Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin.
Sebelum itu, wanita berkenaan sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang.
Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.
Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.
"Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain," katanya.
Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.
"Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang.
Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.
Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.
"Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.
Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."
"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman," kata beliau.
Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia.
Bila ada artis sokong Pakatan seperti Abby, bob lokman, Aishah , macai2 ini puji melangit dan anggap mereka berhak sebab ini demokrasi.
Tapi bila artis yang sokong BN seperti SY dan Nabil terus dimaki hamun dan dicaci.
Macam sial !! Nampak sangat macai2 Pakatan terasa gila babi lawak sinis SY dan Nabil tentang manifesto bukan janji.
KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Rajalawak yang didakwa secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan para pendengar radio Sinar FM.
Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk "Bangkang Dari Longkang".
Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat.Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.Video tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=IK7x2-oUodY.Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .
Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.
Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot radio tersebut.
Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.
Meracau sungguh pencacai2 Pakatan ni pasal video lakonan Nabil dan Salleh Yaacob belasah pemimpin mereka .haha..
Apa pun memang kelakar dan sinis lawak Nabil dan Salleh Yaacob ..hahaha
Mesej yang hendak disampaikan ialah jangan mudah terpedaya dengan janji parti yang tiada rekod baik menunaikan janji kepada rakyat. Pilih lah parti yang mempunyai track record baik menunaikan segala janji seperti BN
- Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak terkejut apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa parti itu juga berperanan dalam usaha menegakkan Islam di negara ini.
Namun beliau yang awalnya agak keberatan mengulas, dengan nada agak sinis berkata, adalah bagus sekiranya DAP menjadi sebuah parti yang tidak menghina Islam dan bukan anti-Islam.
Beliau turut 'menyambut baik' sekiranya DAP menjadi parti yang menegakkan Islam seperti mana dakwaan Guan Eng bahawa perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Baguslah kalau begitu (DAP sebuah parti yang tidak menghina Islam dan bukan anti-Islam), bagi saya baguslah tu,'' katanya kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas ucapan Guan Eng dalam konvensyen pakatan pembangkang yang berlangsung di Shah Alam, Selangor hari ini.
Pemimpin DAP itu yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang antara lain menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina dan anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Guan Eng sebelum ini pernah mengguris perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu penggunaan kalimah Allah dibenarkan bagi agama lain.
Ditanya mengenai dakwaan Guan Eng bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang serta menegakkan Islam, Harun berkata: "Itu lagi bagus. Mungkin dia nak tukar agamalah tu."
Ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai kandungan ucapan Setiausaha Agung DAP itu termasuk mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, Harun bagaimanapun enggan menjelaskan perkara itu.
"Maaflah, biarlah dulu. Saya tak dapat ulas lebih lanjut tentang perkara ini, sebab saya belum lagi terima dan dengar ucapannya," ujar beliau.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Zairil Khir Johari disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu selepas pilihan raya umum akan datang.
Menurut blog DAP Insider, pencalonan Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disokong ketuanya itu sendiri.
Blog tersebut mendedahkan, hasrat itu disampaikan Guan Eng sendiri kepada para penasihatnya dalam strategi DAP mengambil alih kekuasaan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.
Menurut blog itu, ini kerana Guan Eng yakin DAP akan mengekalkan kesemua 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi di Selangor pada 2008 serta menambah tiga lagi kerusi iaitu Kuala Kubu Bharu, Sungai Pelek dan Pelabuhan Klang.-UTUSAN-
Komen GPB
Guan Eng dan DAP nampaknya semakin rakus untuk membolot segala kuasa. Mereka telah berlajar bagaimana kes di Perak di mana undang2 di sana mahukan MB berbangsa Melayu .
Jadi , Zairil a.k.a Christhoper Ross Lim yang berketurunan Cina ini untuk diangkat DAP sebagai MB jika Pakatan terus kekal di Selangor .
Jadi, apa yang PKR dan PAS dapat ? Dok dalam Pakatan tapi yang berkuasa adalah DAP kerana mereka akan memenangi kerusi lebih banyak .
Perggh ...ayat tak bole blah ... Guan Eng cakap Anwar seorang sahaja boleh menyelamatkan negara ini dan rakyat perlukan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia .
DAP memang mahu Anwar jadi PM kerana itu memang strategi perancangan mereka . Ini kerana Anwar boleh ikut telunjuk mereka dan berkompromi dalam semua hal termasuk agama & hak istimewa orang Melayu .
Selain itu , isu moral Anwar juga menjadi senjata DAP kerana peguamnya Karpal Singh merupakan orang pertama menuduh Anwar peliwat ketika dalam dewan rakyat. KLIK DISINI
Jadi , kalau Anwar jadi PM ..hanya jadi PM boneka lah seperti mana sekarang ini berlaku kepada Khalid Ibrahim dan Nizar semasa jadi MB Perak dahulu .
"Jika kita mahu selamatkan negara dan memperbetulkan kewangan, kita perlukan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucaptama di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 semalam. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, sejak Ketua Umum KEADILAN tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1998, belanjawan negara mencatat defisit selama 15 tahun berturut-turut. "Kali terakhir negara berjaya mencatat lebihan belanjawan adalah semasa Anwar menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri," katanya. Berikutan itu, kata Guan Eng, pemberian sumbangan disalur Pakatan berbeza dengan BN kerana negeri-negeri yang ditadbir Pakatan menggunakan wang lebihan hasil keuntungan negeri, manakala BN pula terpaksa berhutang untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Wang lebihan yang diperolehi (Pakatan) hasil pentadbiran telus sejak 2008 disalurkan kembali kepada rakyat melalui program-program Agenda Ekonomi Sosial. Sebaliknya BN memberi bantuan kewangan kepada rakyat walaupun mencatat defisit tinggi dan hutang semakin melambung," kata Guan Eng. Menurut Guan Eng, ketirisan kewangan negara berpunca gejala rasuah yang membarah di kalangan pemimpin Umno.
Nampaknya persoalan siapakah yang akan dinobatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 terus menjadi misteri & teka teki . Walaupun pencacai2 Pakatan dok sibuk membuat propaganda #AnwarNewPM di twitter & banner , ternyata ianya palsu dan ia terbukti hari ini . Sebelum ini bukan main cakap besar lagi dalam siri ceramah mereka di mana semua pakat dok bodek menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 7 jika PR menawan Putrajya . Tetapi hari ini berbeza sekali nadanya di majlis pelancaran manifesto PR
Ke semuanya yang ditemui playsafe dengan menjadi syaitan bisu.
Mereka langsung tak berani sahkan Anwar sebagai PM ke 7 walaupun sebelum ini sudah menghebahkan dikalangan penyokong2 tegar.
GPB yakin berita ini cukup membimbangkan Anwar kerana ia bukan sahaja boleh menghalang dia menjadi PM ke 7 malah boleh mengagalkan Pakatan menawan Putrajya .
Ini kerana masalah perebutan jawatan PM ini sepatutnya tidak timbul kerana sudah jelas dari dahulu lagi bahawa Anwar seorang saja yang lebih layak .Tetapi bila sudah hampir PRU , nampaknya desakan penolakan Anwar cukup kuat walaupun beliau sokong kuat terutama DAP .
Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya cuba menyakinkan pengundi agar bersabar dan menanti "elemen kejutan" .
"Calon dah ada…tapi belum umum.
"Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar…bila PR menang ke Putrajaya…orang popular akan menerima sokongan umum," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR "Pakatan Harapan Rakyat" di Pusat Konvensyen Shah Alam pada pagi tadi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.
"Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.
"Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya…bukan soal siapa perdana menteri," katanya.
"Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.
"Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai," kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.
Sebenarnya isu siapa bakal PM itu kini semakin hangat membelenggu para pemimpin Pakatan Rakyat walaupun mereka berusaha keras hendak menyakinkan masyarakat kononnya isu berkenaan tidak pernah 'menjadi hal' kepada mereka.
Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.
Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Ini bertentangan dengan DAP yang terang-terang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka.
Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13.
"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh turut mencabar pemimpin tertinggi PAS itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.
"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri majlis penyampaian BR1M untuk orang bujang (RM250 seorang) di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat.
Muhyiddin mengulas kenyataan Hadi dalam konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini yang mengibaratkan pemberian BR1M sama dengan amalan di zaman Firaun yang menggalakkan rakyat bergantung kepada kerajaan dan membuat rakyat hidup seperti pengemis.
"Saya tahu bahawa ia bukan hukum bertentangan akidah, menyalahi syariat agama, saya tak tahu dua tokoh agama ini (Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh keluar kenyataan bercanggah dengan agama, kata perjuangkan Islam.
"Apakah mereka akan minta penyokong dan ahli mereka untuk pulangkan wang bantuan, sanggupkah mereka buat fatwa atau menghukum penerima harus pulangkan balik, ia perbuatan haram, bagi kita ia tidak bertentangan," katanya.
Katanya ramai tokoh agama dan yang tidak berpengaruh lebih rasional dan bersandar dengan syariat berhubung soal itu.
Bagi kerajaan katanya, pemberian BR1M ini adalah satu amalan baik sebab ia dapat membantu kumpulan sasar dengan lebih tepat terutama yang memerlukan bantuan seperti ini.
"Bagi kita ia amalan yang baik...sebab ada negara buat ini, menjurus kepada kumpulan sasar amat perlukan bantuan ini.
"Melalui transformasi nasional yang kita lakukan, kita kumpul data dan maklum balas daripada rakyat pendapatan kecil, sederhana, nyatakan bagaimana kerajaan dapat bantu. Atas dasar prihatin kita bantu," katanya.
Sebelum itu dalam ucapan beliau, Muhyiddin berkata PAS tercabar dengan tindakan BN memberikan BR1M dan jelas menunjukkan parti itu lebih mengutamakan politik kepartian daripada kebajikan rakyat.
"Beliau (Nik Abdul Aziz) kata kita beri BR1M macam bagi ayam makan, bagi lembu makan, adakah kita ini sama seperti binatang?" katanya.
Katanya, BR1M adalah satu amalan murni dan usaha kerajaan untuk membantu rakyat miskin yang amat memerlukan bantuan, sekali gus mampu memperbaiki kualiti hidup dan mengurangkan bebanan rakyat.
"Hal ini menyebabkan pembangkang risau anak muda akan menyokong BN. Orang lama akan terus menyokong BN sebab bantuan berterusan, kerana itu mereka tercabar dan keluar kenyataan yang tidak sepatutnya datang dari seorang ulama," katanya.
Katanya orang Melayu terutamanya cukup faham dengan perumpamaan yang digunakan oleh Mursyidul Am PAS itu.
Pemuda BN Pulau Pinang hari ini menyifatkan janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan.
Timbalan Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata, antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.
"Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Georgetown.
Beliau berkata, janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.
Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Shaik berkata pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu. ** Mana lu mau lari Ah Beng ?? Janji manifesto dulu di Penang lu belum settle ..sekarang mau kasi janji baru pulak .. Lu ingat rakyat bodoh ??
Majoriti rakyat Malaysia kurang peka dengan cuaca. Apatah lagi menilai perubahan iklim yang semakin heboh diperkatakan.
Bukti perubahan iklim kini memberi dampak kepada negara ini. Berdasarkan imej di bawah, adalah di luar kebiasaan untuk taburan hujan menjadi sebegitu tinggi dalam bulan yang sepatutnya dikategorikan sebagai bulan yang paling rendah taburan hujan di Kelantan.
KOTA BHARU 26 Feb. - Sembilan sekolah di Kelantan di sekitar Rantau Panjang akan ditutup esok akibat banjir yang turut melanda beberapa jajahan di negeri itu. Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain...
BESUT 26 Feb. - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La di Hulu Besut di sini terpaksa ditutup hari ini berikutan ramai pelajar dan gurunya tidak dapat hadir ke sekolah ekoran beberapa jalan ke sekolah itu dinaiki...
PASIR PUTEH 26 Feb. - Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di sini terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh...
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan