Khamis, 28 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 27 Feb 2013 11:28 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Laporan Polis @PRDMsia dibuat RezqeenHill susulan kes ugut dari samseng PR #TolakPR #BN4WP @NajibRazak

Posted: 27 Feb 2013 10:44 PM PST

Kedua² pihak saling tuduh menuduh siapa samseng politik. Jangan cakap orang UMNO yang samseng tapi hakikat sebenarnya penyokong² PR jauh lebih samseng dan merbahaya kepada rakyat Malaysia. 

Malam tadi, dunia bloggers Pro BN dikejutkan dengan ugutan bunuh terhadap sahabat perjuangan media maya blogger REZQEEN HILL. Beliau diugut tembak oleh seseorang yang menggunakan nama Shah Ridzal Ibrahim dan bersama² rakan subahatnya Mohammad Saiful Bin Mansur dan Azizul Bin Mamat.

Bukan sengaja membesarkan cerita tetapi hal yang berlaku hari ini amatlah berlainan dari sebelumnya. Lihat di bawah laporan Polis yang dibuat semalam.
Berikut nama² yang dikesan daripada perbualan dalam Facebook milik Mohammad Saiful Bin Mansur.

Mohammad Saiful Bin Mansur

Tak yah cerita banyak, tengok saja apa komennya di laman Fb. Semua amarahnya kepada kerajaan dilepaskan tetapi gambar yang dikesan menunjukkan hal sebaliknya. Katanya tak mendapat apa² daripada kerajaan UMNGOK UMNO tetapi padahalnya di sendiri telah mendapat sumbangan daripada kerajaan BN.

Saiful juga telah meletakkan link rujukan gambar siapa pemilik Fb Rezqeen Hill dengan niat tidak baik dan  mengancam untuk menyebarkan sms alamat rumah Rezqeen Hill kepada rakannya yang lain atas tujuan yang tidak baik juga.

Rujuk sini.

Azizul Bin Mamat
Budak Melayu yang bermasalah di Bandar Tun Razak, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lah individu yang bertanggungjawab memotong dan mensabotaj bendera serta banner milik UMNO dan BN di sana.

Pernah mengeluarkan kenyataan kononnya dia dilahirkan untuk menghapuskan UMNO dan masa yang sama memperjuangkan Hudud PAS. Terbaru, dia tetap masih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun mengutuk keras kerajaan BN hari ini.

Azizul juga berniat tidak baik dengan mengancam keselamatan abang Rezqeen Hill seperti dalam komennya, lihat di bawah.
Untuk kedua² lelaki di atas ni terdapat 1 persamaan mereka iaitu alamat tempat tinggal dan tempat mengundi. Lihat di bawah.

Shah Redzal Ibrahim


Lelaki ini mengakui akan menembak Rezqeen Hill kerana bercanggah pendapat di dalam laman Facebook milik Saiful. Kerana pendapatnya disanggah, maka dia bertindak mengajukan ancaman akan mencederakan dan menembak Rezqeen Hill.

Satu laporan Polis telah dibuat terhadap ketiga² lelaki di atas. Pihak Polis sedang mengawasi pergerakan mangsa, Rezqeen Hill dan akan bertindak terhadap suspek jika mangsa cuba diapa²kan.

Kepada pejuang media maya dari kedua² belah pihak.

Perkara begini tidak harus terjadi kerana ianya lebih kepada hormat menghormati pendapat peribadi untuk menyampaikan maklumat dan mengetengahkan rasa ketidakpuasan hati. Soal dan isu ugut mengugut sebaiknya tidak patut berlaku. Kerana dalam hal ini, tiada siapa yang untung serta rugi kerana di pengakhiranya sekali, rakyat akan tetap memilih parti mana yang terbaik untuk mereka. 
 
 
Sumber : Bersih3Suku

HOT!!!! Samseng PR Ugut Blogger Rezqeenhill #1Malaysia #tolakPR

Posted: 27 Feb 2013 02:10 AM PST



Inilah wajah-wajah sebenar penyokong PR di Malaysia. Semakin hampir pilihanraya semakin terserlah wajah sebenar mereka. Pembaca nilaikanlah sendiri penyokong yang macam mana mereka ni. Lihatlah bahasa yang digunakan disepanjang komen-komen mereka. Inikah  hasil didikan PR kepada mereka selama ini? Mencarut, maki hamun dah macam zikir pulak dah.





Samseng dan mafia pun rupanya ada dikalangan penyokong PR ni. Lihatlah printscreen di bawah ni. Mereka ugut blogger Rezqeenhill. Siap sebarkan gambar dan alamat blogger tersebut. Pembaca baca dan nilaikanlah sendiri.Orang macam ni ke yang akan menjamin Malaysia ni aman di bawah pemerintahan PR? Tak suka dengan seseorang tak perlu tunggu polis. Pergi je cari orang tu kasi tembak je.....lain-lain belakang cerita.




www.pemuda-enggang.org

Posted: 27 Feb 2013 11:52 AM PST

www.pemuda-enggang.org


PAS Tak Perlu Bangga Manifesto PR Tidak Paparkan Aspirasi Parti- Hasan Ali

Posted: 26 Feb 2013 10:05 PM PST

KLANG: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, PAS tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam. Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 27 Feb 2013 09:47 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


Manifesto Perumahan Pakatan Belakangkan Rakyat

Posted: 26 Feb 2013 04:30 PM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 27 Feb 2013 07:25 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


MASYARAKAT INDIA PULA TOLAK PHILIP TAN & ABDULLAH SANI

Posted: 26 Feb 2013 10:44 PM PST

Dari kiri: Saravanan,Jaya dan Kumaraya semasa sidang media

PANAS BERAPI LAGI PUNGGUNG PHILIP TAN DAN DULLAH SANI..KALAU DULU TELAH DIDEADAHKAN PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN OLEH YB PHILIP TAN BERHUBUNG EDARAN BUKU LATIHAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR  KLIK DI SINI OLEH I KAUM CINA TEMPOH HARI HINGGA MENDAPAT LIPUTAN DARIPADA MEDIA MASA.
HARI INI,YB PHILIP KENA TAMPAR LAGI..KENA TAMPAR DENGAN KAUM INDIA PULA.PERGH!DARI KAWASAN SENDIRI PULAK TU.MEMANG NAMPAK BENAR YANG YB PHILIP NI TAK RETI BUAT KERJA DAN TERNYATA YB PHILIP DAN DULLAH SANI NI JADI WAKIL RAKYAT BUKAN KERANA NAK MEMBELA NASIB RAKYAT AKAN TETAPI NAK PENUHKAN POKET MEREKA SENDIRI.
HARI INI,SATU SIDANG MEDIA TELAH DIADAKAN KHUSUS BAGI MENOLAK KEPIMPINAN YB PHILIP DAN YB ABDULLAH SANI TELAH DIADAKAN.
DI DALAM SIDANG MEDIA BERKENAAN BELIAU  MEMBUAT KENYATAAN SEPERTI BERIKUT:-
Sekarang saya adalah Ketua Komuniti Kaum India sejak 2010,satu jawatan yang di lantik oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga adalah salah seorang yang menyokong YB Philip Tan pada PRU 12. Tanggungjawab saya adalah untuk perkenalkan polisi-polis yang di rancang oleh kerajaan Negeri Selangor kepada Dun Telok Datok dan membawa masalah-masalah Rakyat Dun Telok Datok kepada pengetahuan pimpinan Dun dan Negeri.
Kami telah menemukan Philip Tan kepada seluruh pengundi kaum India di kawasan Dun Telok Datok yang hampir 10,000 orang.Kami telah bekerja tungkus lumus untuk menangkan beliau pada PRU 12. 
NAMUN ,IBARAT KACANG LUPAKAN KULIT YB PHILIP SERTA ABDULLAH SANI SEMAKIN HARI SEMAKIN ANGKUH (SEPERTI YANG KITA LIHAT PADA MASA KINI)SANGGUP MENGABAIKAN KEBAJIKAN RAKYAT.
PADA MASA YANG SAMA JUGA ,JOHN PARAMASIVAM BERKATA:

Walaupun sedemikian, kami , hari ini membantah sekeras-kerasnya kalau beliau YB Phillip Tan di calonkan semula pada PRU13 ini kerana:-
1.     Kaum India tidak di hormati olih beliau langsung. Kita tidak di layan langsung khasnya ke kawan-kawan kaum India daripada Parti  Kadilan.sampai adakalanya beliau halau kawan-kawan KEADILAN dengan menggatakan 'saya daripada   parti DAP, saya ada orang untuk jaga orang kaum India'.

2.     Beliau tidak menghormati perayaan kaum India. Pada musim  Tahun Baru Cina beliau pamerkan bunting dengan adanya  gambarbeliau  disetiap tiang lampu dan hiaskan jalan-jalan. Bagi perayaan Deepavali dan Hari  Raya Aidil Fitri ,beliau tidak buat sebegitu. Adakah beliau ini Adun bagi semua kaum atau untuk kaum cina sahaja.


3.     Peruntukan tidak digunakan untuk kebaikan atau pembangunan  kaum India di Dun Telok Datok.  Peruntukan selama 5 tahun adalah RM 2.1 juta 22% (22% pengundi ada lah kaum India)daripadanya adalah RM 462000.Mana perginya peruntukan ini dan di mana digunakannya?

4.     Pengagihan peruntukan tidak ikut komposisi rakyat yakni Kaum Melayu 33%, KaumCina 45% dan Kaum India 22%.
5.     Cakap pasal peruntukan,kesemua peruntukan di gunakan tanpa etika.hanya seorang kontraktor sahaja membuat kesemua projek yang di buat daripada peruntukan Adun.

6.     Sumbangan-simbangan daripada Kerajaan Negeri Selangor tidak di agihkan dengan betul.seperti pengagihan buku teks dan beg sekolah di simpan dalam pejabat tanpa di agihkan daripada tahun 2011.


7.       Beliau tidak hormat Rakyat yang telah menggundi dan menangkan beliau,contohnya membuat pintu gerbang di kawasan padat penduduk Kaum Cina sahaja iaitu di Pekan Sg Jarum dan di sebelah Kg Jenjarom tidak dibuat yang padat Penduduk Kaum India,dan pada pintu gerbang itu pula tidak ada tulisan Tamil. Inipun adalah bukti beliau tdak hormat orang-orang India.

NAMPAK GAYANYA TAMATLAH RIWAYAT POLITIK KEDUA-DUA ORANG YANG BERNAMA PHILIP TAN DAN ABDULLAH SANI..RAKYAT KINI TELAH MULA BANGKIT..

DR.YUNUS BIKIN HAL DI SUNGAI BUAYA-RAKYAT MEMBERONTAK

Posted: 26 Feb 2013 02:56 PM PST


DI DALAM BILIK MESYUARAT SJK(C) TIONG NAM,SUNGAI BUAYA,BANTING PADA 26//2013 SATU MAJLIS PENYERAHAN SURAT KELULUSAN TANAH SELUAS 6 EKAR TELAH DISERAHKAN KEPADA PHAN CHING HOCK YANG JUGA MERUPAKAN WAKIL PIBG SJKC TIONG NAM.

MAJLIS TERTUTUP INI TURUT DIHADIRI OLEH YB ABDULLAH SANI,DR.AHMAD YUNUS,PHILIP TAN,HASNOL dan PENGERUSI LEMBAGA PENGURUS SJKC TIONG NAM.
TANAH INI BERSTATUS TOL DIMANA PADA SEBELUM INI UMNO CAWANGAN SUNGAI BUAYA YANG TELAH URUSKAN TANAH (MEMPUNYAI HASIL KELAPA SAWIT) DAN DI ATAS KEPRIHATINAN YB DUN MORIB,Yb HASIMAN,BELIAU TELAH MEMBINA PADANG FUTSAL KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK SETEMPAT TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG POLITIK.

MAJLIS TERTUTUP INI,MENGUNDANG PELBAGAI PERSOALAN DAN REAKSI HINGGA MEMBUATKAN PENDUDUK SETEMPAT MENGADAKAN DEMO MENUNTUT KEMBALI HAK MEREKA.SEWENANG-WENANG SAHAJA KELULUSAN TANAH DIBERI.LEBIH MENGHAIRANKAN LAGI PABILA PERMOHONAN YANG DIBUAT PADA 12 SEPTEMBER TAHUN LALU..MUDAH DAN CEPAT SAHAJA DILULUSKAN..AIKK..ADA APA-APA KE NI

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 26 Feb 2013 11:12 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Manifesto Pakatan Rakyat Adalah #Manifesto Bukan Janji So Tak Perlu Tunai Pun Takpe

Posted: 26 Feb 2013 02:04 AM PST







Analisis awal intipati 'Manifesto Bukan Janji' PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR! Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa 'manifesto bukanlah satu perjanjian' akibatnya intipati '"Manifesto Bukan Janji': Pakatan Hancurkan Rakyat" HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 26 Feb 2013 11:47 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


RAMALAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 13?

Posted: 25 Feb 2013 11:11 PM PST

Berdasarkan sumber maklumat daripada beberapa kajian pemerhati politik di Malaysia dan pemerhatian secara tidak langsung.  Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras melihatkan iklim politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini mengunjurkan jangkaan seperti berikut :- 
 
Pakatan Rakyat akan terus kekal di Pulau Pinang.

Kerajaan PAS akan terus memerintah di Negeri Kelantan
 
Manakala di Negeri Terengganu , Johor , Melaka , Sarawak dan Pahang, Barisan Nasional dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk memerintah dikelima - lima buah Negeri tersebut.
Pencapaian status quo parti politik sepertimana Pilihanraya Umum 2008 itu, sebahagian besarnya dijangka akan kekal status quonya dengan sedikit perubahan di sana-sini.
 
 
Apapun pengundi-pengundi Cina dilihat menunjukkan satu perubahan yang ketara sejak Pilihanraya Umum ke 13 termasuklah di Negeri Johor di mana ada beberapa "kerusi panas" yang sedang hangat di bincang di peringkat tertinggi pemimpin politik tanahair baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. 
 
6 kerusi parlimen di Negeri Johor sangat menarik untuk diperhatikan dan dikategorikan sebagai kawasan HITAMhasil kajian terkini di Negeri Johor adalah di Kulai, Kluang, Bakri, Gelang Patah, Segamat, Pulai.

Manakala 8 kerusi Parlimen , masing - masing di Negeri Sabah dan Sarawak juga bakal menarik perhatian untuk di nilaikan oleh pengundi - pengundi.

Manakala di Negeri Selangor dan Kedah, Pergerakan Puteri UMNO BahagianCheras merasakan masih lagi kekal status quonya. Namun begitu di Negeri Kedah akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan kehilangan beberapa lagi kerusi Parlimen  kepada Barisan Nasional. Ini kerana dasar kepimpinan di Kedah tidak selari dengan masyarakat di Kedah kerana populasi di antara kaum yang agak 'homogeneous' berlainan dengan di Negeri Kelantan.
 

Negeri Perak adalah antara "Negeri Panas" yang dijangkakan bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Ada Pemerhati Politik mengatakan Barisan Nasional akan mentadbir terus Negeri Perak berdasarkan maklumat yang menyatakan UMNO akan bertanding di 36 kawasan ADUN.
 
Dewan parlimen akan mencapai tempoh matang dan terbubar secara otomotis menjelang 28 April 2013.  Mengikut peruntukan perundangan dan perlembagaan negara, pilihanraya hendaklah dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tidak kira pembubaran itu adalah awal mahu pun mengikut tempoh matangnya.
Jika Negeri Selangor membubarkan dewan undangannya terlebih dahulu, tiada peruntukan undang-undang yang MEWAJIBKAN pilihanraya dijalankan berasingan. Tempoh matang bagi Dewan Undangan Negeri Selangor adalah 22 April 2013. 

Lain-lain negeri turut akan terbubar secara otomatis mengikut tempoh masa seperti berikut :-  Johor (21 Mac) , Negeri Sembilan (26 Mac), Pahang (7 April), Perak (24 April) , Melaka (26 April) , Perlis dan Kelantan (28 April) , Sabah (29 April) , Penang dan Kedah (2 Mei) dan Terengganu (5 Mei) 
 
Walau apa pun, keputusan Pilihanraya Umum ke 13 nanti adalah terletak di tangan anda semua sebagai pengundi yang sah di hari mengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Apa pandangan balas anda sebagai pengundi pula?
 
Bagaimana anda melihat iklim politik di kawasan Parlimen anda sekarang?

Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 26 Feb 2013 07:20 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Manifesto PKR ditabur lagi..janji dahulu terus dimungkiri

Posted: 26 Feb 2013 04:24 AM PST

Pihak pakatan telah pun mengeluarkan senarai manifestonya untuk PRU yang ke 13 akan datang.Sejauh manakah kesahihannya?Walhal pada PRU yang lalu,secara terang-terang mereka mungkir janji dan pabila ditagih,pandai pula mereka mengatakan bahawa itu BUKAN janji mereka.Demi mendapatkan undi mereka sanggup tabur janji kepada rakyat.Kalau dilihat secara halus mengenai manifesto kali ini,tiada pun HUDUD.Kenapa?Jawapannya amat mudah,takut dengan DAPig.
Wahai rakan-rakan..layak kah kerajaan yang tidak menepati janji memerintah negara?Wajarkah pemimpin sebegini dijadikan pemimpin kita?

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 25 Feb 2013 11:42 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Anak @Anwaribrahim sibuk ajak Raja Nong Chik berdebat #tolakPR #tolakfitnah

Posted: 25 Feb 2013 04:00 AM PST




Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak berdebat dengan Raja Nong Chik.

Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan diadakan pada 24 Februari ni.

Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri.

Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa Nurul?

Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata, "Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawabnya di Lembah Pantai."

"Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai."

Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik.

"Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai, senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan sendiri di peti undi."

Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik.

Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa, jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai. Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik.

Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam mana Nurul cuba curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit je aku senaraikan.



Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi! Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan, Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke?

Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan media, nampak sangat kau ni kaki temberang.

Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja!

Pok Nik kena sound dengan Pengerusi UMBWP

Posted: 25 Feb 2013 02:38 AM PST




Keceluparan mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah tidak boleh diterima.

Kecetekan akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya menggelarkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang.

Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat kesal dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap penerima BR1M dan beliau menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat kerana negara sudi berkongsi hasil kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat.

Tindakan menyamakan penerima BR1M dengan binatang adalah satu bentuk tindakan protes daripada Menteri Besar Kelantan yang cemburu tidak dijemput sebagai penyampai bantuan tersebut kepada rakyat Kelantan. Untuk info, penyerahan BR1M hanya disampaikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau ADUN BN atau Pengerusi Penyelaras BN di sesuatu tempat saja.

Razlan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh juga turut mengaitkan keikhlasan kerajaan negeri dan kerajaan sedia ada hari ini. Dalam manifesto Pakatan (tipu) Rakyat sebelum memenangi Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, mereka telah berjanji pelbagai perkara termasuklah memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada ibu tunggal di Selangor. Namun setelah hampir 5 tahun menerajui Selangor, kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji tersebut. Berlainan pula dengan kerajaan sedia ada hari ini yang tidak menjanjikan BR1M dalam manifesto PRU yang lepas tetapi telah menyediakan dan memperuntukan jumlah tertentu untuk meringankan beban rakyat.

Menurut beliau lagi, pemberian pelbagai bantuan hari ini bukti kerajaan BN ikhlas berkongsi bersama dan membangun bersama rakyat selain dari pembangunan dan sosio ekonomi negara masih tetap diteruskan secara pesat.

Satu nasihat yang turut disampaikan beliau kepada sebilangan rakyat yang gagal meyakini kerajaan BN hari ini adalah pastikan kerajaan Pakatan tunaikan janji² mereka terlebih dahulu sebelum membezakan janji² kerajaan BN.





SP: 84% rakyat Kelantan berpendapatan bawah RM3,000.00 dan negeri Kelantan juga antara penerima BR1M yang tertinggi tahun 2012. Mungkin Pok Nik bengang sebab Kerajaan dah bantu rakyat negeri Kelantan maka undi untuk Pas pun mungkin akan banyak hilang.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 25 Feb 2013 11:55 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Ceramah bicara rakyat Bantah Datum Jelatek ..semua dijemput

Posted: 25 Feb 2013 01:34 AM PST

HAMIM Ledang

Posted: 25 Feb 2013 03:34 AM PST

HAMIM Ledang


Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Bekoh Kali Ke 32

Posted: 24 Feb 2013 07:20 PM PST







Sekitar Majlis Perasmian  Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Bekoh
21 Februari 2013


Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Ledang

Posted: 24 Feb 2013 07:02 PM PST





Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Ledang 
di Kg Sialang Dalam
Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina Tahun 2013

Posted: 19 Feb 2013 06:40 PM PST


Penyampaian Bantuan Sambutan Tahun Baru Cina sekitar Ledang 
Februari 2013

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Posted: 25 Feb 2013 01:26 AM PST

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


PROGRAM JOM RILEKS !!! | 7 MEI 2011

Posted: 25 Feb 2013 12:27 AM PST

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

Posted: 24 Feb 2013 11:11 AM PST

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Lim Guan Eng badi Bantuan kepada Binatang ker Tok Guru atau Lim Guan Eng yg anggap rakyat sebagai Binatang? UAI sila jawap!

Posted: 23 Feb 2013 06:14 PM PST



Ini yang orang kata kes main cakap dan rembat tanpa tengok kiri kanan ikut suka hati dia.Sepatutnya sebelum lepas cakap,Datuk Nik Aziz Nik Mat buat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Di negeri Lim Guan Eng itu pasti beliau akan dapat lihat di beberapa jalan utama di terpampang billboard besar program kerajaan negeri bagi duit RM100 setahun kepada wargaemas.

Itu baru Pulau Pinang.Selepas itu elok pergi jumpa Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor. Jangan lupa manifesto pakatan pembangkang di Selangor sebelum pilihanraya umum Mac 2008 janji nak bagi elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma dan sebagainya. Apa yang riuh di Selangor kebelakangan ini cuma janji-janji itu tidak ditunaikan. Dalam bab ini Tok Guru kena bagi kuliah pada Khalid apakah hukum hakam Islam keatas mereka yang tidak tunai janji.


Jumaat...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas 'fatwa' Nik Aziz yang cetuskan kemarahan ramai menyamakan penerima bantuan BR1M seperti haiwan. Rabu Menteri Besar Kelantan itu kata di Kota Bharu usaha kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu. Najib berkata "apa beza dengan janji dia di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?. "Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji...janji itu pula tidak ditunaikan," .

Perdana Menteri kata demikian kepada wartawan selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching. Bagi beliau kenyataan Musyridul Am PAS itu menghina rakyat dan amat keterlaluan. Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran. "Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung ...orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya. "Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan," katanya. Beliau berkata, kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.

"Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu. "Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya. Sementara itu Muhyiddn ketika bercakap dengan wartawan selepas mendengar taklimat pilihan raya umum (PRU) ke-13 oleh pengerusi-pengerusi penyelaras BN Sabah di Kota Kinabalu anggap tindak tanduk Nik Aziz tidak bersifat seorang pemimpin Islam.

"Saya hairan dan takjub bagaimana seorang menteri besar dan pemimpin Pas yang sepatutnya berpegang kepada prinsip agama Islam boleh membuat satu kenyataan yang begitu menghina penerima bantuan, yang saya tahu jumlahnya amat ramai," katanya. Timbalan Perdana Menteri kata penerima bantuan tersebut merupakan kumpulan yang dikenal pasti kerajaan benar-benar memerlukan bantuan dan pemberian BR1M dapat membantu mengubah kehidupan penerima ke arah masa depan lebih selesa.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kata-kata Nik Aziz begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang disampaikan beliau dan kedudukannya sebagai seorang Mursyidul Am sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. "Oleh itu, rakyat perlu fikir di mana seorang yang begitu tinggi ilmu agamanya dan berpengalaman luas dalam politik dan kedudukan beliau itu sendiri (mengeluarkan kenyataan sedemikian), apa harus kita buat?

Kita tidak perlu tempeleng, kita tidak perlu pukul, tetapi kita perlu gunakan isi hati kita. Hukuman yang dijatuhkan sebegitu, apa harus kita lakukan kepada fakta yang sebenar," katanya pada majlis perasmian Karnival Jelebu 1Malaysia 2013 anjuran Parlimen Jelebu di tapak pasar tani di Kuala Klawang , Jumaat. Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata seharusnya Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mungkin 'anak buah' dan anak murid beliau sendiri menikmati pemberian BR1M. Katanya wang BR1M ini adalah sebahagian daripada hak rakyat itu sendiri di dalam satu tabung namanya tabung kewangan yang disatukan di bawah Perlembagaan persekutuan Malaysia.

"Wang ini telah digunakan oleh kerajaan kita iaitu pihak pemberi yang memegang tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat kita. Duit ini adalah duit kita semua, ditadbir oleh kerajaan kita. Jadi, tidak salah gunakan perbelanjaan ini bagi rakyat. Adakah kita yang menerima sekitar lebih daripada 8 juta orang 'binatang', tentu tidak.

"Sebab itu kalau boleh setiap yang berfikir harus memberitahu bahawa kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang beliau beri. Tentu sekali ada dividen yang lebih tinggi untuk menentukan nanti bahawa kasih sayang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat kita tidak ada tolok bandingnya,"katanya. Ketua pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Abdul Rashid Shirlin PULA berkata kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang dianggap warak.

Sebaliknya, Mursyidul Am PAS itu sepatutnya menggerakkan satu tindakan untuk membantu ekonomi rakyat Kelantan dan bukannya mengeluarkan kenyataan penghinaan sedemikian. "Hinakah rakyat hanya kerana mereka memerlukan bantuan dan menerima daripada kerajaan pusat?, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, turut bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri yang hairan bagaimana seorang pemimpin PAS yang sepatutnya berpegang kepada ajaran Islam mengeluarkan kata-kata penghinaan sebegitu. "Kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh pembangkang hanya akan menambahkan rasa meluat serta menyampah rakyat terhadap permainan politik sempit mereka," katanya.


Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUITM) Datuk Zaini Hasan dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan Nik Aziz itu sebagai satu permainan politik yang amat keterlaluan. Katanya kenyataan politik Musyridul Am PAS itu mengguris hati dan menghina rakyat dari golongan berpendapatan rendah yang menerima bantuan tersebut. "PAUITM turut rasa terhina dengan kenyataan Nik Aziz seolah-olah penerima sebagai lembu dan ayam. Kebanyakan kami dahulu adalah dari keluarga miskin dari kampung terpencil di luar bandar," katanya. "Kami amat bersyukur, hasil dari dasar kerajaan membantu rakyat miskin, ITM/UITM ditubuhkan. Tanpa UITM ke mana kah kami semua hari ini," katanya. Zaini berkata PAUITM tidak berhasrat untuk campur tangan dalam budaya politik yang hendak diamalkan oleh mana-mana pemimpin politik termasuk Nik Aziz.

"Tetapi janganlah apa jua usaha murni untuk membantu rakyat golongan miskin yang dituntut oleh Islam juga hendak dijadikan modal politik kerana golongan rakyat tersebut memang sepatutnya dibantu," katanya. "Daripada tujuh juta rakyat penerima BR1M yang diperhina oleh Nik Aziz, tidak sedikit dalam kalangan mereka terdiri daripada ahli PAS dan parti pembangkang lain yang tidak didiskriminasi oleh pemberi," katanya.

Katanya tiada mana-mana pihak yang berhemah mahu mempertikai pemberian BR1M kepada rakyat dari berlainan parti politik sekalipun atas kesedaran bahawa ia adalah suatu usaha murni memfokus pemberian subsidi kepada golongan yang lebih berhak menerimanya. Zaini berkata sepatutnya semua pihak harus menyokong apa jua usaha murni bagi mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat miskin lebih-lebih usaha jangka panjang untuk meningkatkan tahap ekonomi rakyat.



Apa komen Ustaz Azhar Idrus pulak mengenai apa yang PR nak kasi tu? Bukankah sama dgn apa yg BN nak kasi? Jadi,,,siapa yang jadi binatang?

Majlis Jamuan Hari Raya Adilfitri 2012 UMNO Cwgan Tmn Sejahtera

Posted: 14 Oct 2012 02:40 AM PDT

Majlis Jamuan Hari Raya Adilfitri 2012 UMNO Cwgan Tmn Sejahtera
Tarikh: 03/09/2013
Tempat: Dewan UMNO Tmn Sejahtera
Kedatangan: Lebih 300 orang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis Perasmian Gerak Kerja PDM (Pusat Daerah Mengundi) P017 Parlimen Padang Serai

Posted: 14 Oct 2012 12:55 AM PDT

Majlis Perasmian Gerak Kerja PDM (Pusat Daerah Mengundi) P017 Parlimen Padang Serai
Tarikh: 13 October 2013
Tempat: Sekolah Rendah Paya Besar
Perasmian: Datuk Zaidi...Pengerusi WAR ROOM PRU13 Negeri Kedah.
Jumlah PDM di Parlimen Pdg Serai: 54 PDM dengan PDM Taman Selasih merupakan PDM terbesar

AJK PDM Terlibat:
  1. Ketua PDM, Penerangan,
  2. Puteri Cerdik IT,
  3. Keselamatan, Risikan,
  4. Wanita Gerak 10,
  5. Kebajikan
  6. Pemuda
  7. Polling & Counting Agen
  8. Agama
  9. Perang Saraf
  10. Ceramah & Isu setempat






 






      Jelajah Janji Ditepati: Kulim

      Posted: 08 Jun 2012 02:50 AM PDT

      Jelajah Janji Ditepati: Kulim
      Tarikh: 8 Jun 2012





       
       


      Mesyuarat Tahunan UMNO Cwgan Taman Sejahtera/Mewah

      Posted: 14 May 2012 08:34 PM PDT

      Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan Taman Sejahtera/Mewah dan perasmian Jentera Pilihanraya PRU13 peringkat PDM (Pusat Dearah Mengundi) Taman Sejahtera: 5 May 2012. Perasmian oleh Datuk Marlia: Ketua Wanita UMNO Bahagian Pdg Serai merangkap Exco Wanita UMNO Pusat.

      Diadakan pertandingan gubahan oleh ahli-ahli Wanita dan Puteri Cwgan.

      TANIAH Semua!






      LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

      Posted: 24 Feb 2013 07:19 AM PST

      LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


      KERAJAAN SELANGOR BERHUTANG DENGAN RAKYAT!

      Posted: 24 Feb 2013 03:17 AM PST

      PRU BAKAL MENJELMA BILA-BILA MASA SAJA.NAMUN HARUS DIINGAT WAHAI RAKYAT SELANGOR SEKELIAN,KITA TELAH DITIPU OLEH PUA-PUAK PAKATAN RAKYAT DAN JANGAN TERPEDAYA LAGI DENGAN JANJI-JANJI MEREKA LAGI PADA PRU AKAN DATANG.

      UMNO Cawangan Bukit Ampang

      Posted: 24 Feb 2013 01:12 AM PST

      UMNO Cawangan Bukit Ampang


      Kalimah Allah : Salah Presiden PAS, Anwar

      Posted: 23 Feb 2013 11:16 AM PST


      AIDCNews – 23/02/13 – Pas didakwa menggunakan strategi 'golok mata dua' dalam menangani isu kalimah Allah, iaitu dua versi keputusan yang berbeza kepada kelompok ahli Pas dan kelompok Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai strategi untuk menyelamatkan sokongan kedua-dua pihak, ahli parti dan Pakatan.

      Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha berkata parti itu membuat dua keputusan berhubung isu tersebut, iaitu pada 8 Januari, membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain, ketika bersidang bersama Pakatan, namun pada 13 Januari, ketika mesyuarat Ahli Majlis Syura parti itu, Pas membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya.

      "Kenyataan bersama Pas, bersama dengan rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat, PKR dan DAP pada 8 Januari, tidak ditarik semula.

      "Saya lihat di situ ada dua keadaan. Pas, orang Pas duduk dalam kelompok orang Pas, mereka mengatakan 'TIDAK BOLEH'. Tetapi Pas bersama orang-orang Pakatan Rakyat, DAP dan PKR, mereka kata 'BOLEH'.

      "Adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini ? Saya kata ini mengelirukan orang Pas. Dan lebih mengelirukan adalah orang-orang yang bukan daripada parti Pas,"katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di Shah Alam, malam tadi.

      source : AIDC

      Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang

      Posted: 23 Feb 2013 11:42 PM PST

      Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang


      korupsi

      Posted: 23 Feb 2013 01:24 AM PST

      bertaubat la wahai saudara2 ku.. aku tahu korang buat kerja terkutuk2 ini... fitnah itu 1 dosa yg besar.. apa pulak kita menjadi org tngh dgn mereka reka cerita dan menyebar agar kuasa terus depegang dgn cara kotor ini.. betapa hina kerja dan duit yg hempa dapat.. politik yg kotor.. xgentlemen langsung

      LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

      Posted: 23 Feb 2013 07:40 AM PST

      LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


      Philip Tan menghilangkan diri bila ibu tunggal berhimpun

      Posted: 22 Feb 2013 08:47 PM PST

      PERGH..HAMPIR 200 ORANG IBU TUNGGAL DI JENJAROM HARI NI BERHIMPUN BAGI MENUNTUT HAK MEREKA KAT KERAJAAN SELANGOR.HAMPIR SEPENGGAL BERLALU NAMUN HAK MEREKA SEPERTI YANG TERKANDUNG DALAM MANIFESTO KERAJAAN SELANGOR TIDAK JUGA DITUNAIKAN.SYABAS!KERANA BANGKIT DAN SEDAR AKAN PENIPUAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR YANG MENGAGUNG-AGUNGKAN SLOGAN NEGERI BERKEBAJIKAN.NAMUN..JANJI HANYALAH JANJI DAN BILA DITUNTUT..LANGSUNG MEREKA MENAFIKAN APA YANG TERKANDUNG DALAM MANIFESTO ITU.
      AYUH..RAKYAT KUALA LANGAT..KITA BERSATU MENOLAK PAKATAN RAKYAT!

      UMNO Cawangan Bukit Ampang

      Posted: 23 Feb 2013 01:40 AM PST

      UMNO Cawangan Bukit Ampang


      Siapa Anwar Ibrahim yang Sebenar?

      Posted: 22 Feb 2013 08:17 PM PST

      Bahagian 1

      Bahagian 2

      Bahagian 3

      Bahagian 4

      www.pemuda-enggang.org

      Posted: 22 Feb 2013 11:16 AM PST

      www.pemuda-enggang.org


      GAPS tuntut Khalid jelas status ‘Datum Jelatek’

      Posted: 21 Feb 2013 06:55 PM PST

      SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mendesak Menteri Besar Selangor menjelaskan status sebenar projek pembangunan kondominium mewah 45 tingkat yang dibina di atas tapak empat blok rumah pangsa milik orang Melayu yang dirobohkan di Keramat.   Pengerusinya, … Continue reading

      Datum jelatek ..projek usir melayu bandar terancang oleh kerajaan selangor?

      Posted: 21 Feb 2013 06:36 PM PST

      Reblogged from Pemuda UMNO Jalan Enggang: KUALA LUMPUR, 18 Feb - Projek 'Super Mega' Datum Jelatek dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mendapat bantahan dari penduduk sekitar Lembah Keramat berikutan projek tersebut bakal menyisihkan orang Melayu secara 'terhormat'. … Continue reading

      YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

      Posted: 22 Feb 2013 11:14 AM PST

      YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


      APABILA NIK AZIZ HINA RAKYAT

      Posted: 21 Feb 2013 05:28 PM PST

      Gambar yang perlu anda sendiri nilaikannya.

      Assalamualaikum.

      Saya tidaklah terkejut sangat dengan kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat yang menyamakan penerima bantuan kerajaan pusat seperti haiwan. Dia ulama politik dan apa yang dia cakap juga bermotifkan politik.

      Bagi saya mudah, ulama politik akan hanya mempertahankan kepentingan politiknya sahaja walaupun ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Tidak perlulah saya menyebut semula apakah kata-kata Nik Aziz sebelum ini, namun saya fikir kita semua sudah sedia maklum akannya.

      Yang sedikit terkilan, kata-kata Nik Aziz terhadap penerima bantuan Kerajaan Pusat yang diterajui BN, telah terkena sama ke atas batang hidung ahli dan penyokong. Sebabnya, pemberian bantuan kerajaan BN, ia tidak mengira apa jua fahaman politik. Setiap rakyat yang layak akan diberikan.

      Saya tidak dapat bayangkan betapa hinanya rakyat susah ini di mata Nik Aziz. Lebih terkilan apabila beliau menyatakan bahawa pemberian wang ringgit adalah bukan menjadi ajaran Islam kerana menurutnya Islam mengajar umatnya diberikan ilmu.

      Entahlah, sepatutnya sebagai ketua kepada sebuah kerajaan yang dia dakwa kononnya sebagai kerajaan Islam, bantu membantu adalah sesuatu yang wajar diberikan sokongan.

      Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Percaturannya mudah sahaja, jika Nik Aziz tidak mampu lakukan atau berikan apa-apa kepada rakyat Kelantan, usahlah beliau menghina orang lain yang membantu rakyatnya.

      Adalah sesuatu yang malang jika sebuah kerajaan yang selama ini cuba menukar prinsipnya kepada sebuah kerajaan berkebajikan kononnya, mendakwa pemberian wang kepada rakyat umpama memberikan makanan kepada haiwan. Ia sungguh memalukan.

      Bagi kerajaan BN, rakyat adalah diutamakan. Bagi kerajaan BN, apa jua keperluan rakyat mestikan diletakkan dalam senarai paling atas sekali. Bukankah, mandat sesebuah kerajaan itu datangnya daripada rakyat?. Justeru, kerajaan perlulah menjadi pihak yang mampu membiayai kehidupan rakyat dan bukanlah sebaliknya.

      BN adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Nik Aziz boleh berkata apa pun, namun rakyat akan menilainya dengan adil.

      Jelas sekali, kenyataan Nik Aziz itu mendedahkan kegagalannya mentadbir negerinya sendiri dan memang wajar BN merampas semula Kelantan pada PRU akan dating ini, insya'Allah.

      APABILA SEMUA BENDA HENDAK DIPOLITIKKKAN

      Posted: 21 Feb 2013 05:14 PM PST


      Assalamualaikum.

      Malam tiidak berbau. Semalam (Rabu) kita dikejutkan lagi dengan insiden struktur bumbung di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang terjatuh ketika kerja-kerja merobohkannya.

      Seperti biasa, ia segera diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan memberikan gambaran yang salah mengenai insiden itu. Malah, diwar-warkan kononnya stadium berkenaan yang dibina pada tahun 2005 itu sekali lagi runtuh.

      Saya mengikuti dengan dekat apa yang disebarkan melalui internet akan ulasan orang ramai mengenai kejadian berkenaan.

      Sebenarnya, stadium berkenaan tidak runtuh dan tidak pernah runtuh. Kejadian pertama pada bumbung sebelah timur juga bukannya stadium runtuh. Kejadian pertama, adalah struktur bumbungnya sahaja runtuh disebabkan factor-faktor tertentu.

      Kejadian kedua itu pula juga bukannya stadium runtuh. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah struktur besi bumbung (bumbung itu sendiri telah pun dicabut) yang terjatuh ketika kerja-kerja mencabut dan memecat struktur besi tersebut. Malah, keputusan yang diambil untuk merobohkan bumbung di sebelah selatan itu dibuat hasil cadangan perunding yang membuat kajian intergriti bahawa bumbung tersebut juga tidak selamat sebagaimana bumbung yang telah runtuh sebelum itu.

      Maka, ketika kerja-kerja mencabut struktur besi berkenaan berlaku, maka terjadilah kemalangan tersebut. Memang, ia sangat menyedihkan, namun jika insiden itu dilihat hanya untuk dijadikan isu politik, saya fikir ia tidak adil sama sekali.

      Tragedi boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana juga tanpa mengira parti mana. Bagaimanapun disebabkan wujudnya pihak yang bersifat menyalahkan kerajaan di atas semua kejadian, maka wujudlah mengenai perkara tersebut. Perkembangan itu bagi saya adalah sangat malang sekali kerana kita tidak memberi pandangan atau mengulas berasaskan kepada fakta yang betul.

      Bagi saya, tragedi adalah sesuatu yang tiada siapa pun yang mengkehendakinya. Namun jika ia berlaku, kita harus mempelajari sesuatu di sebaliknya.

      Oleh kerana itu, janganlah kita melihat semuanya atas nama politik. Kita mesti menjadi rakyat yang bijak dan tahu mengulas sesuatu berasaskan kepada kebenaran dan fakta.

      Apalah salahnya kita bercakap dan menulis perkara yang benar … itu lebih baik sebenarnya berbanding suka menabur fitnah dan menambah cerita.

      Fikir-fikirkanlah.

      Puteri Bahagian Segambut

      Posted: 21 Feb 2013 11:05 PM PST

      Puteri Bahagian Segambut


      Nik Ajis Kata Penyokong Pas Lagi Hina Dari Lembu Sebab Terima BR1M? #tolakPR #Tolakfitnah

      Posted: 21 Feb 2013 03:48 AM PST





      Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah.   Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan. 

      Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,  "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.  Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami.  Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil."

      Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga.  Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat. 

      Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka.   Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M?  Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk  berbuat demikian. 

      Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang.  Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.   

      Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.  

      Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan. 

      Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.  

      Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak.  Ada yang miskin dan ada yang kaya.  Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang.   Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti.    Adajuga  yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi. 

      Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak. 

      Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M.   Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan.   Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya. 

      Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu.   Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu. 

      Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan  kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara. 

      Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya.   Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri. 

      Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula? 

      Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam…. 

      LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

      Posted: 21 Feb 2013 07:30 AM PST

      LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


      ANUAR IBRAHIM AKAN PENJARAKAN NAJIB??

      Posted: 20 Feb 2013 06:11 PM PST

      BANG NUAR..HENSEMNYA...JANJI DAN FITNAHHHHH

      JELAS DENDAM KESUMAT MASIH TERPAHAT DISANUBARI BANG NUAR.MATLAMAT UTAMA MENJADI PM ADALAH UNTUK MEMENJARAKAN PARA PEMIMPIN UMNO DAN PERDANA MENTERI ATAS KESALAHAN KORUPSI..PERHH..HEBAT BETUL BANG NUAR NI,SANGGUP MENGETEPIKAN HASRAT AWAL UNTUK MEMBANTU RAKYAT DEMI MENGEJAR CITA-CITA JAHATNYA ITU..PATUTLAH BERIYA-IYA SANGAT NAK KE PUTRAJAYA..ERMM..ALLAH TU MAHA ADIL,ALLAH TAK PERKENANKAN DOA ORANG SEPERTI KOLAH BANG NUAR..
      KENAPA AGAKNYA BANG NUAR NAK SANGAT PENJARAKAN PM DAN PEMIMPIN LAIN?SUDAH PASTINYA BANG NUAR GOYANG..GOYANG KERANA TAKUT PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN AKAN DILAKUKAN OLEH PM..GOYANG DAN GOYAH KERANA RAKYAT DAH KEMBALI MENYOKONG DAN MENERIMA PM..
      "HEHEHE..ABISLAH KORANG KENA KENCING DENGAN AKU"

      NUAR BERCAKAP SEDEMIKIAN DIHADAPAN HAMPIR 900 ORANG BERBANGSA INDIA SEMPENA PESTA PONGGAL YANG TELAH DIADAKAN DI DEWAN SRI JUGRA,TELOK DATOK,BARU-BARU INI.TAPI YANG PASTI DARIPADA 900 ORANG TU,HANYA 30% SAHAJA PENDUDUK DARI NEGERI SELANGOR DAN YANG LAIN-LAINNYA TERPAKSA DIIMPORT DARI NEGERI LAIN.PADA HAKIKINYA,KAUM INDIA KHUSUSNYA DI NEGERI SELANGOR SUDAH TIDAK MENYOKONG PKR LAGI,PASAL ITU TERPAKSA MENGIMPORT DARI NEGERI LAIN(NUAR TAK TAU PUN SEMUA ITU IMPORT)
      SELAIN BERJANJI AKAN MENURUNKAN HARGA MINYAK (MODAL JANJI LAMA)BELIAU JUGA BERJANJI MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA ANAK-ANAK(PUN MODAL LAMA JUGA).SELAIN JANJI PALSUNYA,SEPERTI KEBIASAAN TABUR FITNAH ADALAH MODAL UTAMA NUAR UNTUK BERUCAP,BAGI MENDAPATKAN SOKONGAN SERTA MERAIH UNDI SIMPATI..
      SELAIN NUAR,PRISEDEN PKVM,OHMS THIYAGARAJAN JUGA BERUCAP.YANG NI LAGI SATU BEBALNYA..BERKATA PIHAK PDRM PADA 2007 TELAH BERTINDAK KASAR TERHADAP PESERTA HINDRAF..HAHAHA,KALAU AKULAH,MEMANG PATUT PUN TINDAK KASAR KAT KO,DEGIL DAN KERAS KEPALA DAN NAK SANGAT MENJADI HERO..HERO TAIK KUCING.PTHUIIII..BELIAU JUGA BERKATA,BEBERAPA PEMIMPIN HINDRAF PADA KETIKA INI AKAN MENJADI CALON UNTUK PRU AKAN DATANG..ERMM,KALAU TAK JADI PEMIMPIN PUN NAK PIJAK KEPALA PEMERINTAH,APATAH LAGI KALAU DAH JADI..SUDAH PASTINYA AKAN HURU-HARA NEGARA KITA INI.



      50 DALIL TUN M TENTANG SESATNYA NIK AJIS

      Posted: 20 Feb 2013 05:18 PM PST


      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم
      Tiadalah kerugian sedikitpun jika meluangkan masa bagi menghayati makna sebenar disebalik hujah yang dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ini terhadap segala tuduhan yang dibuat oleh Nik Aziz dan Pas. Sungguh jelas, terang dan bersuluh...

      1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

      2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

      3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

      4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

      5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

      6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

      7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

      8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

      9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

      10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

      11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

      12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

      13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

      14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

      15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

      16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

      17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

      18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

      19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

      20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

      21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

      22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

      23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

      24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

      25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

      26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

      27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

      28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

      29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana…" iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

      30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

      31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai…"

      32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

      33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

      34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

      35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

      36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

      37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

      38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

      39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

      40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

      41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

      42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

      43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

      44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

      45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

      46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

      47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

      48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

      49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

      50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya

      Puteri Bahagian Segambut

      Posted: 20 Feb 2013 11:16 PM PST

      Puteri Bahagian Segambut


      Kisah Dongeng Terbaru @Rafiziramli #1Malaysia #TolakPR

      Posted: 20 Feb 2013 09:22 PM PST




      Less than 24 hours after Prime Minister Datuk Seri Haji Najib Tun Razak announced the kick start of a High Speed Rail project between Kuala Lumpur and Singapore, PKR Strategic Director Rafizi Ramli announced that Pakatan Rakyat will also include as part of it's manifesto a High Speed Interstate Rail Project. 

      How ironic, before this there was never once mentioned by Opposition Leader Anwar Ibrahim of any high speed railway project, well forget about high speed, i have not even heard in any of his ceramah on youtube that he mentioned anything about providing public transports, except that oil prices will reduce once PR are in power, cheaper cars, free education etc. 

      Ok, let's focus on the issue at hand. I have looked at the comment & proposal by Rafizi Ramli and i can conclude that it is very weak in its plan, execution and rate of Return on Investment (ROI). 

      First : Although the manifesto for PR will only be launched this Monday ... I can give an early preview that it will give a specific commitment to build an interstate high-speed rail system. The system will connect major cities along a route from Perlis down to Johor Baru, and connect the east coast of Malaysia to the west coast

      I have heard that Rafizi Ramli was an exceptional bright talent in Petronas when he was with the National Oil Company. However, as an accountant i would have hoped he had done his research before promising the rakyat of something that the government of Malaysia has already decided on.

      The flaws in Rafizi's proposal is that it does not provide anything different compared to the BN government initiative with Singapore, Basically it is just plagiarism of ideas. Look, any investors who would want to invest on a high speed railway needs MONEY. The means a high amount of capital expenditure (CAPEX).  

      In order for the project to be attractive, the ROI has to be high, and for this to happen is for you to have a high volume of passengers. Plying a single route between Singapore  - Kuala Lumpur is not going to be profitable, it has to be segregated into a few stations to ensure that the volume of passengers keep increasing. 

      That's why the high speed rail plan by BN, which i was informed by people familiar with the project will include a minimum of 5 major stations namely:


      •  Singapore
      • Johor Bahru
      • Melaka
      • Negeri Sembilan
      • Kuala Lumpur


      Although it is still in its infancy, this plan by the BN government should be louded as we are talking about 5 states (Singapore as 1 state) merging together for a major public transportation project. Is this not called an interstate high - speed rail system as what is being promised by Rafizi? he he

      I pity rafizi, devout of any concrete and sustainable ideas, he has to copy ideas by BN and make it sound that it is his ideas. Oh and what's with this statement coming out from Rafizi's mouth:

      This project puts the people's priority first even more so, and it will be the main difference between Barisan Nasional (BN) and PR

      Eh hello, the high - speed railway project is for the rakyat. If Rafizi is saying that the ticket prices will be expensive etc, well he is talking crap because no announcement has yet been made and i would advise Rafizi not to pre - empt something that you don't know. Come on, as a high flyer you can do better than this. 

       Like the Malay's always say, "jangan nak pandai - pandai"


      Fizz Fairuz Putus Tunang dengan Isteri Orang

      Posted: 20 Feb 2013 12:13 AM PST

      Belum reda kontroversi Fizz Fairuz bertunang tup2 keluar pulak kisah Fizz Fairuz putus tunang. Baru seminggu bertunang dah putus. Rupa2nya tunang si Fizz Fairuz tu isteri orang. Isteri kedua seorang usahawan. 







      Untuk makluman, nama tunang Fizz Fairuz ialah Azlyn Massiela, berusia 26 tahun dan berasal dari Kuantan. Mereka berdua berkenalan di satu lokasi penggambaran dan menjadi semakin rapat setelah memiliki kawan yang sama di Kuantan. Kata Fizz Fairuz:-
      Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.



      Baca selanjutnya di BEAUTIFULNARA




      SP: Fizz Fairuz punya kes sah2 dia tak tau status tunang dia tu isteri orang. Tapi Ustaz Pas relax je "kaunseling" dengan isteri orang dalam bilik hotel walhal dah tau tu isteri orang.........

      www.pemuda-enggang.org

      Posted: 20 Feb 2013 11:14 AM PST

      www.pemuda-enggang.org


      Datum Jelatek Menyisihkan Orang Melayu

      Posted: 19 Feb 2013 11:33 PM PST

      KUALA LUMPUR, 18 Feb – Projek 'Super Mega' Datum Jelatek dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mendapat bantahan dari penduduk sekitar Lembah Keramat berikutan projek tersebut bakal menyisihkan orang Melayu secara 'terhormat'. Timbalan Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek … Continue reading

      HAMIM Ledang

      Posted: 20 Feb 2013 03:15 AM PST

      HAMIM Ledang


      Pesta Ponggal Tahun 2013

      Posted: 08 Feb 2013 07:41 PM PST





      Ahli Parlimen Kota Belud

      Posted: 19 Feb 2013 11:47 PM PST

      Ahli Parlimen Kota Belud


      Statement By YAB CM Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman on foreign intrusion in Lahad Datu

      Posted: 19 Feb 2013 04:21 AM PST

      KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman said the security forces were in full control of the situation in Lahad Datu.

      "As Chairman of the State Security Committee, I am confident that the relevant authorities are on top of the situation," he said.

      He said this was the result of coordinated efforts among the police, the military and the marine coast guard, who have shown a high degree of professionalism and discipline.

      "In the last few days, we have seen how the authority, especially the police, has exercised great restraint in dealing with the foreign intruders in Kampung Tanduo," he said.

      He said the restraint was not a sign of weakness but rather a deeper understanding of the complexity of the issue.

      Musa however, urged the foreign intruders to return to their homeland to avoid any untoward incident including bloodshed in the event that the Malaysian security forces have to take action.

      "They must realise that they have clearly breached international laws and Malaysia's sovereignty. What is at stake here is our sovereignty and rights, which will not be compromised," he said.

      "Once again, I appeal to the intruders to be rational and give up the futile attempt and return to their homeland peacefully," he said.

      End.




      Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

      Tiada ulasan:

      Pengikut