Isnin, 11 Februari 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Video : Petikan Ceramah di DUN Ayer Molek

Posted: 10 Feb 2013 04:52 PM PST

Tarikh : 10 Februari 2013
Tempat : Unit Peti Undi Pengkalan Minyak
Penceramah : Ustaz Kamarudin Sidek, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka



* Harap maaf di atas kekurangan kualiti audio video.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Harman selaku pengerusi majlis


Antara yang hadir.

Provokasi samseng di Merlimau

Posted: 10 Feb 2013 03:48 PM PST


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil ( DPPBK ) menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang merobohkan papan kempen Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka di Merlimau baru - baru ini. DPPBK menganggap perbuatan tersebut sebagai provokasi melampau yang melambangkan ketakutan pihak tertentu yang sudah tidak 'tahan' dengan kebangkitan gelombang anak muda di negeri Melaka, khususnya di kawasan - kawasan 'panas'.

DPPBK menegaskan bahawa tindakan menumbangkan papan kempen tersebut boleh dianggap sebagai satu pencerobohan dan pencabulan prinsip demokrasi. DPPBK amat kesal dengan perbuatan tidak bertamadun tersebut, dan menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.



Sumber : greenboc.blogspot.com

Sedang Negara Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina; Merlimau pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Papan iklan itu terletak diatas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.

Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit.

Tuan Haji Yuhaizad menyatakan kebimbangan beliau kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kes keganasan keatas penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat berlaku.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam selaku presiden PESAKA yang mengatakan, "Saya tidak boleh kawal pesilat-pesilat saya dari bertindak".

Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib yang sering membayangkan keganasan bakal berlaku sekiranya BN tumbang telah melahirkan bibit-bibit tindakan ganas daripada penyokong mereka.

Sehubungan itu, Tuan Haji Yuhaizad bersama Sdr Aminuddin Abdul Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan berharap pihak polis bertindak profesional dengan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan dan huru-hara di Merlimau

Tiada ulasan:

Pengikut