Rabu, 22 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 22 May 2013 03:13 PM PDT

Malaysiakini VS Utusan Malaysia : Portal Berita Malaysiakini Dapat Amaran. Akses Media Malaysia Adil!

Posted: 22 May 2013 03:26 AM PDT

Staff Berita Semasa

Malaysiakini News

Kami ingatkan ada teguran untuk Utusan Malaysia, tetapi tidak. Seperti biasa Utusan Malaysia terus kebal daripada undang-undang negara. Belum mampu disentuh oleh sesiapa pun.

Tetapi yang cukup bersalah dan tidak beretika adalah portal Malayskini sehingga diberikan satu amaran keras oleh Menteri Kementerian Dalam negeri (KDN) yang baru, Datuk Seri Zahid Hamidi namanya. 

"I will monitor every word, every sentence, every paragraph and every news item in Malaysiakini. You don't play fire with me. You always spin.

Boleh atau tidak buat benda yang sama kepada RTM, TV3, Utusan dan sebagainya? Terima kasih wahai menteri jika suara & tuntutan rakyat Malaysia ini didengar.

Berita Semasa tidak pasti apa sebenarnya yang telah membangkitkan kemarahan Zahid Hamidi. Ini kerana berdasarkan semakan kami terhadap laporan berita yang dikeluarkan sendiri daripada Utusan malaysia dengan laporan berita Malaysiakini :

Sumber berita Malaysiakini versi Inggeris :

New Home Minister Ahmad Zahid Hamidi says the opposition can "migrate elsewhere" if it is not satisfied with the country's electoral system.

Sumber Berita Malaysiakini versi BM :

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Kedua laporan berita Malaysiakini ini dipetik terus daripada laporan akhbar Utusan Malaysia sendiri yang isinya daripada anda sendiri. Jadi apa yang putar belitnya di sini?
  • Bagi kami daripada memberikan amaran keras, menggugut seperti ini, mengapa tidak menggunakan saluran yang betul jika benarlah Malaysiakini telah "spin berita" & membuat fitnah
  • Mengapa tidak menggunakan saluran undang-undang dengan cara saman Malaysiakini?
  • Be professional! Get your lawyer do the work. Statement ugut mengugut sudah tidak relevan pada masa sekarang.
  • Kalaulah mainstream media seperti Utusan, TV3 cukup beretika di mata Zahid Hamidi, mengapa mereka beberapa kali telah tumbang dalam kes saman fitnah terhadap mereka?
  • Besarlah harapan kami sekali lagi, diharapkan Zahid Hamidi jadilah Menteri Malaysia, Menteri Rakyat Malaysia
  • Bukannya Menteri untuk parti politik. Insyaallah.

Dan, alang-alang kami menyentuh realiti media arus perdana di Malaysia, kami masukkan sekali pandangan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Seri Shabery Cheek yang mengatakan akses hebahan berita di media ketika ini adalah cukup adil kepada semua termasuklah kepada pembangkang kerana pembangkang lebih dilihat menguasai hebahan berita di Internet. Adil katanya….

Malaysia VS Utusan Malaysia

Kepada Shabery Chik, sebelum bercerita keadilan dan kesamarataan tentang realiti hebahan berita di Malaysia pada ketika ini :

  • Tahu atau tidak pengertian media massa?
  • Setahu kami, media massa dengan Internet bukan terletak di dalam kategori yang sama dnegan
  • Maafkan kami jika kami tersilap, betulkan kami.

"Opposition already has equal media access" says Shabery

Tepuk dahi kami membacanya.

  • Di Internet itu berapa juta orang tengok?
  • TV, Radio, akhbar berapa kadar pembaca secara keseluruhannya?
  • Makcik, pakcik di kampung dan di pedalaman Malaysia apa sumber beritanya? Kalau tidak ……………………… & ……………………

Besarlah harapan kami, supaya tindakan orang lama seperti Rais Yatim sepanjang beliau menggalas jawatan sebagai Menteri Penerangan tidak diulangi lagi. Buangkan ego, buka buku baru. Tokoh veteran sepertinya kami tidak terkejut andaikata idea dan pandangan yang dikemukakan tidak relevan dengan pemikiran masyarakat hari ini.

Insyaallah jikalau anda (Shabery Cheek) memimpin Kementerian ini dengan matlamat untuk menjadikan negara lebih baik tanpa campuraduk kepentingan parti, kami pasti seluruh rakyat Malaysia akan menyokong aspirasi anda selepas ini. Buktikannya…..

Nasib baik, ada ruang di Internet. Lagipun Internet tidak boleh dikenakan tindakan sekatan sebab ada Cyberjaya MSC itu. Kalau tidak, alamatnya tiadalah syarikat luar yang berminat membuka pejabat di Cyberjaya, lebih baik pergi ke Silicon Valley.

Akhir kata daripada kami (Berita Semasa) untuk diri kami sendiri dan kepada pemimpin-pemimpin negara terutamanya :

Negara ini bukan hak sesiapa pun, tubuh badan kita pun hanya pinjaman Allah yang akan dipersoal di Hari Akhirat, tetapi Allah telah lantik kita sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkannya, bukan membinasakannya dengan ucapan-ucapan sombong.

Kalangan menteri yang ada sekarang, perlu berani melakukan perubahan dalam diri sendiri dahulu sepetrimana yang cuba ditonjolkan YB Khairy Jamaluddin seja akhir-akhir ini termasuklah bagaimana beliau mengeluarkan pandangan dan halatujunya mengenai kementerian yang dikendalikan beliau ketika ini. Mungkin Khairy Jamaluddin boleh mengajar kalangan menteri yang ada sekarang bagaimana cara menguruskan kepelbagaian pandangan rakyat Malaysia ketika ini.

 Apa kata Anda Pula?

Bila Zahid Beri Amaran Jangan Main Api..

Posted: 22 May 2013 03:16 AM PDT

MSO
 
Zahid Hamidi nampaknya terus mencipta dan membentuk identitinya sebagai menteri yang bengkeng dan pongoh. Tidak sampai 72 jam dia meminta mereka yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya negara ini agar keluar dari negeri ini dan mencari negeri lain yang lebih sesuai, hari ini dia herdik media massa pula.Tindakan Zahid ini agak kontras dengan menteri lain yang kelihatan lebih tenang dan bersikap rasional dalam memberi kenyataan bersikap apolegetik pertama sebagai menteri? Masing-masing cuba memberi penjelasan cara baik kepada rakyat agar memahami situasi pilihan raya dan menerima keputusan dengan baik.

Berbeza dengan Zahid Hamidi. Apakah peraturan telah menetapkan demikian seseorang yang menjawat Menteri Dalam Negeri harus ada stail tersendiri, kelihatan tegas dan bengkeng agar orang takut? Boleh jadi juga. Disebabkan Zahid tidak ada misai dan janggut untuk menjadi perisai keberaniannya maka dia kena mengeluarkan kata-kata yang bengis.

Hari ini Zahid dilaporkan memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini agar tidak membuat laporan dengan memutar belitkan kenyataan. Kata Zahid, "anda (wartawan Malaysiakini) selalu putarbelit kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tidak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya, anda tulis elok-elok". Begitulah amaran dan herdik Zahid dipetik.

Amboi beraninya si Zahid ini sampai memberi ingatan agar jangan main "mercun" dengannya. Apakah dia masih berfikir Malaysia ini 'mak bapak' dia yang punya. Negera ini ada undang-undang dan menteri tidak semestinya berada di atas undang-undang.

Cara Zahid mengherdik orang seolah-olah dia kebal dengan undang-undang. Suka saya hendak mengingatkan menteri berkenaan, bahawa dunia ini Allah yang punya. Jangan terlalu manggak sangat dengan kuasa. Kuasa boleh pergi dan datang dengan bila-bila masa. Hari ini kamu di atas esok lusa kamu boleh berada di bawah.

Sesungguhnya Zahid telah mewajah dirinya sebagai seorang menteri yang huduh dan buruk. Sikap Zahid bertentangan dengan pembawaan dan perwatakannya sebelum ini. Zahid dikenali sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama lebih mampan dari Najib. Tetapi sedih cara dia bercakap jauh lebih rendah mutunya berbanding dengan Najib bahkan daripada Khairy Jamaluddin pun.

Apakah Zahid sedang dihimpit dengan masalah? Selalunya orang yang bercakap merapu, panas baran tidak tentu fasal fikiran bergelabu dan tidak tenteram. Apa lagi yang Zahid tidak berpuas hati. Apakah keputusan pilihan raya lalu di mana undinya semakin merosot atau ada sebab lain. Dalam pilihan raya lalu undi majoritinya merosot sebanyak 584. Sebab itukah.

Kebiasaanya juga kalau ahli politik jadi panas baran atau tidak tenang kerana masalah rumah tangga. Ada perang dingin di rumah. Apakah Zahid juga termasuk dalam kes ini? Apakah dalam rumah tangganya ada masalah? Apakah kerana beliau hendak berbini satu lagi tetapi dimarahi isterinya? Seorang menteri yang berani sepatutnya tidak ditekan masalah-masalah begitu.

Zahid kata dia tidak akan campur tangan dalam bidang kuasa politik. Jadi kalau Zahid ada masalah rumah tangga janganlah masalah itu dibawah keluar sampai dapat dikesan oleh orang ramai. Bertindaklah dengan bijak dan secara profesional.

Anda berkelulusan agama, berketurunan Ningrat dari Ponorogo, Jawa dan sudah menjadi menteri kanan sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada menteri lain. Kalaupun ada merasa ada kuasa menerusi menteria itu tetapi gunalah sebaik mungkin. Orang tidak akan takut dengan jerkah dan kata-kata huduh dari anda. Orang akan hormat anda sebagai menteri dalam negeri apabila anda tegas, adil dan bertindak tanpa memilih bulu. Beranikah anda menangkap dan menyiasat diri anda sendiri?

Anda memberi amaran kepada Malaysiakini yang suka memutar belit berita. Tetapi dalam masa sama anda lupa kepada apa yang surat khabar anda (Utusan Malaysia) lakukan. Apakah akhbar berkenaan tidak memutar belitkan berita? Jangan bertindak double standard. Kalau anda hendak menegakkan keadilan, bertindaklah dengan penuh keadilan tanpa bias.

Jangan bersikap munafik kuman di seberang laut nampak tetapi gajah atas kelopak mata sendiri tidak kelihatan. Kita tunggu apakah pula amukan Zahid selepas ini dan dalam masa 40 hari

'Suara Rakyat Suara Keramat' tema Kongres KEADILAN ke-9

Posted: 22 May 2013 03:08 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA : 'Suara Rakyat Suara Keramat' dipilih sebagai tema Kongres Nasional KEADILAN ke-9 yang diadakan dua hari bermula Jumaat ini.

Seramai 2,500 termasuk perwakilan, pemerhati dan jemputan khas akan menghadiri program rasmi parti itu yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perwakilan tersebut melibatkan 221 Cabang seluruh negara.

Kongres

"KEADILAN sekarang mempunyai 222 Cabang tetapi hanya 221 yang akan hadir kerana satu cabang lagi iaitu di Igan, Sarawak belum berdaftar dengan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan)," jelas Saifuddin turut memaklumkan hitam menjadi warna tema kongres.

Ibu Pejabat KEADILAN akan menyiarkan secara langsung perasmian kongres pada Sabtu yang dijadual bermula jam 8 pagi.

"Program berlangsung selama sehari iaitu dari pagi sehingga jam 7 petang.  Keperluan kita adalah untuk meluluskan Minit Kongres 2011, Penyata Kewangan 2011 dan Laporan Tahunan 2012," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

"Kongres kali ini bertujuan bagi menggantikan program yang sepatutnya dilangsungkan pada 2012, tetapi disebabkan kita mahu tumpu kepada pilihan raya, kita tangguh sehingga tahun ini," kata Saifuddin lagi.

Tambahnya, tiga usul akan dibahaskan termasuk ucapan dasar presiden, perjalanan PRU 13 serta hala tuju KEADILAN.

"Seramai 16 pembahas akan membahaskan ketiga-tiga usul berkenaan yang bermula sejurus selepas ucapan Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)," katanya.

Sehari sebelum itu, Kongres Nasional melibatkan sayap KEADILAN – Angkatan Muda dan Wanita akan turut berlangsung di tempat sama.

"Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali akan merasmikan kongres tersebut sepertimana tradisi sebelum ini," kata Saifuddin.

Fokus polis tangani jenayah, bukan 'buru' aktiviti Pakatan

Posted: 22 May 2013 03:07 AM PDT


Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) yang baru supaya mengarahkan anggotanya menangani isu jenayah, bukan mengintimidasi program dan aktiviti politik pemimpin Pakatan Rakyat.

"Pihak polis sewajarnya lebih prihatin mengatasi jenayah, bukan isu politik terutama berhubung program yang dianjurkan parti politik Pakatan Rakyat," katanya kepada Keadilan Daily.

polis-ganas

Kecenderungan polis mengekori aktiviti Pakatan akhirnya membawa malang kepada kakak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila rumahnya dirompak di SS3, Petaling Jaya dan adik KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Mantin, Negeri Sembilan, 18 Mei lalu.

Wong Chen berkata, Pakatan menyokong sebarang usaha membanteras kegiatan jenayah melalui peningkatan peruntukan dana dan peralatan yang munasabah.

Namun, katanya, operasi polis terutamanya Cawangan Khas (SB) perlu dirombak terutama melibatkan operasi yang kini cenderung mengintip aktiviti politik rakyat.

"Kejadian buruk seperti ini sepatutnya menjadi harapan baru rakyat Malaysia agar polis lebih prihatin dengan isu-isu keselamatan," kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN itu lagi.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan Belanjawan 2012 Malaysia menunjukkan pada 2010, Cawangan Khas telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai aktiviti politik warganegara Malaysia dan 351,000 pelepasan pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Cawangan Khas menghasilkan 733,000 laporan dan mengintip kira-kira 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia berbanding Jabatan Siasatan Jenayah yang cuma membuka 212,000 fail jenayah.
Jumlah itu kurang daripada 30 peratus daripada aktiviti mengintip dilakukan Cawangan Khas.

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mendakwa kadar jenayah negara menurun sebanyak 11 peratus bagi 2011 manakala jenayah jalanan sebanyak 40 peratus semenjak Program Transfromasi Kerajaan(GTP) diperkenal.

Namun, masih banyak kes berprofil tinggi yang masih tidak dapat diselesaikan.

Mana laporan 'rundingan' Umno dengan penceroboh Lahad Datu?

Posted: 22 May 2013 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal tindakan kerajaan yang masih tidak mendedahkan hasil rundingan kerajaan dengan penceroboh Sulu.

Katanya, antara isu yang menyelubungi insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari lalu ialah permintaan kumpulan bersenjata Sulu yang mahu bertemu seseorang yang berpangkat 'VIP' kerajaan Malaysia.

"Siapa personaliti VIP yang dikatakan Sultan Kiram yang ingin ditemuinya? Apa yang cuba dilindungi pimpinan Umno BN sehingga mereka enggan mendedahkannya?

"Bagaimana orang yang terlibat dengan pencerobohan merupakan seorang yang pernah menjadi ADO (Pembantu Pegawai Daerah) di Kudat? Ini persoalan yang mereka gagal jawab," kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil kepada Keadilan Daily.

Najib_Kiram

Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan lalu memaparkan gambar pertemuan antara ketua penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.

Antaranya bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan, Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah di Kudat berdasarkan dokumen gaji 1975 kerajaan Sabah yang diperolehi dari arkib negeri.

Justeru kata Shamsul, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu tidak akan didedahkan hanyalah wayang untuk mencipta persepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat.

"Ini hanya tindakan yang didorong kepentingan Umno BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, BN menjadikan isu ini untuk kepentingan mereka.

"Pakatan Rakyat konsisten. Pendirian kami bahawa isu Lahad Datu ini adalah isu keselamatan dan ia perlu ditangani secara tegas," kata Shamsul.

Tambahnya, nama tiga pemimpin pembangkang yang cuba dikaitkan dengan insiden tersebut bertujuan mengurangkan tumpuan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan Umno BN.

"Jangan kembalikan demokrasi di negara kita kepada era Mahathir yang memperkuda aparat kerajaan untuk menekan rakyat," kata Shamsul.

Tiada kerajaan 'minority' akan bertahan lama

Posted: 22 May 2013 03:00 AM PDT

Apa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan mempersoalkan hal kepimpinan dalam kerajaan minoriti yang ada pada hari ini? Di mana-mana negara pun jika kerajaannya dipimpin oleh kerajaan minoriti keadaan seperti yang sedang dihadapi oleh BN sekarang adalah kejadian biasa.
Itulah sebabnya kita melihat banyak kerajaan menubuhkan kerajaan campuran. Kerajaan Britain sekarang adalah kerajaan campuran apabila tidak ada parti yang menang secara mutlak. Kerajaan Australia adalah kerajaan campuran selama satu penggal yang lalu dan akan mengadakan pilihanraya lagi pada September nanti.
Tiada parti yang mendapat kemenangan yang tipis, boleh bertahan dan apa yang dihadapi oleh BN hari ini adalah keadaan yang sama dan dijangka tidak akan bertahan lama. Dalam memperbetulkan keadaan ini, semua pihak terutamanya kepada pihak yang menang dengan kerusi yang kecil itu mesti melakukannya secara baik dan jujur dan pertimbangannya hanyalah terhadap kesejahteraan rakyat sahaja, dan tidak yang lain.
Jangan ada pertimbangan yang lain dari itu kerana jika ada pertimbangan lain ia sudah pasti akan membantutkan usaha penyatuan itu. Apabila ada perundingan dan perbincangan ia wajar meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain. Jika PM Najib mahu melakukan perundingan itu beliau perlu tegas dan tidak mudah digoyang oleh elemen-elemen ugutan dari dalam UMNO itu sendiri.

Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara 'convention' iaitu seorang Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi 'feasible'. Ini di sebabkan UMNO sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber 'consequence' untuk negara kita.

Penyelesaian mesti dilakukan dengan kadar segera kerana jika ada kelengahan, ia akan membawa kepada situasi yang lebih buruk lagi kerana situasinya akan lebih buruk pada masa akan datang dalam kadar yang cepat pula. Kelalaian UMNO selama ini menyebabkan parti itu sudah tiada yang berkepimpinan maka rakyat terpaksa mencari orang yang mampu untuk melakukan perubahan itu.
Jika UMNO tidak mahu bertindak segera melakukan perubahan ini, maka yang jelas parti itu akan kecundang dan jika pimpinan hari ini masih dengan acara dan ragam yang sama maka rakyat akan memberikan persepi UMNO tidak mahu berubah dan sudah bersedia untuk ditumpaskan. Jika itu berlaku UMNO tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk ahli-ahlinya sendiri kerana bersikap degil dan tidak memahami apa yang dikehendaki rakyat sebenarnya.
Sememangnya UMNO dan BN sedang menurun sokongan ramai. Semasa Abdullah Badawi yang dikatakan oleh setengah pihak seorang Perdana Menteri yang 'tidur' dan tidak bersedia untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya, beliau tetap mendapat 140 kerusi dalam PRU 12 yang lalu.

Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya.

Bagi melakukan perubahan ini kita mesti akui dahulu yang UMNO serta BN sudah sampai kepenghujungnya dan ia memerlukan pembaharuan yang besar-besaran. Melakukan pembaharuan itu wajib dengan menampilkan seorang yang disegani dan boleh membantu membawa situasi politik yang berbeza dari yang ada pada hari ini. Itu dahulu yang mesti dilakukan. Selagi ada baki-baki situasi politik sekarang ini wujud, usaha untuk melakukan pembaharuan itu tidak mudah dicapai.
Pihak yang mahu melakukan perubahan ini mesti membawa rakyat berfikir dalam 'environment' yang baru supaya masing-masing akan merasa kebersamaan dalam melakukan perubahan dan membina negara yang bersatu padu itu. Semua pihak wajar merasakan keterlibatan mereka dalam usaha ini. Apabila dibawa rakyat bersama untuk mencapai penyatuan ini, maka rakyat akan bersama-sama menjaga apa yang telah diputuskan bersama itu.

Saya selalu membawa isu ini kerana saya sedar yang UMNO akan kecundang dan pihak yang mengambilalih pun tidak mungkin berjaya melakukan perubahan sepenuhnya. Yang menang tidak akan dapat semua dan yang kalah tidak akan kehilangan semua. Justeru masalah perbalahan itu akan tetap wujud.

Bagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi jika diberikan ruang untuk difikirkan bersama. Jika tidak abaikan sahaja pandangan ini dan teruskanlah dengan perbalahan yang anda sekalian sedang lalui sekarang.

GST: Rakyat Tidak Setuju Kerana Menambah Kos Sara Hidup

Posted: 22 May 2013 02:58 AM PDT


gst grafik 01

SHAH ALAM :Rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Pusat untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini.

Bagi Mohd Nazri Rahmat, 51, cukai GST hanya akan menambahkan beban yang sedia ditanggung oleh rakyat dan seharusnya Kerajaan Persekutuan menyemak semula sistem ini supaya tidak menekan golongan berpendapatan rendah.

 Mohd Nazri Rahmat,51

"Sebagai negara membangun, kita tak dapat elak daripada cukai, cukai pendapatan, GST dan lain-lain yang digunakan untuk pembangunan rakyat.

"Saya tak setuju kerana barangan seharusnya bebas daripada sebarang cukai.

"Saya ingat cukuplah dengan pelbagai cukai, tak payah bebankan orang lagi," katanya ketika ditemubual TVSelangor di sekitar Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bercadang untuk memperkenalkan cukai GST sebanyak 7 peratus dengan menjadikan Singapura sebagai model perlaksanaan cukai berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyangkal pelaksanaan cukai itu dengan mengatakan pendapatan perkapita rakyat di negara ini jauh lebih rendah berbanding Singapura.

Mohd Maamur Miftaf,51

Sementara itu, Mohd Maamur Miftah, 52, pula berpendapat Kerajaan Persekutuan seharusnya mengamalkan sikap lebih bertanggungjawab selepas diberi mandat baru pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) lalu.

"Saya tak setuju, kita ni kalau boleh nak ringankan beban rakyat, itu yang lebih penting. Tak perlu ada cukai-cukai jika pendapatan rakyat masih tidak berubah," ujarnya yang bekerja sebagai ahli perniagaan.

Dalam pada itu, Raja Jamilah Raja Noor, 49, berkata GST hanya akan menambahkan beban rakyat kerana terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi manfaat daripada GST dikhuatiri tidak diterima oleh pembayar cukai sepertinya.

"Ia merupakan beban kepada saya yang berpendapatan rendah tetapi terpaksa pula membayar cukai GST ini dan saya memang tidak bersetuju sama sekali," ujarnya yang bekerja sebagai kerani.

Manakala seorang surirumah, Roslina Tukiman, 45, merasa kecewa jika cukai berkenaan benar-benar dilaksanakan.

 Roslina Tukiman, 45

"Ia hanya menambah beban kepada kita sebagai surirumah dan juga yang lain-lain, sangat-sangat tidak patut dilaksanakan. Lagi-lagi kalau pada yang berpendapatan rendah," katanya.

Himpunan Kesyukuran PR Di Hadapan Amcorp Mall Esok

Posted: 22 May 2013 02:55 AM PDT


tony-pua

SHAH ALAM  : Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan bantahan terhadap PRU13 yang tidak bersih dan adil, tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Justeru, DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat seperti berikut:

Tarikh: 23hb Mei 2013 (Khamis)
Masa: 7 malam
Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (hadapan Amcorp Mall)

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana memberikan sokongan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

"Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di negeri Selangor, kami telah meningkatkan jumlah kerusi dan juga majoriti yang diperolehi oleh calon-calon kami," kata Tony dalam satu kenyataan media.

Turut diundang sebagai penceramah ialah Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad, Zaid Ibrahim, Tamrin Ghafar, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Tan Kok Wai dan lain-lain.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis kerana akan memberikan kerjasama untuk menjalankan ini.

"Polis akan membantu mengawal trafik. Bagi mengurangkan kesesakan jalanraya lagi, kami menggalakkan para hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya," ujar Tony

Sivarasa : Berhenti Menakutkan Rakyat Yang Bantah Keputusan PRU 13

Posted: 22 May 2013 02:53 AM PDT


adam adli jinjang 01

KEPONG  : PKR menggesa Kerajaan Umno-BN untuk menghentikan tindakan menakut-nakutkan rakyat yang membantah keputusan pilihanraya ke-13, sebaliknya berusaha memahami kehendak mereka yang mahu sistem pilihanraya diperbetulkan.

Naib presiden PKR Sivarasa Rasiah juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan Kerajaan Umno-BN untuk menakut-nakutkan rakyat dan menyekat gerakan menuntut sistem pilihan raya yang telus.

"BN kena faham, bahawa rakyat khususnya anak muda akan tetap lawan kerana mereka yakin bahawa prinsip mereka untuk tegakkan keadilan adalah betul.

"Pergerakan ini akan terus berkembang sehingga BN tumbang dan sebuah kerajaan yang benar-benar demokratik dan telus dapat ditubuhkan di Malaysia," tegas Sivarasa.

adam adli jinjang 02

"Nasihat saya, cuba fahami kehendak anak-anak muda ini, terima teguran dan perbetulkanlah sistem pilihan raya yang menjadi punca.

"Hentikanlah mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti dengan melakukan penangkapan seperti penahanan Adam Adli," tambah Sivarasa apabila ditemui di satu di hadapan balai polis Jinjang di sini semalam.

Himpunan tersebut adalah bagi menunjukkan solidariti terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli yang ditahan reman sejak Sabtu lalu dibawah Seksyen 4 (1)  Akta Hasutan 1948.

Beliau ditahan berkenaan ucapannya di sebuah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.

Adam didakwa menggesa orang ramai turun ke jalan raya untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihanraya ke-13.

Himpunan semalam turut disertai pemimpin Pakatan lain yang antaranya Presiden Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim.

adam adli jinjang 03

"Jangan pernah lupa bahawa semangat anak-anak muda seperti ditonjolkan oleh Adam Adli ini membawa obor perjuangan, mereka mahukan masa depan gemilang, mahu negara yang lebih baik.

"Semoga obor perjuangan ini juga akan menerangi hati semua termasuk mereka yang buta dan tuli," kata Wan Azizah di hadapan lebih 200 hadirin.

Dr Nasir Hashim dalam ucapannya pula menganggap penangkapan Adam adalah suatu tindkaan yang dilihat tidak adil dan berat sebelah.

"Mengapa pula ucapan yang lebih teruk yang dikeluarkan (aktivis ketuanan Melayu) Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan bekas hakim (Datuk Mohd Noor Abdullah) tidak dikenakan sebarang tindakan?," soal mantan Adun Kota Damansara ini.

Kongres Nasional PKR Bincangkan Pilihan Raya, Penangguhan Pemilihan

Posted: 22 May 2013 02:50 AM PDT


kongres ke 9 web size

PETALING JAYA: Kongres Nasional PKR ke-9 yang diadakan pada hujung minggu ini akan membincangkan usul yang berkisar tentang penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku di dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR akan menentukan samada untuk mengangguhkan pemilihan jawatan di dalam parti selepas kongres tersebut berakhir.

Selain itu, hala tuju PKR turut akan dibahaskan di kongres dua hari itu yang bakal berlangsung di Petaling Jaya.

Saifuddin berkata kongres yang bakal dihadiri kira-kira 2,500 perwakilan dari 221 cabang, pemerhati dan jemputan khas itu merupakan Kongres 2012 yang sepatutnya diadakan pada November tahun lalu.

"Pada bulan November tahun lepas PKR lebih beri tumpuan kepada persiapan pilihan raya, maka kita menangguhkan kongres tersebut," kata Saifuddin.

Ketika menjawab satu soalan, Saifuddin menjelaskan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti akan dibuat selepas kongress.

Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR akan berlangusng pada 24 Mei dan dirasmikan serentak oleh Timbalan Presiden, Mohd Azmin Ali.

Manakala Kongres Nasional akan diadakan pada hari Sabtu berikutnya.

27 NGO Desak Kerajaan Umno-BN Hentikan Penahanan Politik, Bebaskan Adam Adli

Posted: 22 May 2013 02:49 AM PDT


NGO serah memo KDN 02

PUTRAJAYA : Sebanyak 27 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Pertubuhan Hak Asasi, pertubuhan pekerja dan persatuan masyarakat menggesa Kerajaan Umno-BN menghentikan penahanan rakyat yang mahu berhimpun secara aman.

Kumpulan NGO tersebut mahu hak rakyat untuk berhimpun bagi menuntut hak mereka seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dihormati oleh Kerajaan Umno-BN.

Tuntutan tersebut dinyatakan di dalam sebuah memorandum yang diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini.

Tindakan susulan daripada penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli Sabtu lalu dan pendakwaan terhadap Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

NGO serah memo KDN 01

Sebelum ini Ahmad Zahid juga menyatakan polis akan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang menganjurkan himpunan yang membantah Kerajaan Umno-BN.

Aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram), S. Arutchelvan kumpulan tersebut mendesak agar Adam dibebaskan serta merta dan semua tuduhan ke atas beliau digugurkan.

Katanya, penggunaan undang-undang zalim ke atas rakyat yang hanya mengamalkan hak demokrasi mereka akan memberi imej buruk kepada Polis dan negara.

"Kerajaan harus menjalankan tanggungjawab secara adil dan saksama dan pihak Polis harus dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka secara professional dan berlandaskan undang-undang," kata beliau.

Memorandum itu diserahkan wakil 27 NGO itu kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri, Shahril Faizalis di Bangunan KDN di sini.

Jelas Arutchelvan lagi, tindakan Polis dan Peguam Negara meminta reman selama tujuh hari ke atas Adam adalah satu tindakan yang bukan bertujuan menjalankan satu siasatan yang adil.

"Penahanan berterusan penganjur perhimpunan aman ini juga menjejaskan imej Perdana Menteri yang sebelum ini mahu melakukan transformasi politik di mana hak rakyat untuk bersuara akan dihormati.
"Kami mendesak Datuk Seri Zahid Hamidi mengambil langkah bijak untuk meredakan kemarahan rakyat dan menghentikan penindasan politik serta merta," kata Arul.

Turut sama dalam serahan memorandum itu, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS, Sany Hamzan dan Naib Pengerusi Amnesty International Malaysia, Faizal Mustafa.

Insiden gaduh : Polis digesa siasat kenyataan MP Serdang

Posted: 22 May 2013 02:46 AM PDT

SINAR HARIAN

GEORGETOWN - Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berhubung kenyataan dalam laman sosial miliknya yang didakwa berbaur hasutan dan menyerang beliau secara peribadi.
  
Beliau berkata Ong dalam kenyataan itu memfitnah dirinya terlibat dalam insiden kekecohan di perhimpunan lilin menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim anjuran pelajar Universiti Sains Malaysia (USM).
  
"Saya minta pihak polis siasat kenyataan fitnah itu kerana beliau tiada di tempat kejadian. Betul saya ada di sana tapi saya datang pun lewat dan bertujuan meleraikan kekecohan bukanya bertindak ganas," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong di sini.
  
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda Umno negeri turut menunjukkan salinan kenyataan berbahasa Inggeris yang bertulis,"Zairilkj's assistants beaten up by thugs including a former Pg (Penang) Umno youth leader".
  
Norman dalam laporan polisnya turut mendakwa hampir keseluruhan cermin kereta miliknya telah dipecahkan individu tidak bertanggungjawab dipercayai perbuatan khianat petang semalam.

"Saya letak kereta di Sungai Dua pada sebelah pagi dan ambil semula (kereta) pada petang hari yang sama. Masa itu saya dapati cermin di semua tingkap dan bahagian belakang dan hadapan telah pecah. Mujur tiada barang berharga yang hilang," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng mengesahkan telah menerima laporan daripada tiga individu yang mendakwa dipukul ketika berada di lokasi perhimpunan itu.
  
Pada kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, 30 mahasiswa mengadakan himpunan menyalakan lilin di Sungai Dua sebagai simbolik mendesak agar Adam Adli yang direman lima hari dibebaskan.
     
Program itu kemudiannya diganggu sekumpulan lelaki memakai topi keledar yang datang ke lokasi itu dan cuba membangkitkan kemarahan pelajar berkenaan dengan mengutuk tindakan mereka sebelum berlaku kejadian tolak menolak antara kedua-dua belah pihak.   - Bernama

Saiful Apek dan pekerjanya diarah bela diri

Posted: 22 May 2013 02:44 AM PDT

NORAWAZNI YUSOF


SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya diperintahkan membela diri terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi,  Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Abdul Alim dalam penghakiman berkata mahkamah majistret sebelum ini  terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman.

Turut diperintahkan membela diri  Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29.

Mereka diperintahkan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada 27 Mei ini.

Saiful Apek dan pekerjanya  itu didakwa menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Zahid, Adakah Rampasan Kuasa BN Di Perak Tindakan Demokratik?

Posted: 22 May 2013 12:50 AM PDT


KELAB GREENBOC

Merujuk kenyataan Zahid semalam, kononnya 'rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU', Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa Perak pada Februari 2009.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?

Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku.

Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.

Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hishammuddin Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil.

Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihan raya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.

Badrul Hisham Shaharin/CheguBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Apa selepas RAHMAN?

Posted: 22 May 2013 12:45 AM PDT

 
Oleh ABU FIRDAUS 

BAGI peminat-peminat politik, teori RAHMAN adalah suatu yang misterius dan menarik, walaupun ia mungkin hanya satu kebetulan.

Teori ini muncul pada akhir tahun 1970-an, ketika mana orang membicarakan siapakah perdana menteri selepas Tun Razak Hussein.

Buku politik popular pertama Malaysia ditulis Subky Latif berjudul Siapa Selepas Tun Razak menyemarakkan suasana ini.

Walaupun banyak orang menerima bahawa Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai pengganti Tun Razak, tetapi pemergiannya menimbulkan suatu kekosongan yang sukar untuk dicari ganti.

Dua nama timbul iaitu Ghafar Baba dan Hussein Onn. Tetapi akhirnya Hussein menjadi pengganti.
Tetapi selepas Hussein, ia menjadi masalah lagi, sama ada Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Mahathir Mohamad atau Ghafar sekali lagi.

Maka timbullah teori RAHMAN yang membawa nama Mahathir ke depan. Ini kerana Mahathir berawal huruf M sedangkan Razaleigh dan Ghafar tidak.

Barulah orang pun terfikir sebab itulah Dato' Onn Jaafar tidak menjadi perdana menteri Malaya pertama, sebab permulaan namanya bukan R.

Maka kalau lihat ke belakang lagi, padanlah Ibrahim Yaakob yang mempelopori usaha kemerdekaan tanah air ketika menubuhkan Kesatuan Melayu muda (KMM) gagal kerana tidak memiliki nama awal R.

Begitu juga dengan pengasas Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Mokhtaruddin Lasso dan penggantinya, Dr Burhanuddin Al Hilmy tidak berjaya dalam perjuangannya kerana nama depannya bukan R.

Malah Onn sendiri, pengasas Umno yang menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) juga gagal. Yang berjaya ialah Tunku Abdul Rahman. Namanya ada T, A dan R sebagai awal huruf.

Ternyata R yang membawa rezeki padanya. Dalam pertandingan Yang Dipertua Umno menggantikan Onn, Tunku menang tipis mengalahkan Mustafa Hussein, bekas tokoh KMM yang menyertai Umno. Mustafa gagal mungkin kerana awal namanya tiada R sedangkan siapa yang memimpin Umno ketika itu bakal menjadi perdana menteri.

Selepas Tunku ialah Tun Abdul Razak Hussein, awal namanya ada A dan R. Rupanya A yang memulakan teori RAHMAN di kemudian hari. Ternyata penggantinya ialah Hussein Onn yang awal namanya ada H dan bukannya Tun Dr Ismail.

Teori ini menjadi kukuh apabila Mahathir menjadi pengganti Hussein. Namun ia hampir tumbang apabila Mahatahir memilih Musa sebagai timbalannya, Musa tidak memiliki A pada awal namanya.

Apabila Musa berpecah dengan Mahathir, Ghafar menjadi penggantinya, maka teori RAHMAN goyah lagi.
Namun apabila Anwar Ibrahim direstui oleh Mahathir sebagai timbalannya, teori RAHMAN kembali laku.
Pada tahun 1990-an, rakyat Malaysia sudah menerima Anwar Ibrahim akan menggantikan Mahathir untuk memenuhi teori Rahman. Tiba-tiba Anwar dipecat, apa sudah jadi dengan teori RAHMAN?

Maka dua nama yang layak menjadi timbalan pada Mahathir, iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak. Pastinya Abdullah dipilih dengan Najib sebagai timbalannya, maka terpenuhlah teori RAHMAN.

Tetapi apa selepas RAHMAN? Siapa selepas Najib? Adakah teori RAHMAN berulang lagi. Maknanya kalau berulang, orang yang akan menjadi pengganti Najib ialah seorang yang awal namanya berhuruf R.

Sebab itu jugalah Anwar Ibrahim gagal menjadi perdana menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Tetapi kalau ikut teori RAHMAN yang berulang, Muhyiddin Yassin pun tidak boleh menjadi perdana menteri.

S i a p a k a h p e m i m p i n - pemimpin yang nama berawal R selepas ini. Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein tidak berawal R pada namanya. Dalam Umno, yang ada nama R ialah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi zamannya sudah berlalu walaupun disebut sebagai pengganti Anwar sebagai perdana menteri Pakatan Rakyat jika Anwar hilang kelayakannya.

Di sebelah Pakatan, nama yang bermula R ialah Rafizi. Tetapi beliau masih jauh lagi. Kalau Tengku Razaleigh boleh diterima, selepas beliau ada ruang untuk mereka yang namanya berawal A. Maka Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali boleh mengisi ruang ini. Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang.
Atau teori RAHMAN hanyalah kebetulan yang menjadi mainan kata-kata dan keseronokan bicara para peminat politik tanah air.

Kit Siang dakwa pelantikan 5 anggota Kabinet tidak sah

Posted: 22 May 2013 12:39 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SEGAMAT – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, upacara mengangkat sumpah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru-baru ini tidak sah dan terbatal.

Menurutnya, walaupun kelima-lima mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, ianya tidak sah kerana kelima-lima mereka perlu mengangkat sumpah sebagai Senator terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

"Sepanjang 56 tahun Malaysia merdeka, ini merupakan kali pertama saya melihat situasi sebegini kerana ini merupakan kesalahan besar membabitkan perlembagaan. Mengapa ia berlaku sekarang?

"Ini kerana sehingga kini kelima-lima mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baru Najib," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sehingga kini, Datuk Seri Najib masih lagi membisu mengenai pelantikan dua Menteri iaitu Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong ini sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa. Jika saya salah sila bidas.

"Jika dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri itu tidak juga mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka boleh dianggap tidak sah dan boleh dicabar," katanya.

Kit Siang sebelum itu beramah mesra dengan pengundi Cina di kedai kopi Nam Yuen, Kampung Abdullah, Segamat. Turut hadir, Adun Jementah, Tan Chen Choon.

Nik Aziz : Apa guna popular jika tiada keadilan

Posted: 22 May 2013 12:31 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejayaan Umno memperoleh undi popular hasil salah guna jentera kerajaan selain ketidakadilan media arus perdana.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW juga tidak popular pada awalnya walaupun cuba mengembangkan Islam di Makkah.

"Pada saya, popular atau tidak, itu bukan soal utama. Kebenaran tidak semestinya popular, bahkan Rasulullah SAW di Makkah tidak popular, tetapi tiba di Madinah, baginda terus jadi popular.

"Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno serta Barisan Nasional siang dan malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno," katanya, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung laporan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuk di Kelantan.

Dalam PRU13 lalu, Pas Kelantan kembali membentuk kerajaan setelah berjaya kuasai 33 kerusi Dun berbanding Umno, 12 kerusi.

Laporan Kajian Pasca PRU13 semalam turut menyatakan  BN terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 lalu, sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

Manakala dari segi undi popular, secara keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).

Selain itu, berdasarkan analisis Sinar Harian mengenai keputusan undi PRU13 juga menyaksikan BN peroleh undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

DAP sedia isytihar aset walaupun SPRM kurang kredibiliti

Posted: 22 May 2013 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR — Wakil rakyat daripada DAP bersedia untuk mengisytiharkan aset mereka sepertimana yang dicadangkan anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun badan pencegahan rasuah berkenaan menurut Tony Pua "kurang kredibiliti".

Tony Pua: SPRM tidak adil. — Gambar failMeskipun Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bersetuju dengan cadangan panel SPRM tersebut,  kerana menurutnya ia adalah langkah positif untuk "memastikan integriti, dan meningkatkan kepercayaan dan bagi mengekang gejala rasuah", beliau bagaimanapun menolak pengisytiharan tersebut dibuat hanya kepada SPRM sahaja.

Jelas Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi, sejak lima tahun kebelakangan ini, SPRM juga tidak menyiasat dengan kompeten gejala rasuah "ikan jerung" dalam parti pemerintah.

"Lebih malang lagi, SPRM begitu tidak adil apabila mensasarkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat. SPRM memburu di Selangor, merampas fail dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan menggledah pejabat kerajaan negeri tanpa bukti kukuh dengan harapan akan memperolehi bukti pelakuan rasuah atau salah guna kuasa," dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Panel dengan lapan anggota itu dalam kenyataannya semalam telah mencadangkan supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat pengisytiharan harta setiap tiga tahun kepada SPRM.

Langkah itu jelas mereka bagi memastikan komitmen mereka dalam perang menentang rasuah.
"Dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini maka keraguan terhadap pertambahan aset sepanjang mereka memegang jawatan dapat dihindari," kata panel berkenaan.

Pua bagaimanapun menegaskan kesemua wakil rakyat yang terpilih DAP telah menandatangani Akujanji Integriti pada 11 Mei 2013 ketika Persidangan Kebangsaan Wakil Rakyat yang Terpilih, yang katanya turut memasukkan kluasa "pengisytiharan aset kepada umum sebaik sahaja dilantik ke jawatan eksekutif kerajaan" sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat.

"Exco kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor telah pun mengisytiharkan aset secara terbuka ... saya sendiri bersedia untuk mengisytiharkan aset secara terbuka kerana saya tahu apa sahaja aset yang saya ada diperoleh dengan cara yang baik tanpa sesen pun daripada duit pembayar cukai atau korupsi," katanya lagi.

Pua turut menambah, "apa yang kurang adalah komitmen untuk pengisytiharan aset oleh Perdana Menteri termasuk SPRM akan membuktikan kurangnya keikhlasan untuk membanteras rasuah, terutamanya bagi mereka yang berkuasa di negara ini".

Panel berkenaan yang dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaaffar turut  mencadangkan anggota keluarga jemaah Menteri dan Menteri Besar termasuk juga kumpulan anggota jawatankuasa negeri dicadangkan supaya dilarang daripada terbabit dengan kontrak kerajaan.

Hal ini kerana jelasnya,  agar anggota pentadbiran kerajaan pada peringkat pusat dan negeri serta anggota keluarga terdekat mereka tidak melibatkan diri dalam permohonan atau membida kontrak kerajaan.

Mereka turut mencadangkan agar diwujudkan tempoh bertenang bagi membenarkan penjawat awam yang telah bersara memegang jawatan korporat atau pengamalan profesional dalam sesebuah syarikat atau firma bagi mengelakkan berlakunya gejala rasuah.

"Keadaan ini boleh menimbulkan konflik kepentingan kerana mereka boleh memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan peranan ketika berkhidmat dalam kerajaan untuk kepentingan masa pencen. Ia juga merupakan 'insuran' atau jaminan bagi mereka apabila meninggalkan jawatan awam.

"Risiko kesalahan rasuah juga boleh berlaku kerana pegawai yang bakal bersara itu berpeluang memanfaatkan kedudukan awamnya untuk melobi jawatan atau faedah peribadi tertentu bagi dirinya apabila dia bersara kelak," katanya lagi.

Selepas Utusan, kesatuan penjawat awam ikut serta panggilan memboikot AirAsia

Posted: 22 May 2013 12:23 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini melaporkan kesatuan sekerja penjawat awam dan dua lagi pertubuhan menyertai panggilan untuk memboikot AirAsia dan AirAsia X selepas tajuk utama mereka yang mensasarkan Cina dibantah selepas pilihan raya 5 Mei.

Akhbar berbahasa Melayu itu melaporkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam laporan muka hadapan menggesa semua penjawat awam agar memboikot syarikat tambang murah itu sebaliknya menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan anak syarikatnya Firefly semasa cuti sekolah dua minggu akan datang.

"Kuasa pengguna daripada 1.4 juta kakitangan awam mampu memberi kesan kepada AirAsia, jadi saya minta semua kakitangan awam membuktikannya terutama pada musim cuti sekolah nanti," kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman dilaporkan berkata, mendakwa beliau menerima beberapa rungutan daripada segelintir kumpulan pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan AirAsia.

Beberapa kumpulan turut dilaporkan memberi alasan sama untuk menyokong kempen boikot AirAsia seperti Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak) dan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), lapor akhbar tersebut.

Untuk menyokong dakwaan mereka terhadap perkhidmatan pesawat tambang murah itu, Utusan turut melaporkan di muka hadapan tentang seorang lelaki mengadu syarikat penerbangan itu enggan menerbangkan mayat arwah ibunya dari Jogjakarta ke Kuala Lumpur walaupun beliau telah membeli tiket
sebelum ini. AirAsia mengatakan mereka tidak mempunyai lesen untuk menerbangkan mayat.

Panggilan untuk memboikot AirAsia dimulakan oleh Awang Selamat dari Utusan dalam minda pengarang akhbar tersebut pada 19 Mei kerana membantah tulisan di Twitter ketua pegawai eksekutif AirAsiaX Azran Osman Rani yang tidak senang dengan garis perkauman yang dimainkan oleh akhbar tersebut selepas pilihan raya 5 Mei.

Sebagai respon, akhbar Utusan telah memainkan komen-komen dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno yang menyelar Azran, mengatakan beliau angkuh dan Melayu lupa daratan.

Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar yang menyokong Utusan menyelar Azran, mengatakan beliau tidak akan sampai ke kedudukannya sekarang tanpa "kuasa Melayu yang diperjuangkan oleh Utusan Malaysia". — Bernama

Gerakan gesa BN pertimbangkan gugurkan keahlian berdasarkan kaum

Posted: 22 May 2013 12:20 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— Barisan Nasional (BN) perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan syarat kaum untuk menyertai gabungan berkenaan, sebaliknya menerima keahlian terus tanpa berdasarkan warna kulit.

Cadangan dari parti komponen BN itu dilihat sebagai langkah radikal selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya 2013.

"Saya merayu kepada semua parti komponen seperti Umno, MCA, dan MIC untuk gugurkan keahlian berdasarkan kaum," kata Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn dalam satu sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, keputusan yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya 2013, yang mana pengundi muda, terutamanya pengundi Cina mula menjauhi BN, langkah berkenaan perlu diambil untuk memperbaiki rekod BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Umno secara beransur-ansur menerima bukan Melayu, Bumiputera, itu tindakan yang baik ... semua parti perlu keluar dari garisan perkauman, ia politik baru yang perlu dilakukan untuk tarik pengundi muda.

"Sebagai parti tunggal BN, jika ia dilaksanakan, kita mungkin boleh tarik undi kumpulan muda," katanya, dan menambah, BN perlukan imej dan model baru dalam politik.

Dalam Pilihan Raya 2013, BN menang tipis dengan 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat (PR) 89 kerusi. Daripada 133 kerusi Parlimen, 88 dimenangi oleh Umno.

"Untuk lima tahun akan datang, kami jangka dua juta pengundi muda (akan mengundi), apa mereka mahu, apa mereka fikirkan?" soalnya merujuk kepada kehendak pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Gerakan juga jelasnya tetap akan menyokong jawatan Perdana Menteri sebagai Presiden BN, dan Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Presiden BN sekiranya parti pemerintah itu membuka keahlian terus tanpa sempadan perkauman.

"Ia adalah survival jangka panjang, kalau tidak mereka akan hilang dan pudar," tegas Chang ketika sidang media di Ibu Pejabat Gerakan di sini.

"Kita tidak menafikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri telah menetapkan satu trend dalam transformasi BN secara efektif," katanya, dan menambah BN perlu mengubah parti itu sejajar dengan suasana politik baru di negara ini.

Ditanya sama ada Gerakan akan mempertimbangkan untuk menerima jawatan di peringkat Pusat, beliau menegaskan perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Gerakan.

"Kamu parti komponen, kalau tak suka dengan polisi parti itu cerita lain, sepatutnya ada wakil dalam kerajaan selaku parti komponen ... saya rasa MCA dan Gerakan harus terima jawatan Pusat, walaupun kalah teruk dalam pilihan raya.

"Tetapi jawatan negeri kami terima, hanya jawatan pusat sahaja yang setakat ini kami tolak," katanya merujuk kepada pendirian Gerakan.

Persoalan kemungkinan Gerakan akan bergabung dengan MCA dan Parti Progresif Rakyat (PPP) jelas beliau hanya akan berlaku sekiranya BN menggugurkan pemisahan kaum dalam keanggotaannya.

"Kami ada berbincang perkara itu (gabungan parti) namun isu yang berbangkit adalah keanggotaan, perlembagaan parti kami berbeza ... untuk bergabung dengan MCA kami tidak boleh mengabaikan anggota berbangsa India Gerakan," katanya lagi.

Nasib Pathma, tiga pekerja diketahui esok

Posted: 22 May 2013 12:07 AM PDT

NORAWAZNI YUSOF

 

SHAH ALAM - Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya boleh dianggap tragik seperti juga kes pembunuhan bekas Adun Batu Talam, Datuk Idrus @ Mazlan Idris 17 tahun lalu, yang membabitkan Maznah Ismail atau Mona Fendy.

Dalam kes bekas Adun itu mayatnya ditemui ditanam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong dekat Raub, Pahang dengan keadaan anggota badannya dipotong kepada 18 bahagian oleh pasangan bomoh Nor Affendy Abdul Rahman, isterinya, Mona Fendy serta pembantu mereka, Juraimi Husin.

Kes pembunuhan Sosilawati serta tiga individu pula dianggap kejam kerana kesemua mangsa didakwa dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai berhampiran lokasi pembunuhan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Apakah dakwaan itu benar dan apakah mereka yang didakwa bersalah atau tidak akan diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam esok. Yang didakwa dalam kes itu adalah bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang.

Thilaiyalagan tak kenal mangsa

Semalam, Mahkamah Tinggi di sini dimaklumkan bahawa tertuduh kedua, T Thilaiyalagan tidak mengenali kesemua mangsa iaitu jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang didakwa dibunuh di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Peguam Gurbachan Singh mewakili Thilaiyalagan berkata, tiada sebab untuk anak guamnya itu melakukan pembunuhan kerana dia tidak pernah bertemu dengan kesemua mangsa tersebut.

"Jika Thilaiyalagan tidak kenal siapa mangsa adalah mustahil dia boleh melakukan jenayah serius seperti yang dituduh.

"Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan adalah pekerja di ladang milik bekas peguam N Pathmanabhan," katanya.

Menurutnya, keterangan saksi pendakwaan sebelum ini juga gagal beri bukti cukup mengenai empat orang yang didakwa dibunuh tertuduh pada tarikh tersebut.

"Saya berpendapat oleh kerana tiada bukti cukup, Akta Keterangan 1950 yang menyatakan adanya empat mangsa dibunuh tidak boleh disalahgunakan. Begitu juga dakwaan mengenai empat orang itu dipukul, dibunuh dan dibakar gagal dibuktikan," katanya.

Beliau berkata, oleh kerana elemen ini gagal dibuktikan ia tidak boleh menjadi anggapan niat bersama.

Selepas mendengar hujahan itu Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudian menetapkan esok sebagai keputusan kes.

DNA mangsa ditemui

Nasib Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, Matan serta Kathavarayan sama ada dibebaskan atau dihukum atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga lagi diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan di akhir kes pembelaan selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan pada 14, 15 dan 21 Mei lalu.

Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Nur Azimul Azami Mohamad Nor dan Siti Rohaida Che Hamid manakala barisan peguam bela yang mewakili tertuduh pula adalah Manjeet Singh Dhillon, Gurbachan Singh, Amer Hamzah Arshad dan Hasshahari Johari Mawi.

Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 itu berjalan selama 110 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan serta 742 bahan bukti dikemukakan selain 6,000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Pada perbicaraan peringkat pendakwaan, mahkamah menyebut bahawa asid deoksiribonukleik (DNA) milik Noorhisham ditemui pada kayu kriket yang dirampas dari sebuah rumah di ladang tersebut.

Selain itu, DNA Ahmad Kamil dan Kamaruddin turut ditemui pada kepingan zink yang dikatakan diguna untuk mengalas mayat mereka semasa pembakaran.

Pembantu rumah warganegara Indonesia, Siti Hamidah Karnax semasa memberi keterangan pula mendakwa mendengar jeritan suara wanita dan melihat api besar selain nampak tertuduh terbabit berada di ladang tersebut pada petang dan malam 30 Ogos 2010.

Bagi mengukuhkan lagi bahawa kesemua tertuduh terlibat dalam kes pembunuhan tersebut, pendakwaan turut S Usharani, isteri jutawan dari Chennai, India, A Muthuraja yang dilaporkan hilang sehingga hari ini selepas datang ke Malaysia untuk menemui Pathmanabhan pada 18 Januari 2010.

Sepanjang perbicaraan, tiga bicara diadakan bagi mengetahui keadaan minda tertuduh yang membawa kepada penemuan barang-barang kes serta kenyataan beramaran yang dirakam oleh pihak polis daripada Suresh dan seorang lagi pekerja ladang K Sarawanan.

Kesimpulan

Dalam perbicaraan yang memakan masa hampir tiga tahun itu, pihak pendakwaan telah pun berusaha mengemukakan bukti yang ada, sementara pihak pembelaan sedaya upaya memberi hujah untuk membuktikan anak guam mereka tidak bersalah dan perlu dibebaskan.

Polis minta perhimpunan pembangkang di Melaka tukar tarikh

Posted: 22 May 2013 12:05 AM PDT

SINAR HARIAN
 
MELAKA - Polis meminta penganjur perhimpunan pembangkang di Dataran Rakyat, Kampung Bukit Katil yang dijadual Jumaat ini supaya ditukar ke tarikh lain.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata ini ekoran notis awal yang dikemukakan penganjur untuk mengadalan perhimpunan kurang daripada 10 hari dan tidak mematuhi Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis menerima notis pemberitahuan pada 17 Mei yang memaklumkan perhimpunan hendak diadakan pada Jumaat. Tempoh ini tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pihak penganjur juga gagal mengemukakan surat kebenaran daripada tuan tanah bagi mengadakan perhimpunan.

Oleh itu orang ramai dinasihat agar tidak menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 9, 10 dan 11 Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

Sementara itu Salehhudin berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan di hadapan bangunan Studhuys di Jalan Gereja malam tadi yang menuntut aktivis pelajar Adam Adli dibebaskan.

Beliau berkata pihak penganjur perhimpunan gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis juga tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut dan kita akan mengambil keterangan penganjur sebelum kertas siasatan lengkap diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama

M'sia kalah pada Jerman, tersingkir Piala Sudirman

Posted: 21 May 2013 11:59 PM PDT

MALAYSIA KINI

Harapan Malaysia untuk meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 tidak kesampaian selepas kalah 3-2 kepada Jerman pada perlawanan kedua kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, semalam.

Kekalahan kali kedua buat skuad negara selepas tewas dengan keputusan yang sama, Ahad lepas kepada juara kumpulan C, Taiwan sekaligus memusnahkan harapan mereka untuk layak beraksi ke suku akhir, Khamis ini.

Pada perlawanan hari ini, skuad badminton negara bermula dengan langkah sumbang selepas beregu campuran kelima dunia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas mengejut 17-21, 21-18 dan 17-21 kepada Michael Fuchs dan Michels Birgit.

Perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan Domke Dieter dengan keputusan 21-18 dan 21-18 sebelum beregu lelaki kedua negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah menghadiahkan mata seterusnya buat Malaysia selepas menewaskan Kindervater Ingo dan Schoettler Johannes 21-16 dan 23-21.

Konon Olga bagaimanapun mengikat kedudukan 2-2 selepas mengalahkan perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi dengan keputusan 21-12 dan 21-14 sebelum Michels Birgit dan Golsizewski Johanna mengesahkan slot suku akhir buat wakil Eropah itu dengan kemenangan 21-16, 16-21 dan 21-18 ke atas Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun dalam acara beregu wanita.

Kemenangan tersebut membolehkan Jerman mengiringi tujuh pasukan lain daripada Divisyen satu ke aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung Khamis ini di venue yang sama.

Tujuh pasukan lain yang layak ialah China dan Indonesia (kumpulan A), Thailand dan Korea Selatan (kumpulan B), Taiwan (kumpulan C) serta Denmark dan Jepun dalam kumpulan D.

Sementara itu, Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek nyata kecewa dengan persembahan skuad badminton negara pada edisi ke-13 kejohanan kali ini kerana beberapa pemain yang disandarkan untuk memberikan mata-mata penting untuk negara gagal berbuat demikian.

"Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini sekiranya kita tewas dalam acara beregu lelaki atau beregu campuran, maka peluang kita untuk memenangi sesebuah perlawanan akan bertambah sukar memandangkan kita bukanlah mempunyai pemain hebat dalam acara wanita.

"Kekalahan ini merupakan pengajaran berguna kepada kita bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan-kejohanan mendatang," katanya.

Rashid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan jurulatih lain mengenai barisan pemain yang akan mewakili negara dalam mana-mana kejohanan berpasukan selepas berakhirnya Kejohanan Badminton Sedunia di China, Ogos ini.

"Saya juga mengharapkan (bekas perseorangan lelaki Indonesia) Rony Augustinus yang dilantik baru-baru ini oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi melatih pemain wanita dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mampu meningkatkan prestasi skuad sedia ada.

"Hal ini kerana majoriti pemain yang mewakili negara pada edisi kali ini merupakan bekas pelajar dari SSBJ," katanya.- Bernama

Pengisytiharan harta 'secara rahsia' pada SPRM ditolak

Posted: 21 May 2013 11:54 PM PDT

 

MALAYSIA KINI

Wakil rakyat DAP bersedia mengisytiharkan harta kepada umum jika undang-undang menetapkannya tetapi bukan membuat "pengisytiharan secara rahsia" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata, cadangan oleh panel perundingan dan pencegahan rasuah berhubung perkara itu tidak boleh dipakai jika dilihat kepada rekod silam suruhanjaya itu.

"Secara prinsipnya, DAP sepenuhnya setuju bahawa pengisytiharan aset oleh wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai langkah positif untuk 'memastikan ketelusan', memudahkan penelitian dan membendung rasuah," katanya.

Bagaimanapun, ekoran dakwaan hilangnya kewibawaan dan "kecenderungannya menjadi boneka BN", kata Pua, mereka tidak boleh bersetuju dengan terma itu atau bergantung kepada SPRM sebagai pemutus.

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam

Posted: 21 May 2013 11:52 PM PDT

 

Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

kedah black rally 220513 4Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa.

"Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan.

"Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin.

Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO

kedah black rally 220513 2"Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus berbanding Pakatan dengan 51 peratus.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya.

"Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa) mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan.

"Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak muda, kita kena jayakan," kata Anwar.

kedah black rally 220513 1Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan.

"(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan.

kedah black rally 220513 anwar 2"Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah," katanya.

Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, dalam kabinet.

"Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan dan kepura-puraan," tegas Anwar.

Anwar turut menjangkakan suhu politik pada beberapa minggu berikutnya mungkin "sedikit tegang". 

Bagaimanapun beliau berharap rakyat dapat "bersabar, pertahankan keamanan dan mengikut arahan" pimpinan Pakatan.

DUNIACACAMARBA

Posted: 22 May 2013 03:11 PM PDT

[Gambar] Gaji PM Najib dan Kabinetnya

Posted: 22 May 2013 08:30 AM PDT

P/s: Sebelum PRU merekalah "hamba", selepas PRU merekalah "raja".

[Gambar] Mengapa Pemimpin BN TIDAK Digari, Mahasiswa DIGARI?

Posted: 22 May 2013 07:30 AM PDT

[Gambar] Darul RUNTUH

Posted: 22 May 2013 06:07 AM PDT

P/s: Mengapa boleh runtuh? Kalau bukan sebab bala Allah, sudah tentu kerana rasuah, penyelewengan dan salah laku membabitkan kontraktor dan pihak berkuasa.


Tahanan Polis Meninggal Dunia dengan Kesan Di"Stapler"

Posted: 22 May 2013 03:00 AM PDT

Peguam Temui Kes Paling Buruk Selepas Kugan

[MK] Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Beri BR1M RM1 200 Setahun, Kerajaan BN Dapat RM5 000 Melalui GST

Posted: 22 May 2013 01:42 AM PDT

[HD] KUALA LUMPUR: BN boleh memberikan RM1,200 untuk BR1M setahun kerana mendapat balik daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM5,000 setahun.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST sebanyak 7% membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.

"Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Menurutnya, dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa mengira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM1,000 seorang setiap tahun.

Dengan kata lain, jelasnya sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.

Itulah, kata beliau sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M sebanyak RM1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah mendapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, sememangnya BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Justeru, beliau menegaskan, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau consumption tax kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mapan.

"Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?" katanya.

Katanya, menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (gross domestic product).

Menurut Lim lagi, pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.

"Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hamper 55% GDP," katanya.

Lagipun, ujarnya keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.

"Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?" kata beliau.

Sehubungan itu, tetgasnya PR akan melawan cadangan cukai GST 7% di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ke atas majoriti rakyat.

Orang Pertikai Hak Keistimewaan Melayu Jadi Timbalan Menteri Kabinet Najib

Posted: 21 May 2013 11:00 PM PDT

Umno Amal Dasar Politik Munafik - Anwar

[HD] ALOR SETAR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengamalkan politik munafik apabila melantik pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy Ponnusamy dalam senarai kabinet mereka.

Menurut Anwar, semua maklum bahawa Waytha Moorthy adalah individu yang secara terang-terangan menyuarakan agar hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dihapuskan.Individu itu juga kata Anwar telah menyaman kerajaan Britishdan kerajaan Malaysia kerana tidak melayan orang India dengan baik.

"Dulu dia (Umno) kata kita ni tak Melayu, Abg Mat (Mohamad Sabu) ni semua pencacai Cina, nak gadai negeri, nak gadai Melayu. 

"Sekarang dia lantik Waytha Moorthy. Siapa dia? Dia nak saman kerajaan British dan kerajaan Malaysia tuntut ganti rugi puluhan bilion ringgit kerana tidak layan India. 

Dalam carta piagam dia, dia kata dia tolak hak keistimewaan orang Melayu. "Mana dia Perkasa, mana dia Pemuda Umno? Bangkit lah. Ada ke satu suara pemuda Umno Perkasa pertikai perlantikan ini?"Ini dia politik kemunafikan, kepura-puraan Umno," katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi.

Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli serta Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Kes Rogol Bawah Umur Babitkan Pengurus Restoran di Sabah, Menteri Campur Tangan

Posted: 21 May 2013 08:46 PM PDT

Menteri Mahu Perkahwinan Gadis 13 Tahun dengan Lelaki 40 Tahun Dibatalkan

[Mstar] KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mengambil langkah bagi memastikan kanak-kanak 13 tahun yang dikatakan menjadi mangsa rogol diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan mereka dan dalam masa yang sama cuba membatalkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dituduh mempunyai hubungan seks dengannya.

Mengumumkan perkara ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad yang merayu kepada pihak pendakwaan untuk meneruskan pertuduhan rogol terhadap pengurus restoran, 40, Riduan Masmud.

Jainab berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk mengambil tindakan segera bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kanak-kanak perempuan itu diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan jabatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

"Gadis itu masih muda dan tidak boleh membuat keputusan untuk dirinya. Dia memerlukan kaunseling dan kita perlu untuk mendengar bagi pihaknya. Dia berusia 12 tahun, enam bulan ketika itu," katanya.

Jainab juga menyatakan keraguan mengenai kesahihan perkahwinan antara Riduan dan gadis itu selepas memeriksa dengan pegawai-pegawai di mahkamah Syariah.

"Pendaftar memberitahu saya terdapat dua permohonan iaitu satu daripada orang yang mendapatkan kebenaran untuk berkhwin dua, dan satu lagi daripada bapa gadis itu yang meminta izin untuk anak perempuannya berkahwin.

"Mereka memberitahu saya permohonan bapa dibenarkan tetapi tidak ada kebenaran diberikan bagi lelaki itu untuk mengahwini isteri kedua," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada pandangan peribadi, beliau menyatakan kesedihan apabila bapa gadis membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan Riduan, yang mempunyai empat orang anak berusia dua hingga 17 tahun.

"Adakah ia untuk menyembunyikan rasa malu? Adakah ia (perkahwinan) akan menyelesaikan perkara itu? Ini amat membimbangkan," katanya.

Mahkamah Sesyen pada Isnin diberi sehingga 6 Jun untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tuduhan rogol terhadap Riduan selepas gadis itu menarik balik laporan rogol terhadapnya pada 18 April.

P/s: Bagaimana dengan kes rogol membabitkan atlet boling negara dan mekanik?

Laporan Awal

Lelaki Dituduh Rogol Gadis 13 Tahun Jadikan 'Perkahwinan' Elak Dijatuhkan Hukuman

[Mstar] KOTA KINABALU: Dia didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun dan melihat perkara itu sebagai tidak salah.

Riduan Masmud, 40 tahun yang mengejutkan negara selepas didakwa merogol kanak-kanak dan kemudian mengisytiharkan bahawa dia telah berkahwin ketika perbicaraan kes telah membuat pengakuan buat pertama kali mengapa dia memutuskan untuk mengambil gadis itu sebagai isteri kedua.

Pengurus restoran ini mempertahankan tindakannya sambil berkata ia merupakan kes 'Suka Sama Suka' sambil menambah bahawa ia boleh diterima di bawah undang-undang Syariah.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada gadis itu bertemu Riduan ketika di sekolah atau sama ada dia telah bekerja dengannya. Gadis itu berasal dari keluarga yang sangat miskin.

Ketika kes rogol ini disebut di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Riduan memberitahu pemberita bahawa dia telah mengenali gadis itu selama kira-kira enam bulan dan merasakan dia mempunyai hak (untuk berkahwin dengan gadis bawah umur).

"Terdapat banyak kes lelaki berkahwin dengan gadis bawah umur. Saya tidak nampak mengapa kes saya ada perbezaan," kata bapa kepada empat orang anak yang berusia antara dua dan 17 tahun.

Dia bagaimanapun enggan menyatakan sama ada terdapat mana-mana daripada anaknya itu adalah perempuan.

Riduan berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah selepas Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad menetapkan 1 hingga 4 Julai untuk pendengaran kes itu.

Hakim Ummu Khatom memberikan sehingga 6 Jun kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes itu.

Riduan didakwa pada 28 Februari di atas kesalahan merogol gadis di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam, dekat sini pada pukul 10 pagi, 18 Februari.


Kemas Kini:

Jabatan Peguam Negara Akan Teruskan Dakwaan Rogol Terhadap Riduan

[Mstar] PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara akan meneruskan pendakwaan kes rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud yang mana kesnya digugurkan selepas mangsa berusia 13 tahun itu menarik balik laporan polis di Sabah.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, mereka sedang mengumpulkan lebih banyak bukti termasuk laporan DNA.

"Kami tidak menggugurkan dakwaan terhadapnya.

"Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya untuk mengumpulkan lebih banyak bukti dan kita akan meneruskan kes tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Abdul Gani berkata, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan oleh bapa mangsa bahawa tertuduh membayarnya RM5,000 sebagai ganti rugi, yang akan dikendalikan oleh "Mahkamah Adat" di Sabah.

Riduan mengejutkan negara selepas didakwa kerana merogol gadis bawah umur dan kemudian mengumumkan telah mengahwini mangsa.

Gaji Taib Mahmud Kini RM39 Ribu, Kalah Gaji PM Malaysia

Posted: 21 May 2013 05:00 PM PDT

[HD] KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.

P/s: Gaji PM Malaysia hanya sekitar RM22 ribu.

Tiada ulasan:

Pengikut