Khamis, 14 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 14 Feb 2013 03:31 PM PST

Oleh FARISH A NOOR

Kontroversi berhubung penggunaan nama "Allah" oleh Kristian di Malaysia telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang impaknya terhadap strategi politik parti Islam, PAS, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bila-bila masa daripada sekarang hingga 28 April tahun ini.

Liputan meluas isu nama Allah di Malaysia dihangatkan kembali oleh ucapan pemimpin DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa sambutan Hari Natal pada Disember lalu. Tindakannya mempertahankan penggunaan nama Allah oleh bukan Muslim untuk menterjemah "Tuhan" menerima reaksi keras daripada sesetengah pihak yang tegas mempertahankan kalimah Allah perlu dikhaskan untuk penggunaan Muslim sahaja. Sekutu DAP, PAS pada mulanya menyokong pendirian Lim tetapi mengubah pendirian apabila majlis syura parti itu mengumumkan nama Allah hanya boleh digunakan oleh Muslim sahaja.

Perkembangan ini telah menarik perhatian sekali lagi kepada perbezaan dan jurang dalam gabungan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat dan dalam PAS sendiri, antara ulama yang konservatif dan kelompok yang disebut sebagai "progresif" yang juga digelar "faksi Erdogan." Debat yang tercetus ketika pilihan raya umum semakin hampir ini menimbulkan persoalan tentang prestasi PAS dalam pilihan raya nanti, dan sama ada pihak Islamis akan dapat berkuasa nanti. Untuk menjawab soalan ini, perlu diperhatikan pencapaian pilihan raya PAS sejak penubuhannya pada 1951, dan turun naik popularitinya sepanjang enam dekad lalu.

Sejak pilihan raya 1955, pencapaian PAS bercampur-campur: Tahun itu PAS memenangi satu kerusi; pada pilihan raya parlimen selepas merdeka pada 1959 PAS memenangi 13 kerusi; 1964 sembilan kerusi; dan 1969 PAS menang 12 kerusi. Selepas tempoh singkat sebagai ahli gabungan pemerintah Barisan Nasional pada pilihan raya 1974, PAS sekali lagi bertanding bersendirian, mendapat lima kerusi pada 1978 dan 1982 dan satu kerusi pada 1986. PAS memenangi tujuh kerusi pada 1990 dan 1995; dan memenangi 27 kerusi pada 1999; tujuh kerusi pada 2004 dan 23 kerusi pada 2008.

Since the elections of 1955, PAS' performance at the polls has been varied: In that year it won one Legislative Assembly seat; in the 1959 parliamentary elections after independence it won 13 seats; in 1964 nine seats; and in 1969 12 seats. After a brief period as member of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition in the 1974 elections, PAS ran on its own again, obtaining five seats in 1978 and 1982 and one in 1986. It won seven seats in 1990 and 1995; then secured 27 seats in 1999; seven in 2004 and 23 seats in 2008.

Dapat diperhatikan PAS menunjukkan prestasi baik pada 1969, 1990, 1995, 1999 dan 2008 semasa menjadi ahli gabungan yang lebih besar. Pada 1990 dan 1995, ia menyertai pakatan dengan Semangat 46 sebagai Angkatan Perpaduan Ummah dan pada 2008, ia bersekutu dengan PKR dan DAP menubuhkan Barisan Alternatif. PAS hanya menang satu kerusi dalam pilihan raya 1986 dan tujuh kerusi dalam pilihan raya 2004, semasa bertanding bersendirian dan platform politiknya dinilai sebagai radikal dan berpotensi mencetuskan konfrontasi.

Dua kesimpulan boleh dibuat daripada pemerhatian pencapaian PAS dalam pilihan raya setakat ini: Pertama, PAS tidak dapat meraih kuasa di peringkat persekutuan sekiranya tidak bersama satu pakatan. Malah, semasa menjadi sebahagian pemerintah pada tahun 1970-an, ia sebahagian gabungan BN. Disebabkan landskap etnik Malaysia yang 60 peratus terdiri daripada orang Melayu dan etnik Bumiputera lain, PAS - seperti juga parti politik Malaysia lain yang beraspirasi nasional - perlu mempunyai sekutu daripada pelbagai parti dan menjadi sebahagian satu pakatan.

Pada masa sama, sifat pengundi Malaysia, yang berbeza kepentingan berdasarkan etnik, bahasa dan agama, menjadikan satu parti berkuasa tanpa sokongan parti berasas etnik atau agama sebagai sekutu sesuatu yang mustahil. Hal ini terpakai pada PAS dan parti-parti lain: Malah Umno yang kekal sebagai parti terbesar di negara ini juga bergantung kepada sekutu dalam BN.

Kedua, proses tawar menawar antara etnik di Malaysia bermakna mana-mana parti yang bercita-cita berkuasa di peringkat nasional perlu memenuhi keperluan dan permintaan pengundi Malaysia secara keseluruhan, dan tidak mencetuskan kemarahan mana-mana kumpulan etnik atau agama dalam negara. Seperti diperhatikan pada pilihan raya umum pertengahan 1980-an, pencapaian terburuk PAS berlaku semasa parti ini kelihatan terlalu radikal dan dipengaruhi retorik dan taktik parti-parti Islamis sedunia, sejurus selepas tercetus revolusi di Iran.

Pada 2004, PAS menyaksikan pencapaian terburuk selepas pemimpinnya secara terbuka menunjukkan sokongan kepada Taliban dan mewajarkan "jihad" terhadap Barat. Ini menunjukkan pengundi Malaysia, termasuk Melayu-Muslim yang membentuk majoriti, tidak berkecenderungan untuk menyokong parti politik yang mengambil pendekatan radikal dan mengartikulasi jalan revolusi menuju kuasa. Dalam hal ini, pengundi Malaysia kekal menjadi kuasa moderat yang mengimbangi retorik dan cita-cita parti-parti politik di negara ini.

PAS pada masa ini kelihatan bertekad untuk kekal dalam politik pakatan dan tidak menunjukkan kesediaan meninggalkan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, tuntutan segme konservatif dalam parti juga akan ditangani pada masa sama kepimpinan parti berusaha mencapai kuasa sebagai sebahagian satu pakatan pelbagai etnik dan agama.

Persoalan tentang bagaimana tuntutan kelompok konservatif dalam parti akan ditangani sekiranya PAS berkuasa, masih terbuka. Isu panas daripada penguatkuasaan peraturan Islam hingga kepada tindakan mengawal moral masih menjadi hal yang perlu ditangani oleh gabungan PR. Di sinilah dilema PAS: Ia tidak boleh mencapai kuasa di peringkat persekutuan melainkan kekal dalam gabungan, tetapi ia tidak dapat mencapai matlamat penubuhan negara Islam selama menjadi ahli pakatan.

Cara PAS menangani "isu nama Allah" memberi petunjuk politik yang bakal dimainkan oleh PAS sekiranya gabungan PR berkuasa. PAS dijangka kekal dalam gabungan PR kerana pakatan ini membolehkannya mencapai kuasa. Tetapi kekal dalam pakatan juga akan mencetuskan persaingan dalaman melibatkan kelompok konservatif dan progresif dalam parti.

Konflik dalaman ini sukar untuk diselesaikan walaupun ia dapat berkuasa di peringkat persekutuan, kerana sentiasa ada kemungkinan tuntutan untuk berusaha mencapai matlamat asal perjuangan yang telah ditentukan sejak tahun-tahun 1950-an. Permintaan-permintaan itu, walau bagaimanapun, tidak dapat dipenuhi tanpa mengakibatkan hakisan sokongan daripada sekutu PAS dalam pakatan. Maka kompromi perlu memandu politik seharian PAS, sementara kepimpinan parti berusaha menangani cabaran sukar mengimbangi pragmatisme dan idealisme politik.

Dr Farish A Noor ialah profesor madya di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Artikel ini, diterjemahkan oleh SiasahDaily dan dipetik daripada laman RSIS Commentaries dengan tajuk asal 13th Malaysian General Election: Prospects and Challenges for PAS.

DUNIACACAMARBA

Posted: 14 Feb 2013 03:28 PM PST

[PANAS] Kah, Kah, Kah! Mengapa Saya Ketawa? Tolong Baca dan Gelak!

Posted: 14 Feb 2013 05:15 AM PST

[Bernama] GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.

"Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Teng berkata perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan. 

P/s: Sambung gelak!

Tengok video Najib dan geng terpinga-pinga di sini.

Sambung ketawa!

Siapalah yang mahu mengancam nyawa Psy?

Kalau nak cover malu Najib, janganlah guna alasan yang akan memalukan Najib lagi!

Kah, kah, kah!

Jangan reka cerita!

Jangan burukkan nama Malaysia!

Jangan fitnah Malaysia!

Malaysia diiktiraf sebagai NEGARA PALING AMAN DI ASIA TENGGARA. Bagaimana rakyat NEGARA PALING AMAN boleh mengancam nyawa Psy?


Apa masalah Psy kepada rakyat Malaysia?

Aduhai!

Kasihan!!! -DCM

[Video-Panas] ADUN & Geng Herdik, Maki Hamun, Ugut, Mahu Tampar Mahasiswa

Posted: 14 Feb 2013 04:00 AM PST

P/s: Kah kah kah!


Banyak isu yang boleh dibangkitkan, cukuplah sekadar bertanya, sejak bila Gerakan tunduk kepada UMNO?


Gerakan baru menyerigai, UMNO terus lupakan hasrat untuk merampas jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Orang UMNO jangan mudah lupa!!!

Kah, kah, kah!
 
Lebih baik "dipergunakan" oleh PR daripada UMNO dan BN!

Laporan Berkaitan:
Serangan di Pekan Tidak Patah Semangat Mahasiswa
[HD] KUALA LUMPUR: Kejadian mahasiswa diserang samseng di Parlimen Pekan tidak mematahkan semangat Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) meneruskan program bertemu rakyat.

Pengerusi GM13, Syis Abd Kadir berkata, mahasiswa tidak sesekali mahu bermusuh dengan rakyat sebaliknya ingin menyampaikan harapan mereka kepada rakyat khususnya di Pekan yang merupakan kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pendirian GM13 jelas iaitu tidak mahu bermusuh dengan rakyat dan kami akan meneruskan program seperti yang dijadualkan.

"Kami akan cuba pergi ke tempat-tempat di Dun di Pekan dan kalau dihalang, kami berundur. Kami bukan pergi untuk bergaduh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pagi semalam, dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pada jam 11 pagi.

Pada hari Selasa sebelumnya, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.

Menurut Syis juga, selepas kejadian tersebut, pihaknya lebih berhati-hati sewaktu masuk ke kampung-kampung.

"Kami memang ada unit keselamatan sendiri tapi selepas serangan demi serangan, anggota Unit Amal di Pekan membantu menjaga keselamatan kami," katanya yang gusar dengan keselamatan siswi yang turut menyertai program tersebut.

Program tersebut akan berakhir pada 17 Februari ini.

Syis juga berkata, GM13 mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi melancarkan gerak kerja GM13 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bendahari GM13, Ahmad Shukri Kamarudin iaitu CIMB:05010001387201 atau BIMB:12029020545096

[Gambar] Gadis Jatuh dari Tingkat 6 Berjaya Times Square

Posted: 14 Feb 2013 12:43 AM PST



Beberapa blog, akaun FB serta Twitter memaparkan kejadian seorang gadis berbangsa Cina dipercayai berusia 19 tahun ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran dengan lif bertanda U Mobile) sekitar pukul 11 pagi tadi (14 Februari 2013).

Menurut kenyataan beberapa akaun laman sosial, mayat gadis berkenaan dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah dan berlumuran darah.

Gadis tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat 6 bangunan pusat beli belah terkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada gadis tersebut terjatuh, membunuh diri atau dibunuh. -DCM

[PANAS] Deepak Bongkar SD 3 Pengakuan "Individu" Diarah Bunuh Altantuya

Posted: 13 Feb 2013 10:01 PM PST



[KD] KUALA LUMPUR 14 FEB: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang. 

"Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya.

"SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor," kata Deepak.

Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, 'seseorang' menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.

Dalam artikel bertajuk 'Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims' itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.

Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan 'fakta tertentu dan butiran panas' urusan antara Najib dan Altantuya.

Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak.

"Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran," kata Sivarasa dalam kenyataan.

Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada 'hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House'.

"Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011.

"SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar," kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

"Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah.

"Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya," kata Sivarasa.

Akuan Bersumpah Pertama & Kedua
Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.

Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.

Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.

 

Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai 'kakak' berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.

Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.

Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.

Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.

Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.

Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak.

Gadis Diperkosa di Depan Ibu

Posted: 13 Feb 2013 07:00 PM PST



[HM] Batu Pahat: "Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan," kata seorang wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini.

Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain.

"Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil barangan berharga selain berdiam diri jika tidak mahu leher dikelar.


"Mereka mengugut anak perempuan supaya menyerahkan wang dan barangan berharga atau disembelih sebelum anak menyerahkan wang simpanannya RM200," katanya ketika.

Laporan Berkaitan:

BATU PAHAT – Seorang wanita dan anaknya bukan saja trauma akibat rumah mereka dirompak, malah salah seorang daripada mereka turut menjadi mangsa rogol dua penjenayah dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dua suspek bertopeng memecah masuk rumah mangsa, dan mengugut mereka menyerahkan wang tunai serta barang kemas.

Ramlah Ahmad (bukan nama sebenar), 59, ketika menceritakan detik cemas dilaluinya itu berkata, dia dan anaknya Mira (bukan nama sebenar) 27, sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek.

"Suspek meletakkan parang ke leher kami dengan ugut akan kelar jika kami menjerit. Kedua-dua tangan dan kaki kami turut diikat dengan wayar pengecas telefon bimbit dan sempat mengambil wang RM200 daripada saya.


"Kami terus diseret beberapa meter ke belakang rumah, hendak menjerit tidak boleh kerana mulut kami juga disumbat dengan gumpalan selimut yang telah dikoyakkan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Parit Haji Hassan, di sini, semalam.

Menurut Ramlah, salah seorang suspek telah memperkosa anaknya, hanya beberapa meter di tempat di mana dia diikat di ladang kelapa sawit di belakang rumahnya.


Katanya, kedua-dua suspek kemudiannya bertindak menggeledah rumahnya, dan dia ketika itu berusaha melepaskan ikatan.

"Selepas berjaya membuka ikatan, saya terus mendapatkan anak saya yang ketika itu masih berbaju tidur dan diselimutkan dalam keadaan terlentang, dia trauma dan menangis.

"Saya kemudiannya bergegas berlari mendapatkan jiran berdekatan untuk meminta tolong," katanya.

Berikutan kejadian tersebut menurutnya, Mira dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) kerana mengalami trauma dan sering menangis.

Difahamkan, Mira adalah graduan dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan kini sedang mencari pekerjaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian rompak dan rogol tersebut.

"Pasukan khas itu akan memburu suspek yang dipercayai warga tempatan.

"Saya berasa sangat simpati terhadap mangsa dan ibunya. Mereka diminta bersabar dan polis akan melipat gandakan usaha bagi menyelesaikan kes berkenaan," katanya

Adun Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang turut melawat Ramlah sekeluarga berkata, beliau akan membantu keluarga malang itu termasuk menyediakan sebuah rumah baru.

"Rumah usang yang didiami Ramlah berada di dalam senarai untuk dibaik pulih sebelum ini, namun saya akan berusaha jika boleh mendapatkan rumah baru untuknya.

"Selain itu, saya akan berusaha mendapatkan pekerjaan untuk mangsa supaya dia tidak mengalami trauma yang berpanjangan," katanya.

 

[Video] Ops Hari Kekasih: Budak 13 Tahun Antara yang Dicekup Khalwat

Posted: 13 Feb 2013 06:45 PM PST

[HM] KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.


Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

P/s: Bila penguat kuasa jabatan agama akan menyerbu hotel bertaraf lima bintang serta lokasi percutian mewah dan eksklusif?

Deepak Mahu Dedah Dakwaan Rosmah Guna Khidmat Bomoh dalam Buku Keduanya

Posted: 13 Feb 2013 04:00 PM PST

[KD] KUALA LUMPUR 13 FEB: Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.

"Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi 'menundukkan' suaminya, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.

"Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada," katanya.

Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk 'menundukkan' sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.

"Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan," katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.

Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai 'kakak' bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul 'Black Rose 2.0: Black Magic Women.'

Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.

"Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan," kata Deepak.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:

"Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu," kata Deepak.

Laporan Lain:

Deepak Hantar Surat kepada AG Mohon Imuniti

[MK] Saudagar permaidani Deepak Jaikishan memohon imuniti daripada sebarang dakwaan undang-undang sebagai galang ganti untuk mendedahkan "lebih banyak maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah perdana menteri".

Permohonan itu dibuat Deepak dalam satu surat rasmi yang diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di Putrajaya sekitar jam 12 tengahari tadi.

Dalam surat tersebut, Deepak menyatakan kesediaannya untuk menyalurkan maklumat lanjut berkenaan salah guna kuasa pemimpin tinggi negara itu kepada mana-mana pihak berkuasa .

"Saya bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasa untuk memberikan maklumat lanjut mengenai penglibatan perdana menteri di dalam penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keluarga beliau dengan syarat saya diberikan perlindungan daripada sebarang dakwaan jenayah dan diberikan 'certificate of immunity'," kata Deepak dalam surat itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Deepak berkata surat itu diterima seorang wakil kepada Tan Sri Mohd Gani Patail yang hanya dikenali sebagai Haji Nasaruddin.

Menurutnya, beliau memberikan masa sehingga 11 Mac depan - yang merupakan tarikh hari jadinya - untuk Peguam Negara memberi maklum balas kepada permohonan beliau itu.

Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sewaktu menyerahkan surat itu. 

Deepak sebelum ini mendakwa menjadi orang tengah dalam akuan bersumpah kedua penyiasat P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Beliau turut membuat beberapa lagi dakwaan salahlaku terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Najib telah menafikan semua dakwaan Deepak dan menyifatkannya sebagai tiada asas dan tidak boleh dipercayai.

Tiada ulasan:

Pengikut