Pakatan Rakyat |
Posted: 17 Feb 2013 03:20 PM PST | KESIHAN EZAM SESUMPAH SANGGUP DIPERBODOHKAN Posted: 17 Feb 2013 07:14 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS APABILA mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam sesumpah melutut kepada Umno, maka hilanglah maruah beliau yang dahulunya dianggap hero selepas DS Anwar terutamanya di era reformasi. Apabila berada di bawah ketiak Najib dan Bik Mama, maka nama Ezam sesumpah tidak kurang dan lebih dari nama Raja katak, Berahim Alkataki. Kini, Ezam sesumpah ke hulu ke hilir menjadi balaci Umno disaat-saat Umno sedang nazak. Mungkin dulu pemimpin Umno merasakan jika bawa Ezam sesumpah sertai Umno akan membuatkan Umno bertambah hebat untuk berdepan dengan DS Anwar Ibrahim. Malangnya, harapan Umno berkecai dan mungkin sekarang terasa di dalam hati pemimpin Umno betapa rugi besarnya memberikan anugerah Senator kepada Ezam sedangkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ezam sesumpah selain dari menghabiskan gaji dan elaun Senator percumanya itu. Baru-baru ini, pada 15 Feb 2013 diadakan "DEBAT" RAKYAT di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas yang kononnya pentas debat di antara Ezam sesumpah selaku Penaung Waris Malaya dengan Hassan Jati mewakili JATI. Debat bertajuk "Jom Tolak Pakatan" itu tidak diketahui siapa pencadang dan siapa pembangkang kerana debat kebiasaannya mestilah ada pro dan kontra. Tetapi Ezam sesumpah tidak kisah walaupun pentas itu terang-terang memperbodohkannya. Lebih melucukan Hassan Jati langsung tidak nampak muka. Mungkin Hassan Jati terasa betapa bodohnya beliau jika berdebat dengan orang yang satu pemikiran dengannya. Buat apa berdebat jika sudah sama-sama bersetuju dengan tajuk debat? Bukankah itu kerja bodoh namanya. Jadi, Hassan Jati tidak mahu nampak terlebih bodoh dari Ezam sesumpah. Maka, berdebatlah Ezam sesumpah seorang diri. Sesuai dengan 'standard'nya, Ezam sesumpah pun berdebat seorang diri di atas lori ikan dan Ezam sesumpah pun berucap seolah-olah beliau berucap seperti DS Anwar di atas trailer Jelajah Merdeka Rakyat. Cukuplah dapat berangan. Sebelum ini, Ezam sesumpah pernah melakukan kerja bodoh yang sama iaitu berdebat dengan Noh Omar atas tajuk yang disepakati bersama. Kesihan Ezam sesumpah.. Bak kata rakan aku Blogger Omakkau, "Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan." | Hishamuddin diminta jelaskan kegagalan menagani situasi Lahad Datu Posted: 17 Feb 2013 07:02 AM PST Oleh Nomy Nozwir "Jika laporan itu benar, persoalannya mengapa situasi itu tidak dipantau sehingga sekarang? Apakah Kementerian Dalam Negeri 'tidur semasa kerja' sehingga tidak mampu bertindak dengan lebih awal?" kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini. Azmin mempersoalkan kemampuan Putrajaya menangani masalah itu, kerana membiarkan situasi tersebut sehingga pihak berkuasa terpaksa berunding dengan kumpulan bersenjata tersebut. "Anggota keselamatan kita mesti mengawal situasi ini dan kumpulan tersebut mesti dilucutkan senjata sekarang," kata Azmin lagi. Ahli parlimen Gombak itu juga mengatakan Kementerian Dalam Negeri harus menjawab mengenai isu ini kerana ia melibatkan keselamatan negara, disamping mengkritik tindakan kementerian itu menghalau senator Australia Nick Xenophon atas alasan 'risiko keselamatan'. "Daripada kita memperbodohkan diri dengan membuat kenyataan dengan mengatakan Senator Nick Xenophon sebagai 'musuh negara dan ancaman keselamatan', pihak kementerian seharusnya lebih fokus dengan ancaman sebenar negara ini," katanya. Pada 13 Feb lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah. Jumaat lalu, Manila menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka. Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu sehingga Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun, hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963. | BN Kedah harap keajaiban balak selepas gagal isu lain Posted: 17 Feb 2013 06:57 AM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYA UNTUK kali kedua BN Kedah menghimpunkan penyokongnya dari seluruh pelosok negeri di Charok Genting Bunga bagi melakukan 'battle cry' terhadap isu pembalakan yang kononnya berlaku dengan rakusnya di bawah Pakatan Rakyat Mereka mendakwa 12,000 orang berhimpun kali ini, lebih 2,000 orang berbanding perhimpunan pertama. Setiap peserta perhimpunan dibekalkan dengan baju-T percuma, minyak motosikal untuk konvoi, wang sagu hati dan makanan. Ditambah dengan bayaran untuk artis jemputan, sewa ratusan buah khemah, publisiti dalam pelbagai bentuk - maka jumlah yang dianggarkan tidak kurang RM1 juta dibelanjakan untuk himpunan kali kedua. Himpunan kali pertama juga tidak kurang besar belanjanya apabila orang kampung yang tidak tahu apa-apa dikerahkan dengan beratus-ratus buah bas, hadir terpinga-pinga mendengar ucapan Dato' Ibrahim Ali. Persoalan menarik ialah, mengapa BN Kedah sanggup melaburkan wang dan masa dengan begitu banyak hanya untuk memfokuskan isu yang satu, iaitu balak? Cukupkah dengan isu tersebut untuk menumbangkan Pakatan di Kedah? Hakikatnya, di negeri Jelapang Padi ini pembangkang memang ketandusan isu sejak awal lagi. Kalau mereka peroleh isu pun ia hanya untuk sementara waktu, akhirnya isu tersebut tidak memihak kepada mereka. Isu cadangan meroboh ganti Madrasah Salihiah untuk projek Aman Central dikira cukup besar. Himpunan demi himpunan diadakan, hingga akhirnya Menteri Besar turut diheret ke mahkamah. Namun ia selesai dalam keadaan hampir tiada siapa pun peduli mengenainya, bahkan sewaktu bangunan madrasah itu diroboh tiada satu biji mata pun yang bersagang nyawa untuk 'menyelamatkannya'. Sebabnya, dari awal isu tersebut berpihak kepada kerajaan Negeri, cuma menghadapi tentangan yang dibuat-buat tanpa prinsip. Bahkan sewaktu mereka mempertikaikan kaedah Istibdal yang diguna pakai oleh kerajaan negeri, mereka kantoi apabila yang memberi penjelasan mengenainya bukan Exco kerajaan tetapi Mufti. Isu penyelewengan dalam penyelenggaraan perumahan awam yang melibatkan kerugian sebanyak RM2.55 juta seperti dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bagi laporan audit 2011 juga tidak mampu bertahan. Kenaikan tarif air sebanyak RM0.10 untuk satu meter padu air juga tidak bertahan lama kerana rakyat Kedah tidak merasa beban kenaikan akibat yang terlalu kecil, berlaku pula dalam tempoh yang lama. Apatah lagi kualiti perkhidmatan air jauh lebih baik berbanding di zaman BN dahulu. Isu air yang berlaku di selatan dan utara Kedah selesai akhirnya dengan pembinaan logi pembersih air baru di Lubuk Buntar, Sik dan Padang Sanai. Tiada lagi cerita mahasiswa UUM membawa baldi, menadah air dari lori tangki di tepi jalan tetapi cerita yang kedengaran ialah paip lama di kampus itu pecah kerana tidak mampu menahan tekanan air yang terlalu kuat. Apabila BN menyerang kerajaan negeri dalam isu pertambahan pusat hiburan, serangan itu berpatah balik kepada mereka kerana pertambahan pusat hiburan haram mesti dipantau oleh pihak polis, sedang polis adalah agensi Persekutuan. Dari aspek lain, akibat terlalu kuat menyerang pusat hiburan mereka ditempelak oleh rakan sekutu Gerakan dan MCA, akhirnya Umno menikus dalam isu tersebut. Isu kerugian balak dalam pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) di Papua New Guinea sebanyak RM6.4 juta juga tidak dapat bertahan lama. Ia 'lekat di celah gigi' apabila muncul pendedahan penyelewengan dan bebanan di zaman BN yang jauh lebih besar iaitu sebayak RM403 juta! Itu baru jumlah bebanan yang akibatnya ditanggung oleh kerajaan negeri kini. Kalau dihitung jumlah penyelewengan, kerugian dan bebanan yang tidak ditanggung kerajaan kini - jumlahnya jauh lebih besar. Isu kononnya berlaku pertembungan antara pegawai dengan pemimpin politik, yang cuba dipanaskan oleh pihak pembangkang di Sidang Dun juga tidak sampai ke mana kerana akhirnya ia selesai begitu sahaja. Isu kononnya berlaku kelemahan pentadbiran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) juga nampaknya tidak bertahan lama. Ia selesai dalam sekelip mata apabila Yang di-Pertuan Agong berangkat merasmikan kampus induk KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta untuk fasa pertama. Maka menempelak KUIN sama seperti menempelak Agong yang juga merupakan Sultan Negeri ini. Maka selemah-lemah isu pembalakan pun, itulah pula isu yang paling besar bagi BN di Kedah. Itulah yang mereka canangkan kepada rakyat siang dan malam dalam propaganda yang penuh putarbelit. Selepas dua himpunan BN di tapak balak Tasik Pedu, kini giliran penyokong kerajaan negeri pula akan berhimpun di Tasik Pedu mempertahankan tindakan kerajaan negeri sambil membongkar salahlaku BN. Selepas ini, besar kemungkinan isu balak pun akan terpadam macam isu-isu lain yang dimainkan oleh pembangkang di Kedah. | PKR bakal letak bekas timbalan menteri sebagai calon Wangsa Maju Posted: 17 Feb 2013 06:45 AM PST Oleh Md Izwan KUALA LUMPUR — Bekas timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, dijangka bakal mengisi kerusi P116 Wangsa Maju pada Pilihan Raya 2013 selepas bekas ahli parlimen PKR, Wee Choo Keong, keluar daripada parti tersebut pada 2010. Dr Tan telah giat berkempen dan bertemu para pengundi selama dua tahun selepas kepimpinan tertinggi PKR memberinya tanggungjawab untuk memimpin cabang Wangsa Maju. Semasa ditemui The Malaysian Insider dalam satu program "walkabout" penghujung tahun lalu, Dr Tan berkata beliau mula selesa dan bertambah yakin selepas dua tahun mengadakan aktiviti dan bertemu rakyat di Wangsa Maju. "Selepas dua tahun, hasil daripada kempen 'walkabout' dan pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan mula menampakkan kesan positif," kata bekas ahli parlimen Gerakan itu. Dr Tan juga mengakui tugas sukar adalah apabila rakyat di kawasan tersebut mempersoalkan kesetiaannya bersama PKR dan apakah jaminan insiden keluar parti tidak akan berulang lagi selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti. "Kali pertama disini, hampir semua mereka yang ditemui bertanya kepada saya apakah jaminan saya kepada mereka jika menang pilihan raya," tambah Dr Tan yang pernah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan salah guna kuasa dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Dalam pada itu, dua pemimpin tertinggi PKR yang dihubungi oleh The Malaysian Insider mengakui Dr Tan telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan cabang kawasan tersebut sejak ketiadaan Wee. "Ya, (Dr) Tan telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga cabang Wangsa Maju sejak Wee keluar parti. Tapi kemungkinan dia bertanding disitu ada," kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. "Keputusan penuh masih belum dibuat, tapi itulah... kemungkinan (Dr) Tan akan bertanding disitu," terang pengarah komunikasi PKR itu lagi. Kerusi P116 dilihat antara kerusi panas dalam PRU yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi, pada tahun 2008 PKR berjaya merampas kerusi parlimen tersebut daripada MCA tetapi dengan majoriti yang sangat tipis iaitu 150 majoriti. Bekas calon PKR, Wee mengalahkan calon daripada BN, Yew Teong Look dengan memperolehi 19,637 undi berbanding lawannya memperolehi 19,487 undi. "Beliau (Dr Tan) hampir setiap minggu turun padang bertemu penduduk disini," kata Mohammad Hamdi Mohd Said, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wangsa Maju. "Selepas ketiadaan Wee kawasan cabang disini agak kelam-kabut tetapi apabila Tan mula bekerja disini, keadaan sudah berubah. "(Dr) Tan adalah seorang ahli politik tulen dan beliau tidak segan turun padang bertemu rakyat di sini yang dahulunya jarang dilakukan oleh Wee," kata Mohammad Hamdi lagi. Mohammad Hamdi sebelum ini merupakan antara tonggak utama jentera yang bekerja semasa kemenangan Wee pada 2008 lalu. "Perwatakan antara Dr Tan ini dan calon lama dulu sama sekali berbeza kerana pada 2008 dahulu kami telah melakukan kesilapan meletak calon 'payung terjun'," terang Mohammad Hamdi. Pengundi kaum Melayu merupakan yang terbesar di sini dengan 35, 258 (53.28 peratus) orang, diikuti kaum Cina 24, 000 (36.27 peratus) dan India dengan 5,741 (8.68 peratus). Parlimen Wangsa Maju mempunyai pengundi paling ramai yang berusia antara 30-49 tahun dengan 45.68 peratus (30, 230) dan diikuti golongan pesara yang berusia antara 50-69 tahun dengan 31.66 peratus (20, 953). Kawasan bandar merupakan kerusi yang sengit untuk dimenangi oleh mana-mana parti, memandangkan perkembangan teknologi dan penyaluran maklumat yang cepat sampai kepada penduduk di sekitar. Kebanyakkan kediaman di Wangsa Maju terdiri daripada unit-unit penginapan berbentuk pangsapuri; pangsapuri kos sederhana rendah dan pangsapuri mewah (kondominium). | Tindakan Najib memudaratkan keselamatan rakyat Posted: 17 Feb 2013 06:27 AM PST FREE MALAYSIA TODAY Bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah, Polis, Kuala Lumpur berkata pakar patologi Thailand Dr Pronthip Rojanasunand sepatutnya dibenarkan membuat bedah siasat di negara ini. Oleh: Mat Zain bin Ibrahim Sehingga keakhir tahun 1998 nilai kesahan dan kebolehpercayaan laporan-laporan Pakar Patologi (Pathologist ) tidak banyak dipersoalkan. Malahan kebanyakkan pendapat dan penemuan pakar-pakar berkenaan diterima bulat-bulat sebagai kata pemutus. Namun begitu keadaannya berbeza sejak beberapa tahun kebelakangan ini dimana kedapatan kewibaan dan tahap profesionalisme pakar-pakar tempatan bidang ini, bukan sahaja diragui dan dipersoalkan malahan dikecam begitu hebat apabila telah terbongkar perbuatan manipulasi dan pemalsuan yang berlaku secara terancang dalam penyediaan laporan-laporan forensik dalam kes-kes berprofil tinggi yang tertentu. Fenomena ini lebih terserlah lagi dalam kes-kes penyiasatan melibatkan kematian Teoh Beng Hock, Kugan Ananthan (Kugan), Aminurrasyid Amza, Ahmad Sarbani dan terkini dalam kes kematian C.Sugumaran pula. Menambah burukkan lagi keadaan, ialah apabila Malaysian Medical Council sendiri telah mendapati seorang Pakar Patologi dari Hospital Serdang, Dr.Abdul Karim Tajuddin bersalah melakukan salahlaku professional kerana memalsukan penemuan laporan post-moterm dalam kes melibatkan Kugan. Namun begitu Peguam Negara tidak memulakan sebarang pendakwaan terhadap Pathologist terlibat walaupun kesalahan tersebut adalah perbuatan memalsukan keterangan. Punca ketidakyakinan rakyat. Perbuatan memalsukan dan/atau memanipulasikan laporan forensik terdedah dengan jelas dalam penyiasatan insiden mata-lebam 1998. Dalam kes ini, Gani Patail kini Peguam Negara, dengan kerjasama rapat oleh Musa Hassan,kini seorang mantan KPN telah memujuk dan/atau menghasut dan/atau memaksa seorang Perunding Pathologist dari HKL, Dr.Abdul Rahman Yusof untuk menyediakan laporan-laporan pakar yang palsu untuk mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis adalah akibat dicederakan sendiri (self-inflicted injuries). Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan tindakan tersebut dipercayai untuk menyeragamkan dengan pengumuman yang dibuat 3 minggu sebelum itu oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir ,bahawa Anwar telah mencederakan diri sendiri. Begitu juga dengan pemalsuan keterangan DNA diatas tilam masyhur oleh Musa dan Gani yang dipercayai dilakukan setelah sebulan sebelum itu Tun Mahathir mengumumkan bahawa pemecatan Anwar dari semua jawatan Kerajaan dan Politik, diatas sebab kelakuan tidak bermoral dan penglibatan beliau dalam aktibiti homoseksual. Pemalsuan yang mereka lakukan ini adalah sebegitu jelas sehinggakan Hakim mendiang Datuk Augustine Paul yang dikatakan memihak kepada pihak pendakwaan pun, tidak berani untuk menerimanya sebagai keterangan sahih dan benar, lalu mengeluarkannya daripada rekod prosiding. Bukan sahaja mereka-meraka yang melakukan pemalsuan ini diberi perlindungan oleh Kerajaan, malahan Gani Patail dan Musa Hassan masing-masing dijadikan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara kemudiannya, diikuti dengan anugerah Darjah-Darjah Kebesaran dan rezeki yang melimpah ruah. Mungkin akibat melihat faedah dan ganjaran yang diterima oleh mereka berdua inilah, yang mendorong satu atau dua orang lagi Pathologist yang lemah semangat untuk mengikuti jejak langkah mereka yang tidak bertanggung jawab itu. Akibatnya kesemua laporan forensik oleh Pathologist tempatan dipertikaikan kesahan dan kebolehpercayaannya khususnya dalam kes-kes kematian ketika dalam tahanan polis. Walhalnya Negara kita sendiri mempunyai pakar Pathologist yang bukan sahaja setaraf, malahan lebih baik lagi daripada Dr. Pornthip Rojanasunand dari Thailand itu. Dakwaan penglibatan YAB Perdana Menteri. Kini tahap ketidakpercayaan kepada laporan forensik oleh pakar patologi tempatan dibawa pula ketahap antarabangsa apabila, terdapat dakwaan terbuka yang mengaitkan PM Najib sebagai telah memberi tekanan kepada Perdana Menteri Thailand untuk menghalang Dr.Pornthip Rojanasunand untuk datang kesini bagi membuat pemeriksaan kedua keatas mayat Sugumaran sepertimana yang beliau lakukan dalam kes Teoh Beng Hock. Peguam-peguam keluarga mendiang Sugumaran tidak akan membuat dakwaan terbuka yang serius sedemikian itu terhadap seorang PM, sekiranya mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Kini Dr.Pornthip sendiri telah membuat kenyataan terbuka menerusi media elektronik.Sungguhpun maklumat yang didedahkan adalah terhad,namun ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa memang benar terdapat sesuatu perundingan antara pemimpin kedua-dua Malaysia dan Thailand , supaya Dr.Pornthip dihalang daripada melakukan pemeriksaan kedua, keatas mayat Sugumaran walaupun beliau telah mempersetujuinya sebelum itu. Apa yang rakyat tidak mungkin akan tahu ialah permainan dan persetujuan dibelakang tabir, diantara kedua pemimpin tersebut.Kita berharap PM Najib telah dinasihatkan oleh Jabatan Peguam Negara akan implikasi tindakan beliau itu jika terbukti benar. Perkara yang dilakukan bukan "perundingan politik" tetapi adalah suatu konspirasi jenayah untuk menyorokkan keterangan yang benar didedahkan didalam suatu prosiding kehakiman membabitkan kematian. "It's all fairy tales" Dakwaan yang dilontarkan oleh peguam N.Surendran yang mewakili keluarga mendiang Sugumaran adalah sesuatu yang sangat serious yang bukan sahaja membabitkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri Malaysia tetapi membabitkan juga Perdana Menteri Thailand. Jawapan "It's all fairy tales" yang keluar dari mulut Najib sendiri adalah satu jawapan yang lemah dan tidak bermaya yang tidak sepatutnya datang dari seorang Perdana Menteri yang bertanggung jawab.Beliau sepatutnya lebih tegas dan melakukan sesuatu jika dakwaan itu tidak benar. Kita percaya rakyat dan pemimpim-pemimpin Kabinet Thailand mempunyai pendirian mereka tersendiri khasnya apabila Perdana Menteri wanita mereka yang pertama, dikaitkan dengan konspirasi jenayah di-Negara kita. Begitu juga dengan reaksi apabila terdapat beberapa Peguam Perancis mendedahkan yang Najib sendiri terlibat dalam scandal pembelian Scorpene .Beberapa ramai puak pengampu di-Negara ini yang kononya tersangat marah dan tersinggung dengan pendedahan tersebut. Malahan terdapat seorang Menteri Kanan yang kononya sanggup mempertahankan Najib sehingga titisan darah yang terakhir dalam perkara ini.Terdapat juga Menteri dan pemimpin-peminpin kerajaan yang lain yang mengambil tindakan "tidak dapat tanduk,telinga dipulas" seperti yang berlaku kepada NGO Suaram. Kita harus terima hakikat bahawa di-Thailand juga mempunyai pemimpin-pemimpin dan puak yang serupa yang akan menunggu masa untuk bertindak balas dengan cara tidak dapat tanduk telinga dipulas juga.Lebih lagi rakyat Thailand yang sangat sensitif jika Raja atau pemimpin tertinggi mereka dihina atau dituduh yang bukan-bukan. Yang menjadi mangsanya kelak ialah rakyat jelata khasnya yang berada dipersempadanan kedua Negara.Saya faham sensitibiti mereka, kerana pernah bertugas selama 6 tahun di-Changloon dan Padang Besar ,ketika pagar dan tembok sempadan mula dibina sehingga selesai. Apa yang boleh kita lihat dihadapan mata dan kepala kita sekarang ini pula, ialah masaalah lebih kurang 100 orang penceroboh dari kepulauan Filipina yang dikatakan bersenjata yang menyusup masuk ke-Lahad Datu,Sabah. Jika Kerajaan mengharapkan kerjasama yang jujur daripada Kerajaan Filipina untuk mengusir penceroboh-penceroboh ini ke-Negara asal mereka, maka kita patut melupakan harapan itu. Jika Kerajaan Najib boleh menipu dan mempermainkan Kerajaan Filipina disaat-saat akhir berkaitan dengan penyerahan Manuel Amalilio, seorang penjenayah yang dikehendakki kerana menipu lebih kurang 15,000 pelabur rakyat Filipina pelaburan berjumlah P12 Billion, maka mereka juga menantikan peluang untuk bertindak balas secara tidak dapat tanduk telinga dipulas juga. Kerana ingin menyelamatkan seorang penjenayah yang sangat dikehendakki oleh Filipina,yang kebetulannya mempunyai pertalian persaudara dengan Musa Aman,Ketua Menteri Sabah,Anifah Aman, Menteri Luar yang berkaitan dengan Gani Patail,Peguam Negara juga,Kerajaan Najib telah meletakkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa yang sedang berada atau bekerja di-Filipina dalam risiko untuk diapa-apakan oleh mana-mana satu daripada 15,000 orang atau sanak saudara mereka, yang menjadi mangsa penipuan oleh Amalilio. Kita tidak boleh hairan jika pasukan keselamatan Filipina akan membiarkan sahaja lebih ramai penceroboh-penceroboh dari kumpulan yang sama, masuk ke-Lahad Datu setelah mereka diaibkan oleh Polis kita yang "merampas" Amalilio dari genggaman mereka, sejurus sebelum menaiki kapal terbang ke-Filipina. Akhirnya kita akan terpaksa menyerahkan sebahagian dari tanah Sabah kepada penceroboh-penceroboh itu sepertimana kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura. Kejadian penahanan seorang Senator Australia,Nick Xenophon di-Lapangan Terbang LCCT dan menghalang beliau dari memasukki Negara ini awal pagi tadi,jelas membuktikan Najib dan Kerajaannya menyimpan dendam terhadap Xenophon, kerana telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Kerajaan BN tahun lalu. Jika Najib dan Kabinetnya boleh menyimpan dendam terhadap seorang Senator Australia,maka begitu juga Kabinet dan rakyat Thailand boleh menyimpan dendam terhadap rakyat Malaysia kerana mengaitkan Perdana Menteri mereka dengan salahlaku jenayah, manakala Kabinet dan rakyat Filipina pula menyimpan dendam terhadap kita akibat ditipu disaat akhir dalam kes penyerahan Amalilio. Mungkin kepada PM Najib peristiwa yang berlaku ini dan kemungkinan sejarah akan berulang hanyalah fairy tales semata-mata.Itu hak beliau.Rakyat pula mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Kebolehpercayaan penafian Najib. Berdasarkan kepada dolak-dalik Najib dalam memberikan jawapan kepada beberapa perkara penting sebelum ini dan memandangkan bahawa beliau sendiri boleh keliru atau tersilap dengan nama beliau sendiri, sama ada terdapat perkataan Muhammad atau tidak,maka jawapan beliau dalam perkara Dr.Pornthip Rojanasunand itu amat meragukan,mengelirukan dan tidak ada nilai kebolehpercayaan. Ministerial Statement. Memandangkan tindakan dan jawapan Najib dalam perkara-perkara yang dinyatakan diatas,boleh menimbulkan kegusaran dan perasaan bimbang dan cemas dikalangan rakyat jelata, khasnya mereka yang mempunyai keluarga atau sanak saudara dan sahabat handai yang bersempadan atau didalam Negeri Thailand,Filipina dan Australia maka PM Najib sewajarnya mengeluarkan satu Kenyataan Menteri (Ministerial Statement) bagi menjelaskan tindakan yang beliau telah ambil berkaitan perkara Dr.Pornthip Rojasunand,Manuel Amalilio dan terbaru terhadap Senator Nick Xenophon. Jika Kerajaan boleh mengeluarkan Ministerial Statement menerusi Parlimen pada bulan Disember 2010 sebagai membela Gani Patail dan Musa Hassan daripada dakwaan salahlaku jenayah mereka berdua,maka rakyat mengharapkan penjelasan yang terperinci juga, dalam perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada kehidupan dan keharmonian rakyat sendiri. Nota: Datuk Mat Zain bin Ibrahim adalah bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur. Kandungan diatas adalah surat terbuka beliau kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Hj.Omar. | PR Perak akan selesai tanah untuk sekolah Tamil Posted: 17 Feb 2013 06:22 AM PST Sivakumar (baju kuning) bersama masyarakat India mengadakan bantahan mengenai tanah tersebut di Ipoh hari ini. IPOH: Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar itu dengan serta merta apabila menjadi kerajaan selepas PRU13. "Kami juga memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Barisan Nasional Perak untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar ini," ujar Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau yang juga Adun Tronoh menegaskan, jika pihak kerajaan gagal menyelesaikan masalah itu, PR terpaksa membuat satu himpunan aman di hadapan pejabat SUK Perak untuk menuntut hak sekolah-sekolah Tamil di negeri ini. Barisan Nasional Perak telah menipu masyarakat India sekali lagi. Apa sudah jadi dengan janji kerajaan Perak untuk memberikan 2,000 ekar tanah kepada Sekolah-sekolah Tamil di Perak? Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji untuk memberi tanah 2000 ekar itu pada tahun 2009 setelah mereka merampas kuasa di negeri Perak. Mereka menuduh kerajaan Pakatan Rakyat tidak prihatin terhadap sekolah-sekolah Tamil. MIC Perak dengan bangganya telah membuat pengumunan bahawa kerajaan Barisan Nasional Perak telah memberikan 2,000 ekar tanah kepada sekolah-sekolah Tamil di Perak. Adakah benar kerajaan Perak telah memberikan tanah seluas 2,000 ekar itu kepada sekolah-sekolah Tamil? Kalau benar, saya memohon kepada MIC negeri Perak untuk membukti perkara itu dengan menunjukkan geran tanah untuk 2,000 ekar tanah tersebut dengan serta-merta. Sebenarnya tanah itu tidak pernah diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil di Perak. Tanah itu diberikan di atas nama Yayasan Perak. Saya tidak tahu apa hubungan Yayasan Perak dengan sekolah-sekolah Tamil. Ini merupakan saya muslihat untuk mengkaburi mata masyarakat India. MIC membuat lakonan seolah-olah masalah tanah untuk sekolah-sekolah Tamil itu telah diselesaikan apabila kerajaan memberikan tanah itu kepada Yayasan Perak. Saya pernah membangkitkan isu tanah 2000 ekar itu beberapa kali dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Tetapi, saya hanya diberi jawapan yang lumrah iaitu masalah akan diselesaikan dalam tempoh terdekat. Isu tanah ini tidak dipandang serius oleh kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin MIC juga tidak mahu isu ini sering ditimbulkan. Mereka mungkin mempunyai agenda sendiri untuk 'sapu' tanah tersebut. Saya difahamkan ada pemimpin-pemimpin politik yang bercadang untuk mendapatkan tanah itu daripada Yayasan Perak dengan cara menubuhkan syarikat swasta untuk mengurus tadbirnya. Baru-baru ini Ahli Parlimen Tapah Datuk Saravanan juga telah membuat saranan kepada kerajaan Perak supaya menyerahkan tanah itu kepada MIC untuk membantu sekolah-sekolah Tamil. Ini adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima. Rakyat negara ini khususnya masyarakat India tidak lupa kepada skandal-skandal besar yang pernah dilakukan oleh MIC seperti isu saham Telekom dan Maika Holdings. Memberi 2,000 ekar tanah ini kepada MIC adalah seolah-olah menjemput buaya ke tepi sungai dan memberikan seekor kambing untuk dimakan. Tambahan pula, dalam suasana politik sekarang Barisan Nasional tidak mungkin dapat menjadi kerajaan lagi di negeri Perak selepas PRU13. Oleh yang demikian, memberi tanah itu kepada MIC adalah satu tindakan yang langsung tidak bermakna. Saya telah membangkit isu ini dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak pada 15 Februari 2013. Pakatan Rakyat Perak menjanjikan untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar itu dengan serta merta apabila menjadi kerajaan selepas PRU13. Kami juga memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Barisan Nasional Perak untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar ini. Jika pihak kerajaan gagal menyelesaikan masalah ini, kami terpaksa membuat satu himpunan aman di hadapan SUK Perak untuk menuntut hak sekolah-sekolah Tamil di Perak. | Pemuda PAS tawar 7 agenda anak muda Posted: 17 Feb 2013 06:20 AM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan Tujuh Agenda Anak Muda Berkebajikan demi kebajikan dan kesejahteraan mereka di masa akan datang. Tujuh agenda tersebut sebahagiannya diambil dari dokumen Negara Berkebajikan PAS. Agenda tersebut adalah, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, keusahawanan belia, pendidikan berkebajikan, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, tujuan mereka kemukakan tujuh agenda itu kerana anak muda pada hari ini sedang berdepan dengan masalah yang cukup menghantui mereka termasuklah keupayaan untuk memiliki rumah. "Hari ini anak muda tidak dapat memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang terlalu mahal. "Begitu juga dalam hal kenderaan seperti kereta, anak muda tidak berjaya untuk memiliki kerana pelbagai cukai dikenakan sehingga harga kereta melambung tinggi," katanya. Oleh sebab itulah, katanya PAS akan melaksanakan tujuh agenda ini sekiranya diberikan mandat selepas pilihan raya nanti. Beliau berkata demikian ketika melancarkan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di hadapan pusat membeli belah Sogo, jam 3.30 petang tadi dan berakhir sejam kemudian. (Gambar atas) Sekitar 200 orang ramai termasuk anak muda membanjiri perkarangan Sogo bagi mendengar tawaran agenda tersebut yang disampaikan oleh Nasrudin. Turut mencuri tumpuan ramai Pemuda PAS menyajikan persembahan nyayian oleh Man John bersama Zainal Abidin Ayub. Di kesempatan itu juga, Pemuda PAS turut mempelawa pemuzik jalanan bersama-samanya yang kebetulan sedang membuat persembahan di situ. Beberapa pimpinan termasuk Timbalan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan exconya turut mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah itu. Nasruddin berharap anak muda dapat menghayati tujuh agenda ini sebagai usaha PAS untuk merelisasikan Negara Berkebajikan. "Anak muda boleh menghayati tawaran kita dengan detil dalam laman web kita selepas ini," katanya. | Jho Low mengaku kerajaan P Pinang tolak pesta arak Posted: 17 Feb 2013 06:18 AM PST PULAU PINANG: Penasihat perniagaan kepada Perdana Menteri dan isterinya, Jho Low mengakui sebuah parti arak yang melibatkan ramai selebriti di Pantai Batu Feringgi telah tidak diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Menurut mesej yang dihantar oleh Jho Low melalui Twitternya, kerajaan Pulau Pinang tidak meluluskan permohonan ramai selebriti untuk berparti di pantai itu. Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tetap dituduh oleh Umno menganjurkan parti arak di pantai itu. "Umno mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menganjurkan parti arak di pantainya," kata beliau sampai menyambung mesej yang dihantar oleh Jho Low tersebut. Jho Low adalah antara orang kepercayaan Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya untuk menguruskan hal pelaburan dan kewangannya. Antara projek yang dikaitkan dengan Jho Low adalah tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi. Sebelum ini, Jho Low disebarkan melalui media mengadakan pelbagai pesta mewah dengan artis terkenal antarabangsa. | AMK lancar Dokumen Merah, isytihar penyanyi Yasin sebagai duta Posted: 17 Feb 2013 06:14 AM PST Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.
"Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin," kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.
AMK turut melancarkan video klip lagu 'Reformasi' di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.
"Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK," kata Rozan.
Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai 'duta rasmi' AMK dan 'Dokumen Merah' dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat. Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah' AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.
Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin, KLIK INI. | Empat bekas jeneral tentera dukung Pakatan Rakyat Posted: 17 Feb 2013 02:15 AM PST KUALA LUMPUR : Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat. Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai. Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat). Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Rekreasi, Keramat Wangsa. Turut hadir dan memberikan pidato, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara isu yang ditimbulkan bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit adalah penyelewengan dalam pembelian senjata melalui tender rundingan terus seperti disuarakan Abdul Ghafir Abdul Hamid. Beliau turut mempersoalkan RM75 bilion peruntukan untuk tentera yang lesap sejak mula berkhidmat dalam pasukan itu sehingga bersara pada 2005. Abdul Hadi dalam ucapannya pula mengajak 250,000 bekas pesara tentera melakukan perubahan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan datang. Beliau turut memetik penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene dan mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dalang kehilangan enjit pesawat TUDM pada 2007. Perkara sama turut disuarakan Imran Abd hamid yang mengakui tahu tentang selok belok penyelwengan kewangan yang berlaku dalam tentera laut setelah 37 tahun berkhidmat bersama pasukan itu. | PRU13: Mungkinkah SPR lanjut masa mengundi? Posted: 17 Feb 2013 02:11 AM PST KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menerangkan kepada petugas Pilihanraya PAS Bukit Gantang semalam bahawa tempoh pengundian boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa diberi notis, lapor blogger Sisi Bukit. "Cukup sekadar pengumuman biasa sahaja. Jadi tempoh mengundi boleh dipanjangkan sehingga 7 malam, jika SPR merasakan perlu untuk berbuat demikian," ujarnya. Justeru itu, beliau meminta pengundi yang mengundi PAS mesti dipastikan telah keluar mengundi. Beliau yang juga seorang peguam menjelaskan celup jari menggunakan dakwat bukannya ada dalam perlembagaan tetapi ia cuma peraturan sahaja. Jadi SPR juga mungkin bersikap seperti tahun 2008 yang mencipta isu atas faktor keselamatan untuk menidakkan keperluan menggunakan dakwat kekal. | Pemilih luar negara boleh mohon undi pos sehingga hari pembubaran Posted: 17 Feb 2013 02:07 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih berdaftar mempunyai tempoh sehingga hari pembubaran Parlimen untuk memohon mengundi secara pos pada pilihan raya ke-13. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata permohonan menerusi Borang 1B yang diterima selepas pukul 12 malam pada hari pembubaran tidak akan diproses. Sejak permohonan dibuka 21 Januari lepas hingga semalam, SPR menerima 2,485 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara, katanya kepada Bernama. Daripada jumlah itu, antara permohonan tertinggi diterima daripada mereka yang menetap di Australia iaitu 574, United Kingdom (449), Amerika Syarikat (195), China (132), Qatar (116) dan Emiriah Arab Bersatu (97). Selain mereka, 2,651 pelajar Malaysia, penjawat awam dan pasangan yang tinggal di luar negara dan merupakan pengundi tidak hadir telah mendaftar untuk mengundi secara pos pada pilihan raya ini. Beliau berkata rakyat Malaysia boleh merujuk panduan mengisi Borang 1B dan senarai soalan berkaitan (FAQ) yang disediakan melalui laman sesawang SPR bagi memastikan mereka mengisi borang permohonan mengundi secara pos dengan betul. Borang 1B yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada ibu pejabat SPR sama ada melalui e-mel (upup@spr.gov.my); atau faks (+603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192); atau pos ke ibu pejabat SPR di Putrajaya. Wan Ahmad berkata setiap permohonan akan segera diproses dan pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka. Rakyat Malaysia di luar negara dinasihati sentiasa menyemak pengumuman SPR mengenainya melalui laman sesawang www.spr.gov.my dari semasa ke semasa," katanya. Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara, rakyat Malaysia menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih berpeluang mengundi dan terlibat dalam menentukan masa depan negara. Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos. Selain menjadi pemilih berdaftar, mereka mestilah memenuhi syarat pernah berada di Malaysia untuk tempoh tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubar. Katanya walaupun mengundi merupakan hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, aspek tanggungjawab dan hubungan dengan negara perlu dititikberatkan kerana ia akan menentukan masa depan Malaysia. Beliau turut menggalakkan pengundi pos untuk mengambil sendiri Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi di pejabat kedutaan Malaysia di negara masing-masing meskipun pihak kedutaan akan menghantar sampul itu secara pos. | Karpal: DAP sudah serah laporan penyata tahunan kepada RoS Posted: 17 Feb 2013 02:06 AM PST SINAR HARIAN GEORGETOWN - DAP hari ini mengesahkan telah menghantar laporan penyata tahunannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 8 Februari lepas. Pengerusinya Karpal Singh berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan RoS sekiranya dipanggil untuk memberi penjelasan dan beliau menyifatkan dakwaan yang mengatakan parti itu gagal mengemukakan laporan itu sebagai 'kenyataan tidak bertanggungjawab' "Laporan itu telah disahkan penerimaannya oleh RoS. Sekiranya dipanggil oleh RoS, DAP sedia memberi penjelasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa ROS memulakan siasatan terhadap DAP yang didakwa tidak menyerahkan laporan kepada badan itu. Justeru, beliau berkata dakwaan yang mengatakan DAP belum menghantar laporan penyata tahunannya adalah tidak benar dan tidak berasas. Dalam perkembangan lain, Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor meminta polemik isu kalimah Allah serta protes jalanan bertujuan menyerang beliau secara peribadi dihentikan semua pihak kerana perkara itu dianggap telah selesai. Beliau berkata pakatan pembangkang tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat pada 8 Januari lepas bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan. "Ini pendirian pakatan pembangkang yang dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri (Presiden Pas) Datuk (Seri) Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Keputusan majlis syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti," katanya. Mengulas mengenai laporan akhbar bahawa Pas akan keluar dari pakatan sekiranya kerjasama antara mereka merugikan Islam dan Melayu, Karpal berkata kenyataan itu terlalu umum dan boleh dipertikaikan kesahihannya. "Saya tidak akan menjawab kepada persoalan yang spekulatif," katanya. Beliau turut menegaskan hubungan antara DAP, PKR dan Pas masih baik walaupun terdapat percanggahan pendapat di antara mereka. - Bernama | [BERGAMBAR] Hassan Ali Gagal Hadir, Ezam Berdebat Sorang-sorang Atas Lori Ikan! Posted: 17 Feb 2013 01:58 AM PST KELAB GREENBOC Debat" Rakyat kelmarin 15hb Februari 2013, di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas dihebohkan kepada satu dunia adalah antara Penaung Waris Malaya, Ezam Md Nor lawan Presiden JATI Hasan Ali. Tapi malangnya "pedebat" dari JATI, Hasan Ali tak nampak batang hidung. Maka terpaksalah Ezam Md Nor berdebat seorang diri diatas lori 3 tan bawa ikan. Kelmarin dulu Ezam dengan Noh Omar "berdebat" atas lori ikan yang sama. Pengacara "debat" tidak memberitahu alasan dan punca mengapa Hasan Ali enggan datang untuk berdebat dengan Ezam Md Nor. Adakah dia merasakan pentas "debat" tidak sesuai dengan statusnya sebagai Presiden NGO Tiga Jalur, JATI yang "memperjuangkan" Islam, Melayu dan Raja... Wallahuakhlam Bissawab. Kehadiran orang ramai pada amatan dan pandangan mata Omakkau ialah sekitar 150-200 orang kebanyakkannya ialah budak-budak dari Waris Malaya yang berpakaian Baju T warna putih dimana Ezam adalah Penaungnya. Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan. -omakkau | Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri Posted: 17 Feb 2013 01:53 AM PST ASPAN ALIASSeorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan di hantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang 'demokratik' ini. Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishamudin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai 'diplomatic language' yang begitu rendah dan memalukan. Senator ini telah menjadi mangsa politik negara kerana bercakap benar tentang keadaan demokrasi negara kita. Kesalahan Senator ini sebenarnya sangat besar. Kesalahannya ialah kerana bercakap benar dan tidak mahu berbohong. Mungkin sebelum ini Senator ini belum memahami undang-undang negara ini. Beliau tidak memahami yang di negara ini bercakap benar itu adalah dicegah (forbidden). Berjuang untuk menghapuskan rasuah itu salah. Sesiapa yang memperjuangkan untuk diadakan pilihanraya bebas itu lebih salah sehingga ada seorang bekas Perdana Menteri menyarankan supaya di pinda perlembagaan supaya membolehkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilucutkan kerakyatannya. Senator ini mungkin menganggap demokrasi itu semuanya sama seperti yang wujud di semua negara maju yang lain di dunia ini. Beliau tidak tahu yang Malaysia mempunyai demokrasi acuannya tersendiri. Sepatutnya Senator ini belajar tentang latar belakang demokrasi di negara ini sebelum berbuat apa-apa dalam negara ini. Apa yang kerajaan Malaysia marahkan Xenophon itu mudah sahaja. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana komen beliau tentang cara Bersih di kendalikan oleh pihak berkuasa Polis Malaysia pada 28hb April tahun lepas. Xenophon berada di sini semasa itu untuk melihat sendiri bagaimana 'rally Bersih' itu berjalan. Xenophon sepatutnya jangan bercakap benar yang pihak Polis lah yang memulakan keganasan itu yang di mulakan dengan beberapa orang anggota Polis yang menyamar dan menjadi sebagai agen 'provocateur' bagi mencetuskan pertempuran di antara Polis dengan peserta rally itu..Di sini bukan tempatnya untuk memberikan pandangan yang adil. Di sini ialah tempat di mana hanya pihak kerajaan sahaja yang benar. Kenyataan Xenophon yang memberikan kenyataan yang lebih dari dua ratus ribu peserta adalah salah. Xenophon sepatutnya memberikan angka yang sama seperti yang di berikan oleh Rais Yatim, iaitu 22,700 orang sahaja. Senator itu mesti juga memahami yang berjalan beramai-ramai ke tempat rally itu dianggap sebagai demonstrasi jalanan di sini. Kerajaan pimpinan UMNO mahukan semua peserta rally itu terbang dan terus sahaja mendarat di tempat rally itu diadakan. Sesiapa bercakap yang tidak di sukai oleh pimpinan UMNO itu dianggap sebagai musuh negara. Jika kita tutup tindakan rasuah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO barulah boleh datang ke sini. Sesiapa juga yang membawa berita yang anak seorang Perdana Menteri suatu ketika dahulu telah mengambil wang rakyat hampir RM2 billion itu amat salah kerana anak dan keluarga pimpinan BN di berikan keistimewaan menggunakan wang rakyat untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka. Menjaga maruah dan integriti bukan perkara penting bagi pimpinan kita. Yang penting ialah kuasa dan kali ini kuasa itu mahu dikekalkan untuk menutup dan menjauhi segala kesalahan mereka di ketahui oleh rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa. Xenophon telah melanggar semuanya ini, maka terpaksalah beliau kembali ke negara beliau serta merta. Kalau setakat hendak sampai ke LCCT itu boleh lah. Xenophon jangan sekali-kali datang ke sini lagi kerana jika beliau berada di sini beliau akan menjadikan negara kita ini tidak selamat lagi. Bercakap sahaja perkara yang tidak di sukai oleh pihak parti pemerintah, maka orang itu akan di kurung dan dijadikan 'banduan' sementara. Xenophon mesti memahami kenyataan yang rakyat Malaysia tidak akan bercakap tentang segala ketidak adilan tidak lama lagi, kerana mereka akan bertindak dan berusaha untuk menolak pimpinan dan parti yang sedang berkuasa ini dalam pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya kerajaan kita bukannya mengurung Xenophon atau sesiapa. Sebenarnya mereka sedang mengurung diri mereka sendiri untuk mengelak diri mereka di kenali sebagai pemimpin otokratik yang berselindung di sebalik demokrasi acuan kita sendiri itu. Setelah parti yang berkuasa sekarang sudah tidak diberi mandat lagi Xenophon boleh lah datang kembali ke sini. Semasa itu nanti barulah beliau boleh bercakap apa yang benar tanpa was-was. Bukannya lama untuk menunggu perubahan itu. | Tanding di Johor: Umno persoal agenda Salahuddin Posted: 17 Feb 2013 01:49 AM PST MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub diminta memperjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa dirinya mempunyai agenda lebih besar yang ingin dibawa ke Johor apabila mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengakui tidak memahami dengan jelas isu diperkatakan Salahuddin yang dikhuatiri menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat di negeri ini. Jelasnya, apa yang dilihatnya adalah kenyataan itu tidak akan memberi sebarang faedah kepada rakyat di sini. "Kenapa dia (Salahuddin) tidak mahu kekal bertanding di Kelantan? Tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada dia diberikan satu tanggungjawab besar untuk datang ke Johor atau orang Kelantan sudah tidak mahu dia? "Dia pernah berada di kerusi Kubang Kerian, Kelantan yang ditadbir kerajaan Pas. Apa perkara baik (pembangunan) yang pernah dilakukan di sana untuk dia bawa ke Johor yang tidak atau belum dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN)," katanya semasa lawatannya ke rumah seorang warga emas di Jalan Junid di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Salahuddin untuk bertanding di Johor bukan kerana jawatan menteri besar, sebaliknya kerana agenda besar yang ingin dilakukan di Johor itu selepas Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU13. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, tiada jaminan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat jika pembangkang memerintah negara kerana parti itu terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa melalui tawaran janji yang dibuat. "Saya khuatir jika kerajaan berubah, semua program transformasi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terhenti, sebaliknya pembangkang meneruskan program itu menjadi lebih teruk," katanya. | Pembantu rumah disyaki lambung bayi ditahan reman hingga esok Posted: 17 Feb 2013 01:45 AM PST SINAR HARIAN KUANTAN - Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung. | KWSP umum dividen 6.15 peratus Posted: 17 Feb 2013 01:43 AM PST Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012. Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011. "Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya. "Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya. Menurut beliau pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan. Katanya walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah. Selain itu, beliau berkata selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil. Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya. "Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut. "Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya. Katanya berikutan beberapa transaksi sekali bayaran (one-off) pasaran modal pada 2012, pendapatan daripada pinjaman dan bon menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding 2011. Pelaburan dalam kelas aset ini menyumbang RM9.68 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar, naik 33.62 peratus atau RM2.44 bilion berbanding 2011. Selaras dengan kadar faedah yang rendah, Samsudin berkata KWSP beransur-ansur mengurangkan pendedahannya dalam aset berpendapatan tetap konvensional dan mengalihkan aset yang telah matang kepada aset yang menghasilkan pulangan lebih tinggi seperti ekuiti dan hartanah dalam had risiko yang boleh diterima. Bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion pendapatan bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar, katanya. Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta. Menurut Samsudin aset pelaburan KWSP setakat 31 Dis 2012 berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan caruman tahunan bersih pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan dalam semua kelas aset, katanya. Dengan peningkatan jumlah keahlian, KWSP memerlukan RM4.46 bilion untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2012, peningkatan 9.34 peratus daripada RM4.08 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2011. Antara urus niaga utama pada 2012 ialah perluasan pelaburan hartanah KWSP dalam dan luar negara termasuk projek Battersea Power Station di London dan memuktamadkan pembelian 932 hektar tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dengan haga RM2.28 bilion untuk membangunkan sebuah kawasan perbandaran baharu. Sejajar dengan strategi diversifikasi untuk mengoptimumkan pulangan jangka panjang kepada pencarum, jumlah pendedahan KWSP di luar negara setakat 31 Dis 2012 ialah 15.7 peratus daripada jumlah aset pelaburan, menurut kenyataan itu. Pada 2012, tambahan US$7.1 bilion pelaburan telah dibuat dalam ekuiti global, bon global dan hartanah. Samsudin berkata dalam menguruskan dana berjumlah lebih setengah trilion ringgit, KWSP berdepan cabaran besar untuk terus memberi pulangan kukuh di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang rendah, ketidaktentuan berterusan ekonomi global serta kekangan dalam pasaran modal domestik. "Bagaimanapun, sebagai dana persaraan, KWSP akan terus berpandukan objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah bagi memastikan kemampanan dan pulangan konsisten untuk kesejahteraan persaraan anggotanya. Pencarum KWSP boleh mendapatkan penyata kira-kira masing-masing bagi menyemak pengkreditan dividen 2012 sama ada di kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok. Pencarum berumur 55 tahun dan ke atas pula boleh mengeluarkan dividen tahunan yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka yang menjadi antara pilihan bayaran di bawah skim Pengeluaran Umur 55 tahun.- Bernama | Anwar, Kit Siang nafi pelawa Ku Li jadi PM Posted: 17 Feb 2013 01:41 AM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ura-ura bahawa Pakatan Rakyat akan mempelawa ahli Parlimen Gua Musang untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang. Beliau juga mendakwa, isu berkenaan hanyalah gembar-gembur yang dimainkan oleh media Umno. "Saya tak tahu saya belum dengar apa-apa. Saya tak tahulah kalau Kit (Siang) ada dengar apa-apa. "Saya rasa ini (kerja) akhbar Umno," katanya menjawab soalan wartawan sewaktu ditemui selepas majlis Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong di Kajang. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media sama juga menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin. Dakwaan berkenaan dibangkitkan bekas wakil rakyat Pakatan, Datuk Dzahrain Hashim dalam satu laporan The Star semalam. MP Bayan Baru itu mendakwa DAP dan PAS telah mencapai persefahaman untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan kerana beliau calon yang lebih baik. Pimpinan tettinggi Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara berazam melantik Anwar sebagai PM jika mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang. | Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong Posted: 17 Feb 2013 01:35 AM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini. Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu. Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu. Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu. Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam. Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang. Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN. "Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH. Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong. Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi. Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu. Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan. "Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap. Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya. Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan. Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut. Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah. | Pegawai Kanan Tentera berpangkat Leftenan Kolonel ditahan Jawi Posted: 17 Feb 2013 01:28 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel antara sembilan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di kelab malam di Jalan Ipoh di sini, awal pagi ini. Mengesahkan tangkapan itu, Pegawai Perhubungan Awam Kanan Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata pegawai itu ditahan kerana disahkan positif mengambil alkohol, dalam serbuan pukul 1.30 pagi. "Ketika serbuan, pegawai tersebut sedang asyik berhibur bersama dua perempuan berusia 20-an yang didakwa anak saudaranya. Bagaimanapun kedua-dua mereka (anak saudara) dibebaskan selepas disahkan negatif dalam ujian pengesanan alkohol," katanya ketika dihubungi Bernama. Asmawi berkata ketika ditahan, lelaki tersebut merayu minta dilepaskan kerana khuatir memberi kesan terhadap nama baik dan jawatannya. Katanya, lima lagi anggota tentera turut dicekup dalam operasi berkala pencegahan maksiat itu oleh pasukan penguatkuasa. "Pihak kami tidak sesekali berkompromi dalam kes seperti ini tidak kira siapa, sama ada tentera, orang biasa, atau orang kenamaan kerana sudah sedia maklum kelab-kelab malam tempat yang dilarang kepada umat Islam," katanya. - Bernama | Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa Posted: 17 Feb 2013 01:27 AM PST SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, akan bertanding menggunakan lambang Berjasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyenaraikan 11 kerusi sebagai sasarannya buat masa sekarang. Sehubungan itu, kepimpinan Isma dan Berjasa akan mengeluarkan satu manifesto standard dalam waktu terdekat. Daripada 11 kerusi itu, sembilan melibatkan peringkat parlimen dan baki adalah bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun). "Setakat ini, kami memutuskan untuk bertanding di 11 kawasan. Kami sedang berbincang mengenai kawasan-kawasan lain yang kami akan tanding," kata Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika dihubungi. Terdahulu pada sebelah pagi tadi, Isma melancarkan jentera pilihan raya dan mengumumkan parti yang akan dijadikan platform untuk menurunkan calonnya iaitu Berjasa. Akhir tahun lalu, Isma mengumumkan penubuhan biro politik sebagai persiapan menyertai dengan aktif dalam PRU13. Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan temu bual khas dengan Zaik mengenai pendirian pihaknya bertanding PRU13. Mengulas lanjut, Zaik berkata, pihaknya akan meletakkan calon di Subang, Puchong, Seremban, Tapah, Wangsa Maju, Segamat dan Gurun. Kerusi-kerusi itu ditandingi oleh calon bukan dari Umno dan Pas lima tahun lalu. Mengulas lanjut, Zaik berkata, pihaknya akan bertanding di kawasan-kawasan yang tidak ditandingi Pas dan Umno. "Kami sedia bincang dengan sesiapa sahaja. Kami memutuskan untuk tidak bertanding di kawasan, yang pada PRU 2008 ditandingi oleh Pas dan Umno. "Mungkin akan ada perubahan... kerusi-kerusi ini berdasarkan senario 2008, tempat mungkin berubah," kata Zaik sambil menambah, senarai nama untuk 11 kerusi yang telah diputuskan sudah ada. "Tetapi ia tidak boleh diumumkan sekarang atas faktor keselamatan," kata beliau. Isma bercadang untuk bertanding di 20 kerusi. Pada 8 Februari lalu, Berjasa berkata akan meletakkan calon di 150 kerusi pada PRU13 dengan tujuan mahu menambah suara orang Melayu di Parlimen dan Dun. Pengarah Eksekutif Markas Pilihan Raya Berjasa, Datuk Hashim Abdul Karim berkata, dari 150 kerusi itu, 50 adalah bahagian Parlimen manakala baki 100 melibatkan peringkat Dun. Menurutnya, Berjasa mengambil keputusan untuk kembali bertanding pada PRU13 demi memperkasakan kembali hak orang Melayu dan agama Islam. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun akan dipertandingkan pada PRU13. Beliau juga berkata, langkah meletakkan calon kali ini bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen. | Usah alih sebenar kerugian RM403 juta masa kerajaan BN Kedah dulu Posted: 16 Feb 2013 04:00 PM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang dicabar untuk mempersoal Umno-BN dalam isu kerugian RM403 juta dalam 11 projek awam ketika Kerajaan BN memerintah Kedah sebelum dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13 Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Teng mempersoal kononnya Kerajaan PAS Kedah berhutang RM2.933 bilion bagi tujuan projek membela rakyat tidak masuk akal. Sedangkan isu yang jauh lebih besar adalah bagaimana ketika kerajaan negeri ditadbir BN, beberapa projek yang dibuat untuk kroni akhirnya melahirkan kerugian yang besar hingga terpaksa ditanggung oleh Kerajaan PAS yang ada sekarang. Firdaus berkata, isu penyelewengan RM403 juta itu perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran Kerajaan Umno-BN ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan. Mengulas lanjut, beliau yang ditemui Harakah pada 15 Februari lalu berkata, apa yang disebut Teng mengenai RM2.993 bilion itu memang benar, tetapi ia adalah hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan Umno-BN terhadulu. Teng mendakwa hutang Kerajaan PAS Kedah kini berjumlah RM2.933 bilion. Dalam laporan akhbar harian, beliau menyatakan, Kedah berhutang antaranya bagi projek Rancangan Bekalan Air (RM1.9 bilion); Perumahan Awam Kos rendah (RM152.75 juta); Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (RM372.56 juta) dan pelbagai (RM153.45 juta). Selain itu Teng mendakwa, Kerajaan PAS Kedah juga berhutang dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam pembinaan Kampus KUIN sejumlah RM330 juta. Mengulas lanjut, Firdaus berkata, Kerajaan PAS Kedah terpaksa menanggung hutang bagi tujuan melaksanakan projek-projek yang membabitkan kepentingan rakyat khasnya dalam pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bernilai RM330 juta yang akhirnya berjaya disiapkan. "Kita nak buat KUIN, pihak kementerian tidak tolong, jadi kita berhutang demi kepentingan rakyat khasnya dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat," katanya. Tidak seperti semasa Umno-BN memerintah, cadangan untuk menyiapkan KUIN antara RM2 bilion, dan mereka (BN) berhutang untuk kepentingan kroni, katanya. Dalam beberapa kes lain kata Firdaus, BN berhutang bukanlah untuk kepentingan rakyat, sebaliknya untuk menyediakan projek kepada kroni yang akhirnya projek itu gagal sama sekali. Firdaus juga mencabar Teng mengemukakan samada pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan PAS Kedah itu kini gagal dimanfaatkan untuk projek rakyat. "Apakah ada masalah dengan apa yang kita (PAS) buat? Setakat ini projek yang kita laksanakan tidak menjadi gajah putih," katanya lagi. Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, sebelum ini sebanyak 11 penyelewengan telah dilakukan oleh Kerajaan Umno-BN yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Katanya lagi, penyelewengan yang dilakukan oleh BN termasuklah projek loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta. Tambahnya, kerajaan negeri pada zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh Kerajaan Pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman. Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman. Sehubungan itu, Firdaus mencabar Teng agar mengetengahkan isu kerugian RM403 juta sewaktu Kerajaan Umno-BN menerajui Kerajaan Kedah. | Banyak penyelewengan ketenteraan 'tiada jawapan' – Brig Jen (B) Hadi Posted: 16 Feb 2013 03:44 PM PST Aliff Fikri KUALA LUMPUR : Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab. Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara. "Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah. "Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13. "Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini," katanya. Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi. Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat). Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007. "Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar. Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah. "Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu mentero jawab, saya cabar jawab," katanya. | Peruntukan RM10 Juta Naiktaraf Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam Posted: 16 Feb 2013 03:42 PM PST SHAH ALAM : Terminal bas Seksyen 17 Shah Alam di sini akan dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan tambahan demi memenuhi keperluan pengguna bersesuaian keadaan masakini dan dijangka siap pada akhir 2014. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri memutuskan menjalankan projek tersebut dengan peruntukan RM10 juta kerana suasana ketidakselesaan dialami pengguna dan penggusaha bas di kawasan itu yang berlarutan sekian lama. Menurutnya, terminal bas lebih 25 tahun itu memerlukan pembaharuan kerana ia menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara yang menggunakan pengangkutan awam untuk pergi dan balik ke sesuatu destinasi. "Terminal bas di Seksyen 17 akan dinaik taraf kepada menurun dan mengambil penumpang. Antara kemudahan disediakan adalah surau, gerai, pondok kaunter tiket dan tempat menunggu serba baru. "Balai polis juga akan menjadi salah satu komponen pembangunan terminal bas yang mana di dalam keputusan dibuat Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diamanahkan untuk mengendalikan pembangunan semula terminal ini," katanya dalam sidang media di sini. Rodziah berkata, peruntukan bagi tujuan itu telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 16 Februari lalu dan tender akan dikeluarkan MBSA dalam tempoh terdekat ini. Katanya, Kerajaan Negeri mengambilalih tanggungjawab dengan membetulkan keadaan berikutan aduan umum berulang kali dibuat yang tiada berkesudahan. "Pengangkutan awam adalah salah satu ukuran kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang sebenarnya di bawah kendalian dan pengurusan Kerajaan Persekutuan. "Ia adalah antara perkara dutamakan Kerajaan Negeri dan menjadi fasa lanjut pembangunan yang akan dilonjak apabila rakyat memberi mandat berterusan dalam pemilihan pucuk pimpinan negeri dan negara akan datang," katanya. Pada perancangan 2008, Kerajaan Negeri merancang memindahkan terminal bas ke Glenmarie namun mengambil kira laluan trafik maka tapak baru yang sesuai dicadangkan dengan terminal sedia ada dinaiktarafkan. Naib Presiden Persatuan Pemandu Teksi Dan Kereta Sewa Seksyen 17, Hashim Othman menjelaskan cadangan menaiktaraf terminal bas itu adalah baik kerana Shah Alam memerlukan satu pusat perhentian pengangkutan awam yang selesa dan serba lengkap. "Pengguna semakin ramai dan datang dari seluruh negara. Ada yang kata terminal bas di Klang lebih besar dan moden. "Saya rasa cadangan ini memang wajar kerana ia di dalam bandaraya dengan menjadi tumpuan ramai," katanya. |
Posted: 17 Feb 2013 03:17 PM PST KUALA LUMPUR: Awas! Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya. Ini kerana, inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda. Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi! Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI Berhati-hatilah…Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta. Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan ini. Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan