Selasa, 19 Februari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kerajaan Melaka abai sekolah agama

Posted: 18 Feb 2013 03:02 PM PST


Kerajaan Negeri Melaka didakwa mengabaikan pembinaan sekolah-sekolah agama sedangkan ia menjadi keperluan penting bagi membina modal insan yang berguna di masa hadapan.

Justeru, Kerajaan Negeri digesa menyediakan tempat yang secukupnya kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian aliran agama di peringkat menengah berikutan kekurangan tempat bagi pelajar tersebut.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek hampir separuh daripada pelajar itu tidak dapat meneruskan pengajian agama di peringkat menengah kerana kekurangan sekolah menengah agama di negeri ini.

"Ramai ibu bapa datang berjumpa saya mengadu anak mereka yang belajar di sekolah rendah agama yang di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tak dapat sambung aliran agama sebab tak cukup tempat.


"Mereka nak daftar anak di Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebab sekolah menengah cuma bagi 1,600 murid sedangkan murid sekolah rendah lebih 3,300 orang di mana mereka nak sambung pengajian agama mereka.

"Isu pendidikan ini sepatutnya disediakan kerajaan, kenapa sekolah rendah ada tapi sekolah menengah tak disediakan, bila dibangkitkan exco berkenaan cuma jawab tak cukup tempat dan kami akan sediakan," kata beliau kepada Harakah di sini baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan negeri seharusnya prihatin dengan isu tersebut dan tangani dengan segera permasalahan itu kerana ianya melibatkan kepentingan seluruh masyarakat khususnya orang Islam di Melaka.

Harakah 30 RABIULAWAL – 3 RABIULAKHIR 1434 / 11 – 14 FEBRUARI 2013

Tiada ulasan:

Pengikut