini," katanya.-Roketkini.com | Langsung tak rasional bataskan Harakah kepada ahli PAS saja! Posted: 30 May 2013 04:53 PM PDT Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI Minggu lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri, antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak. KDN dalam kenyataan 23 Mei lalu memaklumkan sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 Harakah dan 70 The Rocket dirampas. Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat". Bagaimanapun, difahamkan, KDN sebenarnya merampas lebih 4,000 naskhah Harakah. Tulisan ini bukan mahu menceritakan kembali zaman gelap itu, tetapi menyorot bagaimana kerajaan BN mengendalikan media cetak dan elektronik di negara ini. Beberapa persoalan timbul ekoran tindakan sembrono dan bebal KDN itu. Pertama, mengapa akhbar pembangkang, Harakah, Suara Keadilan dan Roket ditekan sebegitu rupa, sedangkan dalam masa sama parti-parti komponen BN, khususnya Umno dan MCA bebas "memiliki" Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan lain-lain? Kedua, apa rasionalnya tindakan mengenakan pelbagai syarat tambahan terhadap organ parti-parti Pakatan Rakyat itu, selain sentiasa memberi tekanan kepada media yang dilihat mesra oposisi atau tidak menyokong aspirasi BN? Kedua-dua persoalan primer ini perlu dijelaskan KDN dan pemimpin kanan kerajaan BN agar Malaysia tidak dilihat sebagai bersikap keras dan mengongkong kebebasan media. Ayuh kita lihat peranan yang sepatutnya digalas akhbar arus perdana, antaranya menjadi sumber maklumat. Saban hari akhbar menyiarkan pelbagai perkembangan, bukan saja dalam negara malah melaporkan isu-isu antarabangsa. Semua maklumat ini menjadikan masyarakat kita cakna dan prihatin dengan situasi di sekeliling mereka. Semua yang dilaporkan perlu berteraskan fakta dan sumber sahih agar tidak menjadi medan menabur fitnah. Soalnya, realiti media kita bagaimana? Akhbar yang dikuasai pemerintah itu hanya menyiarkan berita sebelah pihak tanpa mengambil kira pandangan dan komentar pihak lain sehingga menggambarkan hanya pihak tertentu sahaja yang benar tanpa khilaf. Contoh mudah apabila Utusan Malaysia telah kalah hampir kepada semua saman yang dikenakan ke atasnya. Banyak laporan Utusan bukan saja tidak menepati konteks dan maksud yang ingin disampaikan, malah telah memutar-belit cerita sebenar. Apa yang dikatakan akhbar perdana itu sebenarnya tidak lebih daripada organ parti Umno dan sekutunya dalam BN. Ia tidak lagi menepati peranannya sebagai wadah dan wahana penyampai maklumat yang telus, sebaliknya menjadi media penabur fitnah dan pengampu. Soalnya, jika Utusan dilihat bagaikan lidah rasmi Umno, dan mutakhir ini banyak membangkitkan sentimen perkauman yang melampau, dan tidak pula ditegur KDN, apatah lagi dihalang penerbitannya, mengapa pula Harakah dikongkong sebegitu dahsyat? Kenapa Harakah, organ rasmi PAS, sebuah parti yang sah ditubuhkan sejak lebih 60 tahun lalu, dan dibenarkan untuk bertanding dalam setiap kali pilihan raya, tiba-tiba dihalang penerbitannya daripada dibaca oleh rakyat Malaysia yang bukan ahli PAS? Adakah kerana Harakah banyak menyiarkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada BN, malah membongkar pelbagai penyelewengan dan salahguna kerajaan, maka ia tidak mendapat hak seperti Utusan Malaysia? Andaikata KDN mahu dilihat adil dan bebas kepada semua, maka syarat-syarat yang mengongkong kebebasan dan antidemokrasi itu mesti dihapuskan segera. Dalam zaman internet ini, sekatan dan kongkongan terhadap media hanya akan diketawakan oleh dunia. Maka, syarat permit harus diselaraskan kepada semua akhbar tanpa memilih bulu. Antara syarat tambahan permit yang amat tidak masuk akal dan memualkan minda rakyat kelas pertama adalah penjualan akhbar Harakah kepada ahli PAS sahaja, manakala penjualan di premis yang bukan pejabat atau markas PAS adalah DILARANG. Pada hemat saya, hal ini amatlah tidak menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan ingin mencapai Wawasan 2020. Berkenaan penjualan kepada ahli PAS sahaja, apakah instrumen atau andaian yang digunakan oleh KDN bagi menentukan hanya ahli PAS yang akan membeli akhbar Harakah? Adakah dengan menunjukkan kad keahlian? Atau adakah setiap penjual akhbar perlu bertanya kepada setiap pembeli: "Encik ini ahli PAS ke?" Jika ini yang difikirkan oleh Menteri Dalam Negeri, sebenarnya anda berfikiran kolot dan primtif! Adakah KDN fikir ahli PAS hanya sekadar 10,000 orang dan tertumpu di satu-satu tempat sahaja? Dengan keahlian PAS mencecah lebih 1 juta orang, bagaimana KDN mahu memikirkan kaedah yang sesuai untuk mematuhi syarat tersebut? Dangkal sungguh. Syarat yang memerlukan Harakah hanya dijual di markas PAS juga amat kekampungan. Adakah ahli PAS yang mencecah jutaan ahli itu mudah mempunyai akses terhadap markas PAS di kawasan mereka? Logikkah orang yang berada di kawasan A tetapi jarak untuk tiba ke markas PAS hampir satu jam perjalanan sanggup berhabis wang minyak dan tenaga untuk ke sana semata-mata untuk membeli Harakah? Bagaimana dengan ahli yang miskin? Berbekalkan kos sara hidup yang tinggi dan pelbagai kos sampingan yang ada, bagaimana syarat ini mampu diterima dek akal? Apakah yang KDN mahukan sebenarnya? Demokrasi apakah yang BN ingin laksanakan? Hal inilah yang membuatkan majoriti rakyat menyampah dan meluat melihat karenah kerajaan BN yang terlalu rakus dan serakah mempertahankan "kuasa minoriti". Andai mahu melihat BN masih relevan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bebaskan kongkongan terhadap semua media, khususnya akhbar parti-parti politik pembangkang, seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket. Selaraskan semua syarat perolehan permit, atau lebih baik mansuhkan sahaja Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang ketinggalan zaman itu. Mengapa harus disekat aliran maklumat secara tradisi dalam negara ini ketika media baru bebas melaporkannya? Sesungguhnya Harakah bukanlah akhbar antikerajaan atau penghasut ke arah keburukan. Harakah merupakan wadah penyampai pelbagai informasi dan ilmu, selain bertindak sebagai akhbar alternatif, yang belaporkan isu-isu yang disembunyikan faktanya oleh akhbar nasional lain. | BN menang kerusi, Pakatan Rakyat menang undi Posted: 30 May 2013 04:45 PM PDT Kejayaan tidak semesti membawa apa yang kita hajati seratus peratus. Kejayaan UMNO menjadi pemerintah selama lebih lima dekad dahulu akhirnya menjadikan UMNO itu gagal menjadi pengurus kepada kejayaannya. Sebenarnya itulah kegagalan UMNO yang paling besar. Kejayaan besar yang begitu lama dialami oleh UMNO itu telah membawa masalah besar, bukan sahaja kepada rakyat ramai tetapi juga kepada parti itu sendiri. Kalau dinilai betul-betul kemenangan UMNO dan BN selama ini bukannya terhasil dari kerja baik mereka tetapi disebabkan oleh kuasa 'incumbency' yang ada kepada mereka. UMNO telah gagal untuk menjadi parti yang diurus dengan baik kerana kepada pimpinannya ia tidak perlu berbuat baik kerana rakyat akan mengikut sahaja kepada siapa yang menang. Tetapi sejak sepuluh tahun lalu nampaknya keadaan begini sudah berubah kerana rakyat semakin hari semakin bertambah sedar dengan apa yang berlaku disekeliling mereka dan ditambah pula dengan gerakan oleh pihak pembangkang yang begitu kuat. Pembangkang telah menggunakan isu rasuah dan isu besar yang lain yang sudah dirasakan oleh rakyat untuk menjatuhkan kekuasaan UMNO itu. Keadaan ini ditambah pula dengan gerakan oleh Anwar Ibrahim yang menggunakan keresahan ramai rakyat ini untuk menentang kerajaan melalui demokrasi iaitu melalui pilihanraya. Maka Anwar menjadi ikutan pihak yang muda-muda untuk menekan kerajaan dalam pilihanraya 13 yang lalu walaupun jika disingkap dengan serius Anwar juga mempunyai masalah untuk menjadi pimpinan alternatif kepada pimpinan BN itu. Jika UMNO betul-betul berjaya menguruskan kejayaan mereka secara baik, tidak mungkin Anwar dan kumpulannya itu dapat sokongan dari ramai. Semasa inilah kaum Cina juga 'swims with the flow' dan terus menyatukan kaumnya untuk bersama-sama menentang segala hasil kegagalan UMNO untuk menguruskan kejayaan mereka. Kaum Cina dan penduduk bandar dan sekitarnya telah bergerak untuk memberikan tentangan terhadap kegagalan UMNO dan sekutunya dalam kerajaan menjaga rakyat dan negara. bagi menghidupkan semangat penentangan itu maka pihak pembangkang telah mengambil kesempatan dengan isu rasis yang selalu dimainkan oleh BN dan UMNO. UMNO dianggap oleh semua yang menentang sebagai pihak yang rasis dan isu rasis ini sangat berkesan dimainkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Sekarang semua penyokong Pakatan Rakyat memainkan isu yang UMNO dan BN itu rasis sehinggakan yang bercakap tentang isu rasis itu pun tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku. Dr Mahathir telah memainkan isu perkauman dengan begitu lantang dan disokong pula oleh NGO seperti Perkasa. Berbagai-bagai cara telah dimainkan isu perkauman itu. Maka terhasil lah situasi yang begitu kuat menentang terhadap BN kerana isu rasis ini. Baik dari PKR atau DAP, isu ini dimainkan dengan begitu kuat dan ramai rakyat dibandar menentang isu perkauman yang diperbesarkan oleh UMNO dan sekutunya itu. PR mendapat keuntungan di sini. Tetapi didalam penentangan rakyat terhadap isu rasis yang dimainkan oleh BN itu, maka mereka terlupa untuk memerhatikan kelemahan dan keadaan sebenarnya yang berlaku di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri. Penentangan yang terlalu 'obsessive' itu telah menyebabkan pihak yang menentang isu perkauman ini terlupa yang dipihak Pakatan Rakyat ini sendiri ada isu yang sama. Ada parti dalam PR yang hanya mempunyai dua orang perwakilan melayu didalamnya walaupun parti itu mempunyai 93 orang yang memenangi kerusi Parlimen dan DUN-DUN di seluruh negara. Ini adalah di sebabkan terlalu kuat tumpuan terhadap isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO sehinggakan isu yang sama juga wujud dengan begitu ketara. Maka apa yang dikatakan sebagai perjuangan 'multiracial' itu akhirnya terbukti hanyalah isu politik semata-mata dan bukannya isu perjuangan lagi. Begitu banyak kiriman email yang saya terima dari rakan-rakan berbilang kaum yang mempersoalkan isu ini tetapi saya memilih untuk tidak menjawabnya kerana saya sesungguhnya tidak tahu jawapannya. Saya hanya memberitahu dalam beberapa jawapan yang saya berikan supaya kita menumpukan terhadap isu petisyen terhadap keputusan pilihanraya dahulu. Isu itu biarkan dahulu. Saya mengatakan kita hendak lihat yang Mahkamah benar-benar berfungsi sebagai pengadil yang jujur dan jika kedapatan penipuan yang dituduh itu wujud kita wajar melakukan sesuatu untuk memperbetulkannya. Setakat itu sahaja yang dapat saya menjawabnya. Pendeknya, kita masih terbelenggu dengan isu perkauman yang menebal dan isu ini entah bila akan dapat diselesaikan oleh kita semua. Isu ini relevan kepada kedua-dua belah pihak dan tidak ada pihak yang berkelayakan untuk mengeluarkan isu perkauman itu menjadi isu politik masing-masing. Mungkin itu lah sebabnya keputusan pilihanraya baru-baru ini telah memberikan kemenangan kepada kedua-dua belah pihak. BN berjaya mendapat kemenangan jumlah kerusi dan pihak Pakatan Rakyat pula telah mendapat kemenangan dari undi popular sahaja. Keadaan ini adalah jawapan kepada situasi dalam mana kedua-dua belah pihak belum lagi berkelayakan untuk mendapat kemenangan mutlak dari rakyat. Keadaan ini akan menambahkan keyakinan kita bahawa dalam perjuangan (jika ada) ketentuan bukannya boleh dibuat oleh kita sendiri, tetapi ketentuan itu datangnya dari 'nature' yang penuh dengan keadilan dan hikmah dalam segala-gala yang diputuskannya. Hanya kita sahaja yang selalu mengaku kuat dan boleh menentukan segala-galanya tanpa 'campur tangan nature' itu. Kita selalunya lupa daratan apabila berhadapan dengan penyokong yang puluhan ribu yang berada dihadapan kita sehinggakan kita merasa angkuh dan terlupa kepada diri kita sendiri. Apabila kita disentak dengan kejutan kegagalan, maka disalahkan semua yang lain kerana kegagalan kita itu. Tetapi kita juga faham bagaimana perasaan yang gagal ke Putrajaya itu sedangkan sehari dua sebelum itu mereka sudah terasa seperti sudah berada di Putrajaya. Kita telah mendengar banyak amaran yang diberikan terhadap banyak pihak yang mereka akan diambil tindakan dan berbagai-bagai ancaman lagi. Selalu kita terlupa seolah-olah kekuatan yang ada kepada kita itu adalah kekuatan kita sendiri. Kita merasakan seolah-olah tiada apa yang lebih kuat dari kita. Terlupa yang kuasa Tuhan itu Maha Perkasa dan penentu kepada segala-galanya. Elok masing-masing melakukan introspeksi terhadap diri kita sendiri secara intensif. Insyallah, akan mendapat jawapannya. | MB: Sidang DUN Selangor 28 Jun Posted: 30 May 2013 04:37 PM PDT Upacara angkat sumpah bagi pelantikan rasmi Hannah Yeoh sebagai Speaker dan Timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad ialah pada 21 Jun depan. KLANG: Selangor akan memulakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal pertama pada 28 Jun ini dan upacara pembukaan akan dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi pelantikan rasmi Adun Subang Jaya Hannah Yeoh sebagai Speaker dan Timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), upacara angkat sumpah akan diadakan pada 21 Jun depan. Manakala bagi jawatan Pegawai Perhubungan Politik (political liaison) yang akan diberikan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, beliau berkata pihaknya masih meneliti proses lantikan tersebut dan akan memutuskannya dalam masa terdekat Beliau turut mengarahkan Exconya supaya mengisytiharkan harta masing-masing sebelum sidang DUN bermula, sama seperti yang dilakukannya dalam pentadbiran negeri penggal lalu. "Setiap penambahan aset semasa Exco itu bertugas juga perlu dilaporkan termasuk Exco lama dan baru," katanya dalam sidang media selepas istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Aku Janji Ahli Majlis di Istana Alam Shah disini hari ini. Mengenai isu air, beliau berkata pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau, Datuk Maximus Ongkili bagi mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan proses penstrukturan air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang. Turut diberi keutamaan adalah menaik taraf jalan raya melalui Ops Tampal Jalan dengan membelanjakan RM120 juta untuk membaiki 2.7 juta meter persegi termasuk menampal lubang pada harga RM35 setiap meter persegi. Destinasi pelaburan utama Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapan Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Menyimpan Rahsia sebagai Exco dihadapan Sultan Selangor pagi tadi, pihaknya berjanji untuk berusaha mengekalkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama para pelabur dari dalam mahupun luar negara. "Di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Selangor berjaya mencapai tahap negeri maju dan dengan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku patik hamba tua bertekad untuk meneruskan kecemerlangan Selangor selaku penyumbang utama terhadap pembangunan dan pendapatan negara Malaysia. "Hanya dengan kedudukan dan tahap pencapaian sedemikian, maka seluruh rakyat Tuanku dapat sama menikmati limpahan pembangunan serta dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka," katanya. Adun Pelabuhan Klang itu juga berikrar untuk terus berusaha mencari jalan meningkatkan pendapatan rakyat terutama di kawasan luar bandar dan dipinggir bandar agar mereka dapat menikmati kehidupan yang "serba ada" sekaligus dapat merapatkan jurang dengan penduduk di kawasan bandar. "Tiada gunanya jika negeri Selangor bergelar negeri maju sedangkan sebilangan penduduk, terutama penduduk luar bandar masih tercicir dalam hal menikmati kemajuan di negeri ini," katanya. | Sultan Selangor : Utama Kehendak Rakyat, Jauhi Gejala Rasuah Posted: 30 May 2013 04:35 PM PDT KLANG,: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutamakan kehendak rakyat selain terus memacu negeri menjadi lebih maju. Baginda bertitah ketika Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor menegaskan, sekarang merupakan masa untuk melaksanakan janji Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seperti yang dinyatakan di dalam manifesto. "Peranan utama Datuk Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah untuk membangunkan program yang memberikan impak sebenar kepada Negeri Selangor ke arah mencapai kemajuan dan kemakmuran. "Setiap tanggungjawab yang bakal dipikul hendaklah dikendalikan secara intelektual dan bukan secara emosi dengan mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri berbanding kepentingan diri atau parti masing-masing. "Beta menyeru agar keutamaan diberikan ke arah mencapai kemajuan Negeri Selangor ini disamping memastikan kehidupan rakyat yang berbilang kaum hidup dengan selesa, aman, damai dan harmoni sehingga ke generasi akan datang," titah baginda. Baginda juga menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat menjauhkan diri daripada rasuah kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan imej seseorang dan merosakkan negeri. "Rakyat juga amat benci dengan pemimpin yang terlibat di dalam gejala rasuah," titah baginda lagi. Rakyat kini, titah baginda makin bijak menilai serta mengetahui kehendak dan keperluan mereka ditambah dengan bantuan media massa yang bebas dan media elektronik yang canggih untuk mendapatkan maklumat lebih pantas. Sultan Selangor hari ini berkenan menyampaikan watikah Pelantikan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Balairong Seri, Istana Alam Shah Klang. Dua minggu lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dipilih menjadi Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua bagi menerajui pentadbiran Negeri Selangor. Kerajaan Selangor turut mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang mempunyai Speaker wanita dengan perlantikan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh ke jawatan itu. |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 31 May 2013 01:25 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan