Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong |
- AMK Jangan Biadap
- Gambar blackout asli, Wan Ahmad buat kenyataan palsu
- GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR
Posted: 25 May 2013 11:49 AM PDT KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG - AMK JANGAN BIADAP - 1). Senario terkini berhubung kenyataan biadap Shamsul Iskandar Mat Akin yang secara terang-terangan menyerang dan menyelar Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) amat dikesali lebih-lebih lagi kenyataan tersebut telah dilaporkan oleh Malaysian Insider pada 24 Mei 2013. 2). Ketidakpuasan hati beberapa pimpinan PKR ini secara sinis boleh dilihat dalam rentetan kenyataan tidak wajar seperti isu kerusi bertindih sewaktu PRU 13 yang lepas terutamanya kerusi DUN Kota Damansara dan isu pemilihan Menteri Besar. 3). Dewan Pemuda PAS Puchong hairan bagaimana kenyataan biadab ini boleh dituturkan oleh beliau yang sebelum ini kelihatan cerdik dan sangat memahami susila persefahaman politik yang telah terbina sekian lama. Malangnya beliau mengambil jalan mudah dan popular "membelasah" Presiden PAS agar dilihat hebat oleh anak-anak buahnya dengan menyatakan Tuan Guru Presien PAS seorang pimpinan yang benak. 4). Dewan Pemuda PAS Puchong berpandangan sepatutnya Kongres yang tiada pemilihan tersebut menjadi medan muhasabah AMK bagi menilai prestasi merudum PKR semasa PRU13 yang lepas dan menjadi ruang penambahbaikan pengurusan organisasi ranting dan cabang PKR seluruh Malaysia. 5). Umum mengetahui pasca PRU 13 kemelut dalaman PKR bergelojak akibat pertembungan antara Timbalan Presiden dan beberapa orang pucuk pimpinan PKR dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor yang menyaksikan siri-siri kenyataan media menyalahkan pihak lain daripada melihat kelemahan PKR sendiri. 6). Isu watikah kerusi DUN Kota Damansara, kami Dewan Pemuda PAS Puchong bersama dengan tindakan Presiden yang memberi sokongan penuh untuk calon PAS bertanding di kerusi DUN tersebut. Sudah tentulah keputusan besar tersebut telah ditimbang oleh Tuan Guru Presiden agar selaras dengan perjuangan PAS dan Islam itu sendiri seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Apakah AMK tidak boleh membuat pertimbangan keutamaan antara Presiden PAS, yang berada di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat berbanding memberi keutamaan kepada calon import yang hanya sekadar menumpang logo parti sahaja yang tidak berada di dalam Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama parti calon import ini berlawan dengan PKR di Semenyih. 7). Oleh itu Dewan Pemuda PAS Puchong mendesak Shamsul Iskandar Mat Akin agar membuat permohonan maaf atas ketelanjuran beliau mengaibkan Presiden PAS dan kami bimbang jika selepas ini berlaku pula hentaman-hentaman kepada Ketua Umum PKR. Kami pemuda PAS juga punya tahap kesabaran yang terbatas kalau sekiranya Tuan Guru Presiden terus-terusan dihendik seperti ini oleh ahli komponen Pakatan Rakyat sendiri. "Jangan kerana guruh dilangit, air setempayan dicurahkan". Mohd Rosharizan Mohd Rozlan Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong 16 Rejab 1435 H - 26 Mei 2013 M |
Gambar blackout asli, Wan Ahmad buat kenyataan palsu Posted: 25 May 2013 11:47 AM PDT (Gambar ini asli dan berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang di Saluran 3, kata Adun Seri Serdang) SERDANG: Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu. Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13. "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang. Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi. Menurut Noor Hanim (gambar), gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3. "Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya. "Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. "SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya. Katanya, ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau (Wan Ahmad) bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. "Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. "Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut," katanya. Noor Hanim juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. "Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan," katanya. Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon beliau juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. "Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas," katanya. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19527-gambar-blackout-asli-wan-ahmad-buat-kenyataan-palsu |
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR Posted: 25 May 2013 11:31 AM PDT KENYATAAN MEDIA ADUN SERI SERDANG YB NOOR HANIM ISMAIL GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13. Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. "Counting Agent" kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku. Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan. Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, agen mengira undi dan anggota polis yang bertugas sahaja. Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti. YB NOOR HANIM ISMAIL ADUN SERI SERDANG. 25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434 |
You are subscribed to email updates from Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan