Rabu, 13 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 13 Feb 2013 03:07 PM PST

Maka, dengan sedemikian omong-omongan bahawa artis K-Pop akan mengadakan persembahan di Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang minggu depan. PSY, bintang yang menyerlah dengan fenomena Oppa Gang Nam Style, dikhabarkan telah dijemput atas tiket Barisan Nasional.

Rata-rata masyarakat sama ada mereka yang berparti atau non-parti sudah mula menunjukkan kejelekan mereka kepada pemerintah, iaitu kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sentimen begini membuktikan betapa Najib Razak tidak digemari lagi. Alangkah, jemputan bintang pop terkemuka Korea, PSY, sebagai 'sagu-hati' pun sudah lunak menampakkan sisi-sisi marah mereka.

Rakyat mengerti, tugas untuk menjemput penyanyi terkemuka, seperti dalam kes PSY bukan tanggungjawab kerajaan. Itu pilihan yang ditentukan pada permintaan pada pasaran. Kerajaan tidak perlu terlibat untuk memilih dan memaksa konsert apa, artis apa yang dimahukan rakyat Malaysia.

Memang ada 'bijak pandai' BN yang mengatakan konsert itu ditanggung oleh syarikat swasta. Tapi itu cakap saja. Rakyat akan hanya percaya jika didedahkan dokumen atau penyata akaun sebenar. Siapa sebenarnya yang menaja konsert bernilai jutaan ringgit itu?

Lantaran, inilah yang dinamakan sebagai penyakit PSYkologi pemerintah. Atas kerana desakan yang kuat untuk kalah, mereka menggunakan seluruh mekanisme yang ada untuk kembali memancing undi. Namun, dalam suasana yang sekejap sahaja. Kesannya begitu ketara. Rakyat tidak lagi termakan dengan kempen murahan memungut undi dengan strategi begini.

Bila pemerintah kuku besi jatuh terguling

Penyakit pskilogi ini adalah rentetan yang telah terjadi di kebanyakan rejim-rejim autoritarian yang lain. Sebelum kejatuhan Shah-Reza Pahlevi di Iran, terutamanya pada detik-detik awal revolusi besar melanda – kepemimpinan monarki Parsi itu sedaya upaya merasuah golongan pemuda-pemudi untuk menyokong pimpinan beliau. Tetapi, dek kemarahan rakyat Iran akan penindasan serta meluat pada sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk sejak bertahun-tahun, tawaran demikian bukan lagi sesuatu yang lumayan. Akhirnya, kemuncak revolusi pada 11 Februari 1979 menyaksikan Shah Iran ditumbangkan.

Begitu juga al-kisahnya di Indonesia menjelang Reformasi 1998. Suharto sebelum disingkirkan kelam-kabut mahu memulakan agenda reformasi pemerintahan Orde Baru yang melibatkan penstrukturan semula institusi, dasar ekonomi dan sosial – kerana takutkan desakan perobahan.

Menurut pengkaji politik, William Case di dalam 'Politics of Southeast Asia' (2002), kegagalan sebenar Suharto untuk mempertahankan kuasa beliau disebabkan gagalnya pemerintahan beliau meyakinkan semua golongan masyarakat di Indonesia. Terutama, golongan kelas-pertengahan dan kelas pekerja yang menerima implikasi pemerintahan tirani beliau. Penyakit psikologi kini menjangkiti jentera Najib dan Barisan Nasional menjelang pilihanraya.

Tanda-tanda berakhirnya era BN

Penyakit psikologi ini dirukuni dengan beberapa sebab. Jikalau ditekuni, kita akan menjumpai trend yang sama di dalam mana-mana rejim yang bergolak. Adapun, struktur penyakit psikologi lebih menyerlah dan kelihatan di dalam rejim yang autoritarian.

Pertama, kebangkitan rakyat di dalam siri demonstrasi yang meningkat penyertaannya. Seperti di Malaysia, saban hari lebih ramai kerumunan dilihat dan bertambah menjelang siri-siri demonstrasi seterusnya. Semenjak perhimpunan BERSIH mendapat sambutan yang hangat, siri perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011, perhimpunan BERSIH 3 pada 28 April 2012 dan yang terbaru, Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 menyaksikan peratusan keluar untuk sama-sama menyertai perhimpunan ini berkebarangkalian tinggi.

Malah, jangan lupa Bersih pada November 2007 yang mencetus semangat berani rakyat mengundi pada PRU 2008 sehingga tersungkur lima negeri daripada cengkaman BN serta ia hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Peristiwa kebangkitan rakyat sebegini mencetuskan panik di kalangan kabinet tertinggi pemerintah. Akibatnya, mereka secara tergesa-gesa menggubal akta-akta zalim ini dengan agenda 'reformasi kosmetik'. Reformasi kosmetik kerajaan BN seperti pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri, Akta Buang Negeri dan Ordinan Kecemasan dikuatkuasakan dalam tempoh yang cukup singkat. Mungkin kerana Najib sarat dengan kerisauan, maka beliau mengalami penyakit psikologi di dalam pemerintahan.

Kedua, parti politik alternatif mutakhir ini mempunyai pengaruh yang dominan di dalam latar politik Malaysia. Lambakan pendedahan skandal berskala besar, pembaziran dan salahguna kuasa dimanfaatkan pakatan oposisi sebaiknya. Kesan daripada pendedahan demi pendedahan, sekali lagi rejim Najib Razak tak mampu untuk duduk diam. Beliau mengelak daripada ditemuramah wartawan dan mengelak untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan demikian kerana tembelang mereka sudah pecah. Kala ini, skandal terbabit menjadi bisik-bisik di ruang awam.

Pasca PRU13, pakatan politik yang disepakati bersama PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP mempunyai suara yang kuat di dalam dewan parlimen. Atas kesempatan itu, banyak ketirisan dibangkitkan dan dipersoalkan. Manakan Najib mahu duduk diam, turun ke Parlimen setahun sekali pun boleh dibilang dengan jari. Alahai nasib, sudah tersepit perangkap, kini menunggu masa untuk ditangkap.

Ketiga, media massa adalah aparatus terbaik untuk memastikan survival 'daulah' berjalan lancar. Namun, kegagalan media massa untuk berperanan sebagai badan yang beretika kini dipersoalkan. Akhbar dan televisyen lebih bersedia untuk memperincikan rancangan-rancangan bahalul berbanding menyiarkan warta berita yang adil dan saksama. Sesungguhnya, kita tidak sesekali akan menjumpai kualiti media-massa sebegini di negara-negara yang sudah mencapai taraf maju. Jadi, sekiranya ia berkekalan, apa Malaysia mampu bersaing menjadi negara maju? Sendiri fikirlah.

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak mempercayai laporan berita daripada agensi berita besar dan stesen televisyen massa. Kini, mereka mula beralih kepada alternatif-alternatif media di sesawang internet. Populariti Buletin Utama, rancangan berita TV3 semakin merudum. Jualan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia mengalami kerugian setiap hari. Proses pembodohan media yang diulang-ulang juga sebab kenapa kabinet Najib Razak mengalami masalah.

Penyakit 'PSYkologi' ini makin pantas merebak. Sebaran kedatangan PSY sebagai 'hadiah' sempena Gong Xi Fa Cai yang menimbulkan kemarahan semua sedari awal lagi menunjukkan majoriti rakyat Malaysia mahukan perubahan dan pemerintahan baru. – Roketkini.com

RK

AKU INGIN BEBAS

Posted: 13 Feb 2013 02:07 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 2:07 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


PM TERMALU DISEBABKAN PSY TIDAK NAIK KE PENTAS

Posted: 13 Feb 2013 06:27 AM PST

Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul yee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.


Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.

Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".


"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."

Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri yang hadir di majlis tersebut - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.

Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa "seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.

Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.


Pemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.

Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.

Tiada ulasan:

Pengikut