Tindakan biadap R berlatarbelakangkan masjid yang dibina hasil inisiatif Tok pa
Aktivis-aktivis Royaktakreti (R) melakukan satu gimik biadap yang cuma memalukan diri mereka sendiri. Mereka menyebat patung YB Dato Seri Mustapa Mohamed dengan tuduhan Tok Pa adalah pengkhianat sedangkan upacara voodoo yang mereka lakukan itu berlatarbelakangkan Masjid Sultan Kelantan Pasir Pekan yang dibina hasil inisiatif Tok Pa sendiri!
Satu himpunan yang diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat telah diadakan di Dataran Pasir Pekan pada 9 Februari 2013. Himpunan itu adalah anjuran PAS Pasir Pekan dengan kerjasama NGO R. Promosi dan iklan secara hebat dan meluas telah diadakan baik melalui banner yang digantung dan alam siber.
NGO R bermula dengan berjalan kaki dari KB Mall ke Dataran Pasir Pekan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang dibina oleh kerajaan persekutuan. Namun, mereka langsung tidak mendapat sambutan apabila jumlah yang hadir langsung tidak sepadan dengan promosi yang telah dibuat. Lihat gambar di bawah.
Jangkaan mereka pastinya adalah setibanya di Dataran Pasir Pekan, ribuan rakyat yang lain menanti ketibaan mereka untuk bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. Namun, harapan mereka meleset sama sekali apabila kehadiran di sana cuma sekitar 100 hingga 200 orang. Lihat gambar di bawah.
Pemimpin tertinggi PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus bertanggungjawab atas penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengendalian Tabung Mangsa Memali, menurut seorang bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah.
Malah video ini cukup kuat untuk mendakwa Hadi Awang ke SPRM!
Zainon Ismail berkata pimpinan PAS kini cuba mengelakkan perkara tersebut daripada dibawa ke mahkamah kerana khuatir akan pecah tembelang yang disorok mereka selama ini.
"Pihak yang terlibat ialah peringkat tertinggi dalam PAS. Sebab itu ada perkara yang mereka tak mahu perkara ini dibawa ke mahkamah, takut-takut ada benda lain lagi yang akan terkeluar.
"Antara yang paling tinggi ialah daripada Presiden, sampai kepada jawatankuasa PAS Pusat memang bertanggungjawab kerana tabung ini ditubuhkan oleh PAS Pusat," jelas beliau.
Ayah kepada penyanyi 'Patah Seribu' Shila Amzah, ND Lala hari ini mengesahkan anak sulungnya telah berjaya ditemui di Kemaman, Terengganu dan dalam keadaan selamat.
ND Lala semalam telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas penyanyi itu dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pulang dari Shanghai, minggu lalu.
Wartawan Astro Awani juga telah cuba menghubungi ND Lala beberapa kali untuk mendapatkan pengesahan namun tidak berjaya.
Beberapa hari lalu, Shila telah menulis di akaun Twitternya yang dia berada bersendirian di suatu tempat untuk mencari ketenangan.
"Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat," tulisnya.
Kemelut antara teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad dan ND Lala dikatakan antara penyebab kehilangannya bila ayahnya dikatakan menentang hubungan cinta mereka.
Sebelum itu juga Shila telah membuat kenyataan melalui emel mengenai kontroversi antara ayahnya dan Sharnaaz.
Shila juga telah memuatnaik videoklip berdurasi empat minit yang menggambarkan perasaannya di Youtube.
Shila juga dijangka akan berada di Pulau Pinang esok, untuk bersama penyanyo Korea Selatan Psy mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina.
Bendera BN 1 Malaysia telah dipasang disepanjang kawasan Parlimen P49 Tanjong sempena menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada petang ini. Namun ura-ura menyatakan pihak DAP telah mengeluarkan arahan supaya bendera ini diturunkan.
Bendera BN 1 Malaysia ini adalah kali pertama dipasang di Pulau Pinang dan sebelum ini tidak pernah dilihat dimana-mana tempat. Ini tranfomasi baru yang dibawa oleh PM yang bakal mengugat Pakatan haram khususnya di Pulau Pinang.
Muka depan akhbar MIngguan Malaysia hari ini melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan.
Menurut sumber akhbar itu, ia didakwa dibincangkan secara tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan namun kesahihannya belum dapat dipastikan.
"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.
"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber itu.
Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam PAS memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin PAS yang turut berada dalam majlis syura.
Malahan ketika masih di dalam PAS, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.
"Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama PAS memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.
"Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut," kata sumber itu.
Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam PAS sahaja yang mengetahuinya.
"Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin PAS menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu," kata sumber itu lagi.
Bagaimanapun sumber itu berkata, 'kekuatan' PAS untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.
"Malahan, biarpun PAS tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri," kata sumber itu lagi.
Tahniah diucapkan kepada Azmin Ali kerana berjaya menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok. Ini bermakna cita-cita Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor akan tercapai... Tapi itupun kalau Pakatan Haram berjaya mempertahankan pemerentahannya di Selangor la....
Gambar kontroversi blow job Azmin Ali...
khabarnya perangkap dari pihak dalaman PKR sendiri.
Menurut laporan laman portal pembangkang The Malaysian Insider - Ketidakstabilan berhubung masa depan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, dengan sumber dalam Pakatan Rakyat (PR) mengatakan menteri besar penggal pertama itu mungkin kehilangan jawatannya jika pakatan tersebut berjaya mempertahankan negeri dalam Pilihan Raya 2013.
Kepimpinan PKR setakat ini tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan terpilih untuk mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu, dengan kemarahan yang semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan yang dikatakan melihat ahli politik itu sebagai wakil rakyat "tidak hadir".
The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PKR pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok kerana kebimbangan menteri besar itu akan kalah di kerusi Dun tersebut.
"Penduduk tempatan melihat beliau sebagai wakil rakyat tidak hadir, beliau tidak pernah turun padang jadi timbul persepsi. Kadangkala kami faham kedudukan beliau sebagai MB tetapi orang-orang beliau juga tiada di kawasan, jadi sukar untuk bekerja di bawah," kata seorang pemimpin tertinggi PR kepada The Malaysian Insider.
Isu pengguguran Abdul Khalid bermula selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Oktober tahun lepas Abdul Khalid akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tetapi tidak menyatakan tentang kerusi Ijok.
Pengumuman menyemarakkan syak wasangka bahawa parti itu merancang untuk menggantikan Abdul Khalid dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kononnya bersaing untuk jawatan tersebut.
Timbul juga cakap-cakap tentang untuk menenangkan Abdul Khalid, Anwar menjanjikannya jawatan persekutuan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.
"Adakah beliau menyatakan Abdul Khalid akan bertanding di Ijok? Tidak. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri," kata seorang pemimpin PKR dengan syarat namanya tidak disiarkan.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan salah seorang yang berada dalam jawatankuasa senarai calon menafikan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas tetapi tidak mengesahkan sama ada rancangan parti untuk merombak semula barisan kepimpinan negeri Selangor termasuk menggugurkan Abdul Khalid.
"Saya sangat sedar dengan setiap butiran dan tiada tentang itu. Jawatankuasa calon parti yang dipengerusikan oleh Anwar masih lagi melibatkan pemimpin diperingkat negeri tentang perkara ini," katanya kepada The Malaysian Insider apabila diminta pengesahan tentang rancangan PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid daripada Ijok.
Khabar angin yang merangsang tentang penyingkiran Abdul Khalid adalah masalah yang melanda jentera PKR tempatan.
Sumber memberitahu Abdul Khalid tidak mampu untuk berkempen dengan berkesan berikutan permusuhan berterusan antara beliau dan kakitangan utama kempen, yang kononnya telah meninggalkan jentera sehingga hampir lumpuh.
Terdapat cakap-cakap pemimpin tempatan enggan bekerjasama selepas Abdul Khalid menolak permintaan untuk "bayaran" sebagai balasan terhadap kesetiaan mereka, serta dakwaan kelemahan Abdul Khalid dalam berkomunikasi serta "keangkuhan" menyebabkan tercetusnya perselisihan.
Ketua jentera PKR Ijok Abdul Rahman Umar menafikan dakwaan tersebut tetapi mengakui kepimpinan pusat parti masih lagi belum mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan bertanding di kerusi itu.
"Masih belum ada pengesahan…. tetapi kami mencadangkan Tan Sri Khalid untuk Ijok," katanya kepada The Malaysian Insider.
Abdul Rahman, yang dikenali penduduk tempatan sebagai Cikgu Rahman menerangkan persepsi jentera tidak bersama Abdul Khalid mungkin datang dari penurunan dalam kadar kempen sejak April tahun lepas selepas tidak ada petunjuk bahawa pilihan raya akan diadakan tahun lepas.
"Sekarang kita tahu pilihan raya semakin hampir kita telah mula bekerja. Ijok adalah komuniti kecil kampung. Mereka akan bantu. Apabila tiba masanya mereka akan bantu," kata Abdul Rahman.
Azmin, orang kedua dalam menjaga tapisan calon PKR bagi Pilihan Raya 2013 selepas Anwar, bagaimanapun, mengakui baru-baru ini terdapat isu-isu yang melanda persediaan untuk Ijok tetapi melahirkan keyakinan bahawa ia akan berjaya diatasi.
"Saya tidak menyalahkannya. Sudah tentu saya bersetuju terdapat isu di cabang tersebut, tetapi ianya boleh diselesaikan," kata Azmin dalam temuramah baru-baru ini bersama The Malaysian Insider.
Akan tetapi timbalan presiden PKR itu tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan kekal di Ijok tetapi mengatakan spekulasi tentang masa depannya sebagai menteri besar tidak semestinya benar.
"Kita masih belum muktamadkan," kata beliau ketika ditanya apakah Ijok akan menyaksikan muka baru bertanding di atas tiket PKR.
"Tetapi tiada sebab mengapa kita perlu singkirkan Khalid daripada Ijok kerana beliau adalah anak tempatan.. dari tinjauan beliau sangat popular dikalangan rakyat," tambah Azmin.
Ijok, kerusi semi luar bandar negeri yang terletak di utara-barat bandar perindustrian negara, merupakan salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam kerusi Parlimen Kuala Selangor. Dalam Pilihan Raya 2008, terdapat 15,467 pengundi berdaftar dengan Melayu membentuk 51 peratus diikuti Cina pada 75 peratus dan India pada 28 peratus.
Abdul Khalid telah memenangi kerusi itu dengan majoriti besar 1,920 undi mengalahkan seorang lagi anak tempatan, Datuk Mohamed Sayuti Said, sebahagian besarnya disebabkan oleh sokongan daripada masyarakat Cina dan India.
Pemerhati parti berkata hubungan rapat Abdul Khalid dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan reputasi beliau sebagai tokoh korporat semasa beliau beliau berkhidmat sebagai ketua eksekutif salah satu syarikat perladangan terbesar di negara ini mendorong Anwar untuk menjadikannya sebagai menteri besar.
Pelantikannya didakwa mencetuskan persaingan mendalam dengan Azmin dan memecahkan parti di Selangor. Walaupun Abdul Khalid dikatakan menikmati sokongan pengundi, beliau tidak popular dikalangan ahli parti.
Kegawatan memaksa Anwar untuk campur tangan. Ini membawa kepada penyingkiran Abdul Khalid sebagai ketua PKR Selangor dan digantikan oleh Azmin. Pemerhati berkata ini adalah permulaan kepada penyingkiran Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Faekah Husin, setiausaha politik kepada ketua pentadbiran Selangor itu telah berada di barisan hadapan dalam pertembungan antara Abdul Khalid dan Azmin walau bagaimanapun, percaya kepimpinan parti akan membuat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar jika PR berjaya mempertahankan Selangor.
Faekah yang dilihat sebagai sekutu rapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Abdul Khalid mungkin mempunyai masalah untuk menyatukan pasukannya di Ijok dahulu tetapi tidak sekarang.
"Beliau mungkin mempunyai masalah tetapi itu dahulu. Selepas beliau baru sahaja menang. Beliau kuat disana sekarang, Saya rasa Khalid akan bertanding di Ijok," katanya.
Pakatan pembangkang sebenarnya adalah satu pakatan yang rapuh yang hanya berpaksi kepada kepentingan parti masing-masing untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan kerana itu hingga sekarang mereka tidak mampu mendaftarkan pakatan mereka secara rasmi di bawah satu nama seperti BN, demikian pandangan Professor Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin.
Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata pakatan yang ditonjolkan pembangkang pada hakikatnya adalah sandiwara semata-mata kerana ia jelas boleh dilihat dalam pentadbiran mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Malah di dalam parti pembangkang iaitu PKR, Pas dan DAP jelas beliau masing-masing ketika ini sedang bergelut dalam kemelut dalaman mereka.
Dalam sebuah parti politik sekiranya mahu bertahan lama dan diterima rakyat katanya lagi ianya harus mempunyai struktur yang kukuh namun dalam PKR ianya menjadi longgar apabila apa yang digariskan semasa penubuhannya kononnya mahu memperjuangkan keadilan untuk rakyat tidak ditepati.
"Apabila pakatan pembangkang berjaya merampas beberapa buah negeri, saya mula melihat Anwar tidak lagi peduli dan komited dalam memperjuangkan apa yang dikatakan semasa awal penubuhan parti. Hari demi hari terutama selepas peristiwa janji 16 September yang tidak menjadi kenyataan,
"Janji kosong Anwar menggunakan kaedah yang begitu hina dengan cuba mencuri ahli perlimen BN, ini bukan cara politik yang baik dan Anwar lakukan juga", katanya kepada UMNO-Online.
Pada masa yang sama dedah beliau, Anwar pula semakin lama semakin mengutamakan kroni yang tertentu sehingga sifat Anwar yang mengutamakan kroni menyebabkan ramai yang keluar parti.
"Azmin juga sebenarnya tidak diterima dan ini terbukti dengan satu kejadian di Sabah. Azmin pernah ditolak oleh ahli PKR Sabah. Ini menunjukkan anak emas Anwar ini ditolak oleh orang bawahan parti. Anwar pula mengutamakan Azmin sehingga sanggup membelakangkan perjuangan parti," ujarnya.
Manakala DAP pula kata beliau hanya mempergunakan Anwar untuk memecahbelahkan orang Melayu di samping mengikat Pas agar tidak bertindak esktrim yang boleh menghalang DAP meluaskan pengaruhnya.
"Sebenarnya DAP memegang kunci kelemahan Anwar dan ia digunakan bagi memastikan Anwar sentiasa patuh dengan segala arahan. Sebab itu kalau kita tengok dalam apa jua isu termasuk yang membabitkan masalah di kalangan pakatan pembangkang Anwar akan menyebelahi DAP.
"Perkara ini juga sebenarnya tidak menyenangkan di kalangan pemimpin, ahli PKR dan Pas", katanya.
Beliau seterusnya menambah perkara yang sama juga berlaku dalam Pas di mana di dalam parti Pas sendiri telah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang menyokong dan yang mula mempertikaikan kewibawaan Anwar.
"Mereka inilah yang menolak Anwar dek kerana satu demi satu terbongkar kisah Anwar.
"Ini semua berlaku kerana dalaman parti itu sendiri tidak mempunyai struktur yang kuat untuk mengikat satu sama lain. Sampai saat ini masih belum diwujudkan secara rasmi di antara mereka. Mereka tidak pernah bergabung secara rasmi. Tidak seperti BN yang mengikat komponan mereka dan bertanding dalam PRU atas satu tiket iaitu BN.
"Sehingga kini pakatan pembangkang belum selesai masalah dalaman mereka. Mereka tidak mampu sesama mereka untuk mempunyai satu bendera yang sama untuk menandingi BN. Inilah bukti betapa gagalnya Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang. Mereka gagal tidur satu bantal dengan mimpi yang sama," ujarnya lagi.
"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina... Satu lagi iklan membabitkan Najib Abdul Razak dan sambutan Tahun Baru Cina, yang telah bikin panas kepada puak Pakatan Rakyat.
Tak senang duduk puak-puak cybertrooper Pakatan Haram, mereka diarahkan oleh DAP untuk klik DISLIKE pada setiap klip video yang melibatkan Datuk Seri Najib Abdul Razak di YOUTUBE.
Begitu juga pada masa yang sama, mana-mana klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mereka memilih menggunakan sistem LIKE berbayar cara menimbulkan persepsi kononnya rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat berbanding Najib Abdul Razak. Ini semua poyo!
Marilah kita rakyat 1 Malaysia bersama Datuk Seri najib Razak menyambut Tahun Baru Cina!
Persetankan puak Pakatan Haram... sesuangguhnya mereka iri hati dengan pencapaian Datuk Seri najib yang telah berjaya membawa tranformasi baru didalam kepimpinan beliau... Gong Xi Fa Cai!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang.
Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.
Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.
Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.
"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.
Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin masyarakat Cina.
Ayah kita bersama menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak... Jumpa di Penang bro.....
Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.
PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.
Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.
Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.
Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.
Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.
Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.
Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.
Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.
Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.
Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.
Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.
Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.
Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.
Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.
Tertarik dengan pendedahan oleh laman portal Terengganu Today yang mendakwa Abby Abady bakal menjadi Isteri ketiga kepada bakal Menteri Besar?
Harap Abby Abady dapat memberi penjelasan berhubung skandal ini...
Terengganu Today - Bukan sahaja laris di pentas ceramah PAS, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan arkitek terkenal, Dato' Raja Kamarul Bahrin.
Pertengahan tahun lalu, Abby turut dikaitkan dengan nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan.
Namun, hubungan itu dikatakan tidak betahan lama apabila Dato' Takiyuddin mendapat maklumat Abby mempunyai hubungan lain yang lebih 'istimewa'.
Lebih menimbulkan persoalan, Abby Abadi dilihat bersama Raja Bahrin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kunjungan pelakon Gerak Khas itu dalam siri program politiknya bersama PAS ke Terengganu turut disambut Raja Bahrin.
Secara kebetulannya, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis, Noryn Aziz turut dikaitkan sebagai calon Menteri Besar menggantikan Abdul Wahid Endut sekiranya PAS bejaya menawan Terenganu.
Menurut sumber dalaman PAS, Abdul Wahid tidak dicalonkan untuk jawatan itu berikutan hubungan dinginnya dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang serta kegagalan Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Raja Bahrin yang disebut-sebut sebagai calon PAS di DUN Ladang turut mendapat sokongan pemimpin kanan PAS dari Kuala Nerus dan Dungun serta sokongan 'belakang tabir' dari ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sebab itulah, Abby begitu kerap turun ke Terengganu dalam program politiknya bersama PAS. Menjelang pilihan raya, Abby menjadi pilihan Raja Bahrin untuk program politiknya di Terengganu.
Perkara itu turut dicemburi jentera PAS yang lain kerana Abby dikatakan mendapat bayaran lebih daripada Raja Bahrin serta PAS sendiri. Raja Bahrin dilihat begitu aktif bersama program-program PAS, ceramah, makan di warung-warung kopi bersama rakyat biasa dan turun padang bersama jentera pilihan raya PAS.
Hebatnya Lim Guan Eng menahan lukah walaupun PAS terluka, PAS akan tetap bersama dalam pakatan pembangkang kerana dirinya rasa lebih selamat walaupun akhirnya meraba-raba cari bantuan oksijen.
Sepatutnya PAS lebih bijak daripada DAP memandangkan keahliannya adalah lebih besar dan dianggotai oleh bijak pandai agama yang tersohor ketika di menara gading ataupun professional yang mendapat latihan dalam pelbagai bidang. Rupa-rupanya kepengetahuan yang mereka ada masih belum memadai untuk mengenal lukah yang sentiasa ditadah oleh DAP.
"brain damage" kesan kehilangan adrenalin?
Lukah pertama ialah slogan kepimpinan Umar Abdul Aziz, yang juga merupakan generasi ketiga Khalifah Umar al-Khattab. Kononnya DAP yang memerintah Pulau Pinang akan meniru cara dua khalifah yang terkenal dengan keadilan dan keperihatinannya terhadap rakyat.
Lukah kedua ialah menulis semula sejarah negeri Pulau Pinang seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai sebarang sumbangan pembentukan negeri itu walaupun semua orang tahu bukan keturunan Cina yang mula-mula menerokanya.
Lukah ketiga ialah mempamerkan dirinya sentiasa menggunakan kelas ekonomi dalam penerbangan berbanding pemimpin lain walhal ramai yang telah ditipu hidup-hidup, setiap kali ke Singapura bertemu dengan pemimpin PAP beliau menggunakan penerbangan kelas business.
Pada awal pentadbirannya, Lim Guan Eng hampir setiap minggu ke Singapura kerana ingin belajar bagaimana PAP berjaya "menghalau orang Melayu" sehingga ramai yang tidak berani cakap, "kalau mengomel kena jual" seperti ugutan P Ramli dalam sebuah filemnya.
Lukah keempat ialah mahu bina terowong pesisir laut kononnya sebagai projek pembangunan DAP yang terbaik buat rakyat Pulau Pinang. Akibatnya, Lim Guan Eng terpaksa pula bertelagah dengan seorang yang amat prihatin dengan kesedaran pengguna tapi direntap pula dengan kata-kata: tidak mahu gaduh dengan orang tua.
Lukah kelima ialah kerajaan yang telus, cekap dan adil. Tetapi yang berlaku ialah kerajaan yang penikus, songlap dan amat bersifat kecinaan. Betapapun, Lim Guan Eng takut kepada anai-anai, musang dan biawak maka tidak mendiami rumah kerajaan sebaliknya menyewa rumah bangle pemilik individu.
Menang cekap Lim Guan Eng dalam mempermainkan sentiment sehingga sanggup menghadirkan diri ketika pemberian kunci kepada penduduk Kg Buah Pala yang sudah lama bersetuju dengan pihak pemaju, yakni sebelum pakatan pembangkang menang pilihan raya.
Ketika segelintir penduduk Kg Buah Pala melepaskan lembu dan ramai-ramai bantah, bayang Lim Guan Eng tidak juga nampak sebaliknya menyatakan itu adalah kesalahan kerajaan terhadulu kerana sudah jual tanah kepada salah sebuah koperasi, yang terima duit ialah kerajaan DAP.
Lagi cekap ialah khabarkan ke seluruh penjuru alam bahawa dalam tempoh tahun, DAP telah berjaya mengurangkan hutang lebih RM 600 juta. Maka ramai yang percaya, tetapi bila buka buku tiga lima, bukan bayar hutang. Yang berlaku ialah pemindahan aset Pihak Berkuasa Air kepada kerajaan persekutuan menerusi penstrukturan semula.
Kerajaan persekutuan berikan pula kepada PBA untuk terus menguruskan perkhidmatan air bersih. Tetapi, itu tidak timbul kerana politik menyelit memang sesuatu yang amat handal digunakan oleh Lim Guan Eng, kerana kaedah itu sebenarnya pendidikan politik yang beliau belajar daripada ayahnya sendiri, Lim Kit Siang.
Lukah keenam ialah meletakkan tanggungjawab kepada pemaju swasta dalam pembinaan rumah murah dan mampu milik. Kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa peranan termasuk memberikan kelulusan kerana beliau sebenarnya sedar, jika diperbanyakkan rumah murah dan mampu milik, penduduk Cina tidak akan bertambah dengan cepat dan ini merugikan kedudukan politik DAP.
Akibatnya, menerusi dasar tersembunyi yang dilakukan, lebih banyak projek rumah mewah dibuat hingga sebahagian bukit semakin bermasalah termasuk di Sungai Ara, Sungai Batu dan Bayan Lepas. Tidak usah cakap dengan Batu Feringghi ataupun Paya Terubong, memang sudah lama digondolkan walhal sayang, semuanya sudah terlewat kerana masalah juga amat banyak.
Ada sebahagian bangunan tidak dihuni kerana terlalu dekat dengan bukit seperti di Paya Terubung. Sebahagian rumah di bukit di Sungai Ara sudah jadi masalah hingga terpaksa minta kepakaran Institut Kerjaya Raya Malaysia (IKRAM) untuk mengkaji dan memberikan cadangan agar tiada cerun yang runtuh seperti berlaku di Bukit Setiawangsa ataupun Highland Tower dan Bukit Antarabangsa, yang memangnya hampir jadi trauma.
Lukah ketujuh ialah ambil tanah penduduk kampong kemudian berikan kepada sebuah syarikat bagi menubuhkan sebuah university berpengantarkan bahasa Cina sedangkan penubuhannya adalah sebagai pusat "think tank" DAP kerana parti itu menanggap melalui pelajaran orang tidak tahu niat busuknya. Akhirnya, penduduk Pondok Upih marah kerana kenapa tanah mereka dan apa perlunya sebuah university bebahasa Cina?
Lukah kelapan ialah menstrukturkan semula peniaga di tingkat 3 KOMTAR dan kemudiannya peniaga asal terpinggir. Bagaimanapun, perniagaan di KOMTAR semakin sehari semakin sejuk dan tidak mampu untuk "cover sewa dan caj perkhidmatan" menyebabkan banyak yang kosong. Kedai-kedai yang dahulunya meriah dan ramai pelanggan, kini sepi.
Lukah kesembilan ialah jual tanah kerajaan negeri walaupun tanah itu sebenarnya sudah ada perancangan untuk membina sekolah, masjid dan perumahan awam. Kerana terdesak nak duit bagi menyiapkan SPICE atau modal buat Terowong Pesisir, maka caranya juallah apa yang ada termasuk tanah di Bayan Bay dan Kampung Manggis.
Lukah kesepuluh ialah menjual sebidang tanah di Kg Manggis untuk dibangunkan hospital swasta dan hotel. Setelah ia menjadi kontroversi, maka ditawarkan pula kepada BN yang sanggup bayar ikut harga pasaran. Bila deposit dibayar, enggan pula mengeluarkan tanda setuju dan dokumen, hanya memberikan tempoh bakinya ratusan juta perlu diselesaikan dalam tempoh tiga puluh hari.
Lukah kesebelas ialah nak jadikan bahagian utara Barat Daya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang baharu kerana masih banyak tanah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri berbanding Batu Feringghi dan Teluk Kumbar. Tanah-tanah itu kemudiannya dijual berlipat ganda kepada pelabur tertentu bagi membina lebih banyak pusat hiburan, hotel pelbagai bintang dan dalam jangka masa panjang, orang Melayu akan kehilangan tanah dan pusakanya.
Lukah kedua belas ialah menahannya di ngarai yang paling dalam sehingga menyebabkan PAS perlukan tabung oksijen dengan mendesak Presiden PAS dan Mursyidul Am menyatakan pendirian lebih awal. Kesannya, berlaku paradok yang ketelaluan dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan akhirnya, paksakan pula Presiden PAS agar berusaha mendesak keputusan paradok itu dikaji semula. DAP hanya boleh terima keputusan 8 Januari 2013 dan bukannya 13 Januari 2013.
Luka ketiga belas ialah lukah yang boleh mematikan PAS sendiri apabila Nasharudin Mat Isa dipecat. Ia jelas ada "tangan-tangan ghaib" kerana Nasharudin adalah seorang pemimpin yang konsisten mempertahankan Islam, yang tentunya tidak disukai oleh DAP.
PAS benar-benar "bunuh diri" dengan pemecatan Nasharudin kerana sudah semakin nyaring kemarahan akar umbi agar parti itu keluar pakatan. Tentunya, Nasharudin mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pengundi muda, berbanding Mohamad Sabu yang hanya layak diberikan anugerah "nasi tambah" dan "badut".
Sudah muncul kumpulan yang apathy terhadap PAS tetapi mereka hanya menunggu masa dan ketika untuk melakukan "silent protest." Sebab itulah apabila seorang pemimpin PAS yakin pakatan pembangkang boleh menang 145 kerusi Dewan Rakyat, ramai yang hanya menganggap bekas Menteri Besar itu sekadar tukang beli nombor empat digit kerana harapkan special draw selepas Chap Goh Mei, nombor bertuah dan boleh beli beberapa buah kereta Camry baharu.
Lukah terakhir itu sebenarnya boleh menyebabkan PAS "bunuh diri" kerana ramai simpatinya semakin hilang keyakinan terhadap Haji Hadi, Mursyidul Am PAS, Mustapha Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesemuanya tidak lagi boleh diharapkan, kerana kesemunya lebih mendengar kata-kata DAP dan hanya mahu selamatkan Anwar Ibrahim, bukannya Islam.
Kalau nak selamatkan Islam, kenapa tidak melakukan tarbiyah ke atas Lim Guan Eng yang melakukan provokasi Kalimah Allah dan Anwar pula dengan "keselamatan Israel", LBGT dan biseksual sedangkan kesemuanya adalah bahaya kepada Islam. Bukankah PAS pernah meletakkan pendirian bahawa Israel bukan negara dan sebuah pemerintahan haram, tetapi kenapa tidak desak Anwar memohon maaf kerana telah melukakan emosi umat Islam bila mempertahankan "kedaulatan Israel"?
Bila Anwar bacakan "talkin kebebasan" kepada LBGT, PAS diam membisu. Bila Anwar tidak masukkan "negara Islam" dalam Buku Jingga, semuanya menipu "negara berkebijakan" adalah pemulanya. Maknanya, kalau begitu PAS selama ini hanyalah pegang ekor kerana kepalanya sudah rosak. Bak kata pepatah Cina, ikan akan busuk bermula dari kepala. Ertinya, memang ada sesuatu yang beres di kepala pemimpin PAS sehingga adrenalinnya kasih sayang dan cinta bertukar jadi ganas dan berdendam.
YB Datuk Ahmad Maslan - Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian halaman 22 bertarikh 10 Feb 2013 hari ini antaranya menyebut
"Bilik Gerakan PDM Barisan Nasional BOLEH dibuka di mana2. Bilik Gerakan PDM boleh diwujudkan di RUMAH KETUA CAWANGAN, menggunakan KONTENA, sewa RUMAH KEDAI atau Bangunan yg difikirkan SESUAI".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hj Razman Zakaria merupakan muka baru Pas di Lenggong, Beliau sememangnya anak Lenggong dan sekembalinya dari Lembah Kelang selepas menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan, beliau hanya mempunyai satu tujuan dan satu matlamat.
Dengan wang yang ada beliau berjaya melonjakkan nama beliau dari seorang biasa sehingga menjadi YDP Pas Lenggong dan Timbalalan Persuruh Jaya Pas Perak.
Naik dengan jalan pintas dan menidakkan anak-anak tempatan yang sudah lama berkecimpung dalam politik Pas.
Kelmarin TM menyatakan beliau bekas kakitangan Rela, tetapi maklumat lain menyatakan beliau adalah seorang pegawai kanan kastam yang berkhidmat di Kelang. Sudah tentu bertugas di bahagian pelabuhan yang menguruskan hasil eksport dan import.
Menurut sumber terbaru dari Lenggong beliau mempunyai ramai saudara mara yang merupakan penyokong Umno. Antaranya ialah Cikgu Zaidi Yusuf Ketua Penerangan Umno Bahagian Lenggong.
Razman sebenarnya di nasihatkan berhenti kerja, dan beliau adalah sama kumpulan atau geng dengan Ahmad Sarbani Mohammad Pegawai Kastam yang mati terbunuh setelah jatuh dari bangunan SPRM Kuala Lumpur.
Oleh itu tidak hairan lah Razman mampu naik begitu cepat dalam Pas Perak. Ini kerana beliau mempunyai wang dan kuasa.
Razman bukan seorang kakitangan yang cikai atau cokia, beliau merupakan seorang jutawan. wang bukan masalah bagi beliau.
Oleh kerana dendam yang teramat sangat terhadap majikan dan kerajaan maka beliau menjadi seperti Anwar Ibrahim yang bangun untuk membalas dendam.
Apakah dendam Razman?
Jom Tolak Munafik ini.
Jawapannya tedapat dalam baris-baris ayat di atas.
Sifir mudah menang Parlimen Lenggong,Putrajaya milik Pakatan Rakyat. Jom penduduk Lenggong,bawa orang Felda sekali untuk mendengar untuk faham.Seterusnya boleh berfikir dan akhirnya buat perubahan. Satu orang satu undi.
Pas Lenggong sudah lama bercita-cita untuk menguasai kerusi Parlimen Lenggong dan dua kerusi Dun.
Persoalannya apakah pengundi Lenggong mahukan seorang munafik sebagai wakil rakyat mereka, TM merasakan semua orang Lenggong kenal siapa Razman Zakaria.
Dahulunya dia seorang kaki tangan kerajaan yang berkhidmat dengan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia tetapi berhenti secara tiba-tiba.
Kini kerana ketandusan pucuk pimpinan dalam parti Pas, Razman dipilih sebagai YDP Pas Lenggong.
Adakah akar umbi dalam Pas mengenal beliau secara dekat? Pernah kah ahli Pas bertanya kenapa beliau berhenti daripada menjadi kaki tangan awam ( KASTAM) yang menerima gaji lumayan setiap bulan.
Nizar Jamaludin dalam ceramahnya menyatakan Pas akan membentuk sebuah pentadbiran yang bebas rasuah. Cuba Nizar bertanya kepada Razmah adakah beliau bebas dari rasuah?
Wong Tack menyembah dan tunduk 90 darjah mohon maaf kena takut di sumbat dalam penjara. Beliau berbuat demikian kelmarin dalam satu ceramah Dap di Kuantan .
Wong Tack yang sebelum ini bukan main samseng bila bercakap tentang Lynas.
Pada 6 Februari lalu Polis Kuantan mengeluarkan kenyataan untuk mengambil keterangan mengenai ugutan beliau untuk membakar kilang Lynas telah menyebabkan beliau tarik hand brake dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai ugutan tersebut.
Kuala Nerus - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.
Inilah yang dikatakan munafik, depa buat dajal kepada bendera BN tak apa, kalau orang buat kat depa riuh seantero dunia sampai buat repot polis.
Paling best ialah Pas menuduh ia kerja syaitan dan ditujukan kepada pemuda Umno yang kononnya telah dikenal pasti sebagai syaitan.
Bersabar saja lah,,dulu hangpa suka buat dajal kepada harta benda Umno dan Bn.
Pernah satu ketika dahulu dalam pilihan raya tahun 90an di Kampung Sungai Ara Batu Kurau Perak, semua jenis bahan kempen milik BN dibuang oleh Pas kampung tersebut. Pasang lah apa benda pun, esok bila buat rondaan dan pemantauan semuanya benda hilang.
Bila pemuda-pemuda Umno mengintip tengah-tengah malam, rupa-rupanya pemuda-pemuda syaitan Pas kampung tersebut yang buat dajal, semua bahan-bahan kempen direntap, dikait dan dicabut dengan penuh kebencian dan di sumbat ke dalam kereta dan dibawa ke markas mereka untuk di sorok atau dilupuskan.
Terlalu banyak kalau nak diceritakan kisah kerja jahat setan-setan Pas ini. Yang paling menyedihkan yang buat kerja tersebut memakai serban atau sekurang-kurang kopiah putih berlambang bulan di kiri kanan.
POSTER PERDANA MENTERI DIKECUALIKAN DARI SEBARANG BAYARAN
MANGKOK NI KENA BAYAR SEBAB TAK ADA APA-APA SUMBANGAN KEPADA PBT
Heboh satu Taiping puak-puak lebai kera dok mengutuk Banner YAB Dato Seri Najib yang tidak mempunyai cop bayaran hasil kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT).
Lebai Kera menuduh banner Najib sebagai banner haram. Mereka memuji banner Nga Kor Ming yang menjelaskan hasil atau cukai kepada MPT oleh itu banner Nga dianggap banner halal.
Lebai kera lupa bahawa semasa 11 bulan pemerintahan Dap, Nga juga menggantung bannernya tanpa membayar satu sen pun. kenapa puak-puak lebai kera tak bising ketika itu.
Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.
PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.
Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.
Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.
Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.
Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.
Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.
Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.
Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.
Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.
Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.
Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.
Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.
Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.
Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.
Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu.
Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963.
Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR, Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi 'deposit undi' bagi Barisan Nasional untuk sekian lama.
Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial 'Sabah Untuk Sabah' yang agak keterlaluan, namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung.
Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha.
Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia.
Bagi rakyat Sabah, USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO.
Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu.
Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah.
Tangapan mereke meleset sama sekali kerana PKR, Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah.
Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia.
BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan.
Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan.
Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya.
Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti.
Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad.
Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim.
Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu, kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut.
Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi Pakatan Rakyat di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu.
Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja.
Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011, beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Hakikatnya Anwat telah 'dimain' oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee.
Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR, Pas dan Dap menjadi 'abang long' kepada parti-parti tempatan.
Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah.
Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13.
Antara faktor yang menyebabkan harga rumah di Selangor melambung tinggi ialah kenaikan harga pasir di negeri itu.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebelum pakatan pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan Selangor harga pasir satu lori 30 tan ialah RM300 namun Kumpulan Semesta Sdn Bhd harganya meningkat kepada RM800 satu lori 30 tan sejak perniagaan pasir dimonopoli oleh anak syarikat kerajaan negeri, .
"Bila pasir mahal harga rumah menjadi mahal. Oleh kerana bekalan air di Selangor hanya mencukupi untuk kegunaan semasa, pembinaan rumah-rumah baharu tidak dapat dilaksanakan bagi menampung peningkatan permintaan dan ini boleh menyebabkan harga rumah melambung.
"Oleh kerana itu, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek mitigasi bekalan air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta dan pada tahun lepas sebuah loji air baharu di Sungai Labu siap dibina dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan," katanya semasa Debat Jom Tolak Pakatan Rakyat yang turut disertai Penaung Waris Malaya Senator Mohd Ezam Mohd Noor di Alam Megah di sini anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan malam tadi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menjelaskan, Kerajaan Pusat telah meluluskan bantuan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk mengatasi masalah air di Selangor.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan harga rumah di Selangor adalah kerana permintaan hartanah yang tinggi daripada kalangan pelabur biarpun harga tanah semakin meningkat.
Mohd Ezam pula berkata pengundi perlu terus menyokong pemerintahan BN dalam pilihan raya umum ke-13 bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia yang mempertahankan pendirian berkecualinya daripada pengaruh kuasa-kuasa besar dan dihormati oleh negara-negara membangun.
"Malaysia bukanlah sebuah negara kecil walaupun saiznya kecil dan telah mendapat penghormatan dan kepercayaan negara-negara lain seperti dunia Arab dalam pembangunan kewangan Islam, bahkan Kerajaan Filipina dan Bangsa Moro yakin kepada Malaysia sebagai orang tengah dalam perjanjian damai di antara kedua-dua pihak," katanya.
Katanya memang BN bukan sebuah parti yang sempurna dan perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa tetapi ia masih teguh dalam perjuangannya mempertahankan bangsa dan agama berbanding sesetengah pemimpin pembangkang yang sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan agama untuk kepentingan politik.
Mohd Ezam berkata antara faktor beliau tidak mahu berdebat dengan pemimpin pembangkang sebab sesetengah mereka tidak bertanggungjawab kerana mempolitikkan isu-isu yang sepatutnya bebas daripada politik seperti pendidikan dan air selain daripada sanggup memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.
Akibat terlalu percaya dengan amanat hadi awang Cikgu Non Alafghani seorang pejuang di Afghan dan Kashmir, bekas penyokong totok PAS, akhirnya berbalah dengan bapanya dengan fahaman seperti yang didakwa oleh HADI menyebabkan dia mengatakan bapanya seorang Kafir kerana merupakan penyokong UMNO
Bapanya juga mempersoalkan betapa dia dan ibunya juga menjalankan ibadat sebagaimana dia lakukan, tetapi beliau atas Fahaman Hadi semua yang menyokong UMNO itu kafir maka terus mengatakan bapanya juga kafir
Lebih menyedihkan dan menakutkan dia bila kini bapanya yang juga telah kerahmatullah, meninggal dunia tanpa dia memohon maaf dengan bapanya, kesedihan ini juga membuatkan dia juga menerbitkan senaskah karya yang dibukukannya sebagai KAFIRKAH AKU yang kini diterbitkannya sendiri
Dato Zulkifli Nordin juga mengingatkan betapa telah Rasullullah telah mengingatkan kepada umatnya supaya jangan sesuka hati megafirkan umat islam yang lain kerana jika salah maka kembalikan Kafir itu kepada yang menuduh, Patutlah cikgu Non rasa begitu kesal kerana terpengaruh dengan Hadi Awang yang menyebabkan umat Islam berpecah... Nauzubillahiminzalik...
MEMANG PELIK! Negeri yang diperintah oleh Tuan Guru yang satu ketika dulu dengan samaran sebagai Serambi Mekah nampaknya hari nie tercalar bila tangkapan dan rampasan ubat-ubat kuat seks tiruan yang dirampas semalam. ubat-ubat tiruan ini rupanya dijual berleluasa di Kelantan,
Pelik benor yop! Macamana pulak menatang barang kuat nie laris di pasaran gelap Kelatan? Banyak pulak permintaannya mengalahkan negeri si Khalid gaygap yang popular kini sebagai darul urut oleh pemerintahannya.
Barang yang dirampas oleh Penguasa Perubatan yang disorokan dalam satu permis yang telah disiasat ini juga merupakan barang tiruan yang membolehkan penggunannya membolehkan mudarat kepada penggunanya. Sakit jantung dan boleh membawa maut kepada penggunanya.
Ubat Kuat peransang seks nie nampaknya begitu tinggi permintaannya, berdasarkan nilai rampasan yang bernilai lebih RM 15 ribu ringgit ini nampaknya sudah sedia ada penggunannya yang menunggu. Persoalannya kenapa dikelantan, banyak sangatkah rumah urut atau sarang pelacuran yang belum kita ketahui ataupun didedahkan? bukahkah negeri ini juga berjiran dengan negara yang menjadi syurga pelacuran yang hanya di pisahkan oleh sebatang sungai jer?
Sebelum ini juga bila ada siri pendedahan tentang rumah Pelacuran yang tak berapa jauh dari Pejabat Menteri besar jugak kecoh bila blog-blog pernah memaparkan beberapa gambar sarang pelacuran tersebut, pendedahan Blogger Kick That fella yang menjadikan Kelatan menjadi kelam kabut bila baru menyedarinya... guano jadi lagu nie, nanyo kawe....
Iklan nie juga yang buat Penang dibawah pemerintahan rejim nampaknya meraban, di Perak pulak tentunya si meroyan lambei tak lelap tido bila tuan besar dema nampaknya bila Iklan ie yang makin disukai ramai, jadi mau tak mau dema mula mengutuk iklan nie yang tak peronah terpikir kan dema sebelum nie nak buat
Rakyat juga didedahkan dengan pelbagai Iklan yang berupa mengutuk bila paling memualkan bila pemimpin dema juga nak berGANAM sial dengan berupa penghinaan serta fitnah yang dibuat oleh roket dan kuncunya, iklan-iklan yang dipopularkan oleh dema sendiri dengan pelbagai tizzer yang berupa mengutuk dan fitnah yang menunjukan betapa busuknya hati dema sebenarnya
KERJA HARAM REJIM DAP PENANG...
Iklan nie pun sebenarnya mengejutkan teman bila tengok kali pertama di TV. Nampaknya terutama cai PAS ataupun sebagai yang kita tau sangat sebagai lembu kepada pakatan roket nampaknya akan jadikan modal untuk menghentam dalam ceramah dengan kebiasaannya mencacai, memaki dan fitnah yang telahpun menjadi darah daging dema
Macamana pun teman nak ucap tahniah kepada iklan nie, kita juga sebelum ini juga tahu seranga pertama bila di pulau pinang kerajaan rejim DAP yang telah mengarahkan supaya MPSP menurunkan bunting gambar DS Najib sempena sambutan Tahun Baru Cina khas untuk rakyat Malaysia (KLIK) disini kita dah dapat gambarkan betapa busuk perotnya dema pada seseorang... hehehe Si Niza Meroyang makin kuat ler guling peringnya dia dalam ceramah, lagi pun bukan senang nak tengok si malap cina meroyan nie merah muka bila berceramah... hilang paritnya nanti, ater bila pulak asal kampar yang hilang rawonya dan timbul parit pulak kekeke... agak-agak ler kalau nak nunjuk sangat macam orang kampungnyer yop... dema bukan macam miker yang cerodik buah perhh leee yorrr....
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PRU13: UMNO LAWAN DAP... BENARKAH KITA SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA?...
Umno, Pas adalah dua parti politik terbesar yang mewakili kaum melayu di negara ini. Perjuangannya hampir serupa dimana Umno lebih menekankan kepada perjuangan bangsa manakala pas pula lebih kepada islam. Seperti kita maklum bangsa Melayu adalah majoriti beragama islam di negara ini. Dengan kata lain Umno dan Pas adalah parti yang bertanggongjawab maju mundurnya Melayu dan juga islam di negara ini.
Dari dulu hinggalah sekarang negera ini ditadbir oleh Umno. Sudah lebih 6otahun Umno bergelombang dengan masalah menjaga rakyat juga negara supaya aman. Ternyata Umno berjaya merealisasikan impian tersebut seperti apa yang kita lihat pada hari ini Malaysia aman dan rakyat bahagia sekali berbanding dengan negara2 jiran lain.
Rakyat rata2 berpuas hati yang menjadi masalah besarnya pemimpin2 yang gila kuasa. Sebahagian besarnya mereka berada dibarisan belakang kerajaan yang mewakili pembangkang. Mereka2 ini sesetengahnya terlalu rakus sehingga sanggup mereka lakukan apa sahaja demi memenuhi cita2 mereka. Mereka bertindak cara halus, berketerampilan baik2 seolah mereka tiada cacat celanya apabila diberi tanggongjawab mentadbir negara nanti mereka lebih baik dari kerajaan yang sedia ada sekarang.
Kalau Umno membentuk kerajaan bersama komponen BN, manakala Pas pula jika diberi mandat mereka membentuk kerajaan bersama gabungannya bersama PR. Bolehkah Pas dalam PR menjalankan tanggongjawab terhadap islam disamping menjaga agama2 lain seperti Umno dalam BN?.Walaupun dikatakan Umno itu berjuang untuk melayu dan Pas itu sendiri berjuang untok islam?.Pas dibenar bertanding dalam pakatan mereka tidak lebih 65 kerusi, disampaing PKR dan DAP yang berjumlah keseluruhan 222 kerusi untok membentuk kerajaan.
Apa peranan pas sebenarnya dalam PR, setelah kita tahu pas itu sendiri sdh tdk dapat menguasai PR(65kerusi) yang diberi tugas mewakili orang islam di negara ini?Pas juga seperti kita tahu kini sebuah parti paling banyak kerenah dalaman. Perkara asas tentang islam pun sdh mcm2 perbezaan pendapat yang akhirnya berpecah dikalangan pemimpin mereka, dimana Hasan Ali, dimana Ustaz Nasharuddin?...Skrg bukan kita mahu persoalkan Pas itu berjuang menegak islam lagi soalnya skrg benarkah landasan perjuangan pas itu sendiri mengikut islam?
Tidak penting bagi kita untok mengetahui siapa yang menghayut pas sehingga tidak tentu hala tuju yang lebih penting bagi kita siapa yang mendayung pas skrg sehinggakan menjadikan pas skrg begitu teruk berbanding dgn parti lain yang dikatakan tidak islam. Kita bercakap tentang pas skrg tdk seperti dulu lagi bkn ats kontek islam, kita bercakap tentang pas skrg ats kontek sebagai perusak terhadap islam dan juga melayu itu sdri.
PRU13 adalah bermula sebagai penentu nasib melayu di negara ini. Kesilapan kita memilih kerajaan makanya padah yang amat dasyat akan diterima oleh kaum melayu juga islam. Pada masa itu tiada lagi kedengaran suara2 pejuang2 melayu juga islam seperti DS Najib, Muhyiddin, Hadi juga Nik Aziz!!! yang ada kedengaran suara2 kesinambungan pejuang2 PAP di Singapura di negara ini iaitu Karpal Singh, LKS dan LGE... Melalui pakatan bersama PR, DAP berjaya berkuasa dan memrintah negara ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkin merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional yang telah pasti dalam Pilihan Raya Umum 2013 selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri satu perjumpaan dengan penduduk Putrajaya semalam.
Ketika berucap dihadapan 2500 orang penduduk Putrajaya, Mohd Najib yang juga merupakan Perdana Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan Tengku Adnan bagai mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.
Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya.
Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya pada 2004 dengan menumpaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman bin Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya ialah sebanyak 5,079. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi. Tengku Adnan mendapat 4086 undi. Pada 2008, tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas. Calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1304 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4038 undi.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Mohamad Hishamuddin Yahaya, ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada Tengku Adnan atas pemilihan semula sebagai calon.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib yang mengambil inisiatif mengumum awal calon Putrajaya.
"Ini memudahkan jentera parti berkempen menjelang pilihan raya umum akan datang dan juga menjawab pertanyaan para pengundi Putrajaya mengenai siapa bakal calon BN di kawasan ini pada pilihan raya akan datang."
Kain rentang yang tertera gambar Perdana Menteri sempena ucapan Selamat Tahun Baharu Cina yang dipasang sekitar Pulau Pinang sebelum diturunkan .
Kalau dibaca komen-komen yang terpapar di facebook, twitter atau apa sahaja laman sosial waktu ini, akan tertera ayat- ayat sebegini: "... apa ni pembgkag (pembangkang), wat (buat) ni salah, wat (buat) tu salah, kalau tak nak (kerajaan yang ada), jgn (jangan) pangkah sudahlah."
Itu antara luahan yang boleh dibaca apabila melayari laman-laman sosial pada waktu ini. Memang sekarang masa pembangkang menidakkan segala kebenaran. Apa sahaja yang dibuat kerajaan semua tak kena.
Bercakap mengenai perkara ini, pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali menarik perhatian mengenai tindak tanduk 'pelik' kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina yang dirancang dianjurkan Barisan Nasional (BN) negeri itu pada 11 Februari ini.
"Dalam mana-mana sambutan perayaan kaum, tidak sepatutnya elemen atau sentimen ideopolitik dicampur- adukkan.
" Ini semacam satu perjuangan taksub untuk memastikan sokongan terhadap DAP sentiasa berada dalam minda seseorang," kata beliau kepada akhbar ini semalam.
Guan Eng, kata beliau, sebenarnya 'terperanjat' kerana sepatutnya sambutan Tahun Baharu Cina itu dianjurkan DAP tetapi BN pula yang menjadi tuan rumahnya.
Beliau juga menarik perhatian bagaimana di Bandar Baru Bangi ketika ini boleh disaksikan bendera-bendera dan sepanduk Pas dan UMNO berkibaran tanpa sebarang sekatan.
Kata Mohd. Fuad: "Kain rentang BN yang tertera ucapan sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang itu biarlah digantung.
" Kalau diturunkan, nampak sangat tak dihormati. Tak ada demokrasi. Takkan pengikut tegar DAP yang setia parti itu boleh berubah pendirian sekelip mata hanya semata-mata tengok kain rentang itu.
"Tapi yang saya terfikir di sini, Guan Eng resah gelisah takut usaha DAP nak kekal di Pulau Pinang semakin tergugat pada pilihan raya umum nanti."
Senada dengan beliau ialah Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan yang turut perasan akan elemen yang tidak kena ini.
"Saya lebih suka meminjam ungkapan daripada tokoh pejuang gerakan kemerdekaan India, Mohandas K. Gandhi.
"Katanya: "Modal bukanlah kejahatan, ia baru akan menjadi kejahatan kalau disalahgunakan," kata beliau kepada akhbar ini semalam.
Makna peribahasa itu, kata Ramanan, cukup mendalam kalau direnung dengan terjadinya isu-isu muktahir yang seakan-akan tidak menggambarkan keperibadian majoriti rakyat Malaysia yang berbudi pekerti.
"Dalam isu turunkan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri ini, walau apa pun alasannya, tindakan itu adalah biadap dan melambangkan keangkuhan kerajaan negeri pimpinan DAP.
"Saya sendiri mempunyai ramai kenalan daripada kaum Cina. Mereka cukup hairan dan pelik dengan perbuatan tak wajar ini... setakat nak beri ucapan perayaan, apatah lagi beliau seorang Perdana Menteri... sampai sanggup turunkan kain rentang itu. Inilah akibatnya sengaja nak tunjuk kuasa tidak bertempat," katanya.
Seperkara lagi, kata Ramanan, tindakan Guan Eng menyeru orang ramai yang mahu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu supaya memakai baju kuning, merah atau hijau - jelas memperlihatkan sikap 'busuk hati' parti terbabit.
"Bukankah sepatutnya Guan Eng dengan rasa rendah diri bersama-sama Perdana Menteri meraikan majlis rumah terbuka itu.
"Cuba ambil contoh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup berlapang dada ada ketikanya menyertai Perdana Menteri yang turun ke Kota Bharu.
"Bagaimanapun, saya masih tidak boleh lupa sikap keterbukaan seorang wakil rakyat pembangkang di satu kawasan Dewan Undangan Negeri di Selangor. Dalam satu majlis anjuran BN bertemu rakyat, dia tiba-tiba muncul dan duduk di kerusi yang disediakan sambil tersenyum menyatakan "saya ADUN kawasan ini, jadi saya anggap ini juga majlis saya," katanya.
Bagi Ramanan sendiri, dengan perilaku-perilaku sebegini yang ditunjukkan Guan Eng, membuatkannya terfikir - DAP tidak sesuai untuk kaum India bergantung harap.
"Antara perkara yang mungkin 'kecil' untuk sesetengah orang tetapi bagi kami kaum India cukup besar maknanya ialah kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memasukkan sambutan Ponggal dan Thaipusam dalam kalendar peristiwa penting tahun ini.
"Tindakan mengetepikan dua perayaan itu samalah seperti tidak mengiktiraf tradisi, agama dan budaya masyarakat India," katanya sambil merujuk Ponggal, atau perayaan menuai disambut pada 15 Januari manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Januari.
Bagi Ramanan, jika dilihat gelagat pelik Guan Eng dalam isu sambutan Tahun Baharu Cina anjuran BN itu, beliau percaya, mana-mana rakyat yang berkehendakkan kebebasan demokrasi dihormati serta tidak mencampur adukkan politik dalam budaya atau perayaan kaum, akan merasakan mereka tidak sesuai berada dalam DAP.
"Anda mungkin sering membohongi orang, bahkan sebahagian orang yang selalu mudah anda bohongi. Tetapi anda tidak akan boleh selalu membohongi semua orang," katanya merujuk kata-kata keramat bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln.
Ab. Manap Sahardin (tengah) bersama sebahagian ahli NGO bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ketika ditemuramah mengenai kempen Barisan Nasional di Selangor, baru-baru ini.
Yang paling dibimbangi oleh Ab. Manap Sahardin, penasihat sebuah NGO, 'Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia' (GASSM) bukan kerana kedudukan politik terkini tanah air. Tetapi yang menjadikan 'senak perut' ialah gelagat atau tindak tanduk 'pencacai-pencacai' politik yang sedang dan akan duduk di warung kopi atau coffee house sambil menyuarakan perasaan yang 'membelenggu' mereka - tak puas hati tidak terpilih sebagai calon PRU-13.
Kepada Ab. Manap, 68, serta 1,000 ahli NGO itu yang bertebaran di merata negeri ketika ini - pakatan pembangkang tidaklah 'sekuat' mana. Dan hakikatnya tidak lagi seperti 2008.
"Cuba perhatikan dua tahun sebelum pilihan raya 2008, waktu itu sudah diagih- agihkan lambang-lambang serta sepanduk. Semasa itu banyak pelekat pembangkang tertampal di cermin-cermin kereta orang awam. Tapi dalam suasana berbahang PRU-13 ini tak ternampak ini semua, walaupun ketika itu (2008) pembangkang tidak menang, tetap bertebaran pelekat parti mereka.
"Kali ini? Majoriti rakyat nampaknya sudah bersedia membuat penilaian yang tepat," ujar beliau kepada saya semasa pertemuan di Bandar Baru Bangi, kelmarin.
Ab. Manap, bukanlah orang baru dalam politik. Sepak terajang politik biasa baginya.
Bisiknya: "Saya ni datang dari dua 'universiti politik', pertama semasa dalam parti Semangat 46 dan kedua, Parti Keadilan. Namun, saya tidak menyesal sertai pembangkang (dulu), tetapi amat-amat kesal jika tak keluar tinggalkan pembangkang," kata beliau lagi.''
Pada pilihan raya umum 2004, Ab. Manap bertanding atas tiket Keadilan dalam persaingan kerusi Parlimen Telok Kemang. Tetapi tewas kepada calon BN. Namun, waktu itu dia tetap berpuas hati kerana masih dapat beri tentangan hebat - dengan mengaut 17,000 undi.
"Sudah dua tahun GASSM yang diketuai saudara Dahlan Marsono ini bergerak di peringkat bawah. Sepanjang waktu duduk dalam Keadilan dulu, saya banyak lakukan dosa, putarbelitkan fakta tentang kerajaan serta menyambung-nyambung fitnah.
"Sebab itu saya nak tebus ini semua seperti yang saya katakan tadi, jika ada pencacai politik, tidak kiralah daripada pihak mana - pembangkang atau kerajaan pun - ...yang cuba bersembang di warung kopi memburukkan calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan BN, maka salah satu peranan saya dan anak-anak buah saya ialah menumpulkan atau menjadikan lidah mereka kelu supaya tidak lagi bercakap soal itu.
"Saya percaya inilah yang dibimbangi pucuk pimpinan kerajaan yang mungkin setiap kali terjaga dari tidur pagi seandainya calon-calon yang dipilih nanti tak mendapat sokongan orang sendiri," katanya sambil memberitahu NGOnya beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam.
Menfokuskan strategi menggerakkan jentera NGOnya demi mengembalikan Selangor ke pangkuan BN, Ab. Manap yang juga bekas tentera menjelaskan, dia cukup 'masak' dan 'kenal benar' perangai orang PKR.
"Pembangkang ketika ini cuba wujudkan jentera pilihan raya tapi tak kelihatan pun. Dalam mesyuarat cabang-cabang mereka nak kumpulkan satu dua orang pun susah. Kalau anda ke Sepang, Salak Tinggi atau Sabak Bernam walaupun dalam cabang-cabang berlainan, senarionya tetap sama.
"Dari segi keahlian PKR pun, dah banyak orang mereka 'menyeberang' ke sini (BN), iaitu lebih tiga suku tinggalkan parti. Anwar gunakan isu mata lebamnya pada 2008 untuk raih 'simpati' rakyat. Itu bukan kemenangan mutlak, cuma menang tipis. Kalau nak katakan 'tsunami politik', mengapa tak berlaku ke seluruh negara," katanya.
Beliau menarik perhatian, berdasarkan pemantauan turun padang pihaknya terutama di sekitar Sepang, sambutan ketika ceramah pembangkang (PKR) cukup menyedihkan.
Dicanang 10,000 orang akan hadir, tapi tak sampai 400 orang. Ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim turun ke Bukit Changgang, Dengkil kira-kira dua bulan lepas, hanya kelibat kira-kira 300 orang yang nampak dengan dicanangkan tak putus-putus 'kami mahu ambil Putrajaya'.
Bagi Ab. Manap, beliau dan NGOnya tidak yakin orang Cina akan melakukan 'perubahan' besar dengan memilih pembangkang.
"Kita tak boleh istilahkan Cina itu DAP, DAP itu Cina. Yang kami nampak kaum Cina agak terbuka. Ramai kalangan mereka juga yang tidak bersetuju dengan DAP,pengundi Cina tak ada masalah, saya tak jumpa yang betul-betul ekstremis tetapi yang berumur 40 tahun ke atas semasa ini memandang Datuk Seri Najib terbaik buat mereka.
"Kerana itu kami mencari-cari si pencacai yang cuba mengganggu-gugat kedudukan BN yang saya kira semakin menyerlah di mata rakyat ketika ini, 'pencarian' ini akan lebih agresif sebaik sahaja senarai calon diumumkan. Apa yang si bapa buat tentulah untuk kebaikan yang tak semestinya anak mesti tahu, siapa yang dipilih oleh beliau (Najib) tentulah yang terbaik untuk parti," katanya.
Menurut Ab. Manap lagi, banyak kejayaan diperoleh pihaknya dalam tempoh dua tahun ini untuk memberi kefahaman kepada kalangan mereka yang berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun.
"Kita bukan sahaja dapat timbulkan kayu-kayu tetapi batu pun dah mula muncul. Ini setelah diberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar fitnah atau tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan waktu ini. Sebagai contoh, kalau kami jemput tujuh orang, yang datang 25 orang. Dari sekecil- kecil majlis, seramai-ramai orang hadir. Ketika bendera pembangkang tak naik, bendera BN pula tak terusik. Dan ramai semakin berani letakkan di rumah," katanya.
Sebagai orang lama dan orang tua kepada anak-anak muda negara ini, Ab. Manap sempat berpesan: "Kenanglah pohon rendang orang nak berteduh ini, ini pohon yang sudah wujud lebih 50 tahun. Kalau tengok dua atau tiga daunnya kuning, kenapa perlu ditebang. Kalau nak dibetulkan sikit yang pincang, buat apa nak dimusnahkan seluruh perjuangan. Dan kalau tanam pokok yang sama, tak mungkin pokok baru boleh hidup macam pokok lama." -UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gadis ini tidak menyangka kesuciannya diragut sepupunya yang dianggapnya alim dan kuat pegangan agama.
Disebabkan percayakan sepupu yang rapat sejak kecil, Qeeya, 16, tiada masalah melepak di bilik lelaki itu sambil menonton filem di komputer riba ketika menumpang di rumah ibu saudaranya, setahun lalu.
"Saya mengenalinya sebagai orang baik dan mempunyai pegangan agama kuat. Mustahil dia melakukan perkara sedemikian terhadap saya, malah dia juga bertunang.
"Tepat sekali amaran dalam agama menghalang lelaki dan perempuan bukan mahram berdua-duaan, kerana 'orang' ketiga adalah syaitan.
"Dia memperkosa saya ketika ibu bapanya tidur di bilik mereka," katanya.
Bercerita lanjut, Qeeya berkata, sepupunya pada mulanya mengajak untuk 'bermain'.
Bagaimanapun, dia tidak mengendahkan gurauan itu kerana tidak terfikir sepupunya sanggup melakukan perkara terkutuk berkenaan di rumahnya.
"Terkejut juga dia berkata ingin 'bermain', sedangkan ibunya berada berhampiran. Saya mengabaikan dan menyambung menonton video di komputer riba yang berada dalam biliknya.
"Tidak lama kemudian dia kunci pintu bilik dan terus merogol saya. Puas saya meronta-ronta melepaskan diri, tapi tenaga lelakinya membuatkan saya gagal.
"Lebih menyakitkan hati, dia memutar belit cerita mendakwa saya menggoda dan memaksa mengadakan hubungan, tambahan pula saya berada dalam biliknya," katanya.
Malu dengan kejadian itu, Qeeya melarikan diri kerana takut perkara itu sampai ke pengetahuan keluarga sebelum mendapatkan perlindungan di Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, Sabak Bernam. -HM
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kumpulan Mymassadari seluruh negara mengucapkan Gong Xi Fa Cai khususnya kepada semua pembaca masyarakat Buddha di Malaysia. Kepada masyarakat Malaysia yang berkongsi meraikan kenalan mereka, mymassa berharap nikmatilah kegembiraan ini yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin negara kita bermula dari zaman Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini Dato' Sri Najib tun Abd. Razak. Kami masih beroperasi seperti biasa dalam tempoh dua hari bercuti ini secara perlahan , namun berita-berita eksklusif akan disampaikan dengan kadar segera untuk tatapan anda. Gong Xi Fa Cai.
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Bank Dunia melalui laporannya dalam World Bank's Doing Business Report 2011-2012 telah memperakui Malaysia merupakan negara nombor satu yang paling mudah untuk peniaga mendapatkan pembiayaan perniagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia itu adalah berdasarkan kepada perbandingan antara 183 negara mengenai akses kepada kredit.
Ujar beliau, apa yang lebih membanggakan kedudukan tersebut bukan setakat satu tahun malah untuk lima tahun berturut-turut seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2011-2012.
"Kedudukan yang dicapai ini menunjukkan kerajaan sebenarnya berjaya menyediakan prasarana dan kemudahan pembiayaan terbaik dan berkelas dunia.
"Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) adalah salah satu contoh bagaimana kewujudannya sejak 1998 berjaya memberi manfaat kepada 250,000 usahawan negara ini terutama usahawan PKS," katanya.
Beliau berucap merasmikan Konvensyen Usahawan TEKUN dan Ekspo Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel dan Pengarah Urusan TEKUN Nasional, Datuk Rahim Hassan.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang kepada 16 usahawan TEKUN di seluruh negara.
Najib dalam ucapannya juga menyentuh mengenai kejayaan TEKUN bukan sahaja memberi faedah kepada 250,000 usahawan malah ahli keluarga serta pekerja turut mendapat faedah hasil aktiviti ekonomi para usahawan TEKUN terbabit.
"Ini merupakan satu kejayaan besar yang lahir daripada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jangan orang hendak salahkan UMNO dan BN atas segala-galanya.
"Sebenarnya inilah bukti kejayaan, jasa dan pertolongan yang kita berikan kepada 250,000 usahawan PKS seluruh negara. Jika perkara ini dihitung betapa besarnya jasa UMNO dan BN kepada rakyat," katanya.
Secara sinis beliau berkata, pihak lain hanya boleh bercakap namun apa jasa mereka dan ke mana janji mereka, berbanding UMNO dan BN, setiap janji untuk bantu rakyat telah ditepati.
"Semua rakyat kita bantu termasuk penyokong-penyokong parti pembangkang walaupun jumlahnya kecil. Kita mengamalkan keadilan dan inklusif," katanya.
Selain banyak membantu usahawan PKS, Najib berkata, kewujudan TEKUN juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara langsung.
"Pada masa ini sumbangan PKS kepada pertumbuhan ekonomi negara adalah sebanyak 32.5 peratus dan kita sasarkan sumbangannya boleh mencecah 41 peratus pada 2020," ujarnya.
Menyorot sejarah kemasukan kaum Cina ketika era perlombongan bijih timah di Perak, turut membawa kita kepada sejarah kongsi gelap atau jenayah tersusun. Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka).
Antara objektif kongsi-kongsi gelap ini adalah menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran. Keadaan menjadi begitu buruk kerana pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan kakitangan kehakiman juga tidak mencukupi bagi menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.
Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.
Selepas tahun 1867, beberapa langkah telah diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap ini antaranya:
a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.
b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka. c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina. d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.
Di bawah ordinan darurat 5/69 sebelum ini, pesalah jenayah dan kongsi gelap boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun Atau Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.
Mereka yang tertangkap pula akan berakhir di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Muar dan Machang.
Memahami sejarah pesalah tertangkap di bawah Akta yang disebut di atas, maka kita merasa cukup musykil akan kesungguhan Pembangkang yang memperjuangkan agar Akta-akta ini dihapuskan.
Malah, pembangkang juga seolah-olah 'meraikan' pembebasan tahanan Simpang Renggam setelah Akta tersebut dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Seramai 2,664 pesalah dibawah akta itu telah mula dibebaskan secara berperingkat sejak tahun 2010 yang kebanyakannya ialah kaum Cina dan India. Pembebasan ini diterima oleh rakyat dengan rasa gelisah dan bimbang.
Ternyata kebimbangan orang ramai adalah berasas sekali gus, menunjukkan yang kemusykilan terhadap motif pembangkang juga tepat apabila hanya sebulan kemudian, kita mula membaca berita bagaimana seorang bekas tahanan Simpang Renggam dibunuh, bermotifkan dendam jenayah lama.
Tiga bulan kemudian dilaporkann lima bekas tahanan melakukan tiga lagi kes samun.
Di masa yang sama, kes-kes samun, ragut, rompak, bunuh yang berkaitan Along juga terus meningkat sejajar dengan peningkatan rumah urut dan pusat-pusat maksiat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang. Kesemua jenayah ini adalah berkaitan dan berangkai antara satu sama lain serta bergerak secara tersusun yang menjadikan ia sukar untuk dibuktikan atau dibendung.
Sememangnya kaum Cina sendiri tidak dapat menafikan bahawa kongsi gelap sudah menjadi 'budaya' masyarakat mereka. Kerana itu, kita melihat akhir-akhir ini sudah ada protes secara terang-terangan dari kaum itu yang menuduh DAP sebagai dalang kongsi gelap, pelacuran, along dan sebagainya.
Jelas bahawa sudah semakin ramai kaum Cina sendiri yang mula gusar sekiranya DAP berjaya mengambil alih negara melalui Pakatan Rakyat, dan menyebabkan samseng dan kongsi gelap semakin bermaharajalela. Kegusaran mereka difahamkan ada kena mengena dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku dalam jangka masa hanya dua hari sahaja sejak 6 Februari lalu.
Hakikatnya, hubungan DAP dengan kongsi gelap sudah menjadi rahsia umum, di mana semua orang mengesyakinya tetapi tidak dapat mengesahkannya. Namun, malangnya, terdapat juga di kalangan kita yang memandang remeh hubungan ini atau yang dengan sengaja memejamkan mata kerana pentingkan diri atau mungkin juga kerana bebal atau jahil.
Hari ini, PR / DAP telah 'berjaya membebaskan' tahanan Simpang Renggam, dan kadar jenayah pun meningkat serta-merta. Bayangkan, entah siapa lagi yang akan mereka bebaskan jika mereka ditakdirkan berkuasa, dan kadar jenayah juga pastinya akan meningkat berkali ganda.
Tahun 2013 sudah pasti akan berlangsungnya PRU 13. Berbeza dengan tahun lepas, ramalan demi ramalan dibuat untuk membaca apa yang ada dalam kotak pemikiran YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Ada tekaan mengatakan Jun, ada yang meneka selepas Syawal, ada juga yang meneka Najib akan biarkan sehingga penggal terakhir tamat….
Yang pastinya tahun ini PRU 13 akan berlaku, maka berakhirlah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN] yang mendapat mandat pada tanggal 8 Mac 2008. Pada saat dan ketika itu, BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Pembangkang membuat kejutan dengan membariskan seramai 82 Ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat.
BN bukan sahaja hilang kuasa majoriti 2/3 malah turut kehilangan kuasa memerintah lima [5] negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan masih gagal mendapatkan kerajaan negeri Kelantan….
1. Kononnya selepas bergelar MJ (Mak Janda), Abby Abadi serta merta berubah. Kini dia mendapat kebebasannya semula. Kita tidak mahu mendedahkan segalanya disini. Namun yang pasti Abby Abadi semakin panas. Macam apam balik panas, bukan sejuk dingin macam sepat kering. Apabila dia menyertai Pas konon dia 360'o berubah. Serta merta dia diiktiraf sebagai uztazah Pas. (Harap sangat dia benar-benar jadi ustazah bukan setakat jadi ustadah semata-mata.
2. Namun Abby Abadi juga perlu diingatkan bahawa dalam Pas bukan semuanya putih hatinya, ada banyak yang hatinya hitam legam walaupun rambut dan janggut memutih. Walaupun serbai dan besar bakul. Jika tidak tak kan banyak duit-duti derma hilang begitu saja.
3. Yang lebih penting Abby Abadi harus ingat supaya jangan sesekali membiarkan didekati beberapa lelaki seperti Mat Sabu yang sinonim dengan Hotel Perdana bilik 121 ketika ditangkap berkhalwat bersama Normah. Berhati-hati juga dengan Saipul Bahrin ADUN Pas yang ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang didalam keretapi gerabak istimewa dimana pasangannya ketika itu hanya bertuala merah. Lebai-lebai Pas ni boleh sapu belaka....kalau dibiarkan nanti keretapi pun boleh buat u-turn.
4. Berikut adalah link hangat ke Abby Abadi. Amaran! BH tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang penyalahgunaan link hangat dan video klip yang disertakan ini. Kepada yang belum berkahwin atau yang menduda dan menjanda juga dilarang kerana dari melawat laman berikut. Link Hangat Abby Abadi (Klik Sini) dan Video Klip Hangat (Klik Sini)
DS Najib sudah dikenali dan menuruti jejak Tun Mahathir,
menjulang Malaysia dan bangsa Melayu dimata dunia.
1. Diberitakan, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO DS Najib mengadakan sidang akhbar. Antara intipati dalam sidang akhbar berkenaan adalah menasihatkan pembangkang supaya dapat menerima keputusan PRU13 nanti dengan hati yang terbuka dan jangan melakukan rusuhan serta apa-apa yang akan mewujudkan ketidakstabilan dalam negara. (Baca MalaysiaKini)
2. Saranan berkenaan memang wajar diberikan kerana banyak kali kita mendengar bahawa pembangkang berura-ura meneruskan pilihanraya dengan kekacauan dijalanraya. Bahkan memang sudah jadi kebiasaan pihak pembangkang mewujudkan ketakutan dikalangan rakyat. (Baca Sini) Anu arr hendak adakan kekacauan seperti di Mesir bagi tunjukkan bantahan dan tidak puashati rakyat, tapi berapa ramai rakyat yang menyokongnya? Selebihnya hanyalah pencacai yang dibayar termasuk para blogger seperti Tukar Tiub yang kecewa gagal dalam hidupnya.
3. Hari demi hari penyokong pembangkang semakin ramai berubah arah dan menyokong kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib sama ada secara terbuka dan secara senyap-senyap. (Baca Sini) Di kampong-kampong, penyokong Pas berubah arah secara senyap-senyap kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang tidak lagi dilihat komited memperjuangkan Islam. Kerjasama erat dengan DAP bahkan dianggap sebagai menjadi 'anjing' DAP juga mengecewakan penyokong Pas kerana mereka pernah dulu mencerca UMNO yang berkerjasama dengan MCA/MIC (kafir zimmi) sedangkan kini mereka bersekedudukan dengan DAP kafir harbi.
4. Yang masih tetap tidak berubah dan masih mengharapkan belas ihsan dari DAP kafir harbi hanyalah blogger 'Aspan Alias' yang sah pencacai tegar. Tanpa rasa malu memutarbelitkan kenyataan DS Najib (Klik Sini) Malang sungguh bangsa Melayu dengan lahirnya manusia seperti ini, 'raja mendeliar' atau 'si kitol' millinium. Biarkanlah Si Luncai ini tenggelam dengan labu-labunya....huhuhu!
5. DS Najib sudah dikenali dan menuruti jejak Tun Mahathir, menjulang Malaysia dan bangsa Melayu dimata dunia. Orang itu terkenal juga terutamanya di Jepun (Klik Sini) Suami Kak Jijah ni memang hebat. Memang Anu gerah Tuhan. Papa NurulIzzah memang hebat...belakang....depan....atas ....bawah semua dia sebat. Errr!,,,,mana jam Omega tu?
DAP ada kawasan fixed deposit tersendiri. Sekurang-kurangnya 45 kawasan parlimen yang majoritinya pengundi cina pasti akan ditandingi DAP.
PAS juga ada banyak kawasn fixed deposit yang boleh ditandingi dan dimenangi. PAS adalah parti paling kuat di antara gabungan pakatan samada dari segi jentera dan sokongan dari kalangan pengundi Islam.
PKR pula tertumpu di kawasan pengundi bercampur. PKR, parti paling lemah dikalangan komponen Pakatan, tapi sebaliknya, paling banyak mendapat peruntukan kerusi untuk ditandingi.
Dalam PRU12 yang lalu, DAP sebenarnya tetap mampu memenangi 28 kerusi yang dimenanginya walaupun tanpa pertolongan PAS dan PKR.
PAS juga boleh menang di kawasan kubu kuatnya yang terdiri dari lebih 75% pengundi Islam seperti di Kelantan, sebahagian Kedah, Perak dan Terengganu, tetapi sebahagian kawasan-kawasan ini terpaksa diserah kepada calon PKR. Jika tidak diserah kepada PKR, seperti beberapa kawasan di Kelantan, sudah pasti PAS menjadi parti yang memenangi paling banyak kerusi dikalangan PR dalam PRU12 yang lalu.
PKR tiada kawasan fixed deposit sepertimana DAP dan PAS. PKR hanyalah "pokok tumpang" yang tumbuh di batang PR. Tapi "Pokok tumpang" ini hidup lebih subur dari pokok asal hingga sebahagian dari dahan dan ranting "pokok asal" reput dan mati.
Tanpa sokongan PKR, DAP dan PAS masih boleh menang kerana majoriti yang dimenangi mereka di kawasan tertentu yang ditandingi cukup besar.
PKR hanya menyumbang untuk "membesarkan majoriti" kemenangan DAP dan PAS di kawasan yang ditandinginya dan bukan menyumbang kepada "faktor kemenangan" DAP dan PAS.
Sebaliknya, PKR tidak mungkin mampu memenangi sehingga 31 kerusi parlimen dalam PRU12 lalu, jika tidak "menumpang UNDI" dari pengundi PAS dan DAP. PKR hanya boleh menang di Permatang Pauh, jika PKR bertanding secara sendirian.
Sebaliknya, jika PAS bertanding sendirian dan tidak melepaskan kawasan subsidi untuk ditandingi oleh PKR, sudah pasti PAS mampu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen dalam PRU12.
Kesimpulannya, PKR merupakan "sole beneficiaries" kepada "kerjasama pakatan" yang diwujudkan oleh pembangkang.
Pakatan pembangkang hanya tertubuh, semata-mata kerana mahu memberi kekuatan kepada PKR. Ia tidak memberi atau menambah kekuatan DAP mahupun PAS kerana kawasan yang ditandingi PAS dan DAP memang merupakan kubu kuat mereka.
PAS adalah ibarat ROH kepada badan. Tanpa roh, anggota badan tidak akan berfungsi. Dengan tiupan roh PAS, barulah anggota badan PKR boleh berfungsi.
Tetapi sayang, sebaik saja roh dipinjamkan ke anggota badan PKR, PKR lupa asal-usul kejadiannya. PKR lupa daratan. PKR telah menjadi "anak P.Ramlee yang bernama Sazali". PAS akhirnya menjadi "pak turut yang memendam rasa" kepada PKR.
PAS tidak berdaya untuk menasihat atau menyanggah apa saja kehendak "anak buluh betung" yang dilahirkannya.
Bila PKR minta "diversify" kalimah Allah kepada nama tuhan pelbagai guna, PAS tak terkata apa. Tahaluf siyasi PAS-PKR telah melangkaui sempadan akidah antara agama.
Pertemuan antara "anak buluh betung" dengan Timbalan Mursyidul Am mungkin akan membisukan mulut majlis syura, jika Timbalan ini "termakan" bisikan dajjal dari Anak Buluh Betung yang tidak "berbin" dan tak diketahui asal-usul.
Bermulanya cuti panjang (4 hari tu kira panjang la untuk orang yang jarang bercuti) untuk perayaan Tahun Baru Cina. Banyak juga kerja-kerja terbengkalai. Lepas raya nanti kena balun habis-habisan la sebab MIFF bermula awal bulan depan. Banyak produk kami yang belum nampak bayang lagi. Huhuhu....
By the way, untuk 4 hari ini.. Ezad fokus yang awak sedang becuti.. fokus...fokuss!!!
Wow! Artis-artis Indonesia ini memang bjak membawa diri mereka. Terbaru, Detikhot melaporkan Agnes Monica telah muncul di pentas Grammy Week di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Grammy week merupakan pentas pemanas sebelum acara utama Grammy Award yang akan diadakan pada 10 Februari 2013. Berbagai acara diadakan sepanjang minggu tersebut.
Agnes Monica pula muncul bersama Tambaland. Ia akan membawa lagunya "Show A Little Lova". Menurutnya lagi,, Justin Timberlake, Avici dan beberapa lagi penyanyi bertaraf dunia akan beraksi pada acara yang sama dengan Agnes.
Pelantun 'Cinta Gila' telah menulis perkhabaran tersebut di twitternya. Peminatnya kemudian membalas, "The 1st Indonesian ever! Agnes Monica for the GRAMMY Week. RT if you support!❤ #TimboAgnezMeechie #ShowALittleLove cc: @creativedisc," tulis akun fans Agnes @AgnesMonicaZone.
Turut dimuat naik beberapa keping gambarnya bersama beberapa artis di sana.
Mengapa dinosaur pupus? Anda tahu? Rahsianya di SINI The largest mass extinction in history of Earth. Have you any clue about it?
Agnes muncul di karpet merah Grammy Week dengan gayanya lincah seksi. Beliau hanya mengenaan seluar jenas pendek dan juga vest pendek batik.
Timbaland sendiri juga sempat berkicau berkenaan persembahaannya dengan Agnes. 2nite me @agnezmo & @LOVEDEMETRIUS going to shut it down. #mPoweringAction with @UNFoundation #timboagnezmeechie," tulis Timbaland.
Pihak Columbia Broadcasting System (CBS) telah mengeluarkan satu memo kepada semua artis wanita yang bakal hadir ke majlis penganugerahan 'Grammy Awards 2013′ yang akan berlangsung pada 10 Februari ini di Staples Center, Los Angeles.
Menurut isi kandungan memo tersebut, pihak CBS telah melarang para artis wanita memakai pakaian yang mendedahkan bahagian dada dan punggung mereka.
Etika pemakaian tersebut sebenarnya sudah diterapkan sejak tahun lalu dan CBS telah meminta pihak bertanggungjawab untuk mengigatkan perkara tersebut kepada semua tetamu yang bakal hadir ke acara berprestij tersebut.
Para selebriti yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan persembahan mahupun sekadar menonton diminta untuk turut mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan, kerana menurut CBS setiap individu yang hadir ke majlis itu berkemungkinan akan menjadi sasaran lensa pihak kamera. Tambahan pula majlis akan disiarkan secara langsung ke kaca televisyen tempatan negara tersebut.
Wah, nampaknya artis Hollywood pun sudah meletakkan syarat sebegini. Harapnya artis tempatan tidaklah pula berlebihan ketika menghadiri mana-mana majlis.
SHAH ALAM –Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dilihat bertepatan dengan masa sekarang, kata Cuepacs.
Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beberapa perkara berkaitan penjawat awam perlu disemak termasuklah skim gaji baru, peluang kenaikan pangkat dan gelaran nama jawatan.
Katanya, "kesemua elaun itu sudah lama tidak dibuat semakan dan tidak begitu relevan diguna pakai sehingga kini terutama sekali skim gaji baru, skim kenaikan pangkat dan insentif-insentif lain perlu dibuat semakan secara menyeluruh dan segera."
"Lagipun sudah terlalu lama elaun penjawat awam tidak disemak," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penjawat awam bakal menerima berita gembira daripada kerajaan tidak lama lagi.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa turut mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan.
Dalam masa sama, Omar turut menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh kerajaan kerana pengumuman yang dibuat itu memang dinantikan oleh semua penjawat awam yang telah lama mengharapkan perkara itu berlaku.
Menurutnya, semakan semula secara menyeluruh terhadap elaun perlu dibuat secepat mungkin bagi memastikan hak penjawat awam diterima secara sama rata.
Beliau juga berkata, elaun-elaun insentif ini perlu dibuat semakan secara komprenhensif.
"Sudah lama penjawat awam ini menunggu penambahbaikkan elaun-elaun mereka.
"Memang sudah sampai masa kerajaan membela hak penjawat awam ini, dan saya yakin kerajaan telah pun mengkajinya dan perlu disegerakan," katanya.
Dari melayan cerita mengarut-raut artis tak jadi menikah, clash tak dan akad, baik la layan iklan perpaduan ni..lagi terbaik!
Sempena Tahun Baru Cina ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membuat kejutan' apabila muncul dalam sebuah iklan televisyen yang dituju khas kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan tersebut.
Dalam iklan selama satu minit itu, Najib dilihat seolah-olah bermain gendang sambil diiringi muzik serta tarian naga.
Sebelum itu ditunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan menyerahkan alat tersebut kepada beliau sambil bertanya;
" Adakah anda tahu memukul gendang?"
Untuk rekod, Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan peruntukkan dana sebanyak RM100 juta dalam Bajet2013 selain peruntukkan RM100 juta untuk tahun lalu bagi pembinaan bangunan, penambahbaikan dan pengurusan sekolah jenis kebangsaan Cina.
Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan negara, katanya, kerajaan mengsasarkan untuk menambah jumlah guru berbahasa Cina bagi memenuhi permintaan para pelajar.
Bagi pelajar cemerlang di sekolah menengah jenis kebangsaan Cina pula, katanya, akan diberi biasiswa agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat selepas mereka tamat pengajian kelak.
" Masih banyak kerja yang perlu kita fokus pada 2013 dan saya akan sentiasa memastikan yang masyarakat Cina terus dibantu.
" Untuk itu, saya harap, masyarakat Cina di negara ini terus memberi sokongan kepada saya untuk mencapai matlamat ini.
" Akhir sekali, di atas semangat 1Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini," katanya. - Mynewshub.my
Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. "Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.
"Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.
"Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid," katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.
Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.
"Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.
"Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas," katanya.
Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.
"Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. "Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami," katanya.
Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan 'pemeriksaan'. "Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan," katanya.
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata ugutan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencetuskan demonstrasi ala 'Arab Spring' di negara ini adalah bukti yang menunjukkan Pakatan Rakyat tidak tulen mengamalkan demokrasi.
Menurutnya, semua pihak termasuk Umno mahu pilihan raya umum kali ini diadakan secara adil dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Justeru katanya, adalah tidak menjadi keperluan Ketua Pembangkang itu untuk cuba mewujudkan sentimen kemarahan rakyat kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menggalakkan pilihan raya yang tidak sihat.
"Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen bererti kita mesti terima keputusan rakyat.
"Bila dia (Anwar) kata dia percaya demokrasi dia tidak boleh mempertikaikan keputusan, kita harus menyanjung prinsip demokrasi.
"Kita harap pembangkang terima keputusan akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, petang tadi.
Terdahulu, mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pelbagai pihak mengambil serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah dan Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.
Mahathir berkata beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara ekoran bekas timbalan perdana menteri itu telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.
PULAU PINANG 8 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu didakwa memainkan peranan aktif dalam usaha memecah-belahkan Pas di Selangor walaupun dari segi luaran, kedua-dua parti dilihat sebagai satu pasukan.
Bekas Pegawai Khas kepada Ronnie, Jafrei Nordin ketika membuat pendedahan itu berkata, usaha terancang tersebut dilakukan bagi memastikan DAP terus menguasai kerajaan negeri Selangor.
"Saya tahu mengenai pertemuan-pertemuan sulit yang diadakan oleh DAP Selangor bagi membincangkan siapa calon Melayu yang bakal bertanding mewakili mereka untuk menafikan hak Pas memegang jawatan Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Ronnie berusaha memujuk tokoh-tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor menggunakan tiket DAP supaya mereka mampu membentuk kerajaan baharu dan menafikan hak Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus memegang jawatan Menteri Besar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
PETALING JAYA: Ketika pelakon Trilogi Cinta, Siti Fazurina sedang bergembira meraikan majlis resepsi perkahwinannya pada Sabtu (hari ini), ibu kepada pelakon itu mendedahkan pernikahan anaknya lebih sebulan lalu adalah tidak sah di sisi agama Islam.
Zubaidah Abu Bakar, 61, secara eksklusif memaklumkan kepada mStar Online, pernikahan itu tidak sah kerana Fazurina, 30, telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.
"Dia memberitahu kepada pejabat agama bahawa dia anak tunggal walhal dia mempunyai dua adik lelaki seibu sebapa yang boleh menjadi wali untuknya.
"Penipuan itu telah menyebabkan pihak mahkamah membenarkan dia bernikah dengan berwalikan bapa saudaranya.
"Fazurina juga telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Bin Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Pasangan itu mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada Sabtu (hari ini) di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas.
Pada 24 Disember lalu, Siti Fazurina bersama suaminya mengundang ibu dan ahli keluarganya dalam satu sidang media di Pulau Pinang bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku.
Dalam majlis penuh drama itu, Siti Fazurina menangis teresak-esak sambil memohon ampun kepada ibunya sebelum wanita itu ditarik oleh ahli keluarga yang lain agar meninggalkan majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu beliau telah merujuk perkara tersebut ke pejabat agama yang sama baru-baru ini dan melantik seorang peguam syarie untuk menyiasat kesahihan pernikahan itu yang tidak mengikut syarak dan perlu dinikahkan semula.
Bagaimanapun katanya, Fazurina gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Gantung, Pulau Pinang seperti diminta pada 6 Februari lalu dan memberikan alasan tidak menerima sebarang notis mengenai arahan itu.
"Apabila peguam yang dilantik menelefonnya sendiri untuk menyuruhnya hadir ke mahkamah kerana dia enggan berbuat demikian, dia menegaskan perkahwinannya sah dengan alasan telah merujuk kepada seorang ustaz di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan alasan-alasan tertentu,"
"Dia enggan tampil kerana menuduh keluarga ingin memisahkannya dengan suami walhal kami ingin menikahkannya semula dengan cara yang betul dan sah.
"Saya tidak mahu dia hidup dalam keadaan berzina jika pernikahan itu tidak sah dan sebagai yang mengetahui kebenaran saya tidak mahu bersubahat," katanya.
Sementara itu, Zubaidah berkata, pihak pejabat agama sedang berusaha untuk menemuinya bagi menyelesaikan kes itu.
"Surat tersebut pernah diserahkan kepada bapa saudara yang menjadi saksi pernikahannya termasuklah keluarga mertuanya namun mereka enggan menerima surat tersebut.
"Mungkin pihak pejabat agama akan ke majlis resepsinya untuk menyerahkan surat itu.
"Malah sijil asli pernikahannya masih tidak dikeluarkan kerana masalah berkenaan," katanya yang kecewa dengan sikap ego pasangan itu selain tidak menghormatinya sebagai ibu.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kejadian ini berlaku di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Pasir Pekan, Kelantan petang tadi. CTS ada membuat posting mengenai kehadiran yang tidak sampai 100 orang sebelum ini. Berlaku satu kejadian yang amat mengaibkan apabila satu patung replika ber"muka"kan Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohamed disebat oleh Aktivis R yang diketuai oleh Jeming Hassan, yang bertindak seperti Sang Algojo.
Anak muda Kelantan di bawah Aktivis R kini telah hilang pertimbangan akal dan iman dengan membuat patung Datuk Mustapa Mohamed dan menyebatnya atas dasar royalti. Ini bukan cara Islam. Anak muda Pas kalau tak kembali kejalan Islam mereka akan sesat untuk selamanya. Sedari dahulu, anak muda Kelantan memang terkenal dan tersohor dengan budi dan adab sopan. Semenjak dua menjak ini lain macam pulak jadinya. Kurang ajar dan biadap menjadi makanan harian. Inikah hasil didikan Serambi Mekah?
Ini gambar terkini Himpunan Kebangkitan RakyatAnjuran PAS di Dataran Pasir Pekan petang tadi. Puluhan ribu yang hadir kebanyakan roh sahaja yang mana kebanyakan jasadnya ditinggalkan di rumah. Seperti di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang Selising, Dataran Pasir Pekan turut memberikan sambutan "hangat" seperti dalam gambar di atas.
DUN Pasir Pekan merupakan kawasan kubu kuat PAS. Di dalam PRU-12, calon PAS menang dengan kelebihan 9,000 undi. Mungkin Rakyat Kelantan sudah muak dengan himpunan yang dianjurkan oleh PAS Kelantan ini. Gebang saja lebih, habuk pun tiada. Nampak gayanya Rakyat Kelantan tidak lagi bangkit menentang UMNO sebaliknya bangun menentang Kerajaan PAS Kelantan. Ke guano?
Perkara: Bantahan Aman Ketidakpuasan Hati Penduduk Ladang Batu Kawan.
Tarikh: 09 FEB 2013 jam 1145-1210.
Tempat : Di hadapan Restoran Hai Siang Seafood, Jalan Besar, Simpang Empat, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Kedatangan:
Bantahan telah diketuai oleh M.V.Mathiyalagan A/L Veeriah - Pengerusi IPF Bahagian Nibong Tebal. Seramai 40 orang terdiri daripada penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Kalidonia dan Simpang Ampat telah turut serta dalam bantahan ini. Di antara yang turut hadir ialah:
i) S. Linggam - Ketua MIC Cawangan Batu Kawan.
ii) A. David - AJK IPF Cawangan Batu Kawan.
Bantahan ini adalah untuk meluahkan perasaan tidak puashati terhadap pengambilan tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan sebanyak 4 ekar yang akan diberi kepada "HINDU ENDOWMENT BOARD" Pulau Pinang. Menurut mereka, Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II tidak mmpunyai kuasa untuk campur tangan di dalam hal pentadbiran kuil. PR juga, mengikut mereka tiada kuasa mengambil tanah perkuburan masyarakat India.
Sandakan mempunyai satu kawasan parlimen iaitu P186 Sandakan dan dua Dun N45 Elopura dan N46 Tanjong Papat.
Pada PRU-12 lalu, kawasan Parlimen Sandakan berjaya dirampas Bn daripada calon bebas melalui Presiden LDP komponen parti Bn dengan mengalahkan calon DAP dan calon bebas.
Apabila ditelusuri parti mana yang menguasai Sandakan, sebenarnya kawasan itu adalah wilayah Bn, kerana kawasan Dun-dunnya tidak pernah ditawan pembangkang, akan tetapi berlainan dengan kawasan Parlimen, adakalanya pengundi mengundi pembangkang.
Sebagai contoh pada PRU-12 lalu jumlah undi yang diperolehi dua calon Bn diperingkat Dun adalah 14,337 (N45 Elopura=7,919; N46 Tanjong Papat=6,418) akan tetapi di peringkat Parlimen undi yang diperolehi calon Bn sebanyak 8,297 undi berkurangan sebanyak 6,040 undi. Mungkin penyebab kepada rendahnya undi Bn kerana faktor calon, memandangkan calon Bn pada masa itu adalah muka baru dan belum pernah bertanding di Sandakan.
Sebenarnya para pengundi P186 Sandakan pada PRU-12 lalu melakukan langkah bijak apabila memenangkan calon Bn, kerana atas kemenangan itu menjadikan mereka diwakili oleh Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan untuk julung-julung kalinya.
Para pengundi Sandakan umumnya dan kawasan Parlimen Sandakan khasnya diuntungkan kerana mendapat manafaat pembangunan yang diperlukan kerana bukan sahaja mendapat peruntukan daripada peringkat negeri juga daripada peringkat persekutuan.
Bandar Sandakan umpamanya telah begitu pesat membangun selain infrastruktur yang dinaik taraf juga telah wujud beberapa hotel berbintang lima antaranya Hotel Four Points, di mana Perdana Menteri pernah menginap di hotel tersebut.
Selain itu, masalah jambatan kayu di perkampungan atas air seperti di kawasan Sim-Sim telah digantikan kepada jambatan konkrit, sehingga penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan yang kekal.
Atas sokongan pengundi kepada calon-calon Bn bagi kawasan Sandakan secara umumnya, maka rakyat Sandakan mendapat manafaat apabila Lapangan Terbang Sandakan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM70 juta untuk menaik taraf lapangan terbang itu.
Pengundi Parlimen Sandakan yang terbagai kepada 61 peratus kaum cina dan 35 peratus bumiputera islam dan selebihnya bumiputera bukan islam, merupakan kawasan yang dianggap sebagai kawasan campuran.
Kawasan Parlimen Sandakan dianggap sangat penting bagi Bn terutama bagi wakil daripada kaum cina di peringkat parlimen, atas sebab itulah sejak tahun 2009 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan sebanyak tiga kali pada kawasan tersebut. Kali terakhir lawatan Perdana Menteri di Kawasan itu adalah pada pertengahan Disember lalu semasa merasmikan sebuah majid di Lupak Meluas dalam Parlimen Batu Sapi dan merasmikan Persidangan Tahunan Parti LDP.
Bagi Parti komponen Bn yang berasaskan kaum cina dan sudah tentunya akan bertanding di kawasan yang majoriti daripada kaum itu, maka sandaran utama kaum itu agar supaya wakil rakyat yang dipilih mereka setidak-tidaknya dapat menyertai kabinet persekutuan agar supaya pembelaan terhadap pengundi kawasan itu khasnya dan umumnya rakyat dapat diteruskan dengan kadar yang saksama.
Pada keadaan terkini, agar sukar bagi calon-calon Bn untuk menang bagi kawasan yang berpengundi kaum cina di atas 70 peratus seperti Parlimen Kota Kinabalu, kerana kaum itu majoritinya telah condong kepada Pembangkang. Hanya kawasan seperti Sandakan dan Tawau sahaja yang mempunyai pengimbang undi bumiputera yang memungkinkan calon-calon Bn boleh menang.
Bn perlu menerima hakekat, bahawa parti itu sukar menang bagi kawasan mjoriti kaum cina, misalnya Bukit Bintang atau Kepong di Semenanjung. Demikian juga di Sabah, Bn sukar untuk menang bagi Parlimen Kota Kinabalu.
Hakekat kecenderungan pengundian kaum cina memang disadari oleh komponen Bn yang berasaskan kaum cina seperti LDP atau Gerakan atau MCA, atas sebab itu, pemilihan calon yang tepat bagi kawasan-kawasan campuran daripada parti-parti itu perlu dikenal pasti.
Bagi Parlimen Sandakan misalnya, komponen parti Bn daripada kaum cina tidak perlu risau, kerana kawasan itu diwakili oleh Presiden sebuah parti komponen yakni Datuk VK Liew. Wakil rakyat itu selain seorang pemimpin yang bersih juga mempunyai latarbelakang sebagai peguam.
Melihat kepada lawatan yang dilakukan Perdana Menteri di kawasan Sandakan dan hadir pada persidangan LDP dan seterusnya merasmikannya, suatu yang tersirat, bahawa Perdana Menteri menginginkan agar Parlimen Sandakan terus diwakili oleh Parti LDP menerusi Presidein parti itu.
Perlu diingat, Najib memerlukan satu pasukan di bawah pimpinannya untuk mengorak langkah maju ke hadapan. Beliau untuk sementara mewarisi pasukan yang dikemudikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Para pemimpin Bn yang dicalonkan pada PRU-13 akan datang adalah mereka yang diperkirakan sebagai pasukan yang membantu Perdana Menteri membangun negara menuju Wawasan 2020. Anggota pasukan itu, sudah tentunya daripada pemimpin muda atau seangkatan beliau agar supaya corak pemikiran akan senantiasa senada.
Pada zahirnya, walaupun mempertahankan kerusi seperti Parlimen Sandakan sukar diduga keputusannya, namun wakil rakyat kawasan itu yang kebetulan seorang Presiden sebuah parti komponen, tidak mempunyai pilihan, selain terus bertanding bagi kawasan itu. Perkara ini disebabkan, antaranya, apabila seseorang Presiden sesebuah parti menukar kawasan yang ditandinginya, maka akan membawa makna, bahawa secara umumnya beliau tidak yakin menang di kawasan itu, dan keadaan ini berakibat buruk terhadap persepsi rakyat, bahawa ada kemungkinan kerajaan akan tumbang, kerana tanda-tanda yang diberikan oleh Presiden parti komponen itu.
Persepsi di atas tidak akan timbul, jika sekiranya tidak berlaku tsunami politik pada parti-parti komponen Bn yang berasaskan kaum cina di Semenanjung pada PRU-12 dan PRN Sarawak pada April 2011.
Namun, apabila seseorang Presiden sesebuah parti terus bertanding pada kawasan yang dianggap kelabu, maka setidak-tidaknya persepsi rakyat secara umunya bahawa kerajaan Bn akan terus mempertahankan kerajaan persekutuan.
Sebagai Presiden sesebuah parti, maka VK Liew mempunyai kelebihan memilih tempat yang paling selamat untuk ditandingi, namun penulis lihat pada PRU-12 lalu, beliau berani bertanding pada kawasan kepunyaan parti lain, dan terbukti menang walaupun dengan majoriti 176.
Pada PRU-12, Datuk VK Liew daripada Bn mendapat undi 8,297 dan lawan terdekatnya Shanty Chong daripada DAP 8,121 undi; manakala undi calon bebas 2,929 (calon bebas itu merupakan mantan pemimpin LDP yang keluar daripada parti hanya kerana tidak terpilih sebagai calon).
Diperkirakan pada PRU-12, Sandakan akan dapat dipertahankan oleh Bn kerana kawasan itu berjiran dengan Parlimen Libaran, di mana Pengerusi kawasan itu adalah Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman. Kemenangan Bn akan ditentukan oleh sokongan bumiputera sepertimana berlaku pada PRK Batu Sapi pada tahun 2010.
Tidak dapat disangkal, sokongan golongan bumiputera terhadap kepimpinan Bn negeri akan terus padu, dan kadarnya akan sama seperti pada PRU-2004 dan PRU-2008.
Kaum cina pula dijangka 40 peratus daripada pengundi akan menyokong calon-calon Bn kerana mereka melihat bagaimana sokongan perdana menteri kepada kaum itu. Tidak ketinggalan, perhatian dan sokongan Ketua Menteri Sabah kepada kaum itu juga adalah salah faktor sokongan kaum cina.
Pada PRU-13, Parlimen Sandakan dijangka akan terus dikuasai Bn, walaupun akan mendapat tantangan hebat daripada DAP
Korang ingat YB-YB PAS ni semua baik sangat ke? Alim sangat ke? Ingat akhlak depa semua ikut sunnah Rasulullah SAW ke? Heh! Silap besar la weiiii..!!!
Tu haaaa... kat atas tu pendedahan siri pertama YB PAS Lanang..!!! Tak payah cakap la blog ni siarkan porno sebab video kat atas tu takde tayangan macam video XXX Anwar tu...
Video kat atas tu dipetik dari laman TerengganuToday. Katanya, YB PAS Lanang tu suka isteri orang urut dia. Tak tau la urut yang macamana...
Bila sebut bab urut ni, boleh ke seorang lelaki benarkan dia diurut perempuan bukan muhrim? Urut tu perlu sentuhan, kan? Urut macamana aku tak pasti la sebab aku tak pernah panggil orang urut aku. Urut terkehel main bola dulu ada laaa...heh!
Cuma...aku nak tanya la. Korang percaya tak dengan urutan seorang wanita pada seorang duda? Terus terang, kalau aku la suami dia, dah tentu aku tak kasi punya urut orang lain. Tapi dia boleh benarkan pulak...
Urut pun bukan calang-calang, YB PAS..!!! Seorang pemimpin PAS yang kononnya perjuang agama Islam kat Malaysia ni. Aku tertanya-tanya, Pok Nik Ajis nak bela ke YB PAS macam ni?
Kalau Ustaz Nasha dipecat dari Majlis Syura, Hasan Ali dipecat dari PAS kerana pertahan aqidah Islam, rasanya YB PAS ni lebih wajar dipecat, kan? Pok Nik Ajis berani pecat dia? Puiii...!!!
Aku setuju dengan pandangan Wardina Safiyyah yang merasa dirinya kurang lengkap sebagai seorang muslimah kerana tak pandai berbahasa Arab. Mungkin ada yang kurang setuju, tapi rasanya kena dengar dulu penjelasan yang sewajarnya...
Kita tahu Al-Quran dalam bahasa Arab, kan? Dalam solat kita setiap hari, kita "berbicara" dengan Allah dengan menggunakan bahasa Arab, kan? Doa kita pun selalunya dalam bahasa syurga tu, kan?
Persoalannya, apakah kita tahu apa yang kita "bicara"kan dengan Allah setiap kali kita solat? Pada aku, mengetahui "perbualan" kita dengan Allah di dalam solat akan menambah khusyu' ibadah kita tu...
Ibaratnya, bersolat tanpa mengetahui erti yang kita lafazkan dalam solat seolah-olah "burung kakak tua", berkata-kata tapi tak tahu apa yang dikata...kan? Takde feel..!!!
Kita selalu beri alasan bahawa kita ni orang "ajam" (bukan orang Arab la tuu..) dan Allah tahu segalan bahasa. Kita beri alasan bahawa niat adalah segalanya dan Allah terima ibadah kita tak kira dalam bahasa apa sekali pun...
Memang betul. Itu memang betul...
Tapi pada aku, jawapan tu adalah untuk orang yang malas nak tahu apa yang dia "bicarakan" dengan Allah SWT. Kalau kita minat nak tahu apa yang kita "bicara"kan, dah tentu kita pulun belajar bahasa Arab tu sampai kita tahu apa yang kita "tuturkan" dalam solat, doa dan sebagainya...
Misalnya dalam doa. Kalau Tok Imam tu berdoa dalam bahasa Arab dan kita "amin"kan doanya. Kalau dia mintak ditambahkan bini, macamana? Yang isteri kita kat belakang siap "amin"kan? Heh!
Kalau dia mintak dirinya sendiri masuk syurga macamana? Kalau Allah kabulkan doa yang kita "amin"kan tu, Tok Imam masuk syurga, kita belum tentu, kan? Dah banyak kali dah aku dengar Tok Imam pakai kata ganti nama diri sendiri dan bukan doakan untuk ssemua...heh!
Dalam bahasa Arab ni, ada kata ganti nama dalam setiap kata perbuatan. Nahunya tinggi dan agak complicated. Tu belum cakap soal balaghah dan mantik lagi tu... Memang agak susah. Maklumlah, tak silap aku, bahasa Arab diiktiraf sebagai bahasa paling susah dalam dunia sebab peradabannya yang tinggi...
So aku rasa, kita sebagai umat Islam patut tahu berbahasa Arab. Kalau tak fasih pun, sekurang-kurangnya faham "bicara" kita dalam solat dan doa adalah satu perkembangan yang baik. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita sebut dalam doa "iftitah", kan?
"Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan yang musyrikin...Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, nyawa ku dan mati ku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam..."
Yang lain korang belajar sendiri...belajar sendiri lebih masuk dalam kepala berbanding ilmu yang "disuap"...kan?
Wardina Saffiyah Rasa Diri Kurang Muslim?
Pengacara, Wardina Safiyyah pagi tadi telah menulis di laman Twitternya yang dia berasa dirinya kurang Muslim.
Ini kerana dia merasakan dia tidak pandai dan tidak fasih berbahasa Arab.
Tulisan beliau itu mengundang rasa kurang senang beberapa individu yang mendakwa Wardina Safiyyah sengaja meletakkan fasih bahasa Arab sebagai syarat sah untuk menjadi seorang Islam.
Bagaimana pun, Wardina tampil memberikan penjelasan sebenar disebalik kenyataan beliau itu.
Beliau ingin fasih dalam bahasa Arab kerana ingin mendalami maksud sebenar kitab suci al-Quran.
"Kerana membaca terjemahan (al-Quran) tidak akan sama dengan makna sebenar," jelas Wardina Safiyyah tentang kenyataannya.
"If you don't bother about understanding the Quran, you won't bother about learning Arabic," tambahnya. - Mynewshub.my
Tu laaaa.. Aku dah kata, sarang tebuan jangan dijolok! Tapi Mazlan Aliman ni degil, nak jolok jugak! Kan dah kena saman..!!! Mulut tu kena jaga la. Jangan tiru Anwar Berahim yang suka fitnah tiap-tiap hari tu...
Ada ke pulak Felda buat urusniaga dengan Israel? Apa punya fitnah la lu brader... Lain kali, sebelum buat apa-apa tuduhan, check la dulu. Haaa... sekarang ni menjawab la kat Mahkamah. Siap la kena soal jawab depan hakim nanti yer...
Kalau rasa nak selamat, sediakan duit banyak-banyak dulu. Kutip la pakai karung ke, kotak ke, tin milo ke..apa ke. Edarkan kat ceramah-ceramah macam PAS selalu buat tu. Alaaa.. Macam tak biasa, kan?
Opsss..!!! Lupa pulak, Mazlan Aliman ni sensetif sikit bila sebut bab ceramah ni. Dia selalu kena halau dengan peneroka bila cuba masuk buat ceramah kat tanah rancangan Felda. Hari tu kena halau sampai bertumbuk di Felda Sg Tengi...
Lepas tu dia kena halau pulak kat Kedah ni bila cuba masuk Felda Teloi di Sik. Heh! Nampak sangat la Mazlan Aliman tak dapat sambutan. Peneroka Felda pun benci nak dengar suara dia.. heh!
Jadi, sekarang ni pegi la ceramah depan tuan hakim tu pulak yer? Kita dengar apa hakim nak kata kat Mazlan Aliman nanti. Berapa Mazlan Aliman nak kena bayar nanti? Sama-sama la kita tunggu kat Mahkamah...
Tu baru hukuman fitnah kat dunia. Tunggu la hukuman Allah akibat dosa memfitnah di akhirat kelak. Lagi teruk! Ingatlah, dosa memfitnah tu lebih teruk dari membunuh. Tapi itu la yang Mazlan Aliman dah buat hari tu sampai Felda saman dia...heh!
Mahkamah Arah Presiden ANAK Fail Pembelaan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari ini.
Penolong Kanan Pendaftar Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, memfailkan pembelaan mereka.
Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Felda memberitahu pemberita Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dinamakan sebagai defendan ketujuh masih gagal memfailkan kehadiran di mahkamah.
Abu Bakar berkata Catherine menetapkan 18 Mac untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Lee Heng Cheong.
Pada 7 Januari lalu, Felda memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan dan enam lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lalu dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.
Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lalu.
Felda mendakwa kenyataan fitnah itu menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.
Felda menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.
Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak. – BERNAMA
Psy datang pun nak takut ke? Sampai upah cybertroopers perburuk Malaysia untuk halang dia ke majlis Sambutan Tahun Baru Cina? Kenapa takut sangat Psy datang ke majlis tu..?
Majlis tu takde kena mengena dengan politik la. Pakatan Haram pun boleh datang. Terbuka untuk seluruh rakyat. Lagipun, ia bukan dianjurkan oleh UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau mana-mana parti politik pun... sambutan perayaan, dah tentu bebas politik..!!!
Lagipun, Psy tu so far menutup aurat dan pakaiannya sopan. Takde pulak dia pakai seluar dalam je dalam pesembahannya sebelum ni...kan?
Lain la macam majlis anjuran PKR tu... siap upah persembahan tarian separa bogel..!!! Tu yang pak-pak lebai PAS suka sangat tu sampai terlopong biji mata.. heh!
Tak caya tanya Anwar, dia lagi expert..!!! Kalau tak expert, takkan la sampai langgan China Doll, kan? Sampai tertinggal jam tangan OMEGA wooo..!!! OMG..!!!
Sayu sungguh mendengar cerita dari seorang penyokong PAS tegar di Baling, Kedah, yang menceritakan tentang nasib balu dan anak-anak yatim mangsa tragedi Memali yang begitu malang setelah kehilangan tempat bergantung hidup…
Ketika tragedi itu berlaku, PAS cuba menonjolkan diri sebagai "pembela" nasib mereka. Namun tidak disangka-sangka, masa depan mereka telah dipersia-siakan dan terpaksa hidup mengemis tanpa sebarang pembelaan.
Malah lebih menyedihkan, hidup mereka melarat dan hak yang sepatutnya mampu membantu mereka mendapat sebuah kehidupan yang sempurna telah dinafikan dengan zalim oleh para pemimpin PAS…
Siapa yang pernah bertemu dengan Cikgu Non atau nama penanya, CN Al-Afghani, pasti tahu tentang cerita kezaliman PAS ini. Dan parti itu semahu-mahunya cuba menutup mulut Cikgu Non dari terus membongkar kejijikan "perut busuk" di dalam PAS..!
Menurut Cikgu Non, PAS telah mewujudkan Tabung Memali dan mereka telah berjaya mengumpul jutaan ringgit dari pihak yang bersimpati terhadap mangsa tragedi berdarah itu. Malangnya, Tabung Memali yang tidak pernah diaudit itu "lesap" entah ke mana…
Cikgu Non menceritakan bahawa ada dari kalangan balu dan anak-anak yatim itu hidup melarat seperti pengemis yang meminta simpati dan ada pula yang terbiar serta meninggal dunia dalam keadaan yang mengaibkan akibat kemiskinan.
Sangat menghairankan bila 14 keluarga waris mangsa ini hidup sengsara sedangkan Tabung Memali yang dikutip khas untuk mereka berjumlah jutaan ringgit! Sepatutnya, mereka mampu hidup dalam keadaan yang cukup sempurna, bukan?
Apa yang PAS buat dengan duit sebanyak itu? PAS guna untuk beli bendera dan beras untuk diedarkan ketika berkempen pilihanraya, kah? Atau wang tersebut digunakan untuk membeli Honda CRV buat Mat Sabu pergi kutip duit ceramah?
Cikgu Non berkata, Kerajaan BN ketika itu telah memberikan wang pampasan kepada waris mangsa tragedi Memali berjumlah RM300,000 di mana 14 waris tersebut dianggarkan menerima sebanyak RM20,000 setiap seorang.
Paling menarik, PAS yang kononnya "pembela" telah mengupah peguam untuk menyaman Kerajaan BN ketika itu atas kejadian tersebut dan khidmat para peguam itu dibiayai sepenuhnya oleh PAS Pusat.
Tapi, datang pula seorang wakil PAS Kedah yang mengutip wang sebanyak RM1,500 dari setiap keluarga mangsa, kononnya bagi membiayai kos guaman, perbicaraan di mahkamah dan sebagainya!
Secara percuma saja mangsa-mangsa tersebut dianiaya oleh PAS Kedah. Segala kos guaman dan perbicaraan itu adalah percuma sebenarnya, tapi PAS Kedah pula dapat untung dengan menipu setiap keluarga malang itu, bukan?
Saya tertanya-tanya, apakah PAS Pusat ketika itu tidak mengajar PAS Kedah tentang hukum memakan hak anak yatim menurut agama Islam? Tak tahulah saya sekiranya "agama" PAS "menghalalkan" makan hak anak yatim..?
Sehingga kini, saya difahamkan sudah berkali-kali laporan polis telah dibuat oleh Cikgu Non dan kes itu belum selesai disiasat sehingga kini dipercayai kerana ketiadaan maklumat akibat kes terpendam terlalu lama.
Saya berpandangan bahawa berkemungkinan PAS boleh terlepas dari hukuman mahkamah di dunia memandangkan ia hanyalah hukum yang dicipta manusia yang bersifat tidak sempurna sebagaimana keadilan di padang Mahsyar nanti.
Tunggulah di akhirat kelak dan jangan terkejut sekiranya puak-puak PAS yang kononnya ada "tiket ke syurga yang dihadiahkan Nik Aziz" akan dihumban ke neraka disebabkan skandal Tabung Memali ini…Wallahua'alam.
terkandas apabila kepalakeretaapiEkspres Sinaran Utara yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terbakar berdekatan Kampung Baru di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kebakaran berlaku di bahagian enjin keretaapi yang menarik sembilan gerabak berlepas dari stesen Butterworth pada jam 2 petang.
Difahamkan, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Rejab Ahmad dipetik Bernama berkata, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.25 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
"Ketika pihak bomba sampai, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api dan kita berjaya mengawal api pada 2.47 petang sebelum ia dipadamkan sepenuhnya 36 minit kemudian," katanya.
Pemeriksaan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula di bahagian enjin kereta api yang disebabkan kebocoran tangki diesel.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu," katanya.
Salah seorang penumpang, Tan Way Soon, 21, seorang pelajar berkata, kejadian itu menyebabkan dia terlepas makan besar bersama keluarganya di Tapah, Perak sempena Tahun Baharu Cina esok.
"Saya baru nak tidur dan tiba-tiba kereta api berhenti agak lama di pertengahan perjalanan sebelum dimaklumkan lokomotifnya terbakar dan kereta api tergelincir.
"Saya harap dapat segera balik ke Tapah kerana esok nak sambut Tahun Baru Cina dan kami sedang menunggu pihak pengurusan KTMB untuk mengendalikan jadual perjalanan supaya masing-masing dapat sampai ke destinasi dengan selamat," katanya.
Seorang lagi penumpang Fauzi Mohd Noor, 50, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berkata beliau mendengar bunyi geselan yang kuat dan jeritan orang ramai ketika kejadian berlaku.
"Isteri saya (Robiah Awang) beritahu yang dia ternampak asap tebal dan kami beramai-ramai turun menyelamatkan diri sejurus kereta api berhenti. Sejak naik kereta api saya memang sudah tidak sedap hati dan menjangkakan ada sesuatu yang kurang baik akan berlaku namun tidak terlintas di fikiran kejadian seumpama ini akan terjadi," katanya.
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan berkata, beliau sendiri menghubungi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memaklumkan kejadian itu
Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin rasis apabila timbalannya itu mempertikaikan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggesa rakyat Pulau Pinang memakai baju warna tertentu ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), Isnin ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mempersoalkan tindakan Guan Eng membuat saranan tersebut sedangkan majlis berkenaan dianjurkan dengan tujuan yang baik.
"Kenapa niat baik kita mahu dicemar dengan unsur politik yang langsung tidak ada kena-mengena dengan majlis tersebut.
"Kalau dia (Pakatan Rakyat) boleh adakan majlis, kita pun boleh. Kenapa bila giliran kita, mereka nak buat halangan sampai nak turunkan poster 1Malaysia dan poster saya?" katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.
Kelmarin, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meluahkan kekesalan terhadap kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Pendana Menteri, yang menyifatkan permintaan Guan Eng adalah satu kerja bodoh.
Sementara itu, Najib yang Presiden Umno mendakwa, 'kegelisahan Guan Eng terhadap penganjuran sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kerana pihak Guan Eng gagal mendapat persetujuan penyanyi popular Korea, Psy yang popular dengan lagu, Gangnam Style membuat persembahan.
"Sebenarnya mereka nak jemput Psy dalam majlis PR, tapi tak dapat. Sebab itu, bila kita yang dapat mereka kutuk penglibatan Psy.
"Sedangkan kita bukannya nak rosakkan majlis mereka. Dia (Guan Eng) mungkin ada sebab lain, tapi pelik kali ini.
"Padahal ini perkara biasa kita buat tiap-tiap tahun dan bukannya BN tak pernah buat program di Pulau Pinang," katanya lagi.
Ketika ditanya media tentang dakwaan Pas yang mengatakan tindakan BN mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kerana terdesak bagi meraih sokongan orang Cina, Najib menafikan perkara itu.
Najib mendakwa, Pas sendiri terikut dengan slogan "Ubah DAP".
Dalam pada itu, Najib turut menegaskan, penganjuran program tersebut diadakan bagi meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya untuk masyarakat Cina.
- Kira-kira 30 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan anggota Pas di negeri ini mengadakan himpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Jurucakap Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP), Arif Ibrahim berkata, tindakan pakatan pembangkang yang terus berdegil dan mempertahankan pendirian mereka menyebabkan isu itu terus menjadi polemik masyarakat yang tidak berkesudahan.
"Kami juga merayu Majlis Raja-raja yang bakal bersidang hujung bulan ini mengeluarkan titah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam Bible bahasa Melayu," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Rawa di sini.
Dalam perhimpunan 30 minit itu kumpulan berkenaan turut memijak kain rentang bertulis "keputusan 8 Januari bawa celaka" sambil melaungkan kata bantahan dan mengedarkan pelekat bertulis "Save Kalimah Allah" kepada jemaah.
Menurut Arif, sebanyak 10,000 keping pelekat dicetak untuk diagih kepada umat Islam di negeri ini.
Pada 8 Januari lalu majlis pimpinan pakatan pembangkang mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan