Pakatan Rakyat |
Posted: 30 Jan 2013 03:30 PM PST |
Posted: 30 Jan 2013 03:22 PM PST Walaupun Mursyidul 'Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkata, Nasharudin bebas untuk menganggotai mana-mana parti setelah dilucutkan dari keanggotaan Majlis Syura Ulama PAS, namun Nasharudin berkata, beliau akan tetap terus bersama PAS untuk memperjuangkan Islam walaupun tidak memegang apa-apa jawatan sekali pun. Kita mengalu-alukan pendirian Nasharudin yang menyatakan sikap dan pendiriannya untuk memperjuangkan Islam menerusi PAS. Ini mengingatkan kita kepada sejarah perjuangan Islam di mana Umar al-Khatab pernah melucutkan Khalid al-Walid dari jawatannya sebagai ketua angkatan perangnya sewaktu sedangg mengepalai satu peperangan. Namun Khalid tidak berkecil hati dan meneruskan khidmat berjuang untuk Islam kerana Allah semata-mata. "Aku berjuang bukan kerana Omar, tetapi kerana Allah" kata Khalid al-Walid. Sebagi seorang pejuang Islam yang kental dan ikhlas, Khalid al-Walid tetap meneruskan perjuangannya bersama-sama kaum Muslimin. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab. Maka begitu jugalah nampaknya Nasharudin Mat Isa. Beliau tidak menampakan tanda-tanda akan meninggalkan PAS, malah mahu meneruskan perjuangannya. Kenyataan beliau menyatakan tidak akan meninggalkan parti tersebut dan akan terus memperjuangkan Islam perlu diberikan perhatian kita semua. Pertama sekali, apabila beliau kata akan terus memperjuangkan Islam, maka ada dua persoalan besar yang ingin saya kemukakan kepada Nasha mengenai maksudnya yang sebenar. 1. Apakah beliau bermaksud untuk memperjuangkan tuntutan Islam sebenar yang sudah 'tergelinjir' dari landasan perjuangan PAS? Nasha sering mendakwa bahawa PAS sudah jauh terpesong dari landasan perjuangan asalnya.Dakwaan Nasha saling tak tumpah seperti mana yang biasa diucapkan oleh sahabat-sahabat baiknya – Dua Hasan , Hasan Ali dan Hasan Basri. 2. Memperjuangkan Islam kerana PAS adalah satu-satunya wadah yang memperjuangkan Islam yang syumul? Kalau kerana ini, saya amat meragukan mengenai keikhlasan Nasha. Ya lah…sedangkan ada jawatan pun beliau gagal melaksanakan tanggung jawabnya, apatah lagi kalau sebagai ahli biasa. Maklumlah , sejak menjak ini merupakan manusia paling sibuk memberikan khidmat baktinya kepada PM Najib hingga tak ada masa untuk menghadiri mesyuarat dan terpaksa ponteng tanpa sebab! Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sendiri bagi tau, Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Baca di sini di sini bayangkanlah kalau hanya sebagai ahli biasa. Nasha, Ko sanggupkah pasang poster atau panjat pokok / tiang telefon untuk pasang bendera macam kebanyakan ahli PAS biasa apabila menjelang PRU? Alahai …. Saidina Umar R.A, pernah menjelaskan kepada orang ramai yang tidak berpuas hati diatas tindakan memecat Khalid, "Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik." "Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid al-Walid?" Tanya orang ramai. "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah." Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menyatakan, Nasharudin telah melanggar beberapa peraturan badan tersebut termasuklah gagal menghadiri mesyuarat Majlis Syura. Sumber-sumber juga menyatakan kegagalan Nasha berperanan sebagai Ahli Parlimen Bachuk menyebabkan kawasan itu sudah hilang keyakinan terhadapnya dan tidak mahukan Nasha sebagai wakil mereka lagi. Reaksi majoriti ahli terhadap perlucutan jawatan Nasha ini amat berlainan sekali. Mereka seolah-olah telah begitu lama menantikan tindakan tersebut , malah mereka rasakan tindakan tersebut masih dianggap masih terlalu lunak berbanding dengan kelaku Nasha sejak semenjak ini. Khalid al-Walid melaksanakan tugasnya dengan jayanya dan Rasulullah memberi nama jolokan kepadanya sebagai Saiful Islam, yakni Pedang Islam. Layakkah Nasha diberikan nama jolokan yang sama? |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan