Jumaat, 19 April 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 19 Apr 2013 03:59 PM PDT


Bukankah pelik apabila berita BERNAMA yang disiarkan di MStar ini menggunakan tajuk seperti di bawah ini? Siapa sebenarnya bekas "pembangkang" di Selangor bagi sesi 2008-2013?

Sebagai agensi berita nasional yang sepatutnya profesional dalam melaporkan berita, Bernama wajar menggunakan tajuk "Senarai Calon Pakatan Rakyat..." bukan seperti yang tertera di bawah ini. Hal ini pun selaras dengan pembubaran DUN yang meletakkan kedua-dua belah pihak sama ada BN atau PR sebagai pihak yang akan bertanding untuk menguasai DUN bagi sesi akan datang.

  

[Bernama] SHAH ALAM: Berikut ialah senarai penuh calon pakatan pembangkang Selangor yang akan bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13, yang diumumkan di sini malam Khamis.

Kerusi DUN Kota Damansara yang ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada PRU-12, masih belum dimuktamadkan statusnya.

PARLIMEN

1. Selayang : William Leong Jee Keen (PKR)

2. Pandan : Mohd Rafizi Ramli (PKR)

3. Serdang : Dr Ong Kian Ming (DAP)

4. Kelana Jaya: Wong Chen (PKR)

5. Petaling Jaya Selatan : Hee Loy Sian (PKR)

6. Petaling Jaya Utara : Tony Pua (DAP)

7. Klang : Charles Santiago (DAP)

8. Hulu Selangor : Khalid Jaafar (PKR)

9. Kuala Selangor : Dr Dzulkefly Ahmad (PAS)

10. Gombak : Mohamed Azmin Ali (PKR)

11. Ampang : Zuraida Kamarudin (PKR)

12. Hulu Langat : Che Rosli Che Mat (PAS)

13. Puchong : Gobind Singh Deo (DAP)

14. Subang : R.Sivarasa (PKR)

15. Shah Alam : Khalid Abdul Samad (PAS)

16. Kapar : G.Manivanan (PKR)

17. Kota Raja:Siti Mariah Mahmud (PAS)

18. Kuala Langat: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

19. Sabak Bernam : Dr Abdul Aziz Bari (PKR)

20. Tanjong Karang : Mohamad Rashdi Deraman (PAS)

21. Sepang : Mohamed Hanipa Maidin (PAS)

22. Sungai Besar : Mohamed Salleh M.Husin (PAS)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

1. Teratai : Tiew Way Keng (DAP)

2. Bukit Gasing : R. Rajiv (DAP)

3. Bukit Lanjan : Elizabeth Wong (PKR)

4. Kinrara : Ng Sze Han (DAP)

5. Gombak Setia : Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS)

6. Kota Anggerik : Dr Yaakop Sapari (PKR)

7. Batu Tiga : Rodziah Ismail (PKR)

8. Seri Andalas : Dr Xavier Jayakumar (PKR)

9. Selat Klang : Dr Halimah Ali (PAS)

10. Chempaka : Iskandar Abdul Samad (PAS)

11. Pandamaran : Tan Pok Shyong (DAP )

12. Seri Kembangan : Ean Yong Hian Wah (DAP)

13. Sungai Pinang : Datuk Teng Chang Khim (DAP)

14. Taman Medan : Haniza Mohamed Talha (PKR)

15. Sekinchan : Ng Suee Lim (DAP)

16. Bukit Melawati : S.Manikavasagam (PKR)

17. Rawang: Gan Pei Nei (PKR)

18. Batu Caves: Amirudin Shari (PKR)

19. Hulu Klang: Saari Sungib (PAS)

20. Bukit Antarabangsa: Mohamed Azmin Ali (PKR)

21. Lembah Jaya: Khasim Abdul Aziz (PAS)

22. Kajang: Lee Chin Cheh (PKR)

23. Bangi: Mohd Shafie Ngah (PAS)

24. Balakong: Ng Tien Chee (DAP)

25. Subang Jaya: Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)

26. Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)

27. Kampung Tunku: Lau Weng Sang (DAP)

28. Damansara Utama: Yeo Bee Yin (DAP)

29. Meru: Dr Abd Rani Osman (PAS)

30. Pelabuhan Klang: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

31. Kota Alam Shah: V.Ganabatirau (DAP)

32. Sri Muda: Shuhaimi Shafiei (PKR)

33. Sijangkang: Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)

34. Teluk Datuk: Loh Chee Heng (DAP)

35. Sungai Panjang: Mohd Fadzlin Taslimin (PAS)

36. Sungai Air Tawar: Wahid Rais (PAS)

37. Sabak: Sallehen Mukhyi (PAS)

38. Hulu Bernam: Muhamad Idris Ahmad (PAS)

39. Kuala Kubu Bharu: Lee Kee Hiong (DAP)

40. Batang Kali: K.Ramachandran (PKR)

41. Sungai Burong: Mohamad Judi Sarjo (PAS)

42. Permatang: Mohd Yahya Mat Sahri (PKR)

43. Jeram: Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (PAS)

44. Kuang: Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman (PKR)

45. Taman Templer: Zaidy Abdul Talib (PAS)

46. Dusun Tua: Razaly Hassan (PAS)

47. Semenyih: Hamidi A Hassan (PKR)

48. Sri Serdang: Noor Hanim Ismail (PAS)

49. Paya Jaras: Mohd Khairuddin Othman (PAS)

50. Sementa: Dr Daroyah Alwi (PKR)

51. Morib: Hasnul Baharadin (PAS)

52. Tanjung Sepat: Mohd Haslin Hassan (PAS)

53. Dengkil: Borhan Aman Shah (PKR)

54. Sungai Pelek: Lai Nyok Lan (DAP)

55. Ijok: Dr Idris Ahmad (PKR)  

P/s: Mentaliti TV3 juga!

TUMBANGKAN BN & UMNO!!!

SIASAH

Posted: 19 Apr 2013 03:20 PM PDT


Oleh MOHAMED NAWAB MOHAMED OSMAN

Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei, 2013 nanti dijangka menyaksikan saingan paling sengit sejak merdeka antara Barisan Nasional yang memerintah dengan gabungan pembangkang. Satu kumpulan penting yang akan mempunyai pengaruh signifikan terhadap keputusan pilihan raya nanti ialah pengundi muda yang merupakan 30 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Gabungan yang dapat menarik sokongan pengundi muda bakal menawan beberapa buah negeri dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya. Pengundi muda dalam hal ini mungkin akan menjadi penentu masa depan politik Malaysia. Persaingan untuk undi orang muda boleh difahami dengan lebih jelas lagi melalui analisis pecahan pengundi berdasarkan umur. Angka Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan 70 peratus daripada 4.2 juta pengundi tidak berdaftar ialah mereka yang berumur antara 21 hingga 40. Sekitar 450,000 orang mencapai umur 21 tahun setiap tahun, usia layak mengundi. Pada 2008, pengundi muda berperanan penting dalam mengalihkan undi kepada parti-parti pembangkang. SPR telah mendaftarkan 2.4 juta pengundi baharu sejak setahun lalu, atau 30 peratus daripada jumlah yang layak mengundi.

Satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 48 peratus pengundi kali pertama belum memutuskan untuk mengundi mana-mana parti. Tinjauan ini juga menunjukkan perbezaan tipis sokongan kepada kedua-dua gabungan (BN pada 42 peratus dan Pakatan Rakyat pada 37 peratus), corak pengundian pengundi atas pagar ini bakal menjadi penentu keputusan pilihan raya. Ini menjadikan undi orang muda semakin penting. Perkembangan ini dilatari peningkatan usaha kedua-dua gabungan BN dan PR untuk memenangi pengundi muda.

Kerajaan BN telah melaksanakan beberapa siri langkah populis bermatlamat menarik sokongan pengundi belia. Contohnya pada Disember 2012, kerajaan menyediakan rebat RM200 untuk telefon pintar. Kemudian, kerajaan telah mendapatkan artis popular Korea Selatan, Psy untuk membuat persembahan di majlis Tahun Baharu Cina BN di Pulau Pinang yang ditadbir DAP. Pemimpin BN berharap kegilaan terhadap penyanyi pop Korea itu boleh menarik undi untuk BN.

PR juga secara aktif mensasarkan pengundi muda melalui beberapa dasar populis. Antaranya ialah tawaran pendidikan percuma, mengurangkan harga kereta, pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi dan mengurangkan harga rumah. Hakikat bahawa kedua-dua BN dan PR mula meletakkan lebih ramai calon muda juga menunjukkan peningkatan kepentingan undi orang muda.

Satu tinjauan oleh Yayasan Asia bertajuk Tinjauan Belia Nasional 2012 menyediakan beberapa gambaran menarik pemikiran politik belia Malaysia. Ramai orang muda cenderung untuk tidak melihat politik melalui kaca mata agama dan kaum. Lebih daripada 71 peratus pengundi muda menunjukkan kecenderungan kepada parti politik yang berbilang kaum dan oleh itu mewakili kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik dan agama.

Orang muda juga mungkin lebih prihatin terhadap keadaan ekonomi secara umum seperti pekerjaan, inflasi dan keselamatan. Kebanyakan belia (sekitar 60 peratus) berpendapat kerajaan sekarang agak berjaya menangani soal ini. Walau bagaimanapun, semakin ramai yang bimbang dengan isu korupsi dan kronisme.

Berdasarkan sikap politik dan pemikiran ramai belia Malaysia, beberapa kesimpulan boleh berhubung corak pengundian mereka. Pertama, pendekatan PR yang lebih berbentuk pelbagai kaum boleh menarik orang muda. Strategi Umno berkempen dengan mengutarakan amaran tentang "ancaman" daripada etnik minoriti negara sekiranya PR membentuk kerajaan akan datang mungkin akan mencetus tindak balas negatif kepada parti pemerintah itu. Ini mungkin akan menyebabkan pengundi muda menjauhkan diri daripada pemerintah dan menyebabkan kehilangan undi mereka di kerusi negeri dan parlimen yang penting.

Kedua, kelemahan kerajaan Malaysia menunjukkan keberhasilan dalam menghapuskan korupsi dan kronisme dalam sistem politik bakal menyebabkan pakatan pemerintah kehilangan undi orang muda. Ketiga, sejumlah pengundi muda mungkin akan terus menyokong BN walaupun mereka tidak berpuas hati dengan beberapa aspek urus tadbirnya, kerana percaya yang kerajaan sedia ada masih pilihan terbaik dalam memastikan kemakmuran ekonomi dan keharmonian masyarakat yang telah dinikmati selama ini.

Undi orang muda mungkin menjadi lebih penting di beberapa kawasan yang sengit. Di negeri barisan hadapan seperti Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perak yang menyaksikan persaingan sengit, undi orang muda penting dalam menentukan pemenang. Di Selangor, negeri yang BN berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PR, lebih 600,000 pengundi baharu telah didaftarkan. Corak pengundian pengundi-pengundi ini (yang sebahagian besarnya kemungkinan masih muda) boleh menjadi penentu pemenang. Hal yang sama juga disaksikan di Negeri Sembilan, negeri yang PR memerlukan pertambahan hanya empat lagi kerusi negeri untuk memperolehi majoriti mudah.

Hujah bahawa undi orang muda sahaja mampu menentukan keputusan pilihan raya umum mungkin sesuatu yang berlebihan, tetapi BN berpotensi kehilangan kuasa buat kali pertama sekiranya majority besar pengundi muda dan pengundi Cina sama-sama mengundi pembangkang. Maka, pengundi muda Malaysia menjadi semakin penting dan mampu untuk menjadi factor penentu keputusan pilihan raya. Berdasarkan perkembangan ini, dijangka kedua-dua gabungan parti akan bekerja keras mendapatkan undi penting daripada orang muda dalam peringkat terakhir kempen pilihan raya kali ini.

Mohamed Nawab Mohamed Osman ialah felo penyelidik di Program Malaysia dan Program Islam Kontemporari, di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Artikel ini ialah terjemahan komentar bertajuk The Youth Vote in GE 2013: Kingmakers in the Making? terbitan RSIS Commentaries.        

Tiada ulasan:

Pengikut