Ahad, 24 Mac 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PRU13: ‘Perlis Era Baru - Mensejahterakan Rakyat’

Posted: 23 Mar 2013 04:56 PM PDT


Mohamad bersama pimpinan Pakatan Rakyat Perlis selepas melancarkan manifesto.

KANGAR: Pakatan Rakyat Perlis melancarkan manifesto malam tadi yang bertemakan 'Perlis Era Baru - Mensejahterakan Rakyat' sempena PRU13.

Majlis pelancaran manifesto berlangsung di Dataran Restoran Anjung Keli di Behor Pulai dekat sini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin yang memulakan ucapan dalam majlis tersebut telah membentangkan mukadimah manifesto, diikuti wakil-wakil parti yang membentangkan tawaran-tawaran Pakatan Rakyat Perlis.

Pengerusi PKR Perlis, Mohamad Faisol Abdul Rahman; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir dan Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan mengambil giliran masing-masing untuk membentangkan intipati manifesto kepada sekitar 5,000 orang yang hadir dalam majlis tersebut.

Dalam manifesto tersebut, Pakatan Rakyat Perlis berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh mensejahterakan rakyat; mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan memperkasakan amalan Ahli Sunnah-Wal Jamaah serta menjanjikan sebuah pentadbiran professional yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

Untuk itu, Pakatan Rakyat Perlis membentangkan tujuh agenda awal kepada rakyat Perlis iaitu:

1. Menginstitusikan Jaringan Keselamatan Sosial bagi melindungi dan memastikan bantuan sampai kepada golongan miskin, berpendapatan rendah dan rentan (kumpulan yang berpendapatan mudah terjejas)
2. Mengusahakan hak pemilikan tanah dan lot-lot kediaman menerusi pemberian geran dan prasarana asas.
3. Mengkaji semula kadar cukai pintu bagi mengurangkan beban rakyat.
4. Memilih ketua dan ahli jawatankuasa kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan secara demokratik.
5. Kajian sistem pengairan pertanian sekaligus menangani masalah banjir.
6. Mewujudkan pusat sehenti dan patusan petugas khas bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan birokrasi pentadbiran.
7. Memperkukuhkan badan dan lembaga pendidikan Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil.

Konvoi Anak Muda Ke Program Pelancaran Kempen KEKAL Kerajaan Negeri Kelantan @ Machang

Posted: 23 Mar 2013 04:55 PM PDT

Lahad Datu: Menteri sepatutnya letak jawatan

Posted: 23 Mar 2013 04:52 PM PDT


MACHANG: Kalau di negara lain, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara sudah lama meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab apabila gagal menangani konflik sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.

Namun di Malaysia pemimpin terbabit masih selamat dan tetap utuh dengan kedudukan serta kuasa dimiliki mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, menteri yang terbabit dalam aspek keselamatan dalam isu di Lahad Datu sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang.

"Sepatutnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu dengan meletak jawatan.

"Tetapi bila masanya Perdana Menteri mahu sepupunya itu meletak jawatan. Hishamuddin tentunya akan mengadu kepada emaknya yang juga emak saudara kepada Datuk Seri Najib," katanya pada ceramah di tapak eskpo di sini malam tadi.

Ceramah sempena pelancaran Kekal (K) dihadiri ribuan penduduk tempatan. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi.

Gimik pelancaran K dilakukan Husam dengan memotong tali belon, kemudian gugusan belon meluncur ke udara bersama sepanduk bertulis K. Wakil-wakil pemuda dari setiap kawasan juga menerima panji K daripada Husam.

Orang ramai yang hadir juga melafazkan ikrar beramai-ramai yang diketuai Ketua Pemuda Machang, Hatman Abdullah.

Husam bagaimanapun berkata, apa yang berlaku di Sabah pemimpin terbabit disifatkan tidak mahu mengambil tanggungjawab bagi mengembalikan maruah negara yang tercemar akibat isu Lahad Datu.

Pada ceramah itu beliau turut mendedahkan pemimpin-pemimpin Umno diberi lot saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) sehingga 400 lot seorang.

Beliau mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi saham FGVH sebanyak 400 lot kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan.

"Sedangkan saham tersebut diperuntukan kerajaan untuk peneroka yang miskin. Peneroka pula terpaksa membuat pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH, sedangkan pemimpin Umno diberi percuma.

"Inilah yang menyebabkan kroni pemimpin Umno mendapat keuntungan mudah dalam sekelip mata apabila menjual saham tersebut," katanya.

Malah katanya, pemimpin Umno juga mendapat banyak keistimewaan termasuk memiliki Permit Import (AP) bagi mengimport kereta dan AP mengeksport kelapa sawit.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Perdana Menteri tidak sedar dosa-dosa kerajaan pusat terhadap Kelantan sejak 23 tahun lalu, apabila datang ke sini minggu lepas menyebut pula tujuh dosa besar PAS.

Katanya, perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas bagi mendapat hak ke atas royalti dinafikan kerajaan pusat sehingga sekarang.

"Saya telah melihat sendiri dokumen perjanjian  yang ditandatangani kerajaan Sarawak juga sama dengan apa yang ditandatangani kerajaan Kelantan. Tidak timbul sama sekali soal tiga batu nautika," ujarnya.

Sementara itu Abdul Latiff berkata, pelancaran kempen K akan diadakan di seluruh Kelantan bagi mengajak rakyat mempertahankan kerajaan di bawah kepemimpinan ulama.

Haflah Ilmu Anak Muda Kelate

Posted: 23 Mar 2013 04:52 PM PDT





















Sandiwara ketua bahagian punca 67 ahli tinggalkan Umno

Posted: 23 Mar 2013 04:48 PM PDT



RANTAU PANJANG: Sandiwara Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin mengisytiharkan orang Umno menyertai Umno membosankan penyokong dan ahli Umno di bahagian itu.

Tambah memualkan lagi mereka apabila warga Thailand yang tinggal di Rantau Panjang juga diarah berlakon menyerah borang menyertai Umno.

Ekoran itu baru-baru ini seramai 67 ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai PAS di Taman Nering Jaya dekat sini.

Kumpulan tersebut diketuai Mohd Rasepi Mat Zain, 35, menyerah borang menyertai PAS kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada satu program di taman tersebut.

Hadir sama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Syed Ismail, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan penghulu-penghulu mukim dan tanpa mukim.

Mohd Rasepi lebih dikenali sebagai Mie Case berkata, lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang akan menyertai PAS menjelang detik pilihan raya umum ke-13.

"Penyerahan borang menyertai PAS dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dan buat permulaan ini 67 orang keluar Umno di DUN Gual Periok," katanya.

Rakannya Abdul Khalid Jusoh, 41 berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada Umno kerana bosan dengan tindak tanduk pemimpin Umno melemparkan cacian dan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, dalam setiap kali ceramah atau perbualan harian, pemimpin Umno sering menghodohkan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat termasuk Tok Guru Nik Aziz.

"Bagi kita kalau mereka hendak hodohkan pemimpin lain tak apa, tetapi apabila disebut Tok Guru jadi kita rasa tak munasabahlah," ujarnya.

Bakri Ismail, 34, dari Taman Nering Jaya berkata, amalan pilih kasih dalam Umno begitu berleluasa sekali, mereka yang dekat dengan pemimpin atasan sahaja yang mendapat segala kemudahan.

"Ini yang saya alami sendiri ketika bergiat aktif dalam Umno cawangan Kubang Chenok. Saya dipinggirkan dalam banyak hal termasuk bantuan kepada anak-anak sekolah.

"Kita kena minta dan desak dulu baru dapat, bukannya nak beri secara suka rela dan ikhlas. Ini menyebabkan saya tidak puas hati dan mengambil keputusan tinggalkan Umno," ujarnya.

Teka-teki tarikh PRU13 dijangka berakhir 26 Mac

Posted: 23 Mar 2013 04:47 PM PDT


KUALA LUMPUR: Teka-teki tarikh Pilihan raya Umum ke-13 dijangka bakal berakhir pada 26 Mac ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Prediksi ini berdasarkan 'ketegasan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan PRU13 secara berasingan.

Negeri Sembilan pula bakal akan terbubar sendiri pada Selasa depan, dan pilihanraya negeri mesti diadakan dalam 60 hari, iaitu sebelum 26 Mei.

"Jika SPR ingin mengadakan pilihanraya serentak, ia mesti menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya mesti diadakan sebelum 26 Mei," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Dengan itu, kata Mustafa, SPR mesti menasihatkan Najib untuk memilih 'tarikh yang betul' sekiranya ia bertegas untuk mengelak pilihanraya berasingan, sesuatu yang ditentangnya sejak dulu.

Namun, pada pandangan Mustafa, sukar dibayangkan Najib akan memilih untuk mengadakan pilihanraya umum pada Jun.

"Negeri Sembilan sudah bergoyang untuk BN. Saya tak rasa beliau akan mengambil risiko untuk membiarkan Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya berasingan di April atau Mei sebelum pilihanraya parlimen di Jun. Jika Negeri Sembilan jatuh ke Pakatan Rakyat, ia akan mempunyai impak besar kepada pilihanraya negara," tambah beliau.

Najib pula akan mengakhiri jelajah 'Janji Ditepati' di Pekan hari ini, kawasan parlimen beliau.

Pada hari Ahad, beliau dijangka akan menghadiri F1 Grand Prix di Sepang. Dan pada 26 Mac, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA) di Langkawi akan bermula untuk lima hari.

"Jadi saya rasa semuanya akan ditentukan 26 Mac ini. Hari itu, semua teka-teki akan berakhir," kata Mustafa.

Tiada ulasan:

Pengikut