Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Lahad Datu: Sidang khas Parlimen perlu diadakan
- Ceramah Menangkis Fitnah UMNO Pada 20hb Mac 2013
- Syukur sangat, saya rasa nak takbir - Wan Azizah
- Pasukan keselamatan ucap terima kasih
- Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam
Lahad Datu: Sidang khas Parlimen perlu diadakan Posted: 13 Mar 2013 04:34 PM PDT Husam ketika memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh. KOTA BHARU: Kerajaan disaran mengadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu keamanan di Lahad Datu, Sabah yang kini masih belum berakhir. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sidang khas itu dapat memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berbahas serta mendapat maklumat lanjut melalui forum Parlimen itu. Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang khas di Kota Darulnaim petang tadi sebagai mengulas dua anggota tentera yang berasal dari Kelantan maut ketika sedang bertugas pagi semalam. Dengan cara itu, katanya operasi sebenar dapat dijalankan sehingga mampu membantu menamatkan operasi dengan cepat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. "Saya juga berpendapat semua SOP pertahanan dapat diikuti. Dalam hal ini saya bukan pakar ketenteraan, tetapi saya melihat ianya satu perkara yang mencemaskan kita. "Saya mengambil contoh peristiwa Sauk. Kerajaan dapat menyelesaikannya dalam tempoh empat hari dan selepas itu ianya diserahkan pada tentera," ujarnya. Katanya, kerajaan telah menyerahkannya kepada tentera untuk melakukan tindakan berdasarkan kemahiran pasukan itu di bawah penyeliaan komander dan jeneralnya. Tambahnya, berbanding dengan kes di Lahad Datu, di mana peristiwa itu telah berlangsung hampir satu bulan. Sekarang ini, katanya operasi terpaksa dilebarkan memandangkan penceroboh juga telah berada di beberapa buah tempat. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan seterusnya memberitahu, isu keselamatan negara melebihi isu-isu yang lain, kerana itu ia perlu diselesaikan segera. Beliau turut merakamkan rasa terharu di atas pemergian dua pahlawan negara yang berasal dari Kelantan itu. Katanya, dengan berlakunya peristiwa dua hari lalu, membuktikan keamanan negara khususnya di Sabah masih belum tenteram, sambil mengharapkan masaalah akan segera berakhir. Beliau juga turut mengharapkan kerajaan menjelaskan pada rakyat seluruhnya berhubung situasi sebenar perkembangan di sana. "Sekiranya yang berkorban telah bergadai nyawa dengan kerelaan keluarga masing-masing jaga perbatasan negara, sudah sampai masanya kerajaan tidak teragak-agak untuk membuat pendedahan agar lebih telus," ujarnya. Sambungnya, mudahan dengan cara itu semua pihak dapat memberikan pandangan mereka bagi membantu menyelesaikan masalah itu. "Semoga dengan cara ini tiada lagi insiden sedemikian berlaku, cukuplah peristiwa semalam dan ianya merupakan mangsa terakhir dalam isu ini," ujarnya. Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan pasukan tentera perlu diberikan mandat untuk menyelesaikan masalah itu. Katanya, ini kerana mereka mempunyai kepakaran khas yang berbeza dengan pasukan keselamatan yang lain. Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau terkorban dalam Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam dan tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu dekat Lahad Datu. Sementara itu, seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih juga semalam. Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan. Kedua-dua jenazah berkenaan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 9.45 pagi tadi. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, adalah antara kenamaan negeri yang hadir menyambut ketibaan jenazah. |
Ceramah Menangkis Fitnah UMNO Pada 20hb Mac 2013 Posted: 13 Mar 2013 04:33 PM PDT |
Syukur sangat, saya rasa nak takbir - Wan Azizah Posted: 13 Mar 2013 04:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya itu diperguna pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Liwat II. Presiden PKR itu yang dipetik KeadilanDaily, menyifatkan pendedahan Azlan itu sebagai anugerah Ilahi. Katanya dengan pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya. "Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka. "Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia," katanya kepada lidah PKR ituy. Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga. "Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya. "Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. "Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah," katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa. Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful. "Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan. "Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi," katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya. |
Pasukan keselamatan ucap terima kasih Posted: 13 Mar 2013 04:32 PM PDT KOTA BHARU: Pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu dan beberapa kawasan lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan Malaysia kerana prihatin terhadap nasib mereka. Timbalan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad (gambar) berkata, sewaktu kunjungannya ke Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan, beliau menyatakan kerajaan Kelantan telah mengadakan solat sunat hajat keamanan untuk memohon keamanan pada rakyat Sabah dan pasukan petugas. Beliau berkata demikian dalam taklimat dan majlis makan malam di Perdana Resort malam tadi sebaik sahaja pulang dari misi keamanan di Lahad Datu. Beliau bersama unit Media Limbongan Purnama Ummah, telah mengunjungi Sabah mewakili kerajaan Kelantan selama lima hari bermula 8 hingga 12 Mac lalu. Sambungnya, beliau sempat bertemu para pegawai pasukan keselamatan untuk mendapat gambaran di sana. "Mereka mengucapkan terima kasih pada pemimpin negara kita termasuk kerajaan Kelantan dan semua pihak yang menunaikan solat sunat hajat di seluruh negara untuk keamanan mereka,"ujarnya. Sempena kunjungan itu, beliau turut menziarahi balu anggota polis yang meninggal Sumiati Shurah, 49. Awal Mac lalu, suaminya Sarjan Mejar Halim Hamid terkorban ketika bertugas di Semporna, Sabah. Zainuddin membawa salam pemimpin kerajaan negeri, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. |
Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam Posted: 13 Mar 2013 04:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat. "Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa. "Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku. Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau. Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik. Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan