Pakatan Rakyat |
Posted: 27 May 2013 03:22 PM PDT Noor Hanim (kanan) menunjukkan logo SPR pada kotak kiraan undi dalam gambar yang tersebar di internet. PUCHONG – Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan. Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu. Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada. Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar. Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas. "Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat," katanya. Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan. Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam. Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan. Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman. Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13, 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 May 2013 03:19 PM PDT | Daim: BN kalah kerana salah strategi, pergaduhan dalaman Posted: 27 May 2013 04:19 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin. Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim (gambar) mengatakan sebagai pendekatan salah. "Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden. "Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga," kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. "Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya." Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina. "Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?" "Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti," kata beliau kemudian. Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi. "Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan. "Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur. Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN. Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda. "Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi," katanya. Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei. BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen. Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana. "Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib," kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya. "Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah. "Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang," kata Daim. Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon. "Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN. Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan mesti dilihat bersatu. "Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya." | Enam lagi didakwa kes himpunan 'Black 505' Posted: 27 May 2013 04:05 AM PDT Empat pemimpin Pakatan, dua di Perak dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505'. Setiausaha Pakatan negeri Ong Eu Leong yang didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 9 (1) akta berkenaan kerana didakwa gagal memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan di Batu Kawan pada 11 Mei. Di Mahkamah Sesyen Ipoh, MP DAP Ipoh Timor Thomas Su juga mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan sama dibacakan ke atasnya behrubung perhimpunan di Dewan Wisma Chin Woo, Ipoh pada 9 Mei. Sementara itu, pemimpin PKR Perak Mohammad Anuar Zakaria juga didakwa mengikut sama berhubung satu lagi perhimpunan di Ipoh pada 11 Mei. Dalam kes Su dan Anuar, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 untuk setiap tertuduh, dengan seorang penjamin, dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan kes. Di Mahkamah Sesyen Butterworh, Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh 27 Jun untuk sebutan kes. Timbalan pendakwa raya Amer Hamzah Othman sebelum itu memohon agar mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. Ia dibantah peguam Ong, RSN Rayer yang berkata tiada peruntukan untuk mengenakan jaminan ke atas anak guamnya itu, memandangkan Ong diminta hadir ke mahkamah dan bukannya ditahan. Katanya, Ong telahpun memenuhi permintaan tersebut dengan hadir ke mahkamah hari ini. Ong diwakili enam lagi peguam, Ong Chin Wen, N Murali, Murali Ram, Lim Boon Beng, Jason Khor dan Ong Yiu Shin Di Negeri Sembilan, ketua AMK negeri Nazree Yunus didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban mengikut peruntukan sama berhuung perhimpunan di Seremban pada 17 Mei. Nazree, seperti juga tiga yang lain, meminta dibicarakan atas dakwaan tersebut. Di sebelah petang pula, setiausaha eksekutif PKR Johor R Yuneswaran didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berhubung berhimpunan di Tebrau, Johor Bahru pada 15 Mei. Menurut peguam Jimmy Puah, yang juga ADUN Bukit Batu, Yuneswaran mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Di Pahang, setiausaha PKR negeri Kamarulzaman Md Yunus turut didakwa, juga mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman atas perhimpunan yang berlangsung di Kuantan. Kamarulzaman mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris di Mahkamah Sesyen Kuantan. | Warga Pakistan dakwa pernah mengundi dua kali Posted: 27 May 2013 04:02 AM PDT Seorang warga Pakitstan yang memperolehi kad pengenalan Malaysia dengan cara yang diragui mendakwa beliau pernah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum dan namanya masih kekal dalam daftar pemilih. Abdul Latif Jumaani, yang menerima kad pengenalan pada 1992 di sebuah restoran di Kota Kinabalu, mendakwa beliau pernah mengundi pada kali pertama di Ampang, Selangor dan kemudiannya di Bahau, Negeri Sembilan. "Saya mahu mengundi sekali lagi dalam pilihan raya umum (ke-13) memandangkan nama saya masih wujud dalam daftar pemilih, namun saya tiada dokumen untuk pergi ke semenanjung," katanya dalam siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendatang asing Sabah. Katanya, beliau dimaklumkan "empat atau lima bulan lalu" oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawa kad pengenalannya telah dibatalkan. | NGO: Himpunan 'Black 505' hanya permulaan Posted: 27 May 2013 04:00 AM PDT MALAYSIA KINI Satu gabungan NGO mengancam untuk membuat perarakan besar sekiranya para pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya masih tidak meletak jawatan atau dipecat dari jawatan tersebut. Penganjur berkenaan, termasuk NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut, sembilan perhimpunan yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu hanyalah satu permulaan. "Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalan raya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang. "Gabungan 'Suara Rakyat 505' tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihanraya 5 Mei lalu iaitu (pemimpin) SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihanraya semula yang bakal berlangsung," kata gabungan NGO tersebut dalam satu kenyatan. Gabungan NGO berkenaan, yang menggunakan nama 'Suara Rakyat 505' merancang untuk menghimpunkan 500,000 orang bagi tujuan tersebut. Perhimpunan terakhir pada hari Sabtu lalu menyaksikan kira-kira 70,000 orang hadir bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum lalu. Dalam kenyataan hari ini juga, Suara Rakyat 505 menyebut bahawa pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin menerima notis dari pasukan polis supaya hadir ke balai polis daerah Seremban. | BN Perak kalah undi popular, hilang sokongan Posted: 27 May 2013 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemenangan BN di Perak bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Timbalan Pengerusi DAP negeri, V Sivakumar. Katanya, walaupun dengan pelbagai penipuan pilihanraya dan tekanan politik, PR masih berjaya memenangi 28 kerusi berbanding dengan BN yang menang 31 kerusi. Ahli Parlimen Batu Gajah itu menambah, SPR telah sedaya upaya berusaha dan bersekongkol dengan BN untuk memastikan kemenangan di negeri Perak. Menurutnya, walaupun PR berjaya memperolehi undi popular 55% rakyat Perak tetapi kalah dalam bilangan kerusi Dun. Ini, ujarnya menyebabkan BN menubuhkan kerajaan negeri walaupun hanya mendapat undi 45% pengundi Perak. Ini, katanya lagi membuktikan sesuatu yang tidak kena dengan sistem pilihanraya yang diamalkan di negara ini. Beliau berkata, walaupun undi lebihan PR di Perak adalah lebih daripada 100,000 tetapi ianya tidak diterjemah kepada kemenangan PR. "Ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius. Rakyat Perak telah ditipu dengan strategi yang dihitung dan dicorakkan semata-mata untuk menambahkan jumlah kerusi tanpa mempedulikan hasrat rakyat yang sebenar," ujarnya lagi. Tambahnya, kerajaan BN Perak adalah rapuh dan dibentuk dengan jumlah undi yang terlalu kecil daripada 2 kerusi yang dimenanginya iaitu Lubok Merbau dengan 53 undi dan Manjoi sebanyak 132 undi. "Jika kita hitungkan undi kedua-dua kawasan itu ialah 185 sahaja. Ini bermakna Kerajaan BN Perak hari ini dibentuk dengan 185 undi sahaja berbanding dengan undi popular PR yang melebihi 100,000," katanya. Dalam kata lain, ujarnya rakyat Perak telah tertipu apabila BN menubuhkan kerajaan dengan cara yang tidak adil tanpa mendengar suara rakyat majoriti. | Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya Posted: 27 May 2013 03:52 AM PDT Saya melihat suasana politik akhir-akhir ini berlangsung dalam suasana amat tidak sihat. Walaupun ketidakadilan ini memang sudah wujud sejak sekian lama, namun kali ini suara rakyat lebih kuat dan menyeluruh. Sebelum ini, kaum Cina dan India agak pasif dan lebih suka bertindak secara senyap. Namun kali ini mereka bersama-sama orang Melayu telah bangkit menyuarakan suara hati mereka. Dalam hal ini, Umno-BN bahawa janganlah menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan pada masa yang sama diri sendiri berjalan mengiring! Contohnya, dalam isu hasut-menghasut, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah direman kerana didakwa mengeluarkan ucapan yang berbaur perkauman dan menghasut. Namun, pada masa yang sama tiada pula tangkapan dilakukan kepada mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang bercakap tentang perkara yang sama. Malah media pro Umno-BN dengan terang-terang cuba menyiarkan berita yang boleh menggugat kerharmonian antara kaum. Dalam hal ini, telah ramai rakyat Malaysia yang celik maklumat dan pemikiran serta berani menentang ketidakadilan. Oleh itu, jika Umno-BN mahu rakyat mematuhi undang-undang negara, mereka juga mesti mematuhinya. Ketahuilah bahawa sifat semulajadi rakyat ialah semakin kuat ditekan semakin kuat mereka melawan. Jika pemerintah melayan rakyat dengan adil dan saksama, maka ruang untuk mereka menentang semakin sempit dan pemerintah tidaklah perlu bersusah payah saban hari melawn kebangkitan rakyat. Marilah kita bersama-sama menjunjunglah prinsip keluhuran perlembagaan – dan Umno-BN lah yang mesti memulakannya kerana mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika tidak, Umno-BN akan perlahan-lahan reput ditelan oleh arus kebangkitan rakyat. | Zahid, Khalid heret negara ke zaman gelap Posted: 27 May 2013 03:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan ditulis dalam sejarah sebagai dua watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) di kenang sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah negara ini, Zahid dan Khalid pula akan dikenang sebagai dua watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap Dr Mahathir," katanya. Beliau mempertikaikan tindakan polis menangkap para pemimpin dan aktivis seperti Adam Adli, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Datuk Tamrin Tun Ghafar dan Haris Ibrahim yang hanya menguntungkan kepentingan Umno BN. "Rabu lalu, ketika berucap kepada rakyat yang berhimpun menyokong Adam Adli berdekatan Lokap Berpusat Jinjang, saya memberitahu tidak sepatutnya Adam ditangkap. "Dia tidak bersenjata, dia tidak menghasut orang membawa senjata, membakar rumah atau melakukan apa-apa perbuatan yang memudaratkan keselamatan awam. "Begitu juga Tamrin, Tian Chua dan Haris. Mereka tidak pernah menghasut sesiapa pun mencetuskan penentangan bersenjata," kata beliau. Serentak itu, Salahuddin juga menyokong ikrar DAP untuk mempersoalkan keghairahan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar memangsakan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat. "Ketika rumah kakaknya sendiri di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya juga dirompak, Khalid sepatutnya menumpukan tugasnya membenteras jenayah dan bukannya melakukan tugas lain untuk menyenangkan hati para pembesar-pembebsar Umno," kata Salahuddin. Salahuddin hairan mengapa Khalid dan pasukan polis lebih takutkan nyalaan lilin dan perkataan 'spring' berbanding kadar jenayah yang semakin membimbangkan rakyat. Salahuddin mengingatkan, hakikat bahawa negara ini yang tidak selamat dari jenayah turut diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low apabila beliau berkata, para menteri akan terancam keselamatan mereka jika mengisytiharkan harta. | Anwar: 'Blackout 505' akan diteruskan Posted: 27 May 2013 03:44 AM PDT PETALING JAYA - Walaupun siri himpunan 'Blackout 505' yang diadakan semakin kurang sambutan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan akan terus mengadakan himpunan tersebut di seluruh negara. Menurutnya, himpunan ini akan berterusan sehingga tidak ada lagi penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini. Hujahnya, rakyat masih menuntut supaya tindakan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersekongkol merompak kemenangan Pakatan Rakyat (PR). "Tidak, kami tak akan berhenti, 'Blackout 505' belum sampai ke Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. | Mary Yap: Jangan bawa politik dalam pendidikan Posted: 27 May 2013 03:43 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik Datuk Mary Yap Kain Ching hari ini berkata beliau komited dalam memastikan Kementerian Pendidikan bebas daripada pengaruh politik. Menjawab kepada satu soalan, sama ada beliau menganggapnya dirinya sebagai mewakili masyarakat Cina di dalam Kabinet, Yap berkata soalan sedemikian telah beberapa kali diajukan kepada beliau, sejak dilantik sebagai timbalan menteri. Tambah Yap, pegawainya akan berperanan memberi nasihat dan membaca akhbar Cina serta menyampaikan segala maklumat mengenai apa yang dilaporkan. | Turun harga kereta perlukan masa Posted: 27 May 2013 03:41 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities. Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara. "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex. Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta. "Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya. Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B. Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu. "Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex. JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar. "Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz). "Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama | Anwar: Ribuan laporan setakat ini terhadap pertikaian dakwat kekal Posted: 27 May 2013 12:53 AM PDT PETALING JAYA — Ribuan orang ramai membanjiri balai polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, . Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas keputusan pilihan raya 5 Mei lalu. "Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat laporan rasmi," kata Anwar dalam sidang media disini. Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu. Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR. "Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang negara," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menipu di dalam kamar mahkamah. | Posted: 27 May 2013 12:46 AM PDT
Masalah terbesar kebanyakan golongan pertengahan di kawasan bandar hari ini, apa dia? Kalau tidak bukan mendapat satu kediaman untuk mereka berteduh pada harga yang berpatutan. Di mana mereka berjaya memiliki kediaman sendiri dan dalam pada masa yang sama pemaju tidak menekan pembeli dengan menjual pada kadar keuntungan 100% seperti yang berlaku pada kebanyakan projek perumahaan hari ini. Nah…..itu sebablah Datuk Seri Najib Razak tampil dengan idea PR1MA ini dengan menawarkan harga mampu milik kepada anda semua. Harga? Harga rumah yang dirasakan sesuai dan "mampu milik" kepada semua adalah RM400,000 ke bawah. Dengan bayaran bulanan sekitar RM2,000 sebulan untuk tempoh jangkahayat pinjaman selama tempoh 40 tahun, anda bakal berjaya memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar. "Tahniah!" Sekitar 2 tahun dahulu, kami pernah menyentuh mengenai kadar harga rumah yang diletakkan di bawah skim perumahan PR1MA yang wajar disemak semula. Semakin tinggi paras harga rumah yang ditawarkan di bawah satu skim yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar, pastilah pemaju akan menggunakan kesempatan untuk membina rumah-rumah yang mampu menjana keuntungan yang berlebihan kepada mereka. Sumber : KLIK SINI Kalau ikutkan kawasan Bukit Raja agak elit juga disebabkan dekat dengan Setia Alam & berdekat dengan beberapa lebuhraya utama di Lembah Klang. Harga rumah sekarang terutamanya projek-projek baru lebih mahal berbanding subsale. Disebabkan kebanyakan projek-projek baru ini, pembeli tidak perlu bayar deposit sehingga 10% & setem duti, S & P pun ada dikecualikan atau mendapat potongan diskaun. Semuanya kos-kos ini dimasukkan sekali dalam harga rumah tersebut. Cuma meletakkan "kata-kata penarik" bagi rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 1,310 kaki persegi & 1,38o kaki persegi di bawah harga RM400,000 adalah di bawah harga pasaran? Benarkah? Mengapa tidak berterus-terang? Namun, kalau kerajaan benar-benar berhasrat untuk membuat rumah mampu milik pun, buatkanlah dalam lingkungan RM150,000 hingga 300,000 tidak kira lokasi mana-mana. Jikalau di kawasan bukit Raja Klang contohnya, memang elok diperbanyakan lagi apartment 3 bilik, keluasan keluasan dalqm 1,000kps. Harga tawarkanlah sekitar RM150,000 sahaja. Insyaallah ramai yang akan mampu beli. Jika yang merencanakan projek perumahan mampu milik di Malaysia berpijak di Bumi yang nyata, sesuai dengan tahap disposable income (sebelum beli rumah) rakyat lepas tolak belanja itu ini, rumah mampu-milik sepatutnya dalam lingkungan :
Ya…..memang betul harga RM200,000 pun di bawah paras RM400,000. Tetapi apabila disebut RM400,000 bermaksud rumah paling mantap dalam projek perumahan PR1MA adalah berharga sekitar RM400,000 untuk rumah teres 2 tingkat. Sepatutnya, perbanyakkan lagi rumah apartmen, townhouse ataupun rumah setingkat kawasan-kawasan bandar.
Bukit Raja dengan Setia Alam tidaklah jauh mana pun antara satu sama lain. Adakah projek Setia Alam sebenarnya 'lebih PR1MA' berbanding PR1MA yang dilancarkan baru-baru ini oleh Datuk Seri Najib. Kami pulangkan persoalan ini kepada anda untuk diperdebatkan… | Saksi RCI: Pegawai JPN didakwa kes penipuan Posted: 27 May 2013 12:39 AM PDT Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negarai di Putrajaya merupakan antara individu yang ditahan dan didakwa atas tuduhan penipuan, ekoran pembongkaran satu skim menjual kewarganegaraan di Lahad Datu, Sabah pada tahun lalu. Seorang saksi polis hari ini memberitahu suruhanjaya siasatan dirajaya berhubung imigran di Sabah bahawa pegawai JPN tersebut, yang dinamakan sebagai Kamaruddin Idris, ditahan di sebuah hotel pada 25 Mei tahun lalu. Ketua jabatan siasatan jenayah komersial Lahad Datu Abdul Satal Mad Buraisal juga dalam keterangannya berkata satu sindiket telah meminta pendatang asing Filipina membayar antara RM2,500 hingga RM4,000 untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia. "Mereka dijanjikan resit kad pengenalan sementara namun perkara ini tidak berlaku, lalu mereka membuat laporan polis," katanya dalam persidangan RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini. Pegawai penyiasat CCID Tawau, yang mengetuai serbuan tersebut memberi keterangan bahawa 10 orang warga Pakistan, didakwa menjadi "mangsa" sindiket berkenaan, turut ditahan namun kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa, katanya. Antara barangan yang dirampas dalam operasi tersebut termasuk borang permohonan kad pengenalan asli, yang sebahagiannya telah diisi. | Khalid : Sultan Selangor sudah perkenan senarai Exco Posted: 27 May 2013 12:36 AM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada senarai calon Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sehubungan itu majlis angkat sumpah jawatan Exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini pada pukul 9.30 pagi. "Saya akan terus berjumpa wakil parti politik dari Pakatan Rakyat Selangor selepas ini untuk memberitahu senarai calon yang diperkenankan baginda ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini. Abdul Khalid berkata Sultan Selangor turut memberi perkenan baginda kepada pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor. Ditanya sama ada pelantikan Exco dibuat berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu empat daripada Pas dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, Abdul Khalid berkata perkara itu akan diumumkan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik berkenaan. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor berbanding 36 pada 2008. PKR menang 14 kerusi, manakala Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi sementara Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi. - Bernama | Isu 'blackout' : PKR tampil bukti Posted: 27 May 2013 12:28 AM PDT PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan satu laporan polis telah dibuat pada hari pengundian 5 Mei lalu membabitkan isu "blackout" di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dengan pendedahan laporan polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut. Menurutnya, aduan mengenai isu "blackout" turut diterima daripada rakyat yang dihantar melalui emel dan disertakan gambar kepadanya. Beliau berkata, SPR tidak boleh memandang rendah terhadap laporan polis yang dibuat oleh rakyat kerana perkara itu adalah benar. "Saya tak rasa rakyat berani nak buat laporan polis kerana ia adalah salah kalau tak benar. "Hari ini saya dedahkan laporan polis seperti yang dicabar SPR. "Jadi SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini cukup membuktikannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. | Timbalan Pengerusi SPR disabotaj petugas sendiri? Posted: 26 May 2013 09:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Penafian yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan mendakwa gambar kejadian 'black out' di satu pusat pengiraan undi merupakan satu lakonan akhirnya memakan diri. Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail tampil mendedahkan bahawa gambar yang didakwa lakonan itu sebenar-benarnya berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi daripada PAS. "Ia bukan lakonan dan ramai saksi boleh tampil memberikan pengakuan mengenai kejadian tersebut," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) kepada Harakahdaily. Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengakuan itu mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian lampu padam tersebut benar-benar berlaku dan bukannya lakonan dan ia terjadi di banyak tempat. Soalnya, kata beliau siapakah yang betul dan siapa pula yang berlakon, justeru bagaimana Wan Ahmad tidak mendapat gambaran dan maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut. "Apakah pegawai-pegawai SPR yang membekalkan maklumat kepadanya memberikan maklumat yang salah dengan tujuan mahu menjatuhkan reputasinya atau sebagai suatu tindakan jahat bagi menyingkirkannya? "Bagaimana pula Datuk Wan Ahmad tidak kenal pakaian rasmi petuga SPR serta kotak yang dibekalkan sendiri oleh SPR dalam gambar tersebut?" tanya beliau lagi. Menurutnya, mungkin keadaan terlalu gelap yang menyukarkan Wan Ahmad mengenali petugasnya serta kotak bekas kiraan undi yang SPR miliki. Jika begitu, ujarnya bagaimana perkiraan Wan Ahmad dengan keadaan petugas parti yang terpaksa bergelap dan berpanas untuk mengira undi pada hari itu. Katanya, boleh Wan Ahmad bayangkan dan apa alasan lain yang akan diberikan oleh Datuk Wan Ahmad dengan pengakuan itu. Sepatutnya, ujar beliau Wan Ahmad melihat permasalahan sebenar bahawa ada suatu usaha mensabotaj keputusan pilihanraya dengan memadamkan lampu pada bilik pengiraan undi supaya keputusannya akan berlainan daripada yang sepatutnya. Tambahnya, terlalu banyak strategi kotor yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi memastikan Pakatan Rakyat tumbang di banyak tempat. "Jika beginilah sikap Timbalan Pengerusi SPR, beliau telah mengecewakan jutaan pengundi pilihanraya. Kenyataan dan tingkah laku beliau jelas menggambarkan sikap beliau yang berat sebelah dalam mengadili pilihanraya," ujarnya. Beliau berkata, Wan Ahmad lupa bahawa yang menjadi petugas pilihanraya adalah sukarelawan yang terdiri dari pelbagai lapisan rakyat yang bijak serta tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya. Seharusnya, kata Mohd Suhaimi demi menjaga maruah SPR dan kerajaan Malaysia, pengerusi dan timbalan pengerusinya wajar meletakkan jawatan mereka. Katanya, semakin banyak mereka pertahankan institusi tersebut, semakin banyak pendedahan yang dibongkarkan menunjukkan hilangnya wibawa mereka melaksanakan tanggungjawab ini. | Posted: 26 May 2013 09:18 PM PDT
SHAH ALAM - Misteri kehilangan dua sahabat sejak sebulan lalu terungkai selepas penyebaran beberapa keping gambar di percayai mayat kedua-dua mangsa, di sebuah laman sosial Facebook didaftarkan atas nama Ridan Pendewa Titisannnya Sakera. Susulan penyebaran gambar tersebut, dua individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli barang di pusat membeli belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu. Hasil soal siasat ke atas seorang daripada suspek kemudiannya membawa kepada penemuan dua rangka manusia dalam semak di tepi Sungai Klang, berhampiran kawasan perindustrian di Seksyen 26, di sini, petang semalam. Sepupu Dofi, Hamsani, 46, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa bersama rakan baiknya, Saiful, pergi ke pusat membeli belah tersebut dengan menaiki sebuah teksi. "Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi setelah tempoh 24 jam, sebelum bapa Dofi, terima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali meminta duit sebanyak RM5,000. "Bapa Dofi hanya memasukkan duit berjumlah RM 2,500 melalui satu akaun bank yang diberi, sebelum dia dimaklumkan kedua-dua mangsa sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki teksi," katanya. Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi menyebabkan bapa Dofi membuat satu lagi laporan polis berhubung perkara itu. "Setelah kami melihat gambar yang terdapat dalam Facebook itu, bapa Dofi mengecam pakaian, kasut dan tali pinggang yang dipakai oleh anaknya," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan rangka manusia di kawasan terbabit, semalam. Beliau berkata, penemuan rangka kedua-dua mangsa ditemui kira-kira jam 3.15 petang semalam, selepas suspek pertama ditahan ketika menunjukkan lokasi kejadian kepada polis. "Siasatan awal dapati kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kes kehilangan di Kotaraya, Kuala Lumpur, awal bulan ini." "Susulan penemuan rangka itu, kita tahan seorang lagi suspek di sekitar kawasan Serdang, hari ini (semalam), kesemua yang ditahan itu warga Indonesia. Difahamkan suspek merupakan ahli kumpulan 'Sakera'," katanya. Menurutnya, kedua-dua rangka manusia itu dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. | Anak Lajim Ukin didakwa SPRM guna dokumen palsu dapatkan projek Posted: 26 May 2013 09:11 PM PDT KUALA LUMPUR, — Anak bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lajim Ukin hari ini didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan dokumen palsu bertujuan mendapatkan projek membina jalan raya. Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 8 Ogos 2012 untuk melaksanakan projek membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7 di Tanjung Semberong, Batu Pahat, Johor. Dalam kertas pertuduhan yang dibacakan kepadanya, Mohd Nizam didakwa dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 465 kanun yang sama. Walau bagaimanapun, Mohd Nizam mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. "Saya meminta dibicarakan," kata Mohd Nizam selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini. | Dua ditahan semula di bawah SOSMA kerana keganasan, kata peguam Posted: 26 May 2013 09:09 PM PDT Oleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR — Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim ditahan semula pagi ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), walaupun Mahkamah Tinggi membuang kes sebelum ini yang mengatakan mereka terlibat dengan keganasan di Syria, kata peguam.Peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri mengatakan hari ini mereka ditahan di bawah Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, jatuh di bawah SOSMA, karana melindungi pengganas untuk aktiviti pengganas, tetapi berkata tidak diketahui jika Halimah Hussein, yang juga telah didakwa di bawah undang-undang keselamatan itu, telah ditangkap semula. "Sudah tentu ia adalah mala fide," kata Fadiah kepada The Malaysian Insider hari ini. "Mereka gagal dalam pendakwaan pertama. Faktanya lebih kurang sama," katanya dan menambah permohonan habeas corpus akan difailkan tidak lama lagi. | Empat lagi didakwa kes himpunan 'Black 505' Posted: 26 May 2013 09:04 PM PDT Empat pemimpin Pakatan, dua di Perak dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505'. Setiausaha Pakatan negeri Ong Eu Leong yang didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 9 (1) akta berkenaan kerana didakwa gagal memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan di Batu Kawan pada 11 Mei. Si Mahkamah Sesyen Ipoh, MP DAP Ipoh Timor Thomas Su juga mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan sama dibacakan ke atasnya behrubung perhimpunan di Dewan Wisma Chin Woo, Ipoh pada 9 Mei. Sementara itu, pemimpin PKR Perak Mohammad Anuar Zakaria juga didakwa mengikut sama berhubung satu lagi perhimpunan di Ipoh pada 11 Mei. Di Negeri Sembilan, ketua AMK negeri Nazree Yunus didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban mengikut peruntukan sama berhuung perhimpunan di Seremban pada 17 Mei. Nazree, seperti juga tiga yang lain, meminta dibicarakan atas dakwaan tersebut. Dalam kes Su dan Anuar, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 untuk setiap tertuduh, dengan seorang penjamin, dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan kes. Di Mahkamah Sesyen Butterworh, Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh 27 Jun untuk sebutan kes. Timbalan pendakwa raya Amer Hamzah Othman sebelum itu memohon agar mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. Ia dibantah peguam Ong, RSN Rayer yang berkata tiada peruntukan untuk mengenakan jaminan ke atas anak guamnya itu, memandangkan Ong diminta hadir ke mahkamah dan bukannya ditahan. Katanya, Ong telahpun memenuhi permintaan tersebut dengan hadir ke mahkamah hari ini. Ong diwakili enam lagi peguam, Ong Chin Wen, N Murali, Murali Ram, Lim Boon Beng, Jason Khor dan Ong Yiu Shin. | Dharmendran dibunuh:Sikap kebinatangan Posted: 26 May 2013 08:57 PM PDT KL TODAY Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Tidak keterlaluan kiranya saya mengandaikan bahawa lembaran ini tiada apa-apa makna buat YB Datuk Seri Dr dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional. Lebih-lebih lagi memandangkan warkah ini datangnya daripada seorang belia etnik India, kaum minoriti di negara ini. Setiap perkataan dalam warkah ini mungkin boleh diumpamakan sebagai bisikan yang terlalu halus untuk diberikan perhatian oleh YB Datuk Seri Dr. Beberapa hari yang lalu, negara ini menyaksikan satu lagi kematian disebabkan oleh tindakan kebinatangan terhadap mendiang N. Dharmendran, 33. Amat pilu kerana laporan patologis sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya. Berdasarkan pemahaman dan penyelidikan saya, Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment. Konvensyen ini secara langsung membenarkan pertubuhan mahupun pakar pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengadakan lawatan dengan kerap untuk memeriksa pusat tahanan serta tahanan itu sendiri. Namun, entah mengapa, Malaysia memilih untuk tidak menyokong. Apakah keterlaluan kiranya saya mengandaikan bahawa Malaysia memilih untuk berkecuali semata-mata bagi menghalalkan perbuatan kebinatangan sedemikian rupa? Maafkan saya kiranya andaian saya ini terlalu tajam. Sedar atau sengaja mengenepikan fakta, kes mendiang Dharmendran ini bukannya sesuatu yang baru dalam membicarakan kekejaman pihak polis ini. Siapa boleh lupakan kematian A. Kugan di balai polis USJ sekitar Januari 2009 serta Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed yang menemui ajal ketika berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Statistik antara 2000 dan Februari 2010 menunjukkan, 64 orang Melayu mati dalam tahanan polis, Cina (30 kes); India (28 kes), kaum lain (lapan kes) dan warga asing (14 kes). Kematian Tharma Rajen, 20, di Balai Polis Putrajaya, M. Ragupathy, 22, di Balai Polis Sepang serta Vivashanu Pilai yang mayatnya di jumpai di sungai. Pihak polis mendakwa bahawa Vivashanu kemungkinan lemas selepas berjaya meloloskan diri daripada tahanan polis di Balai Polis Dang Wangi namun keluarga mendiang pula mendakwa bahawa Vivashanu dibunuh sewaktu dalam tahanan polis sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai. Kematian R. Gunasegaran di Balai Polis Sentul pada Julai 2009 pula diam seribu bahasa. Dan untuk rekod, Balai Polis Cawangan Dang Wangi sememangnya layak dimasukkan dalam "Malaysia Book of Records" kerana menempa sejarah yang tersendiri apabila menjadi balai polis tunggal di negara ini yang mencatatkan tiga kematian tahanan dalam tempoh tiga bulan iaitu daripada September hingga Disember 2012 iaitu kematian K. Nagarajan, 32, Chandran Perumalu, 47, dan Wong Tip Ping, 51. Mac 2013 pula menyaksikan kematian M. Ragu, 47, di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar. Agaknya kisah-kisah ini telah dihitamkan seperti yang dilakukan terhadap kes kematian A. Kugan dahulu? KES-KES YANG "DIDIAMKAN" DARIPADA SIASATAN Peguam-peguam seperti P. Uthayakumar dan N. Surendran dan badan-badan seperti Police Watch and Human Rights Committee dan Suaram telah mengemukakan banyak bahan bukti, dan banyak laporan polis telah dibuat. Namun, semuanya hanya tinggal laporan sahaja. Berikut ialah fakta hasil daripada pemantauan Police Watch and Human Rights Committee serta Suaram yang mungkin tidak pernah di ambil tahu oleh kerajaan Barisan Nasional. Prakash Moses pengsan sewaktu dalam tahanan di Pusat Tahanan Balai Polis Jalan Hang Tuah (sebelum ini dikenali sebagai Penjara Pudu). Tiga hari kemudian beliau mati di Hospital Kuala Lumpur. Anaknya, Steven Moses yang turut di tahan di sana mendakwa bahawa terdapat luka dalam di kepala ayahnya yang disyaki sebagai punca kematiannya. Mac 2003 Kannan Kanthan, 45, mati dalam tahanan di Balai Polis Batu Pahat, Johor selepas di tahan tiga hari oleh polis. Sepupunya, Sri Rajesh Kanna Viladan mendakwa terdapat kesan kecederaan pada tubuh mendiang. Julai 2003 Ulaganathan Muniandy, 19, mati di Balai Polis Kajang selepas ditahan di bawah Akta Darurat yang membenarkan pihak polis menahan suspek selama 60 hari. Pihak polis mendakwa suspek mati kerana asma (dakwaan yang sama pada mulanya dalam kes A. Kugan ini) namun sijil kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Kajang pula menyatakan bahawa punca kematian mendiang sebagai "tidak diketahui". Ibu mangsa pula mendakwa anaknya tiada penyakit asma dan kali terakhir melawatnya di tahanan, terdapat kesan lebam di mata mendiang. Oktober 2003 Ravichandran Ramayah, 38, mati selepas ditahan selama seminggu di Balai Polis Timur Laut di Pulau Pinang. Walaupun pihak mahkamah mengarahkan suspek di bawa ke hospital untuk rawatan kerana kesihatannya yang terjejas teruk namun sebaliknya berlaku apabila pihak polis membawa mendiang terus ke Penjara Pulau Pinang. Suspek mati di sana. Pihak Polis mengklasifikasikan kematianya sebagai kematian semulajadi. Veerasamy Gopal, 52, mati dalam tahan Balai Polis Ampang selepas di tahan selama empat hari. Keluarganya percaya mangsa mati akibat didera dalam tahanan. Disember 2003 L. Yoges Rao, 22, mati dalam tahanan di Balai Polis Sitiawan, Perak. Yoges merupakan suspek kes dadah dan enam pegawai polis telah menyerbu rumahnya. Kakaknya yang berada di rumah ketika itu menyatakan bahawa pegawai-pegawai polis berkenaan memukul adiknya dengan menumbuk beberapa kali di perut dan abdomen badannya. Kemudian pegawai polis berkenaan membawa adiknya masuk ke dalam salah satu bilik di rumahnya dan mengunci pintu biliknya. Beliau mendengar adiknya meraung kesakitan sambil merayu kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk tidak memukulnya. Yoges hanya dibawa keluar dari bilik berkenaan selepas hampir satu jam setengah dan Yoges mengalami muntah darah. Mendiang meninggal pada keesokkan hari di lokap. Permit kuburnya menyatakan bahawa Yoges mati kerana ulser perut. Kejam! Ini hanyalah kes-kes yang direkodkan bagi tahun 2003 sahaja. Seperti saya, ramai lagi yang percaya bahawa keganasan ini seolah-olah direstui dan dihalalkan oleh kerajaan pemerintah. Apakah benar? Yakinkan saya dan rakyat Malaysia amnya bahawa kami selamat daripada keganasan ala binatang liar ini! Jika akal pemikiran waras saya ini masih tidak yakin dengan kredibiliti pasukan penguasa dibawah pemantauan anda, itu bukan salah saya dan tiada sebab untuk menyuruh saya meninggalkan negara ini. Yang betul dikatakan salah dan yang salah dikatakan betul laksana hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya! Semoga, Tuhan merahmati dan mencucuri roh mendiang Dharmendran. Yang rindukan kebenaran, Edwin Michael. | Ketua Pemuda MIC lepas jawatan tahun depan Posted: 26 May 2013 08:48 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC T. Mohan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu tahun depan berikutan usianya yang akan mencecah 41 tahun - had umur untuk memegang jawatan itu. "Saya telah memegang jawatan ini sejak Mei 2008...walaupun tidak memegang jawatan kelak, saya tetap memberikan sokongan kepada muka baharu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Ditanya mengenai cadangan menjadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal, beliau berkata ia belum sesuai dilakukan pada masa ini. Pada pilihan raya umum lepas, Mohan tewas kepada Dr Xavier Jayakumar dari Parti Keadilan Rakyat dalam pertandingan lima penjuru merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Andalas. - Bernama | Hadi, Guan Eng jelas ketidakhadiran Himpunan Black 505 Posted: 26 May 2013 08:47 PM PDT SHAH ALAM -Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan ketiadaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), dari DAP dan Pas dalam Himpunan Black 505, di padang Amcorp Mall, kelmarin adalah kerana pemimpin tersebut berada di luar negara. Beliau memaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di Turki manakala, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berada di London. "Mereka di luar negara, jadi bagaimana mereka mahu hadir himpunan Sabtu lalu?," katanya kepada Sinar Harian. Himpunan anjuran 50 NGO itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan beberapa pimpinan PR yang lain. Himpunan yang berlangsung bermula jam 4.30 petang itu tamat pada jam 12 tengah malam dan dihadiri penyokong yang memakai baju berwarna hitam. Mengulas lanjut mengenai himpunan itu, Mohamad Sabu berkata, pimpinan PR berpuas hati dengan sambutan diberikan rakyat. "Semua himpunan sebelum ini pun mendapat sambutan seperti yang berlaku semalam. Jadi kita berpuas hati," katanya. Dalam pada itu katanya, beliau kini sibuk dengan permintaan untuknya menjadi penceramah di setiap himpunan itu yang diadakan di seluruh negara. "Saya kini dalam perjalanan ke Tapah, Perak. Malam ini (semalam) akan diadakan di sana pula himpunan 505," kata beliau | Isteri tahanan maut dalam lokap buat laporan polis Posted: 26 May 2013 08:44 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Isteri mendiang N.Dharmendran hari ini membuat laporan polis berhubung kes kematian suaminya yang ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL), Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata isteri mendiang Marry a/p Mariay Susay diiringi kira-kira 30 anggota keluarga dan kawan mendiang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 11 pagi untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu. Beliau berkata disebabkan ramai anggota keluarga yang ingin masuk ke kawasan balai, pihaknya meningkatkan kawalan keselamatan dan mengehadkan bilangan kemasukan mereka. "Tujuan pihak polis mengehadkan jumlah ahli keluarga yang masuk ke dalam balai bagi memastikan keselamatan dan mengurangkan kesesakan di pejabat pertanyaan memandangkan terdapat ramai pengadu lain yang berurusan di balai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Kenyataan media itu turut memaklumkan situasi sebenar yang berlaku bagi mengelakkan salah faham. Ini berikutan dalam kejadian pagi itu, semasa kawalan masuk ke dalam balai dijalankan, seorang lelaki meluru secara tiba-tiba dan menolak anggota polis yang sedang bertugas dan pada masa sama memaki hamun anggota polis itu. | BN parti tunggal akan wujudkan perpecahan Posted: 26 May 2013 08:43 PM PDT SINAR HARIAN KOTA KINABALU - Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew berpendapat prestasi buruk beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) pada PRU13 tidak mewajarkan bagi BN dijadikan sebagai parti tunggal. Beliau berkata, sebaliknya semua parti komponen BN bersatu atas hakikat setiap parti mempunyai ciri dan kelebihan tersendiri. Memberikan contoh latar belakang BN untuk menyokong pandangannya itu, Liew berkata: "Kita sorot semula bagaimana BN dibentuk pada awal 1970-an untuk menggantikan Perikatan ketika itu, kita tahu setiap parti komponen beroperasi untuk iltizam dan tujuan bersama, sebagai parti tersendiri yang keanggotaannya mengikut kaum." "Dalam erti kata sebenar, setiap parti komponen mewakili kepentingan kaum atau masyarakat tertentu di Malaysia. Bagaimanapun, BN hanya berperanan sebagai satu parti semasa pilihan raya dengan semua calon parti komponen bertanding guna lambang BN dan berkempen di bawah manifesto BN walaupun setiap parti komponen turut mengeluarkan manifesto sendiri. "Kejayaan setiap parti kemudian diukur daripada segi keupayaan untuk memenuhi tuntutan penduduk di kawasan masing-masing dan berapa banyak kawasan dimenangi mereka pada pilihan raya umum," katanya di sini, semalam. Liew berkata, BN sebagai parti tunggal mungkin akan mewujudkan perpecahan dalam kerajaan yang mungkin akan membawa pertikaian khususnya dalam isu membabitkan kepentingan minoriti atau kaum Katanya, walaupun wujud isu dalam gabungan dan ada sesetengah rakan kongsi berasa dipinggirkan tetapi perkara itu dapat diselesaikan tanpa perlu objektif BN dikompromi. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan