Ahad, 31 Mac 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pusat enggan, Kelantan bina sendiri stadium

Posted: 30 Mar 2013 08:18 PM PDT



PASIR PUTEH: Perletakan batu asas Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta akhirnya berjaya dilaksanakan semalam.

Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas. (Gambar atas)

Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar.

Pembinaan stadium ini menjadi hasrat dan cita-cita rakyat untuk terus maju dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

Tuan Guru ketika berucap memberitahu, kerajaan Pusat tidak pernah berhenti daripada mengkhianati Kelantan dalam segala hal termasuk soal pembangunan.

Jelasnya, kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri.

"Hasil mahsul kerajaan negeri sendiri seperti royalti disekat oleh golongan ini semata-mata bertujuan untuk melihat Kelantan tidak mampu membantu rakyat," ujarnya.

Turut berucap pada majlis yang penuh bersejarah itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Abdul Fatah Mahmod.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Datuk Mohd Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja B Md Anizam, Wan Ubaidah Omar.

Hampir 4,000 rakyat Kelantan hadir untuk meraikan majlis yang penuh bersejarah itu.

Terdahulu sebanyak 700 buah motosikal yang ditunggang anak muda mengiringi Tuan Guru masuk ke tempat perasmian.

Hadir sama pada majlis tersebut 20 orang pemain bola sepak lagenda Kelantan dan pemain antara tahun 70-an dan 80-an.

Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, stadium tersebut bakal memuatkan 45,000 tempat duduk, ruang kemudahan untuk VIP dan VVIP, lapan ruang untuk solat.

Selain itu katanya, terdapat juga dewan, masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah, kemudahan media, admin, keselamatan, dataran serbaguna dan berbagai lagi.

"Tempat parkir kereta sebanyak 4,000 buah dan bas 50 buah, tempat parkir untuk media, pasukan keselamtan dan VIP juga turut disediakan," ujarnya.

Kubu bertukar kubur untuk Umno di Johor?

Posted: 30 Mar 2013 08:17 PM PDT


(Awang menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mazlan Aliman)

JOHOR BHARU: Jangan terkejut jika pilihan raya umum kali ini bakal menukarkan negeri Johor yang menjadi kubu Umno selama ini kepada 'kubur' untuk parti itu.

Ini kerana gelombang perubahan secara besar-besaran sedang berlaku di Johor pada setiap hari.

Kemasukan beramai-ramai pemimpin dan ahli Umno ke dalam PAS dan Pakatan Rakyat sedang rancak mutakhir ini.

Malam tadi 30 orang ahli Umno dari Kampung Sri Aman dalam Parlimen Tebrau menyertai PAS.

Ia diketuai oleh Awang Bakar, 55 tahun, bekas Ketua Cawangan Umno Sri Aman dan AJK UMNO Bahagian Tebrau. Beliau menyertai Umno sejak tahun 1981.

Kampung yang menjadi kubu Umno puluhan tahun telah ditubuhkan Cawangan Penaja PAS.

Baru dua minggu lalu Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kemasukan hampir 50 orang ahli Umno dalam majlis ceramah di Sungai Tiram, juga dalam Parlimen Tebrau.

Menurut Awang, Umno bukan lagi membela orang Melayu, sebaliknya hanya memperkayakan pemimpin sahaja.

"Pemimpin korup, salah guna kuasa dan menyeleweng. Sampai bila orang Melayu nak pertahankan pemimpin seperti ini?" katanya.

Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin Umno yang mempergunakan ahli bawahan untuk kepentingan peribadi mereka.

"Ahli Umno di bawah kerja separuh mati, pemimpin senang lenang!" jelasnya.

Baginya, PAS adalah pilihan terbaik. Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi terbukti mendidik rakyat dan memandu kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Beliau menyeru rakan-rakannya agar berhijrah kearah hidup lebih bermakna dengan menyokong perjuangan Islam yg di bawa PAS.

"Alhamdulillah, berbondong-bondong ahli Umno sertai PAS. Tsunami politik secara drastik di Johor. Umpan dan fitnah nampaknya tiada kesan," kata AJK PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Johor ketika mengulas fenomena ini.

Bagi beliau, peluang untuk Pakatan kini semakin cerah dari hari ke hari di Johor.

Ceramah Umum 31hb Mac 2013

Posted: 30 Mar 2013 08:17 PM PDT


Jangan terlalu fokus tarikh PRU13 - Mustafa

Posted: 30 Mar 2013 08:17 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) diseru untuk fokus kembali kepada kerja-kerja pilihanraya dan langkah BN seterusnya, terutamanya dari segi menciplak manifesto PR daripada meneka tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

"PRU13 akan diadakan, seperti ibu mengandung cukup 10 bulan, anak akan dilahirkan jua. Jangan fokus kepada tarikh (Datuk Seri) Najib (Razak) nak bubar parlimen. Fokus kepada apa yang BN bakal buat menjelang PRU13 ini," tegur Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata Najib berkemungkinan melengahkan pilihanraya untuk menciplak sebanyak mungkin janji-janji yang ada dalam manifesto PR.

Hari ini, akhbar MCA The Star melaporkan bahawa sumber dalaman menyatakan bahawa Najib bakal menunaikan umrah pada 3 April.

Dalam pada itu, Mustafa berkata pilihanraya umum akan diadakan pada hari terakhir Negeri Sembilan perlu mengadakan pilihanraya iaitu 25 Mei.

"Najib juga akan hadir Asean Summit di Brunei pada 24 dan 25 April sebagai Perdana Menteri penuh dan bukannya Perdana Menteri kerajaan sementara. Beliau akan membubarkan parlimen selepas itu, dijangkakan 27 April," kata Mustafa ketika ditanya Harakahdaily.

"Tapi usah fokus pada permainan Najib pada tarikh pembubaran sehinggakan segala isu-isu rakyat dilupakan. Hati-hati pada taktik lawan dan jangan biar mereka melekakan kita," tambahnya lagi.

Harakahdaily juga menerima ura-ura bahawa BN sedang mencari alasan supaya rakyat berhenti daripada berhajat berlaku pertukaran kerajaan, termasuk menciplak tawaran PR seperti mengumumkan penurunan harga minyak sewaktu kempen pilihanraya, penurunan harga kereta dan juga mengumumkan penghapusan hutang PTPTN.

Kemudian, BN akan mewar-warkan pada rakyat bahawa segala tawaran penting PR sudahpun dilaksana, maka tiada perlunya untuk menukar kerajaan lagi.

Anwar semakin dekat dengan orang ramai

Posted: 30 Mar 2013 08:16 PM PDT

(Anwar semakin dekat dengan orang ramai melalui  pendekatan ceramah yang diambilnya)


KUANTAN: Ke mana saja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi menjelang pilihan raya 2008 lalu, di situ kubu BN terbukti goncang.

Ia berdasarkan keputusan undi yang diperolehi PKR dan lain-lain parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Kini, dengan jangka masa yang panjang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkempen, sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dari hari ke hari.

Sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Ia berkaitan dengan cara beliau bercakap kepada mereka yang datang menyertai ceramah-ceramah beliau.

Malam ini di Balok Makmur, ribuan yang hadir mendapat layanan istimewa apabila Anwar turun menemui mereka ke bawah pentas.

"Cara Anwar bertentang mata dengan mereka yang hadir bakal mengikat mereka dan seterusnya menyebabkan mereka menyebarkan mesej untuk semua rakan dan taulan mereka," ulas seorang pengkaji politik ketika menilai cara Anwar berhubung dengan orang ramai dalam ceramah-ceramahnya.

Ketika kebanyakan penecaramah terikat dengan ronstrum mereka, Anwar membuat pendekatan berbeza.

Beliau membebaskan dirinya dari rostrum dan dalam kes Balok Makmur malam ini, Anwar membebaskan dirinya dari pentas yang mengikat dirinya.

Anwar turun ke bawah pentas dan bercakap secara langsung dengan orang ramai.

"Cara ini menyebabkan orang ramai terasa dekat dengan penceramah.

"Ini yang mengikat mereka dengan Anwar," tambah beliau yang merupakan pensyarah kepada Universiti Islam Antabangsa cawangan Kuantan itu lagi yang turut serta mendengar ceramah Anwar di Balok Makmur.

Bagi beliau semakin kuat tekanan diberikan oleh media BN kepada Anwar, orang akan lebih ramai menyertai ceramah-ceramah Anwar.

"Terbukti berdasarkan keputusan pilihan raya 2008, di kawasan mana Anwar pergi, di situlah undi parti pembangkang ketika itu melonjak naik," tambahnya.

PAS sedia makan tengahari kepada mangsa kebakaran

Posted: 30 Mar 2013 08:16 PM PDT

(Petugas PAS Sepanggar menyediakan makan tengahari untuk mangsa kebakaran)

SEPANGGAR: Seramai 1,774 mangsa kebakaran di Kampung Numbak, dekat sini pada Rabu lalu terus mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak PAS.

Menurut Yang DiPertua PAS Sepanggar, Ali Hassan berkata, pihaknya turut bergotong-royong  menyediakan makanan tengahari selama tiga hari bermula kelmarin kepada penduduk terlibat.

"Kita turut menyediakan menu makanan tengahari kepada penduduk terlibat selama tiga hari bermula Jumaat lalu hingga Ahad ini.

"Ada yang masih berada di kawasan sekitar sehingga menunggu pusat penempatan sementara dibuka bagi menempatkan mereka. Justeru, kita mengambil langkah ini bagi meringankan bebanan mereka," ujarnya.


(Orang ramai yang terdiri dari mangsa kebakaran mendapatkan makan tengahari dari PAS)

Dalam kejadian itu, hampir 263 buah rumah atas air berkenaan musnah dalam kebakaran.

Api dikatakan merebak dengan cepat ke seluruh perkampungan disebabkan tiupan angin kencang dan kedudukan rumah-rumah yang berdekatan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Sabah yang diketuai Pesuruhjaya, Aminuddin Aling turut mengambil peluang meluangkan masa bersama mangsa kebakaran dan sempat menyediakan makanan tengahari selain mengedarkan sumbangan.

PAS katanya, turut melancarkan Tabung Mangsa Kebakaran Numbak dengan mengajak kepada para dermawan, warga korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang terus ke akaun Bank Islam 10016010082855 (PAS Sabah) atau menghubungi Amiruddin Mohd Rosdi, Setiausaha Kerja di talian 010-9414317.

Tiada ulasan:

Pengikut