Ahad, 3 Februari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Jelajah Merdeka Rakyat Melaka

Posted: 03 Feb 2013 03:30 AM PST

Sediakan duit lebih apabila melawat Zoo Melaka

Posted: 02 Feb 2013 09:30 PM PST





AYER KEROH - Berikutan pengambilan alihan pengurusan oleh pihak swasta, 1 Januari lalu, tiket masuk ke Zoo Melaka akan dinaikkan sebanyak 50 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagaimanapun berkata, harga baru tiket hanya akan dibuat beberapa bulan lagi selepas sebahagian kerja naik taraf zoo berkenaan selesai.

Melalui penswastaan itu, katanya, sejumlah RM8 juta akan diperuntukkan untuk kerja naik taraf zoo berkenaan yang mengambil masa dua tahun bagi menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi setaraf zoo di Singapura.

Menurutnya, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan ekoran penswastaan Zoo Melaka yang sebelum ini diuruskan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Sehubungan itu, kenaikan harga tiket tidak dapat dielakkan daripada RM10 dewasa kini kepada RM15. Tiket kanak-kanak pula akan dinaikkan daripada RM4 kepada RM6.

"Bagaimanapun, harga tiket yang lama akan dikekalkan buat beberapa bulan lagi sehingga semua keadaan di dalam zoo menjadi lebih baik," katanya kepada media selepas melancarkan logo baru Zoo Melaka, di sini semalam.

Turut hadir, Yang dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sapiah Haron dan Pengerusi Konsortium KKW Sdn, Datuk Yunos Hitam.

Zoo Melaka kini diuruskan Wildlife Production Sdn. Bhd, Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (Kobemas) dan Koperasi Hang Tuah Jaya juga diberi penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai Zoo Melaka dan Safari Night.

Mohd Ali berkata, kerajaan negeri menyasarkan 1 juta pengunjung ke Zoo Melaka berbanding 750,000 pengunjung dicatatkan pada tahun lalu.

"Dengan bilangan berkunjung yang meningkat, zoo ini dijangka dapat menjana pendapatan sehingga RM8 juta setahun," katanya

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Pengikut