Ahad, 7 April 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 07 Apr 2013 03:09 PM PDT

[HD] KUALA LUMPUR: PAS mendakwa sekurang-kurang sembilan perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini berkata, yang paling ketara adalah janji BN untuk memberikan bayaran tunai lebih 20 peratus kpada negeri pengeluar minyak.

Manifesto BN itu berbunyi, "Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang."

Padahal dalam manifestonya, Pakatan dengan jelas mengatakan, "Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%."

Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".

Mustafa berkata demikian dalam sidangnya di Pusat Media PAS hari ini. Turut serta adalah Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof dan timbalannya, Dr Mariah Mahmud.

Dalam sidang media itu, Mustafa turut menyerang penggunaan masa kira-kira dua jam oleh Najib untuk membentangkan manifesto BN dalam TV1 dan TV3.

"Kita dijanjikan 10 minit untuk membentangkan manifesto itu. Itupun dirakamkan bukan live," katanya.

Atas sebab itulah, katanya Pakatan membuat keputusan menolak tawaran ini kerana ia disifatkan hanya 'ajak-ajak ayam sahaja'. 

Siti Zailah ketika mencelah dalam isu ini juga kesal dengan langkah kerajaan BN itu kerana dengan 10 minit apa yang boleh diterangkan, "nak bentang tikar pun dah lima minit."

Selain itu, BN juga menawarkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Pakatan pula menawarkan, "Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

"Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah."

Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran "populis, tanpa perubahan fundamental".

"Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental," katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini.

Senarai penuh perbandingan antara manifesto Pakatan Rakyat dan Manifesto BN

Harga kereta

Manifesto Rakyat

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto ciplak

Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

Dasar Perumahan

Manifesto Rakyat

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat. 

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

Keretapi laju

Manifesto Rakyat

Memulakan langkah kearah membina system keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN

Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretaapi berkembar

Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto Rakyat

Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

Royalti Petroleum

Manifesto rakyat

Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

Permit Teksi

Manifesto Rakyat

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN

Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Pengkalan data

Manifesto rakyat

Mewujudkan system pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sediaada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN

Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi system pangkalan data yang bersepadu

Tanah wakaf

Manifesto rakyat

Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN

Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Pakej penggajian baru

Manifesto rakyat

Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN

Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan

Berkaitan:

Najib tiru manifesto Pakatan tapi tak akan laksanakan – Anwar

[KD] KELANTAN 7 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal dari mana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat.

"Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?

"Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?" katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada ceramah depan lebih 10,000 orang di Jeli, Kelantan malam tadi selepas menyampaikan tazkirah di Masjid Geluk, Pasir Mas.

Datuk Seri Najib Razak pada malam sama membentang manifesto BN yang menyerupai manisfesto Pakatan sekalipun pemimpin Umno lantang mengkritiknya sebelum ini.

Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen 'Turun Harga Kereta'.

Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais.

Pakatan sudah lama berjanji memberi permit individu kepada pemandu teksi berikutan ia selama ini dibolot pemimpin Umno BN.

Pakatan membentang 'Manifesto Rakyat' di konvensyen pada 27 Februari lalu dengan memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh lapisan masyarakat.

Pada ceramah sama, Anwar percaya Najib tidak akan melaksanakan manisfeto BN sebaliknya hanya bertujuan meraih sokongan dan undi pada PRU 13.

"Dia (Najib) tidak akan lakukan. Sebab itu, saya minta kawan-kawan, ambil keputusan bijak. Sekarang patut (su)dah buat keputusan (undi Pakatan)," katanya.

P/s: Undi anda dapat memasdtikan BN tumbang. 

Kerabu Bersuara ®

Posted: 07 Apr 2013 03:05 PM PDT

Gambar Sekitar Anwar Di Kubang Pasu

Posted: 07 Apr 2013 03:00 PM PDT

Gambar Anwar Ceramah Di Merbok!

Posted: 07 Apr 2013 02:00 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/524645_357920147646394_558313785_n.jpg

Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap di depan ribuan warga Merbok di Padang Bandar Laguna.

Video: Pesanan Mat Sabu Kepada Rakyat!

Posted: 07 Apr 2013 10:00 AM PDT

Cis! Nak LOGIN Yahoo! Pun Keluar Iklan BN

Posted: 07 Apr 2013 09:00 AM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/535728_553103444733906_1265806538_n.png

kahkahkahkahkah..

habis nak kempen.

tergugat sangat dah BN kali ni!

Ds Anwar Imam Solat Maghrib Di Kg Pulau Pisang

Posted: 07 Apr 2013 08:30 AM PDT

https://pbs.twimg.com/media/BHQL9MCCYAE7TLu.jpg:large

@anwaribrahim mengimamkan Solat Maghrib di Masjid Kg Pulau Pisang Kedah

Hallo Samy Vellu, Angkat Bakul?

Posted: 07 Apr 2013 08:15 AM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/561264_605768992783922_1787818795_n.jpg

kahkahkahkah...

orang macam ni pun ada?

Calon MB Perak Jika PAKATAN Menang Dari Dr MAZA

Posted: 07 Apr 2013 08:00 AM PDT


DrMAZA.com

..bersama Dato' Syeikh Mohd Nor Mansoor, tokoh agama Perak yang dihormati..tawaduk dan tinggi nilai budinya..saya doakan beliau jadi MB Perak selepas PRU ni..beliau patut diberikan DUN yang sesuai oleh Pakatan..imej beliau dapat mengembalikan kepercayaan kepada Pakatan..itupun jika mereka mahu..

Surat Terbuka Dato' Haji Husam kepada Dato Sri Mustapa Mohamed

Posted: 07 Apr 2013 07:30 AM PDT

Surat Terbuka Dato' Haji Husam kepada Dato Sri Mustapa Mohamed

Kit Siang: Kerusi Parlimen Bakri, Kulai milik DAP

Posted: 07 Apr 2013 07:15 AM PDT


JOHOR BAHRU - Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kerusi Parlimen Bakri dan Kulai adalah milik parti itu untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Lim, yang ditemui selepas pelancaran jentera pilihan raya DAP Johor di sini hari ini berkata terpulang kepada semua pihak untuk membuat spekulasi kerana beliau tidak mahu mengulas lanjut isu itu.

"Anda akan tahu (siapa bertanding) bila kami (DAP) umumkan. Teruskanlah kalau mahu membuat spekulasi, tetapi kerusi Bakri dan Kulai milik DAP. Itu sahaja," katanya.

Sebelum ini, ada cakap-cakap mengatakan dua kerusi itu diintai Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng selepas hasratnya untuk menjadi calon Parlimen Gelang Patah tidak kesampaian.

Lim sepatutnya mengumumkan calon yang bakal bertanding di Parlimen Bakri ketika berceramah di Muar, semalam. - Bernama

Salahuddin Ayub Galas Tugas Yang Getir! Ayuh Sokong!

Posted: 07 Apr 2013 07:00 AM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/529495_356707264434432_865759650_n.jpg

Ramai yang bertanya bagaimana untuk menjadi Menteri Besar andai bertanding Parlimen. Suka saya tekankan sekali lagi bahawa menjadi Menteri Besar Johor bukanlah agenda saya pulang berkhidmat di kampung halaman. Agenda utama adalah membantu rakan-rakan di sini untuk menumbangkan Sang Penguasa yang zalim. Bagaimanapun, ingin saya umumkan bahawa saya juga di amanahkan untuk bertanding di N49 Nusajaya. Ia amanah yang berat. Doakan saya dan semua rakan-rakan. Terima Kasih. Sebarkan ~ Salahuddin Ayub

Kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Mesti Dipertahankan?

Posted: 07 Apr 2013 06:45 AM PDT

Lim Kit Siang Dan Salahuddin Di Tg Adang, Johor!

Posted: 07 Apr 2013 06:45 AM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/521682_10151325411151073_234719466_n.jpg

Penyokong Pakatan Rakyat menyambut Sdr Lim Kit Siang dan Salahudin
Ayub di Tg Adang.

Banner Provokasi Umno BN Menggunakan Nama PAS

Posted: 07 Apr 2013 06:30 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/12387_432181056875517_1378748290_n.jpg

SEL25 - Suara Kebangkitan Rakyat

Panas!!! Banner fitnah rovokasi sedang rancak dipasang oleh UMNO BN Hulu Langat di sekitar Semenyih, Kajang & Dusun Tua Hulu Langat. Jentera Pilihanraya PAS Kaw telah berjaya menahan sebuah kereta yang penuh dgn banner provokasi ini sebentar tadi.

Cabar TG Nik Aziz Dan TG Hadi?

Posted: 07 Apr 2013 06:16 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/5937_358593190915885_1905647933_n.jpg

hahahahahahahaha...

macam ni pun ada erk?

hahahahahahahaha..

KEKAL Parlimen Titiwangsa Dengan Perjuangan ISLAM!

Posted: 07 Apr 2013 06:00 AM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/17994_437676789654482_2074371690_n.jpg

"Ayuh sama-sama kita bangunkan Malaysia baru yang sejahtera dan berkebajikan. Hidup bersatu-padu dan saling bantu-membantu"

AHMAD ZAMRI AS'AD KHUZAIMI
Calon PAS Parlimen Titiwangsa

Umno Parti CIPLAK!

Posted: 07 Apr 2013 05:30 AM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/540113_10151452320173369_1774949943_n.jpg

ciplak!

Solat Orang Umno Tak Boleh Pahala? Betul!

Posted: 07 Apr 2013 05:00 AM PDT

Merdu Tak Suara Anwar? Adakah Najib Akan Tiru Juga?

Posted: 07 Apr 2013 04:30 AM PDT

Rahsia Mahali Jasuli Semakin POWER

Posted: 07 Apr 2013 04:30 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/575728_10151336683435846_1207648479_n.jpg

hahahahahaha..

ada pembakar semangat!

DS Anwar Ibrahim bersama penduduk di Kg Jeram, Tunjang, Kedah

Posted: 07 Apr 2013 04:15 AM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/563809_10151347743981510_551068947_n.jpg

DS Anwar Ibrahim bersama penduduk di Kg Jeram, Tunjang, Kedah

Muhyiddin Cakap TG Nik Aziz Pimpin PARTI AJARAN SESAT?

Posted: 07 Apr 2013 04:00 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/17417_445489092199641_1964500888_n.jpg

anak muhyiddin

betul ke tok guru ni sesat?

Terkini! Pak Tam Raja Lawak Sokong PAS!

Posted: 07 Apr 2013 03:00 AM PDT


Pak Tam (Raja Lawak) sedia turun membantu PR menang dalam PRU13 ini

TG Nik Aziz doakan orang yang fitnahnya berubah

Posted: 07 Apr 2013 02:30 AM PDT


Mohd Nor Yahya,

KOTA BHARU: Biar pun sering menjadi mangsa fitnah namun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa dan berharap mereka akan berubah suatu hari nanti.

Menteri Besar berkata, beliau tidak akan ambil tindakan mahkamah ke atas golongan terbabit biar pun kerap lagi melemparkan tuduhan fitnah terhadapnya.

"Umno yang tolak Islam, saya minta agar semua orang Umno dapat menerima Islam sepenuhnya. Macam mana kalau dah tolak Islam, amalan nak diterima Allah.

"Tolak Islam kerana menganggap Islam dah habis tempoh adalah berdosa," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Pawah Rusa kepada 10 peserta di Pejabat Veterinar hari ini.

Mengenainya tindakan media menyiarkan separuh sahaja ucapannya, beliau berkata, itu satu kesalahan dilakukan pengamal media terutamanya yang dimiliki Umno.

"Sebab itu kita tak hairan ucapan kita sering diputar belitkan oleh media mereka," katanya.

Beliau juga berkata, mereka yang menyokong perjuangan Islam namun kedekut dan tidak ikhlas dalam sembahyang pun tidak mendapat pahala.

Sementara itu kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar memperuntukkan RM220,000 bagi melaksanakan penternakan rusa di negeri ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, seramai 10 peserta pertama dipilih Jabatan Veterinar sebagai projek perintis menternak rusa di Kelantan.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Suratan Kamaruddin dan Timbalan Dekan Falkuti Veterinar UMK, Dr Mokhtar Arshad.

Hadi Awang: Pas kerjasama dengan PKR, DAP kerana tidak menentangnya

Posted: 07 Apr 2013 02:00 AM PDT

ALR SETAR - Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu.

Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi.

Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada Umno, beliau hanya berkata "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir."
(Dr Mahathir pernah dipetik menggunakan pepatah Inggeris "better the devil you know than the angel you don't' yang membawa maksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali" tetapi telah diminta bertaubat oleh Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din baru-baru ini kerana dikatakannya Dr Mahathir membuat kenyataan sanggup bersama dengan syaitan.

Ketika mengulas permintaan pemimpin Pas itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata Harun Din berkata demikian kerana mungkin beliu tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris sehingga membuat tafsiran sedemikian (devil itu syaitan).

Abdul Hadi mendakwa Umno tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR.

Katanya konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.

Beliau berkata negara berkebajikan Pas meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.

Katanya Pas telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk di 76 kawasan dalam PRU13 dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja. - Bernama

Umno Permatang Pauh akan lawan Anwar habis-habisan

Posted: 07 Apr 2013 01:38 AM PDT

BUKIT MERTAJAM - Umno Bahagian Permatang Pauh tidak gentar untuk berhadapan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua UMNO bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata pihaknya tidak akan terjebak dengan muslihat politik Anwar yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di luar kawasan kubu kuatnya itu kerana percaya tindakan Ketua Umum PKR itu sebagai helah untuk melekakan jentera pilihan raya Umno.

Beliau berkata pihaknya telah membuat persedian sejak awal lagi untuk berhadapan dengan siapa juga calon terutama penyandangnya, Anwar.

"Kita tahu Anwar tidak habis-habis menipu dengan taktik itu (mengumumkan bertanding di luar) supaya kita tidak payah bekerja kuat atau leka, sebaliknya beliau silap kerana Umno di sini telah membuat persedian dari awal lagi.

"Umno Permatang Pauh tidak akan terpedaya dengan taktik Anwar sebaliknya kita akan menentang beliau habis-habisan di kubu kuatnya," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Anak Muda Berkoperasi Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di sini hari ini.

Program yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Anwar mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 pada satu ceramah di Taman Pauh malam kelmarin.

Abdul Jalil berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh sudah bersedia menggempur kubu lawan dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk menang di parlimen itu.

"Kita memberi amaran kepada Anwar bahawa jentera di sini telah bersiap sedia dan tidak akan memberi laluan atau kemenangan mudah sebaliknya kita akan merampas kembali kerusi yang menjadi kubu kuat PKR itu pada pilihan raya kali ini," katanya.

Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 dengan majoriti 15,671 undi. - Bernama

Tiada ulasan:

Pengikut